🔷74
HEYOOOOO
SEYA KEMBALEYHHHHH
RINDU AI TAK RINDU AI TAK
AHAHAHAHAHA K
HA NAH CHAP UTK KORANG
5 HARI AKU TYPE
EM
HA PASTU VOTE LA
😇
"Papa! Baju ni ke baju ni cantik?" soal Mi Yeon girang yang terkedek-kedek berlari dari biliknya ke ruang tamu lalu berhenti di hadapan Mingyu yang sedang duduk di sofa, ligat dengan telefon pintar. Ditayang dua helai baju kembang berbeza rekaan dan hiasan di hadapan ayahnya.
Mingyu mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah ceria anak perempuannya itu sekilas sebelum beralih pada dua helai baju jenis dress berlainan warna dan rekaan itu.
"Umm, dua-dua cantik" respon Mingyu ringkas dengan senyuman sebelum kembali mengalihkan perhatiannya pada skrin telefon.
Mi Yeon mencebik.
"Ala, pilih la satu! Takkan la Yeon nak pakai dua baju pulak haaa" bentak Mi Yeon protes. Digoyang-goyang sebal dua helai baju yang disangkut dengan penyangkut itu.
Mingyu berdecit perlahan tika mendengar bentakan menggeli hati Mi Yeon itu sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya, mengalah jua. Dia meletakkan telefon pintarnya itu ke tepi.
"Araso,araso. Kejap" balas Mingyu sebelum matanya mulai menilik kedua-dua baju yang dipegang anaknya itu bersilih ganti. Masalahnya sekarang, kedua-dua baju itu tampak tiada beza baginya selain warna.
"Hmmm, yang warna ungu tu?" ujar Mingyu berhati-hati, mencuba nasib. Sememangnya, hal seperti ini sangat rumit baginya sebagai seorang lelaki. Walaupun, si Mi Yeon itu baru berusia 5 tahun.
Mi Yeon mengerutkan dahinya sebentar sebelum menilik baju berwarna ungu yang dipegang di tangan kirinya itu.
"Ungu ni? Tapi baju ni panjang! Macam mana Yeon nak jalan nanti?" balas Mi Yeon dengan kerutan di dahi, lebih kepada memprotes.
Nampak? Kecik-kecik dah complicated.
"Lepas tu, pakai la yang warna coklat tua tu" tukas Mingyu bersahaja, kini lebih yakin. Maklumlah, kalau baju yang tadi tidak diterima, pasti yang satu lagi ini perlu diterima juga walau apa pun. Mujur, cuma dua helai si anaknya itu memberi pilihan. Jadi, tak ada lah rumit sangat.
"Tak bolehhh, mama tak bagiii!" balas Mi Yeon dengan gelengan laju.
Okey, mungkin tak. Sila buang sangkaan Kim Mingyu barusan.
"Halahh, dah tu pakai la yang ungu tu" ujar Mingyu yang mulai sebal itu.
"Ala papa ni, tadi kan Yeon dah cakap baju ungu ni panjang! Eh, bukan panjang. Apa tu orang panggil?" soal Mi Yeon buntu sambil menggaru perlahan pipinya. Hilang sebentar pemberontakannya tadi.
"Labuh" balas Mingyu ringkas.
"Ha, labuh! Yeon tak nak la labuh-labuh!" tutur Mi Yeon bersungguh.
Mingyu merengus perlahan. Rambutnya dikusutkan sebal.
"Ha, lepas tu pakai je la baju colour coklat tu,sayang oii" tukas Mingyu geram.
"Tak boleh--"
"Dah, stress. Pergi tanya mama sana" seloroh Mingyu mendatar.
"Alaaa,mama tengah bersiap. Tak boleh kacau. Nanti rambut Yeon tak ada gaya. Mama tak nak dandan" jelas Mi Yeon memberi alasan dengan cebikan di bibir.
"Penting sangat ke dandan tak dandan tu? Sama je mukanya" ujar Mingyu selamba.
"Tak sama! Kalau rambut Yeon kena dandan, baru Yeon boleh jadi lagi cantik dari mama! " seloroh Mi Yeon dengan girangnya.
"Oh, macam tu. Nak lawan cantik je rupanya" respon Mingyu dalam monolog. Kepalanya diangguk perlahan.
"Jadi, papaaaa, cepat lah pilihkan baju Yeon!" tutur Mi Yeon riang sambil menggoncangkan sekilas dua helai baju di kedua tangannya itu.
Mingyu langsung meraup wajahnya apabila soalan itu dibangkitkan kembali.
"Bawa almari baju Yeon datang sini lah" arah Mingyu selamba.
"Ah, mwoyaaa. Papa niii, macam mana Yeon nak bawa almari datang sini pulak? Berat la!" bentak Mi Yeon sebal dengan kerutan protes di dahi.
Mingyu sekali lagi merengus perlahan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihela. Memang beginilah perlu dia lalui bila membawa budak perempuan itu keluar. Itu belum sebut pasal si mak budak perempuan itu lagi.
"Okey, okey macam ni. Yeon pakai je la baju ungu tu" saran Mingyu, membuat kata putus.
"Tapi kan labuhhh" respon Mi Yeon meleret dengan raut wajah cemberut.
"Sini papa gunting bagi tak labuh" seloroh Mingyu bersahaja.
Langsung berubah riak wajah seketul Kim Mi Yeon. Terkebil-kebil dia memandang wajah ayahnya itu.
"Eh? Boleh ke papa? Kalau mama tahu macam mana?" soal Mi Yeon polos. Dia perlahan mendekati ayahnya yang tadinya terpisah dek meja yang berada di depan sofa itu.
"Jangan la bagitahu mama" balas Mingyu dengan nada agak perlahan seraya jari telunjuknya diletakkan di bibir. Cubaan bersubahat dengan si kanak-kanak 5 tahun itu.
Mi Yeon yang terkebil-kebil memandang ayahnya itu perlahan menganggukkan kepalanya. Jari telunjuknya juga diletakkan ke bibir, mengikut tindak Mingyu. Akur. Biarpun baju berwarna ungu di tangan kirinya itu jatuh ke lantai dek mahu melakukan isyarat rahsia itu.
"Okey" balas Mi Yeon patuh dengan nada yang juga diperlahankan, betul-betul mengikut jejak ayahnya.
Mingyu tersenyum dek respon akur anaknya itu. Dia turun dari sofa lalu melabuhkan punggungnya ke atas lantai, duduk lebih rapat dengan meja. Gunting yang entah dari mana ada di dalam bekas di atas meja itu dikeluarkan.
"Sini baju tu" pinta Mingyu seraya menepuk perlahan permukaan meja di hadapannya itu, mengisyaratkan kepada Mi Yeon untuk meletakkan pakaian itu ke atas meja.
Mi Yeon yang sememangnya sudah profesional dalam bekerjasama dengan ayahnya itu memang pantas mengerti lalu diletakkan bajunya yang berwarna ungu itu ke atas meja. Kemudian, dia turut duduk di atas lantai, di penjuru meja itu bagi menonton aksi tukang jahit ayahnya itu-
"Okey, cik nak potongan macam mana, cik?" soal Mingyu yang menyempat berlagak seperti tukang jahit bertauliah pula. Dijadikan anaknya itu seperti pelanggan lagi.
Mi Yeon mengusap-usap dagunya, berfikir.
"Hmmm, bulat!" balas Mi Yeon dengan yakin dan cerianya.
"Oh wow bulat. Unik" seloroh Mingyu bersahaja dengan anggukan. Dia mulai membetulkan baju kembang paras betis milik Mi Yeon itu. Diukur dengan serius di bahagian hujung pakaian itu dengan mata yang disepetkan. Kemudian, sebelah tangannya sebagai penanda untuk memotong setakat mana yang diukur manakala sebelah lagi tangan mencapai gunting.
Mi Yeon di sebelah bukan main fokus memerhati tindak-tanduk ayahnya itu.
Nampak macam ada skill je tu.
"Sayang"
"Ye?" sahut Mingyu ringkas sambil matanya kekal fokus mengagak setakat mana yang dia patut potong agar baju itu tidak labuh lagi untuk Mi Yeon.
"Buat kejadah apa tu dengan gunting bagai?" soal Chaeyeon penasaran dengan kening yang diangkat sebelah. Dia memerhati baju kembang saiz kanak-kanak yang berada di atas meja itu lalu beralih kepada dua beranak itu.
"Oh ni, nak gunting baj--EH LAH, sayang" seloroh Mingyu yang drastik berubah tona suara apabila dia menoleh memandang gerangan yang berdiri di sebelah Mi Yeon itu. Si budak 5 tahun itu sudah menekup mulutnya, cuba untuk tidak panik secara live. Mingyu spontan mencampak perlahan gunting di tangannya itu ke sebelah kirinya.
Chaeyeon hanya memandang kosong saja perbuatan suaminya itu. Dia masih tidak sedar tentang kejadian sebenar.
"Buat apa dekat sini? Dah siap ke?" soal Mingyu, langsung mengubah topik.
Chaeyeon menggelengkan kepalanya sebagai respon awal.
"Tak la. Nak tanya pendapat awak ni. Dress ke blouse yang elok?" ujar Chaeyeon bersahaja dengan kening yang diangkat sebelah. Seraya itu dia menayang sehelai dress dan blaus di pegangannya itu kepada Mingyu.
"Heol, lagi?" respon Mingyu dengan nada tidak percaya.
"Cepat la. Dress ke blouse?"
"Yeon pun nak tanya, Yeon pun nak tanya! " seloroh Mi Yeon seraya mencapai baju berwarna ungunya di atas meja itu dan baju coklat tuanya lalu dia berdiri di sebelah ibunya, turut menayang dua helai pakaian.
"Ungu ke coklat, papa? "
"Dress ke blouse, sayang?"
"Ungu ke coklattttt?"
"Blouse ke dressss?"
"TAK, MASALAHNYA DEDUA TU BAJU JUGAK KAN? TOLONGLAH"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»74
•
•
•
Jungkook menarik handbrake kereta sebaik saja dia siap memarkir keretanya itu di salah satu parkir lot di kawasan tarikan pelancong itu. Tali pinggang keledar yang membelit tubuh ditanggalkan. Dia meregangkan ringkas lengan dan lehernya yang terasa sengal setelah hampir sejam memandu. Kemudian, dia menoleh ke sebelah kanannya.
Figura Eunha yang duduk di sebelah sedang nyenyak dibuai mimpi. Kepala wanita itu yang menyandar di badan bangku kereta itu terlentok ke tepi,masih dibuai mimpi. Raut wajah lena Eunha yang tenang itu diperhati Jungkook seketika. Kemudian, tangan lelaki itu naik bergerak menutup visor di bahagian depan isterinya yang berperanan melindung cahaya matahari menembus masuk itu.
"Sayang" panggil Jungkook perlahan seraya tangannya menepuk-nepuk lembut pipi mulus Eunha yang terlentok menghadapnya itu, mengejut lena isterinya itu.
Maka, terjagalah seorang Jeon Eunha dari buai mimpinya yang tidak terlalu lama itu. Perlahan dia mencelikkan matanya dan tentulah wajah sempurna Jungkook yang pertama menyapa pandangannya saat mata dibuka. Bibirnya mengulum senyuman kecil sebagai balasan sepenggal senyuman suaminya itu. Kemudian, dia memaling wajahnya ke hadapan.
"Dah sampai" tutur Jungkook ringkas seraya turut memandang ke hadapan.
"Dah sampai?" soal Eunha bingung sambil memandang sisi wajah suaminya itu.
"Eoh" balas Jungkook ringkas seraya mengukir senyuman kecil sekilas buat wajah terpinga Eunha.
Eunha yang agak buntu itu kembali memandang ke hadapan. Dia menegakkan badannya bagi membolehkannya melihat keadaan di luar dengan lebih meluas. Sungguh dia penasaran.
Saat dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap, bola matanya meliar laju memandang ke setiap sudut di persekitaran di luar. Mulutnya perlahan melopong sebelum lantas dia memandang Jungkook di sebelah kembali.
"Sayang, dekat mana ni? Cantik lah!" tutur Eunha teruja yang dalam masa yang sama penasaran tentang lokasi tempat itu. Dia memandang keadaan persekitaran tempat itu semula.
Jungkook tersenyum kecil melihat reaksi teruja Eunha itu. Tertoleh-toleh kepala isterinya itu dek terlalu mengagumi keindahan persekitaran tempat itu hingga jakun memandang ke sekeliling.
"Nami Island" balas Jungkook ringkas.
Lantas Eunha menoleh memandang suaminya itu kembali. Matanya kini agak membuntang luas.
"Eoh? Jjinja?! Kita dekat Pulau Nami ke ni? For real?" soal Eunha bertalu-talu dengan matanya yang bulat-bulat menilik wajah Jungkook, menanti jawapan pengesahan.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum menganggukkan kepalanya. Bukan main teruja wanita itu.
"Eoh" balas Jungkook setelah mengangguk. Bibirnya kekal mengulum senyuman. Tiada yang mencuit hati selain Jeon Eunha bila teruja terlebih.
"Uwaaa, how niceeee! Saya tak pernah datang sini!" sorak Eunha girang dengan raut ceria seraya kedua-dua tangannya dikibas-kibas teruja.
Ya. Percaya atau tidak, walaupun Pulau cantik ini cuma berjarak kurang dari 40 km jika dari rumah mereka, seorang Jeon Eunha langsung tidak berkesempatan untuk menjejak kaki di tempat tarikan pelancong ini.
"Saya nak keluar dulu!" pamit Eunha penuh teruja seraya pantas menanggalkan tali pinggang keledar di tubuhnya. Kemudian, dia langsung membuka pintu kereta dan keluar dari kereta. Persekitaran pintu hadapan untuk masuk ke pulau buatan itu saja sudah menjamu mata. Pokok-pokok tinggi dihiasi daun keperangan di ranting-ranting yang tersusun sebaris atur memang satu pemandangan yang ringkas di situ.
"Uwaaaa, cantik!" sorak Eunha girang dengan nada separa lantang sambil matanya kekal menatap pemandangan ringkas itu. Ringkas, namun tetap dikagumi seketul Jeon Eunha yang sadisnya baru pertama kali mengunjungi lokasi terkenal ini.
"Macam ni rupanya Pulau Nami ye. Entrance pun dah cantik" omel Eunha kagum sambil matanya meliar di persekitaran luar pintu masuk Pulau Nami.
"Ala, jakunnya kau,Eunha. Macam datang tempat oversea pulak" seloroh Eunha menyindir dirinya sendiri setelah menyedari cara dia terpana dan teruja saat melihat tempat ini sungguh terlebih dos. Dia kemudiannya berdecit perlahan. Namun, sepenggal senyuman tetap terukir.
"Sayang,jom masuk. Mingyu dah ada dekat dalam" ajak Jungkook sebaik saja dia tiba berdiri di sebelah Eunha bersama Jungwon dalam dukungan.
Eunha langsung menoleh memandang Jungkook lalu kepalanya diangguk akur. Jungwon di lengan kiri suaminya itu juga dipandang.
"Meh sini anak mummy" ujar Eunha seraya menyua kedua-dua tangannya, siap untuk menyambut tubuh kecil anak lelakinya itu. Namun, lantas si Jeon Jungwon itu memalingkan tubuhnya, memeluk leher Jungkook. Ya, untuk kali pertamanya si kecil itu menolak tawaran dukung dari ibu kesayangannya itu-
"Ah waeeee?" rengek Eunha protes bercampur buntu apabila dia tak semena-mena ditolak mentah-mentah oleh si kecil itu begitu saja. Dia merenung kesal Jungwon yang membelakanginya itu.
Jungkook yang menyaksikan itu langsung tergelak kecil.
"Tu la, tinggal dia lagi. Dah merajuk dah" seloroh Jungkook bersahaja yang kononnya si Jeon Jungwon itu memprotes kerana Eunha keluar dari kereta terlebih dahulu tadi. Atau mungkin betul si kecil itu memprotes-
Eunha langsung berdecit perlahan apabila alasan itu yang diberi.
Bagi la chance mummy dia nak berjakun jap.
"Heol,mengadaaa eh dia" respon Eunha meleret sambil menarik-narik perlahan kaki berisi Jungwon yang kekal memalingkan tubuhnya itu. Si kecil itu hanya merespon dengan rengekan. Dipeluk lagi erat leher ayahnya itu.
"Okey, okey. Merajuk sudah. Tak kacau dah. Peluk la daddy dia tu" tutur Eunha mengalah sebelum mengerling sekilas Jungwon yang setia membelakangi tubuh itu. Eunha berdecit perlahan lalu kembali berdiri di sebelah Jungkook. Matanya yang terarah pada pintu gerbang di hadapan itu langsung keterujaannya yang tadi muncul kembali.
"Kajja,kajja" ajak Eunha girang seraya menarik tangan kanan Jungkook, menggesa suaminya itu ke pintu depan untuk masuk ke perkarangan Pulau Nami itu. Jungkook hanya mengatur rapi saja langkahnya dengan keadaan diheret isterinya yang kembali teruja seperti kanak-kanak ribena itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»74
•
•
•
"Mummy! " panggil Mi Yeon riang dengan lantangnya tatkala matanya tertancap pada figura Eunha yang sedang berjalan ke arahnya itu. Dia langsung berlari anak dengan terujanya menuju ke Eunha lalu tubuh Mummy-nya itu dipeluk.
"Eh hai, sayang" balas Eunha mesra seraya mengusap ringkas belakang rambut Mi Yeon tatkala anak kecil itu mendakap pinggangnya.
Kemudian, pelukan dileraikan. Mi Yeon kemudiannya memandang Jungkook di sisi Eunha.
"Daddy, hai" sapa Mi Yeon senada seraya mengangkat tangan kecilnya paras bahu, menyapa secara egois-
Jungkook langsung berdecit perlahan melihat gelagat Mi Yeon menyapa itu. Memang tak pernah berdamai dua ketul ini.
"Oh, macam tu je?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah, berbaur bentakan. Maklumlah, si Mi Yeon itu bila dengan mummy dia bukan main girang dan ceria. Siap peluk lagi. Kok bisa.
"Ye lah" jawab Mi Yeon ringkas dengan anggukan. Raut wajahnya polos.
"K" balas Jungkook lebih ringkas.
Langsung masam mencuka ekspresi wajah si kanak-kanak 5 tahun itu. Bibirnya dicebikkan.
"Alaaaaaaaaa hai la balik! " bentak Mi Yeon sebal dengan sedikit hentakan kaki di tanah.
"Tak nak" balas Jungkook selamba.
Mi Yeon merenung tajam dengan protesnya wajah bersahaja Jungkook itu. Dia mengeluh kesal.
"Daddy ni tak penat ke jadi jahat? Tak suka lah!" hambur Mi Yeon geram.
"Tak suka sudah" balas Jungkook tenang. Sesungguhnya makhluk ini sangat suka menyakitkan hati si budak perempuan polos itu. Tak pernah nak mengalah rasanya.
"Eyyyy--"
"Mama mana,Yeon?" soal Eunha drastik, mengubah topik baru agar dapat menghentikan dua ketul itu bertengkar tak ingat dunia itu. Kesal juga dia dengan suaminya yang seketul itu.
Asal jumpa Mi Yeon je, mengusik. Asal mengusik je, jumpa Mi Yeon.
Mi Yeon yang sepenuhnya teralih perhatian dek soalan ringkas Eunha itu drastik raut wajah protesnya tadi berubah tenang.
"Mama pergi beli air" jawab Mi Yeon ringkas.
Eunha mengangguk perlahan. Dia memandang sekilas di belakang Mi Yeon, Chaeyeon yang kebetulan baru keluar dari sebuah kedai serbaneka itu.
"Papa?" soal Eunha lagi.
Mi Yeon memandang sekilas Eunha sebelum dengan polosnya dia menoleh ke sebelah kanannya.
"Aku cukup punya tinggi dekat sini, Eunha" seloroh Mingyu yang sebenarnya dari tadi lagi dia menjadi tiang di tepi Mi Yeon saat anaknya itu ligat berdebat dengan Jungkook. Maklumlah, dia sudah lali dengan semua itu.
"Eh, ahahahaha tak perasan, sorry" respon Eunha dengan tawa yang masih terselit dek soalan bodohnya tadi. Sungguh,dia memang tidak sedar keberadaan seketul Kim Mingyu di tepi Mi Yeon itu.
"Ha, tu mama dah datang" tutur Mi Yeon teruja sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah Chaeyeon yang sedang menghampiri mereka dengan menjinjing satu plastik.
"Mamaaaa, tadi kan--"
"Aaaaa Jungwon ahhh" panggil Chaeyeon teruja tatkala mendapati keberadaan Jungwon dalam dukungan Jungkook itu. Seraya itu dia menghulurkan plastik berisi beberapa botol minuman itu kepada Mingyu. Dia mendekati Jungkook.
Dan ya, Mi Yeon yang tadinya mahu mengadu kepada Chaeyeon itu terpotong begitu saja dek keterujaan ibunya itu dengan kehadiran Jungwon.
"Sini, sini. Sini dekat mama meh" pinta Chaeyeon mesra sambil menepuk-nepuk perlahan tangannya sebelum mendepakan sedikit tangannya, tanda mahu menyambut tubuh kecil Jungwon di hadapan itu.
Dan, syukur, si kecil itu tidak menolak mentah-mentah Chaeyeon sepertimana nasib yang menimpa Eunha tadi. Dia hanya menatap polos wajah cantik wanita di hadapannya itu seolah cuba mengenal pasti gerangan di hadapannya itu. Kemudian, Jungkook langsung menyerahkan Jungwon kepada Chaeyeon.
Chaeyeon dengan hati yang riangnya menyambut tubuh si kecil itu dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
"Oh wow, tak kena reject. Nasib tak berlagak macam ayah dia" seloroh Chaeyeon saat kini tubuh kecil Jungwon itu berada di dalam dukungannya itu.
"Ha sini balik anak aku" respon Jungkook drastik dengan mendatar. Tentunya cuma bergurau. Tangannya dihulurkan, seolah meminta kembali anaknya itu.
Chaeyeon langsung menjauhkan Jungwon dari huluran tangan Jungkook itu. Memang taklah dia mahu hulurkan kembali si kecil itu. Sudahlah lama tak jumpa.
"Lamak, kedekut" ujar Chaeyeon jengkel sebelum menjeling sekilas Jungkook.
Jungkook hanya berdecit perlahan dan membiarkan saja si Chaeyeon itu dengan Jungwon.
Chaeyeon kemudiannya mengalihkan perhatiannya kepada Jungwon di dalam dukungannya itu. Diubah kedudukan tubuh Jungwon itu pada lengan kirinya agar wajah si kecil itu dapat dilihat.
Bulat saja mata Jungwon mengamati wajah Chaeyeon. Wajahnya polos. Cukup membuatkan senyuman Chaeyeon bertambah lebar.
"Aigooo, comel. Pipi dia pau bukan main. Korang bagi dia makan apa ni?" tutur Chaeyeon sambil jari-jemarinya ligat mencuit-cuit pipi gebu Jungwon dengan senyuman. Si kecil itu hanya diam.
Mingyu di sebelah juga turut tertumpu pada wajah comel si bayi berusia 6 bulan itu. Tangan si kecil itu digoyang-goyangkan perlahan dengan sengihan suka.
"Ey comel lahai. Baling kang" seloroh Mingyu sebelum mencubit serentak pipi tembam Jungwon yang berada di dukungan Chaeyeon itu.
"Woi woi, lebih" respon Jungkook drastik.
Mingyu langsung tergelak. Dia kemudiannya kembali menumpukan perhatian kepada si kecil itu.
"Baik je diaa. Alaaa, bagus la tak memilih orang. Tak menangis pun. Eyy ini kalau culik pun dia okey je ni" tutur Chaeyeon bersahaja sambil tak lepas mengamati wajah comel anak rakannya itu.
"Itu la. Tapi, pipi tu paling geram ni. Nak belah bawa balik, boleh?" tambah Mingyu selamba.
"Satu soalan. Kenapa psycho sangat kau dua ketul geram dengan anak aku ni?" soal Jungkook, mencelah. Dipandang bersilih ganti dua orang rakannya itu.
"Oh, psycho ke? Dia okey je" tukas Chaeyeon selamba. Sempat dia mengagah si kecil itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan.
"Ye,anak aku memang faham sangatlah apa yang korang cakapkan tu" balas Jungkook sarkastik.
"Eyy, jangan tengok macam tu laa. Aish, please" ujar Chaeyeon yang semestinya tercuit hati dengan tatapan polos mata bulat Jungwon itu. Dicubit perlahan pipi gebu si kecil itu.
"Sayang, tengok stare dia. Innocent gila. Ey geram betul laa" ujar Chaeyeon seraya menunjukkan tatapan polos tak berkesudahan Jungwon itu kepada Mingyu. Mingyu mengangguk setuju sambil tersenyum.
Manakala,
"Sayang" panggil Eunha seraya menarik perlahan tangan Jungkook bagi menarik perhatian suaminya yang ligat menonton gelagat Mingyu dan Chaeyeon dengan Jungwon itu.
"Hm?" sahut Jungkook sebelum menoleh memandang Eunha di sebelah. Keningnya dijongket sebelah.
"Tu" balas Eunha dengan nada perlahan sambil matanya fokus pada satu arah sebelum menjuihkan bibirnya ke arah yang ditumpukannya itu.
Jungkook mengangkat sebelah keningnya bingung sebelum memandang ke arah yang ditunjuk Eunha itu.
Kim Mi Yeon.
Kelihatan si budak perempuan 5 tahun itu sedang senyap menyaksikan kemesraan ibu dan ayahnya dengan Jeon Jungwon itu. Dia tak lepas menatap adegan tiga gerangan itu.
Jungkook mengangkat sebelah keningnya saat melihat Mi Yeon itu sebelum tergelak kecil.
"Kejap, saya tahu nak cakap apa dengan dia" tutur Jungkook kepada Eunha sebelum menghayun langkahnya menghampiri Mi Yeon. Lalu, dia menarik perlahan tangan anak kecil itu menjauhi sedikit dari Mingyu dan Chaeyeon. Kemudian, dia memusingkan badan kecil Mi Yeon itu menghadapnya sebelum dia mencangkung di hadapan budak itu. Bahu kecil Mi Yeon dipegang sambil mata menatap wajah polos anak kecil itu.
"Yeon nak tahu satu benda tak?" soal Jungkook perlahan dengan kening yang dinaikkan sebelah.
"Apa dia?" respon Mi Yeon penasaran.
Jungkook mengerling sekilas Mingyu dan Chaeyeon yang masih ligat bermesra dengan anaknya itu sebelum kembali memandang Mi Yeon di hadapan.
"Nanti kan, bila Yeon ada adik, macam tu la jadinya. Nanti mama papa tak pedulikan Yeon dah" tutur Jungkook bersahaja namun ekspresi wajahnya sengaja dibuat simpati. Mulalah dia meracuni pemikiran polos si Kim Mi Yeon itu.
Drastik raut wajah Mi Yeon berubah terpana.
"Eoh? Jjinjayo?" respon Mi Yeon dengan tatapan redup.
Jungkook mengangguk. Dia menyembunyikan senyumannya dengan mengemam bibir. Seolah dia turut merasai kesedihan anak kecil itu.
"Eoh. Lepas tu kan, nanti mesti papa dah tak rapat dengan Yeon lagi dah. Yeon dah tak boleh dah nak manja-manja dengan papa. Lepas tu, mama mesti lagi garang dengan Yeon nanti. Ye la,Yeon kan dah jadi kakak waktu tu" jelas Jungkook panjang lebar, penuh dusta.
"Eoh...? Habis tu takkan mama papa dah tak nak kawan dengan Yeon dah nanti?" soal Mi Yeon perlahan dengan bibir yang sudah dicebik. Dahinya berkerut muram.
"Entah la. Tapi, mesti diorang lagi nak kawan dengan adik Yeon" balas Jungkook bersahaja.
"Waeyo? Kenapa diorang tak nak kawan dengan Yeon?" soal Mi Yeon polos.
"Hmm,sebab adik Yeon ada?" jawab Jungkook yang kononnya tidak pasti dengan jawapan yang diberikannya itu.
"Wae? Adik Yeon jahat ke?" soal Mi Yeon lagi, kekal polos.
"Molla" balas Jungkook ringkas seraya menjongket bahunya.
"Tapi, Yeon tak ada adik lagi kan?" soal Mi Yeon sambil menatap wajah tidak bersalah Jungkook di hadapan.
"Eoh" jawab Jungkook ringkas, malas mahu meletakkan hujah lagi.
Mi Yeon mengangguk faham.
"Okey. Kejap eh, daddy" ujar Mi Yeon sebelum memusingkan badannya lalu berlari anak ke arah Chaeyeon dan Mingyu itu.
Jungkook langsung terkekeh kecil saat dia menganggap yakin bahwa kerja mem-brainwash si budak 5 tahun itu berjaya. Geli hatinya melihat kepolosan Mi Yeon terkedek-kedek berlari anak ke arah Mingyu dan Chaeyeon itu.
Jungkook berdiri dari mencangkung lalu dia mengatur langkahnya ke arah Eunha kembali.
"Awak cakap apa dengan dia, sayang?" soal Eunha penasaran.
Jungkook tersenyum kecil.
"Ada la asupan motivasi sikit-sikit" balas Jungkook bersahaja.
Eunha hanya mengangguk perlahan.
"Mama! " laung Mi Yeon agak lantang seraya berdiri statik di hadapan dengan Chaeyeon.
Chaeyeon yang ligat mengagah Jungwon yang kini berada dalam dukungan Mingyu pula itu langsung terganggu dek laungan anak perempuannya itu.
"Ye ye, kenapa? Bukan main kuat dia panggil mama. Nak ajak gaduh ke?" balas Chaeyeon selamba dengan kening yang diangkat sebelah.
"Ish, tak la. Yeon cuma nak cakap, Yeon tak nak adik ye!" seloroh Mi Yeon dengan penekanan yang jelasnya.
"Eoh? Kamchagi?" soal Chaeyeon bingung dengan dahi yang berkerut. Tiba-tiba saja anaknya itu bercakap soal itu.
"Iye la. Nanti kalau Yeon ada adik, mama dengan papa dah tak sayang Yeon dah. Nanti mama dengan papa tak nak kawan Yeon dah. Nanti mama dengan papa tak pedulikan Yeon dah. Haaa, banyak lagi la! Jadi, Yeon tak nak benda tu berlaku!" jelas Mi Yeon panjang lebar dengan lancar dan bersungguhnya.
"Eh, siapa pulak yang cakap macam tu ni?" soal Chaeyeon hairan bercampur bingung.
"Daddy cakap" jawab Mi Yeon ringkas.
"Yah,Jeon Jungkook!!"
HAH 1.31 AM YE SAYA SIAP MENAIP
HIKHOKHIK
FIRST OF ALLLL, MAAP LA CHAP NI MACAM HAMBAR GITU KAN
HALAH HALAH
DAH LA TAK APDET LAMA, APDET PULAK CHAP KRIK KRIK GINI
EM
MAAPLA YE
HA YE MAAP JUGAK SEBAB AKU TAK DPT NK APDET SBLM NI
MESTI LAMA KAN TUNGGU? AAAAAAAAA
SESUNGGUHNYA AKU SANGAT TAK SENANG HATI YE SELAGI AKU TAK DPT APDET UTK KORANG AHSHDBDJDK
INI SEMUA SALAH EXAM
APAPUN, LEPAS NI JGN RISAU YE.
AKU DAH TAKKAN TINGGAL FF NI LAMA SANGAT TAK APDET
PALING LMBT PUN MAYBE DALAM 3 HARI GITU JE
HA MEH DROP COMMENT DKT SINI YANG STILL SETIA TUNGGU AKU APDET
YA SAYA SAYANG ANDA
HA DH LA TU JE
JANGAN LUPA VOTE TAU AWUCK II
K DAH
NANTI AKU REPLY COMMENT TAUU
AMUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro