
🔷67
OMONAR SUDAH HAMPIR 70 CHAP YE
HALAHHHH HALAHHHH
HA VOTE SILA
KO TAK VOTE AKU SUMPAH JADI SENDUK
Jungkook memandang Eunha yang duduk tidak jauh darinya itu. Dia sedang berkira-kira sama ada mahu memberitahu hal yang baru diketemuinya itu atau tidak. Walaupun besar kemungkinan itu semua mungkin agenda licik Choi Im Hwa, tapi dia tak boleh juga untuk yakin secara terburu-buru mengenai itu. Dalam masa yang sama, dia tak mahu juga memberi harapan kepada Eunha tentang anak mereka itu.
Kalau tiba-tiba gambar di laman web itu cuma kebetulan atau dimuat naik selepas 'projek membunuh' mereka itu macam mana?
Macam-macam kemungkinan boleh jadi benar.
Jungkook meraup wajahnya kasar. Kemudian, rambutnya diramas kuat. Dia sudah buntu mahu memutuskan apa. Dia tak boleh menggunakan bulat-bulat gambar yang terpapar di laman web itu sebagai bukti kukuh yang Jungwon sebenarnya tak dibunuh pun. Dia perlukan bahan lain yang dapat membuktikan lagi berkenaan itu.
Satu keluhan perlahan dilepaskan. Kepingan gambar 4R yang berada di atas meja itu diangkat kembali. Kemudian, ditilik sekali lagi, bersilih ganti dengan gambar yang terpapar di skrin telefonnya itu.
Lama dia meneliti dua gambar yang sama namun dalam media berbeza itu. Tenung punya tenung, matanya tiba-tiba terhenti pada kain bedung yang membalut tubuh kecil bayi malang di dalam gambar itu. Memang berlumuran darah namun masih ada sedikit bahagian yang tidak terkena cecair merah itu sepenuhnya.
Jungkook langsung merenung dengan lebih dekat gambar 4R di tangannya itu. Dia mahu mengenal pasti warna kain bedung yang membedung si kecil itu.
Kuning. Ya. Itu merupakan warna kain bedung itu.
Jungkook menjauhkan sedikit gambar itu dari wajahnya sebaik saja dia dapat mengecam warna kain bedung itu. Keningnya diangkat sebelah. Otaknya mula bekerja.
Kalau nak dikaitkan dengan wanita si pembantu rumah di hadapan rumah Choi Im Hwa yang mungkin menggendong seorang bayi itu, kain bedung itu berwarna biru muda. Kalau betul lah gerangan bayi yang didukung itu merupakan Jungwon, jadi mengapa kain bedung di dalam gambar itu boleh bertukar kuning pula? Apa motifnya?
Tiada motif kan? Bukannya Choi Im Hwa itu tahu yang dia terserempak dengan pembantu rumah wanita itu pun. Terang-terang wanita licik itu berada di rumah agamnya ketika itu.
Tapi, persoalannya, betulkah gerangan bayi yang berada di pangkuan pembantu rumah Choi Im Hwa itu Jeon Jungwon? Dia sendiri tidak sempat melihat wajah si bayi yang dibalut kain bedung biru itu. Macam mana dia nak pastikan pula?
Eunha.
Ya. Wanita itu yang paling mengenali dan dia lah yang menghantar anak kecil mereka itu ke rumah tuan Jung. Jadi, besar kemungkinan isterinya itu tahu. Pasti.
Jungkook langsung berdiri dari terus duduk di atas kerusi meja kerjanya itu. Dia terus menapak ke arah katil, mendekati Eunha yang duduk di situ itu. Punggungnya dilabuhkan ke atas tilam empuk itu, duduk bersebelahan isterinya yang ligat menatap gambar-gambar mencuit hati Jeon Jungwon di telefon.
"Sayang" panggil Jungkook lembut seraya menyentuh perlahan bahu kanan Eunha bagi menarik perhatian wanita itu.
Eunha yang sedang mengamati gambar anaknya yang terpapar di skrin telefon dengan mata yang berair itu langsung teralih fokusnya apabila bahunya dipegang. Dia langsung mengesat sisa air matanya di pipi lalu menoleh memandang Jungkook di sebelah.
"Hm?" sahut Eunha sambil menatap kosong wajah Jungkook.
"Can i ask you something?" soal Jungkook dengan nada lembut seraya jari-jemarinya bergerak menyeka air mata isterinya itu. Keningnya diangkat sebelah, menanti kebenaran dari wanita itu.
"Eoh" balas Eunha ringkas dengan anggukan perlahan. Dia mengemam bibirnya rapat, menahan dirinya dari terus mengalirkan air mata.
"Semalam, time sayang hantar Jungwon dekat rumah appa, sayang ada bedung dia guna kain bedung?" soal Jungkook berhati-hati sambil menilik setiap sudut wajah remuk hati Eunha.
Eunha diam sebentar. Bila soalan itu ditanya, hatinya terasa sakit dan sebak kembali. Terbayang-bayang wajah polos si kecil itu saat dia membedung longgar tubuh kecil itu. Eunha mengemam bibirnya lalu nafas sesaknya itu dihela perlahan. Dia mengangguk perlahan.
"Sayang ingat tak warna apa?" soal Jungkook lagi, mahu memastikan ciri yang kedua pula.
Eunha memandang Jungkook lalu lambat-lambat dia mengangguk. Air matanya dikesat menggunakan lengan bajunya.
"Biru. Biru muda" jawab Eunha perlahan. Bibirnya kembali dikemam.
Sebaik saja jawapan itu diberi, perlahan rasa lega menjengah sedikit di hati Jungkook. Kedua-dua ciri luaran bayi itu tepat dengan apa yang dilihatnya pagi itu. Semakin jelas tanggapannya.
"
Wae?" soal Eunha penasaran dengan nada yang agak serak itu. Bulat-bulat matanya menatap wajah suaminya itu.
"Eo, kejap" balas Jungkook ringkas seraya berdiri dan langsung bergerak ke meja kerjanya semula. Kepingan gambar 4R yang berada di atas meja itu diambil bersama telefon pintarnya. Kemudian, dia bergerak ke Eunha kembali dan duduk di kedudukan yang sama seperti barusan.
"Sayang, look. Tengok dua gambar ni. Sama kan?" tutur Jungkook seraya menayang skrin telefonnya dan gambar 4R kepada Eunha untuk wanita itu membandingkan kedua-duanya.
Eunha memandang Jungkook sekilas sebelum pandangannya jatuh pada dua gambar yang ditayang itu. Dia hanya memandang dua gambar itu sepintas lalu dan langsung melarikan bola matanya ke arah lain. Sungguh hatinya terasa dicengkam kuat tika melihat gambar yang penuh dengan darah itu. Matanya dipejam rapat. Air matanya kembali mengalir.
"Ka-Kalau sama sekalipun, still takkan ubah apa-apa. J-Jungwon memang dah kena bunuh secara kejam dengan diorang" respon Eunha dengan nada bergetar lalu mengemam bibirnya rapat. Dia kekal memaling wajahnya ke arah tepi.
Jungkook langsung meletakkan kedua-dua objek di tangannya itu ke atas tilam. Kemudian, kedua-dua bahu kecil Eunha itu dipegangnya.
"Tak, sayang, listen. Dengar sini" arah Jungkook lembut sambil memandang sisi wajah Eunha yang masih memalingkan wajah itu. Kemudian, perlahan isterinya itu menoleh memandangnya dengan mata berair itu.
"Dalam gambar yang Choi Im Hwa bagi awak tu, ada kemungkinan tu bukan Jungwon, sayang. Gambar tu turns out exactly sama dengan gambar dekat web ni. Why? Kebetulan?" tutur Jungkook sambil menatap tepat pada wajah Eunha.
Eunha hanya diam memandang wajah lelaki itu. Jungkook mengambil kembali gambar 4R dan telefonnya yang berada di atas tilam di hadapannya itu.
"And, tadi sayang cakap kain bedung Jungwon warna biru kan? Here. Nampak tak colour apa? Yes, kuning" tambah Jungkook seraya menge-zum gambar di skrin telefon pintarnya menjadi lebih dekat, tepat pada bahagian yang jelas menunjukkan warna kain bedung itu saja. Dia tahu isterinya itu takkan boleh melihat keseluruhan gambar yang mengerikan itu.
Eunha memandang lama gambar yang ditunjuk Jungkook itu. Setelah itu, dia memandang wajah lelaki itu pula.
"Ta-Tapi boleh je dia tukar kain bedung tu" tukas Eunha, menyuarakan kemungkinannya kepada Jungkook. Dia bukannya tak mahu percaya, namun dia cuma takut jika dia terlalu bulat-bulat percaya, boleh menghampakannya kelak.
"Motif?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha terdiam seketika. Dia berfikir sejenak mengenai motif yang mungkin boleh dikaitkan dengan itu. Namun, fikirannya yang serabut itu takkan dapat bekerjasama dengan pantas. Satu keluhan berat dilepaskan.
"Ja-Jadi, awak nak cakap yang anak kita... tak kena...tak kena bunuh pun?" soal Eunha teragak-agak, menyimpulkan langsung apa yang ditangkapnya. Pandangannya yang redup diberi.
"Saya tak ada lah yakin 100% yang Jungwon tak kena bunuh, tapi setakat ni macam ada few bukti yang boleh sokong pasal ni. Gambar tu, might be orang tua tu just print out gambar tu in 4R and gunakan tu just untuk buat huru-hara and untuk reach goal dia, buat kita suffer" tukas Jungkook, menyatakan hujah pertamanya.
"Also sayang, pagi tadi, time saya sampai dekat rumah dia, yea dia tak ada dekat sana. Tapi, ada seorang perempuan ni, macam umur ahjumma Lee macam tu, dia nampak macam dukung baby dalam kain bedung. And, kain bedung tu warna biru, exactly macam apa yang awak bagitahu tadi, sayang" tambah Jungkook, menyatakan perkara yang mungkin mampu menjadi bukti yang dapat menyokong itu.
Eunha tersentak sebentar. Penjelasan Jungkook tentang kain bedung itu sedikit sebanyak telah mencipta satu harapan jauh di sudut hatinya. Harapan kalau-kalau bayi tersebut merupakan anak lelakinya.
"A-Awak nampak ke muka baby tu, sayang? Itu...itu Jungwon ke?" soal Eunha sambil menatap penuh berharap wajah sempurna suaminya itu.
Jungkook mengemam bibirnya sebelum mengeluh kecil.
"Saya tak sure, sayang. Saya tak nampak dengan jelas" balas Jungkook lalu merengus perlahan. Geram juga dengan dirinya pagi tadi. Sepatutnya dia pergi mengesahkan seketika gerangan bayi itu. Kan dah mudah semua kerja. Tapi itulah, Choi Im Hwa punya licik tak boleh bawa bincang.
Eunha mengemam bibirnya. Satu keluhan berat dilepaskan. Kecewa lah juga.
"Then...mungkin tu cuma kebetulan" andai Eunha perlahan. Dia menunduk.
"Not really. Actually saya rasa perempuan tu maid Choi Im Hwa. Dia macam baru nak masuk dalam kawasan rumah si orang tua tu. And dia bawak baby tu. Let's say kalau baby tu cucu dia, takkan la maid yang dah sah-sah banyak kerja nak kena buat,boleh bawa cucu pergi kerja lagi? Tak pelik ke, sayang? " tukas Jungkook, kembali menghuraikan hujahnya yang difikirnya logik itu. Dia memandang wajah muram isterinya itu.
Eunha mengeluh kecil.
"Awak jangan buat saya berharap, sayang..." tutur Eunha dengan nada mengendur.
Jungkook mengeluh perlahan apabila tuturan itu keluar dari mulut Eunha. Dia langsung memegang erat kedua-dua bahu kecil wanita itu. Matanya tepat menatap pada wajah isterinya itu saat wanita itu mengangkat kepalanya kembali.
"No, saya bagitahu ni bukan untuk bagi harapan palsu dekat awak, sayang. Tapi, to be logic, boleh jadi macam tu kan? Takkan la dia boleh bunuh Jungwon exactly same dengan gambar dekat web tu. Semua sama pulak tu. And pasal baby tu pulak. Kalau betul maid tu baby yang maid tu dukung is Jungwon, maksudnya yes. Choi Im Hwa tak bunuh Jungwon tapi dia cuma sorok anak kita untuk buat kita percaya yang Jungwon dah dia bunuh" jelas Jungkook panjang lebar, menyimpulkan tanggapannya yang mungkin logik.
Eunha masih membisu. Memang masuk akal juga andaian Jungkook itu cumanya dia tak mahu terlalu berharap.
Jungkook mengeluh kecil melihat Eunha yang tidak merespon itu. Air mata yang hampir bergenang dari mata isterinya itu diseka perlahan. Kemudian, dikesat lembut sisa air mata yang berada di pipi mulus wanita itu.
"Look. Esok pagi, kita pergi rumah Choi Im Hwa tu, kita cuba figure out pasal tu. Saya dah yakin anak kita okey je, sayang. Trust me" tutur Jungkook lembut, cuba meyakinkan Eunha. Dia merenung tepat ke dalam mata wanita itu. Dia terpaksa menunjukkan sepenuh keyakinannya di hadapan isterinya itu. Harapnya, keyakinannya itu tidak membelot.
Jungkook kemudiannya menarik lembut tubuh Eunha ke dalam dakapannya. Itu saja dapat dibuatnya untuk menenangkan sedikit hati resah wanita itu.
"Be strong,sayang. Everything's gonna be fine"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»67
•
•
•
"Aishh, kenapa kau tak bagitahu awal-awal pasal tu?!"
"Masalahnya, kalau saya bagitahu pun tak ada gunanya jugak, puan. Memang tak ada kain yang balut tu colour biru"
"Ye lah, sekurang-kurangnya, aku boleh bagi arahan lain pulak, bodoh. Yang kau pergi pilih jugak yang kain kuning tu kenapa? Buatnya si sial tu sedar colour kain tu macam mana?"
"Sorry, puan. Tapi, semalam puan macam rushing sangat, itu yang saya pilih je yang mana ada"
"Aishhh, lain kali buat kerja tu baik-baik sikit! Macam tak berbaloi je duit yang aku bayar korang"
"Joseonghamnida, puan"
"Haih. Dah, nanti aku bank--"
"Kejap, puan. Ada lagi satu saya nak bagitahu"
"Benda?"
"Ada satu account ni dapat access masuk web tu. Saya tak tahu macam mana--"
"Eh, kau berdua ni buat kerja macam mana eh?! Buat kerja tu bagi betul la!"
"Mintak maaf, puan, kami--"
"Separuh harga je aku bayar korang"
Beep.
Puan Choi melepaskan kasar telefon bimbit 'tekan-tekan' nya itu ke atas meja. Dia menggunakan telefon itu pun untuk mengelakkan lokasi dan panggilannya dengan sesiapa dijejak. Rambutnya dikusutkan kasar. Sebal dengan hasil kerja orang suruhannya itu.
"Tak, tak, aku kena keluar dari sini cepat-cepat. Surely dia akan dapat catch up pasal tu" omel seorang Choi Im Hwa agak gelabah seraya berdiri. Telefon pintarnya yang berada di hujung meja dipegang dan kunci keretanya diraih lalu dimasukkan ke dalam poket blazer. Telefon kunonya itu ditinggalkan. Dia cuma mahu melarikan diri dulu buat masa sekarang. Otaknya tak dapat membuat kerja untuk memikirkan rancangan seterusnya pula.
Puan Choi menapak berganjak dari meja kerjanya lalu melangkah menghampiri pintu. Baru saja dia berura untuk membuka pintu, ada yang lebih pantas diluar membuka pintu tersebut dahulu.
Membuntang sedikit mata wanita itu akibat terkejut. Dia memejamkan matanya sebelum mengurut dadanya.
"Hara, kamu dah tak tahu nak ketuk pintu dulu ke?!" bentak puan Choi geram sambil ligat mengurut dadanya itu. Sudahlah dia sedang kalut-kalut nak keluar dari rumahnya itu, ada pula yang membuka pintu tiba-tiba.
"Maaf, puan. Saya ada benda penting nak bagitahu puan" tutur Hara setelah membongkokkan tubuhnya tanda meminta maaf. Dia memandang wajah sebal majikannya itu.
"Ye, apa?" soal puan Choi dingin sambil mengemaskan blazer biru gelap yang tersarung di luar kemejanya itu. Dipandang Hara di depan sekilas.
"Anak puan, Jungkook ada dekat luar" ujar Hara dengan pandangan resah.
"MWO?!" respon puan Choi spontan dengan mata membuntang luas.
"Ye, dia ada dekat luar. Saya dah cakap puan tak ada dekat dalam, tapi dia tetap berkeras juga" jelas Hara sebelum mengemam bibirnya rapat.
Puan Choi merengus kasar sebelum mengusutkan sebal rambutnya. Dia cuma terlambat sedikit sahaja.
"Aishhh. Saya akan keluar ikut pintu belakang. Nanti apa-apa saya inform kamu" pesan Choi Im Hwa pantas lalu langsung menapak keluar dari bilik kerjanya itu.
"Ne, algesumnida, puan" balas Hara akur. Dia cepat-cepat mengikut langkah puan Choi dari belakang.
Seorang Choi Im Hwa melangkah dengan laju menuju ke pintu belakang rumahnya. Tiba saja di hadapan pintu belakang itu, dia langsung membuka perlahan pintu itu. Kemudian, kepala dijenguk ke luar, memastikan tiada siapa di luar.
Bibirnya menarik senyuman lebar apabila tiada siapa di halaman belakang itu. Dia lantas membuka luas pintu itu dan melangkah dengan senang hatinya keluar melalui pintu itu.
"Tch, bodoh" omelnya sinis dan melangkah ke hadapan dengan bangganya. Hara juga tetap membontotinya.
"Hai, good morning"
Suara garau yang tiba-tiba menyapa telinga seorang Choi Im Hwa itu lantas membuatkan bahu wanita itu terhinjut dasyat, terkejut. Dia langsung menoleh, melihat gerangan yang menyapa itu.
Ya. Jeon Jungkook.
Puan Choi terkaku sebentar di situ. Dia memandang Jungkook yang sedang bersandar pada dinding tingkap di tepi pintu belakang itu. Lelaki itu sedang mengulum senyuman lebar buatnya.
Puan Choi berdehem kecil. Dia melarikan bola matanya ke arah lain. Dia buntu mahu memberi reaksi apa ketika itu. Dia hanya mampu berlagak tenang.
"Kau...kau buat apa dekat sini?" soal puan Choi sambil menatap kosong wajah anaknya itu. Bereskpresi kononnya tenang.
Jungkook tersenyum kecil sebelum sepantas kilat senyuman itu lesap.
"Kau tahu sendiri aku nak buat apa" balas Jungkook mendatar seraya mencengkam pergelangan tangan wanita itu lalu mengheretnya masuk ke dalam rumah kembali.
"Yah, apa benda kau ni?! Yahh!" bentak puan Choi sebal seraya cuba meloloskan pergelangan tangannya dari cengkaman Jungkook itu.
Hara yang menyaksikan itu lantas menjadi cemas dan gelabah. Dia meraih tangan kiri puan Choi, cuba menarik majikannya itu dari Jungkook.
"Eh, eh lepaskan tangan puan Choi--"
Bam!
Ya, tindakan Hara itu tak semena-mena membuatkan Jungkook menolaknya hingga dia terdorong dan kepalanya merempuh sebuah almari besi yang agak tinggi di tepi dinding itu. Berhasil membuatkan wanita tidak bersalah itu jatuh pengsan.
"Sayang! " jerit Eunha dengan mata membuntang besar apabila melihat perbuatan suaminya itu di depan matanya. Tambah pula bila melihat wanita itu rebah. Dia menekup mulutnya.
Ya. Seorang Jeon Eunha juga datang bersama Jungkook seraya tadi. Dia hanya mengunci mulut saja tadi.
"Tak, tak, dia tak mati. Kajja" balas Jungkook bersahaja dan sambung mengheret kasar puan Choi yang turut terkesima dengan nasib sekretarinya itu.
Eunha masih berdiri statik di situ. Dia memandang figura Hara yang tidak sedarkan diri di lantai itu. Pandangan simpati diberikan.
"Mianhae.. " omelnya perlahan dengan cebikan sebelum langsung melangkah di sebelah figura Hara yang terbaring itu. Dia kemudiannya berlari anak ke arah dapur.
"Aish, lepas la aku cakap! " laung puan Choi sebal seraya merentap kasar tangannya dari genggaman Jungkook itu. Dia kemudiannya menjeling tajam anak lelakinya itu.
Jungkook tersenyum kecil sebelum meraup rambutnya kasar ke belakang. Dia berjalan mendekati sebuah kerusi lalu sebelah tangannya diletakkan di hujung rangka kerusi meja makan itu.
"Okey... Sekarang bagitahu. Mana kau sorok anak aku?" soal Jungkook mendatar sambil merenung wajah sebal puan Choi itu. Keningnya diangkat sebelah.
Puan Choi tersentak sebentar apabila soalan itu langsung diajukan Jungkook. Dia memandang anak lelakinya itu dengan Eunha bersilih ganti. Pandangannya menjadi agak cemas namun tetap dibuatnya tenang.
Puan Choi melarikan bola matanya ke arah lain. Dia berdehem kecil. Kemudian, selamba dia menarik kerusi di meja makan itu lalu didudukinya. Telefon pintarnya diletakkan ke atas meja.
"Sorok? Kau berdua ni tak boleh terima kenyataan ke apa? Anak korang tu aku dah bunuh" respon puan Choi bersahaja sebelum mengukir senyuman lebar kepada Eunha di sebelah kirinya dan Jungkook di sebelah kanannya.
Jungkook berdecit perlahan.
"Kau tak nak aku bawak benda ni jadi kes polis kan?" soal Jungkook berbaur ugutan. Keningnya diangkat sebelah.
Tersentak lagi seorang Choi Im Hwa di situ. Dia melarikan pandangannya dari Jungkook. Bibirnya diketap.
"Sekali lagi aku tanya, mana anak aku?" soal Jungkook buat kali kedua dengan lebih penekanan di setiap perkataan. Matanya tajam merenung wajah wanita licik itu.
"Carilah sendiri. Memang tu anak aku?" balas puan Choi bersahaja dengan mengangkat sebelah keningnya kepada Jungkook. Sengaja mahu menyakitkan hati lelaki itu.
Jungkook memandang wajah menjengkelkan yang ditunjukkan Choi Im Hwa itu. Lidahnya bergerak menekan-nekan dalam pipinya. Mulalah wanita itu memancing emosinya. Sebelah tangannya didaratkan ke atas meja sambil matanya menikam wajah puan Choi yang sedang duduk itu.
"Eh, bagi aku bagitahu satu benda dekat kau. Kalau betul kau bunuh anak aku, bukan 2 tahun, bukan 7 tahun kau merempat dalam penjara, tapi 15 tahun atau mungkin sampai kau mati dalam tu. Kau memang berminat aku buat benda ni jadi kes polis ke?" tutur Jungkook sambil merenung wajah wanita yang bergelar ibunya itu.
Puan Choi langsung memandang wajah tegang anak lelakinya itu. Terkesan dia dengan tuturan Jungkook itu. Dia menelan air liurnya sukar.
Jungkook melepaskan renungannya dari wajah gugup puan Choi itu. Dia kemudiannya memandang Eunha di hadapan yang terpisah dengan meja makan itu.
"Sayang, awak tolong tengokkan dia ni kejap. Saya nak cari Jungwon" pesan Jungkook seraya menghayun langkahnya menuju ke ruang tengah. Sempat dia menepuk perlahan bahu Eunha tika dia berjalan melepasi wanita itu.
Puan Choi hanya statik duduk di situ. Dia mengerling Jungkook yang berlalu pergi itu. Kemudian, dia mengerling Eunha di sebelah. Perlahan dia merengus.
"Sial lah. Apa masalah dua orang ni sampai datang sini bagai? Mesti diorang ada plan tu. Aish, semuanya tak jadi macam aku rancang. Baik aku lari je sekarang" getus hati seorang Choi Im Hwa yang sudah gugup sepenuhnya itu. Dia mengetap bibirnya sebelum perlahan-lahan bangun dari kerusinya.
"Eh ehhh,puan nak pergi mana?" seloroh Eunha spontan tatkala dia menyedari puan Choi hampir berdiri. Lengan wanita itu digenggam sambil matanya tajam merenung wajah ibu mertuanya itu. Ya, di saat begini, dia sudah tidak selemah dahulu.
Puan Choi merengus perlahan. Bibirnya diketap sebelum menoleh memandang Eunha.
"Aku cuma nak pergi toilet la" respon puan Choi sebal, membalas renungan Eunha itu.
"Kejap lagi. Tunggu Jungkook datang dulu" balas Eunha sambil kekal bertaut mata dengan wanita licik itu.
Puan Choi merengus geram. Bibirnya diketap.
"Okey!" responnya sebal. Dia kembali duduk di atas kerusi di meja makan itu.
Eunha menjeling sekilas sisi wajah puan Choi itu. Lengannya disilang ke dada. Sejak perbuatan wanita itu menculik anaknya, bertambah lagi kebenciannya terhadap wanita itu. Kemudian, dia mendengar derapan tapak kasut dari belakang. Lantas dia menoleh. Kelihatan Jungkook sudah kembali dari ruang depan.
"Sayang, puan Choi nak lari tadi" adu Eunha serta-merta saat suaminya itu berjalan melepasinya. Sempat dia mengerling jengkel puan Choi yang sedang duduk itu.
Seorang Choi Im Hwa langsung memandang Eunha dengan pandangan tidak puas hati. Dia mengetap bibirnya.
Jungkook pula menjongket sebelah keningnya sambil merenung puan Choi di kerusi. Dia berdecit sebelum tertawa mengejek.
"Tak. Aku cuma nak pergi toilet" jelas Choi Im Hwa dingin seraya memandang Jungkook di sebelah kanannya itu.
Jungkook mengangguk-angguk kecil seolah menerima jawapan wanita itu.
"Macam mana, sayang? Jungwon tak ada?" soal Eunha dengan tatapan bimbang.
Jungkook memandang Eunha sebelum menganggukkan kepalanya perlahan. Puas dia mencari di setiap bilik dalam rumah itu, tetap juga tiada. Kosong. Termasuklah bilik Hae Jung.
"Ke, Jungwon ada dengan Hae Jung tak?" tebak Eunha spontan.
Drastik puan Choi memandang Eunha dengan pandangan agak terkesima dek tebakan menantunya itu. Dia kemudiannya mengetap bibirnya lalu kembali memandang ke hadapan, berlagak tenang.
Jungkook mengerling puan Choi.
"Boleh jadi" gumam Jungkook sambil matanya setia mengerling wanita itu. Puan Choi yang mendengar itu sudah mengemam bibirnya.
"Mana Hae Jung?" soal Jungkook senada sambil merenung wajah seorang Choi Im Hwa yang agak gelabah itu.
"Mana aku tahu. Dari semalam dia tak balik" respon puan Choi mendatar.
Eunha mengeluh perlahan. Dia merenung menyampah sisi wajah wanita itu.
"Puan tak payah tipu lah. Hae Jung dekat mana?" soal Eunha pula dengan nada agak meninggi. Tajam saja renungannya buat wajah ibu mertuanya itu.
Puan Choi menoleh memandang Eunha di sebelah.
"Lah, aku dah cakap aku tak tahu. Apa yang tak faham sangat?" balas puan Choi selamba sebelum menyandarkan tubuhnya di badan kerusi. Lengan disilang ke dada.
"Serius?" soal Jungkook sambil merenung wajah puan Choi. Keningnya dijongket sebelah. Sengajalah dia mahu menguji kegugupan wanita itu.
"Y-Yea, aku dah cakap kan aku tak tahu. Paling tak pun dia tidur dekat rumah kawan dia" balas puan Choi cuba berlagak biasa sebelum mengukir senyuman, cuba menyembunyikan gugupnya.
Jungkook mengangguk perlahan. Macam biasalah dia, berbuat seperti dia menerima jawapan wanita licik itu. Dia mengerling Eunha di hadapan sekilas. Niat mahu memberi isyarat kepada wanita itu namun,
Ding!
Telefon pintar milik Choi Im Hwa yang berada di atas meja itu berdering tanda menerima notifikasi. Mata puan Choi membuntang saat mendengar telefonnya itu berdering. Dia langsung menegakkan tubuhnya dan berura untuk meraih telefonnya itu namun ya,
Jungkook lebih pantas merampas objek itu.
Drastik puan Choi berdiri dengan mata membuntang.
"Jungkook! " laung puan Choi gabra dengan lantangnya seraya mendekati Jungkook yang memegang telefonnya itu. Dia cuba merampas kembali objek itu dari anak lelakinya.
Jungkook pula dengan keuntungan ketinggian yang diberi, dia mengangkat sedikit objek itu ke udara sambil matanya cuba membaca isi mesej yang terpapar di skrin telefon itu.
You have messages from Hae Jung
»Ma
»Hae dah sampai
»Lepas tu Hae nak kena buat apa lagi ni?
"Jeon Jungkook! " laung puan Choi bengang sambil cuba meraih telefonnya dari tangan Jungkook. Jungkook pula selamba menolak tubuh wanita itu menggunakan tangan kirinya agar menjauhinya.
"Ahh, mesej dari anak kesayangan" tutur Jungkook sarkastik dengan senyuman senget. Tangan kirinya setia menolak tubuh puan Choi menjauhinya.
Puan Choi merengus kasar. Dia masih cuba merampas objek itu dari tangan anaknya. Namun, Jungkook langsung membawa telefon itu ke belakang kepalanya. Menyukarkan lagi untuk puan Choi meraih objek itu.
"Ah, sudah,sudah. Tadi kau cakap nak pergi toilet kan?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
Puan Choi merengus kasar. Dia menghenyak kasar punggungnya ke atas kerusi.
"Tak, tak jadi" balas puan Choi mendatar. Matanya lurus memandang hadapan.
Jungkook mengangkat sebelah keningnya. Dia mendekati meja makan itu kembali. Wajah protes puan Choi ditenung.
"Lah, tak jadi pulak? Kawan aku ada seorang suka tahan-tahan pergi toilet. Esok tu dia mati" tutur Jungkook selamba.
Puan Choi mengerling Jungkook tajam.
"Takut mati? Ha pergi la toilet. Aku dengan Eunha boleh teman. In case kau takut mati dalam toilet tu pulak" seloroh Jungkook senada.
Puan Choi merengus kasar sebelum berdiri. Dia terpaksa mengalah. Bibirnya diketap lalu melangkah menuju ke tandas.
Jungkook berdecit perlahan sebelum mengatur langkahnya mengikuti wanita itu. Sempat dia menarik lembut lengan Eunha agar berjalan seiring dengannya.
"Sayang, reply message Hae Jung. Suruh dia bagi location" pinta Jungkook seraya menghulur telefon milik Choi Im Hwa itu kepada Eunha. Kemudian, dia berjalan ke hadapan terlebih dahulu, mahu memantau wanita licik itu.
"Okey" balas Eunha akur menyambut huluran Jungkook sebelum menghentikan langkahnya. Dia mulai mengetik di skrin telefon itu. Selesai menghantar mesej, dia kembali melangkah ke arah tandas tunggal di hadapan.
"Tak apa la. Tak jadi" tutur puan Choi seraya memusingkan badannya menghadap Jungkook di belakang. Dia bersandar di pintu tandas yang tertutup rapat itu.
"Memang teringin mati?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
Puan Choi merengus perlahan. Bibirnya diketap sebelum terpaksa jua dia mengalah. Dia memusingkan badannya ke arah tandas kembali lalu pintu dibuka. Dia menapak masuk ke dalam tandas lalu pintu ditutup rapat. Setelah itu, dia menyandarkan badannya pada pintu itu. Dia merengus kasar. Sebal rasanya bila dia asyik kalah dengan anak lelakinya itu saja hari ini.
"Dah send, sayang?" soal Jungkook seraya memandang Eunha di sebelah.
Eunha menganggukkan kepalanya dengan senyuman kecil.
Jungkook tersenyum sebelum dia langsung meraih sebentuk kunci yang tergantung oleh penggantung di dinding tepi tandas itu. Kemudian, lantas kunci itu dimasukkan ke dalam lubang kunci pintu tandas itu lalu dipusing pantas.
Ya. Dia mengunci seorang Choi Im Hwa yang berada di dalam tandas dari luar.
Memang dari tadi lagi dia perhati kunci yang wujud di situ. Apa salahnya kita mencuba kan?
"Yah, Jeon Jungkook! Buka pintu! Kau jangan macam-macam! " laung puan Choi dari dalam apabila dia mendengar bunyi pintu dikunci. Dipulas berkali-kali tombol pintu tandas itu.
"Jeon Jungkook! Buka pintu ni!!" laung wanita itu lagi sekuat hati.
Eunha menoleh memandang sisi wajah Jungkook yang tampak puas setelah melakukan itu. Sebentuk kunci di tangannya itu diputar-putar.
Jungkook yang menyedari dirinya diperhati langsung menoleh memandang Eunha di sebelah.
"Eoh tak, sayang. Dia takkan mati--"
Terhenti serta-merta penafian gelabah Jungkook itu apabila Eunha dengan girangnya menepuk tangan sambil tersengih suka. Terkebil-kebil dia melihat reaksi isterinya itu.
Okey...benda baru?
"Eh, suka pulak dia" ujar Jungkook yang mulai geli hati melihat Eunha yang tersengih sambil menepuk tangan suka itu. Dia tergelak kecil.
"Yela, saya tak pernah subahat buat jahat macam ni tau"
"Lepas tu dah buat ni suka la? "
"Iye la!"
"Okey, okey memang wife Jeon Jungkook"
"YAHHH BUKA PINTU NI LAHH!! " -Choi Im Hwa
AHAHAHAHAHAHAAH
TABAIK GELAKKAN ORG JAHAT EM-
HA DAH MACAM DETEKTIF SCENE MAIN CAST KITA KALI NI HUEHUEHUE
SAJA LA GUWE NK BUAT KELAINAN SIKIT
ASYIK MINGYU DGN JUNGKOOK JE KAN FACE TO FACE SI MAKCIK CHOI KORANG TU
DIS TIME AI LETAK EUNHA PULAK
HIKHOK
YE KEJAP JE SCENE ACAH II EMO II AKU TU
TGK CHAP NI DAH TAKDE DAH EMO TU EM
NYAMPAH
HA BTW YE
LAGI SEMINGGU NAK START SEKOLAH-
KORANG AKAN STILL SAPOT AKU KAN? KAN KAN KAN
Em
RASANYA DAH TAK LAMA DAH FF NI
AKU TARGET DALAM 100 CHAP TAMAT JE LA KOT HAAA
SO LEBIH KURANG DALAM BULAN 5 GITU KOT TAMAT
BIASA LA AKU KAN MALAS APDET SO LAMBAT LA TARIKH TAMAT TU EM
TAK OFFICIAL PUN LA 100 CHAP TU, SAYA PREDICT SEJAA HUEHUEHUE
KALAU TETIBE LEBIH 100 JGN UNGKIT PULAK
AKU CEKIK KANG
TENGOK LAH MCM MANAA EM
YANG PENTING ANDA II YG BIJAK JANGAN STOP VOTE OKEYHHH
AMUAH
GERAK LU
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro