🔷54
"Eonnie,mesti best kan ada swimming pool macam ni dekat rumah? Bila musim panas boleh terus terjun je" seloroh Hae Jung riang sambil memandang Eunha di sebelah yang sedang menyedut jus oren sejuk itu.
Eunha langsung berdecit perlahan dek anggapan Hae Jung itu. Dia tergelak kecil sebelum meletakkan gelas jus oren yang penuh dengan ais batu itu ke atas meja yang memisahkannya dengan gadis itu.
"Know what, Hae? Dalam few years, boleh kira dengan jari je tau berapa kali eonnie masuk dalam kolam tu. Kalau boleh tu, kaki pun tak nak rendam dalam tu" tutur Eunha sebelum tergelak sendiri.
Terkebil-kebil terus Hae Jung tatkala mendengar penjelasan kakak iparnya itu. Dahinya berkerut bingung.
"Wae? O-Oh seolmaaa... "
Hae Jung menjedakan responnya seketika. Dia menekup mulutnya yang melopong itu dengan mata yang perlahan membulat itu.
"--berhantu ke kolam tu, eonnie?" tebak Hae Jung dengan raut wajah yang masih gerun itu. Nadanya membisik, seolah takut jika soalannya itu mengundang kejadian menyeramkan pula.
"Aniyaaa" nafi Eunha dengan nada yang terselit tawa itu. Dia menggelengkan kepalanya sambil tertawa geli hati. Tekaan Hae Jung itu betul-betul menggeletek hatinya.
"Habis tu?" soal Hae Jung polos dengan dahi yang berkerut. Bingung dia dibuatnya melihat wanita itu sakan tertawa.
"It just that,kolam tu terlalu dalam untuk eonnie" jelas Eunha mendatar sebelum tersenyum kecil buat Hae Jung.
Kini, giliran Hae Jung pula yang terletus tawa. Dia memandang wajah kakak iparnya yang tenang itu.
"Lah, eonnie tak tahu berenang ke?" soal Hae Jung dengan nada yang masih berbaki tawanya tadi. Dia menekup longgar mulutnya yang sedang tertawa itu.
"Tak" balas Eunha sepatah berserta gelengan kecil. Dia memandang Hae Jung yang sakan ketawa itu. Cemberut terus raut wajahnya tika itu.
"Eee comel la eonnie ni" seloroh Hae Jung yang sudah reda sedikit tawanya itu. Dicubit sekilas pipi tembam Eunha sambil tersengih suka.
Eunha berdecit perlahan sebelum memalingkan kepalanya ke hadapan kembali, memandang lurus ke arah kolam renang di hadapan yang berkedalaman kira-kira 1.75 meter itu.
"Dah biasa dah dapat reaction macam tu. Tambah-tambah abang awak tu, bukan setakat gelak, menyakat lagi. Nak buat macam mana dah tak tahu? Tak nak la eonnie mati tenggelam" ujar Eunha bersahaja sebelum mencebikkan sedikit bibirnya.
Hae Jung tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Comel je lah eonnie ni. Nanti pergi waterpark pilih kolam budak-budak je lah, eonnie" seloroh Hae Jung dengan nada bergurau itu. Sengaja mahu menyakat kakak iparnya itu.
Eunha berdecit jengkel sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Indeed. Korang memang surely adik beradik" tutur Eunha senada dengan sadisnya sebelum merengus perlahan. Sudah masak menjadi mangsa bahan dan sakat.
"Hahahah kenapa, eonnie? Jungkook pernah cakap dah ke macam tu?" tebak Hae Jung dengan tawa itu.
"Ye!" balas Eunha dengan sebalnya. Dia menggulingkan bola matanya ke atas. Jengkel.
Hae Jung tergelak kecil. Dia menepuk-nepuk bahu Eunha.
"Sabar ye, eonnie. Mesti sukar bagi eonnie" ujar Hae Jung dengan dramatiknya yang kononnya bersimpati dengan kakak iparnya itu. Bahu Eunha masih ditepuknya.
Eunha langsung berdecit perlahan sebelum tertawa kecil. Drama betul lah. Hae Jung hanya tersengih kecil.
"Okey la, eonnie. Hae nak masuk rumah dulu lah" pamit Hae Jung sebelum berdiri. Dia meraih dua gelas yang sudah tinggal ais batu itu lalu diletakkan ke atas dulang.
"Eoh, eonnie nak duduk sini lagi. Nanti kalau Jungwon terjaga ke terdengar dia menangis ke,bagitahu eonnie ye" pesan Eunha lembut sambil mendongak sedikit memandang Hae Jung yang sedang menatang dulang sambil berdiri itu.
"Baik. Arahan diterima" balas Hae Jung yang lagak sudah seperti mendapat arahan dari seorang komander itu.
"Gumawo" ucap Eunha dengan senyuman lebar.
"Eoh~" balas Hae Jung mesra sebelum melangkah berganjak dari meja bangku di hadapan kolam yang diduduki mereka sejak 20 minit lepas.
Eunha setelah itu menyandarkan tubuhnya pada badan bangku. Tika itu angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahnya. Rambut panjangnya yang dibiarkan lepas itu ditiup lembut oleh bayu petang itu. Bibirnya mengukir senyuman kecil sebelum memejamkan matanya, menikmati hembusan angin sepoi-sepoi itu.
Klik!
Mendengar saja bunyi efek gambar diambil itu langsung membuatkan Eunha mencelikkan matanya. Sepasang matanya disapa satu figura berkemeja merah hati di hadapannya yang sedang menilik skrin telefon itu sambil tersenyum.
"Cantik. Wife siapa ni?" omel Jungkook bersahaja sambil matanya tak lepas meneliti gambar Eunha yang baru diambilnya barusan. Sekejap dizum dekat, sekejap dijauhkan kembali.
Eunha yang tentunya menyedari bahwa gambarnya yang diambil lelaki itu langsung menegakkan tubuhnya. Matanya sedikit membuntang.
"Ey, sayang! Padam balik!" arah Eunha serta-merta sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah telefon di tangan Jungkook itu.
"Tak nak" balas Jungkook selamba sebelum mengukir senyuman lebar buat isterinya itu.
"Eyy, delete lahhhh" bentak Eunha sebal dengan wajahnya yang sudah cemberut protes itu. Dia kemudiannya berdiri menghampiri Jungkook lalu tangannya yang berura untuk merampas telefon pintar suaminya itu langsung gagal apabila lelaki itu lebih pantas melarikan objek itu ke tepi.
"Ey sayangggg! Delete lahhh. Awak ni balik-balik kerja dah buat saya rasa nak cekik haaaa " hambur Eunha geram sambil tangannya setia bergelut dengan Jungkook untuk meraih telefon lelaki itu.
Jungkook langsung tergelak dek hamburan Eunha itu. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Okey, peluk dulu" tutur Jungkook bersahaja seraya mendepakan lengannya. Eunha langsung menggelengkan kepalanya.
"Delete dulu"
"No, peluk dulu"
"Delete dulu! "
"Peluk"
"Deleteeee"
"Pe.Luk"
"Pa.Dam"
"Aish, sayang. Benda simple je pun. PELUK" arah Jungkook lagi dengan nada lebih menggesa. Lengannya didepa kembali.
Eunha berdecit jengkel sebelum menolak perlahan lengan suaminya itu.
"Ah, suka hati awak la. Nanti pandai-pandai la saya padam gambar tu" balas Eunha selamba sebelum menghayun langkahnya di tebing kolam yang berbentuk segi empat tepat dan berukuran 30 meter itu.
Jungkook berdecit perlahan sebelum langsung melajukan langkahnya hingga seiring dengan isterinya itu.
"Kalau suruh peluk je pun tak nak, saya ada something nak buat" tutur Jungkook tenang sebelum menoleh memandang Eunha di sebelah. Bibirnya mengukir senyuman sumbing.
"Apa?" soal Eunha penasaran dengan dahi yang berkerut. Langkahnya dihentikan. Ditenung Jungkook yang sedang tersenyum penuh makna itu.
"Ni" respon Jungkook ringkas sebelum selamba menolak tubuh kecil Eunha yang berada di hujung-hujung tebing kolam itu.
"AH OMMAAA!" laung Eunha spontan dengan lantangnya apabila tubuhnya terasa hilang keseimbangan sepenuhnya. Hakikat yang di belakangnya memang sebuah kolam berkedalaman sangat dalam itu drastik membuatkan matanya terpejam rapat. Kakinya hanya merasa separuh lantai tebing saja.
Terkekeh-kekeh Jungkook ketawa melihat reaksi dan wajah cuak Eunha itu. Lengan kirinya erat merangkul pinggang ramping isterinya itu, menahan tubuh kecil itu agar tidak berakhir tenggelam ke dalam air kolam yang dalam itu. Sebenarnya, dia memang sudah menyiapkan lengan kirinya di belakang tubuh Eunha itu sebelum menolak wanita itu.
Eunha yang mendengar suara kekehan Jungkook itu perlahan-lahan membuka matanya. Berkelip-kelip sekejap matanya melihat Jungkook di hadapannya itu. Bingung bagaimana lelaki itu boleh berada di hadapannya. Tapi itu cuma seketika sebelum drastik matanya membuntang bengang.
"Aish sayang! Tak kelakar lah! Boleh luruh jantung saya sebab awak!" hambur Eunha sebal sebelum berura untuk menegakkan tubuhnya kembali.
Namun,
"SAYANG!!" Laung Eunha buat kali kedua apabila Jungkook dengan selambanya mengalihkan rangkulan lengan yang menyokong tubuh Eunha itu. Sungguh jantungnya seperti mahu tercabut bila diusik Jungkook begitu. Sudahlah air kolam itu dalamnya bukan main.
Tak sampai satu saat pun Jungkook mengalihkan lengannya dari pinggang Eunha itu, wanita itu saja cemas terlebih. Sengajalah seorang Jeon Jungkook ini mahu mengusik wanita itu.
"Ha, tahu takut" tutur Jungkook bersahaja sebelum tergelak kecil. Dia kemudiannya menarik tubuh kecil Eunha itu ke arahnya agar menjauhi hujung tebing kolam itu.
Eunha pula hanya memejamkan matanya seketika sambil mengurut dadanya. Seriau dia di saat-saat genting baginya barusan. Setelah itu dia mencelikkan matanya semula. Bola matanya bergerak memandang Jungkook di sebelah.
"Tak takut pun" balas Eunha selamba dengan gahnya sebelum menjelirkan lidahnya ke arah Jungkook. Kemudian, dia langsung menanggalkan kedua-dua seliparnya lalu langsung melarikan dirinya.
"Oh, tak takut? Sabar jap" omel Jungkook seraya menoleh memandang Eunha yang sudah berlari menjauhinya itu. Tanpa berlengah, dia langsung mengejar isterinya itu.
Eunha menoleh belakang sekilas apabila telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut yang kuat dan makin mendekat itu. Matanya langsung membuntang besar apabila figura Jungkook sudah hampir dengannya.
Silap banyak lah nak lari dari seorang Jeon Jungkook--
"Ehhhh sayang! Kejap--"
Tak sempat Eunha membuat rayuan, lengannya terlebih dahulu ditarik Jungkook dari belakang, berhasil membuatkan tubuhnya terpusing menghadap suaminya itu.
"Sorry, sayang. Tak boleh go easy kali ni" tutur Jungkook bersahaja dengan senyuman sekilas sebelum kedua-dua lengannya langsung mengambil peranan mengangkat tubuh kecil isterinya itu gaya bridal. Setelah itu dia membawa tubuh Eunha itu ke arah hujung tebing kolam kembali.
"Wait,sayang--"
"Ada kata-kata terakhir sebelum saya campak masuk dalam air depan ni?" soal Jungkook tenang dengan kening yang diangkat sebelah. Dia memandang wajah cuak Eunha.
Eunha pula langsung berpaut erat kedua-dua lengannya pada leher Jungkook. Kepalanya digelengkan berkali-kali.
"Eh sayang jangannn! No no, jangan. Saya nak hidup lagi, sayang. Jangan sayang, pleaseeee" rayu Eunha bersungguh sambil menatap penuh simpati suaminya itu.
Jungkook tersenyum kecil sebelum memandang ke arah kolam di hadapan.
"Okey, satu,duaaa"
Tubuh Eunha yang berada di atas kedua-dua lengan Jungkook itu dihayun ke depan dan ke belakang, seolah bersedia mahu menghumban isterinya itu ke dalam kolam di hadapan.
Eunha terjerit kecil seraya memejamkan matanya rapat apabila diacah Jungkook sebegitu rupanya. Bibirnya diketap rapat. Rangkulannya pada leher suaminya itu dieratkan lagi.
Jungkook pula langsung terkekeh kecil melihat reaksi Eunha itu seolah tika itu juga dia akan dicampak.
"Sayang,jangan lahhhh" larang Eunha dengan terdesaknya tatkala menyedari tubuhnya masih berada dalam dukungan Jungkook itu.
"Ha! " sergah Jungkook drastik seraya mengacah mahu mencampak tubuh kecil isterinya itu.
"Aish sayangggg! " laung Eunha spontan dalam kegerunan dan cuak apabila asyik diusik Jungkook begitu. Gayat habis rasanya setiap kali diacah mahu dihumban ke dalam air kolam dalam itu.
"Sayang, sayang jangan la macam ni. Nanti saya lemas macam mana?" tambah Eunha, berusaha memujuk Jungkook.
"CPR"
"Eishhh,sayanggg!"
"Dah la. Penat. Saya lepas je la"
"NO!"
Dan di saat itu, seorang perempuan yang sedang menyaksikan kemesraan pasangan suami isteri itu sejak tadi sambil berdiri di tepi pintu kaca gelangsar yang memisahkan halaman dan dalam rumah itu langsung merengus perlahan.
"AAAAAA MA NAK KAHWIN!" -Hae Jung
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»54
•
•
•
"Eh, Hae. Nak pergi mana?" soal Eunha penasaran tatkala mendapati Hae Jung yang baru turun dari tingkat dua itu mengenakan baju T putih bersama seluar jeans panjang. Tak mungkinlah gadis itu memakai pakaian sebegitu untuk berada di dalam rumah saja.
"Oh, eonnie. Hae nak keluar kejap. Pergi rumah mama" respon Hae Jung dengan senyuman kecil sambil kakinya melangkah masuk ke ruang tamu.
Tersentak sebentar Eunha di ruang tamu itu apabila mendengar respon Hae Jung itu. Namun dia tetap juga mengawal raut wajahnya agar tidak dicurigai adik iparnya itu. Dia mengangguk kecil dengan senyuman kecil.
"Ahh. Malam-malam macam ni?" soal Eunha dengan kening yang diangkat sebelah. Risau jugalah dia gadis 22 tahun itu keluar waktu setelah senja begini.
"Don't worry lah, eonnie. Hae ada taekwondo lah" balas Hae Jung dengan yakinnya sambil menggerakkan keningnya berkali-kali.
Eunha langsung tergelak kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya saja. Lupa pula dia adik iparnya itu ada seni mempertahankan diri. Namun begitu, tetap juga tak boleh bergantung sepenuhnya pada seni Taekwondo itu. Tapi dia percaya, gadis itu pasti dapat menjaga dirinya.
"Okey lah. Baik-baik dekat jalan nanti" pesan Eunha mesra sebelum mengukir senyuman lebar.
"Eoh" balas Hae Jung akur dengan senyuman bersertakan anggukan kecil. Sambil itu dia memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg sandang di pegangannya itu.
"Eoh, eonnie tak nak ikut Hae pergi rumah mama? Kan hari tu eonnie cakap dah lama tak pergi sana" tutur Hae Jung yang tiba-tiba mengajak Eunha itu.
Eunha sedikit terkesima apabila tiba-tiba saja diajak Hae Jung itu. Kalau ajak pergi makan-makan tak apalah juga, ini ajak pergi rumah puan Choi?
Bala.
Eunha memandang wajah Hae Jung yang sedang menatapnya lama, menanti respon darinya. Perlahan dia mengukir senyuman kecil buat gadis itu.
"Eo...tak apa lah. Hae pergilah. Eonnie nak jaga Jungwon lagi" respon Eunha berhati-hati, menolak ajakan adik iparnya itu.
"Eoh kalau macam tu, kita bawak lah Jungwon. Jungwon dah almost 4 bulan kan? Takkan banyak meragam lagi?" tukas Hae Jung dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha memaksa dirinya untuk mengukir jua secalit senyuman kecil agar raut resahnya dapat dilindung. Sambil itu dia memikirkan jawapan yang kuat untuk menyangkal tekaan Hae Jung itu.
"Umm, boleh jadi. Sebab, eonnie jarang bawa dia keluar. So bila dia tak familiar dengan satu tempat tu, dia akan meragam" jelas Eunha sebelum mengemam bibirnya.
"Oh, tapi kan Jungwon tengah tidur sekarang? Kan lagi senang nak bawa dia haa" tukas Hae Jung lagi, tidak mengalah untuk mengajak kakak iparnya itu.
"Ye, tapi--"
"Alaaaa, eonnie jom lah. Mesti mama lagi happy kalau tengok eonnie dengan cucu dia datang. Jom la, eonnie. Jom laaa" pujuk Hae Jung bersungguh-sungguh seraya tangannya bergerak menggoyang-goyang kedua-dua lengan Eunha.
Eunha mengemam bibirnya rapat apabila pernyataan itu yang dikeluarkan Hae Jung. Dia betul-betul tak dapat memikirkan alasan yang kukuh dek pujukan bersungguh gadis muda itu.
"Tak apa la, Hae. Lain kali je eonnie pergi. Eonnie--"
"Alaa, jom je laaa, eonnie. Nanti Hae nak balik US dah. Bila lagi boleh keluar dengan eonnie kan?" ujar Hae Jung yang masih berusaha memujuk Eunha agar bersetuju.
"Tapi Hae, eonnie--"
"Ala eonnie, pleaseee. Jom laa kita pergiii" pujuk Hae Jung lagi sambil menatap tepat ke dalam mata Eunha.
"Pergi mana?"
Suara datar dan garau yang mencelah di kala perbualan Eunha dan Hae Jung itu langsung membuatkan dua orang perempuan itu teralih perhatian kepada tuan suara itu, Jeon Jungkook.
"Oh, Kook. Ni ha, Eunha eonnie ni. Penat dah pujuk wife kesayangan kau ni. Aku tengah pujuk dia pergi rumah mama" jelas Hae Jung bersahaja sebelum tersenyum kecil.
"Mwo?" soal Jungkook spontan seraya matanya mulai tajam merenung wajah adiknya itu.
"Apa?" soal Hae Jung polos.
"Kau pujuk dia pergi mana?" soal Jungkook, menginginkan kepastian dengan apa yang didengarinya tadi.
"Rumah mama" balas Hae Jung ringkas.
Langsung Jungkook merengus perlahan.
"Aish. Kau apa hal nak suruh dia pergi rumah mak kau tu?" bentak Jungkook dingin sambil menatap tajam wajah Hae Jung.
"M-Mwo?" balas Hae Jung bingung dengan soalan dan raut wajah abangnya yang berubah itu.
"Kau nak pergi, pergi je lah. Tak payah nak bawak bini aku" tutur Jungkook dingin dengan sepasang matanya yang tajam menikam wajah Hae Jung.
"Lah kau pulak apa hal? Aku cuma nak ajak Eunha eonnie pergi rumah mama je. Yang kau nak larang bagai ni kenapa?" tukas Hae Jung protes.
"Aku husband dia. Aku ada hak nak larang dia. Tak payah nak pertikai pasal tu" respon Jungkook dingin.
Hae Jung merengus perlahan sebelum melarikan sekilas bola matanya ke arah lain.
"Tak, salah ke aku nak bawa Eunha eonnie jumpa mama? Eunha eonnie tu menantu mama jugak afterall" tutur Hae Jung tidak puas hati.
Jungkook merengus perlahan sebelum mengetap bibirnya seketika.
"Kalau tak salah, aku tak larang la, bodoh" balas Jungkook dingin dengan nada agak meninggi. Renungannya lebih tajam mencucuk wajah protes Hae Jung.
Manakala, Eunha di situ sejak tadi lagi sudah resah kalau-kalau dua beradik ini akan berakhir dengan satu pertengkaran besar. Dia langsung meraih lengan Jungkook, cuba menenangkan lelaki itu.
"Sayang, it's okay..." tutur Eunha perlahan dengan nada lembut sambil menatap sisi wajah Jungkook.
Hae Jung langsung berdecit perlahan dek respon Jungkook itu.
"Oh, apa yang salah? Bagitahu aku sekarang. Apa yang salah? Salah apa aku nak bawa Eunha eonnie jumpa mak mentua dia?" soal Hae Jung bertalu-talu, membidas.
Jungkook hanya memutuskan untuk diam bagi soalan Hae Jung itu. Berang mana pun dia ketika itu terhadap adiknya itu, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberitahu apa-apa tentang kenyataan yang akan menyakitkan gadis itu.
"Eh, kau kalau tak suka mama, benci mama sampai macam mana sekalipun, kau benci sorang-sorang kau sudah lah. Tak payah nak hasut orang lain untuk benci mama jugak. Macam budak-budak" tambah Hae Jung pedas sebelum berdecit sinis.
"Yah, kau baik sikit mulut tu" tukas Jungkook dingin yang terkesan dengan gelaran yang disebut Hae Jung itu. Matanya tajam saja merenung wajah tak mahu kalah Hae Jung.
"Apa? Memang betul kan apa yang aku cakap? Kau benci mama sampaikan bini kau pun sendiri kena ikut kau benci mama jugak? Sebab apa? Sebab kau husband dia? Ada hak lah?" tukas Hae Jung yang turut disertakan sindiran itu.
Jungkook pula hanya memilih untuk diam lagi buat kali kedua. Rahangnya sedikit bergerak-gerak. Bibirnya diketap kuat.
"Eh, aku tak tahu la apa masalah kau dengan mama tapi sumpah kau dah teruk sekarang, Kook. Benci orang yang dah bertarung nyawa untuk lahirkan kau? Kau ada hati perut tak?" ujar Hae Jung dengan nada yang agak kesal itu. Ditenung wajah abangnya itu.
"Mama tu dah banyak korbankan dekat kau--"
Tak sempat Hae Jung menghabiskan katanya, Jungkook terlebih dahulu tergelak sinis dek penyataan adiknya itu.
"Banyak korbankan dekat aku? Apa benda? Apa benda yang dia korbankan dekat aku? Yang dia tahu huru-harakan hidup aku" tukas Jungkook dengan nada menyindir itu.
"Eh, 9 bulan dia susah payah kandungkan kau. Tu bukan pengorbanan lagi ke? Kau ni tahu kenang budi ke tak?" bidas Hae Jung dengan nada agak meninggi itu.
Jungkook tersenyum mengejek.
"Buat apa dia susah payah nak acah berkorban macam tu kalau at the end of the day, dia yang banyak hancurkan hidup aku? Semak la aku dengar perkataan berkorban tu" hambur Jungkook jengkel sebelum melarikan bola matanya ke arah lain.
"Sampai macam ni kau boleh jadi kan, Kook? Eh, bila mama hancurkan hidup kau? Semua yang dia buat tu sebab dia sayangkan kau"
Buat kali kedua, Jungkook tertawa sinis dan mengejek.
"Jijik la" ujar Jungkook dingin.
"Kalau dia tak sayang kau, bila-bila masa je la dia boleh gugurkan kandungan dia masa kandungkan kau dulu" sambung Hae Jung.
"Bodoh kan kau ni? Yah, dia lahirkan aku pun sebab nak jadikan aku pewaris syarikat dia. Kau ingat mama kau tu macam mak-mak dekat luar sana tu ke?" tukas Jungkook pedas.
Hae Jung terdiam seketika.
"Mama kau tu gila harta. Tamak. Tak boleh tengok langsung orang senang dari dia" sambung Jungkook sambil menatap tajam wajah bengang Hae Jung.
"Eh, kau jangan nak tuduh mama la!" larang Hae Jung lantang dengan berangnya.
"Kau ingat sebab kau dah berjaya sekarang, syarikat kau untung beratus juta, orang bussiness non stop berurusan dengan kau, mama yang besarkan kau dari kecik, terus kau pijak macam tu? Sombong. Angkuh. Memang patut pun kalau kau rasa hidup kau hancur" hambur Hae Jung panjang lebar, memberi hujah baru.
Jungkook yang mendengar hamburan pedas adiknya itu langsung menggempal erat penumbuknya. Matanya memang tak lepas merenung tajam wajah gadis itu.
"Aku yakin mama tak buat salah besar mana pun. Tapi kau tu yang suka emo tak tentu pasal! Baran! Semua kau je yang betul! Kau--"
"Yah, kau pergi berambus" arah Jungkook spontan dengan berangnya namun masih menggunakan nada rendah. Memang lama dia menahan marahnya dan berusaha untuk tidak keluarkan ayat yang baru dia keluarkan ini. Namun apakan daya, kesabarannya menipis dek mulut lancang adiknya itu.
Eunha pula drastik matanya membulat apabila mendengar ayat halau dari Jungkook itu. Dia memandang suaminya itu dengan pandangan tidak menyangka.
Hae Jung yang mulanya tersentak itu langsung mengangguk-anggukkan kepalanya setelah itu. Dia tersenyum sinis.
"Eoh. Memang aku nak berambus pun dari sini. Aku dah semak la dengan perangai kau. Aku tak pernah bayang ada abang perangai teruk, tak guna macam kau" -Jeon Hae Jung.
insekiyo tengok storyline ff orang lain ')
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro