🔷61
HAI
Hm
maap ler 3 hari tak apdet em-
YE YE AKU TAHU ANDA SEMUA TAK MENYABO NAK BACA BILA BYK DUGAAN NI KAN
Ha vote je la
"Kamsahamnida~" ucap Eunha dan Yuju serentak sebaik saja dua gelas air Coca Cola pesanan mereka itu dihidang seorang pelayan. Layanan pelayan kali ini bukan main berbeza, sampaikan gelas berisi minuman bikarbonat itu diletakkan depan mata terus. Cuma tinggal untuk teguk saja.
Pelayan itu atau lebih tepat, Monica Jung, hanya mengukir senyuman kecil buat dua orang wanita itu sebelum beredar dari meja itu bersama dulang kosong yang diturunkan ke sisi.
"Macam muka mix je, Na. Dia faham tak kita cakap terima kasih tadi tu?" soal Yuju berseloroh dengan kening yang diangkat sebelah. Dipandang wajah polos rakannya itu.
Eunha langsung berdecit perlahan dek soalan Yuju itu.
"Aigoo, Choi Yuna. Kalau dia tak fasih bahasa negara kita ni, dia takkan dapat kerja jadi waitress lah dekat sini" tukas Eunha lalu menggelengkan kepalanya perlahan.
"Eo, haah kan? Maaf la, banyak sangat makan, tersekat dekat otak" seloroh Yuju bersahaja sebelum mengetuk perlahan kepalanya menggunakan penyepit besi di tangannya itu.
"Merepek je lah" balas Eunha sebelum tertawa halus. Kalau pasal celoteh mengarut, memang boleh diserahkan kepada seorang Choi Yuna. Dan kalau fasal cepat terhibur pula, silakan memberi pangkat itu kepada seketul Jeon Eunha.
Eunha kemudiannya mengangkat gelas kaca berisi air Coca Cola di hadapannya itu. Digoyangkan perlahan gelas itu agar buih-buih gas yang berada di permukaan air itu berkurang sedikit. Setelah itu, dia langsung meneguk minuman itu tanpa sebarang keraguan.
Hanya tiga tegukan sebelum dia meletakkan kembali gelas yang bersaiz agak besar itu ke atas meja. Berkurang sedikitlah minuman berkarbonat itu dari sebelum. Pastilah berkurang, takkan makin bertambah pula.
Sebaik saja selesai meneguk sedikit minuman itu, Eunha terasa seperti ada yang tidak kena dengan tubuhnya tika itu. Dadanya terasa suam-suam hangat ketika air Coca Cola itu melepasi kerongkongnya. Setelah itu, dahinya pula berkerut-kerut sedikit, seperti ada yang mencucuk tekaknya.
Eunha menyentuh lehernya lalu digosok perlahan. Dahinya masih berkerut-kerut. Dia juga buntu mengapa tubuhnya tiba-tiba memberi reaksi begitu. Walhal, dia cuma minum minuman berkarbonat. Bukannya arak atau wain.
"Ju, kenapa air ni macam somehow rasa macam 'keras' sangat? Macam terlalu ber-gas macam tu. Tekak aku rasa macam sakit sikit" adu Eunha sambil memandang Yuju yang berura untuk meneguk lagi minuman berkarbonatnya itu.
Yuju yang terbantut untuk menyisip air Coca Cola miliknya yang baru ditambah beberapa ais batu itu langsung memandang Eunha apabila mendengar suara rintihan rakannya itu.
Berkerut seribu dahinya apabila mendengar aduan Eunha barusan.
"Eh? Ye ke? Air aku okey je. Kau takkan coke pun dah tak boleh telan, Na?" soal Yuju bingung dengan nada tidak menyangka. Matanya sedikit membuntang.
Eunha memikir sejenak sebelum mengangkat bahunya. Dia juga tidak tahu mahu simpulkan apa. Dia sendiri bingung.
"Umm, entah la. Mungkin sebab aku dah lama tak minum coke kot" balas Eunha, sekadar membuat andaian. Memang sedia maklum, minuman berkarbonat jenis Coca Cola ini boleh tahan keras juga walaupun tidak sekeras alkohol dan wain dan sejenis dengannya. Jadi, tak peliklah juga kalau tekak seorang Eunha ini seolah tidak dapat beradaptasi dengan minuman sebegitu. Mungkin.
Yuju mengangguk kecil, turut bersetuju dengan andaian rakannya itu.
"Eo, mungkin tekak kau dah lama tak terbiasa dengan air coke ni" anggap Yuju ringkas.
Eunha mengangguk perlahan sebelum memandang kembali gelas berisi air Coca Cola di hadapannya itu. Ditenung seketika gelas itu lalu diangkat lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan reaksi tekaknya dengan minuman bikarbonat kegemarannya itu. Setelah itu, minuman itu diteguk perlahan.
Dan, drastik dia menghentikan tegukannya apabila tekaknya terasa lebih pedih berbanding tadi. Gelas diletakkan ke atas meja. Dia memejamkan matanya rapat. Kali ini, implikasi pada tubuhnya seperti semakin teruk.
Terasa ada gegaran kuat pada kepalanya seperti kepalanya dihempap sesuatu yang berat dan keras. Pandangannya juga menjadi sedikit kabur. Dia meraup wajahnya perlahan. Matanya dikerdipkan berulang kali, berharap pandangannya menjadi jelas kembali. Namun, hampa. Kepalanya sakit. Pandangannya kabur.
"Aigoo yaa, comel je dua orang tu. Orang lain minum wine, diorang minum coke je ye?" seloroh seorang lelaki lingkungan 30 an dengan ramahnya. Lelaki itu merupakan ketua pengurus yang baru bagi syarikat MH. Dia telah menggantikan tempat ketua pengurus Jung yang terlebih tegas itu. Wanita itu sudah dipindahkan ke syarikat lain. Dan lelaki terlebih peramah ini pula lah yang mengganti.
Kim Seok Jin. Itulah namanya. Bukan saja peramah, malah kepochi-
"Eoh, haha. Kitorang tak nak peparu rosak. Kitorang sayang paru-paru kitorang. Kan, Na?" respon Yuju kekok apabila dirinya dan Eunha menjadi perhatian pekerja yang sedang menjamah makan di meja yang sama itu. Dia mengerling Eunha di sebelah, berharap sokongan dari rakannya itu. Kurang-kurang dapatlah juga kurangkan rasa janggal diperhati itu.
Namun, bukannya dapat sokongan dari Eunha, malah wanita itu terus mendaratkan kepalanya ke atas meja. Tiba-tiba saja. Kuat juga bunyi yang terhasil tatkala dahi polos rakannya itu melekap pada meja.
"Eh, Na--"
"Oh ya, by the way. Minta perhatian semua yang dekat sini ya. Pengarah Kim kita mungkin akan sampai sini lewat sikit, dia ada appointment last minute, jadi harapnya semua tercongok dekat sini sampai pengarah Kim datang ye? Sebabnya, takkan la anda semua tak terasa nak menghargai langsung budi pengarah kita, reserve tempat ni untuk kita melantak makanan kan? Jadi, jangan nak memandai balik dulu. Aku baling tisu kang" bebel ketua pengurus Kim panjang lebar, membuat pengumuman sebagai wakil di situ.
"Neee"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»61
•
•
•
"The number you dial--"
Jungkook merengus kasar apabila lagi dan lagi telinganya disapa suara operator wanita itu setelah kali keenam dia mendail nombor Eunha. Telefon pintarnya dicampak perlahan ke atas meja berlapis kaca di hadapan.
Dia kini berada di ruang tamu, menunggu kepulangan seorang Jeon Eunha. Jarum jam pendek di dinding sudah menunjukkan jam 10 malam. Dan wanita itu masih belum pulang. Katanya tengah hari tadi di panggilan akan pulang pada jam 9. Ini sudah lewat sejam.
Ya, memanglah tidak lewat lagi. Dan bukan itu masalahnya ketika itu. Masalahnya sekarang ini, sekeping mesej pun tidak dikirim wanita itu. Sekurang-kurangnya, maklumlah juga kepadanya jika mahu pulang lewat sedikit atau apa. Memang sepatutnya begitu pun. Ini khabar apa pun tak dapat.
"Sampai satu pun tak jawab" gumam Jungkook kesal lalu mengeluh perlahan. Tiada yang disangkanya bukan-bukan pun, dia cuma diselubungi kebimbangan saja bila dia gagal menghubungi isterinya itu.
Tzztt tzztt! Tzzt tzztt!
Mendengar deringan telefon pintarnya dalam mod getaran itu langsung tubuhnya ditegakkan dari posisi bersandar. Objek di atas meja itu dicapai lalu ditilik nama pemanggil yang tertera.
'Appa'
Jungkook mengeluh kecil. Sangkanya Eunha yang membuat panggilan. Maklumlah, sudah lama dia menanti panggilan dari wanita itu. Namun begitu, tanpa berlengah, dia tetap menjawab juga panggilan ayah mertuanya itu. Telefon dilekapkan ke telinga.
"Eo, appa"
"Ha, Jungkook. Eunha kenapa tak datang ambil Jungwon lagi ni? Lupa ke apa budak tu"
"Eoh, pa. Kejap lagi saya pergi ambik Jungwon. Eunha tak balik pun lagi"
"Tak balik lagi? Rasanya tadi dia keluar pukul 6 kan? Sekarang dah pukul berapa ni?"
"Itu la, pa. Lama sangat dah dia keluar. Dia tak ada inform apa-apa pun. Call pun tak angkat"
"Lah, kenapa pulak dia tu"
Satu keluhan kecil dilepaskan Jungkook seketika.
"Appa tahu tak diorang pergi makan tu dekat mana?"
"Tak tahu la pulak. Diorang buat makan-makan tu pun appa tahu dari Eunha je. Appa memang tak tahu apa-apa pun lah pasal tu"
"Ah…" respon Jungkook bernada rendah. Bila difikirkan semula, kenapa tuan Jung, selaku ketua besar di dalam syarikat itu tidak tahu menahu apa-apa tentang aktiviti yang dilakukan pekerjanya? Bukankah sepatutnya perkara seperti itu memerlukan kebenaran dari presiden syarikat? Melainkan sesi makan malam di hotel itu bukan satu acara yang melibatkan staf.
"Tak apa. Kejap lagi appa try call some pengarah dalam company appa tu. Mungkin ada antara diorang yang tahu"
"Eoh, ne"
"Eoh. And, pasal Jungwon,kamu tak payah ambil lah. Ahjumma Lee kamu dah offer nak jaga Jungwon tu dulu dekat rumah dia. Esok la korang datang ambil Jungwon"
"Ah, thank you, Pa"
"Eoh, nanti kalau appa dapat info apa-apa, appa inform kamu balik ye"
"Eoh, okey, Pa. Gumawo"
"Eoh"
Beep.
Talian dimatikan Jungkook. Setelah itu, telefon diletakkan semula ke atas meja. Satu keluhan panjang dilepaskan. Bibirnya diketap.
Ya, memang betul dia risaukan tentang Eunha. Namun, dalam masa yang sama, dia sedikit meragui tentang isterinya itu. Tambah pula bila dia terfikir tentang apa yang dimaklumkan Hae Jung petang tadi. Gambar yang dikirim adik perempuannya itu juga turut menggoyahkan sedikit kepercayaannya pada seorang Jeon Eunha.
Betulkah acara makan malam yang dihadiri Eunha itu sebuah acara bersama 'kawan-kawan kerja'nya? Atau, itu cuma satu penipuan?
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»61
•
•
•
Setelah hampir30 minit seorang Jeon Jungkook bersabar menunggu kepulangan Eunha, dia akhirnya tidak dapat hanya duduk di sofa itu saja dek perasaan bimbangnya kian membuak-buak. Jam sudah menunjukkan angka 10.35,figura wanita itu tidak muncul-muncul juga.
Memanglah waktu ketika itu tidaklah terlalu lewat malam sangat, namun hakikat yang seorang Jeon Eunha itu sudah keluar untuk tempoh yang lama, dan langsung tiada khabar dari wanita itu, semestinya membuatnya risau yang tersangat risau.
Persetankan dahulu sangkaan bukan-bukannya terhadap Eunha itu. Buat masa sekarang, dia cuma mahu figura isterinya itu ada di hadapan matanya. Itu saja yang dapat mengurangkan rasa bimbang yang menguasai dirinya itu.
Jungkook berdiri dan telefon pintar di atas meja diambil lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Setelah itu, dia berjalan ke arah kabinet yang wujudnya televisyen di situ lalu remote kunci keretanya yang berada di atas kabinet itu diambil. Walaupun tidak tahu di mana Eunha berada ketika itu, dia tetap mahu keluar dan mencari keberadaan wanita itu.
Jungkook berjalan menghampiri pintu hadapan lalu langsung dibuka. Sebaik saja pintu dibukanya,terdorong satu figura wanita ke arahnya. Sepertinya,gerangan itu berura untuk membuka pintu juga namun Jungkook lebih cepat jadi tubuh kecilnya langsung terdorong dan mendakap longgar tubuh lelaki itu.
Terkaku bingung sebentar Jungkook dibuatnya apabila figura kecil itu mendakapnya longgar. Dia kemudiannya memegang bahu wanita itu lalu dileraikan perlahan dakapan tersebut. Dengan kedua tangan yang memegang bahu figura itu, Jungkook memandang tepat ke wajahnya bagi memastikan gerangan yang disangkanya itu.
"Jeon Eunha" sebut Jungkook senada setelah melihat figura itu. Betullah sangkaannya barusan. Matanya tepat merenung wajah polos wanita itu. Keadaan wajah Eunha terlihat berbeza.
"Eo? Sayang saya lahh" respon Eunha meleret dengan sengihan seraya menekup wajah Jungkook menggunakan kedua tangan kecilnya itu.
Berkerut sedikit dahi Jungkook melihat respon dari Eunha itu. Sudahlah melihat raut wajah wanita itu sahaja pun sudah terasa berbeza. Pipinya kemerah-merahan, matanya kuyu. Bukan raut yang kebiasaannya.
Sedang Jungkook memerhati wajah Eunha, Eunha pula yang ligat menekup wajah suaminya itu langsung duduk mencangkung apabila kepalanya tiba-tiba terasa sakit. Kepalanya dicengkam perlahan.
"Sayang, kenapa?" soal Jungkook drastik sebaik saja melihat Eunha yang tiba-tiba duduk mencangkung sambil memegang kepalanya itu. Dia turut mencangkung bagi memeriksa keadaan isterinya itu. Memang ada tak kena dengan wanita itu.
"Tak apa. Dah okeyyy" balas Eunha girang setelah mengangkat kepalanya memandang wajah risau suaminya itu. Dia mengukir sengihan lebarnya.
Meskipun sikap seorang Jeon Eunha ketika itu memang mencuit hati dan Jungkook sering tewas dengan perwatakan itu, namun kali ini lelaki itu langsung tidak terkesan seperti selalu. Raut wajahnya mendatar. Dia lebih cenderung mahu mencari tahu dengan perubahan isterinya ketika itu.
Melihat Eunha yang tersengih seperti kerang busuk, pipi mulusnya yang kemerahan dan rambutnya yang sedikit berantakan itu cukup membuatkan Jungkook mengesyaki sesuatu tentang wanita itu. Lagikan pula, gaya percakapan isterinya itu meleret-leret dan asyik tersengih saja. Mata pula kuyu begitu.
"Sayang, awak minum ke?" soal Jungkook mendatar sambil merenung wajah polos Eunha. Dia hanya mahukan kepastian atas sangkaannya itu.
Bola mata Eunha bergerak perlahan memandang wajah Jungkook di hadapan. Dia menyengetkan kepalanya sebelum bibir dicebik.
"Waeyo? Saya nampak macam mabuk ke?" soal Eunha dengan nada kecewa. Bibirnya dicebikkan kembali.
Jungkook mengeluh kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"You did" balas Jungkook ringkas tanpa nada. Wajah wanita itu setia ditenung.
"Entah la" respon Eunha protes dengan jelingan sebal buat lelaki itu. Setelah itu, dia langsung berdiri. Terhuyung-hayang jugalah tubuhnya saat itu.
Jungkook juga berdiri apabila wanita itu berdiri. Dia menatap Eunha yang sesekali matanya terbuka dan tertutup. Kepala juga digelengkan seolah orang yang cuba melawan rasa mengantuk. Namun berbeza bagi Eunha. Bukan melawan rasa mengantuk tapi pengaruh alkohol.
"Ah,mollaaaa. Saya mengantukkk" seloroh Eunha meleret lalu menggosok-gosok matanya. Padahal, pandangannya itu terasa kabur. Dia juga sudah tidak dapat berdiri dengan tegak. Dia turut berasa seperti mahu tumbang ke tepi tika itu, namun Jungkook sempat meraih lengannya, menghalangnya dari rebah.
"Mwoyaaa? Saya boleh berdiri sendiri lah" bentak Eunha serta-merta seraya menolak tangan kanan Jungkook yang menggenggam lengannya itu. Setelah itu, dia menghayun langkahnya yang tidak stabil itu, terhuyung-hayang melepasi tubuh suaminya itu. Beg tangan diheret di lantai.
Jungkook memejamkan matanya rapat lalu merengus perlahan. Walau apa pun dia tetap perlu mengawal emosinya. Walau betapa kesalnya dia dengan kondisi berbeza Eunha ketika itu.
"Jeon Eunha" panggilnya tegas dengan agak lantang. Dia kemudiannya memusingkan badannya.
Eunha yang sedang berjalan tidak jauh darinya itu langsung menghentikan langkahnya apabila mendengar nama penuhnya dipanggil Jungkook di belakang. Betapa terkesannya cara panggilan oleh Jungkook itu sehinggakan Eunha yang tidak berada dalam kesedaran itu pun masih boleh dipengaruhinya.
Tubuh kecil yang tidak dapat berdiri dengan stabil itu langsung juga memusingkan badannya menghadap Jungkook. Ditegakkan juga dirinya agar tidak tumbang.
"Ne?" sahut Eunha polos. Matanya yang kuyu itu sedaya-upaya dijegilkan juga.
Jungkook menapak menghampirinya. Kemudian, wajah kecil itu ditenung.
"Awak baru balik dari mana? Kenapa baru sekarang nak balik?" soal Jungkook dingin sambil merenung wajah polos Eunha di hadapan.
Eunha menatap kosong wajah lelaki itu sebelum menggaru-garu perlahan wajahnya. Matanya berkelip-kelip.
"Eo... Hmmmm bukan saya dah bagitahu awak ke petang tadi? Ke... saya tak bagitahu eh? Entah la. Lupa. Tapi, tadi lepas saya pergi restoren tu kan, diorang suruh pergi kedai makan lagi satu pulak. Apa entah nama kedai tu. Tapi banyak makanan jugak. Hehe" jelas Eunha panjang lebar sebelum mengukir sengihan. Kemudian, dahinya berkerut sedikit tatkala kepalanya berasa sakit kembali. Tentunya kesan sampingannya mengonsumsi alkohol. Tubuhnya memang tidak kuat dalam memproses setiap tegukan minuman keras yang mengalir ke dalam badannya.
"Okey la,bye" pamit Eunha senada dengan matanya yang sesekali terpejam itu sebelum langsung memusingkan badannya. Dia hanya mahu naik ke tingkat atas dan tidur.
"Sekejap, Jeon Eunha" ujar Jungkook dengan nada mengeras seraya menyambar pergelangan tangan kecil Eunha. Dia memang ada banyak lagi soalan ingin diajukan kepada wanita itu. Dan, yang membuatkannya sangat bengang ketika ini bila wanita itu sering kali mahu beredar seenaknya.
Eunha merengus sebal sebelum memusingkan badannya mengadap Jungkook. Pergelangan tangannya ditarik kasar dari genggaman lelaki itu.
"Ishhh apa lagiii? Saya dah cakap saya mengantuk tadi, jadi saya mengantuk la! Saya nak tidur!" hambur Eunha lantang dengan sebalnya. Matanya tajam merenung wajah suaminya itu.
Jungkook mengetap bibirnya lalu merengus perlahan. Tipulah kalau emosinya tidak terpancing oleh respon Eunha yang meninggikan suara terhadapnya itu. Namun, dia tetap memilih untuk bersabar. Walau bagaimana pun, wanita itu sedang dalam keadaan mabuk, jadi dia di luar kesedaran.
"Keluar makan dengan siapa tadi?" soal Jungkook mendatar. Matanya tepat merenung wajah kesal Eunha.
Eunha mengeluh panjang.
"Awak ni banyak betul la soalan. Kepala saya sakit lah. Tak boleh nak fikir, tahu tak?" bentak Eunha sebal. Dahinya berkerut-kerut protes.
"Keluar dengan lelaki tu kan?" tebak Jungkook, dingin. Tajam saja matanya menikam wajah kecil di hadapan.
Eunha merengus perlahan.
"Lelaki mana? Ada banyak lelaki dekat sana tadi. Diorang semua satu meja dengan saya. Bagitahu la detail" respon Eunha yang kini bernada mendatar, seolah menyampah dengan soalan Jungkook itu.
Mendengar respon Eunha itu, berhasil membuatkan hati Jungkook memanas sedikit. Jawapan Eunha 'ada banyak lelaki dekat sana' itu memang betul-betul menyakitkan hatinya. Tambahan lagi bila melihat raut kosong wanita itu ketika mengatakan itu. Seperti satu perkara yang biasa.
Manakala Eunha pula sedang berfikir gerangan lelaki-lelaki yang menghadiri acara makan malam tadi. Dia cuba mengingat kembali siapa lelaki yang mungkin dimaksudkan Jungkook itu. Dan, terlintas langsung gerangan di fikirannya.
"Oh,ah, awak maksudkan Yugyeom ke? Eoh, tadi ada dia" ujar Eunha tenang tanpa teragak-agak. Dia memandang kosong wajah tegang Jungkook di hadapan.
Jungkook langsung tersenyum senget saat mendengar jawapan selamba Eunha itu. Dan beberapa saat selepas itu raut wajahnya kembali tegang. Rahangnya bergerak-gerak. Tangan kirinya perlahan menggenggam penumbuk. Nafas kesalnya dihela perlahan.
"Nice. Kalau simple macam tu awak boleh mengaku, Jeon Eunha, "
"--you shouldn't have a husband then" -Jeon Jungkook
UYO WHATTA NICE ENDINGGGG
Oh tak
Apabenda nama tu
OH YES OUTROOO
EM
YE BEGITULAH HA
TAK START LAGI KONFLIK NYA YE DLM CHAP NI EHEHEHE
KITA LIHAT DI NEXT CHAP YA OHOHO
HA DAH
VOTE DULU OKEYHH
OK BAII
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro