🔷44
OH HAI EBELIBADEHH
GUD AFTERNUNNN
LONG TIME NO SEE YE HSHSHSHS
TAK TAK AKU TAK KENA SAMPUK APA II SAMPAI BOLEH APDET DI SIANG HARI INI
I'M GUD EM
HA YELAH SIAPA FIRST VOTE, AKU KASI MASK FREE
HA KO TEKAN NATANG BINTANG BAWAH TU SKRG
Tenkiu hikhikhik
"Selamat menjamu selera~"
"Eo, kamsahamnida~" respon Eunha mesra yang disertakan senyuman lebarnya kepada pelayan restoran yang baru saja usai meletakkan hidangan yang dipesan ke atas meja.
"Uwaaa, cheese banyak la~!" sorak Eunha riang sebaik saja matanya terarah pada sepinggan bebola daging yang diselaputi penuh keju Mozzarella di atasnya itu hingga meleleh ke tepi. Kentang putar bersama tomato ceri dan salad di penjuru pinggan itu pula menyerikan lagi hidangan barat tersebut. Tampak sungguh menyelerakan.
"Sayang, awak belanja eh?" seloroh Eunha seraya bola matanya bergerak, menatap Jungkook di hadapan. Dia tersengih comel, menayang sebaris giginya kepada lelaki itu.
Jungkook memandang sekilas ekspresi wajah yang ditunjukkan Eunha itu sebelum langsung berdecit perlahan.
"Macam la selama ni awak yang bayar sendiri, sayang" balas Jungkook bersahaja,berbaur sarkastik. Dia menjongket sebelah keningnya sambil tersenyum kecil.
Eunha berdecit sebelum mencebikkan bibirnya sekilas.
"Ala, mana la tahu kali ni awak nak jadi kedekut. Effect protes semalam ke kan haaa" tukas Eunha selamba yang menyempat menyindir suaminya itu kembali. Dia mengukir senyuman lebar.
Kisah semalam. Kisah yang ringkas saja. Jadi, semalam seketul Eunha ini memesan pizza menerusi perkhidmatan penghantaran makanan dari atas talian. Memandangkan wanita ini seorang hantu pizza, maka sekotak pizza bersaiz regular itu dikawalnya. Sampaikan seorang Jeon Jungkook yang cuma meminta sepotong saja pun tidak diberi. Walau secebis nenas sekalipun. Malah, disuruh suaminya itu memesan yang baru dek sekotak pizza itu sepenuhnya miliknya. Tiada siapa boleh sentuh.
Dan ya. Dia memang berjaya menghabiskan sekotak pizza bersaiz Regular itu sendirian.
Kotak pizza dia tak makan lah-
"Ha, boleh jugak nak extend protes lagi. So, bayar sendiri eh kejap lagi, sayang" respon Jungkook tenang sebelum mengukir senyuman lebar buat isterinya yang kononnya sedang bangga dapat mengusiknya.
Drastik sepasang mata Eunha membuntang hampir luas memandang Jungkook dek respon yang didengarinya itu.
"Ehhh,sayanggg. Saya bukan kasi awak suggestion tadiiii" nafi Eunha yang spontan menggelabah itu. Tadi dah dapat greenlight, sibuk sangat nak menyindir.
"Tak tahu, tak tahu" balas Jungkook bersahaja sambil matanya meliar ke arah lain.
"Ala sayang alaaaa. Belanja la,sayang. Saya order banyak makanan mahal niii. Gaji saya pun lambat lagi masuk. Kalau saya spend duit saya untuk makanan hari ni,habis la duit saya bulan ni. Nanti miskin la sayaaa. Macam mana saya nak order delivery food nanti haaa" hambur Eunha dengan penuh dramatiknya seolah betul-betul teraniaya itu. Dahinya berkerut-kerut sambil matanya redup menatap wajah selamba suaminya itu. Kononnya mahu meraih simpati.
"Oh ye?" soal Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah, mahukan kepastian.
Eunha pantas menganggukkan kepalanya laju. Bibirnya dicebikkan sedikit, berharap dapat melembutkan kembali hati Jungkook. Berharap suaminya itu menarik kembali kata putus tadi.
"Bukan masalah saya" seloroh Jungkook santai seraya mengenyit sebelah matanya. Bibirnya mengulum senyuman manis.
Eunha terkesima sebentar dek jawapan yang diberikan Jungkook itu. Mati-matian dia fikir lelaki itu terpedaya dengan hamburan dramatiknya tadi.
"Ala sayangggg. Okey okey. Awak nak rasa meatball ni? Rasa lah. Sedap tau. Sini saya suapkan. Eoh?" seloroh Eunha yang spontan menggunakan taktik lain pula bagi memujuk suaminya itu. Dia langsung mencucuk sebiji bebola daging yang masih tidak disentuh itu menggunakan garfu lalu langsung disua ke arah Jungkook.
"Aaaaaaaaa"
Jungkook langsung berdecit perlahan dek kesungguhan Eunha yang betul-betul mahu mengampunya itu. Dia memandang isterinya yang masih setia menyua bebola daging itu ke arahnya.
"Ah, sayang cepatlah buka muluttt" gesa Eunha yang hampir sebal itu apabila hulurannya itu tidak disambut. Lenguh tangan dibuatnya dalam keadaan begitu.
Jungkook tergelak kecil sebelum akhirnya menerima juga suapan dari Eunha itu. Cepat sebal betul si anak Jung ni pun.
"Haaa, so decision awak tak nak belanja saya tadi kita kuburkan eh" seloroh Eunha sebelum mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Tahu dah ada makna" balas Jungkook bersahaja setelah berdecit perlahan.
Eunha langsung tersengih kecil sebelum menumpu fokusnya pada hidangan menyelerakan di hadapannya itu. Bebola daging yang agak besar itu ditusuknya menggunakan garfu sebelum dimasukkan selamba bebola itu ke dalam mulutnya. Dia mengunyah perlahan sebelum bibirnya mengulum senyuman lebar yang tak berapa nak lebar kesan dari bebola yang penuh di dalam mulutnya itu.
"Hey, makan sikit-sikit la, sayang. Tak ada siapa nak rompak meatball awak tu lah" tutur Jungkook yang berunsur pesanan itu walau hakikatnya dia sendiri tercuit hati melihat keadaan pipi Eunha itu waktu itu. Kembung habis.
Eunha hanya menayang raut wajah tidak pedulinya itu sambil ligat mengunyah bebola daging yang hampir hancur sepenuhnya dalam mulutnya itu.
Jungkook hanya menggelengkan kepalanya perlahan sebelum meneruskan sesi menjamah makanan di hadapannya itu.
Setelah hampir memakan setengah minit lamanya, Eunha akhirnya berjaya menelan bebola daging berkeju dan mampat dengan isi daging itu. Dia kemudiannya menyedut sedikit air jus oren miliknya.
"Oh ye, sayang. Semalam kenapa awak kena pergi head office? Ada apa-apa masalah ke dekat office awak?" soal Eunha penasaran sambil matanya tertumpu pada wajah Jungkook di hadapan.
Jungkook langsung mengangkat kepalanya dari terus fokus kepada hidangan di hadapannya apabila mendengar soalan itu diaju Eunha. Dia memandang wanita di hadapannya itu.
"Tak lah" jawabnya ringkas.
"Then?" soal Eunha dengan kening yang diangkat sebelah, masih penasaran.
Jungkook tersenyum kecil sebelum meletakkan sudu dan garfu yang dipegang kedua-dua tangannya itu ke pinggan. Dia memandang wajah Eunha yang betul-betul ingin tahu itu.
"Umm, sayang. Awak pernah wonder tak kenapa sebelum-sebelum ni saya tak lepas kertas kerja, file, dokumen and everything?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
"Umm, not really. Sebab, itu bukan benda pelik pun awak busy sampai macam tu. Wae?" respon Eunha polos sambil matanya bulat-bulat memandang Jungkook.
Jungkook mengulum senyuman kecil buat kali kedua.
"Well, actually, saya ada satu lagi projek besar and lagi precious dari projek yang saya bagitahu awak hari tu" tutur Jungkook ringkas dengan senyuman kecil.
"Oh yea? Awak ada satu lagi projek besar?" soal Eunha yang agak terkejut dengan pernyataan Jungkook itu. Matanya sedikit membulat.
Jungkook mengukir senyuman lebar sebelum menganggukkan kepalanya sebagai respon.
Mulut Eunha melopong. Matanya berkelip-kelip memandang wajah suaminya itu.
Unbeliebubble.
"How can awak boleh manage untuk handle dua projek besar dalam satu masa?" soal Eunha yang masih terkesima itu. Matanya yang agak membuntang itu menatap wajah Jungkook, cukup membuatkan lelaki itu tergelak kecil.
"Well, projek yang saya bagitahu awak hari tu, yang tu lebih kepada tugas company. So banyaklah staff yang tolong handle everything" jelas Jungkook ringkas dan mudah difahami.
"Then, projek ni? Staff tak ada campur tangan ke?" soal Eunha hairan. Dahinya berkerut.
"Ada. Still ada. Tapi, certain je. Cuma staff dekat department Mingyu je yang bertugas and manage projek ni. Bukan satu bangunan tahu pasal ni" respon Jungkook dengan keterangan pendek.
"Wae?" soal Eunha lagi, ingin tahu. Hairan pun ada juga. Dahinya bertambah berkerut.
Jungkook tersenyum kecil sebelum bersuara lagi.
"Sebab, projek saya kali ni semuanya saya yang uruskan. Tak ada bussiness partner, collaborators and lain-lain. Saya yang uruskan sendiri and saya yang akan bangunkan projek ni sendiri. Semuanya atas nama saya and bukan atas company. So, that's why this project too precious and priceless. Semuanya hasil effort saya" terang Jungkook agak panjang lebar dengan lebih jelas.
Mulut Eunha melopong lagi sebelum perlahan-lahan bertukar kepada senyuman teruja.
"Wahhh, then macam mana dengan status projek tu sekarang? Still on working ke?" soal Eunha teruja dengan sepasang matanya yang kini seakan bersinar-sinar setelah sedia maklum tentang projek kerja sebenar Jungkook itu. Baginya itu tersangatlah mengagumkan. Uruskan dua kerja penting dalam satu masa? Impressive.
"Aniya. Semua dah siap. Just tinggal untuk daftarkan everything pasal projek ni and saya dapat launch projek ni dalam masa terdekat" tutur Jungkook sebelum tersenyum kecil.
"Uwaaa. Jadi bila awak nak daftar?" soal Eunha yang masih teruja itu. Kedua-dua tapak tangannya perlahan berlaga sesama sendiri,menepuk tangan cara mod senyap.
"Hari ni" balas Jungkook ringkas dengan senyuman.
"H-Heol. Serius? Hari ni?" soal Eunha dengan mata yang sedikit membulat,tidak menyangka.
Jungkook yang masih tersenyum itu mengangguk perlahan kepalanya.
"Eoh. Later, guess who akan jadi ma'am dekat mall tu" ujar Jungkook sedikit meleret, seolah memberi klu itu. Dia menggerakkan keningnya berkali-kali.
"W-Wait? Mall?" soal Eunha bingung dengan dahi yang sudah berkerut seribu. Kejutan apa lagi lelaki itu mahu memberitahunya ni?
"Eoh. Projek yang saya berjaya manage tanpa campur tangan company lain ni is a shopping mall project. Projek shopping mall pertama saya lepas 3 tahun tunggu untuk dapat verify" jelas Jungkook sebelum senyumannya bertambah lebar.
"Heol, sayang. At this moment, saya betul-betul speechless"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»44
•
•
•
"Eoh, lebih kurang 15 minit lagi macam tu saya gerak"
"Alright. Jangan lambat. Hari ni dan petang ni saja head office buka untuk pendaftaran tu"
"Ya, saya takkan lewat" respon Jungkook mendatar seraya menilik jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya itu.
Tut~
Panggilan dimatikan oleh pembantu pengarah yang bertugas di jabatan utama, gerangan yang sedang berkomunikasi dengan Jungkook di hujung talian pastinya.
Jungkook kemudiannya menurunkan telefon pintarnya dari telinganya. Dia meletakkan gajet canggih itu ke atas meja kerjanya buat sementara. Kemudian, tangannya bergerak mengangkat gagang telefon pejabat, berniat untuk menyambungkan panggilan dengan pengurus utamanya.
Namun, baru saja jarinya berura-ura untuk menekan butang nombor dua di badan telefon itu,
Bam!
Tergendala drastik niat Jungkook yang ingin menghubungi menerusi telefon pejabat itu apabila pintu pejabatnya dirempuh seorang manusia.
Kim Mingyu.
Jungkook mengangkat kepalanya, memandang Mingyu yang sedang meluru ke arahnya itu. Satu keluhan kecil dilepaskan.
"Yah, berapa kali aku nak bagitahu kau? Ketuk pintu--"
"Yah Kook. Semua data, file, dokumen related pasal mall tu tak ada. Hilang. Whole thing" tutur Mingyu dengan nada yang jelas cemas dan berkadar sekali harung itu.
Jungkook yang tadinya berkelakuan tenang dan tidak terlalu dingin itu drastik bola matanya bergerak memandang wajah Mingyu tatkala mendengar tuturan rakannya itu.
"Mwo?" respon Jungkook spontan dengan mata yang sedikit membuntang. Sungguh dia terkejut dengan berita dari Kim Mingyu ini.
"Semua benda. Tak ada. Staff aku semua dah cari and seorang pun tak ada yang jumpa. Aku pun dah cuba cari jugak tadi. Tak ada,Kook. Tak ada" ujar Mingyu dengan bersungguhnya sebelum mengeluh kecil.
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya dikemam sebentar sebelum bersuara kembali.
"Data dalam computer pun tak ada?" soal Jungkook, masih cuba untuk mengawal emosinya. Bola matanya tak lari dari memandang wajah rakannya di hadapan.
"Ye, tak ada. Folder tu kosong. Itu yang paling gila" jawab Mingyu sebelum merengus perlahan.
Jungkook mengetap bibirnya kuat. Kedua-dua tangannya menggempal penumbuk. Matanya dipejam sebentar sebelum rambutnya dikusutkan kasar. Emosinya mulai menggugat pendiriannya.
"Aishhhh. Back up?" soal Jungkook lagi, cuba menyoal segala kemungkinan yang mungkin. Nafasnya masih cuba diatur. Pandangan yang tajam setia terarah pada wajah Mingyu, menanti respon lelaki itu.
Mingyu mengetap bibirnya sebelum mengeluh kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan sebagai respon.
"Eh sial la! Apa benda ni bodoh?!" hambur Jungkook lantang dengan bengangnya. Nafasnya turun naik. Rahangnya bergerak-gerak. Barannya mulai mengawal dirinya.
"Aish. Aku syak ada orang ceroboh" ujar Mingyu, menyuarakan andaiannya.
"Macam mana boleh ceroboh,sial? Guard tak reti buat kerja ke?!" tukas Jungkook dengan nada yang masih lantang itu sebelum meraup kasar rambutnya ke belakang.
"Itulah masalahnya. Tak logik jugak ada orang ceroboh sebab semalam dalam storage room ada staff buat kerja dekat situ" tutur Mingyu sebelum mengusutkan rambutnya kasar.
Jungkook tidak merespon. Di saat itu, dia sedang sedaya-upaya menenangkan dirinya yang betul-betul berang itu. Matanya dipejam rapat, bibirnya diketap kuat. Nafasnya yang turun naik itu cuba diatur sebaiknya.
"Oh,wait. Boleh jadi staff kita yang jadi orang tengah kasi semua data tu dekat mana-mana company yang bayar dia. Tak mustahil kan?" tutur Mingyu yang sempat membuat andaian yang berkemungkinan di situ.
Jungkook merengus perlahan. Dia meramas rambutnya kuat sebelum tangannya didaratkan kasar pada meja kerjanya, mampu menghasilkan bunyi yang kuat.
"Aku tak kisah la macam mana semua tu hilang! Sekarang ni aku nak semua data mall aku tu balik! Aish, sial la!" hambur Jungkook berang seraya mengusutkan rambutnya kasar.
Mingyu merengus perlahan dek menyedari keadaan rakannya yang kembali dikuasai berang itu.
"Ya,semua staff tengah cuba recover balik data tu. Diorang tengah cuba macam-macam cara untuk dapatkan balik file tu semua. Sekarang ni kau cuba chill--"
"Aku nak chill macam mana, sial?! Benda yang hilang tu first projek mall aku! Bukannya projek kecik!" tukas Jungkook bengang. Matanya tajam merenung wajah Mingyu.
Mingyu merengus buat kali kedua. Bibirnya diketap sebentar.
"Ye,aku tahu. Tapi kalau kau marah-marah macam ni pun takkan berubah apa. semua orang tengah usaha untuk cari tu. Kau chill je lah dulu" balas Mingyu yang masih mencuba untuk menenangkan rakannya itu.
"Masalahnya,aku nak kena daftar benda tu hari ni! Kalau hari ni aku tak submit,semua tu drastically expired,sial!" balas Jungkook bengang dengan nada yang meninggi itu. Segala kertas dan fail yang tersusun kemas di atas meja itu ditolak kasar kesemuanya, menghempap lantai.
Mingyu mengetap bibirnya kuat. Dia mengeluh kasar sebelum bersuara lagi.
"Okey, ye. Tapi still, kau--"
Tergendala Mingyu dari membidas itu apabila lengannya diraih satu figura dari belakang. Dia langsung menoleh, melihat gerangan yang meraih lengannya itu.
Kim Chaeyeon.
Chaeyeon menarik lengan Mingyu, bertujuan untuk menjauhi sedikit suaminya itu dari meja kerja Jungkook.
"Dah, dah. Tak payah cuba suruh dia bertenang. Memang takkan jadi apa. Lagi baran ada lah" tutur Chaeyeon sebaik saja mereka menjauh sedikit dari meja Jungkook. Dia mendongak sedikit, memandang Mingyu.
"Ye, tapi dia--"
"Kita serah dekat yang lebih berkesan. Saya dah call Eunha"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»44
•
•
•
"Eh hai, Eun--"
Kyung Joo yang mendapati Eunha berjalan melepasi kaunternya itu terhenti separuh jalan sapaannya apabila wanita itu langsung tidak mengerling ke arahnya. Malah, berjalan dengan langkah yang pantas. Terkebil-kebil Kyung Joo di situ dibuatnya.
Eunha melangkah laju ke arah bahagian lif. Kebetulan, pintu lif terbuka luas ketika itu dek ada beberapa pekerja yang baru keluar dari situ. Dia langsung melangkah masuk ke dalam lif yang kosong itu. Pintu lif perlahan tertutup rapat.
Eunha ketika itu kembali menghubungi nombor Jungkook berulang kali, berharap dapat mengalih perhatian lelaki itu. Kemungkinan untuk suaminya itu menjawab panggilannya memang tersangat tipislah tika ini.
Dalam hatinya pula tak henti berharap. Berharap supaya seorang Jeon Jungkook itu tidak terlalu teruk berang dan bengang hingga mampu mencederakan diri. Bukannya dia baru kenal suaminya itu 5 minit lalu. Lelaki itu bila sudah beremosi, macam-macam benda buruk boleh berlaku kepada tuannya.
Ting!
Pintu lif terbuka luas sebaik saja tiba di aras yang ditekan Eunha tadi. Eunha langsung menapak keluar dari perut lif itu dan pantas menuju ke pejabat persendirian suaminya yang tidak jauh dari lif itu. Setelah itu, dia langsung membuka pintu pejabat Jungkook itu.
Sebaik saja pintu dibuka, matanya langsung menyaksikan Jungkook yang baru mencapai vase bunga kaca jernih yang berada di atas meja berlapis kaca di antara dua buah sofa itu.
"Sayang, no!" laung Eunha spontan yang sangat yakin atas sebab apa lelaki itu mencapai objek kaca itu. Dia pantas menapak ke arah Jungkook lalu tubuh lelaki itu langsung didakapnya erat, berharap dapat menghalang suaminya itu dari membaling vase kaca itu ke dinding.
"Aish, sial la!" rengus Jungkook bengang apabila kedua-dua lengannya tak dapat digerakkan dek dakapan Eunha yang erat seeratnya itu. Timbul urat-urat di tangan kanannya dek menggenggam erat vase kaca itu.
Eunha memejamkan matanya rapat. Dia kekal memeluk erat tubuh Jungkook walau keadaan lelaki itu sangat jelas,teramatlah berang. Dia kuatkan juga dirinya untuk terus membataskan pergerakan suaminya itu.
"Sayang, no. Jangan baling tu, please. You will get hurt" rayu Eunha perlahan dengan nada yang cukup bimbang itu.
Jungkook merengus perlahan. Bukannya dia tidak mempunyai kudrat untuk meloloskan dirinya dari dakapan Eunha, cumanya wanita itu sememangnya kelemahannya. Berang macam mana pun dia, marah macam mana pun dia, dia tetap tak mampu untuk melepaskan rasa marahnya itu berlebihan kepada wanita itu.
"Lepas"
"No" balas Eunha spontan.
"Eunha" panggil Jungkook tegas dengan nada yang rendah itu.
"Tak, saya tak akan lepaskan awak" respon Eunha yang enggan mengalah itu setelah menggelengkan kepala.
"You will get hurt!"
Spontan suara Jungkook naik seoktaf.
"Saya tak kisah!" tukas Eunha yang tetap berkeras dengan keputusannya itu.
Jungkook merengus kasar. Rahangnya bergerak-gerak. Bibirnya diketap kuat. Matanya dipejam rapat.
Eunha mengeluh kecil. Bibirnya dikemam.
"Sayang, tolong jangan macam ni" rayu Eunha lagi dengan nada penuh bersungguh.
Jungkook hanya diam. Hanya deruan nafasnya yang turun naik itu saja kedengaran.
Eunha melepaskan keluhannya yang agak tidak keruan kesan dari gentarnya menghadapi baran suaminya itu. Dia mengemam bibirnya sebelum melonggarkan sedikit pelukannya pada tubuh Jungkook. Tidak lagi seerat tadi.
"It's okay, its okay. It's fine..." pujuk Eunha perlahan sambil tangannya perlahan menggosok belakang Jungkook.
"Everything's gonna be fine. It's okay" tambah Eunha dengan nadanya yang rendah dan lembut itu. Tangannya setia mengusap perlahan belakang suaminya, berharap dapat menenangkan lelaki itu.
"Saya tak tahu apa yang sebenarnya jadi, but please tenangkan diri awak dulu,sayang" tutur Eunha lembut yang kini menepuk perlahan belakang Jungkook, berusaha memujuk dan meredakan baran yang mengawal diri lelaki itu.
"Awak marah-marah macam ni tak akan selesaikan apa-apa pun, sayang. So, cuba tenangkan diri awak. It's okay, semua akan okey" tutur Eunha sambil tangannya masih menepuk perlahan belakang suaminya itu.
Jungkook yang tadinya hanya kaku tika ditenangkan Eunha itu mulai merengus perlahan.
"It's all over,sayang. The whole thing" ujar Jungkook dengan nada rendah dan mendatar itu. Terselit nada kesal dalam suaranya itu.
"Hm?" respon Eunha bingung dengan pernyataan Jungkook itu. Dia kemudiannya perlahan meleraikan pelukannya pada tubuh lelaki itu. Kepalanya didongak sedikit, memandang wajah suaminya itu.
"Okey. Bagitahu saya. Apa yang jadi sebenarnya? Hm?" soal Eunha prihatin sambil menatap lembut wajah penuh serabut Jungkook itu. Vase kaca yang berada di genggaman kanan lelaki itu diraihnya lembut sebelum diletakkan ke atas meja kembali.
Jungkook memandang Eunha yang tak lepas menatap wajahnya itu. Dia mengeluh kecil sebelum bersuara.
"Pasal projek mall tu" jawab Jungkook ringkas.
"Eoh, " respon Eunha dengan anggukan kecil. Dia fokus mengamati wajah lelaki itu.
"Semua data,dokumen fail pasal projek tu hilang" sambung Jungkook sebelum merengus perlahan. Bola matanya dilarikan ke arah lain lalu satu keluhan kecil dilepaskan. Enggan menunjukkan pandangan kecewanya pada Eunha di hadapan.
Mata Eunha drastik membuntang. Mulutnya terbuka sedikit.
"Eo-eoh? hilang?" soal Eunha dengan nada yang sungguh terkejut itu. Sepasang matanya yang membuntang itu memandang wajah Jungkook.
Jungkook mengeluh perlahan sebelum menganggukkan kepalanya.
"Hm. Last minit hilang. Everything. Langsung tak ada satu yang tinggal" respon Jungkook mendatar sebelum mengetap bibirnya.
"Ma-Macam mana--"
Dengusan kasar Jungkook yang terhasil dek soalan yang bakal ditanya Eunha itu cukup membuatkan wanita itu mati kata. Jungkook memejamkan matanya rapat sebelum mengusutkan rambutnya kasar.
"Saya tak tahu. Saya tak tahu siapa yang sial sangat tak boleh tengok orang senang, tak boleh nak usaha sendiri macam bodoh--"
"Okey, sayang okey. Calm down" seloroh Eunha drastik dek menyedari pantas yang suaminya itu beremosi kembali. Kedua-dua lengan lelaki itu dipegangnya erat sambil matanya menatap tepat ke dalam mata baran Jungkook.
Jungkook merengus perlahan sebelum meloloskan kedua-dua lengannya dari pegangan Eunha.
"Susah! Ni bukan masalah kecik untuk saya senang-senang calm down. Benda ni betul-betul mengganggu saya" tukas Jungkook dengan nada agak meninggi. Dia mengetap bibirnya kuat. Nafasnya mulai turun naik.
Eunha diam. Dia hanya mengunci mulutnya di situ. Memberi ruang untuk lelaki itu menghamburkan apa yang terbuku dalam hatinya.
"Semua benda dari hasil effort dan struggle saya hilang macam tu je. Not to mention pasal kerugian lagi! Projek ni betul-betul projek pertama saya yang langsung tak minta dari sesiapa untuk campur tangan. Susah untuk terima apa yang jadi hari ni. I was just about to reach my goal!" hambur Jungkook dengan kesalnya sebelum meraup wajahnya kasar. Nafasnya mulai tidak keruan. Dia mengemam bibirnya sambil matanya meliar ke arah lain.
"Saya struggle macam nak mati, manage dua projek dalam satu masa, spend everything, turns out apa yang saya usahakan orang ambik macam tak ada otak nak fikir. Memang sial" tambah Jungkook lalu meramas rambutnya kuat. Lagi dan lagi dia mengetap bibirnya kuat.
Eunha hanya mampu kaku di situ. Dia betul-betul mahu membiarkan lelaki itu hamburkan segalanya. Cuma, dalam masa yang sama, dia tak sanggup melihat keadaan suaminya itu ketika itu. Melihat Jungkook yang meluah kata-kata begitu, cukup menjelaskan lagi bahwa lelaki itu betul-betul rasa teraniaya dan kecewa. Hatinya turut sakit melihat dan mendengar tentang itu.
"7 bulan bukan sekejap,sayang. Dalam 7 bulan tu bukan masa yang senang untuk saya. Saya ada macam-macam lagi kerja lain nak manage. Saya busy sangat. Tapi dalam keadaan busy yang macam tu,saya still cari masa untuk manage projek ni. Penat lelah saya waktu tu terlalu berharga. Macam-macam saya korbankan untuk jayakan projek ni. Mostly kos untuk proses bangunkan projek ni, saya spend guna duit saya sendiri. Benda yang kecik je saya guna duit company. That's why its really worth to me. Lepas tu, saya dah excited macam orang bodoh untuk daftarkan projek ni dekat head office and end up, smua tu hancur habis bila saya dapat tahu semua benda related untuk projek tu hilang. Seriously, usaha saya selama ni rasa sia sia je, sayang. Macam tak membuahkan hasil apa-apa lepas apa yang saya dah sacrifice untuk 7 bulan tu" hambur Jungkook panjang lebar dengan nada yang rendah itu, jelas nada suaranya sangat kecewa tika itu. Dia merengus perlahan. Bibirnya dikemam. Bola matanya memang sejak tadi tidak terarah kepada wajah Eunha di hadapan. Alasannya, dia tak mahu terlihat teruk dan lemah di hadapan wanita itu.
Eunha yang seraya tadi hanya mendengar setiap perkataan yang dilontarkan Jungkook, kini menatap redup wajah lelaki itu. Meski perkara malang itu yang menimpa suaminya itu, dia juga seolah merasakan perasaan yang sama.
Eunha tetap menatap redup wajah kesal Jungkook di hadapan, walau mata lelaki itu langsung tidak bergerak untuk bertaut mata dengannya. Melihat Jungkook yang sedang memejamkan matanya sambil cuba mengatur nafasnya yang turun naik itu, jelas menunjukkan lelaki itu sedang berusaha menenangkan dirinya. Sukar untuk dirinya yang baran itu, namun dia tetap mencuba.
Eunha mengeluh kecil sebelum dia perlahan mendakap kembali tubuh Jungkook. Inilah cara mudah untuk membantu menenangkan dan meredakan baran suaminya. Dia memejamkan matanya seketika sebelum tangannya mengusap perlahan belakang lelaki itu.
"Saya tahu benda ni berat untuk awak terima, sayang" tutur Eunha perlahan dengan nada penuh kelembutan.
"Saya tahu hati awak tak kuat nak hadap masalah seberat ni,"
"The way saya tengok expression awk waktu ceritakan pasal projek ni dekat saya tadi,saya tahu. Awak mesti excited and happy sangat untuk achieve goal awak. And bila benda ni gone wrong,awak mesti frust sangat,sayang" sambung Eunha sebelum mengeluh kecil. Dia menepuk perlahan belakang Jungkook berulang kali.
Tindakan Eunha ini betul-betul seperti lagak seorang ibu menenangkan anaknya. Dia memang perlu berbuat seperti ini, memandangkan seorang Jeon Jungkook langsung tidak pernah merasa bagaimana seorang ibu kandungnya menenangkan hatinya.
"Saya tak salahkan awak bila awak emosi and baran awak control diri awak. I mean,mestilah awak akan bagi reaction macam tu bila dapat tahu pasal ni kan? Because you're too frustrated. Because you've worked hard for this. Because awak dah letak harapan yang besar untuk ni. Memang wajar awak akan mengamuk macam ni" ujar Eunha panjang berjela, memberikan kata-kata yang menyokong lelaki itu.
Jungkook hanya membisu dalam dakapan isterinya itu. Setiap sepatah perkataan yang keluar dari mulut wanita itu sedikit sebanyak merawat hatinya yang remuk itu. Pelukan dan nada suara milik seorang Jeon Eunha itu memang menenangkan.
"Tapi sayang, saya cuma tak boleh tengok awak yang macam ni. Saya tak suka bila awak mengamuk macam ni, sayang. Bila awak mengamuk, you will get hurt soon after. Saya tak suka tu jadi,sayang. Saya faham,tak senang awak nak tenang tapi saya tetap akan cuba yang terbaik untuk buat awak feel more better" tukas Eunha yang berbaur pujukan lembut itu.
"Look,sayang. Semua yang jadi mesti ada benda baik behind it. And setiap masalah mesti ada penyelesaiannya,kan?" tambah Eunha lagi, berusaha untuk mententeramkan lagi hati lelaki itu.
"The thing is, semua dah berakhir. The whole thing is all over today" tukas Jungkook mendatar yang akhirnya bersuara itu. Dia merengus perlahan.
Eunha mengeluh kecil. Dia melepaskan perlahan dakapannya pada tubuh Jungkook. Kedua-dua lengan lelaki itu dipegangnya. Matanya tepat menatap ke dalam mata suaminya itu. Setelah itu kepalanya digeleng perlahan.
"Tak, sayang. It's not over yet. Awak ada saya. Awak tak sendiri,sayang. Kita solve ni sama-sama,eoh? Saya akan selalu sokong awak. Saya akan selalu ada dengan awak. Jangan lose hope lagi,sayang" tutur Eunha, masih berusaha memujuk lelaki itu.
"It's not that easy untuk selesaikan, sayang" tukas Jungkook menyangkal tuturan isterinya itu.
"But it's easy if I always by your side" ujar Eunha spontan.
Jungkook hanyut dalam kebisuan buat beberapa saat.
"But still, the whole thing is at the end already. Saya tak dapat nak submit semua dokumen, file, data tu hari ni dekat head office. Saya tak dapat launch projek tu next month. Saya kena tunggu schedule lain pulak untuk next submission. Probably lambat lagi" tutur Jungkook agak panjang lebar. Dia kemudiannya merengus perlahan.
Eunha melepaskan keluhan kecil sebelum mengulum senyuman tipis.
"Then,awak still ada peluang kan,sayang? Sementara schedule time untuk next submission tu sampai,kan awak boleh solve benda ni slow-slow? Cari siapa dalang di sebalik ni and manage apa yang patut. Kan? Awak still boleh betulkan semua ni kan?" ujar Eunha panjang lebar, memberi saranan kepada Jungkook. Berusaha untuk membuka mata lelaki itu.
"Dah terlambat pun" balas Jungkook senada seraya bola matanya bergerak ke arah lain. Satu rengusan dilepaskan.
Eunha mengeluh kecil sebelum melepaskan kedua-dua lengan Jungkook dari pegangannya. Dia memandang wajah mendatar suaminya itu. Atau lebih kepada raut wajah putus asa.
"Sayang, this is not you tau" ujar Eunha dengan nada rendah sambil menatap wajah Jungkook.
"Sayang saya tak mudah kalah. Apatah lagi putus asa" sambung Eunha dengan nada yang tenang. Tuturannya itu cukup membuatkan bola mata Jungkook terarah kepadanya kembali.
Eunha mengulum senyuman kecil sebelum jari-jemarinya naik mengemaskan rambut hitam Jungkook yang agak kusut itu. Setelah itu, bola matanya turun memandang wajah sempurna lelaki itu.
"Awak tak lemah macam ni,sayang" tutur Eunha lembut sambil matanya tepat menatap ke dalam mata Jungkook.
"You're strong kan, sayang?" tambah Eunha lagi dengan senyuman kecil. Matanya tak lepas mengamati wajah lelaki itu.
Jungkook diam. Dia tidak merespon, hanya menatap wajah polos isterinya yang sedang tersenyum itu.
Eunha tersenyum melihat Jungkook yang hanya membisu itu sebelum tangannya naik menekup wajah lelaki itu.
"Hm?" soal Eunha dengan nada lembut dan senyuman masih menghiasi wajahnya. Masih mencuba untuk membuat suaminya itu merespon.
Namun begitu, Jungkook tetap juga tidak memberi respon walau sepatah. Sebaliknya lelaki itu perlahan menarik tubuh kecil Eunha pula ke dalam dakapannya. Rambut isterinya itu diusap perlahan. Bibirnya perlahan mengulum senyuman kecil.
"Thanks, sayang"
ASTAGA 4K WORDS-
HAAAA FINALLY SIAP JUGAK CHAP NI DKRNEKJRDKLELS
AI DAH PEWNAD
HA BADAWEHH, MACAM FAMILIAR TAK SCENE JUNGKOOK MARAH II NI?
INGAT TAK DEKAT MANA?
HA YANG TAK INGAT TU, TUA LAH TU-
AHAHAHAHA SIYES, TAK GURAU
YE DEKAT MANA LAGI, BBP LAH EM
YE DEKAT INTRO CHAP TADI AKU ADA BAGITAHU ADA BANYAK CARUT KAN HAA ITULAH DIA-
UNTUK ADEK ADEK YANG MEMBACA NI, JANGAN BAGITAHU PARENTS KORANG YE-
TAK TAK, JANGAN PRAKTIKKAN MENCARUT TU YE ANUCK II. TAK BAIK.
CUBA BERZIKIR HA KAN BAIK-
OK DAH
HA JANGAN TAKUT SANGATLAH KONFLIK AKU MUNCUL
KONFLIK AKU TAK DAPAT DATANG LAGI, PKP KAN. TAK BOLEH RENTAS DAERAH
LAH TIBAHH
Hm
Apapun, maap la kalau aku ada buat korang sendu untuk chap ni
Sengaja Hm hm hm
HA AKU DAH TEKAD HARITU TANAK BEBEL PANJANG II, INI DAH APAHAL-
HA YELAH, MAYBE HARI NI MOOD AKU BAIK EM
OH YE SORRY YE AKU KDG II ASYIK APDET LAMBAT SAMPAI 3-4 HARI MCM TU
LATELY NI AI BUSY STUDY
HAAAAA JELASSS BETHOL PENIPUAN DIA
TAKDELAH. HW AKU BANYAK HA. PASTU AKU SELALU TAKDE MOOD. HA GITUH
APAPUN, TENKIU KPD ANDA II YANG STILL TUNGGU AKU APDET
HA DAH BOLEH CUKUR DAH JANGGUT TU
HA TU JE LAH. NANTI ADA MASA AKU REPLY COMMENT KORANG OKEYHHH. SORRY AI BETUL II TAK SEMPAT HSHSHSHS
OK BAI
AILEB YUH GAIS
ha tenung lama ii sikit ayat aku tu sampai ko paham-
OK JANGAN LUPA VOTE YE ;)
Baidewey, ni real pic untuk intro aku tu. Tiber je nampak aesthetic kauuuu EM
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro