🔷65
AHAKS SAYA KEMBALI
PERGH 11 PAGI YE EM
MAKLUMLAH SEKETUL MINYU YANG BAIK HATI NI TANAK READERS DIA TUNGGU LAMA
AAGITUH EM
DAH SILA VOTE
.
"Aigoo. Kan nenek dia datang ambil Jungwon senja tadi. Dia dah bagitahu korang kan?" tutur ahjumma Lee dengan senyuman kecil. Dipandang bersilih ganti Eunha dan Jungkook.
"Eoh? Nenek?" soal Eunha bingung. Dahinya berkerut seribu.
"Iye. Mama kamu kan, Jungkook? Puan Choi Im Hwa tu" jawab ahjumma Lee seraya memandang Jungkook di sebelah Eunha.
Drastik tersentak Eunha dan Jungkook di situ tatkala nama penuh wanita penuh dendam itu disebut santai oleh ahjumma Lee. Masing-masing tercengang. Lagi-lagi Eunha sebagai seorang ibu mendengar respon ahjumma Lee itu. Terasa seperti rohnya terkeluar dari jasadnya saat itu.
"Mak-Maksud ahjumma, dia datang sini ambil Jungwon?" soal Eunha yang sudah dalam fasa terpana itu bersama matanya yang sedikit membuntang.
Ahjumma Lee mengangguk.
"Eoh. Lagipun dia cakap, dia dah lama tak jumpa cucu dia tu. And, dia cakap dia pun dah inform korang pasal ni. Itu yang ahjumma bagi je" respon ahjumma Lee bersahaja. Dia tersenyum kecil. Sangkanya dia sudah melakukan hal yang menyenangkan buat pasangan itu. Maklumlah, selalunya anak dan menantu yang mana tidak suka anak mereka bersama sang nenek?
Eunha terkaku di situ. Jantungnya seakan berhenti berdetak. Sungguh jawapan ahjumma Lee itu membuatnya seperti sudah tidak bermakna untuk meneruskan hidup. Anaknya yang seorang itu diberikan kepada gerangan Choi Im Hwa? Jauh sekali jika menyangka wanita itu mengambil Jungwon hanya untuk menjaga si kecil itu dengan penuh kasih sayang.
"Ahjumma kenapa tak confirm kan dengan kitorang dulu? Macam mana ahjumma boleh senang je bagi anak orang dekat tangan orang lain macam tu?" soal Jungkook, lebih kepada membentak. Nada suaranya tentulah dikawal.
"Lah, ahjumma dah call Eunha tadi. Tapi, tak angkat pun. Number kamu pulak ahjumma tak ada, Jungkook" jawab ahjumma Lee polos.
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya dikemam rapat. Apa pun, memang bukan sepenuhnya salah ahjumma Lee. Wanita itu tidak tahu apa-apa. Secara logiknya, sememangnya siapa saja tidak membenarkan sang nenek bertemu sang cucu. Itu seperti harta berharga baru buat seorang nenek terhadap cucunya.
Ahjumma Lee mengerutkan dahinya bingung. Dia memandang raut wajah Jungkook dan Eunha yang terlihat tidak senang itu.
"Kenapa ni? Kenapa korang berdua macam protes dekat ahjumma pulak ni? Apa yang tak kenanya ahjumma bagi anak korang dekat nenek dia? Kan dia--"
"Memang tak kena! Ahjumma dah buat Jungwon ada dekat tangan yang salah!" balas Eunha spontan dengan lantangnya. Bibirnya sedikit bergetar. Sepasang matanya tajam merenung wajah ahjumma Lee di hadapan.
Ahjumma Lee terkesima apabila tiba-tiba saja Eunha di hadapan meninggikan suara. Eunha yang selalu bertutur dengan nada lembut dan sangat sukar untuk dikuasai amarah itu kini menjadi seorang yang berbeza. Anak majikannya itu baru saja mengherdiknya.
"Eu-Eunha ya" panggil ahjumma Lee teragak-agak yang masih terpana itu. Dia memandang Eunha yang sedang merenungnya tajam itu. Nafas wanita itu turun naik. Wajahnya sedikit merah padam.
"Kenapa ahjumma senang je bagi dekat dia tu?! Kenapa ahjumma tak tunggu kitorang datang sini dulu baru buat keputusan?! Itu anak Eun! Sepatutnya ahjumma perlu confirm kan dulu dari kitorang, bukannya main bagi je!" hambur Eunha kesal dengan nada meninggi itu. Matanya kekal merenung wajah tercengang ahjumma Lee di hadapan.
"Just because dia gelar diri dia nenek Jungwon, bukannya ahjumma boleh terus anggap dia akan jaga Jungwon macam nenek dekat luar sana tu! She's different!" sambung Eunha lagi dengan penuh amarah. Bila amarah menguasai diri, dia sudah tidak dapat memikirkan tentang tindakannya yang boleh dikatakan biadab itu dek meninggikan suara kepada yang lebih tua.
Jungkook di sebelah sudah memejamkan matanya rapat. Memanglah wajar juga Eunha naik darah, tetapi hakikat yang ahjumma Lee tidak mengetahui apa-apa tentang Choi Im Hwa tidak patut diabaikan begitu saja. Wanita itu memang tidak tahu menahu mengenai Choi Im Hwa itu, jadi tak wajar juga dia dimarahi dan dipersalahkan.
Ahjumma Lee memang keliru dan terkejut habis dengan kondisi Eunha di hadapannya itu. Terlalu berbeza. Namun, dia tetap jua terfikir.
Salahkah dia memberi Jungwon kepada Choi Im Hwa?
Kenapa Eunha terlalu berang?
Adakah dia terlalu bencikan ibu mertuanya sendiri sehinggakan anaknya tidak dibenarkan untuk bertemu si nenek?
"Eun, wae gurae--"
"Anak saya boleh berada dalam bahaya bila ada dekat tangan puan Choi tu! Ahjumma dah buat Jungwon dalam bahaya! Ahjumma memang--"
Hamburan berang Eunha itu terhenti separuh jalan apabila tubuh kecilnya ditarik ke dalam pelukan Jungkook lalu didakap seeratnya oleh lelaki itu. Sangat erat. Itu saja caranya untuk menghentikan segala hamburan berang dan kekesalan wanita itu terhadap orang yang tidak sepenuhnya bersalah itu.
"Aish, lepas lah!" bentak Eunha lantang yang betul-betul dikuasai api kemarahan yang memuncak itu sambil memberontak untuk meloloskan tubuhnya dari dakapan Jungkook itu. Ditolak-tolak tubuh suaminya itu dengan penuh sebal, namun apalah sangat kudratnya nak dibandingkan dengan seorang lelaki. Memang sangat erat Jungkook itu memeluk dan mengunci pergerakannya.
"Ahjumma pergi balik dulu. It's okay" tutur Jungkook dengan nada rendah sebelum mengulum senyuman nipis bagi meyakinkan wanita itu. Lagikan pula, ahjumma Lee itu terlihat terkejut dan terpinga-pinga melihat situasi tadi.
"Tapi, ahjumma--"
"Gwenchana-yo. Ahjumma pergi balik dulu" tukas Jungkook lagi dengan senyuman nipis yang masih tak lekang itu.
Ahjumma Lee mengeluh kecil. Dia memandang sekilas Eunha yang sedang memberontak, meronta-ronta mahu meloloskan tubuhnya dari pelukan Jungkook itu. Walaupun dia buntu dengan apa yang berlaku, dia tetap berasa serba salah tika melihat Eunha yang begitu. Walau bagaimanapun, pilihan yang tepat buatnya adalah dengan beredar dari situ dahulu seperti yang diminta Jungkook.
"Awak, lepas lahhh!" bentak Eunha kesal sambil sedaya-upaya cuba meloloskan tubuhnya dari dakapan Jungkook yang erat itu. Sungguh, dia tak dapat mengawal langsung emosinya kali ini. Membuak-buak amarahnya. Dia tak dapat berfikir dengan waras tika itu. Hanya satu di fikirannya. Anaknya dalam bahaya.
"Jeon Eunha" panggil Jungkook senada berbaur tegas, berharap dapat menyedarkan Eunha yang sedang memberontak di luar kawalan itu.
"Ishh lepasss!" bentak Eunha lagi dengan nada lantang dan rimas. Dia tidak mengalah mencuba untuk meloloskan tubuhnya dari pelukan kuat Jungkook itu.
"Hey, sayang,sayang" panggil Jungkook berkali-kali masih berusaha menstabilkan keadaan tidak keruan Eunha itu. Dia tetap mendakap kuat tubuh kecil yang meronta itu. Memang tidak memberi peluang langsung untuk wanita itu meloloskan diri.
"Lepas lahhhhh" jerit Eunha lantang dengan sebalnya. Kali ini, lebih kuat dia memberontak.
"Jeon Eunha!" laung Jungkook dengan nada tinggi apabila wanita itu lebih kuat meronta-ronta. Dia tak dapat berbuat apa selain meninggikan suaranya. Mungkin itu sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kesedaran Eunha.
Eunha drastik berhenti memberontak sebaik saja nada suara Jungkook naik seoktaf. Kedua-dua tangannya yang ligat berperanan menolak-nolak tubuh suaminya itu perlahan diturunkan.
Jungkook memejamkan matanya rapat sebelum merengus perlahan. Akhirnya wanita itu berhenti meronta-ronta. Pelukan eratnya pada tubuh Eunha itu dilonggarkan sedikit.
Setelah itu, dia terasa bahu kecil Eunha perlahan terhinjut dalam pelukannya. Samar-samar suara esakan isterinya itu kedengaran.
Jungkook mengeluh kecil. Kepala Eunha yang menunduk itu dibenamkan ke dada bidangnya. Lalu, tangannya bergerak mengelus lembut rambut panjang wanita itu. Dapat dia rasakan kedua-dua lengan isterinya itu bergerak memeluk pinggangnya erat.
"Awak...Jungwon…" lirih Eunha dengan nada bergetar. Air mata kekal bergenang di pipi mulusnya. Hujung kemeja Jungkook digenggamnya erat.
"Ye,sayang" respon Jungkook lembut dengan anggukan kecil. Tangannya kini mengusap perlahan belakang Eunha.
"Saya takut...saya takut puan Choi cederakan Jungwon" rintih Eunha keresahan bersama cecair jernih yang berjurai-jurai keluar dari matanya. Bimbangnya terhadap si kecil itu memang tak dapat diungkapkan berapa banyak bilangannya.
"Saya takut...puan Choi apa-apakan Jungwon untuk balas...balas dendam dekat kita, sayang" sambung Eunha lagi dengan nada yang kini diselang sedu. Bibirnya diketap kuat.
"Saya tak nak...saya tak nak apa-apa jadi dekat Jungwon. Dia...dia tak tahu apa-apa. Dia tak boleh jadi...jadi taruhan puan Choi. Saya tak sanggup,sayang. Saya tak sanggup" hambur Eunha dengan dadanya yang agak sesak itu. Tersedu-sedu dia tika itu. Air mata dibiarkan mengalir.
Jungkook yang dari tadi cuma menjadi pendengar terasa remuk hatinya mendengar hamburan tersekat-sekat isterinya itu. Tangisan wanita itu apatah lagi.
"Awak, saya...saya tak nak Jungwon--"
"Jungwon akan okey, sayang. Jungwon akan okey" tukas Jungkook serta-merta seraya memeluk lebih erat tubuh kecil Eunha. Tangannya mengusap-usap belakang isterinya itu, cuba menenangkan wanita itu.
"Tapi, pu-puan Choi, dia--"
"Dia takkan apa-apakan Jungwon. Awak kena percaya tu dulu, sayang" ujar Jungkook spontan, cuba mententeramkan hati cemas dan gelisah Eunha itu. Lagipula dia memang percaya, seorang Choi Im Hwa tak akan apa-apakan 'taruhan'nya selagi kemahuannya tidak diajukan.
"Tapi, dia kan--"
"Shhhh, everything's gonna be fine. It's okay" pujuk Jungkook dengan nada perlahan, atau lebih tepat berbisik dengan tangannya yang setia mengusap belakang isterinya yang sedang menangis itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»65
•
•
•
Sepasang mata Jungkook kini sedang menatap siling bilik tidur berwarna kelabu kehitaman sambil fikirannya sudah melayang ke lain. Tentulah dia sedang memikirkan tentang anak lelakinya yang masih kecil itu. Setahun pun belum menjengah dan si kecil itu sudah berakhir di tangan Choi Im Hwa. Wanita itu boleh menjadi sungguh nekad bila berkaitan dengan dendam atau ketidakpuasan hati dalam dirinya.
Dan tipulah kalau seorang Jeon Jungkook tidak bimbang atas keselamatan Jungwon. Cukup saja Eunha sudah sangat cemas dan hilang arah berkenaan itu. Kalau dia juga beriaksi sebegitu juga tadi,memang membawa kepada keadaan yang lebih teruklah. Dia bertenang tadi pun hanya semata untuk menenangkan Eunha yang tidak keruan di luar rumah ayah mertuanya itu.
Tapi itulah,ibu mana yang tidak meracau dan boleh duduk senang hati bila mengetahui hakikat yang anaknya mungkin dalam bahaya?
Choi Im Hwa.
Jungkook mengeluh perlahan. Dia menoleh kepalanya perlahan,memandang Eunha yang sedang dibuai mimpi di sebelah. Mata wanita itu sangat sembab dek menangis teruk di rumah tuan Jung 40 minit lepas. Mujur,isterinya itu dapat juga terbuai lena setelah tak henti menangis dan memberontak itu.
Jungkook merengus perlahan pula apabila fikirannya diganggu berkenaan Choi Im Hwa kembali. Dia mengemam bibirnya. Tak lain tak bukan. Wanita licik itu kali ini menggunakan Jungwon pula sebagai taruhan. Atas sebab apa kali ini? Projeknya yang lumayan beratus juta won itu pastinya. Pasti si Choi Im Hwa itu tak dapat menerima tentang projek palsu yang diberinya itu. Fikir Jungkook.
Bodoh juga dia waktu itu kerana terlalu cepat membuat tindakan bagi memperbodohkan seorang Choi Im Hwa si tamak itu. Waktu itu,dia cuma fikir untuk mendiamkan wanita itu dan berhenti dari terus menganggu Eunha. Itu saja difikirnya waktu itu. Sungguh,dia tidak fikir langsung soal akibatnya.
Jungkook mengetap bibirnya lalu satu keluhan dilepaskan. Dia kemudiannya mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja lampu tidur di sebelahnya itu. Objek itu lalu dinyalakan. Aplikasi mesej dibuka kemudian jari-jemarinya mula mengetik di skrin.
HaeJung
Yah«
11.20 pm
»Pe?
11.21 pm
Mak kau ada rumah tak?«
11.21 pm
»Apahal tanya?
Aku tanya tu jawab je lah.
Bukannya aku nak pergi bunuh mak kau tu malam ni pun
»Sembang🙄
»Tak. Dia tak ada
Sejak bila dia tak ada?«
»Mana la aku nak tahu. Bukannya aku guard dekat rumah ni
Kau duduk serumah dengan dia ke
kau duduk dalam tangki air atas bumbung tu?
Takkan tak tahu mak payah mati kau tu punya perkembangan langsung
Ish
Entah. Dia keluar petang tadi kot
Entah,tak tahu
Asal?
Cakap dekat mak kau,kalau ada tak puas hati dengan aku,settle terus dengan aku
Bukan dengan apa yang aku sayang
Pengecut.
11.23 pm
Selesai menghantar mesej terakhirnya itu kepada Hae Jung,Jungkook langsung memadam skrin telefonnya yang menyala itu. Kemudian,objek itu diletakkan ke atas meja lampu tidur semula. Dia kembali menatap siling kosong bilik tidur itu. Satu rengusan dilepaskan perlahan. Setelah itu,terlintas persoalan di benak fikirannya.
Macam mana seorang Choi Im Hwa itu mengetahui lokasi rumah tuan Jung?
Dan,macam mana pula dia boleh tahu Jungwon berada di sana?
Jungkook yang sedang ligat berfikir jawapan yang mungkin untuk persoalannya itu langsung terhenti apabila telinganya menangkap bunyi esakan perlahan di tepinya. Dia langsung menoleh ke tepi. Terlihat Einha yang sedang mengemam bibirnya bersama air mata yang mengalir perlahan membasahi pipi itu. Bulu matanya yang lentik itu basah dek air mata.
Melihat itu,Jungkook langsung mengubah posisi baringnya kepada mengiring menghadap Eunha di sebelah.
"Hey,kenapa,sayang?" soal Jungkook lembut seraya langsung menyeka air mata Eunha. Ditatap lama wajah isterinya itu.
"Awak…" lirih Eunha seraya memandang wajah Jungkook dengan matanya yang berair itu.
"Ye ye,kenapa?" sahut Jungkook serta-merta dengan tatapan bimbang.
"Jungwon. Saya nak Jungwon ada dengan saya sekarang, sayang. Saya nak dia ada depan mata saya sekarang. Saya nak anak saya balik. Dia tak boleh ada dengan puan Choi. Dia tak boleh..." rintih Eunha dengan nada sebak sambil memandang wajah Jungkook di sebelah. Air matanya memang tak henti mengalir.
Jungkook mengeluh kecil sebelum mendakap tubuh kecil Eunha rapat dengan tubuhnya. Jari-jemarinya mengelus lembut rambut panjang isterinya itu.
"Shhh shhhh, Jungwon akan baik-baik je. Choi Im Hwa tu nak buat apa je dengan baby 4 bulan? Lagi pun tu cucu dia afterall" ujar Jungkook dengan nada rendah, berusaha mententeramkan hati resah Eunha. Diusap perlahan belakang wanita itu.
"No, saya takut anything happen dekat Jungwon. Dia kecil lagi. Dia tak deserve benda macam ni. P-Puan Choi boleh buat apa-apa je...demi kepuasan hati dia. Jungwon tak salah apa-apa, sayang. Tolong lah..." hambur Eunha dengan dada yang sudah sesak akibat menangis itu. Terhinjut perlahan bahunya. Matanya dipejam rapat dan manik air mata lebih laju mengalir keluar.
Jungkook tidak dapat merespon apa-apa kali ini. Dia juga terfikirkan tentang itu. Peduli apa si Choi Im Hwa itu sama ada itu adalah cucunya atau apa. Kenyataannya dia cuma mahu membalas dendam. Itulah yang membimbangkan tika itu.
Eunha mengesat air matanya menggunakan hujung lengan bajunya. Dia kemudiannya mengangkat perlahan kepalanya, memandang wajah Jungkook di sebelah yang rapat dengannya itu.
"Kita cari Jungwon sekarang,sayang" tutur Eunha dengan nada bergetar. Matanya tepat merenung ke wajah sempurna Jungkook.
"Sayang, dah lewat lah. Kita cari Jungwon esok,hm?" respon Jungkook perlahan sebelum menyeka lembut air mata Eunha yang hampir mengalir keluar itu.
"Tapi, macam-macam boleh jadi kalau kita pergi lambat. Saya tak nak anak saya terluka sikit pun. Saya tak nak puan Choi cuba cederakan Jungwon" tukas Eunha gelisah dengan dahi yang berkerut resah. Bibirnya dikemam rapat.
Jungkook menggeleng kecil.
"Tak, sayang. Trust me. Jungwon akan okey" ujar Jungkook, berusaha meyakinkan wanita itu.
Eunha menggelengkan kepalanya perlahan. Bibirnya diketap. Air mata kembali berjurai-jurai keluar.
"Saya tak boleh…" lirih Eunha dengan nada bergetar hebat sebelum tangisannya menjadi lebih teresak.
"Shhh shhh…" bisik Jungkook perlahan seraya langsung mendakap erat kembali tubuh mungil Eunha. Dirapatkan tubuh wanita itu dengannya. Kepala isterinya itu pula dibenamkan ke dada bidangnya, membiarkan wanita itu menghamburkan segala tangisannya di situ. Tangannya tetap berperanan mengusap-usap belakang Eunha, menenangkan wanita itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»65
•
•
•
"Sayang, saya ikut" ujar Eunha serta-merta seraya menghentikan langkahnya di hadapan Jungkook, menghalang suaminya itu dari berjalan.
"No, biar saya je pergi. Awak stay rumah" tukas Jungkook setelah menggelengkan kepalanya perlahan. Dipandang wajah terdesak Eunha di hadapan.
Eunha mengemam bibirnya sebelum bersuara.
"Tapi, saya nak pergi jumpa Jungwon jugak. Saya nak tengok anak saya ada terluka atau tak. Saya nak tengok dia baik-baik je atau tak. Saya nak pastikan dia--"
Terhenti spontan Eunha dari menyatakan hasratnya kepada Jungkook di hadapan apabila lelaki itu tiba-tiba merapikan rambut depannya yang dibuka menayang dahi polosnya itu.
"Sayang, nanti saya bagitahu awak semuanya, okey? Buat masa sekarang, awak sabar dulu, eo? Saya nak pergi jumpa Choi Im Hwa. Banyak agenda dia nanti. Jadi, better awak duduk dekat rumah dulu, hm?" tutur Jungkook lembut seraya menyelit beberapa helai rambut Eunha ke belakang telinga wanita itu. Dia menatap tepat ke dalam mata isterinya itu bersama senyuman lebar yang diukir. Cuba memujuk figura itu.
Eunha memandang Jungkook di hadapan yang sedang tersenyum lebar terhadapnya itu. Dia mengeluh panjang.
"Tapi... Jungwon akan baik-baik je kan, awak?" soal Eunha dengan tatapan resah.
Jungkook tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"Eo" respon Jungkook ringkas.
"Macam mana awak nak yakinkan saya dengan jawapan tu?" soal Eunha lagi, mahukan alasan yang meyakinkan hatinya.
"Jungwon akan okey sebab Choi Im Hwa tu takkan buat apa-apa selagi dia tak sebut agenda dia. Jadi, since dia still tak cakap apa-apa pasal ni, Jungwon mesti baik-baik je" jelas Jungkook memberi alasan kukuh supaya dapat meyakinkan wanita di hadapannya itu.
Eunha lambat-lambat mengangguk setelah mendengar respon Jungkook itu. Dia menyetujuinya.
Jungkook tersenyum melihat respon Eunha. Dia mengusutkan perlahan rambut isterinya itu.
"Nanti saya balik, okey? Duduk je dalam rumah. Jangan pergi mana-mana sampai saya balik. Can you promise me that?" ujar Jungkook sambil menatap tepat ke wajah polos Eunha di hadapan, menanti respon isterinya itu.
Eunha langsung menganggukkan kepalanya. Dia tidak bersuara.
Jungkook tersenyum kecil.
"Good. Nanti saya balik dengan another Jeon Jungkook, junior version, eoh?" tutur Jungkook dengan senyuman bersama kening yang diangkat sebelah.
Terhibur juga hati resah gelisah Eunha dek tuturan Jungkook itu. Dia tertawa halus lalu menganggukkan kepalanya.
Jungkook tersenyum melihat wanita itu tertawa walau cuma sekejap.
"Alright, saya pergi dulu" pamit Jungkook sebelum mencium dahi polos isterinya itu.
"Eoh, hati-hati" balas Eunha sambil memandang wajah suaminya itu.
Jungkook hanya mengangguk bersama senyuman sebelum menghayun langkahnya ke pintu depan. Dia membuka pintu itu lalu melangkah keluar. Kemudian, pintu ditutup semula.
Tzztt tzzt!
Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya dari poket hoodie nya apabila terasa getaran notifikasi dari objek itu. Sambil itu dia menyarungkan sandalnya. Notifikasi yang terpapar di skrin telefon dilihatnya.
You have a message from +88-97399287
»Jeon Jungkook
»Game over~
8.15 am
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»65
•
•
•
"
Ha, macam mana? Kau dah check number tu?"
"Ha. Betul la tu. Tu number Choi Im Hwa"
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya diketap kuat.
"Okey thanks, Gyu"
Beep.
Panggilan bersama Mingyu diputuskan Jungkook. Satu keluhan kasar dilepaskan. Genggamannya erat pada stereng kereta. Dia memandang rumah agam setingkat di sebelahnya.
Ya. Rumah agam milik puan Choi.
Terbayang-bayang kembali mesej yang dihantar oleh seorang Choi Im Hwa itu.
'Game over'
"Apa maksud dia 'game over'? Jangan cakap yang dia--aish, tak. Ni semua agenda dia" omel Jungkook lalu merengus perlahan. Bibirnya dikemam sebelum tali pinggang keledar yang terlilit di tubuhnya ditanggalkan. Kemudian, dia langsung keluar dari keretanya.
Kelihatan dari luar yang terlindung oleh pagar, di perkarangan kereta tiada sebuah kereta pun di dalam. Keadaan juga agak lengang. Terangkat sebelah kening Jungkook.
"Dia betul-betul tak ada atau--"
Tergendala Jungkook yang sedang menjenguk ke dalam kawasan rumah agam itu apabila telefon pintarnya tiba-tiba saja berdering. Sepantas kilat dia mengeluarkan objek itu dari poket hoodie-nya. Dia langsung melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin. Sangkanya Choi Im Hwa yang menghubungi, namun dia silap. Ianya Eunha.
"Eoh, say--"
"A-Awak...P-puan Choi, d-dia...dia…"
"Wae wae? Kenapa? Kenapa, sayang?" soal Jungkook agak cemas dengan mata yang drastik membuntang. Terkejut dengan suara tersekat-sekat Eunha di hujung talian itu.
Tut.
Panggilan Eunha terus dimatikan langsung tanpa sempat memberi sebarang respon kepada Jungkook, menambahkan lagi rasa cemas lelaki itu.
"Aish, dia pergi sana ke?" hambur Jungkook sebal dengan nada agak tinggi seraya mengusutkan rambutnya kasar.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»65
•
•
•
"Sayang!" laung Jungkook sebaik saja pintu dibuka dan langsung meluru ke arah Eunha yang sedang duduk di atas lantai itu. Posisi duduk wanita itu seperti posisi rebah dari berdiri.
Eunha mengangkat kepalanya perlahan apabila suara Jungkook akhirnya kedengaran. Dia memandang lelaki itu yang bergegas menghampirinya dan langsung duduk dalam posisi melutut di hadapannya.
"A-Awak" panggil Eunha dengan nada yang timbul tenggelam itu. Bibirnya bergetar.
"Eo, kenapa? Sakit? Ada luka dekat mana-mana? Injured? Eo?" soal Jungkook bertalu-talu dengan panik dan risaunya sambil laju membelek wajah dan tubuh isterinya itu. Risau jika si Choi Im Hwa itu mencederakan Eunha. Tambahan pula, tubuh wanita itu menggigil dasyat ketika itu.
Eunha mengemam bibirnya yang bergetar itu rapat. Dia menggeleng perlahan.
Jungkook merengus perlahan. Dia memandang ke sekeliling rumahnya dengan laju.
"Mana orang tua tu? Dia--"
"J-Jungwon" tutur Eunha dengan nada bergetar hebat. Bola matanya bergerak-gerak menatap wajah Jungkook.
Bola mata Jungkook langsung bergerak memandang wajah Eunha.
"Kenapa dengan Jungwon?" soal Jungkook penasaran bercampur bimbang. Dia menilik setiap sudut wajah kaku Eunha itu.
Bibir Eunha bergetar lebih teruk. Tubuhnya menggigil lebih dasyat. Dia menunduk lalu sekeping gambar yang menyembam di atas lantai diambil kemudian dengan tangannya yang menggeletar hebat itu, dihulur gambar itu kepada Jungkook.
Jungkook memandang wajah Eunha sekilas sebelum dia memandang huluran wanita itu. Tangan isterinya itu memang menggigil dasyat. Dia perlahan menyambut huluran kepingan gambar yang berposisi dari bahagian belakang.
Jungkook memusingkan gambar itu bagi melihat isi sebenar foto itu. Spontan matanya membuntang besar tatkala melihat isi gambar itu,
Iaitu, gambar seorang bayi yang berlumuran darah dan terdapat seperti kesan dua das tembakan pada dada si kecil itu. Wajah kecil yang dulunya mencuit hati kedua ibu bapanya kini terlumur cecair merah pekat. Seluruh tubuh si kecil itu memang berlumuran darah yang banyak. Sepertinya bayi tidak bersalah itu bukan saja ditembak, mungkin saja ditikam di mana-mana bahagian. Memang ada kecederaan serius.
Dan, jika sudah sebegitu keadaan bayi polos itu menjadi mangsa kekejaman manusia, memang tiada kemungkinan lagi untuk si kecil itu masih bernyawa.
Mungkin memang ditakdirkan cuma 4 bulan sahaja dia diberi kesempatan untuk melihat dunia.
MEEEEENGAPA SEMUA MENANGISSSSS
BIASALAH!
Ok tak, aku sepatutnya join emo sekali.
Maap, maap.
ok.
HUWAAA ANAK BUAH KORANGGGG
ekceli aku tersentuh je time type outro tu. Tambah pulak lagu sedih on time diputar ye. Halah halahhh, nasib batu sikit hati aku ni em
Saje je acah ii tak tacing atas tu HMMMMM
PENGEN NANGESSSS
KO INGAT KONFLIK AKU NAK BLAH MACAM TU JE LEPAS AKU SCAM KORANG?
HUEHUEUE
BAK KATA BANG GULA KITA,
✨NO NOT TUDEY,EONJEGA FKRNEKEJEOEJDJSO-✨
Begitu.
Taibaaaa
AGAK PANJANG YE TAPI KESAH PE AKU
BTW 2 HARI LEPAS? 3 HARI LEPAS? HA TAH LA BILA PUN.
AKU ADA REPLY COMMENT ANDA SEMUA TIME TU ANDDD SO SORREYHHH KALAU AKU GANGGU NOTI KORANG WAKTU TU KDJDKDKEKDLJS
APAPUN SESUNGGUHNYA KETAHUILAH SAYA SANGAT HARGAI SEGALA KOMEN YANG ANDA CAMPAK DI SETIAP CHAP SAYA APDET💙
AMUAH SELORI
DAH BAI
TENKIYU SUDI BACA, VOTE DAN COMMENT CHAP NI💙💙💙
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro