Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷47

HA EKCELI PUKUL 11 TADI LAGI AKU NAK APDET TAPI WIFI MACAM HAROMMM-

OKEY SOWI 3 HARI TAK APDET HSHSHSHSH

HA SILA LAH BACAAA

VOTE COMMENT YE!













"Kamsahamnida~" ucap Eunha bernada mesra sebaik saja satu dulang berisi hidangan ringkas diletakkan oleh seorang jururawat ke atas meja yang memang wujud di katilnya itu. Bibirnya mengukir senyuman manis buat jururawat perempuan itu.

"Ne,massikae deuseyo~" balas jururawat itu turut mesra. Dia mengukir senyuman manis sebelum menapak keluar dari wad persendirian Eunha itu.

massikae deuseyo= selamat menjamu selera

Sebaik saja jururawat itu keluar dari wad, Eunha terus mengalihkan perhatiannya pada hidangan di hadapannya itu. Semangkuk sup rumpai laut bersama semangkuk nasi putih. Ya itu saja. Oh, ada lagi dua makanan. Sebiji epal merah dan sebotol air mineral.

Ya. Itu sahaja.

Eunha langsung mengangkat kepalanya apabila bunyi pintu dibuka menarik perhatiannya. Dia memandang figura Jungkook yang menapak masuk ke dalam sambil tangannya sedang memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Lelaki itu keluar sebentar tadi hanya untuk menjawab panggilan.

"Diorang dah hantar makanan?" soal Jungkook sambil kakinya melangkah menghampiri katil Eunha.

Eunha menganggukkan kepalanya terlebih dahulu sebelum bersuara.

"Eoh. Sup rumpai laut je, awakk" jawab Eunha berunsur rungutan itu sambil mencebikkan bibirnya. Dia memandang Jungkook yang sedang melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan katilnya. Kononnya mahu mengadu.

"Oh ye? Sedapnya makanan dia~" balas Jungkook meleret dengan senyuman, sengaja mahu menyebalkan isterinya itu.

Lesap serta-merta muncung Eunha dek respon Jungkook itu. Wajahnya berubah cemberut.

"Eeishhh" rengusnya sebal sebelum menjeling sekilas Jungkook di sebelah. Dia memalingkan kepalanya ke hadapan kembali lalu menunduk sedikit, melihat sajian ringkasnya itu.

Jungkook pula sedang terkekeh ketawa di sebelah, suka dapat menyebalkan isterinya itu. Maklumlah, beberapa hari lepas dia sudah menjadi seorang suami mithali, memberi layanan istimewa kepada wanita itu, makan minum semuanya dia dengan sukarelanya beli di kafeteria kantin yang jauh dari wad, menyakat dan mengusik pun tidak. Baik hati sungguh waktu itu. Dan sekarang, dia mahu mengqadha balik segala perangai menyakatnya itu kepada Eunha. Tak lengkap hidup kalau tak buat wanita itu sebal dengannya.

"Nah, suapkan" pinta Eunha bersahaja seraya menyua mangkuk plastik yang berisi nasi putih yang sudah dituang sup rumpai laut ke dalamnya. Ya bukan mangkuk besi tapi mangkuk plastik. Ini kerana pinggan mangkuk jenis besi lebih berat dan tidak bagus untuk orang yang baru lepas bersalin dek pergelangan tangan yang masih lemah.

"Oh ha, kalau saya yang suap,jadi lagi sedap kan? Faham,faham" seloroh Jungkook bersahaja yang sempat bermegah diri sebelum menyambut huluran mangkuk dari Eunha itu.

Eunha menayang raut wajah jengkelnya sebelum berdecit perlahan.

"Ha ye lah, sayang, ye" balas Eunha acuh tak acuh sebelum menggulingkan bola matanya ke atas. Jungkook terkekeh kecil sebelum mengadun ringkas gabungan nasi putih bersama sup rumpai laut itu menggunakan sudu.

"Nah, buka mulut. Sedap ni" seloroh Jungkook seraya menyua sesudu nasi bersama sup itu ke arah Eunha.

Eunha berdecit jengkel sebelum menerima suapan nasi bersama sup rumpai laut dari Jungkook.

"Haaa, sedap kan? Saya dah cakap tadi, sedap" ujar Jungkook bersahaja dengan senyuman mengusik. Sengaja mahu menyebalkan lagi isterinya itu.

"Ha ye, sayang. Sedap. Apa kata awak makan sesuap pulak? Sini saya suap" respon Eunha setelah selesai menelan hidangan kurang perasa itu, mahu membalas kepada lelaki itu. Dia mengukir senyuman yang dibuat-buat.

"Eh, tak apaaa. Saya tak sakit. Ni makanan untuk orang sakit" tukas Jungkook drastik sebelum mengulum senyuman kecil.

"Eh, tak apa lah. Awak suami orang yang sakit tu. Kena lah rasa sikit. Lagipun saya tahu awak lapar kan, sayang? Meh saya suapkan" balas Eunha yang tetap berkeras itu. Dia melebarkan lagi senyumannya. Tangannya bergerak mahu meraih mangkuk itu dari tangan Jungkook namun dilarikan lelaki itu ke tepi.

"Lah, tak lah. Tak--"

"Tak apa lah sayang, sini" tukas Eunha dengan senyuman manis itu seraya tangannya berjaya mengambil semangkuk nasi itu dari tangan suaminya. Itu pun sebab lelaki itu sedang hilang fokus dek memikirkan alasan lain untuk diberi.

Eunha mengacau sekilas mangkuk berisi nasi sup rumpai laut itu lalu dicedok. Kemudian, disua ke arah Jungkook yang terpana itu.

"Aaaaaa"

"Lah sayang--"

"La, tak apa. Buka lah mulut tu" arah Eunha dengan mesranya bersama senyuman yang sememangnya tak lekang dari tadi. Sesudu nasi setia disua di hadapan wajah Jungkook.

Jungkook pula, bila sudah berdepan dengan gesaan Eunha yang sememangnya takkan mengalah itu, mahu tak mahu, dia buka jugalah mulutnya dengan raut wajah redha habis. Dan, isterinya itu langsung menyuap nasi gabungan bersama sup boleh tahan tawar itu ke dalam mulutnya.

"Haaa, lapar yeee? Aigoo, jalhaesso~" seloroh Eunha meleret sebaik saja menyuap nasi itu ke dalam mulut Jungkook. Rambut suaminya itu diusap berkali-kali sambil tersenyum lebar. Lagak sudah seperti ibu-ibu menyuap anaknya pula.

Jungkook hanya mengulum senyuman tak relanya di kala nasi bersama sup yang masih berada di dalam mulutnya itu. Dikunyah penuh redha makanan yang seperti tiada perasa itu.

Eunha pula sudah tersenyum kemenangan.

Suka sangat kenakan orang kan? Rasain!

Derhaka semua ini-

"Ha tak payah nak senyum suka sangat. Ni, makan" tutur Jungkook sebaik saja dia selamat menelan nasi di dalam mulutnya tadi. Mangkuk di tangan Eunha itu diraih kembali.

Eunha langsung mencebikkan bibirnya sebelum merengus perlahan. Mulutnya dibuka malas. Sesuap demi sesuap hidangan yang baik untuk kesihatan tubuhnya itu disuap Jungkook.

"Ah by the way, sayang, dah bagitahu Chaeyeon dengan Mingyu?" soal Eunha penasaran dengan kening yang diangkat sebelah. Jungkook yang berura-ura untuk menyuap lagi sesudu nasi kepada Eunha itu terbantut sebentar.

"Eoh, dah tadi" balas Jungkook ringkas. Sudu diletakkan ke dalam mangkuk kembali.

"Then, diorang datang kejap lagi ke?" soal Eunha, menebak saja.

"Tak. Diorang tak boleh datang hari ni. Budak Mi Yeon tu demam. Dari 2 hari lepas lagi" jelas Jungkook setelah menggelengkan kepalanya.

"Ah, jjinja? Teruk ke? Ala, kesian dia. Lama tak jumpa dia haa" tutur Eunha dengan dahi yang sedikit berkerut, bimbang dengan kanak-kanak riang 5 tahun itu.

"Ha itu lah. Diorang tak boleh datang pun sebab nak tunggu Mi Yeon tu kebah dulu. Nak bawa dia sekali. Tak bawa kang nanti mogok seminggu pulak" balas Jungkook selamba.

Eunha tergelak kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya, menyetujui kata lelaki itu.

"Ha, jangan ingat saya lupa. Ni ada lagi" seloroh Jungkook seraya mengetuk sekilas mangkuk plastik itu menggunakan sudu besi di tangannya itu.

"Lah ingat ke? Alaaaaa, tak nak dahhh"




【 BBP S2:TRUST】
»47



"Aloo, mengantuk lagi ke, sayang?" soal Eunha lembut dengan senyuman tatkala Jungwon di pangkuan menguap kecil. Jari telunjuknya serentak turun diletakkan pada mulut anaknya yang kecil melopong itu.

"Sayang, muka Jungwon macam saya kan?" soal Eunha dengan senyuman melebar tika memandang Jungkook di sebelah.

Jungkook yang sedang mengelus lembut pipi mulus Jungwon itu terhenti sebentar.

"Mana?" respon Jungkook santai seraya memandang wajah isterinya itu. Kening diangkat sebelah.

Eunha yang sedang tersenyum lebar itu drastik lesap dek respon Jungkook itu.

"Apa maksud awak 'mana'? Satu muka dia lah iras saya" jawab Eunha sedikit membentak.

"Heol, sayang. Jelas-jelas muka Jungwon ni ikut ayah dia tau" tukas Jungkook setelah tergelak kecil. Dia memandang sekilas wajah kecil anaknya itu. Memang benar, bayi lelaki itu wajahnya betul-betul persis ayahnya.

Raut wajah Eunha bertukar cemberut apabila respon itu yang diberikan Jungkook.

"Mwoyaaa? Ikut ibu dia lah" bentak Eunha, yakin dengan pendiriannya. Wajah tenang Jungkook direnung.

"Ha mana, mana? Mana yang ikut ibu dia?" seloroh Jungkook, sengaja menguji wanita itu. Keningnya diangkat sebelah. Dia memandang Eunha, menanti respon.

Sepasang mata Eunha langsung turun meneliti wajah polos Jungwon di pangkuannya itu. Dia fokus meneliti wajah anak lelakinya itu namun entah kenapa tika itu, dia tidak menjumpai satu pun bahagian di wajah anaknya itu persisnya. Dia seakan mendapat tamparan realiti apabila menyedari wajah kecil itu memang hampir keseluruhan ada iras Jeon Jungkook dan bukan dirinya.

"U-umm, pipi? Ha pipi tembam dia sama macam saya" respon Eunha yang tetap menyebut jua apa yang terlintas di fikirannya tika itu. Tapi, boleh tahan logik juga. Dia mengukir senyuman lebar buat Jungkook. Kononnya berjaya menyebut perkara yang betul.

Jungkook langsung berdecit perlahan setelah mendengar jawapan Eunha itu.

"Sayang,saya kecik-kecik dulu pun pipi tembam" tukas Jungkook selamba, tak mahu kalah.

"Ala, bukannya awak kahwin dengan saya time kecik-kecik" balas Eunha sebal sebelum menjeling sekilas lelaki itu.

Jungkook berdecit lagi. Kali ini dia terkekeh kecil dek respon Eunha itu.

"Sayang, mata, kening, hidung, mulut ha semua copy paste saya. Cuba perhati muka Jungwon tu baik-baik" tutur Jungkook sebelum menjuihkan bibirnya ke arah Jungwon di pangkuan Eunha itu.

"Ey, awak tu yang perasan lebih. Anak saya kot, mesti la ada macam saya jugak" tukas Eunha geram sebelum merengus perlahan. Dia memandang wajah kecil anaknya itu.

"Dah la, sayang. Bersyukur je lah Jungwon copy paste muka saya. Nanti dia besar, cerah masa depan" seloroh Jungkook bersahaja, sempat bermegah diri.

"Ey menyampah betul" omel Eunha jengkel seraya menjeling sekilas wajah kerek suaminya itu. Dia kemudiannya mengangkat perlahan tubuh kecil Jungwon yang berposisi baring di pangkuannya tadi kepada posisi berdiri. Belakang kepala bayi itu ditahan kemas oleh tangannya. Matanya memandang wajah polos anaknya itu.

"Sayang, jangan dengar benda alah yang daddy cakap tu ye. Merepek je banyak" ujar Eunha seolah menasihati anaknya yang baru berusia satu hari itu. Senyuman dratsik terukir tika meneliti wajah comel bayi lelaki yang bertentang wajah dengannya itu.

Jungkook pula langsung berdecit dek kata-kata Eunha saat memberi pesanan kepada anak mereka itu.

"Eh awak, ada lah. Mata dia ikut saya lah" seloroh Eunha teruja seraya memandang sekilas Jungkook di sebelah. Dia menilik kembali sepasang mata Jungwon itu.

"Ha ye lah, sayang. Ye" respon Jungkook acuh tak acuh sambil mengangguk perlahan.

Eunha menoleh memandang Jungkook sebelum berdecit jengkel.

"Dengki" ujar Eunha selamba sebelum menatap kembali wajah polos anak lelakinya itu.

Tidak lama selepas itu, bunyi pintu wad bergeser langsung menarik perhatian dua orang figura itu. Kepala mereka serentak terangkat dan mata terarah ke arah pintu, melihat gerangan yang muncul.

Tuan Jung.

"Eo, appa~" sapa Eunha drastik dengan mesra dan teruja. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Maklumlah, sejak dari 2 hari lepas dia dimasukkan ke hospital lagi dia menanti kehadiran ayahnya itu. Namun, malangnya insan tersayangnya itu sangat sibuk ketika itu.

"Iya" respon tuan Jung mesra dengan senyuman lebar. Dia berjalan menghampiri katil anak perempuannya itu.

"Eun macam mana? Okey?" soal tuan Jung prihatin sambil memandang Eunha yang sedang duduk melunjur di atas katil itu.

"Eoh,okey je, Pa" jawab Eunha ringkas disertakan anggukan. Jungwon di pegangan diubah ke posisi di dalam pangkuannya kembali.

Tuan Jung tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya. Dia kemudiannya memandang ke arah tubuh kecil yang berada di pangkuan anaknya itu.

"Sini nak tengok cucu appa tu" pinta tuan Jung dengan senyuman seraya menapak lebih dekat dengan katil Eunha.

"Eoh" balas Eunha seraya perlahan dan secara berhati-hati menghulurkan tubuh kecil itu kepada tuan Jung. Tuan Jung pula menyambut dengan penuh berhati-hati juga.

"Aigoo comelnya. Nama apa ni, Eun, Jungkook?" soal tuan Jung penasaran setelah tercuit hati dek rupa comel cucunya itu. Dia memandang Jungkook dan Eunha di hadapan sekilas sebelum kembali menatap wajah anak kecil di pangkuannya itu.

"Jungwon, Pa" jawab Jungkook yang seraya tadi hanya memilih untuk membisu itu. Dia berdiri lalu memberi kerusinya itu kepada tuan Jung.

"Ah, Jungwon" balas tuan Jung dengan anggukan kecil itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang diberikan menantunya itu. Matanya tak lepas meneliti wajah Jungwon. Jarinya mengelus lembut pipi mulus cucunya itu.

"Appa, muka Jungwon macam Eun kan?" seloroh Eunha drastik yang masih tidak puas hati dengan Jungkook itu. Matanya seakan bersinar-sinar menatap wajah ayahnya, berharap lelaki itu memberi jawapan yang melegakan hatinya.

"Eo?" balas tuan Jung agak bingung itu apabila tiba-tiba disoal begitu. Dia memandang raut wajah anaknya yang terlihat riang itu.

"Sama kan macam Eun? Tak ada la, Jungkook ni asyik cakap muka Jungwon ikut dia seorang je" jelas Eunha seraya menjeling sekilas suaminya yang sedang berdiri di tepi ayahnya itu.

Jungkook yang sedang berdiri sambil menyilang lengannya di dada itu langsung berdecit perlahan. Tak habis-habis lagi pasal tu.

"Sorry sayang, Jungwon memang mostly iras Jungkook" balas tuan Jung setelah puas menilik wajah cucunya, mencari kalau-kalau ada bahagian yang persis ibunya.

Jungkook yang kekal berdiri di situ langsung mengemam bibirnya sebelum tertawa halus. Sukalah dia bila ayah mentuanya pun berfikir perkara yang sama. Atau lebih kepada bila pandangan Eunha itu tidak disokong ayah sendiri.

Eunha mencerlung tajam Jungkook yang sedang mentertawakannya itu sebelum merengus geram. Kalau sekarang mereka berada di rumah, dah lama segala bantal di rumah dicampak ke arah suaminya itu. Menyebalkan!

"Ah appa, mwoyaaa" rungut Eunha protes dengan wajah yang masam mencuka. Dahinya berkerut protes. Sebal betul bila ayahnya pun memilih untuk menyokong Jungkook.

Tuan Jung tergelak kecil. Dia memandang wajah cemberut anaknya itu.

"Lah tak apa lah, Eun. Sekarang mungkin ada banyak iras Jungkook, mana tahu nanti Jungwon besar sikit ada iras kamu pulak ke kan?" tutur tuan Jung, memujuk hati Eunha yang sedang protes itu.

Eunha tidak merespon sebaliknya hanya mengekalkan wajah cemberutnya itu. Dia menjeling Jungkook yang sedang menayang senyuman kemenangan kepadanya.

Aku tak tahu la dorang ni husband wife ke adik beradik yang tengah bergaduh-

"Tapi kan, pa, risau jugak. Kalau muka Jungwon ikut saya, nanti takut perangai ikut mummy dia pulak" seloroh Jungkook bersahaja yang kononnya bimbang itu. Raut wajah resah ditayang.

"Heol,Jeon Jungkook ssi, awak nak cakap perangai saya tak elok ke?" tebak Eunha protes sambil memandang tajam wajah suaminya itu.

"Tak ada la. Tengok la mummy dia macam mana. Cepat protes, cepat merajuk, cepat menangis. Tak macho dah Jeon Jungwon saya nanti" jelas Jungkook bersahaja yang kononnya seolah bercakap dengan tuan Jung, walhal hakikatnya dia sengaja mahu menyebalkan lagi isterinya itu. Suka tengok raut wajah wanita itu cemberut protes.

"Eyyy. Appaaaaaa, Eun benci la dengan orang dengki ni!" hambur Eunha sebal sambil memandang tajam wajah ayahnya.

Terkekeh-kekeh Jungkook ketawa melihat reaksi Eunha itu. Marah betul tu.

"Ala paaa, tengok lah tu. Nama baby pun ada nama dia, muka pun ikut dia. Habis Eun sumbang apa jeee?" bentak Eunha, menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu. Dia menarik muncung panjang.

"Ala,macam Jungkook cakap tadi lah. Mungkin Eun sumbang perangai Eun dekat Jungwon. Ok lah tu" respon tuan Jung bersahaja sebelum mengukir senyuman kecil buat anaknya itu.

"Ish, appa pun sama je" omel Eunha sebal seraya menjeling sekilas tuan Jung. Bibirnya dicebikkan.

Tuan Jung tergelak kecil sebelum mengusutkan ringkas rambut Eunha.

"Kejap eh, appa keluar kejap. Ada nak call orang kejap" tutur tuan Jung yang baru terlintas dia perlu membuat panggilan dengan pembantunya. Dia berdiri lalu Jungwon dihulurkan kepada Jungkook. Setelah itu, dia langsung menapak keluar dari wad buat sementara.

"Awak annoying nak mati hari ni. Saya mogok 5 jam" seloroh Eunha senada sambil memandang Jungkook yang sedang meletakkan perlahan tubuh kecil Jungwon ke dalam katil bayi dari pihak hospital itu.

"Mogok lah sehari pun, sayang. Saya ada Jungwon. Kan,sayang?" tukas Jungkook bersahaja seraya tersenyum kecil melihat anaknya yang sedang memandang lurus wajahnya itu. Dicuit perlahan pipi mulus Jungwon.

Eunha berdecit jengkel sebelum merengus perlahan. Dia meraih botol air mineral yang berada di kabinet sebelah katilnya itu. Sempat dia mengerling Jungkook yang masih setia bermesra dengan anak mereka itu.

Seraya itu, pintu wad dibuka dari luar. Eunha langsung memandang ke arah pintu itu. Begitu juga Jungkook yang sedang berura-ura untuk duduk di kerusi bersebelahan katil Eunha itu.

"Eo? Ahjumma Lee!" laung Eunha agak lantang dengan terujanya apabila figura wanita lingkungan 50 an itu menyapa pandangannya. Figura ini lagilah. Hampir sebulan tidak dilihatnya.

"Eo, Eunha ya~" sahut ahjumma Lee mesra dengan senyuman seraya menapak menghampiri katil Eunha. Tubuh anak majikannya itu dipeluk ringkas.

"Ahjumma datang sini ni siapa yang jaga rumah appa?" soal Eunha membuka bicara seraya mencapai semula botol air mineral yang diletaknya ke atas tilam bagi membalas pelukan ahjumma Lee tadi.

"Ada anak perempuan ahjumma tu jagakan kejap. Yoojung" jelas ahjumma Lee ringkas.

Eunha mengangguk kecil. Tangannya mendarat di penutup botol air mineral untuk dibuka botol itu. Namun begitu,

Pap!

Bukan. Bukan lengan Eunha yang ditampar. Tapi, seorang Jeon Jungkook yang cuma berkelakuan baik di situ-

"Haaa, apa biar Eunha yang buka penutup botol tu? Tak elok lah untuk pergelangan tangan dia" bebel ahjumma Lee kepada Jungkook dengan mata yang sedikit dijegilkan mata.

Ha, datang sudah warga veteran. Macam-macam lah pantang larang akan disebutnya nanti.

"Aduh, ahjumma. Mana la saya tahu" tukas Jungkook sedikit membentak itu sambil menggosok perlahan lengannya. Eunha pula mengerling sekilas Jungkook yang seperti tersakiti sangat itu sebelum tangannya bergerak menggosok sekilas lengan suaminya itu. Sambil itu matanya bergerak memandang ahjumma Lee kembali.

"Ala, ahjumma. Tak apa lah. Buka penutup botol je--"

"Buka penutup botol la kena elak bila baru lepas bersalin ni. Pergelangan tangan tu masih lemah lagi. Tak bagus. Aigoo jjinja" bebel ahjumma Lee ringkas sebelum merengus perlahan. Kepalanya digeleng kecil melihat pasangan suami isteri itu.

Eunha mencebik sedikit sebelum menghulur botol air mineral itu kepada Jungkook, terpaksa akur jua. Walhal pergelangan tangannya itu bukanlah lemah sangat pun. Setakat mahu membuka penutup botol, boleh sangat. Tapi itulah, kalau berdebat dengan fakta atau budaya orang lama ni, memang tak akan menang.

Jungkook tersenyum kecil melihat raut wajah Eunha itu sebelum menyambut huluran botol wanita itu. Tangan kanannya memulas penutup botol itu dengan satu kali cuba dan terus terbuka. Setelah itu, botol air mineral yang sudah tanpa penutup itu dihulur kembali kepada Eunha.

"Aigoooo giyowooo"

Suara sorakan ahjumma Lee itu langsung membuatkan Eunha dan Jungkook menoleh ke arah suara itu. Rupanya wanita itu sudah pergi melihat Jungwon di dalam katil bayi itu. Entah bila lah wanita itu pergi.

Eunha tersenyum kecil apabila mendapati ahjumma Lee terlihat tercuit hati tika melihat anaknya itu.

"Ahjumma--"

"Aigoo, muka macam ayah dia lahhh" seloroh ahjumma Lee dengan senyuman lebar seraya mencuit lembut pipi gebu Jungwon.

Drastik senyuman lebar Eunha yang baru terukir tadi lesap dek komen yang diberikan ahjumma Lee itu. Baru saja dia mahu mengatakan kepada wanita itu yang Jungwon itu persisnya.

"Ha dah la. Tak suka lah macam ni. Mogok sebulan!"

HSHSHSHSHSHSHS

HA TAK TAHU LA APA KORANG RASA TAPI AKU RASA CHAP NI COMEL HSHSHSHS

ISOKEY KALAU AKU SORANG JE RASA BEGITU OHOHOHO

DAH BIASA SYOK SENDIRI-

EKCELI CHAP NI PANJANG LAGI TAPI AKU DECIDE UNTUK CUT SEPARUH DULU SINCE AKU MALAS GILA NAK TYPE SEMALAM SKSKSKSKS

PANJANG NI DAH OK KAN?

EM

BTW, AKU TAHU RAMAI YANG MCM, PAHAL JUNGWON IKUT MUKA JUNGKOOK PULAK DALAM NI

WELL, AKU TANAK LA BASED ON REAL LIFE SANGAT, BIAR LA DALAM NI JUNGWON TU IRAS JUNGKOOK AND BUKAN EUNHA SKSKSKSKSK

LAGIPUN AKU MEMANG PLAN NAK BUAT ANAK DORANG DALAM NI IKUT JUNGKOOK PUN. NAMA JUNGWON TU KEBETULAN JE SHSHSHS JANGAN LA BASED ON REALITY SANGAT EM

ALSO, ADA BABY ULZZANG YANG LOOK A LIKE JUNGKOOK, SO AKU MEMANG NAK GUNA ULZZANG TU NANTI. THAT'S Y AKU BUAT JUNGWON NI IRAS JUNGWON AAAGITUHH

HA BANYAK BETHOL EXPLANATION NYA EM

HA BTW CHAP LEPAS AKU ADA BAGITAHU YANG AKU NAK EDIT BBP EN, YAA SYUKUR KE HADRAT ILAHI SEKARANG SAYA SUDAH BERJAYA EDIT CHAP 1-

EDIT SATU CHAP PUN SEKSA WOI FKDNDKEJEKE

DAH LA LEHER AKU RASA MACAM NAK TERCABUT LEPAS TU TERSEKSA DENGAN KE-CRINGE-AN WRITING AKU LAGI EM

YANG RASA BANGANGNYA, DULU TIME TYPE FF TU, AKU RASA MACAM LAWA TAKLEH BENDUNG DAH WRITING AKU-

SEKOR TAK LEH LAWAN EM

BILA USHA SETELAH 3 TAHUN BERLALU, WAH TAHI-

Ha itulah sedikit pengalaman saya-

Semoga aku selamat edit lagi 97 chap tanpa maut akibat ke-cringe-an

Em kbai

HA VOTE YE JANGAN LUPA

OK BABAIII

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro