🔷42
HAI SAYA KEMBALI SETELAH MOGOK YANG TAK SAMPAI 5 HARI EM
HA YE AKU TAK TAHU APA MSLH AKU ASYIK TUKAR INTRO BARU JE
HA DAH BACA JE LAH
MCM BIASA, NK VOTE SILAKAN
TANAK SUDAH
"Saya keluar dulu" pamit Eunha setelah menanggalkan tali pinggang keledar di tubuhnya. Dia kemudiannya menggalas beg sandangnya dan beg kerja diraih di belakang sebelum langsung mengucup sekilas pipi Jungkook. Setelah itu dia langsung keluar dari perut kereta milik suaminya itu.
"Anyeong" ucapnya ceria dengan senyuman yang sudah berada di luar kereta itu. Satu lambaian kecil diberikan. Pintu kereta tidak ditutupnya lagi.
Jungkook langsung tergelak kecil,tercuit hatinya melihat tingkah comel Eunha itu. Dia menganggukkan kepalanya sambil mengulum senyuman buat wanita itu.
"Eoh, anyeong" balas Jungkook dengan senyuman.
Eunha tersenyum kecil sebelum langsung menutup pintu kereta itu. Dia kemudiannya mengorak langkahnya ke pintu utama bangunan.
Jungkook hanya melihat figura Eunha yang sedang menapak pergi itu. Dia memerhati langkah isterinya itu sehinggalah figura Eunha itu hilang dari pandangannya. Setelah itu dia memandang ke hadapan semula. Tubuhnya disandarkan pada bangku kereta. Jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya ditilik.
"5 minit dari sekarang" gumamnya sendiri sambil jari telunjuknya mengetuk perlahan lapisan kaca pada jam tangan itu.
5 minit telah berlalu, Jungkook langsung menegakkan tubuhnya dari terus bersandar pada bangku kereta itu. Dia menanggalkan tali pinggang keledarnya.
Baru saja dia berura-ura untuk membuka pintu kereta, telefonnya pula berdering kuat. Jungkook merengus perlahan sebelum mengeluarkan telefonnya itu dari poket kemejanya yang terselindung oleh kot hitamnya. Setelah itu, dia menilik sekilas nama pemanggil di skrin telefon sebelum langsung dijawabnya. Telefon dilekapkan ke telinga.
"Talk" arah Jungkook senada seraya dia membuka pintu kereta. Dia kemudiannya keluar dari kenderaannya itu. Kot dibetulkan ringkas.
"Eoh, Tuan. Umm, pukul 8.45 nanti ada meeting dengan company--"
"Eoh, cancel" balas Jungkook mendatar seraya menutup pintu keretanya. Kakinya kemudian melangkah ke pintu utama bangunan.
"Ne?"
"Cancel"
"Eo-Eoh, okey. Tapi tuan, JJ holdings yang akan datang kejap lagi. Diorang nak bincang pasal melabur tu. Tak apa ke terus cancel?"
"Then, tukar tarikh lain. Tak payah cancel" tukas Jungkook sambil kakinya setia melangkah hingga ke pintu gelangsar automatik bangunan.
"Eoh, algesumnida"
"Ah,Yura ssi"
"Ne? "
"Kosongkan semua schedule saya dari pagi sampai lepas lunch" arah Jungkook seraya mengatur langkahnya menghampiri meja penyambut tetamu.
"Ah, okey. Jadi, tuan masuk office lepas lunch?"
"Eoh" balas Jungkook ringkas sebelum langsung memutuskan panggilan dengan pengurus utamanya itu. Dia menurunkan telefonnya dari telinga lalu objek itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Hai, encik. Boleh kami bantu?" soal seorang dari tiga orang penyambut tetamu itu mesra sebaik saja lelaki tampan di hadapan mereka itu selesai bercakap dengan panggilan telefon.
"Eoh, dalam bangunan ni ada berapa ketua pengurus?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Dia memandang ketiga-tiga perempuan di hadapannya itu bersilih ganti.
Kim Hyejin, Song Juhee, Choi Yujeong. Nama-nama inilah yang tertera pada tag nama yang disemat di baju masing-masing.
"Ah, ada--"
"Ada satu--"
"Ish, bagi lah aku jawab. Dia tanya aku" bentak Juhee perlahan apabila responnya itu dipotong Yujeong. Matanya dijegilkan sedikit.
"Tak adanya. Dia tanya aku--"
"Aku, gila. Dia tanya aku. Tak nampak ke dia tengok aku tadi?"
"Tch, berangan lah kau. Dia tanya aku--"
"Ada satu je ketua pengurus dalam syarikat ni, encik. Nama dia Jung Soo Jung" jelas Hyejin selamba dengan mesranya kepada Jungkook yang sedang jengkel melihat pertengkaran dua orang perempuan itu. Pantas Juhee dan Yujeong menoleh memandang rakan sekerja mereka itu.
Jungkook menoleh memandang Hyejin yang berada di hujung itu dek respon yang ingin didengarinya keluar dari mulut perempuan itu.
"Ah, really? So, nak jumpa dia kena buat appoinment dulu ke?" soal Jungkook sambil memandang Hyejin,menanti respon wanita itu.
"Oh, tak perlu. Encik boleh terus naik ke office dia,tingkat 4. Nanti saya akan inform assistant dia" respon Hyejin ringkas.
Jungkook sekadar menganggukkan kepalanya perlahan.
"Kalau encik naik lif tu, encik cuma perlu belok kiri. Office puan Jung dekat hujung sekali, sebelah kiri. Depan pintu office dia akan ada nama dia, so mudahlah untuk encik pastikan" tambah Hyejin dengan ramahnya sambil tangannya bergerak-gerak menunjuk arah kepada Jungkook.
Jungkook mengangguk-anggukkan kepalanya, mengerti. Dia kemudiannya memandang Hyejin kembali.
"Ah, okey. Thank you" ucapnya seraya mengukir senyuman sekilas buat Hyejin sebelum beredar dari situ.
"Sama-sama~" balas Hyejin meleret dengan senyuman lebar. Kepalanya disengetkan sedikit, memandang figura Jungkook yang kian menjauh itu. Niatnya cuma satu. Membuat dua orang rakan sekerjanya itu iri dengannya.
"AH, KIM HYEJINNN!"
Ya. Itu dia jeritan protes yang lama ditahan oleh Juhee dan Yujeong sejak tadi.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»42
•
•
•
"Ada urusan apa kamu tiba-tiba datang jumpa saya, Jungkook ssi?" soal Ketua Pengurus Jung, membuka bicara sambil kakinya menapak ke arah sofa kosong berhadapan dengan sofa yang diduduki Jungkook. Dia menghenyak punggungnya di atas sofa itu. Wajah sempurna Jungkook di hadapan dipandang.
Jungkook mengulum senyuman kecil sebelum menegakkan tubuhnya. Matanya tepat memandang wajah Ketua Pengurus Jung di hadapan.
"Pangkat puan dekat sini level mana ya?" soal Jungkook tenang dengan kening yang diangkat sebelah.
Ketua Pengurus Jung mengangkat sebelah keningnya, tidak mengerti dengan apa yang cuba disoal lelaki di hadapannya itu.
"What do you mean?" soal Ketua Pengurus Jung bingung.
"Aniya. Just asking. Pangkat puan bawah Ceo ye? Ke, satu level dengan Ceo?" soal Jungkook lagi dengan santai yang kedengaran sedikit sindiran di situ.
Ketua Pengurus Jung tersenyum kecil sebelum menggelengkan perlahan kepalanya. Bukannya dia tidak mengerti sindiran Jungkook itu namun dia lebih memilih untuk merespon secara umum.
"Tak ada lah sampai satu level dengan Ceo,Jeon Jungkook ssi. Tapi, peranan saya sebagai jawatan ni untuk pantau kerja-kerja staff bawah saya. Saya setaraf dengan pengarah dalam bangunan ni" jelas Ketua Pengurus Jung tenang sebelum tersenyum kecil.
Jungkook sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia memandang sekeliling pejabat luas milik Ketua Pengurus ini.
"So, peranan puan, pantau semua staff bawahan buat kerja lah?" soal Jungkook yang seolah menginginkan pengesahan dari wanita itu.
"Yes. Macam yang saya bagitahu tadi" balas Ketua Pengurus Jung setelah menganggukkan kepalanya.
"Termasuk kritik cara seseorang staff tu buat kerja?" soal Jungkook lagi, agak pedas. Dia mengangkat sebelah keningnya.
Ketua Pengurus Jung tersentak seketika dek soalan atau lebih kepada sindiran dari lelaki di hadapannya itu. Dia memandang wajah Jungkook sebelum tertawa kecil.
"Okey, okey. Rasanya saya dah dapat apa urusan encik Jeon Jungkook datang sini. Is it because of one of our employees here? Penyelia tapak Jeon Eunha?" tebak Ketua Pengurus Jung dengan senyuman kecil. Dia menjongket sebelah keningnya.
Jungkook langsung tertawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya.
"No. Saya datang sini secara general. Bukan sebab sesiapa. Even sebab wife saya sekalipun. Tapi sebelum tu, puan tak jawab lagi soalan saya tadi. Kritik cara seseorang staff buat kerja pun termasuk dalam tugas Puan ke?" respon Jungkook selamba dengan raut wajah tenang.
Ketua Pengurus Jung tertawa halus seketika sebelum ekspresi wajahnya berubah dingin kembali. Dia memandang wajah selamba Jungkook itu.
"Apa yang kamu cuba tanya ni, Jungkook ssi?" soal Ketua Pengurus Jung yang jelas terkesan dengan tuturan Jungkook tadi.
Jungkook mengeluh kecil sebelum membetulkan sekilas posisi duduknya.
"Saya percaya bukan Eunha je yang kena kritik macam tu just sebab, kononnya tak profesional macam puan. Sebab tu saya cakap saya datang sini secara umum. Dan, saya nak cakap pun secara general sekarang ni" ujar Jungkook dengan lancar sambil menatap wajah wanita yang berbeza usia sebanyak 4 tahun itu.
Ketua Pengurus Jung berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil.
"Tapi basically, kamu datang sini sebab nak speak up on behalf wife kamu tu kan?" seloroh Ketua Pengurus Jung mendatar dengan kening yang diangkat sebelah.
Jungkook tergelak kecil sebelum tersenyum sikit.
"Aigoo, puan. Saya dah ulang dua kali yang saya datang sini untuk cakap secara general. Means, bukan cuma fokuskan pada Eunha je. Tapi, saya gunakan Eunha sebagai situasi untuk jelaskan lagi hal ni" balas Jungkook tenang.
Ketua Pengurus Jung merengus perlahan sebelum menyilangkan kakinya. Wajah Jungkook di hadapan dipandang kosong. Dia mengangkat secawan teh hangat di hadapannya lalu disisip sedikit.
"Look,semua orang ada cara diorang sendiri dalam bekerja. Tak semua profesional yang jenis strict macam puan ni. Tapi, diorang still ada profesional dalam diri diorang. Diorang tak strict macam puan tak bermaksud diorang terus tak profesional. Ada staff yang jenis santai tapi alert. Ada staff yang jenis alert tapi cuai. Ada staff yang jenis well-prepared tapi tak alert" tutur Jungkook panjang lebar sambil memandang Ketua Pengurus Jung yang santai menyisip teh hangatnya.
"Based on apa yang saya list jenis-jenis staff yang mostly ada dalam setiap syarikat, dekat situ dah jelas yang smua ada kelemahan sendiri. Bila ada kelemahan, doesn't mean that diorang terus tak profesional" sambung Jungkook untuk menyokong hujahnya tadi.
"Kalau puan manusia, puan pun mesti ada cacat cela juga. Tapi, sebab puan punya pangkat dekat atas, tak ada siapa yang dapat kritik cara puan as how puan kritik staff bawahan. Sebab tu puan rasa puan je yang paling profesional dalam bangunan ni. Since tak ada yang dapat tegur puan" sambung Jungkook lagi dengan lancarnya.
Ketua Pengurus Jung yang sedikit tersentak dengan tuturan Jungkook itu hanya membisu di situ. Cawan yang berisi air teh hangatnya itu diletak ke atas meja berlapis kaca di hadapannya itu kembali.
"Saya tahu puan profesional and strict. Tak jadi masalah pun cara puan bekerja macam tu. Cumanya, bezakan antara kritik dengan tegur. Jangan asyik kritik cara kerja orang lain. Benda tu bukan bawa kepada improvement, tapi bawa kepada rasa down dalam diri seseorang tu. Puan cuma buat orang rasa teruk" tutur Jungkook, masih meneruskan hujahnya. Kali ini dia lebihkan kepada menasihati wanita itu.
Ketua Pengurus Jung mengangkat sebelah keningnya sebelum berdecit perlahan. Dari reaksinya, jelas menunjukkan bahwa dia tidak dapat menerima tuturan Jungkook itu. Dia tersenyum kecil.
"Well,if someone can't handle the criticism, she or he can't handle the success as well" balas Ketua Pengurus Jung mendatar sebelum tersenyum senget, seolah yakin dengan bidasannya itu.
Jungkook tersenyum kecil sebelum bersuara kembali.
"Depends on the criticism. Kalau criticism yang cuma tahu merendahkan orang, memang takkan bawa orang tu kepada kejayaan pun" tukas Jungkook ringkas dengan lancarnya.
Ketua Pengurus Jung terdiam seketika.
"Belajar untuk bezakan antara criticism yang membina dengan criticism yang merosakkan. Jangan disebabkan cara kritik puan, ramai staff hilang self esteem" pesan Jungkook dengan nada yang tegas sambil menatap wajah tergamam Ketua Pengurus Jung dengan tatapan seriusnya itu.
"That's it. Saya pergi dulu" pamit Jungkook ringkas sebelum berdiri. Dia membetulkan sekilas kot yang tersarung kemas di tubuhnya sebelum menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Setelah itu, dia langsung beredar, meninggalkan Ketua Pengurus Jung yang terpana di situ.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»42
•
•
•
"Ye, Na. Tapi, serius aku cakap. Time puan Jung tu--"
"Puan Jung tu...?" soal Eunha penasaran dan juga bingung apabila Yuju tiba-tiba berhenti dari bercerita sakan. Dia memandang rakannya di hadapan yang lurus memandang ke arah belakangnya itu.
"Kenapa, Ju? Kau tengok--"
"Hai, sayang"
"Ommo, kamchagi--" latah Eunha spontan serentak dengan bahunya terhinjut apabila telinganya disapa suara garau yang betul-betul di tepi telinganya itu. Dia langsung menoleh ke tepi, melihat gerangan yang berbuat demikian.
Jeon Jungkook.
Ya lah. Siapa lagi yang panggil Eunha 'sayang' kan-
"Ha, itulah aku tengok tadi. Okey lah, aku pergi dulu, Na. Bye" seloroh Yuju drastik yang jelas tak mahu menjadi orang ketiga dan terasa kerdil sebagai seorang yang bujang di situ. Dia mengukir senyuman kecil buat pasangan itu sebelum cepat-cepat melangkah pergi dari situ.
"Eh Ju, kejap--"
"Aku ada kerja nak buat!" laung Yuju yang sedang melangkah laju menjauhi ruangan pantri itu seraya mengangkat tangannya ke udara, tanda mempamit diri.
Eunha berdecit perlahan sebelum mencebikkan bibirnya. Tahu sangatlah dia, rakannya yang seorang itu berbohong soal itu. Baru tadi si Yuju itu memberitahunya segala kerjanya selesai awal hari ini.
"Sayang--"
"Ha, awak buat apa dekat sini?" soal Eunha serta-merta tatkala mendengar suara Jungkook menyapa telinganya kembali. Dia menoleh dan mengangkat sedikit kepalanya, memandang lelaki di sebelahnya itu.
"Eoh.... Emm, pergi office" balas Jungkook sedikit teragak-agak apabila dia langsung tidak memikirkan jawapan untuk soalan yang sememangnya akan ditanya isterinya itu. Maklumlah, dia enggan memberitahu perkara sebenar tujuan apa dia di syarikat ayah mentuanya itu.
Sebab apa? Sebabnya, kalau dia memberitahu Eunha yang dia baru lepas bercakap dengan Ketua Pengurus Jung, pasti isterinya itu akan memberontak dan membebel seharian.
Sesungguhnya beliau tidak sanggup.
"Office? Office siapa?" soal Eunha bingung dengan kerutan di dahi. Matanya bulat-bulat memandang wajah lelaki itu.
"Office... Office emm.. office siapa-siapa je lah" respon Jungkook yang tersangatlah buntu untuk memberi jawapan yang meyakinkan kepada wanita itu. Dia mengukir senyuman kecil buat Eunha.
"Ish, betul-betul lah. Office siapa? Office appa eh?" soal Eunha lagi. Dia memang tak dapat menerima jawapan tak jelas suaminya itu.
"Eoh, kalau itu yang sayang fikir, jadi itu lah jawapan dia. Ha, itu lah" seloroh Jungkook sebelum mengukir senyuman lebar buat Eunha.
"Ah, mwoyaaa? Jawablah betul-betul. Awak--"
"Dah la, sayang. Tak penting pun semua tu. Baik kita pergi lunch, sayang" seloroh Jungkook, cepat-cepat mahu menutup tentang topik itu. Dia merangkul erat bahu Eunha hingga membuatkan tubuh isterinya itu rapat dengannya.
"Ey, sayang. Jangan macam ni lah. Nanti orang tengok" tukas Eunha agak gelabah sambil berusaha mengalihkan lengan Jungkook yang melingkar di bahunya itu. Sambil itu matanya meliar ke sekeliling ruangan di situ, takut-takut ada pekerja yang lalu-lalang di situ.
"Tak adanya orang--"
"Kalau ada yang lalu nanti macam mana? Haaa, saya tak nak--"
"Apa masalahnya kalau ada yang lalu pun?" soal Jungkook yang bernada agak membentak itu. Maklumlah, isterinya itu bersungguh-sungguh mahu mengalihkan lengannya yang melingkar itu.
"Saya kena profesional tau" respon Eunha dengan yakinnya sambil memandang wajah protes Jungkook itu. Namun responnya itu sebenarnya berunsurkan sindiran berdasarkan dari 'pesanan' Ketua Pengurus Jung kepadanya tempoh hari.
Jungkook berdecit perlahan dek respon yang diberikan Eunha itu. Menyempat pula isterinya itu bersarkastik di situ.
"Tch,profesional lah sangat" provok Jungkook seraya mengeratkan lagi rangkulan lengannya itu pada bahu Eunha. Dia mula mengorak langkahnya dengan keadaan begitu.
"Yela, profesional lah. Profesional dalam jaga batas dengan awak dekat office ni ha. Nanti kalau ada staff yang single lalu, kesian diorang. Terguris nanti" seloroh Eunha sambil mengatur langkahnya seiring dengan Jungkook.
"Em, bukan masalah saya" balas Jungkook selamba seraya menjongket sedikit bahunya.
"Heol,tak bertimbang rasa betul awak ni"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»42
•
•
•
"Dah la, sayang. Tak nak susun dah. Penat lah" rungut Eunha dengan cebikan di bibir sebelum menghulurkan bakul yang berisi hampir 10 buah fail pejabat itu kepada Jungkook di sebelah.
Jungkook yang sedang ligat mengeluarkan beberapa fail yang sudah tidak berguna dari rak di hadapannya itu langsung tergelak kecil setelah mendengar rungutan Eunha itu. Maklumlah, 10 minit lalu ketika dia fokus mengasingkan dan menyusun fail-fail di rak dalam bilik mereka itu, kalut saja si Jeon Eunha itu mahu buat juga. Segala rayuan, pohonan, pujukan yang dibuat isterinya itu agar dibenarkan Jungkook.
Sekarang, bila sudah dibenarkan untuk membuat kerja itu, tak sampai 5 minit sudah merungut keletihan.
"Tadi dia yang beria sangat nak buat. Baru susun tiga file dah penat?" tukas Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Sengajalah dia mengungkit hal 10 minit lepas tadi untuk menyakat isterinya itu.
Lebih panjanglah muncung bibir Eunha apabila diusik begitu. Dia meletakkan bakul berisi fail-fail yang masih berbaki banyak itu ke atas meja.
"Manalah saya tahu. Saya ikhlas tau nak tolong. Tapi dah penat awal sangat, nak buat macam mana?" balas Eunha dengan raut wajah cemberut itu. Matanya bulat-bulat merenung wajah suaminya itu.
Jungkook berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan saja kepalanya.
"Araso. Pergilah duduk. Saya habiskan semua ni" tutur Jungkook lembut sebelum mengukir senyuman kecil buat Eunha.
Raut muka Eunha yang tadinya masam mencuka itu langsung bertukar ceria apabila diarahkan oleh Jungkook begitu. Dia langsung tersenyum lebar sebelum bingkas menarik kerusi di meja kerja Jungkook itu lalu langsung didudukinya.
Jungkook berdecit perlahan dek melihat reaksi isterinya yang pantas berubah itu. Dia kemudiannya kembali meneruskan kerja menyusun dan mengasingkan fail kerjanya itu ke dalam rak.
Eunha di sebelah hanya memerhati sisi wajah sempurna Jungkook yang sedang fokus memasukkan fail ke dalam rak itu.
"Know what, sayang?" soal Eunha sambil matanya tak lepas menatap suaminya itu.
"Apa?" balas Jungkook sebelum memandang sekilas Eunha di sebelah.
"Semalam kan, saya takut gila"
"Takut kenapa?" soal Jungkook bingung seraya memandang isterinya itu, menanti respon.
"Ye lah, gila tak takut tengok awak yang marah macam tu. Dah lama tau saya tak tengok awak macam tu. Awak punya stare tu, fuh. Kalau renungan awak tu boleh tembus, dah berlubang dah muka saya semalam" jelas Eunha panjang lebar dengan becoknya.
Jungkook langsung tergelak kecil dek celoteh isterinya itu dalam bercerita. Dengan ekspresi wajahnya yang penuh perasaan sehingga berkerut habis dahi polosnya itu.
"Tapi, saya boleh bezakan tau, sayang. Sama ada awak betul-betul marah atau pun marah yang mengada-ngada tu. Semalam tu memang dah hilang habis segala mengada-ngada awak tu. And, awak banyak diam. So, itulah Jeon Jungkook bila betul-betul marah. Awak tengah cuba sehabis baik untuk tahan dari lepaskan marah awak dekat saya kan? Dari tinggikan suara dekat saya kan?" tutur Eunha lagi dengan panjang lebarnya. Dia memandang sisi figura Jungkook yang ligat menyusun satu-persatu fail ke dalam rak.
Jungkook memandang Eunha di sebelah sebelum tersenyum. Dia sekadar menganggukkan saja kepalanya. Entahlah, sejak-sejak si Jeon Eunha ini berbadan dua, memang banyak betul mulutnya.
Kalau dulu pun dah mulut murai, ha bayangkanlah sekarang mulut apa pula. Ada saja nak dicakapnya.
"Tapi tu lah, bila awak dah buka mulut time situasi macam tu, hati saya cepat tersentuh tau. Menangis saya sorang-sorang dekat ruang tamu semalam. Awak datang jenguk pun tak ha. Sampai hati" tambah Eunha yang kini berunsur bentakan pula. Dia menjeling sekilas Jungkook di sebelah.
Jungkook berdecit perlahan sebelum menoleh memandang Eunha.
"Biarlah. Nak bagi berdikari sikit. Sampai bila asal menangis je nak kena peluk?" seloroh Jungkook merespon dengan selambanya sebelum kembali meneruskan kerjanya.
Eunha berdecit perlahan sebelum menjuihkan bibirnya. Dia menjeling sekilas suaminya itu di sebelah.
Setelah itu, dia merengus perlahan sambil matanya meliar di setiap sudut bilik tidur yang berdekorasi ringkas itu. Dan, tiba-tiba terlintas sesuatu di fikirannya. Eunha tersenyum kecil sebelum memandang Jungkook di sebelah kembali. Dia menongkat dagunya sambil menatap sisi wajah lelaki itu.
"Oh,by the way, sayang. Saya wonder something lah. Semalam dalam pukul 7 lebih macam tu kan, macam mana saya boleh terbaring atas katil eh? Lepas tu, siap berselimut lagi. Oh, lepas tu ada pizza pulak dekat sebelah. Agak-agak kan, awak tahu tak siapa yang buat?" soal Eunha bertalu-talu yang sengaja berbuat bingung itu. Sengajalah dia mahu menyakat lelaki itu kembali.
Jungkook yang berura-ura untuk memasukkan fail seterusnya ke dalam rak itu sedikit sebanyak terhenti sebentar dek topik yang dinaikkan Eunha itu. Dia berdehem kecil sebelum memasukkan jua fail itu ke dalam rak.
"Guard kawasan ni la tu" balas Jungkook bersahaja sambil merapikan sekilas susunan fail-fail yang berada dalam rak itu.
Eunha langsung berdecit perlahan dek respon loyar buruk yang diberikan Jungkook itu.
"Jauh datang guard tu" tukas Eunha sarkastik dengan kening yang diangkat sebelah.
Jungkook hanya beriak biasa sambil mengeluarkan pula fail di aras rak yang berada di atas. Tuturan sarkastik Eunha itu tidak diresponnya. Sengaja memekakkan telinganya.
Eunha mencebikkan sedikit bibirnya apabila tidak direspon lelaki itu. Dia kemudiannya berdecit perlahan.
"Marah-marah pun still concern pasal saya kan, sayang?" seloroh Eunha dengan senyuman sumbing sambil menggerakkan keningnya berkali-kali.
Jungkook mengerling sekilas ke arah Eunha. Dia langsung berdecit dek ekspresi wajah yang ditunjukkan isterinya itu.
"Yakin je. Siapa entah concern dekat dia" tukas Jungkook selamba sebelum kembali menumpu ke arah kerjanya.
Eunha berdecit sebelum mencebikkan bibirnya. Dia mencerlung protes Jungkook di sebelah.
"Habis, guard tu lah yang concern lebih dekat saya?" bentak Eunha seraya menyilangkan lengannya ke dada. Matanya masih mencerlung Jungkook.
"Ha, betul lah tu" respon Jungkook bersahaja.
"Tch, kalau macam tu baik guard tu je suami saya" balas Eunha sebal sebelum menjeling tajam suaminya itu.
"Ha, pergilah kahwin dengan dia" ujar Jungkook selamba tanpa sedikit pun tidak mengerling ke arah sang isteri di sebelah.
"Hm, kalau handsome, on je" seloroh Eunha santai sebelum mengukir senyuman lebar.
Jungkook menoleh memandang Eunha di sebelah sebelum berdecit perlahan dek respon wanita itu. Dia meletakkan bakul yang sudah kosong di tangannya itu ke atas meja. Setelah itu, dia melangkah sedikit menghampiri Eunha yang sedang duduk di meja di sebelahnya itu.
"Kemain eh" ujar Jungkook seraya menarik perlahan hidung kecil mancung isterinya itu.
Eunha hanya tersengih kecil. Jungkook berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil melihat reaksi yang diberikan Eunha itu.
"Sayang, saya nak pergi dapur jap" tutur Jungkook sambil memandang wajah sempurna isterinya itu.
"Nak ikut!" seloroh Eunha riang seraya mengangkat tangan kanannya ke udara. Persis seperti kanak-kanak yang ingin menjawab soalan di tadika-
"Tak ada makanan apa-apa dekat bawah tau" ujar Jungkook ringkas setelah tergelak kecil kesan dari tindakan mencuit hati Eunha itu.
"Ye, tak apa. Saya tak lapar" balas Eunha dengan yakinnya sebelum berdiri. Jungkook mengangguk kecil.
"Okey, kajja" ajak Jungkook seraya merangkul bahu kecil isterinya dengan lingkaran erat lengan kanannya itu.
Mereka berjalan seiring, keluar dari bilik tidur. Eunha kemudiannya mendongakkan sedikit kepalanya, memandang Jungkook di sebelah.
"Sayang,awak nak buat apa dekat dapur?" soal Eunha polos.
"Saja nak angkut peti ais naik atas" seloroh Jungkook merespon seraya memandang sekilas isterinya di sebelah.
Eunha langsung mencebikkan bibirnya sebelum mencubit pinggang Jungkook dengan sebalnya. Namun, itu langsung tidak memberi kesan sakit kepada lelaki itu memandangkan dia tak dapat mencubit sekuat hati dek jarak tubuh mereka yang rapat itu.
"Ey, dah la! Menyampah tanya awak" bentak Eunha geram lalu merengus perlahan. Bibirnya masih dicebikkan.
Jungkook hanya terkekeh kecil sambil kaki setia melangkah. Kaki mereka rapi memijak satu-persatu anak tangga hingga ke tingkat bawah.
"Awak pergi la dapur. Saya nak tengok tv kejap" tutur Eunha seraya meloloskan bahunya dari rangkulan Jungkook.
"Eoh, araso" balas Jungkook ringkas seraya langsung menapak ke arah dapur. Dia berjalan menghampiri kabinet berdekatan peti sejuk lalu pintu kabinet itu dibuka. Kemudian, satu mangkuk mi segera dicapai lalu dikeluarkan.
Jungkook membawa semangkuk mi segera itu ke meja makan. Plastik yang menutupi mangkuk itu dibuka separuh lalu satu jag cerek elektrik yang berisi air panas itu dituang ke dalam mangkuk mi yang masih keras itu. Setelah itu, dia memasukkan perencah mi segera tersebut ke dalam mangkuk. Kemudian, plastik yang dibukanya separuh tadi ditutup kembali.
Setelah selesai sesi menyediakan mi segera itu, Jungkook menarik kerusi di meja makan itu lalu didudukinya.
Tzzt tzzzt tzztt!
Bunyi deringan dalam mod bergetar yang memecahkan suasana lengang di ruangan dapur itu langsung membuatkan Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Skrin objek itu dinyalakan. Dia melihat nama si pemanggil yang terpapar di skrin.
'HaeJung'
Jungkook langsung merengus perlahan setelah melihat nama itu yang terpapar di skrin telefonnya. Baru saja dia berura-ura untuk menjawab panggilan dari pemilik nama perempuan itu,
"Sayangggg, tak ada cerita yang best lah!" rengek Eunha yang sedang berjalan longlai masuk ke dalam ruangan dapur.
Jungkook langsung mengangkat kepalanya apabila suara Eunha kedengaran.
"Oh ye?" balas Jungkook ringkas seraya jarinya pantas menggeser ke sebelah kiri pada skrin telefonnya, menolak panggilan dari si Hae Jung itu. Setelah itu, telefonnya disembamkan pada permukaan meja makan.
Eunha menganggukkan kepalanya laju sambil menjuihkan bibirnya. Dia menarik kerusi di meja makan, berhadapan dengan Jungkook lalu langsung didudukinya.
"Saya dah tekan macam-macam channel dekat remote tu tapi semua yang keluar tak menarik pun. Bosan la haaaa" rungut Eunha meleret sebelum melentokkan kepalanya di atas meja.
Jungkook berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil. Dia membuka kembali plastik yang menutupi mangkuk mi segeranya itu lalu dikacau sedikit.
"Pergi tidurlah, sayang" saran Jungkook sambil memandang Eunha yang masih melentokkan kepalanya di atas meja itu.
"Ala, tak nak lagi. Tak--"
Terhenti serta-merta Eunha dari merespon apabila aroma mi segera yang masih panas-panas itu masuk ke rongga hidungnya. Drastik dia mengangkat kepalanya.
"Wah ramyeonnn! Bila awak buat?" soal Eunha riang dengan matanya yang seakan bersinar-sinar itu setelah mendapati mi segera berkuah itu berada di hadapannya. Atau lebih tepat, hadapan Jungkook.
Jungkook berdecit perlahan melihat reaksi Eunha itu sebelum bersuara.
"Tadi" balasnya ringkas sambil tangannya ligat mengacau berulang kali mi segera yang hampir lembut itu menggunakan penyepit kayu di tangannya itu.
"Wahh nak nak!" seloroh Eunha teruja dengan raut wajah yang dua kali ganda lebih teruja dari nadanya.
"No"
"Alaaaa nak nakkk!"
"Tak boleh Jeon Eunha. Tak elok"
"Alaaa nak satu sudu je!"
"No. Pergi makan buah tembikai sana"
"Ala tembikai tak rasa macam ramyeon! Sayang, pleaseeeeee" pujuk Eunha dengan bersungguhnya sambil matanya dikerdipkan berkali-kali.
"Aish. Memang degil kan?" rengus Jungkook geram yang sememangnya akan berakhir dengan mengalah dengan wanita itu. Matanya dijegilkan buat Eunha yang masih mengerdipkan mata berkali-kali itu.
"Eoh. Aaaaaaa" balas Eunha bersahaja sebelum langsung membuka mulutnya dengan riangnya. Walaupun hakikatnya, tiada sesiapa pun menyuruhnya untuk membuka mulut-
Jungkook langsung berdecit perlahan dek melihat isterinya yang teruja mahukan sesuap mi segera buatannya itu. Dia kemudiannya mengalah jua, meletakkan berurat-urat mi segera itu ke atas sudu yang terdapat kuah di atasnya itu lalu ditiup sedikit bagi mengurangkan panas. Setelah itu, dia menyuakan sesudu mi segera itu ke arah Eunha.
Tanpa melengahkan masa, Eunha lantas menyambut huluran sesudu mi segera dari Jungkook itu ke dalam mulutnya.
"Awhh sedapp!" sorak Eunha teruja dengan senyuman lebar. Dia masih mengunyah mi segera di dalam mulutnya itu.
"Ha well--"
"Nak satu sudu lagi!"
"Dah, sudah. Tadi cakap nak satu sudu je"
"Alaaaaaaaa"
"Apa ala ala?"
"Ishhh kedekut la awak ni! "
HA NAMPAKNYA MACAM AKAN ADA ORANG BARU NAK DATANG MERIAHKAN LAGI FF NI-
Ehe
HAH 4K WORDS NI HAA
PEWNAD TYPE HA
BTW, UTK CHAP NEXT NEXT NI AKU AKAN BYK SKIP TIME, SO JANGAN PELIK YE EM
HA LEPAS TU AKU ADA SEDIKIT RINTIHAN DI SINI
CEH
AHAHAHAHA
EM
Ok sesi bersamamu akan bermula dalam 3 saat,
3,2,1
Ok
sooo, ekceli aku dah berapa kali dah fikir nak stop sambung ff ni
Tah la. Aku dh byk hilang self esteem, confident lately ni. Also aku selalu rasa ff ni mcm hambar and membosankan gila
Ha lately ni aku mmg tak puas hati dengan apa yg aku publish, dgn apa yang aku type. Ha semua tu aku asyik rasa mcm ada lack dkt mana ii.
Aku still type and publish pun sbb korang. Tapi aku still tak rasa satisfied dgn apa yang aku dh publish tu. Aku rasa mcmmmmm em tahla taktahu nk describe. Tapi mudah ckp, aku rasa mcm hambar lah. Rasa mcm apa yg aku publish tu tak sampai em
Mmg senang org ckp utk suruh kita positif in everything tapi nk buat tu susah tau
Aku bukannya tak cuba positif. Hari ii aku paksa diri aku utk positif tapi tulah, si benda alah negatif tu mcm saiton je hasut kepala otak aku
Dulu aku pernah bagitahu, aku enjoy gila type ff ni.
Skrg bukan aku dh tak enjoy, enjoy je. Cuma tu lah, confident dgn semangat tu kurang sikit. Em
Tengok la mcm mana nanti. Sampai masa, aku bersara lah dari natang oren ni.
Mmg impian aku dr kecik nk jadi author tapi skrg dh slow ii lost interest hmmmmmmmm
Ha bebel aku kalini genre luahan hati pulak kan HAHAHA
Bagila chance aku tak jadi gila hari ni em
Lagipun aku pun dh malas nk menggila dkt sini sbb rasa mcm syok sndiri skrnekieejkeosls
Apapun, tenkiu berie muchhhiee for those yg still sapot aku dkt ff ni dari chap 1 sampai skrg ♡
Aku appreciate gila kpd anda ii yg selalu vote or selalu vomment tuu. Tenkiyuuu. Anda telah bagi semangat dkt saye utk truskan apdet day by day uwuwuwu💙
Ha pastu jgn risau. Aku tetap akan encourage jugak diri aku untuk teruskan ff ni.
Walaupun hakikatnya aku rasa hambarrrrr gila ff ni.
Anda tak rasa begitu ke?
Srs talk, CONFIDENT SAYA HILANG
Em
Ha entahla
Apapun, stay tune and teruskan sapot aku okeyy
Ha kbai
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro