
🔷55
"Yah, kau pergi berambus" arah Jungkook spontan dengan berangnya namun masih menggunakan nada rendah. Memang lama dia menahan marahnya dan berusaha untuk tidak keluarkan ayat yang baru dia keluarkan ini. Namun apakan daya, kesabarannya menipis dek mulut lancang adiknya itu.
Eunha pula drastik matanya membulat apabila mendengar ayat halau dari Jungkook itu. Dia memandang suaminya itu dengan pandangan tidak menyangka.
Hae Jung yang mulanya tersentak itu langsung mengangguk-anggukkan kepalanya setelah itu. Dia tersenyum sinis.
"Eoh. Memang aku nak berambus pun dari sini. Aku dah semak la dengan perangai kau. Aku tak pernah bayang ada abang perangai teruk, tak guna macam kau" respon Hae Jung dengan kesal dan pedasnya sambil menatap tajam raut wajah berang Jungkook. Dia kemudiannya merengus perlahan sebelum melanggar bahu lelaki itu, mengorak langkahnya ke arah tangga.
Manakala Eunha pula sudah gelabah dengan situasi itu. Dia langsung memusingkan badannya, berura untuk mengejar langkah adik iparnya itu.
"Hae--"
Niat Eunha untuk mengikuti langkah Hae Jung yang sedang dibelenggu kemarahan itu terganggu apabila lengan kecilnya diraih Jungkook,menghalang dirinya dari pergi. Dia menoleh, memandang wajah datar suaminya itu.
"Tak payah. Biar dia" tutur Jungkook ringkas sambil menatap wajah bimbang Eunha. Tangannya masih menggenggam lengan kiri isterinya itu.
Eunha mengeluh kecil sebelum meloloskan lengannya dari pegangan Jungkook. Dia memusingkan badannya sedikit, membetulkan posisi berdirinya bagi menghadap lelaki itu.
"How can I? Awak baru je halau dia tau" balas Eunha sambil merenung wajah Jungkook di hadapan.
"So? It's not like you have a thing to do with her" tukas Jungkook senada sambil turut merenung wajah kecil isterinya itu.
"Of course i have. Dia macam adik saya sendiri tau. How could awak boleh halau dia macam tu je? Marah macam mana pun awak, tak perlu sampai macam ni lah. You're being too much. Seriously" tutur Eunha kesal dengan raut wajah kecewa sebelum memusingkan badannya untuk mengorak langkahnya. Namun,
"Pardon me, Jeon Eunha? Saya yang melebih?" soal Jungkook membentak dengan nada agak meninggi. Matanya tajam merenung figura Eunha yang terbantut dari melangkah itu. Tak puas hatilah dia bila dirinya pula yang disalahkan dalam hal ini. Bukannya dipertahankan, malah dipersalahkan lagi.
Eunha yang sedang berdiri statik dalam posisi membelakangi Jungkook itu langsung mengetap bibirnya sebal. Matanya dipejam seketika sambil kedua-dua tangan kecilnya menggempal penumbuk. Seterusnya, dia merengus perlahan sebelum memusingkan badannya menghadap lelaki itu semula.
"Yes, you are" jawab Eunha ringkas dengan jelasnya.
Jungkook terdiam sebentar dek jawapan Eunha yang terlihat yakin itu. Dia mengetap bibirnya kesal. Tangan kanannya mula menggempal buku lima.
"Mwo? Just how--"
"Gotta go,sayang" seloroh Eunha mempamit sebelum memeluk ringkas tubuh Jungkook lalu mencium sekilas pipi lelaki itu. Kemudian, dia langsung berlari anak meninggalkan suaminya itu, menuju ke tangga.
Tadi berani sangat cakap itu ini. Lupa pula yang dia bercakap dengan seorang manusia yang sangat menakutkan bila sudah mula marah-
Jadi bila dah tersilap langkah, apa perlu buat?
Lariiiii
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»55
•
•
•
"Hae... " lirih Eunha sebaik saja membuka pintu bilik tetamu yang digunakan Hae Jung selama dia tinggal di situ. Matanya redup melihat adik iparnya yang sedang memasukkan pakaian ke dalam bagasi itu.
"Eo, eonnie" balas Hae Jung setelah menoleh. Bibirnya mengulum senyuman kecil.
Eunha mengeluh perlahan sebelum menapak masuk ke dalam bilik tidur itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil yang juga diduduki Hae Jung itu.
"Hae, tak payah la pergi. Duduk je sini. Tak apa, nanti eonnie cakap dengan Jungkook, eoh?" pujuk Eunha bersungguh sambil memandang Hae Jung yang sedang melipat pakaiannya dan dimasukkan ke dalam bagasi.
"Aniya. Tak perlu la, eonnie. Hae okey je" balas Hae Jung dengan senyuman sebelum sambung memuatkan segala jenis pakaiannya ke dalam beg bagasi berwarna ungu muda itu.
"Tapi eonnie tak okey. Ala, abaikan je apa Jungkook cakap tadi. Dia tengah marah tadi. Biasalah. Jangan la ambil hati sangat, Hae" tukas Eunha sambil menatap redup adik iparnya itu.
"Tak apa, eonnie. Hae serius okey. Tak apa la. Lagipun Hae kan dah stay sini 4 hari. Cukup la tu Hae susahkan korang" ujar Hae Jung lalu tersenyum nipis.
"Lah, apa pulak susahkan? Mana ada susahkan. Serius tak. Eonnie lagi suka bila Hae stay sini. Eonnie ada orang nak diajak borak. Selalu eonnie sorang-sorang je dekat rumah dengan Jungwon bila Jungkook pergi kerja. Ini kalau Hae pergi, eonnie mana ada kawan dah haa dalam rumah ni" tukas Eunha panjang lebar sebelum mencebikkan bibirnya kesal.
Hae Jung tersenyum kecil.
"Kan kita boleh video call? Nanti bila eonnie bosan, eonnie call je lah Hae. Dulu kan kita lost contact. Sekarang dah tak. So, boleh la kan?" respon Hae Jung dengan kening yang diangkat sebelah bersama secalit senyuman.
"Ala, tak sama. Ala Hae, tak payah la pergi. Eonnie merayu ni. Tak payah la, Hae. Eonnie percaya mesti Jungkook pun tak berniat pun nak halau Hae. Dia cuma terlalu emosi sangat je" tukas Eunha dengan nada memohon sebelum meraih tangan mulus adik iparnya itu. Matanya menatap penuh memohon wajah cantik Hae Jung itu.
Hae Jung mengulum senyuman lebar sebelum menggengam tangan Eunha, cuba meyakinkan kakak iparnya itu.
"Tak apalah, eonnie. Dia berniat ke tak ke, still Hae rasa ni decision terbaik. Kitorang dah dua kali bergaduh macam ni. Hae tak nak kalau Hae terus stay sini, lagi teruk situation nanti. Eonnie pun akan tak selesa nanti. So, tak apalah. Hae keluar je dari rumah ni" tutur Hae Jung lancar, berusaha memberi hujah yang kukuh agar diterima Eunha.
Eunha memandang wajah Hae Jung sebelum mengeluh berat.
"Tapi kalau Hae pergi dari sini, Hae nak stay mana? Minggu depan baru Hae balik US kan? Ada lagi berbaki dalam 8 hari ha. Lama lagi tu" ujar Eunha yang masih sukar mahu melepaskan gadis itu.
"Ala, eonnie tak payah risau lah. Hae dah biasa lah bab-bab macam ni. Hae boleh stay hotel, apartment or apa-apa je lah yang boleh menginap. Eonnie tak perlu risau. Hae takkan end up tidur bawah jambatan atas kotak" balas Hae Jung bersahaja yang sempat bergurau itu. Dia tergelak sendiri.
Eunha langsung tersenyum kecil sebelum mengemam bibirnya. Setelah itu dia mengeluh perlahan.
"Ini semua sebab eonnie je kan? Kalau eonnie setuju je ikut Hae tadi, mesti masalah ni tak jadi besar. Hae dengan Jungkook pun takkan gaduh" ujar Eunha kesal lalu mengeluh panjang.
"Ala, tak adanya salah eonnie. Salah kitorang la sebab masing-masing tak nak kalah. Masing-masing nak tuang minyak lagi dalam api. Masing-masing nak sapu lagi garam dekat luka. Itu la jadinya" nafi Hae Jung sebelum mengulum senyuman kelat. Memikirkan yang Jungkook dan dia tidak pernah bergaduh seteruk hari ini selama dia 22 tahun dia hidup, sedikit sebanyak telah menyentuh hatinya. Dia kemudiannya menzipkan beg bagasinya itu sepenuhnya apabila semua pakaiannya sudah disumbat ke dalam.
"Eonnie, Hae pergi dulu tau? Thank you sebab dah layan Hae dengan baik selama 4 hari Hae stay sini. Thanks for the food especially. Sedap gila! Hahaha. Yeah, thanks for everything. And, kirim salam sayang dekat anak buah Hae yang pipi gemuk tu tau" tutur Hae Jung panjang lebar dengan riangnya sebelum memeluk erat tubuh Eunha.
Menitis jugalah air mata Eunha walaupun dengan ucapan akhir riang Hae Jung itu. Maklumlah, bukannya selalu dia dapat meluangkan masa dengan gadis itu. Nak balik Korea pun susah. Ini pun lepas 3 tahun juga baru dapat balik. Bila dah dapat datang, dihalau keluar pula.
"Degil kan? Eonnie suruh stay sini, nak jugak keluar" balas Eunha yang kononnya kesal itu. Dia membalas pelukan Hae Jung itu.
Hae Jung hanya tergelak kecil sebelum tersengih.
"Apa pun, jaga diri tau. Eonnie tak pernah pesan macam ni dekat Hae sebelum ni. Now, i finally did. Jaga diri lepas tu jaga makan and jaga kesihatan. Nanti, sampai je tempat untuk Hae tinggal, terus call eonnie. Text pun dah okey. Eoh?" ujar Eunha panjang lebar, memesan perkara asas kepada adik iparnya itu.
"Alright, ma'am!" respon Hae Jung dengan semangatnya sebelum meleraikan pelukannya dengan Eunha. Setelah itu, matanya terarah pada mata berair kakak iparnya itu.
"Eo, eonnie menangis ke?"
"Mana ada la!"
"Elehhhhh comel je la eonnie ni!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»55
•
•
•
"Dia dah pergi ke?" soal Jungkook mendatar sebaik saja Eunha melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Telefon pintarnya diletakkan di meja lampu tidur di sebelah.
"Eo" respon Eunha ringkas dengan anggukan kecil. Dia melangkah menghampiri katil lalu punggung dilabuhkan. Setelah itu dia mengangkat kedua-dua kakinya naik ke atas tilam lalu membentuk posisi bersila. Badannya dipusing menghadap Jungkook di sebelah.
"Sayang--"
"Not about her" ujar Jungkook serta-merta dengan dinginnya seolah dapat meneka apa yang ingin dikatakan isterinya itu. Dia memandang lurus ke hadapan.
Eunha mengeluh kecil sebelum kedua-dua tangannya naik menekup wajah Jungkook yang menghadap depan itu lalu dipusing memandangnya.
"Sayang, tu adik awak. Adik kandung awak. Bukan adik angkat, bukan adik tiri. Adik kandung awak. Darah daging awak. Awak tak patut jadi se-ego ni dengan adik awak sendiri tau" tutur Eunha lembut, memulakan bicara. Ditatap seluruh wajah mendatar Jungkook yang sedang ditekupnya itu.
"Saya tahu, awak marah sangat tadi sampaikan awak buat decision ikut emosi. Tapi sayang please, control emosi awak. Tak semua benda yang awak tak suka, awak kena guna emosi. Bila awak terlalu layankan sangat emosi, banyak benda luar jangka awak akan buat. And, akan bagi impact buruk nanti" sambung Eunha dengan lancar, menegur Jungkook dengan cara yang lembut.
Jungkook pula hanya diam, tidak bersuara. Tidak membantah mahupun bersetuju. Sekadar membisu mendengar tuturan isterinya itu. Raut wajahnya masih sama. Mendatar.
"And pasal Hae tu, awak tak perlulah sampai terus halau dia macam tadi. Dah malam macam ni, macam mana dia nak cari tempat tinggal baru? Dia dah la perempuan. Bahaya la, sayang" tambah Eunha, berusaha memberikan hujah yang sesuai untuk mengubah fikiran Jungkook itu.
"Umur 18 dia boleh survive dekat negara orang, takkan dekat negara sendiri tak boleh?" tukas Jungkook tanpa nada dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha mengeluh kecil sebelum menurunkan kedua-dua tangannya yang menekup wajah lelaki itu ke sisi.
"Ya, but still bahaya untuk dia. Kita tak tahu dekat luar, waktu-waktu macam ni macam mana. Awak takkan tak risau langsung pasal dia? Hae Jung tu adik awak sendiri tau, sayang" ujar Eunha yang masih berlembut itu walaupun dia sudah mulai kesal saat itu.
"Sekarang ni, dia dah pergi kan? Then, let it be. Tak payah pertikai apa-apa" balas Jungkook ringkas dengan dingin. Dia merenung wajah polos Eunha itu. Jauh di sudut hatinya sudah mulai sebal apabila wanita itu tak mengalah dalam membahaskan tentang itu.
Eunha merengus perlahan. Dia menarik nafasnya sebelum dilepaskan kecil. Bibirnya dikemam sebelum bersuara.
"Awak rasa keputusan awak betul ke halau dia keluar dari rumah ni?" soal Eunha sambil menatap lama wajah mendatar Jungkook di hadapan. Soalannya jelas kedengaran sangat menyangkal pilihan Jungkook itu.
Jungkook memandang Eunha lama sebelum berdecit perlahan.
"Wae? Dia yang cari masalah dulu. Dia yang buat saya rasa nak halau dia keluar. Mulut dia tu lancang sangat. Saya cuma cakap kalau nak pergi rumah mama dia tu, pergi seorang je. Then, apa dia balas? Semua pasal back up orang tua tu" ujar Jungkook menyuarakan ketidakpuasan hatinya sekali gus mempertahankan dirinya yang sedang dipersalahkan itu.
"Ye, tapi still tak perlu sampai halau dia. Dia cuma nak ajak saya pergi sana je, in a good reason semestinya. Dia tak tahu apa-apa pasal saya dengan puan Choi. Dia memang tak tahu apa-apa kan. That's why dia beria ajak saya. Tapi awak terus serang dia. Macam dia tahu everything. Mesti la dia pun marah bila tiba-tiba kena serang macam tu" tukas Eunha, menjelaskan anggapannya tentang Hae Jung atau lebih kepada membela gadis itu.
"Cara awak pun salah. Awak sepatutnya cakap baik-baik dengan dia. Dia kan tak tahu apa-apa. Bila awak cakap baik-baik dengan dia, dia pun takkan nak cakap lancang dengan awak" sambung Eunha lagi sambil menatap wajah dingin Jungkook itu.
Jungkook menatap wajah Eunha itu lama buat kali kedua sebelum merengus perlahan.
"Tak, sekarang ni, yang awak nak back up dia sangat tu kenapa? Tak dengar ke dia cakap apa dekat saya tadi? Asal saya je yang salah dari tadi ni? Apa dia cakap tadi tu betul la semua?" bentak Jungkook protes sambil sepasang matanya tajam merenung wajah mulus Eunha di hadapan.
"No--"
"Dah la. Semak la dengan benda macam ni" hambur Jungkook dingin sebelum langsung turun dari katil. Telefon pintarnya di atas meja lampu diambil, juga kunci keretanya yang berada di dalam laci meja lampu itu.
Setelah itu, dia menghayun langkahnya ke arah pintu bilik.
"Sayang--"
Bam!
Terhinjut sedikit bahu Eunha apabila tak sempat dia meneruskan katanya, pintu sudah dihempas terlebih dahulu oleh Jungkook.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»55
•
•
•
"Mwo?!" laung puan Choi lantang dengan mata yang membulat seraya langsung berdiri.
"Betul, puan. Kita tak boleh tengok site tu hari ni sebab projek tu dah kena sita dengan menteri pembangunan. Everything pasal projek tu fully kena banned" tutur Hara dengan wajah kesal. Bibirnya dikemam rapat.
"Just how the hell boleh kena banned?!" bentak puan Choi berang dengan matanya yang masih membuntang bengang itu. Nafasnya turun naik.
Hara mengetap bibirnya sebelum melepaskan keluhan gugupnya itu. Dia memandang wajah merah padam majikannya itu.
"Macam yang saya dapat tahu, ada orang buat report dekat pihak atasan pasal ni. Aduan tu pasal projek besar puan ni ada persamaan dalam semua aspek dengan satu projek lain dan didakwa menciplak hasil projek orang lain. That's why menteri pembangunan bagi arahan untuk sita projek tu" jelas Hara lancar sambil kekal menatap wajah berang seorang Choi Im Hwa itu walau itu menggerunkan.
"Heol, what? Ciplak?" respon puan Choi tidak menyangka dengan kening yang diangkat sebelah. Dia betul-betul merasakan penjelasan sekretarisnya itu tak masuk akal.
Hara menganggukkan kepalanya, mengiyakan.
"Ya, puan. Dan...puan dikenakan denda 7 juta won atas dakwaan dan kesalahan ni" tambah Hara takut-takut sebelum menggigit bibir bawahnya. Dia tahu sebaik saja wanita itu mendengar hal ini, api kemarahannya akan memuncak naik.
"Aishh!!" hambur puan Choi berang sebelum segala fail dan barang-barang di atas meja kerjanya itu ditolak kasar menghempas lantai. Dia meraup mukanya kasar sebelum punggung dihenyak kasar ke atas bangkunya kembali. Rambutnya diramas kuat.
Hara hanya statik berdiri di situ. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia cuma mampu memerhati majikannya itu naik angin. Itulah dugaannya selama menjadi seorang sekretaris.
"Kita tak boleh sangkal dakwaan tu?" soal puan Choi sambil menatap tepat wajah sekretarisnya di hadapan.
"Tak boleh, puan. Ini arahan dari menteri pembangunan means that memang muktamad. Kita tak--"
"Aishhh" rengus puan Choi kasar dengan sebalnya seraya menekup wajahnya seketika. Bibirnya diketap kuat.
"Just...aish. Apa yang ciplaknya? Projek tu company kita je kan yang bangunkan?" soal puan Choi yang masih tidak berpuas hati itu.
"Umm... Sebenarnya ada satu lagi company, puan. Company tu bangunkan projek yang sama macam kita seminggu awal dari kita bangunkan dulu. That's why--"
"Company sial mana yang buat sial dekat bussiness aku ni?!" bentak puan Choi berang dengan mata yang membuntang besar. Nafasnya turun naik. Mahu tak berangnya dia, projek yang dia bangunkan 'susah-payah' itu sejak 7 bulan lepas berakhir dengan masalah begini.
Hara mengetap bibirnya sebelum mengeluh kecil. Risau dia mahu merespon.
"Jeon's Corporation. Jeon Jungkook--"
"Heol what? Jeon Jungkook?" soal puan Choi serta-merta dengan wajah terkesima.
Hara mengangguk perlahan.
"Ya,puan"
Puan Choi hilang kata sebentar. Dia betul-betul terpana dan terkesima tika itu.
"Wait. Macam mana dia..." omel puan Choi perlahan sambil otaknya ligat memproses perkara yang mungkin tentang pernyataan itu. Maklumlah, projek itu kan sudah diserahkan Jungkook 7 bulan lepas. Semua perkara tentang projek itu memang sudah diberikan lelaki itu. Mereka sudah membuat perjanjian. Dia juga sudah dapat membangunkan projek berharga itu 7 bulan lalu. Lalu, bagaimana anaknya itu masih dapat membangunkan lagi projek itu?
Melainkan, perjanjian tempoh lalu itu cuma taktik licik seorang Jeon Jungkook terhadapnya.
Bibir Choi Im Hwa mengukir senyuman kecil setelah dia dapat menangkap apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengangguk-angguk perlahan.
"--Ahh, okey. I got his game now. Okey, okey. That's so brilliant of him" gumam puan Choi sendiri dengan senyuman senget. Dia tergelak kecil.
Tawanya kemudian menjadi besar. Dia menepuk-nepuk tangannya berkali-kali, seolah menikmati momen yang menindihnya itu. Merasa diri diperbodohkan membuatnya lagi geli hati. Pandangan bingung dari sekretarisnya itu langsung tidak dipedulikan.
Mungkin dia kelihatan seperti orang tidak waras ketika itu tapi mahu buat bagaimana lagi? Dia betul-betul rasa perkara ini kelakar. Maklumlah, dirinya telah dibodohkan anak sendiri untuk tempoh 7 bulan tanpa langsung mengesyaki apa-apa. Bulat-bulat mempercayai lelaki itu. Entah macam manalah dia boleh semudah itu mempercayai Jungkook itu.
"Aigoo" keluh puan Choi dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Dia menggelengkan kepalanya sambil cuba meredakan tawanya. Dia meraup wajahnya.
"Kau cabar aku, Jeon Jungkook. Kau buat aku lagi tak sabar nak buat kau merana. Well, kau ada dua kelemahan sekarang. Bet, it will be more fun" monolog puan Choi sinis sebelum tersenyum sumbing. Kedua-dua tangannya yang saling bercantum itu kini menjadi tongkat buat dagunya. Matanya lurus memandang ke hadapan sambil di benak fikirannya ligat memikirkan rancangan yang menarik untuk dibuat nanti.
Ting Tong!
Puan Choi yang sedang berfikir itu langsung terganggu dek bunyi loceng rumahnya yang tiba-tiba berbunyi itu.
"Hara,pergi tengok siapa datang through the intercom first" arah puan Choi sambil memandang wajah Hara di hadapan.
"Ne, algeseumnida" balas Hara akur sebelum membongkokkan tubuhnya 90°. Dia kemudiannya menapak keluar dari ruang kerja Choi Im Hwa lalu mengorak langkah ke arah pintu depan.
Ting Tong!
Hara yang kini sudah berdiri di hadapan pintu itu menumpukan matanya pada skrin interkom di tepi pintu. Ditilik figura yang terpapar di skrin itu. Dahinya sedikit berkerut. Tidak pernah dilihat pun sebelum ini.
"Umm, nuguseyo?" soal Hara agak lantang sambil matanya kekal meneliti wajah gerangan yang terpampang di skrin interkom itu.
nuguseyo=who are you
"Eo, Jeon Hae Jung imnida. Saya anak perempuan Choi Im Hwa"
OOF HAE JUNG YANG DATANG YE SKSKSKSKS
MAKCIK CIW KITA KAMBEK YALL UFUFUFUFU
AND YE CIW PUNYA 'PROJEK BESAR' DIA TU BARU KENA TAKE DOWN YE HIHUHUHIHU
DIA DAH MULA DAH YE
MEANS DAH TAK AMAN KE NANTI?
EHEHEHE SETEI TIUN
Ha ye aku tahu korang rindu nak tengok aku membebel
IYE KAN BENER KAN
Em
Maap la.
Anda boleh assume aku ada bipolar disorder
hmmmmmmm
Makin lama macam makin hambar je natang ni. Bosan apatah lagi em
Anda tak rasa begitu?
Because i do ')
Sedih ah gini.
Tak ah, kalau korang rasa storyline macam makin bosan, silalah bagitahu saya
I will simply delete natang ff ni :)
Dun worreyh
Ha yelah gerak lu
Vote jangan lupa ;)
VOTE!
Aku suka cekik orang secara online skrg muah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro