ULULULU
MAAF KELEWATAN
DAH,VOTE
Ting tong!
"Eo,cepatnya mama sampai" omel Hae Jung seraya bangun dari sofa. Sempat dia menutup televisyen yang sedang menayang rancangan memekak terlolong itu. Remote kawalan TV diletakkan ke atas meja setelah televisyen dimatikan.
Tok tok tok!
"Ye, sekejappp!" laung Hae Jung lantang apabila pintu rumah diketuk pula. Dia menapak menuju ke pintu utama lalu pintu itu terus dibuka. Perlahan membuntang matanya apabila yang disangkanya ibunya itu ternyata gerangan lain yang terpampang di hadapan.
Ya. Jeon Jungkook dan Jeon Eunha.
"Y-Yah, macam mana korang--"
Tak sempat soalan itu diajukan sepenuhnya, Jungkook terlebih dahulu meluru masuk ke dalam rumah itu dengan merempuh tubuh adiknya serentak menarik Eunha juga.
"Yahhhhh" bentak Hae Jung sebal apabila dirinya dirempuh begitu saja. Bibirnya diketap geram sebelum pintu rumah ditutup.
Eunha perlahan menghentikan langkahnya di pertengahan ruang tamu yang tidak terlalu luas itu tatkala matanya terarah lurus pada seorang bayi yang sedang duduk di atas permaidani kecil, ligat dengan seketul mainan di tangannya.
Terkaku seketika Eunha di situ. Nafasnya seperti disekat sebentar. Matanya tak lepas memandang ke arah bayi lelaki itu. Matanya mulai memanas.
"J-Jungwon ah" panggil Eunha dengan nada agak bergetar. Nafasnya sedikit tidak keruan, tidak menyangka secepat itu dia dapat melihat kembali wajah polos itu.
Ya. Jeon Jungwon. Satu-satunya anak lelakinya yang disangkanya tempoh hari sudah dibunuh dengan kejam, yang disangkanya sudah pergi meninggalkannya, yang disangkanya telah kehilangan satu gerangan mencuit hati yang sering menceriakan hidup, rupanya sedang sempurna sifat di dalam rumah agam ini.
Eunha langsung meluru ke arah si kecil kesayangannya itu. Dia langsung melutut di atas lantai bersebelahan tilam kecil bayi itu lalu lantas tubuh kecil anak lelakinya diangkat ke arahnya. Didirikan tubuh kecil itu di atas ribanya kemudian dikucup terus-terusan pipi tembam Jungwon itu. Sangat bersyukur yang anaknya itu tidak apa-apa.
Terkekek ketawa si kecil itu apabila dicium tanpa henti oleh ibunya itu. Terlentok juga kepalanya seolah cuba mengelak dari terus dikucup terus-terusan di pipi mulusnya itu.
Terukir langsung senyuman di bibir Eunha tatkala melihat Jungwon yang bergelagat begitu itu. Walau cuma dua hari dia tidak melihat si kecil itu, terasa sangat menyeksakan ketika itu. Eunha kemudiannya memeluk longgar tubuh kecil itu seraya air matanya menitis jua. Dalam hatinya tak henti bersyukur di kala dia masih dapat mengucup pipi dan memeluk satu-satunya cahaya matanya ini.
Hae Jung yang statik berdiri di hadapan pintu itu memandang Eunha dan Jungkook bersilih ganti. Dia lebih menatap ke arah Eunha yang beradegan air mata di tepi sofa. Dia berdecit jengkel.
Apahal drama sangat tu?
Bola matanya diputar ke atas. Dia kemudiannya memandang Jungkook di sebelah yang sedang giat memerhati Eunha itu. Lengannya disilang ke dada. Dia berdehem kecil.
"Korang buat apa dekat sini?" soal Hae Jung mendatar, memecahkan suasana lengang yang tidak terlalu lama itu. Keningnya diangkat sebelah.
Jungkook yang mendengar soalan bodoh Hae Jung itu langsung menoleh memandang sang adik. Dia berjalan mendekati Hae Jung.
"Kau tu yang aku patut tanya buat apa dekat sini. Dengan ambik anak aku lagi. Kau sedar tak kau dah subahat jenayah dengan mak kau tu?" tutur Jungkook dingin sambil matanya tajam mencerlung wajah Hae Jung.
Drastik dahi Hae Jung berkerut dek tuturan abangnya itu.
"Eh, apa benda kau ni? Jenayah bendanya?" soal Hae Jung bingung.
Jungkook merengus perlahan sebelum mengeluarkan sekeping gambar 4R dari poket hoodie-nya.
Lalu, gambar yang memaparkan bayi dibunuh kejam itu dicampak ke arah Hae Jung.
Hae Jung sedikit terperanjat apabila abangnya itu tiba-tiba saja mencampak kuat sekeping gambar ke arahnya. Dia memandang kepingan foto yang perlahan jatuh ke lantai itu lalu dengan bingung dia memandang Jungkook semula.
"Kau pernah terfikir tak apa yang seorang mak tu rasa bila tengok, fikir anak dia yang baru 4 bulan mati macam tu?" soal Jungkook dingin sambil menatap tajam wajah terpinga-pinga Hae Jung itu.
"And kau, dengan selamba bodohnya sorok anak aku dan buat benda tu nampak lagi real" sambung Jungkook senada.
Hae Jung mengerutkan dahinya. Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan abangnya itu. Kemudian, dia perlahan membongkok tubuhnya lalu gambar yang mendarat di atas lantai itu diambil. Setelah itu, dia berdiri kembali. Dipusing gambar itu ke bahagian isinya. Drastik matanya membuntang luas tika melihat isi gambar mengerikan itu.
"Eee apa ni?!" laung Hae Jung spontan dengan terkejutnya seraya langsung mencampak gambar itu ke lantai kembali.
"Ha, itu lah. Itu la gambar yang mak kau tu bagi dekat bini aku. Mak kau tu dah buat bini aku percaya yang dia dah bunuh Jungwon. Tu la bukti bodoh mak kau tu" jelas Jungkook dingin dengan tatapan tajamnya itu.
Hae Jung langsung memandang protes Jungkook apabila ibunya pula disebut dalam hal itu.
"Apa benda kau ni? Guna-guna nama mama pulak. Mama tak buat macam tu lah!" bentak Hae Jung tak puas hati.
"Apa yang tak buatnya? Kalau buktinya dia dah suruh kau bawa Jungwon datang sini untuk dia sorok anak aku. So that agenda dia akan nampak real" tukas Jungkook mendatar.
Hae Jung terdiam sebentar. Dia hanya menatap kesal wajah abangnya itu.
"Betapa bersungguhnya mak kau tu nak balas dendam sampai dia culik anak aku, serah dekat kau lepas tu datang rumah aku, tunjuk gambar ni dekat bini aku sebagai bukti yang dia dah bunuh Jungwon. Pernah terfikir tak mak yang kau sanjung sangat tu psycho sampai macam ni?" tambah Jungkook dingin dengan renungan tajamnya itu.
"Sejak bila pulak mama ada dendam dengan bini kau tu? Bini kau tu je play victim!" tukas Hae Jung geram sambil turut mencerlung abangnya itu.
Jungkook berdecit sinis. Dia kemudiannya merenung tajam kembali adik perempuannya itu.
"Eh bodoh, kalau mak kau tu tak ada dendam, apa motif dia culik anak aku? Apa motif dia tunjuk gambar teruk tu dekat bini aku? Apa motif dia suruh kau datang sini bawa Jungwon?" soal Jungkook bertalu-talu sambil mengetap giginya. Dia sudah menyampah dengan kebodohan adiknya itu.
Hae Jung tergamam seketika. Bibirnya diketap sambil dia cuba memikirkan jawapan untuk soalan Jungkook itu.
"Aku tahu kau taksub dengan sanjung sangat mak kau tu, tapi jangan sampai dia gunakan kau pun kau tak sedar. Bodoh" tambah Jungkook dengan pedasnya sebelum menolak sisi kepala Hae Jung menggunakan jari telunjuknya. Terteleng ke tepi kepala sang adik.
Hae Jung langsung merengus kasar. Dia paling pantang kepalanya ditolak begitu.
"Yaish, kau--"
"Kajja" ajak Jungkook mendatar sambil menatap kosong wajah sebal Hae Jung itu.
"Pergi mana?" soal Hae Jung senada dengan dahi yang masih berkerut protes itu.
"Balai" balas Jungkook sepatah tanpa nada.
Hampir terjengul keluar biji mata Hae Jung saat mendengar jawapan abangnya itu. Mulutnya melopong luas.
"Mwo?! Yah! Aku tak tahu apa-apa lah! Mama suruh aku bawak Jungwon datang sini je! Aku tak tahu tujuannya apa! Tolonglah aku tak nak--"
"Kau datang sini dengan apa?" soal Jungkook mendatar yang selamba memotong sesi rintihan gelabah Hae Jung di hadapan.
Itulah Jeon Jungkook. Bukan sahaja selalu memutuskan panggilan dulu, dia juga gemar memotong percakapan orang yang menyemak keamanan telinganya.
Hae Jung merengus kasar. Dia menggempal penumbuk. Bibir diketap. Merah padam wajahnya. Sebal dengan sikap abangnya itu.
"Teksi" balas Hae Jung dingin.
"Dah cepat, aku hantar kau balik" balas Jungkook mendatar tanpa mengerling ke arah Hae Jung di hadapan.
"Balik mana?" soal Hae Jung dengan kerutan di dahi.
"Kalau balik rumah makhluk ni, sumpah aku tak--"
"Kau nak balik ke tuhan ke nak balik rumah?"
"Ish! "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»68
•
•
•
"Hae, Jungwon dah minum susu?" soal Eunha seraya menoleh ke belakang, melihat adik iparnya yang duduk di bangku belakang itu.
"Dah. Tidur je belum" balas Hae Jung dingin tanpa mengerling sedikit pun ke arah Eunha. Dia cuma melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
"Eoh, thank you, Hae Jung ah" ucap Eunha mesra dengan senyuman sebelum memandang ke hadapan kembali. Meskipun dia tahu adik iparnya itu masih dalam fasa membencinya, namun dia tetap yakin gadis itu takkan melepaskan kebencian itu kepada Jungwon. Gadis itu tetap menjaga si kecil itu dengan baik.
Jadi, keputusan Choi Im Hwa menyerahkan seorang Jeon Jungwon ke tangan Hae Jung sangatlah bagus. Sekurang-kurangnya dia tak perlu risau jika anak kecilnya itu berkemungkinan didera atau apa.
Jungkook yang hanya diam memandu di sebelah itu langsung berdecit jengkel apabila mendengar perkataan 'terima kasih' keluar dari mulut isterinya itu.
"Buat apa nak terima kasih dekat orang yang subahat culik anak orang" sindir Jungkook senada sambil matanya kekal fokus memandang jalan raya.
Eunha menoleh memandang Jungkook di sebelah sebelum tersenyum kecil.
"Tak apa lah, sayang. Penculik ni kan jaga Jungwon dengan baik. Bagus penculik ni. Pandai jaga baby" tukas Eunha bersahaja berbaur sindiran mesra buat gerangan di belakang.
Hae Jung yang ligat memandang ke luar tingkap itu langsung berdecit jengkel dek tuturan Eunha itu. Dia menggulingkan bola matanya menyampah.
"Kejap lagi hantar je aku dekat depan pagar, tak payah nak serbu rumah mama" pesan Hae Jung dingin.
"Eh kau. Mak kau tu dah buat bini aku mental breakdown dua hari, ingat senang-senang macam tu je lepas dia?" bentak Jungkook spontan seraya merenung tajam Hae Jung di belakang melalui pantulan di cermin pandang belakang itu.
Hae Jung merengus perlahan. Dia memandang ke depan dan turut merenung ke arah pantulan cermin pandang belakang itu.
"Tak,benda sekarang Jungwon dah ada dengan korang kan? Cukup la" tukas Hae Jung sebal.
"Eh bodoh, even Jungwon dah ada dengan kitorang pun, still mak kau tu dah--"
"Sayang" panggil Eunha serta-merta sebelum menggelengkan kepalanya perlahan, mengisyaratkan kepada lelaki itu agar tidak beremosi.
Jungkook memandang Eunha sekilas sebelum merengus perlahan. Genggamannya pada stereng kereta menjadi lebih kuat. Bibirnya diketap.
"Kalau tak ada bini aku, dah lama aku bunuh kau, Hae" tutur Jungkook mendatar.
"Ha bunuh la! Bunuh! Memang kau dah lama nak aku mampus kan?!" respon Hae Jung penuh emosi dengan lantangnya.
"Eh sial, yang kau nak tinggi suara apahal?" bentak Jungkook bengang. Maklumlah, dia memang selalu melontarkan ayat itu kepada adiknya itu dan tak pernah pula si Hae Jung itu melenting.
"Kau tu la! Tak habis-habis dengan 'nak bunuh' kau tu! Kau ingat aku rasa berharga hidup ke ada abang tak guna macam kau?!" hambur Hae Jung dengan berangnya.
"Dah tu mati je la! " balas Jungkook spontan dengan agak lantang.
"Ye, aku nak mati!"
"Ha pergi mati"
"Aish sial-"
"Ishhhh! Tak payah gaduh la! Cuba sekali tu berbaik macam adik dengan abang sikit! Bergaduh je memanjang ha! Bukannya umur tu 7 tahun!" laung Eunha yang akhirnya dapat mencelah juga untuk menghentikan perang mulut adik beradik itu. Dipandang tajam Jungkook di sebelah dan Hae Jung di belakang. Sudah lama dia bersabar.
Jungwon yang dari tadi tidak menghiraukan situasi tegang barusan dek fokus dengan permainan barunya itu lantas mendongak perlahan memandang ibunya setelah mendengar suara lantang itu. Maklumlah, dia tak pernah pula melihat si ibunya itu membebel dalam emosi begitu.
Jungkook dengan Hae Jung juga terdiam sebentar. Turut terkejut dengan hamburan lantang berkenaan memarahi mereka itu. Lagi-lagi Hae Jung. Dia manalah pernah melihat sudut suara lantang kakak iparnya itu. Selalu lembut saja.
Jungkook berdecit jengkel. Dia kemudiannya memanjangkan lengannya ke belakang lalu kepala si Hae Jung ditolaknya. Kebetulan ketika itu lampu isyarat bertukar merah.
"Ha memang. Si bangang beban keluarga ni lah--"
"Jeon Jungkook!"
"Okey okey,fineeee!"
"Padan muka"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»68
•
•
•
"Auww, sakitnya kepala aku" rintih Hara sebaik saja dia sedar dari pengsannya yang agak lama itu. Sisi kepalanya dipegang lalu perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya. Berkerut-kerut sedikit dahinya.
"Aduh, kuat jugak aku terhantuk ni. Saman atas sebab menggunakan keganasan dekat perempuan baru tahu. Nasib anak puan Choi je" omel Hara sebal sebelum merengus perlahan.
"Oh, cakap pasal Puan Choi, mana dia ye?" gumam Hara penasaran seraya perlahan berdiri. Dia memandang ke sekeliling sudut. Kosong. Dia kemudiannya menapak ke ruang dapur.
"Puan Choi? Puan ada dekat sini ke?" soal Hara tatkala dia menjejak kaki di ruangan dapur. Matanya meliar ke sekeliling.
"Puan Choi! Puannn" panggil Hara lagi kini dengan lebih lantang.
"Eo-Eo Hara ya! Saya ada dekat tandas ni! Tolong bukakan pintu ni!"
Mendengar suara lantang seorang wanita dari arah yang tidak jauh itu langsung membuatkan Hara tertoleh-toleh seketika.
"Eo? Eoh, puan! Sekejap saya datang!" laung Hara seraya langsung berlari anak menuju ke tandas tunggal yang terletak di antara ruang dapur dan ruang depan itu.
Tiba saja di depan pintu tandas itu, Hara lantas mencapai sebentuk kunci yang disangkut di dinding itu. Kemudian, dia cepat-cepat memasukkan kunci ke dalam lubang kunci itu. Setelah itu, dibuka pintu yang dikunci dari luar itu. Terpampang figura puan Choi yang berpeluh-peluh di muka pintu.
"Puan! Macam mana puan boleh--"
"Saya tak ada masa untuk explain tu. Sini ikut saya. Ada kerja saya nak kamu buat" tutur puan Choi seraya berjalan dahulu melepasi Hara yang agak cemas melihat majikannya itu.
"Eo-Eoh, ne" balas Hara akur lalu langsung membontoti puan Choi hingga ke bilik kerja wanita itu.
Puan Choi menghenyak kasar punggungnya ke atas kerusi meja kerjanya itu. Sebuah fail dicapai lalu dijadikan kipas, mengipas leher dan wajahnya yang berpeluh-peluh itu. Maklumlah, 30 minit terkurung di dalam bilik air.
"Puan nak saya on aircond ke?" soal Hara prihatin di kala melihat kondisi puan Choi yang berkeringat bukan main.
"Tak payah" balas puan Choi senada. Kalau dia menghidupkan penghawa dingin pun, bukannya masa itu juga udara di dalam bilik itu menjadi sejuk.
Hara mengangguk akur setelah mendengar jawapan puan Choi itu. Dia hanya berdiri statik di hadapan meja kerja wanita itu, menunggu arahan kerja dari majikannya itu.
Puan Choi meletakkan fail di tangannya yang dibuat kipas itu ke atas meja kembali apabila dia merasa lebih baik. Dia kemudiannya merengus perlahan bila mengingat kembali angkara Jungkook yang menguncinya di dalam tandas itu.
"Hara" panggil puan Choi senada tanpa mengerling sekretarinya di hadapan.
"Ye, puan" sahut Hara serta-merta. Matanya tertumpu fokus pada wanita itu.
Puan Choi menarik laci meja kerjanya lalu diselongkar laci itu, mencari sesuatu. Kemudian, benda yang dicari dijumpainya. Dia langsung mengeluarkan sekeping gambar dari laci itu kemudian diletakkan ke atas meja.
"This. Kamu bagi gambar ni dekat Shin dengan Chan" arah puan Choi senada seraya mengetuk perlahan gambar 4R itu menggunakan jari telunjuknya.
Hara perlahan mendekati meja kerja wanita itu. Dia memandang gambar yang dimaksudkan Choi Im Hwa itu. Dia langsung menggumam di dalam hati saat melihat foto itu.
"Ini kan gambar perempuan yang datang tadi…"
"Untuk apa, puan?" soal Hara seraya memandang puan Choi semula.
"Suruh diorang cari perempuan ni then terus bunuh dia" respon puan Choi tanpa nada seraya matanya tepat merenung wajah sekretarinya.
Manakala, Hara sudah membuntang mata apabila mendengar arahan seorang Choi Im Hwa itu.
"Bu-Bunuh, puan?" soal Hara dengan nada yang sangat terkejut itu. Matanya masih terbeliak.
"Ya. Bagitahu diorang untuk buat lah macam mana pun as long as perempuan ni takkan bernyawa lagi" tutur puan Choi bersahaja dengan wajah ketatnya itu.
Melopong spontan mulut Hara mendengar jawapan wanita itu. Lidahnya bagai kelu sebentar.
"Itu je cara terakhir untuk aku buat si Jeon Jungkook tu merana" omel puan Choi sebelum tersenyum kecil.
"Ta-Tapi, kenapa, puan? Kenapa puan nak buat anak puan tu merana?" soal Hara polos dan penasaran meskipun dia masih terkesima itu.
Puan Choi merengus perlahan.
"Dia tu dah cabar saya. Dia betul-betul tak pernah cukup dengan segala game saya selama ni. So, kali ni aku memang nak dia tersangat merana. Dan, caranya dengan cuma buat si Jung Eunha tu mati" jelas puan Choi sebelum bibirnya menarik senyuman lebar. Memikirkan rancangan meganya untuk menjayakan misi membunuh Jeon Eunha sekali gus membunuh kebahagiaan Jeon Jungkook cukup membuatnya tersenyum lebar.
Hara di hadapan sudah terkaku sepenuhnya. Betapa menyeramkannya berdiri di situ, melihat senyuman misteri majikannya itu.
"So, make sure, kamu bagitahu diorang pasal ni. Cuma bagi gambar ni dan suruh diorang buat dia mati. Buat la macam mana pun. Potong brek kereta dia ke, bunuh dia dekat hutan mana-mana ke, kurung dia sambil spread poisoned gas ke, yeah anything. Saya cuma nak tahu dia mati je nanti" ujar puan Choi tenang lalu mengukir senyuman lebar.
Menegak habis bulu roma seorang Kim Hara tika mendengar cadangan penuh psiko puan Choi itu. Dia menelan air liur sukar. Jantungnya berdegup kencang. Seram sejuk dia di situ. Macam dia pula yang akan dibunuh.
"Oh wait, kalau Jung Eunha tu tak mati pun, biar dia kritikal or nyawa-nyawa ikan pun okey jugak. I mean, time tu dia akan suffering sebelum dia mati. So technically, Jeon Jungkook and Jung Eunha sama-sama menderita waktu tu. How nice" tambah puan Choi dengan senyuman sebelum perlahan menyandarkan tubuhnya pada badan kerusi.
"And, basically dendam saya dengan dua orang sial tu akan terhenti sampai situ je since i've reached my goal" sambung puan Choi lalu tersenyum puas.
"Ma-Mama"
Mendengar suara yang sangat dikenali itu, drastik seorang Choi Im Hwa menegakkan tubuhnya. Matanya yang agak membuntang itu memandang tepat ke arah pintu.
Ya, betul. Gerangan itu merupakan Jeon Hae Jung.
"Hae"
Itu saja yang terkeluar dari mulut wanita itu. Dia langsung berdiri tika melihat raut wajah terpana anak perempuannya itu.
"Mama...mama cakap apa ni?" soal Hae Jung dengan nada agak bergetar itu. Nafasnya sedikit tidak keruan. Bola matanya bergerak-gerak memandang wajah terkesima ibunya itu.
Ya. Dia sudah mendengar kesemuanya, bermula dari nama Eunha disebut.
Puan Choi sudah tidak keruan. Dia mengetap bibirnya sebentar.
"Hae Jung ah--"
"Ma-Mama nak buat apa dengan Eunha eonnie?" soal Hae Jung dengan nada tidak menyangka. Matanya yang membuntang setia merenung setiap sudut wajah ibunya itu. Dia menapak perlahan masuk ke dalam bilik kerja itu.
Puan Choi hilang kata. Dia mengemam bibirnya rapat lalu menundukkan kepalanya memandang meja.
"Mama! Mama nak buat apa dengan Eunha eonnie?!" soal Hae Jung lagi, kini dengan nada lantang. Bibirnya bergetar. Matanya tajam merenung ibunya yang sedang menunduk itu.
Choi Im Hwa yang sedang menunduk itu perlahan mengangkat kepalanya semula. Bibirnya menarik senyuman senget.
"Jadi, kau dah dengar semua benda lah kan?" soal puan Choi dengan senyuman sumbing sambil matanya merenung tepat ke wajah protes Hae Jung itu.
Hae Jung tersentak sepenuhnya apabila melihat respon dan raut wajah puan Choi yang drastik menjadi orang berbeza itu. Air matanya langsung bertakung di tubir mata. Tak sangka ibunya begitu.
"Ma, selama ni Hae mati-matian percaya mama--"
"Bila kau dah dengar semua benda, jadi aku kena hapuskan bukti la kan?" ujar puan Choi sinis dengan kening yang diangkat sebelah. Bibirnya mengukir senyuman lebar.
Hae Jung tercengang. Dia memandang raut wajah ibunya yang kelihatan membawa seribu makna itu.
Senyuman lebar seorang Choi Im Hwa yang diukir tadi sepantas kilat lesap. Raut wajahnya menjadi tegang. Dia merenung tajam wajah Hae Jung sambil berganjak dari meja kerjanya. Kemudian, sebuah pasu kaca di atas mejanya itu dicapai lalu dia menapak ke arah anak perempuannya itu dengan tatapan maut.
"Ma-Mama, mama nak buat apa ni?" soal Hae Jung dengan mata membulat besar. Nafasnya tidak teratur. Kakinya perlahan mengundur ke belakang.
"Aku nak hapuskan bukti la, "
"Dengan buat kau mati" sambung puan Choi dengan senyuman senget.
Hae Jung bernafas tidak keruan. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Air matanya deras mengalir. Dia mengundur ke belakang dengan lebih laju sehingga kakinya tersadung pada kaki meja di hadapan sofa membuatkan dia jatuh terduduk.
"Ma-Mama, tolong, Hae--"
"Mati kau! " laung puan Choi lantang dengan ekspresi menggerunkan seraya tangannya mengangkat pasu kaca yang agak besar dan berat itu ke udara.
"HAE JUNG AH! " jerit Eunha lantang dengan cemasnya seraya langsung berlari masuk ke dalam bilik itu dan dia lantas berdiri di hadapan puan Choi, melindungi Hae Jung sekali gus merelakan dirinya untuk mendapat kecederaan serius. Matanya dipejam rapat. Dan,
PRAAAAANG!
HAH YE LEPAS SATU KONFLIK, KITA SUBMIT LAGI SATU YE
AAGITUH
DI SITU SEPERTI YG ANDA NMPK, SEKETUL MAK MAHU MEMBUNUH ANAKNYA SENDIRI YA
TAPI EM TAH LA
APAPUN GAISSS
IYA MINYU ANDA SUDAH BERJAYA REPLY SEMUA COMMENT ANDA WUHUUU-
KECUALI CHAP LEPAS OHOK
SO MACAM BIASA LA MESTI KORANG DAH MUAK BILA AKU ASYIK TERIMA KASIH JE KAN
JADI JIKA BEGITUUU SAYA CUMA MAHU BUAT ANDA TAHU BAHWA
KETAHUILAH SEKETUL MINYU SANGAT MENGHARGAI SETIAP BENDA YANG ANDA SUMBANG DI SETIAP CHAP SEYA OHOK
SILENT READERS PUN AKU HARGAI JUGAK YE
AKU SAYANG LEBIH YANG NI
HA SUKE LER TEW CIK PUAN SILENT READERS KENA MENTION
AHAHAHAHA k
SO YEA CARA AKU APPRECIATE ANDA YG COMMENT TU DGN MEMBALAS COMMENT ANDA LA
KALAU YANG VOTE TU HA AKU BALAS DENGAN TERUSKAN APDET NEW CHAP DKT KORANG WALAUPUN KDG TU LEMBAB BETHOL YE SI MINYU NI
EM
HAH TU JE LA
JANGAN LUPA VOTE YE
AMUAH
Kbai
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro