Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷50

HAH CHAP 50 DH EM

IYO HAI ANUCK II

YESSEU DAILY LAGEYH

EKCELI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUN BOLEH DAILY TAPI AKU TERTIDUR EM

HA YELA SILAKAN VOTE DULU

HA PASTU BARU BACA

TENKIYUH














EMPAT bulan sudah pun berlalu, Eunha telah pun dapat meloloskan dirinya dari hari-hari yang menyeksakan baginya selama sebulan itu iaitu tika tinggal di rumah ayahnya dan dijaga ketat oleh ahjumma Lee semasa tempoh berpantangnya itu. Ralat, bukan sebulan. Namun, dua bulan. Kata wanita si pembantu rumah itu, lebih lama lebih bagus. Jadi, terpaksalah seorang Jeon Eunha ini menghadap hari-hari yang penuh pantang larang itu selama dua bulan. Rasanya seperti mahu lari dari rumah itu sahaja.

Namun begitu, jika dilihat dari sudut yang positif pula, dek penjagaan rapi ahjumma Lee itu terhadapnya, tubuhnya setelah itu menjadi lebih segar dan tidak lemau seperti sebelum ini. Maklumlah, makanan dan minuman yang disumbat ke dalam mulutnya saat itu semuanya herba-herba dan sayuran yang sihat walaupuu pahit kelat belaka. Jadi, itulah implikasi baik untuk dirinya sekarang. Meski, sungguh terseksa.

Sebut fasal 4 bulan berlalu, si kecil yang menceriakan dan membahagiakan lagi hidup rumah tangga Eunha, usianya pun sudah menginjak 3 bulan lebih. Cuma berbaki lagi 10 hari kemudian cukuplah 3 bulan usia seorang Jeon Jungwon itu nanti. Tumbesaran anak kecil itu juga tumbuh dengan baik. Bukan main tembam lagi pipi si kecil itu sekarang. Betul-betul turun ibunya. Di bahagian pipi sajalah. Dari segi iras muka, memang Jungkook jugalah menang.

EUNHA kini sedang menyibukkan dirinya di dapur. Ligat menghidangkan makanan pagi di atas meja makan. Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Bukan cuma untuk memasak, namun disertakan pakej mengemas rumah lagi. Boleh dikatakan setiap hari, sejak-sejak Jungwon sudah menginjak usia 3 bulan ini, tak pernahnya kemas di bahagian ruang tamu itu. Ada saja yang berselerak. Dengan mainan kecilnya, alas meja yang ditarik turun ke lantai, bantal kusyen berterabur di lantai. Semuanya angkara si kecil itu dan... ayahnya.

Ya, Jeon Jungkook. Bila disuruh pantau anak lelaki mereka itu, betul-betul pantau sajalah. Barang-barang yang diselerakkan si kecil itu, memang tidak terdetik mahu tolong kemaskan,malah menyertai bayi itu lagi. Bertuah betul.

Jadi, memandangkan Eunha kini betul-betul seorang suri rumah sepenuh masa, mahu tak mahu, segala apa dalam rumah itu, semuanya dia yang uruskan. Memasak, kemas rumah, basuh dan sidai pakaian,uruskan Jungwon, kemas di luar rumah dan banyak lagilah. Sibuk, meski bukan di tempat kerja.

"Hm,cukuplah ni" omel Eunha sendiri sambil memandang hidangan untuk pagi itu yang siap disaji di atas meja makan. Dia mengangguk kecil tanda puas hati dengan kerjanya. Setelah itu, apron yang terlilit di pinggang dan leher ditanggalkan lalu disidai di badan kerusi.

Kemudian, kaki dilangkah menuju ke arah tangga. Satu-persatu anak tangga dipijak laju hingga tiba di tingkat dua. Setelah itu, pintu bilik yang tertutup tidak terlalu rapat itu ditolaknya. Kelihatan Jeon Jungkook masih lagi diselubungi selimut, enak terbuai mimpi.

Eunha hanya membiarkan saja suaminya itu dulu dan menapak ke arah katil bayi yang terletak di hadapan katil mereka, rapat di dinding.

"Eo? Anak mummy dah bangun, sayang" sapa Eunha mesra dengan nada agak rendah itu tatkala melihat ke dalam katil bayi, Jungwon yang diam dan berkelip-kelip matanya melihat sang ibu. Seolah menantikan kehadiran Eunha di situ tanpa merengek sedikit pun.

Eunha tersenyum senang sebelum mengangkat tubuh kecil anaknya dari katil comel itu lalu dahi polos Jungwon itu diciumnya sekilas.

"Dia nak ikut mummy breakfast sekali ke, hm?" tebak Eunha mesra sambil menatap wajah polos bayi itu seolah menanti respon dari anaknya itu. Jungwon pula bulat-bulat matanya menatap wajah cantik ibunya itu bersanggul kemas sebelum tangan kecilnya naik menyentuh rawak seluruh wajah Eunha.

Eunha langsung tertawa kecil dek perbuatan anaknya itu sebelum tangan kecil Jungwon itu diturunkannya ke sisi.

"Kajja. Kita kejut daddy,sayang. Apa la daddy ni. Jungwon pun bangun awal,kan?" seloroh Eunha yang seolah berborak dengan bayi 3 bulan itu. Dia menapak ke arah katil jenis King itu sambil tubuh kecil Jungwon didukung lengan kanannya.

Berdiri saja di tepi katil bahagian Jungkook tidur, Eunha menilik sebentar suaminya yang sedang enak lena itu. Lengan kanan lelaki itu berperanan menutup bahagian mata, mungkin disebabkan cahaya matahari yang menembusi dari tingkap itu mengganggu matanya.

Itu pun tak nak bangun lagi!

Maklumlah, hari ini lelaki itu tidak bekerja. Itu yang bukan main lagi lajak tidur.

Eunha kemudiannya memandang Jungwon yang tak lepas menatapnya itu. Dia tersenyum kecil sebelum mengubah kedudukan Jungwon ke lengan kirinya pula supaya anak kecil itu dapat melihat ayahnya yang sedang tidur itu pula.

"Tu ,daddy, sayang" arah Eunha dengan senyuman seraya menundingkan jarinya ke arah Jungkook yang sedang berbaring di atas katil itu sehinggalah anaknya itu menoleh melihat ayahnya. Tak jemu betul perhati wajah ibunya sampai nak suruh lihat perkara lain pun susah.

Eunha kemudiannya mendekatkan tubuh Jungwon yang berada dalam dukungannya itu dengan Jungkook. Tangan kecil Jungwon diraih Eunha lalu didaratkan pada wajah Jungkook kemudian ditepuk-tepuk perlahan.

"Ireona, irreonaa, ireonaaa~" kejut Eunha dengan nada meleret dan dikecilkan sedikit, seolah suara itu keluar dari Jungwon. Tangan kecil anaknya itu setia ditepuk-tepuk pipi Jungkook.

Jungkook yang mulai terganggu oleh suara dan tepukan di pipinya itu perlahan mencelikkan matanya. Lengan kanannya yang menutup bahagian matanya itu dialihkan. Setelah itu, sepasang matanya langsung disapa dua figura tersayang sebaik saja mata dicelik. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

"Hai, anak daddy" sapa Jungkook mesra dengan suara serak basahnya itu. Diusap sekilas pipi tembam anak lelakinya itu dengan senyuman.

"Ha dah, bangun cepat. Nanti sejuk makanan dekat dapur tu ha" tutur Eunha seraya menjauhkan tubuh kecil Jungwon itu dari Jungkook.

"Lah, pipi mummy dia tak sempat nak  sentuh pun lagi" seloroh Jungkook yang sengaja berbuat kecewa itu.

"Ha,tak payah nak mengada. Bangun cepat, cuci muka. Saya nak pergi bancuh susu untuk Jungwon pulak ni" tukas Eunha  sedikit tegas seraya menyelak selimut yang menyelubungi separa tubuh suaminya itu.

"Halahhhh, sayang ni"




【 BBP S2:TRUST】
»50



    

"Sayang,sinilah saya pegang Jungwon tu. Awak makan" tutur Jungkook menawarkan dirinya seraya sudu yang berisi nasi itu diletakkan ke dalam pinggan kembali. Dia memandang Eunha di hadapan yang sedang ligat menyusukan Jungwon dengan botol susu di tangannya itu.

"Eh, dah penat dah ke suap saya?" soal Eunha bersahaja sebaik saja mendengar tawaran Jungkook itu. Dia mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sumbing, menguji suaminya itu. Maklumlah, sejak dari 5 minit lepas lagi dia menjamah sarapan dengan hanya disuap lelaki itu memandangkan Jungwon dari tadi dipegangnya.

Jungkook langsung berdecit perlahan dek respon Eunha yang seolah meraguinya itu.

"Tak adanya nak penat. Saya tengah considerate ni dengan sayang. Mesti dah lenguh tangan tu pegang Jungwon awak yang gemuk tu dari tadi" seloroh Jungkook selamba.

Eunha langsung berdecit perlahan sebelum kepalanya ditundukkan, memandang Jungwon di riba. Bibirnya kemudian dicebikkan, seolah turut merasakan kekecewaan dek tuturan selamba Jungkook itu.

"Eyy Jungwon ah, tengok daddy tu jahat. Dikatanya awak gemuk. Stay strong ye, sayang. Mummy pun pernah kena" tutur Eunha dengan nada yang kononnya kesal itu seraya tangannya mengusap rambut nipis anak lelakinya itu.

"Gemuk la comel. Tu satu compliment tau. Dah, sini Jungwon tu" balas Jungkook tenang sebelum menghulurkan kedua-dua tangannya di atas meja makan itu, bersedia untuk menerima figura anaknya itu dari Eunha.

Eunha berdecit perlahan sebelum menarik perlahan botol susu dari pegangan longgar Jungwon lalu diletakkan ke atas meja. Setelah itu, tubuh kecil yang berbaring di pangkuan Eunha itu diangkat lalu diberikan kepada Jungkook.

"Aigoo, sini anak daddy" ujar Jungkook mesra sambil tersenyum seraya menyambut huluran tubuh kecil Jungwon itu. Setelah itu, dilagakan kepalanya dengan kepala si kecil itu dengan sukanya. Kemudian, barulah diletakkan figura kecil anaknya itu ke pangkuannya.

"Tu susu tu. Bagi dia habiskan" arah Eunha seraya menundingkan botol susu kecil berisi susu formula yang cuma berbaki suku itu menggunakan sudu besi di tangannya itu. Setelah itu, dia sambung menyuap nasi Bibimbap ke dalam mulutnya.

Jungkook hanya mengangguk kecil mengerti sebelum mencapai botol susu bersaiz kecil itu. Kemudian, botol susu itu dibuka penutupnya lalu disua ke mulut si kecil itu. Namun, baru saja Jungwon itu meneguk sikit air susu di dalam botol itu, selamba Jungkook menarik kembali botol itu dari mulut anaknya. Dan bila anak kecil itu merengek, dia langsung tergelak kecil sebelum disumbat kembali puting botol susu itu ke dalam mulut anaknya. Perkara sama diulang hampir tiga kali, mengusik bayi berusia 3 bulan itu. Dan tiga kali jugalah dia tertawa terhibur.

"Ey, sayang! Elok-elok lah kasi Jungwon tu. Itu yang saya malas suruh awak pegang dia tu haaa" ujar Eunha sebal dengan nada agak tegas setelah bersabar dengan suaminya yang sakan menyakat anak mereka itu. Tak senang dia makan sejak tadi.

"Tak, sayang. Comel la dia merengek" tukas Jungkook dengan nada yang masih tersisa tawa itu sebelum akhirnya membiarkan jua si kecil itu meneguk air susu dengan aman. Pipi tembam Jungwon dicuit sekilas.

Eunha hanya berdecit sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Malas mahu membebel lebih-lebih kepada suaminya itu. Memang macam itulah perangai. Kalau disuruh jaga, memang boleh kira dengan jarilah bila saja anaknya itu tak merengek. Masak betul dengan perangai seorang Jeon Jungkook yang suka mengusik itu.

"Oh by the way, sayang. Pagi tadi phone awak tiga kali bunyi. Dah call dia balik?" soal Eunha, membuka topik baru. Dia mengangkat sebelah keningnya sambil memandang Jungkook di hadapan.

Jungkook yang sedang tersenyum melihat wajah polos dan comel Jungwon tika meneguk susu yang hampir habis itu perlahan senyumannya itu pudar dek tuturan Eunha. Dia kemudiannya lantas memandang wanita itu di hadapan.

"Siapa?" soal Jungkook sambil menatap wajah isterinya itu.

"Hm, tak tahu pulak. Saya tak tengok pun siapa yang call awak. Saya cuma dengar dari dapur je. Wae?" jelas Eunha lancar sebelum menyoal kembali Jungkook. Dahinya sedikit berkerut. Terlihat seperti lelaki itu agak terkejut dan mungkin agak...cemas?

"Aniya" balas Jungkook ringkas sebelum mengukir senyuman kecil buat Eunha.




【 BBP S2:TRUST】
»50



    

"Sayang, lambat lagi ke?" soal Jungkook agak lantang sambil memandang ke arah kaki lima yang membawa ke ruang dapur itu. Ya, Eunha sedang memasak di dapur untuk makan tengah hari mereka. Dan Jungkook kini berada di ruang tamu bersama Jungwon. Nasibnya lah perlu jaga si anak yang susah sangat mahu berenggang dengan ibunya itu.

Selama kira-kira 20 minit Eunha sedang berperang di dapur itu, Jungkook di ruang tengah itu pula sedaya-upaya melakukan macam-macam perkara bagi mengelakkan Jungwon dalam dukungannya itu menangis mahupun merengek. Maklumlah, bukannya mudah mahu menarik perhatian anak kecil itu agar melupakan sebentar tentang ibunya itu. Bila dia dah mula ingat, memang mahu tak mahu perlu diserahkan juga kepada Eunha. Kalau tak, mahunya bising satu rumah.

Namun begitu, seorang Jeon Jungkook ini pula boleh dikatakan handal jugalah dalam mengalihkan perhatian anak lelakinya itu. Sesekali si kecil itu tersenyum dan kadang juga tertawa yang memang akan mencuit hatinya. Macam-macam lah dia mengagah, menunjuk binatang itu ini dalam telefonnya,main 'au-cak' dan banyak lagilah yang dibuatnya selama 20 minit itu.

Namun sekarang, dia sudah tak tahu mahu lakukan apa. Firasatnya sudah mengatakan yang Jeon Jungwon akan mula terfikirkan tentang ibunya dalam masa terdekat.

"Kejappp, nak siap dah!" laung Eunha dari dapur dengan lantang. Bunyi senduk berlaga periuk kedengaran setelah itu.

Jungkook memandang sekilas wajah polos Jungwon di dukungannya itu. Setakat ini muka si kecil itu masih ceria. Sempat dia mengagah anaknya itu agar tersenyum kembali. Si kecil itu kini tidak tertawa lagi apabila telinganya sudah menangkap suara ibunya.

"Sayang,nanti dia menangis macam mana?" soal Jungkook agak lantang dengan sedikit resah itu seraya menapak perlahan menuju ke ruang dapur seraya menukar kedudukan dukungan Jungwon ke lengan kirinya.

"Tak adanya lah dia nak menangis kalau dengan ayah dia sendiri. Unless kalau dia tak suka awak je sayang" respon Eunha bersahaja yang sempat menyindir suaminya itu. Tawa halusnya kedengaran. Dia hanya membelakangi Jungkook tika itu dek sibuk menyelesaikan kerja memasaknya di dapur gas itu.

"Ish,ke situ pulak" balas Jungkook agak membentak itu sebelum berdecit perlahan. Dia kemudiannya memandang wajah persisnya yang berpipi tembam itu dalam dukungannya. Dia tersenyum kecil.

"Aigoo,takkan la anak daddy tak suka--"

Tak sempat Jungkook menghabiskan katanya, serta-merta anak kecil dalam dukungannya itu mulai menangis. Betul-betul tepat dengan masa dimana ayahnya itu baru mahu yakin diri. Walhal si kecil itu menangis pun dek mendengar suara Eunha. Maklumlah, seperti sudah dimaklumkan tadi, memang tak boleh berjauhan langsung dengan ibunya itu.

Manakala Eunha pula langsung terletus tawanya apabila Jungwon betul-betul menangis sebaik saja pernyataannya itu dibuat. Terhibur hatinya di situ.

"Haaa terbukti dia tak suka awak,sayang!" seloroh Eunha suka dengan nada suara yang tersisa tawa itu.

"Aish,ini awak la mengajar" tukas Jungkook jengkel dengan sebalnya sambil berusaha memujuk si kecil itu untuk meredakan tangisannya. Dihinjut-hinjut sedikit anak lelakinya di dalam dukungannya itu, berharap dapat mengurangkan tangisan. Namun hasilnya tetap sama. Tambah pula bila dengar suara tawa ibunya itu.

"Eh, mana ada!" nafi Eunha dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Dia membuka paip air di sinki lalu kedua tangannya dibilas sambil cuba meredakan tawanya itu. Setelah itu, dia memusingkan badannya dan menapak ke arah Jungkook yang sedang sedaya-upaya memujuk anak mereka itu.

"Alolo sayang mummy tuuu. Sini dekat mummy, sayang" ujar Eunha dengan mesra dan meleretnya seraya mengambil tubuh kecil Jungwon yang sedang menangis-nangis itu dari dukungan Jungkook.

Dan, sebaik saja dukungan berubah orang, drastik tangisan si kecil itu reda. Dia mendongak sedikit kepalanya, melihat gerangan yang mendukungnya ketika itu. Matanya yang berair itu bulat-bulat menatap wajah ceria sang ibu.

"Heol, terus berhenti menangis eh?" soal Jungkook yang berbaur bentakan tak puas hati itu. Digoyang perlahan kaki kecil anak lelakinya yang berada dalam dukungan Eunha itu.

Eunha langsung tergelak kecil setelah menyedari situasi itu.

"Well, dia nak dengan mummy dia je kan? Mana lah nak dengan daddy tu" tukas Eunha bersahaja sambil mengesat air mata yang berbaki di wajah Jungwon menggunakan hujung lengan bajunya. Bibirnya mengulum senyuman kecil.

"Wahh,kecik-kecik dah pandai pilih kasih ni" seloroh Jungkook yang kononnya kesal itu sebelum mencubit perlahan pipi tembam Jungwon.




【 BBP S2:TRUST】
»50



    

"Sayang" panggil Eunha sebaik saja dia menapak masuk ke dalam bilik tidur dengan Jungwon di dukungan. Dia baru saja kembali dari ruang tamu hanya untuk mengambil seketul mainan kegemaran anaknya itu. Kakinya dilangkah menghampiri katil memandangkan Jungkook sedang duduk di situ sedang ligat meneliti kertas kerja.

"Hm?" sahut Jungkook ringkas seraya mengangkat kepalanya dari terus menunduk menilik helaian kertas di tangannya itu.

Eunha melabuhkan punggungnya di atas katil,duduk tidak jauh dengan Jungkook. Dia kemudiannya mengubah posisi duduknya itu kepada bersila. Tubuh kecil Jungwon diletakkan di ribanya lalu mainan kegemaran anaknya dihulurkan kepada si kecil itu. Setelah itu dia menoleh memandang Jungkook di sebelah.

"Saya nak tanya sikit?" tutur Eunha agak berhati-hati, meminta kebenaran terlebih dahulu dari suaminya itu.

"Eoh, " balas Jungkook ringkas disertakan anggukan kecil. Dia memandang wajah polos Eunha, menanti soalan dari wanita itu.

"Kenapa lately ni awak asyik dapat banyak call eh sayang? Awak ada collab project dengan sesiapa ke kali ni?" soal Eunha yang diselit juga tebakan darinya agar soalannya tidak terlalu umum. Lagipun boleh jadi juga kalau lelaki itu sering menerima panggilan dek projek barunya di pejabat. Manalah tahu, kan?

Raut wajah Jungkook sedikit berubah dek soalan Eunha itu. Dia kemudiannya tersenyum kecil sebelum menurunkan kertas kerja di tangannya itu ke tilam. Kepala digeleng sikit.

"Tak ada la. Biasalah. Kadang tu call dari random orang cuma dalam masa yang sama. Itu yang rasa macam banyak tu" tukas Jungkook sebelum mengulum senyuman kecil buat Eunha.

"Oh, bukan call dari orang yang sama lah?" soal Eunha dengan kening yang diangkat sebelah, meminta kepastian dari Jungkook. Dia menatap wajah suaminya itu menanti respon sebelum suara rengekan kecil Jungwon mengalihkan pandangannya. Dia langsung menggoyangkan sedikit mainan gegelung yang berisi air berkilauan di dalam bersama loceng kecil di luar. Loceng yang berbunyi perlahan itu langsung menarik perhatian Jungwon yang drastik menghentikan rengekannya.

"Tak lah" respon Jungkook ringkas sebelum mencapai telefon pintarnya di kabinet kecil bersebelahan katil. Dihidupkan objek itu yang telah dimatikannya tadi kesan dari panggilan terus-terusan diterimanya.

Eunha hanya mengangguk kecil. Dia mengerling Jungkook yang sedang menghidupkan telefon pintar itu. Setelah itu, dia hanya memfokuskan pada Jungwon dengan menghiburkan si kecil itu. Sesekali digoncangkan laju gegelung berair dan berloceng itu di hadapan bayi berusia3 bulan itu. Bergerak-gerak laju bola mata si kecil itu mengikut pergerakan mainannya yang digoncang sang ibu itu.

"Saya cuma curious je, sayang. Or, more like concern? Tak ada lah, mana lah tahu yang call awak banyak kali dari minggu lepas tu orang yang sama and dia buat awak rasa terganggu ke? Ha, bagitahu la saya kalau betul macam tu. Biar nanti saya yang cakap dengan dia" tutur Eunha panjang lebar dengan bersahajanya yang sempat bercakap besar itu. Dia kekal ligat melayan anak kecilnya itu. Langsung tidak mengerling Jungkook di sebelah.

Jungkook yang mendengar ayat terakhir Eunha yang terlebih yakin itu langsung berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Dan tawanya itu berhasil membuatkan Eunha menoleh memandangnya.

"Apa? Ingat saya tak garang ke? Halah, kalau betul ada orang kacau awak, saya boleh marah la. Setakat on the phone" seloroh Eunha selamba sebelum memetik jarinya seolah tuturannya tentang itu cuma perkara yang mudah sahaja.

Jungkook tergelak kecil sebelum tangannya naik mengusutkan rambut Eunha. Yakin betul lah dia. Tengok orang berparut sikit dekat muka pun dah terus nak hubungi polis.

"Tak ada siapa lah nak kacau saya, sayang. Tu semua call dari random orang" jelas Jungkook ringkas dengan senyuman kecil. Diusap perlahan rambut Eunha.

"Tapi, kenapa awak tak jawab call tu?" soal Eunha spontan dengan kening yang diangkat sebelah. Wajah Jungkook direnung.

Terhenti perlahan tangan kanan Jungkook yang ligat mengusap perlahan rambut Eunha itu. Dia terdiam sebentar sebelum berdehem kecil. Tangannya dialihkan dari rambut isterinya.

"Tu sebab--"

Tzzzt! Tzzt!

Tzzt! Tzzt!

Bertalu-talu bunyi deringan notifikasi dari telefon Jungkook sebaik saja objek itu dihidupkan. Dia pantas menilik skrin telefonnya.

You have messages from HaeJung
2 hrs ago

»Can you just please reply my messages?

»Stop avoiding me,Jeon Jungkook!
6.37 pm

"Wae gurae? Siapa mesej awak, sayang?" soal Eunha prihatin bercampur penasaran tatkala melihat riak wajah Jungkook yang agak berubah itu setelah menilik skrin telefon.

Jungkook menoleh memandang Eunha di sebelah. Macam biasa, satu senyuman kecil pasti diukir dahulu sebagai respon. Baru saja dia mahu bersuara,

Ting tong!

Serentak Eunha dan Jungkook memandang ke arah pintu bilik mereka, seolah pintu itu pintu hadapan rumah mereka pula. Masing-masing bingung dek rumah mereka yang tiba-tiba berbunyi loceng itu. Dengan si Jungwon sekali bingung. Didongak kepalanya memandang wajah bingung Eunha lalu menoleh ke arah ayahnya pula. Dia pula yang terlebih penasaran dengan situasi itu.

"Sayang--"

Ting tong!

Sekali lagi loceng dibunyikan.

"Tak apa. Saya pergi tengok. Awak duduk sini dengan Jungwon" tutur Jungkook yang langsung menawarkan dirinya dan disertakan pesanan kepada Eunha.

"Eoh, araso" balas Eunha akur dengan anggukan kecil.

Setelah itu, Jungkook meletakkan dahulu telefon pintarnya di atas tilam sebelum turun dari katil. Kakinya kemudiannya dilangkah ke pintu.




【 BBP S2:TRUST】
»50



    

"Jungwon duduk sini kejap tau. Mummy nak pergi tengok dengan daddy siapa yang datang rumah" tutur Eunha lembut seraya meletakkan perlahan Jungwon ke dalam katil bayi itu.

"Duduk sini baik-baik tau, sayang. Mummy pergi kejap je" pesan Eunha mesra dengan senyuman sambil mengusap ringkas rambut nipis anak lelakinya itu. Anak kecil yang sedang duduk di dalam itu pula bulat-bulat matanya memandang wajah ibunya yang sedang tersenyum itu.

Eunha tersenyum kecil sebelum berganjak dari katil bayi Jungwon itu. Dia kemudiannya menghayun langkahnya keluar dari bilik tidurnya dengan Jungkook itu. Kakinya dilangkah rapi dan agak pantas untuk turun ke aras bawah. Penasaran juga dia siapa yang datang rumah mereka pada waktu begini.

"Aigoo,siapa pulak datang malam-malam macam ni?" omel Eunha bingung dan penasaran sambil kakinya memijak satu-persatu anak tangga dengan berhati-hati namun pantas.

Tiba saja dia di tingkat bawah, figura Jungkook yang berdiri membelakanginya di hadapan pintu itu menyapa pandangannya. Kebetulan suaminya itu baru membuka pintu depan.

"Sayang, siapa--"

"Babyyyy! "

Terhenti perlahan langkah Eunha yang sedang melangkah menghampiri Jungkook di hadapan pintu itu apabila matanya disapa satu adegan yang kurang menyenangkan, di mana setelah Jungkook membuka pintu itu, tubuh suaminya itu langsung dipeluk erat seorang perempuan yang datang dari luar itu.

Langkah Eunha memang terhenti di situ. Tubuhnya statik berdiri di situ sambil matanya menyaksikan adegan itu. Lesap terus soalannya tadi setelah melihat adegan itu.

Kecewa.

Mungkin?


HAAA SIAPA PULAK BER BABY II DENGAN JUNGKOOK TUUU

EM

ANDA TAK RASA SUS KE DENGAN SI JUNGKOOK NI

HMMMMMMMMM

ADAKAH PUAN KONFLIK SUDAH MULA BUAT KERJA BELIAU?

UHUK

KALAU ANDA SEORANG YANG TIDAK TUA, EKCELI CHAP SEBELUM NI ADA SI PEREMPUAN NAMA HAEJUNG TU CALL JUNGKOOK YE

INGAT TAK INGAT TAK

TAK INGAT SUDAH

TUA LER TEW

AHAHAHAHA TAK II TAK GURAU EM

BTW,

sekejap je en dh 3 bulan dh ank buah korang HAHAHAHA

baru haritu rasanya korang menggelabah takut eunha gugur HSHHSHSHSHSH

tak,aku teka je yg korang gelabah tu. tak baca lagi komen nyah ehehehehe

kalau bila ii aku takde pape hal,  aku bakal maraton reply smua comment eh hikhok

Standby je lah ye UHUK

maap la kalau ganggu noti korang

ehehehehehe amuah shiked

ok bai

HA VOTE LAH😊

Pergh creepy minyu letak emoji-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro