Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷53








"Sayang, Hae mana?" soal Eunha sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Jungkook. Dia memandang Jungkook yang sedang duduk di bangku berkusyen separas ukuran di hujung katil itu sambil sibuk mengetik di skrin telefonnya.

"Ada dalam bilik dia kot" balas Jungkook ringkas seraya memandang sekilas Eunha. Matanya kemudian kembali fokus menatap skrin telefon.

Eunha hanya mengangguk kecil sebelum menutup rapat pintu bilik mereka itu semula. Dia kemudiannya menapak menghampiri Jungkook yang khusyuk merenung skrin telefon itu.

"Sayang, awak busy?" soal Eunha tika dia kini berdiri di sebelah bangku berkusyen yang diduduki Jungkook itu. Maklumlah, lelaki itu tak lepas menatap skrin telefonnya dan sesekali menekan-nekan objek itu seolah menaip.

Jungkook mengangkat kepalanya memandang Eunha di tepi atau lebih tepat, hadapannya. Bibirnya mengulum senyuman.

"Aniya. Wae?" respon Jungkook dengan soalan kembali. Dia menatap wajah polos isterinya itu.

"Ah,saya nak cakap sikit dengan awak" balas Eunha sebelum tersenyum nipis. Dari riak wajahnya sepertinya perkara yang ingin dibincangkan itu terlihat serius.

"Oh, apa dia?" soal Jungkook penasaran dengan keningnya yang diangkat sebelah. Seolah bulat-bulat memahami istilah 'sikit' dalam ayat Eunha itu. Seolah apa yang ingin disampaikan wanita itu memang 'sikit'.

Eunha berdecit perlahan sebelum menggoyangkan tangannya ke sebelah kiri, mengisyaratkan suaminya itu untuk berginjak ke tepi agar dia boleh duduk di ruang yang diduduki Jungkook itu.

Manakala,dengan selambanya Jungkook merespon dengan menepuk-nepuk pehanya, menyuruh seolah agar Eunha duduk di situ saja, ya, ribanya.

Dan itu tak semena-mena bahunya mendapat pukulan drastik dari tangan berbisa Eunha. Disuruh bergerak ke tepi saja, mahunya lebih-lebih. Memang layaklah terima tamparan kasih sayang dari sang isteri yang boleh tahan menyeringai juga.

Jungkook bertindak refleks menggosok bahunya sekilas sebelum terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi Eunha itu. Niatnya cuma mahu menyakat wanita itu saja. Sengajalah mahu menyebalkan dulu isterinya itu.

"Eyy, injak la tepi cepat!" pinta Eunha sebal apabila melihat suaminya itu sakan mentertawakannya. Wajahnya pula sudah berona sedikit apabila disakat begitu.

"Lah,kan boleh je duduk--"

"Eyyy,sayang!" laung Eunha geram dengan raut wajahnya yang sudah cemberut habis itu. Tajam saja renungannya buat Jungkook di hadapan.

Sekali lagi terletus tawa seorang Jeon Jungkook. Terkekeh-kekeh dia ketawa. Geli hati betul setiap kali melihat Eunha yang pantang disakat itu.

"Okey, okey dah, duduk" balas Jungkook dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Seraya itu dia menginjak ke tepi, memberi ruang didudukinya tadi kepada Eunha.

Eunha menjeling sekilas Jungkook sebelum akhirnya dapat melabuhkan punggungnya ke atas bangku berkusyen empuk itu. Dia kemudiannya mengerling suaminya itu yang kini sedang terkekeh kecil.

"Eishh, dah la haa!" bentak Eunha sebal sebelum mencubit pinggang Jungkook dengan geramnya. Terlentok sedikit tubuh lelaki itu apabila menerima cubitan yang boleh tahan berbisa itu juga.

"Okey okey ha, sayang nak cakap apa tadi?" seloroh Jungkook spontan yang sedaya upaya meredakan sisa tawa dalam nadanya itu.

Eunha berdecit jengkel sebelum menukar posisi duduknya itu kepada bersila. Setelah itu, dia memusingkan badannya menghadap Jungkook.

"Can i ask you something?" soal Eunha berhati-hati sambil matanya bulat-bulat menatap wajah Jungkook.

"Of course, baby"

"Eyy, betul-betul la" bentak Eunha sebal sambil mengacah mahu menumbuk lelaki itu.

"Lah, betul-betul la tu" balas Jungkook selamba.

"Tak payah la ber 'baby, baby'. Meremang la dengarrr" tutur Eunha dengan wajah jengkel sambil menggosok-gosok kedua lengannya.

Jungkook langsung tergelak sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya akur.

"Ha, cepat. Nak tanya apa tadi?" soal Jungkook tanpa basa-basi lagi. Bibirnya masih mengulum senyuman dek tawanya yang cuba diredakan itu.

"Eoh. Umm, kenapa awak tak bagitahu je Hae pasal apa yang jadi, sayang?" soal Eunha penasaran sambil menatap wajah Jungkook.

Jungkook yang tadinya sedang tersenyum itu perlahan pudar apabila soalan itu diajukan Eunha. Dia memandang wajah polos Eunha di sebelah.

"Hm?" soal Eunha menggesa jawapan dari Jungkook apabila lelaki itu diam tidak merespon. Keningnya diangkat sebelah sambil menilik seluruh wajah sempurna suaminya yang mendatar itu.

"Biar la dia tak tahu pasal tu sampai bila-bila sekali pun. Tu lagi better" respon Jungkook ringkas senada.

"But, why?" soal Eunha spontan dengan penasaran dan bingung.

"It just that, saya tak nak dia kecewa since dia rapat sangat dengan mak dia. Dia sayang sangat mak dia tu. Kalau dia tahu semua benda, surely dia akan susah nak terima hakikat. Dia takkan senang-senang percaya. Dia akan ingat saya reka cerita based on how much i hate her mother" jelas Jungkook sebelum mengeluh kecil.

"Ye, tapi tu satu-satunya adik-beradik yang awak ada. Dia concern sangat pasal awak. Awak patut bagitahu dia benda betul. Walaupun dia susah nak terima tapi lambat-laun dia akan terima jugak. Kalau awak biar dia clueless macam ni, nanti dia akan assume nonsense things pasal awak macam dua hari lepas" tukas Eunha menyangkal keputusan Jungkook itu. Matanya redup menatap wajah lelaki itu.

Jungkook tersenyum kecil.

"It's okay. That's the least i can do. Biar la dia nak assume nonsense apa lagi pun lepas ni. Saya akan cuba bersabar. Decision saya untuk tak bagitahu dia lagi better dari dia tahu the fact yang mak dia yang dia tak henti back up sebelum ni sebenarnya pernah buat jenayah, pernah masuk penjara, cederakan orang and everything. Hakikat ni sama macam hancurkan hati dia sendiri" balas Jungkook lalu merengus perlahan.

Eunha mengemam bibir sebelum mengeluh kecil. Benar juga apa yang dikatakan Jungkook itu. Bagaimana seseorang itu mahu menerima sesuatu hakikat yang menyakitkan sebegitu semudahnya? Tambahan lagi, hakikat tentang seseorang yang dia sangat percaya dan sayang sangat selama bertahun-tahun. Tiada rasa lain selain sebuah kekecewaan.

"Sayang, i guess that semua benda ni jadi sebab saya. Ini impact dia. Kalau dulu saya tak muncul dalam hidup awak, Choi Im Hwa takkan gunakan saya sebagai kelemahan awak. Saya takkan jadi taruhan. Dia takkan culik saya. Dia takkan pukul saya. Dia takkan buat pun semua kesalahan tu and dia takkan kena arrest dan masuk penjara. Everything could be fine tapi saya yang buat semua jadi huru-hara" hambur Eunha panjang lebar dengan kesalnya sebelum mengetap bibirnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Hey, kenapa sampai fikir sejauh tu, sayang? How can awak puncanya kalau hakikatnya, awak yang paling menderita dan merana waktu tu?" tukas Jungkook lembut, menidakkan andaian melulu Eunha.

Eunha tidak merespon. Dia hanya mengamati wajah Jungkook sambil di benak fikirannya sedang memikirkan respon lelaki itu.

"Look, sayang. Apa yang jadi waktu tu langsung tak berpunca dari awak pun. Kalau Choi Im Hwa tu tak tamak, tak gila harta, boleh tengok orang lain senang dari dia, dia takkan sampai buat kerja gila macam tu la. Dia sendiri yang cari masalah. So dia kena hadaplah hukuman untuk apa yang dia dah buat" sambung Jungkook memberikan hujah yang jelas untuk menafikan pernyataan Eunha barusan.

Eunha mengeluh kecil. Bibirnya dikemam sebentar.

"But still, saya rasa bersalah. Saya rasa macam saya buat condition family awak jadi lebih teruk. Especially hubungan awak dengan puan Choi" tutur Eunha perlahan sebelum memalingkan kepalanya ke hadapan. Setelah itu, satu keluhan panjang dilepaskan.

Jungkook mengeluh kecil sebelum kedua-dua tangannya naik memegang wajah kecil Eunha itu lalu dipusing menghadapnya.

"Sayang, it's really not because of you. Family saya memang dah tak okey dari dulu lagi. Dulu saya pernah bagitahu awak kan? And, hubungan saya dengan Choi Im Hwa tu memang tak pernah baik. Memang sikit pun tak ada tempias dari awak" tukas Jungkook lembut dengan lancarnya, betul-betul mahu menepis anggapan negatif isterinya itu.

"Tapi--"

"Know what, sayang? Let's just stop cakap pasal ni. Benda dah jadi 7 tahun lepas. Awak dah lalui macam-macam benda yang teruk. So saya tak nak awak terfikir balik pasal semua kejadian teruk tu. And, semua ni memang dah tertulis pun. Tak ada guna pun nak salahkan diri atau sesiapa" ujar Jungkook sambil menatap tepat ke dalam mata Eunha.

Eunha hanya diam. Dia sekadar bertaut mata dengan Jungkook.

"Pasal Hae Jung tu, lama-lama nanti dia akan tahu jugak. Awak tak payah risau. Kalau dia tak dapat tahu jugak,saya yang akan beritahu dia one day" tambah Jungkook sebelum mengukir senyuman kecil buat Eunha. Tangan kanannya yang masih memegang wajah mulus isterinya itu diusap lembut.

"Sekarang ni, let's just focus on our life. Until now, hidup kita much fine kan? Dah, tak payah banyak fikir and jangan fikir bukan-bukan. Awak ada saya. Awak ada Jungwon. Bukan ke tu dah cukup buat awak bahagia, sayang?" tutur Jungkook lembut sambil kini jari-jemarinya bergerak merapikan rambut panjang Eunha yang dibiarkan lepas itu. Beberapa helai rambut yang menutupi sisi wajah kecil isterinya itu diselak lalu diselit ke belakang telinga wanita itu. Bibirnya pula tak lekang dengan senyuman lebar.

Eunha perlahan mengukir senyuman sebelum menganggukkan kepalanya perlahan, memberi respon kepada soalan Jungkook barusan.

"Eunha eonnie, mana mainan--oh salah timing" seloroh Hae Jung sebaik saja menjenguk kepalanya ke dalam bilik setelah pintu dibuka sedikit dan menyaksikan adegan mesra Jungkook dan Eunha itu. Jungwon yang berada dalam dukungannya itu sempat dia menghalang sepasang mata anak kecil yang suci itu dengan tapak tangan kirinya.

Serentak pasangan suami isteri itu memandang ke arah pintu apabila mendengar bunyi pintu dibuka dan suara manusia itu.

"Eoh, Hae--"

"Ha, tak apa lah. Hae cari sendiri la mainan tu. Bye" seloroh Hae Jung dengan kadar laju dan sempat dia mengukir senyuman sekilas sebelum langsung menutup pintu bilik itu kembali.

"HALAHHH TAHU LA AKU SINGLE!"




【 BBP S2:TRUST】
»53



    

"

Yah, kau nak pergi mana?" soal Jungkook drastik apabila mendapati Hae Jung berjalan melepasi sofa yang didudukinya di ruang tamu itu dengan pakaian elegan namun ringkas.

"Mall~" balas Hae Jung sepatah dengan girangnya setelah menoleh sekilas ke arah abangnya itu. Langkahnya juga bukan main riang.

Jungkook langsung berdecit perlahan melihat keterujaan Hae Jung itu. Sambil itu dia melonggarkan tali leher yang seperti mencekik lehernya itu. Maklumlah, dia baru saja pulang dari pejabat kurang dari 10 minit lalu.

"Ha pergi,pergi" respon Jungkook bersahaja sambil membuat gaya tangan menghalau itu sambil matanya dipejam rapat.

"Ha, aku curi Eunha eonnie sekali" balas Hae Jung selamba yang sedang menyarungkan kasut tumit tinggi 2 inci di kaki kirinya. Dia tersenyum sumbing.

Drastik mata Jungkook mencelik kembali. Badannya yang tadi santai menyandar di sofa itu langsung ditegakkan.

"Mwo?" soal Jungkook seolah ingin memastikan apa yang didengarinya tadi benar. Ditenung wajah adiknya itu.

"Hah, kau jangan mimpi la boleh berkepit dengan Eunha eonnie hari ni. Aku curi dulu" seloroh Hae Jung sebelum menjelirkan lidahnya ke arah Jungkook yang sepertinya terkesima itu. Dia kemudiannya langsung berganjak dari muka pintu itu.

"Yah--"

"Sayang, saya keluar pergi mall dengan Hae kejap eh" tutur Eunha yang baru turun dari tingkat dua itu, memaklumkan kepada Jungkook itu.

Jungkook yang tadinya memandang ke arah pintu itu langsung menoleh ke sebelahnya apabila suara Eunha menyapa telinganya. Dia memandang Eunha yang sedang tersenyum manis ke arahnya itu sambil Jungwon berada di dukungan.

"Buat apa sampai nak pergi mall bagai? Ini mesti si Jeon Hae Jung tu hasut awak kan, sayang?" tebak Jungkook yang hakikatnya sedang protes itu. Kedua-dua matanya dikecilkan, merenung wajah polos isterinya itu.

"Eish, mana ada la. Saya memang nak pergi laa. Nak beli barang dapur sekali ha" tukas Eunha serta-merta.

"Dengan bawa Jungwon sekali?" soal Jungkook dengan kening diangkat sebelah, masih berusaha mencari alasan untuk menghalang wanita itu dari keluar.

"Eh tak, Jungwon awak jagakan" balas Eunha spontan seraya langsung menghulurkan tubuh kecil Jungwon kepada Jungkook.

"M-Mwo? Mwooo?" respon Jungkook drastik dengan terkesimanya. Meski begitu, dia tetap menyambut tubuh anak lelakinya itu.

"Ye, awak jagakan" ujar Eunha bersahaja, mengulangi ayatnya tadi. Dia mengemaskan ringkas baju T bercorak anak itik pada tubuh Jungwon itu sebelum matanya bergerak memandang wajah terpana suaminya itu.

"Sayang, serius tak kelakar" tutur Jungkook sambil menatap tak percaya wajah tenang Eunha itu.

"Ye, saya tak buat lawak pun. Macam mana nak kelakarnya kan?" tukas Eunha sebelum mengukir senyuman kecil buat Jungkook.

"Anak mummy duduk baik-baik tau dengan daddy. Nanti mummy balik" pesan Eunha mesra dengan senyuman lebar pada Jungwon di riba Jungkook itu sambil tangannya mengusap lembut rambut nipis anak lelakinya itu. Dan apa yang direspon anak kecil itu cuma sebuah tawa apabila melihat wajah tersenyum ibunya itu.

Drastik Eunha tergelak kecil melihat aksi mencuit hati anak kecil itu. Dicubit perlahan pipi tembam si kecil.

"Okey sayang, saya pergi dulu" pamit Eunha dengan senyuman lebar pada Jungkook.

"Lah sayanggg, tak baik buat saya macam niii. Saya baru balik kerja ni" rintih Jungkook dengan sadisnya sambil menatap penuh simpati Eunha.

"Sekejap je, sayang. Anyeong" balas Eunha bersahaja sebelum memeluk longgar tubuh Jungkook lalu dicium sekilas pipi suaminya itu. Setelah itu dia langsung berlari anak ke arah pintu depan.

"Lah,sayanggg!"

"Yaish,Jeon Eunha! "

Sia-sia laung macam orang gila. Wanita itu sudah pun menutup pintu depan rumah.

Dan, seorang Jeon Jungkook pun serasa seperti rohnya keluar bersiar-siar dari jasadnya.

Hakikat yang dia perlu menguruskan dan menjaga seorang bayi berusia 3 bulan 25 hari di saat itu yang bergelar anaknya itu seorang diri memang benar-benar buat dia rasa seperti mahu mati. Sudahlah si anak kecil yang persis rupanya itu bukan main hipernya.




【 BBP S2:TRUST】
»53



    

"Lah, pukul 7 dah,eonnie?   Maksudnya, 2 jam jugak kita shopping" tutur Hae Jung dengan nada tidak menyangka setelah mengerling jam di pergelangan tangannya itu.

"Ommo. Agak-agak hidup lagi tak abang awak, Hae?" seloroh Eunha menyoal dengan mata yang sengaja dibuntangkan. Mulut juga sengaja dilopongkan panik.

"Oh ye kan? Harapnya tak hujung-hujung nyawa dah la, eonnie" balas Hae Jung selamba sebelum terkekeh ketawa. Dia menanggalkan tali pinggang keledar yang terlilit di tubuhnya itu.

Eunha turut tertawa seraya menanggalkan juga tali pinggang keledar. Bukan selalu dia mahu 'menganiaya' suaminya itu.

"Oh, by the way, eonnie. Lelaki tadi yang kita terserempak tadi apa nama dia? Oh yes, Yugyeom kan?" soal Hae Jung meminta kepastian. Dia memandang kakak iparnya di sebelah.

"Eoh, kenapa?" balas Eunha setelah mengangguk sebelum dibalas dengan soalan kembali.

Hae Jung mengangguk perlahan.

"Not bad. Kalau cerita dekat Jungkook apa jadi ye?" seloroh Hae Jung menyoal dengan kening yang digerakkan berkali-kali, menguji Eunha.

"Hah, jangan buat hal, Hae. Mahu dia tak cakap dengan eonnie dua hari" respon Eunha setelah menggeleng laju sebelum tergelak kecil.

Hae Jung langsung berdecit perlahan.

"Dasar cepat jealous" omel Hae Jung, mengutuk abangnya itu.

"Ha, eonnie. Pergi la masuk rumah dulu. Barang-barang ni nanti Hae bawa masuk. Sikit je ni. Pergi tengok dulu husband eonnie tu. Mana tahu dah tersekat-sekat dah bernafas kan" tutur Hae Jung santai sebelum mengukir senyuman lebar buat Eunha, meyakinkan kakak iparnya itu.

Eunha langsung tergelak kecil dek tuturan selamba Hae Jung itu lalu mengangguk akur.

"Ye la. Eonnie masuk kejap. Kalau tak ada apa-apa, eonnie tolong angkat barang-barang tu ye" ujar Eunha dengan senyuman seraya mencapai beg tangannya di bangku belakang.

"Beresss" balas Hae Jung ringkas.

Eunha kemudiannya keluar dari perut keretanya. Dia menghayun langkahnya ke arah pintu depan. Sebentuk anak kunci dimasukkan ke dalam lubang gagang pintu lalu dipusing hingga kunci terbuka. Setelah itu, dia langsung membuka pintu.

Sebaik saja itu, mata Eunha terus tertumpu pada Jungkook yang sedang duduk di atas lantai yang beralaskan karpet berbulu di ruang tamu itu. Mata wanita itu langsung bertaut dengan pandangan redup seorang Jeon Jungkook.

Mencuit hati sungguh pandangan yang diberikan Jungkook itu tatkala melihat isterinya akhirnya pulang. Betul-betul seperti seorang anak yang menantikan ibunya balik.

Eunha langsung tergelak kecil dek tercuit hati dengan tatapan suaminya itu. Dia kemudiannya terus menghayun langkahnya ke arah lelaki itu. Sempat dia mencari keberadaan Jungwon. Terlihat anak kecil itu berada tak jauh dari situ sedang ligat menarik-narik karpet berbulu itu.

"Aloloo, was it that hard, sayang?" soal Eunha sebaik saja melabuhkan punggungnya di hadapan Jungkook yang boleh tahan serabai itu. Paling ketara rambut hitamnya itulah. Serabut habis.

Jungkook sekadar mengangguk lemah sebelum mendaratkan perlahan kepalanya pada bahu isterinya. Mata dipejam rapat.

"One salute for you, sayang" tutur Jungkook longlai sambil kepalanya setia dibenam pada bahu Eunha yang tidak separas sangat dengannya itu. Betapa hebatnya seorang ibu boleh menguruskan seorang bayi yang bermacam ragam dan memenatkan itu setiap hari. Dia yang cuma menjaga 2 jam pun rasa seperti mahu pengsan.

Eunha langsung tergelak kecil. Dia kemudiannya mengangkat kepala Jungkook dari terus dibenamkan di bahu kirinya itu. Wajah suaminya itu ditekup sambil tersenyum.

"Kesian eh dia tuuu" tutur Eunha meleret sebelum menurunkan tekupan tangannya itu pada wajah Jungkook. Setelah itu jari-jemarinya naik merapikan rambut serabut dan kusut lelaki itu.

"Ey Jungwon ni tak dengar cakap mummy ye?" soal Eunha dengan nada yang dibuat-buat marah itu sambil memandang ke arah Jungwon yang sedang meniarap di atas tilam totonya itu. Tangan kecilnya masih giat menggenggam tekstur karpet berbulu itu.

Dengar saja suara Eunha, dia langsung berhenti dari aktiviti menarik dan menggenggam bulu-bulu di karpet itu. Dia lantas memandang ibunya yang tak jauh darinya itu. Drastik anak kecil itu tertawa suka.

"Eh eh orang marah dia, dia boleh gelak pulak" tukas Eunha sebelum tertawa kecil. Dia berdiri lalu menghampiri Jungwon. Setelah itu, tubuh kecil itu langsung didukungnya ke pangkuan. Kemudian dia melabuhkan punggung kembali di hadapan Jungkook.

"Jungwon tak behave ye dengan daddy? Tengok daddy tu. Dah macam tak ada roh dah ha" tutur Eunha sambil menatap wajah polos Jungwon sebelum menghadapkan si kecil itu ke arah Jungkook. Kononnya mahu anaknya itu melihat keadaan ayahnya. Jungkook pula sempat mencebikkan bibirnya, seolah menyedihkan sangat.

Jungwon pula bulat-bulat matanya memerhati seluruh wajah sempurna Jungkook itu. Lama dia menili sebelum tangan kecilnya naik menampar hidung dan mulut ayahnya itu.

Eunha drastik terburai tawanya apabila menyaksikan tindakan polos Jungwon itu. Terhibur dia dibuatnya tika itu.

"Oh, dia main kasarrrr" balas Jungkook sebelum langsung menggeletek perut anak lelakinya itu. Terkekek-kekek anak kecil itu ketawa hingga sepet sepasang matanya itu. Tertawa sekali Eunha dan Jungkook melihat anak mereka yang terkekek sakan itu.

Dan, seorang Jeon Hae Jung yang sebenarnya sejak tadi lagi berdiri di hadapan pintu itu langsung tersenyum kecil melihat kemesraan keluarga kecil itu.

"Comel je diorang"

Aku dah penat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro