Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷72

HAH PUKUL 3 NYAH

HA VOTE LER

PEWNAD TYPE SAMPAI 3 PAGI NI EM
















"Ni ha, Hae dah sampai. Dah ada depan pintu dah"

"Oh ye, kejap eh. Eonnie bukakan pintu"

"Eoh~"

Eunha menurunkan telefonnya dari telinga apabila panggilan sudah diputuskan oleh Hae Jung. Dia kemudiannya sambung memijak beberapa anak tangga yang berbaki sebelum tiba di lantai tingkat bawah. Kemudian, kaki dihayun menuju ke pintu depan. Tanpa berlengah, pintu langsung dibuka.

"Ayy, si tembam ni pun adaaa" sorak Hae Jung spontan tatkala matanya lebih pantas terarah pada Jungwon yang berada dalam dukungan lengan kiri Eunha itu. Dicuit-cuit pipi si kecil itu.

Eunha hanya tersenyum kecil melihat reaksi suka Hae Jung itu.

"Flight memang confirm pukul 11 ye?" soal Eunha meminta kepastian sambil memandang Hae Jung di hadapan. Kelmarin kata adik iparnya iu jam 11 pagi waktu penerbangannya berlepas. Namun, tak tahulah kan kalau tiba-tiba tertangguh pula.

Dan, ya. Hari ini, hari di mana seorang Jeon Hae Jung akan kembali ke negara tempatnya belajar itu. Washington, Amerika Syarikat. Sudah hampir 15 hari dia berada di tanah airnya ini, jadi sudah tiba waktunya dia pulang ke negara barat itu kembali.

"Haah,eonnie" jawab Hae Jung ringkas dengan anggukan yang ligat mencubit perlahan pipi anak saudaranya itu. Kalau setiap masa jumpa pun, memang takkan pernah jemu dari tercuit hati dek kecomelan si Jeon Jungwon itu.

Eunha mengangguk perlahan. Dia menilik sekilas jam yang terpapar di skrin telefon pintarnya.

"Eoh, sekarang baru pukul 10. Eonnie naik siap sekejap eh" tutur Eunha seraya memandang Hae Jung kembali, menanti respon adik iparnya itu dek dirinya yang meminta diri itu.

"Okey, take your time, eonnie" balas Hae Jung mesra dengan senyuman. Dia kini menumpukan perhatiannya kepada wajah cantik kakak iparnya pula.

Eunha mengangguk dengan senyuman.

"Ha nah. Tengokkan Jungwon kejap" ujar Eunha sebelum menghulurkan tubuh kecil Jungwon kepada Hae Jung.

"Assa! Sini,sini" respon Hae Jung teruja seraya langsung menyambut kemas tubuh satu-satunya anak saudaranya itu. Senyumannya melebar. Memang ditunggu-tunggu kakak iparnya menyerahkan si bayi berusia 4 bulan itu kepadanya. Tiada yang lebih teruja baginya selain dapat mendukung si kecil yang mencuit hati itu.

"Ha, masuklah dulu. Duduk dekat ruang tamu ni kejap. Nanti apa-apa panggil eonnie dekat atas tau" pesan Eunha lembut setelah mempelawa Hae Jung masuk ke dalam. Pintu ditutup rapat setelah figura adik iparnya itu sudah melangkah masuk.

"Ne~" balas Hae Jung ceria dengan senyuman lebar. Dia cuma memandang sekilas Eunha sebelum menumpukan sepenuh perhatiannya pada Jungwon yang berada dalam dukungannya itu. Sesekali dia mengagah si kecil itu hingga terhibur.

Eunha hanya tersenyum melihat interaksi Hae Jung bersama anaknya itu. Memang gadis itu ada minat yang besar dalam berinteraksi dan menjaga budak-budak. Tak pernah nampak kekok pun. Jungwon pula tampak selesa dengan ibu saudaranya itu. Jadi, masing-masing telah memberi respon yang baik.

Usai memerhati adegan comel di hadapannya itu, Eunha akhirnya mengatur langkahnya ke ruang tangga. Satu-persatu anak tangga dipijak dengan langkah rapi. Tiba saja di tingkat dua, dia langsung menuju ke bilik tidurnya. Pintu yang tidak tertutup rapat itu dibuka.

"Sayang, dah siap dah?" soal Eunha sambil memandang ke arah Jungkook yang sedang duduk bersandar di kepala katil sambil fokus menatap skrin telefon di tangan itu.

Jungkook yang bukan main fokus mengetik skrin telefonnya itu langsung tersedar kehadiran Eunha dek suara wanita itu yang menyapa telinganya. Sungguh, dia tidak sedar tika isterinya itu masuk ke dalam bilik. Dia memandang Eunha.

"Eoh. Jungwon mana?" respon Jungkook seraya memasukkan telefonnya ke dalam poket hoodie berwarna kelabunya itu. Kemudian, dia turun dari katil lalu berjalan menghampiri Eunha. Ya. Kakinya sudah kian membaik memandangkan 4 hari sudah berlalu, jadi dia mampu berjalan dengan lebih lancar.

"Eoh, Jungwon ada dengan Hae dekat bawah" jelas Eunha ringkas seraya memandang Jungkook yang semakin hampir dengannya itu.

"Ah, dia dah sampai?" soal Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah. Matanya fokus tertumpu pada wajah polos tanpa solekan isterinya itu. Kini dia sudah berdiri tepat di hadapan Eunha.

Eunha menganggukkan kepalanya. Dia menilik sekilas setiap sudut wajah sempurna Jungkook di hadapannya itu.

"Haah. Baru je tadi" jawab Eunha sebelum jari-jemarinya naik mengemaskan ringkas beberapa helai rambut hitam suaminya yang tidak tersusun kemas itu. Setelah itu, kakinya yang dijinjit bagi dapat mencapai rambut Jungkook itu didaratkan rapat ke lantai kembali.

Itulah dia seorang Jeon Eunha. Cacat cela sekecil itu pun tidak dilepasnya. Teliti sangat sepasang matanya itu. Tapi itulah. Kalau bab cuai itu, cerita lainlah pula.

Jungkook langsung terukir senyuman kecil dek perbuatan spontan Eunha yang merapikan ringkas rambutnya barusan. Dia kemudiannya menggosok ringkas ubun-ubun isterinya itu.

"Saya turun kejap" pamitnya dengan senyuman. Setelah itu, dia langsung melangkah melepasi Eunha.

Eunha lantas memusingkan badannya menghadap arah Jungkook melangkah itu.

"Ha, awak jangan nak pergi bergaduh pulak. Rosak telinga anak saya nanti" pesan Eunha serta-merta sebelum suaminya itu terlebih dahulu melangkah keluar.

Jungkook langsung tergelak kecil seraya menoleh memandang Eunha yang sedang berdiri statik tidak jauh darinya.

"Tak, sayang, tak" respon Jungkook dengan senyuman lalu langsung melangkah keluar dari bilik tidur mereka itu.




【 BBP S2:TRUST】
»72



"Kau dengan mak kau macam mana?" soal Jungkook membuka bicara sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Hae Jung yang sedang duduk di atas lantai berlapikkan permaidani itu dipandang. Sudah lama dia ingin tahu tentang itu. Tambah lagi dia hairan entah bagaimana adiknya itu masih boleh teruskan tinggal di rumah Choi Im Hwa setelah kejadian 4 hari lepas itu. Barangkali, begitu besar kepercayaan adiknya itu kepada ibu mereka.

Hae Jung yang sedang ligat menghiburkan Jungwon dengan beberapa mainan menarik perhatian di kedua tangannya itu langsung memandang ke arah Jungkook di sofa. Dia hanya memandang abangnya itu sekilas sebelum kembali menumpukan fokusnya pada Jungwon.

"Nothing much. Mula-mula tu memang aku takut jugak nak tinggal dengan mama. Aku takut dia cuba cederakan aku lagi bila korang dah pergi. Jadi, masa hari tu, aku cuma terperuk dalam bilik. Aku kunci pintu. Aku ambil kunci pendua jugak. Aku memang takut dia akan cederakan aku lagi. So,aku ambil la langkah-langkah selamat siap-siap" jelas Hae Jung panjang lebar, membuka cerita. Tangannya setia menggoncang-goncang perlahan permainan berloceng di pegangannya itu bagi menghiburkan Jungwon di depan.

Jungkook hanya diam, memerhati dan memasang telinga dengan setiap perkataan yang dilontarkan Hae Jung.

"Tapi, peliknya, sampai ke malam, dia tak ada pun like paksa aku buka pintu, mengamuk ke apa, tak ada. Jadi, malam tu aku decide untuk keluar la jugak dari bilik. Ye la, aku tak makan malam lagi kot. Lapar lah. Itu yang aku sanggup beranikan diri keluar" sambung Hae Jung lalu memandang sekilas Jungkook di sofa.

"Kalau dia bunuh kau waktu tu, memang mati dalam lapar kau" seloroh Jungkook selamba tanpa raut wajah.

Hae Jung berdecit seraya menjeling sekilas lelaki itu. Dia kembali menumpu kepada anak buahnya sambil fikiran melayang ke lain.

"Ngeh. Fortunately, mama tak buat macam tu. Bila aku bukak pintu and keluar, lepas tu dengan jalan macam orang nak merompaknya kan, mama tiba-tiba tegur aku. Terkejut aku bangang. Sumpah, bodoh--"

"Tak payah mencarut depan anak aku, bijak" ujar Jungkook senada dengan renungan ringkasnya itu.

"Eh, lupa. Ahahahaha. Tak, tak dia tak dengar. Dia fokus makan mainan dia tu" tukas Hae Jung dengan nada yang agak tersisa tawa itu. Dia memandang Jungwon di hadapan yang sedikit pun tidak hilang fokus dalam memasukkan seketul permainan berwarna ceria ke dalam mulut kecilnya itu.

Jungkook langsung berdecit perlahan dek respon yang diberikan Hae Jung itu. Dilihat juga gelagat anaknya itu.

"Hm, lepas tu?" soal Jungkook, kembali menyoal agar topik tadi tidak terhenti begitu saja.

"Eoh, lepas tu, dia cakap, ada nasi dengan lauk dekat dapur. Dia suruh aku pergi makan kalau lapar. So, aku macam...umm okey?" sambung Hae Jung bersama ekspresi wajah yang disertakan, bagi menaikkan lagi aura penceritaan itu.

"Then, kau pergilah makan?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat.

"Ye la. Aku lapar siot. Dari tengah hari tak makan" balas Hae Jung berseloroh setelah mengangguk drastik.

"Lepas tu kalau dia racun kau, simple macam tu je la kau mati" tutur Jungkook mendatar.

Hae Jung langsung berdecit.

"Halahhh, kau ni. Bukan main kau punya negative thought dekat mama. Aku tahu kau pernah experience lebih teruk dari aku, tapi itu lah. Aku tak rasa mama sekejam tu dengan kita" tukas Hae Jung, tidak terlalu yakin.

"'Kita'? Dengan kau je, Jeon Hae Jung" ujar Jungkook sarkastik,tanpa nada.

"Kau pun anak dia" tukas Hae Jung ringkas.

"Tak macam anak" balas Jungkook dingin.

Hae Jung menghela nafas berat perlahan. Bibirnya dikemam sebentar.

"Entah la, Kook. Since aku dah tahu apa yang jadi antara kau dengan mama, so aku tak nak la cakap banyak. Kang salah cakap, satu hal pulak" tutur Hae Jung sambil memandang wajah datar abangnya itu.

Jungkook hanya diam.

"Apa pun, aku dengan mama okey-okey je kot. Tak tahu la. Mama dah tak banyak cakap dah. Cold je. Maybe itu perangai sebenar mama. Selama ni dia cuma nak ambil hati aku je kan. But, it's okay. Even dia dah tak macam dulu, beberapa hari ni dia layan aku elok je. Tak ada pulak dia cakap pasal benda yang psycho bagai tu. Dia still bagi aku makan" tambah Hae Jung agak panjang lebar.

Jungkook berdecit dek ayat penutup adiknya itu.

"Itu je la kau fikir" ujar Jungkook menyindir.

"Iye la. Sumber asas manusia kot" balas Hae Jung bersahaja.

Jungkook sekali lagi berdecit.

"Lepas tu, kau nak balik US ni dia tahu tak?" soal Jungkook, menaikkan topik baru pula.

Hae Jung mengangguk perlahan.

"Tahu. Aku bagitahu. Dia suruh aku jaga diri dekat sana" respon Hae Jung.

Jungkook berdecit sinis.

"Tak pernah tahu pun dia tahu untuk pesan macam tu" omel Jungkook sarkastik seraya melarikan bola matanya ke arah lain sekilas.

"Dah la. Tutup cerita pasal mama. Sekarang ni, Jungwon ikut hantar aku dekat airport jugak kan?" tukas Hae Jung serta-merta, membuka topik baru agar topik utama tadi dilupakan. Dia malas mahu membahas tentang itu.

"Tak. Eunha eonnie kau tu nak tinggal Jungwon dekat rumah appa dia" balas Jungkook mendatar.

"Ah waeeee?" respon Hae Jung spontan dengan protesnya.

"Kalau dia meragam, kau settle-kan"

"Eh bolehhh. Nak bawa pergi US sekali pun boleh. Aku bawa dia masuk bilik kuliah sekali. Belajar bussiness"

"Memang orang sana fikir kau kena tinggal laki macam tu. Janda anak satu"

"Kuaja"




【 BBP S2:TRUST】
»72




"Dah, lagi 10 minit je lagi ni. Hae standby siap-siap lah. Nanti kang gelabah kalau biar berlengah sampai last minute ha" tutur Hae Jung setelah menilik jam di pergelangan tangannya itu. Dia berdiri dari terus duduk di bangku ruangan menunggu itu.

"Eoh" balas Eunha seolah menyetujui keputusan gadis itu seraya turut berdiri. Dia membantu menarik bagasi milik Hae Jung mendekati gadis itu.

"Eonnie~" panggil Hae Jung meleret dengan cebikan sebelum langsung tubuh Eunha didakapnya. Erat.

"Nanti dua tahun depan pulak la baru kita dapat jumpa balik. Huaaaa" lirih Hae Jung meleret. Bibir masih dicebikkan.

Eunha mengangguk.

"Itu la kannn" balas Eunha yang turut mencebikkan bibirnya itu.

"Haah. Menyampah la belajar jauh-jauh niii" rungut Hae Jung sebal.

Eunha tergelak kecil. Dia perlahan meleraikan pelukannya dengan Hae Jung itu. Ditepuk perlahan bahu gadis itu.

Hae Jung tersenyum kecil sebelum mengemam bibirnya.

"Eonnie, Hae tahu benda ni dah lepas, tapi, to be truth, Hae tak pernah hilang rasa serba salah Hae dekat eonnie walaupun Hae dah minta maaf and eonnie dah maafkan. I mean, apa yang Hae dah buat dulu tu obviously teruk sangat. Tapi eonnie still layan Hae macam tak ada apa yang berlaku. Hae lagi rasa teruk bila fikir yang the fact Hae pernah aniaya orang sebaik eonnie. Jadi, sebelum Hae berambus pergi US ni, Hae nak minta maaf sekali lagi eh? I'm really really really sorryyy" hambur Hae Jung panjang berjela, masih tidak dapat menerima dengan tindakannya yang lalu itu.

Eunha tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan.

"Iyeee. Dah la. Biar je benda tu berlalu. Eonnie dah tak fikir dah pasal tu. Semua tu cuma salah faham Hae je dulu. Biar lah. Kita move on je" respon Eunha sebelum mengulum sepenggal senyuman.

Hae Jung perlahan mengangguk lalu tersenyum tipis.

"Thank you, eonnie. For everything. Hae appreciate every single thing yang eonnie pernah buat" ucap Hae Jung sambil menatap lurus pada wajah polos kakak iparnya itu.

Eunha tersenyum. Kepala dianggukkan.

"Gumawo. Hae jaga diri baik-baik,okey?" balas Eunha mesra dengan senyuman kecil.

"Iye, okeyy. Eonnie pun jaga diri tau. Kalau si Jungkook tu buat hal, hempuk je kepala dia guna air fryer" seloroh Hae Jung memesan. Dia mengerling Jungkook yang duduk di bangku ruang menunggu itu, tentunya sedang menayang wajah datarnya bila mendengar pesanan aneh-aneh adiknya itu.

Eunha langsung tergelak kecil. Dia hanya menganggukkan saja kepalanya seolah akur dengan pesanan Hae Jung itu.

Tzztt, tzzztt, tzzttt!

Telefon milik Eunha yang tiba-tiba berdering dalam mod getaran itu langsung membuatkan wanita itu menyeluk poket sweater nya lalu mengeluarkan objek itu. Dia menilik nama pendail yang terpapar di skrin telefonnya itu.

'YunaChoi🍭'

"Eo?" gumam Eunha spontan dek agak tidak menyangka dengan panggilan Yuju yang diterimanya tika hampir jam 11 pagi ini. Boleh pula dia membuat panggilan di waktu bekerja begini.

"Kenapa, eonnie? Siapa call?" soal Hae Jung penasaran tatkala melihat ekspresi wajah Eunha yang terlihat agak terkejut dengan panggilan itu.

Eunha mengangkat kepalanya dari terus menunduk memandang skrin telefon apabila mendengar soalan dari Hae Jung itu. Dia langsung mengukir senyuman kecil.

"Eoh, kawan eonnie. Kejap eh, eonnie nak jawab dulu call ni" respon Eunha sebelum mempamitkan dirinya.

"Oh, okeyy" balas Hae Jung mengerti.

Eunha mengulum senyuman kecil sebelum menjauhi sedikit dari bangku yang diduduki mereka bertiga itu bagi menjawab panggilan dari Yuju itu. Telefonnya yang masih berdering itu langsung disenyapkan dengan menjawab panggilan yang diterima itu. Objek itu dilekapkan ke telinga.

"Ye, Ju. Kenapa?"

"Naaaaaaaaaa"

"Yeee, kenapa, kenapa?"

"Kau ada mana?"

"Airport. Incheon airport. Adik ipar aku--"

"Oh yeaaaa?! Fuh, adakah ini jodoh?!"

"Apa benda pulak kau ni, Ju?"

"Tak, ni ha. Sulit untukku katakan, Na..."

"Kenapaaa? Straight to the point terus la, Ju. Aku tak banyak masa ni"

"Halahhh, tak menyempat la kau ni aku nak ambik feeling sikit"

"Tak payah. Lambat"

"Ha yelah. Tu, apa nama makhluk tuuu. Apa nama dia? Apaaa. Kejap. Apahal aku lupa ni? Tuuuu anak pakcik Kim tuu. Siapa nama diaa-- oh ye. Yugyeom"

"Eo? Kenapa dengan Yugyeom?"

"Dia kena transfer pergi cawangan Busan haa. Kiranya dia dah tak ada dekat area Incheon ni dah la. Kerja dia dekat sana,so dia stay sana la"

"Oh yee? Lepas tu siapa yang gantikan dia dekat cawangan sini?"

"Entah. Ada staf baru katanya. Perempuan. Tapi, belum datang lagi rasanya"

"Ahh, dah ada pengganti dah"

"Haah. Ha ni ha, Yugyeom gerak Busan hari ni lah. Aku tak sure pukul berapa tapi dia cakap flight dia sebelum lunch time"

"Ohh, jadi kau dengan Hae Won pergi hantar dia ke nanti?"

"Sayangnya, tidak. Schedule aku pack start pukul 11 lebih nanti. Si Hae Won tu entah siapa meninggal entah pukul 10 tadi. Crush sekolah menengah dia kot. Entah, tak tahu. Jadi, begitulah. Kitorang tak boleh pergi"

"Ohh, okey"

"Jadi, Na. Since kau dah ada dekat Incheon aiport kan sekarang, apa kata kau try cari sepintas lalu si makhluk Yugyeom tu? Mana lah tahu kann tiba-tiba terjumpa"

"Eh, dia pun dekat airport sini jugak ke?"

"Iyelah. Tapi, kau jangan gigih sangat pulak cari dia. Jangan pergi buat announcement anak hilang pulak. Malu, Na. Malu"

"Aku bukan Choi Yuna, Ju"

"Oh, begitu. Agak biadab ya"

"Iyaa. Okey la, dah. Tengok la macam mana. Kalau jumpa, jumpa lah. Kalau tak jumpa, nak buat macam mana kan?"

"Ye, kalau tak jumpa, kau pergi la cari dekat Busan pulak"

"Itu memang nak kena bunuh dengan Jungkook, Ju"

"Lah,effort tu kena ada"

"Ha yelah kau tu. Dah, aku letak dulu"

"Eoh,jalgaaa"

"Eoh~"

Eunha menurunkan telefon pintarnya dari telinganya apabila panggilan sudah diputuskan. Dia kemudiannya memasukkan kembali telefonnya itu ke dalam poket sweater nya. Kemudian, dia menapak menghampiri bangku ruang menunggu yang diduduki tadi.

"Siapa yang call?" soal Jungkook spontan tatkala mendapati Eunha kembali menghampiri deretan bangku itu.

Eunha yang berura untuk duduk di sebelah Jungkook itu secara tidak langsung terbantut seketika dek soalan yang tiba-tiba diaju suaminya itu. Dia memandang Jungkook.

"Eoh,Yuju. Dia cakap--"

Tergendala perlahan respon Eunha itu apabila matanya tiba-tiba terarah pada seorang lelaki yang berada tidak jauh dari mereka itu, sedang berdiri sambil mata fokus menilik skrin telefon. Sebuah bagasi berada di sebelahnya.

Ya, Kim Yugyeom.

"Dia cakap apa?" soal Jungkook penasaran apabila penjelasan Eunha itu terhenti sekerat jalan. Dia memandang Eunha yang tampak fokus ke arah lain itu.

Eunha memandang wajah Jungkook kembali.

"Sayang, 5 minit. Serius 5 minit. For the last time" tutur Eunha dengan nada pantas sebelum langsung berlari anak ke arah tempat seorang Kim Yugyeom berdiri itu. Wanita itu agak tergesa-gesa pun dek merasakan lelaki itu akan pergi berlepas tidak lama lagi.

"Apa yang--"

Terpinga-pinga Jungkook dek tuturan Eunha itu. Dahinya berkerut sebelum menoleh, memandang ke arah isterinya itu pergi. Dan ya. Barulah dia mengerti apa yang cuba dimaksudkan wanita itu.

"Aishhh, buat apa pulak pergi dekat laki tu?" rengus Jungkook sebal seraya langsung berdiri. Baru saja dia berura untuk meluru ke arah itu, Hae Jung langsung menarik lengannya.

"Eh, tak payah,tak payah. Kau duduk sini je" ujar Hae Jung sambil menggenggam kuat lengan kekar abangnya itu.

"Tak payah sibuk kau" tukas Jungkook dingin seraya meloloskan kasar lengannya dari pegangan Hae Jung itu.

"Lah, rilek la. Bukannya lelaki tu bawa lari Eunha eonnie pun" balas Hae Jung sebelum berdecit perlahan. Matanya tertumpu fokus kepada Eunha dan Yugyeom yang kelihatan sedang berborak itu.

"Tak, masalahnya, apa masalah dia kena pergi dekat laki tu? Excited sangat jumpa makhluk tu" hambur Jungkook sebal sambil matanya tajam menikam adegan dua gerangan itu. Panas hatinya.

"Lah, mana la tahu lelaki tu dah tak dapat balik sini dah ke kan? Itu yang Eunha eonnie nak approach dia cepat-cepat takut tak sempat ha" tukas Hae Jung, berusaha memberi sangkaan baik yang masuk akal.

Jungkook berdecit jengkel.

"Penting sangatlah laki tu" omel Jungkook dingin. Dia kemudiannya menghenyak kasar punggungnya ke atas bangku dengan hati yang tidak reda panasnya.

Hae Jung langsung berdecit perlahan dek reaksi protes yang ditunjukkan Jungkook itu. Tak pernah pula dia menyaksikan abangnya itu bersikap begini.

"Ni, aku nak cakap sikit dengan kau ni. Ada lebih kurang 7 minit je lagi ni" tutur Hae Jung seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook.

"Benda?" balas Jungkook senada. Matanya memang tak lepas memerhati dua gerangan itu.

"Kau tahu kan aku--"

"Eh, sial. Panas la aku peluk-peluk pulak" seloroh Jungkook spontan tatkala matanya menyaksikan adegan peluk-peluk pula antara Eunha dengan Yugyeom itu. Sebenarnya peluk ringkas saja. Makhluk ini yang terlebih sensitif.

Kedua-dua matanya mencerlung tajam dua gerangan yang masih terlihat agak mesra itu. Takziah buat botol air mineral di sebelahnya yang digenggam hingga kemik.

"Woi, woi. Itu kan cuma peluk kengkawan macam tu" ujar Hae Jung spontan tatkala dia melihat reaksi yang ditunjukkan Jungkook itu.

"Memang kena peluk dulu? Asal? Tak boleh terbang ke flight dia nanti kalau tak peluk dulu?" tukas Jungkook dingin dengan kesalnya. Satu rengusan kasar dilepaskan.

Hae Jung langsung berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Sungguh, dia tak pernah lagilah melihat abangnya itu posesif terlebih dos begini. Terhibur pun ada.

"Jealous ke tuu?" soal Hae Jung meleret, hanya bertujuan untuk menjengkelkan lagi seorang Jeon Jungkook di sebelah.

Jungkook langsung mencerlung tajam adiknya itu.

"Kau single tu diam" balas Jungkook dingin dengan pedasnya.

Terasa sungguh tertusuk di kalbu seketul Jeon Hae Jung apabila direspon begitu.

Jangan sebut hal sensitip please.

"Halahhh ko saba jap. Dua tahun lagi aku balik sini, aku bawak balik 8 lelaki haa" seloroh Hae Jung.

Jungkook langsung menoleh memandang Hae Jung di sebelah dek jawapan aneh-aneh adiknya itu.

"Kejadahnya sampai 8? Kau nak kahwin semua ke apa" respon Jungkook dengan raut wajah tidak merestu itu.

"Tak la. Lapan-lapan aku nak game" balas Hae Jung selamba dengan megahnya. Ya, tentulah dia cuma bergurau-

Tak semena-mena kepala Hae Jung ditolak Jungkook menggunakan dua jari-jemarinya. Terteleng jugalah kepala gadis itu.

"Belajar bagi habis dulu. Lepas tu, game la kau nak game 20 orang pun" tutur Jungkook mendatar sebelum menjeling sekilas adiknya itu.

Hae Jung langsung tersengih kecil. Polos pula responnya kali ini dengan si abang yang mulut tiada insurans itu.

"Oh ye, aku nak cakap ni" tutur Hae Jung yang langsung teringatkan tentang topik yang mahu dibicaranya itu.

"Eo" balas Jungkook ringkas dengan anggukan.

"Since aku dah tak banyak masa, so aku make it simple je la" ujar Hae Jung.

Jungkook sekadar mengangguk. Dia menumpukan perhatiannya pada wajah adiknya itu.

"Sesungguhnya kau memang abang tak guna aku pernah ada. Tapi, itu semua sebab mulut tak ada filter kau tu je. Kalau pasal lain, kau berguna. Since kau yang banyak tampung hidup aku sejak aku masuk universiti sampai sekarang, so aku hargai tu. Hargai sangat. So, thank you" tutur Hae Jung panjang lebar sebelum mengukir senyuman kecil.

"Lepas tu, pasal Eunha eonnie pulak, dia buat aku rasa macam mana rasa belaian seorang kakak tu. Jadi, make sure kau jaga dia baik-baik. Susah nak jumpa orang se-lemah lembut dia. AKU TAK SURUH KAU CARI YANG BARU EH. Aku cuma nak kau jaga dia baik-baik, sepenuh hati kau. Jangan sebab dia soft dan selalu terima apa yang jadi, kau ambil kesempatan untuk sakitkan dia. Jangan ulang apa aku buat. Kalau korang ada masalah, settle la baik-baik eh" tambah Hae Jung, hanya tentang kakak iparnya itu saja.

Jungkook memang hanya mengangguk sahaja.

"Dah, tu je la. Nak cakap banyak-banyak nanti aku terlepas flight pulak. So, hadam je la dua benda tu dulu. Dah, bye" ujar Hae Jung ringkas sebelum berdiri, mempamitkan dirinya. Maklumlah, cuma berbaki lebih kurang 5 minit lagi saja sebelum waktu penerbangannya tiba.

"Hm. Jaga diri. Pergi mana-mana tak payah jadi bodoh jalan sorang-sorang" pesan Jungkook mendatar dengan bicara yang sangat menjaga kata-

Hae Jung langsung berdecit perlahan. Dia menganggukkan kepalanya.

"Iye. Aku tak pernah harapkan pesanan yang lebih berbudi bahasa pun dari kau" seloroh Hae Jung membalas, menyindir mesra abangnya itu.

Jungkook berdecit sebelum tersenyum kecil. Memang tak lah dia mahu memberi pesanan kepada Hae Jung dengan setiap lontaran kata yang baik dan lembut seperti abang idaman orang lain itu. Bukan saja dia jijik, Hae Jung juga pasti akan geli-geleman.

"Dah, jalga" ucap Hae Jung ringkas dengan lambaian ringkas sebelum menarik bagasinya lalu mengatur langkahnya. Namun, baru selangkah dihayun, dia berhenti dan terus menoleh memandang Jungkook di belakang kembali. Senyuman lebar terukir.

"Kook" panggil Hae Jung dengan senyuman yang kekal terukir itu.

"Apa?" sahut Jungkook bingung dengan kening yang terangkat sebelah.

"Nanti bila aku dah balik sini, aku nak anak buah aku dah ada dua eh" seloroh Hae Jung dengan sepenggal senyuman lebar.

"Aku tak ada buka apa-apa request pun?" tukas Jungkook bersahaja dengan kening yang diangkat sebelah. Sengaja mahu mengenakan kembali si gadis itu.

Hae Jung langsung berdecit perlahan sambil bola mata digulingkan ke atas. Menyampah.

"Nyah kau. Dah, gerak lu" pamit Hae Jung santai seraya kembali meneruskan langkahnya. Tangan kanannya diangkat ke udara tanda meminta diri.




【 BBP S2:TRUST】
»72



"Ala, tadi Yuju bagitahu saya yang Yugyeom tu kena transfer dekat cawangan Busan. Jadi, dah alang-alang dia ada sekali tadi, saya nak la say goodbye dekat dia. Sebab, possibility dia nak datang sini lagi tu kecil. So,macam untuk kali terakhir la macam tu ha" jelas Eunha sambil memandang sisi wajah Jungkook yang berjalan seiring dengannya itu.

Jungkook hanya mengangguk perlahan, tidak menyangkal mahupun memberontak.

"Well, kalau macam tu saya pun nak cari jugak la kawan perempuan" seloroh Jungkook bersahaja.

Eunha lantas menoleh memandang suaminya itu.

"Eh, mana bolehhhh" respon Eunha spontan dengan mata yang sedikit membuntang itu.

"Kenapa pulak? Awak boleh, saya pun kena boleh la" tukas Jungkook selamba.

Eunha menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"No no, tak boleh. Awak lain, saya lain" balas Eunha bersungguh.

"Lain apanya? Tak adanya. Boleh je. 'Kawan' je pun" ujar Jungkook bersertakan sindiran mesra itu.

"Iye laaa tapi kan Yugyeom dah pergi kerja sana. Jadi, saya dah tak ada la kawan lelaki. Haa, mana ada dah. So, awak pun tak payah la cari kawan perempuan bagai tu. Kita dah sama" tutur Eunha, memberikan hujah ringkas yang mungkin membantu.

"Eoh, okey then" balas Jungkook ringkas dengan anggukan kecil.

Eunha langsung tersenyum lebar. Dia langsung memeluk lengan kekar suaminya itu sambil kaki kekal berjalan di parkir lot di luar lapangan terbang itu.

"Haaa, macam tu laaa" tutur Eunha meleret dengan senyuman lebar.

Jungkook berdecit perlahan dek reaksi spontan berubah isterinya itu.

"Sayang, tadi Hae Jung ada cakap sikit. Nak tahu tak?" soal Jungkook, membuka topik baru.

Eunha langsung mengangkat kepalanya dari terus melentok di lengan Jungkook. Kepalanya didongakkan sedikit memandang wajah suaminya yang sedang menjongket kening itu.

"Eoh, apa?" soal Eunha polos dengan penasaran.

Jungkook tersenyum kecil lalu mendekatkan kepalanya dengan telinga Eunha yang terlindung oleh rambut panjang wanita itu. Diselit dahulu rambut isterinya itu ke belakang telinga sebelum dia berbisik.

"Dia request anak buah seorang lagi" bisik Jungkook tepat di tepi telinga Eunha.

"Heo-Heol mwoya?" respon Eunha yang agak terkesima itu sebelum langsung menjauhkan dirinya dari berjalan rapat dengan suaminya itu. Dipandang suaminya itu seolah si pakcik miang mana pula berjalan di sebelahnya.


YA ALLAH MENGANTUK SISTUR-

DAH AKU TAK BOLEH BEBEL BYK KOT SBB SKRG DAH PUKUL 3 PAGI YE FKDNDKFNDKLS

NAMPAK TAK PENGORBANAN SEKETUL MINYU-- dah,sudah

BAIKLAH, SO DUA CAST AKU DAH TOLAK TEPI JAP WHICH IS YUGYEOM DENGAN HAE JUNG

BUKAN MATIKAN WATAK YE, CUMA TOLAK TEPI HIKHOK

JADI BEGITULAH

HA ALSO, AKU RASA LATELY NI MACAM MAKIN HAMBAR YE CHAP YANG AKU APDET

HAIH

TAHLA AKU RASA MACAM AKU DH BUAT YG TERBAIK TAPI TETAP RASA TAK TERBAIK JUGAK

Dasar complicated

EM

HA PASTU AKU NK BAGITAHU SEDIKIT INFO DISINI YE

SO, AKU RASA UTK BEBERAPA HARI NI, AKU AKAN APDET SELANG 2 HARI YE OR MAYBE 3

TAPI 2 JE AKU TARGET. AKU TAKKAN SENANG DUDUK KALAU LEBIH 3 HARI TAK APDET SSKSKSKSK

SOO ADA LA YE SEBAB AKU NAK APDET GITU

SELANG 2 HARI TU LIKE, HARI ISNIN AKU APDET, THEN HARI RABU PULAK NEXT CHAP TU MUNCUL

AAGITUH

UNTUK FEW DAYS JE SEBAB AKU AGAK SIBUK NANTI YE

AKU TANAK HIATUS YE SEBAB AKU NAK HABISKAN FF NI CEPAT II

SO BILA FF NI CEPAT HABIS, CEPAT LA JUGAK SEYA BERSARA DARI NATANG OREN NI OHOHOHO
























Tak, gurau je

TAK KOT, AKU TAK BERSARA KOT EM

TENGOK LA YE

KALAU AKU APDET TERLEWAT TU, JANGAN INGAT AKU HIATUS YE

ITU SEMUA ADA LA HAL AKU YG MENGHALANG DARI APDET EM

HA MACAM TU LA

DAH, VOTE YE

KBAI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro