Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷36

[15 votes+30 comments]

YA KEJAP DAILY KEJAP TAK-

EM

HA VOTE JE LAH




"Arah sini, encik" tutur seorang staf perempuan yang merupakan seorang penyambut tetamu itu. Dia menunjukkan arah yang membawa ke pejabat presiden syarikat itu.

"Eoh" balas Mingyu ringkas dengan senyuman dan anggukan kecil. Dia hanya mengikuti sahaja langkah penyambut tetamu yang mengiringinya dari tingkat satu itu. Kini mereka sudah berada di tingkat 3, sepertinya aras ini mungkin terletaknya pejabat presiden atau CEO syarikat pemasaran ini.

"Pejabat puan Choi depan tu. Encik tunggu sini sekejap ya. Saya perlu maklumkan dekat puan Choi dulu" tutur penyambut tetamu itu formal seraya menunjukkan sekilas pejabat yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri itu.

"Ah, okey" respon Mingyu seraya bola matanya bergerak ke arah sebuah pejabat agak besar yang ditunjukkan staf itu barusan. Dia kemudiannya memandang penyambut tetamu itu lalu kepala dianggukkan.

Staf itu tersenyum kecil sebelum menapak ke arah pejabat persendirian Choi Im Hwa itu.

Mingyu hanya memandang sekilas figura itu menjauhinya sebelum telefonnya dikeluarkan dari poket. Objek itu dinyalakan lalu aplikasi mesej langsung dibuka. Jarinya laju menekan-nekan skrin objek itu, menaip mesej pantas sebelum dihantar.

Jeon Jungkook

»Tingkat 3. Koridor kiri. Office hujung sekali.
9.17 am

"Encik"

Suara staf tadi yang menyapa telinga Mingyu langsung membuatkan dia mengangkat kepalanya. Bola matanya bergerak memandang wanita itu.

"Encik dah boleh masuk" tutur penyambut tetamu itu ringkas.

"Ah, okey, gumawo" balas Mingyu sebelum mengukir senyuman buat pekerja itu. Dia kemudiannya memasukkan kembali telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

Penyambut tetamu itu membalas senyuman Mingyu itu sebelum membongkokkan tubuhnya 90° lalu langsung beredar dari situ.

"Nice" gumam Mingyu perlahan dengan senyuman senang. Dia seterusnya langsung mengatur langkahnya ke arah pejabat puan Choi. Kemudian, pintu pejabat itu diketuk ringkas.

"Eoh, masuk"

Mendengar suara puan Choi yang membenarkan masuk ke pejabatnya itu langsung membuatkan Mingyu berdecit perlahan. Dia kemudiannya membuka pintu lalu menapak masuk ke dalam pejabat itu.

Puan Choi yang sedang menghadap komputer ribanya itu mengerling sedikit ke arah pintu bagi melihat gerangan yang muncul itu.

"Hai, puan. Lama tak jumpa" sapa Mingyu santai sebelum dengan selambanya dia menghenyak punggungnya di atas sofa empuk yang wujud di situ. Memang tiada siapa yang suruh, tapi peduli apa dia. Malas mahu tunggu sehingga wanita itu mempelawanya duduk.

Puan Choi mengangkat sebelah keningnya. Cermin mata yang berpaut pada kedua telinganya itu ditanggalkan. Mingyu yang sedang santai duduk di situ ditenungnya.

"Sorry but, who are you?" soal puan Choi bingung. Dahinya berkerut. Matanya masih setia memandang pemuda itu.

"Aigoo. Puan tak kenal saya ke?" respon Mingyu yang sempat berbuat kecewa itu. Dia mencebikkan sedikit bibirnya, kesal.

"Setahu saya, saya tak ada klien macam kamu. Do I know you?" ujar puan Choi yang masih buntu itu. Sepasang matanya dikecilkan, merenung wajah santai Mingyu itu.

"Aduh, puan. Come on. Macam mana boleh lupa saya yang hand--"

"Ah, kau. Kau kan? Yang buat hidup aku hancur dengan kawan kau tu" tutur puan Choi yang langsung bertindak tidak formal setelah mengingati gerangan yang sedang duduk di sofanya itu. Dia tersenyum senget.

"Ya, betul. Tepat sekali. Lambat jugak ye puan nak ingat. Tak apa, saya faham. Faktor usia" respon Mingyu bersahaja sebelum mengukir senyuman lebar buat puan Choi.

Puan Choi berdecit perlahan sebelum berdiri. Dia menapak ke arah bahagian sofa lalu sofa berhadapan Mingyu didudukinya. Dia menyilangkan kakinya sambil menatap kosong lelaki di hadapannya itu.

"Kau nak apa datang sini? Ah, bukan. Macam mana kau boleh tahu company aku dekat sini?" soal puan Choi tenang dengan kening yang diangkat sebelah.

Mingyu tersenyum kecil.

"Anak kau terlalu bijak untuk benda macam ni. Setakat cari company dalam Incheon, benda senang la untuk dia" balas Mingyu bersahaja sebelum menayang wajah megah.

Puan Choi langsung berdecit perlahan. Dia menegakkan tubuhnya. Wajah selamba Mingyu ditenung.

"Malangnya, tak mudah untuk dia masuk sini" tukas puan Choi ringkas sebelum tersenyum senget.

"Eh, really? Tapi, rasanya lebih kurang 10 saat lagi dia sampai" ujar Mingyu tenang.

Puan Choi tergelak sinis.

"Never"

"Lah, puan tak percaya ke? Nak kira sekali dengan saya tak? Ayuh" seloroh Mingyu selamba sebelum menilik jam di pergelangan tangannya.

Puan Choi berdecit perlahan.

"Ridiculous" gumam puan Choi perlahan sebelum tergelak sinis.

"7, 8, 9..."

"10!"

Klek.

Bunyi pintu dibuka dari luar langsung membuatkan Mingyu dan juga puan Choi menoleh, memandang ke arah itu. Terpampanglah figura Jeon Jungkook di muka pintu itu.

"Ha see, puan? Saya dah cakap. Saya ni ada sixth sense kot. Come on la" seloroh Mingyu yang sempat bermegah diri itu seraya menurunkan tangan kanannya yang terlilit jam tangan itu.

"Maaf, puan! Saya dah cuba halang dia tapi--"

Puan Choi merengus perlahan, melihat dua orang penyambut tetamunya yang termengah-mengah itu bersama seorang pengawal sekuriti. Masing-masing gelabah tak dapat menghalang Jungkook dari masuk ke pejabat majikan mereka.

Tak boleh harap langsung!

"Tak apa. Kamu semua boleh pergi" arah puan Choi dingin sebelum memandang ke hadapan semula. Dia merengus geram.

Jungkook berdecit perlahan sebelum membetulkan ringkas kot yang tersarung di luar kemeja putihnya itu.

"Gigih nak halang aku datang office kau. Pengecut" ujar Jungkook sarkastik sebelum tergelak sinis. Dia menapak ke arah sofa bujang yang wujud di situ lalu langsung didudukinya.

Puan Choi merengus perlahan sebelum tergelak kecil. Dia memandang Jungkook di sebelah kirinya.

"Well it just, aku tak perlukan kau untuk menyemak dalam company aku" balas puan Choi sinis.

Jungkook tersenyum kecil.

"Aku pun tak hamak pun sebenarnya nak datang company lapuk kau ni" tukas Jungkook selamba dengan pedasnya.

"Pffttt- okey sorry" seloroh Mingyu yang hampir terletus tawanya itu. Dia mengemam bibirnya, menahan dirinya dari tertawa. Bola matanya dilarikan ke arah lain, cuba untuk mengurangkan rasa geli hatinya itu.

Puan Choi merengus perlahan. Dia mengetap bibirnya. Sakit hatinya bila dilayan begini oleh dua orang lelaki itu. Diperlekeh, dipersenda. Memang hal yang sangat dia benci.

"Kau nak apa datang sini?" soal puan Choi dingin, sudah malas mahu berbasa-basi. Wajah anaknya itu ditenung.

"Dah jelas" balas Jungkook yang drastik ekspresi wajahnya berubah tegang. Wajah puan Choi direnung tajam.

Puan Choi mengangkat sebelah keningnya sebelum langsung tertawa halus.

"Ah, ini mesti sebab wife lembik kau tu kan? Aigoo, sorry lah pasal tu. Aku tak terfikir pun nak tolak dia. Tapi sebab mulut dia yang melampau tu buat aku rasa nak end it quickly" tutur puan Choi dengan lancarnya sebelum tersenyum.

Jungkook merengus perlahan. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya sambil lidah ligat menekan-nekan dalam pipinya. Penjelasan selamba wanita itu cukup membuatnya bengang.

"Kalau kau still ada yang tak puas hati, deal dengan aku. Tak payah libatkan dia" ujar Jungkook dingin.

Puan Choi tersenyum kecil.

"Tapi, goal aku nak kau dengan dia suffer. Tak best lah kalau aku deal dengan kau je" tukas puan Choi tenang sebelum tersenyum lebar.

Jungkook mengetap bibirnya sebelum merengus perlahan. Dia kemudiannya tergelak sinis.

"Eh perempuan. Kau dah merempat 6 tahun dalam penjara, tak tahu nak serik lagi ke?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.

"Ummm, selagi aku tak dapat buat kau dengan Eunha tu menderita, aku takkan serik. Don't worry" tukas puan Choi tenang sebelum mengukir senyuman.

Jungkook merengus kasar. Bibirnya diketap kuat. Panas dia melihat senyuman yang terukir di bibir wanita itu.

"Oh ya. So, wife kesayangan kau tu macam mana? Eoh? Dah gugur ke? Dah mati anak kau?"  soal puan Choi sinis sambil menayang ekspresi teruja, tertarik tentang itu. Bibirnya mengukir senyuman senget.

"Yah, kau-"

Jungkook yang sudah tersangat bengang dengan tuturan selamba Puan Choi itu langsung berura-ura untuk berdiri. Namun, dia dihalang pantas oleh Mingyu. Lelaki itu mengisyaratkan kepadanya agar tidak bertindak terlebih emosi melalui isyarat mata.

Jungkook merengus kasar sebelum mengusutkan rambutnya kasar. Dia menyandarkan tubuhnya kasar pada badan sofa itu. Terpaksa akur dengan Mingyu.

Choi Im Hwa apa lagi, sukalah dia melihat Jungkook yang melenting dengan ayatnya itu. Puas hatinya melihat lelaki itu yang tak dapat melepaskan kemarahannya itu.

Mingyu kemudiannya memandang puan Choi yang sedang tersenyum kemenangan itu.

"Eh,mak cik. Fikir pasal berapa helai rambut beruban makcik tu gugur dulu lah dari nak sibuk pasal bini orang gugur ke tak" seloroh Mingyu selamba dengan sarkastiknya. Sudah lama dia berdiam diri. Kali ini dia memang mahu ambil peranan.

Puan Choi berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya, seolah mengalah dengan tuturan Mingyu itu.

Puan Choi kemudiannya mengalihkan pandangannya ke sebelah kirinya, memandang Jungkook yang masih dalam keadaan bengang itu. Dia tersenyum kecil.

"Aigoo Jeon Jungkook, chill out. Aku boleh jamin aku takkan kacau bini kau lagi lepas ni" tutur puan Choi yang berunsur makna tersirat itu sebelum tersenyum lebar.

Jungkook menggerakkan bola matanya, memandang wanita itu. Tajam saja renungannya ketika itu.

"Kau nak apa?" soal Jungkook yang terus ke kemahuan seorang Choi Im Hwa yang sengaja diselindung wanita itu.

Puan Choi langsung tergelak kecil. Dia tersenyum suka.

"Wah bagus,cepat catch up. Well, since kau pun tak suka berbasa-basi, so, "

Puan Choi menggantungkan seketika responnya. Dia membetulkan posisi duduknya, menghadap sedikit ke arah Jungkook yang duduk di sofa bujang itu. Dia berdehem kecil sebelum bibirnya mengukir senyuman.

"So, aku dengar currently kau ada projek baru. Tengok yang banyak pelabur melabur dekat projek ni, banyak bussinessman yang expert campur tangan, mesti projek ni besar kan?" tutur puan Choi dengan senyuman sebelum menjongket sebelah keningnya.

Mingyu yang sedang ligat membelek pasu bunga kaca jernih yang terletak atas meja di pertengahan susunan sofa itu langsung mengangkat kepalanya setelah mendengar topik yang ditutur puan Choi itu.

Manakala,Jungkook hanya diam. Dia hanya memandang lama wajah wanita itu. Tak perlu fikir banyak, dia sudah tahu apa yang wanita licik itu inginkan.

"Yup. Aku nak projek tu. Semua benda berkaitan projek tu, aku nak. Aku--"

"Tch, michin" omel Mingyu yang berdecit sinis itu. Dia merenung jengkel wajah tak tahu malu puan Choi.

Michin=gila

Puan Choi hanya mengerling sekilas ke arah Mingyu dek omelan lelaki itu. Namun, dia sedikit pun tidak peduli soal itu. Dia kembali memandang Jungkook.

"Aku tertarik dengan projek kau yang latest ni. Location strategik, ramai yang melabur, banyak sponsor, yea and macam-macam lagi. So, aku nak projek tu bertukar tangan. Kau kena serahkan projek tu dekat aku. Macam mana?" ujar puan Choi panjang berjela dengan bersahaja. Keningnya diangkat sebelah sambil mata menatap wajah tegang Jungkook, menanti respon lelaki itu.

"Eh, mak cik--"

"Okey" respon Jungkook ringkas dengan mendatar.

Pantas saja Mingyu menoleh memandang rakannya itu. Matanya membulat besar.

"Yah, Jeon Jungkook" panggil Mingyu yang bernada tidak menyangka itu. Matanya masih membuntang.

Puan Choi sudah tersenyum lebar. Semudah itu dia akan dapat segalanya.

"Aku akan bagi projek tu dekat kau" sambung Jungkook dengan wajah yang mendatar. Nadanya juga mendatar. Matanya lurus memandang wajah puas hati puan Choi itu.

Mingyu sudah memandang Jungkook dengan pandangan protes. Maklumlah, projek itu terlalu berharga dan penting bagi syarikat rakannya itu. Tambahan lagi, projek itu betul-betul besar bagi Jungkook. Dia sendiri menyaksikan betapa bertungkus-lumusnya Jungkook tika melaksanakan hal-hal berkaitan projek itu. Macam-macam sudah rakannya itu buat bagi menjayakan projek sukar itu. Dari 3 bulan lepas lagi dia bekerja keras untuk itu.

Dan sekarang, semudah itu dia bersetuju untuk menyerahkan hasil titik peluhnya itu kepada orang yang langsung tidak berusaha ini?

"Yah-"

"Really?" soal puan Choi, mahukan kepastian. Keningnya diangkat sebelah. Senyumannya melebar.

Jungkook menganggukkan kepalanya.

"Eoh, aku boleh bagi dokumen dan segala benda yang related dengan projek tu hari ni. Aku akan bagitahu staf aku untuk bawa semua tu datang sini" ujar Jungkook senada.

Puan Choi tersenyum lebar. Bertambah gembiralah dia saat Jungkook memberitahu soal itu.

"Yah, kau gila--"

Sekali lagi, bentakan Mingyu dipotong.

"Tapi, kau kena pastikan, lepas ni, kau tak akan ganggu hidup aku dengan Eunha" sambung Jungkook yang langsung bernada tegas itu. Matanya tajam merenung wajah gembira puan Choi.

Puan Choi tersenyum sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Okay, deal" balas puan Choi dengan senyuman lebar.

Jungkook mengangguk perlahan. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Objek itu dinyalakan lalu jarinya bergerak-gerak di atas skrin sebelum telefon dilekapkan ke telinga.

Puan Choi tersenyum suka melihat Jungkook yang sudah mulai mendail seseorang itu. Tentunya pekerjanya. Manakala Mingyu sudah merengus perlahan. Kesal dengan tindakan Jungkook itu.

"Eoh, bawa dokumen and file untuk main project ke CIW Development. Lepas ni saya hantar location"

"Nice" -Choi Im Hwa




【 BBP S2:TRUST】
»36



    

"Kau gila ke apa bagi projek tu dekat dia? Yah Jeon Jungkook,projek tu company kita dah spend beratus juta won,cari business partner yang expert, kau pun struggle gila untuk tu and end up kau senang-senang je bagi dekat orang tua tu? Sumpah kau dah gila, Jungkook" hambur Mingyu yang akhirnya dapat menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya itu. Dia memandang tajam sisi wajah Jungkook yang sedang fokus memandu itu.

"Tak lah. Aku tak gila" balas Jungkook ringkas sambil matanya hanya kekal tertumpu pada jalan raya.

"Apa benda yang tak gilanya, gila? Kau agak-agak la nak berjanji dengan orang tua tu pun. Projek tu paling besar dan penting kot. Ramai orang business tengah tunggu projek tu siap. And apa kau dah buat? Kau serius memang dah gila, Kook" tukas Mingyu kesal sebelum merengus perlahan.

"Aduh, Kim Mingyu. Aku tak gila--"

"Kalau kau tak gila, dah tu apa? sawan?" seloroh Mingyu sebal sambil mengerling tajam rakannya di sebelah itu.

Jungkook langsung tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aku tak gila lagi la nak buat kerja gila macam tu" nafi Jungkook tenang.

"Masalahnya kau dah buat!" tukas Mingyu geram.

Jungkook berdecit sebelum terkekeh ringkas.

"Aku tak gila lah nak kasi senang-senang projek besar tu dekat orang tua tu" tutur Jungkook selamba.

"Aish. Tapi kan kau dah kasi- eh kejap, maksud kau?" soal Mingyu hairan setelah mendapati respon Jungkook itu tersirat sesuatu.

Jungkook tersenyum kecil sebelum memandang sekilas wajah tertanya-tanya Mingyu di sebelah. Setelah itu dia kembali memandang hadapan.

"Copy. Aku bagi yang copy dekat dia" balas Jungkook ringkas dengan tenangnya.

"Hah?" soal Mingyu yang tidak terlalu jelas dengan jawapan rakannya itu.

"Fail yang aku bagi tu semuanya cuma salinan dari projek besar tu. Yang ori still ada dekat office aku" jelas Jungkook selamba. Tangannya bergerak mengilas stereng ke kiri sambil matanya peka melihat keadaan di jalan sebelum memasuki simpang.

"Heol. Serius?" soal Mingyu dengan mata yang sudah membuntang itu. Dia sudah hampir tersenyum suka, namun dia mahukan kepastian dahulu.

"Eoh" jawab Jungkook ringkas. Dia tersenyum kecil.

"Heol, nice ah! Sempat pulak kau buat salinan bagai" seloroh Mingyu yang tidak menyangka itu.

"Aku dah expect la perangai orang tua tu. Dia selalu dengan agenda dia. Dia takkan buat something kalau tak harapkan apa-apa" tutur Jungkook bersahaja. Dia berdecit perlahan.

"Aish. Mati-mati aku fikir kau kasi projek tu dekat dia, bongok! Naik darah aku tadi sebab kau" hambur Mingyu yang sempat memprotes itu.

Jungkook tergelak kecil. Seterusnya, dia bersuara.

"For now, kita biar dulu dia happy sorang-sorang dapat projek tu untuk beberapa bulan sebelum local authority dapat detect yang dia mungkin ciplak hasil projek orang" tutur Jungkook sebelum tersenyum sendiri.

"Lepas tu, projek tak ori dia tu kena banned and take down"

"Exactly"

"Nice"




【 BBP S2:TRUST】
»36



    

"Sayang~" panggil Jungkook mesra dengan meleretnya sejurus menapak masuk ke dalam wad yang menempatkan Eunha itu.

Eunha yang sedang ligat menskrol laman Instagramnya di telefon pintarnya itu langsung mengangkat kepalanya setelah mendengar suara Jungkook itu. Spontan bibirnya mengukir senyuman lebar. Telefonnya diletakkan ke atas meja di sebelah.

"Macam mana sekarang? Feel better now?" soal Jungkook seraya menarik kerusi yang tersedia di sebelah katil lalu didudukinya.

"Eo, okey la. Cuma belakang kepala ni rasa tak selesa lepas tu kejap-kejap sakit" respon Eunha sebelum mencebikkan bibirnya. Dia menyentuh perlahan bahagian belakang kepalanya.

"Em, ini semua puan Choi punya pasal lah ni. Tolak dia jatuh tangga jugak kang" seloroh Eunha yang sengaja berbuat bengang itu. Dia merengus perlahan.

Jungkook yang tadinya hanya tersenyum melihat ragam mencuit hati isterinya itu lantas berubah ekspresi wajahnya setelah Eunha membangunkan kembali soal hal itu. Baru saja dia cuba untuk menepis segala rasa bengangnya tentang seorang Choi Im Hwa itu.

"Awak?" panggil Eunha terpinga-pinga apabila mendapati riak wajah suaminya itu tak seceria tadi.

Jungkook yang mendengar panggilan Eunha itu langsung menggerakkan bola matanya, memandang wanita itu.

"Diam je...Kenapa? Saya ada salah cakap eh?" soal Eunha dengan matanya yang bulat-bulat memandang wajah sempurna Jungkook.

Jungkook tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

"Tak lah. Saya cuma terfikir pasal Choi Im Hwa tu je" jelas Jungkook ringkas sebelum kembali mengulum senyuman.

"Ohhh. Ala, awak tak payah fikirlah pasal tu. Saya okey je ha" tukas Eunha mesra lalu tersenyum manis.

Jungkook tersenyum kecil sebelum mengusutkan ringkas rambut isterinya itu.

"Sayang, lepas ni, awak dah tak perlu risau dah. Orang tua tu takkan ganggu awak lagi. I will make sure for that" tutur Jungkook sebelum tersenyum lebar.

Eunha memandang Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah.

"How can you be SO sure about that, sayang?" soal Eunha sambil merenung wajah Jungkook dengan mata yang disepetkan kedua-duanya.

Jungkook berdecit perlahan.

"Of course. Ni Jeon Jungkook kot" balas Jungkook dengan gahnya. Keningnya digerakkan berkali-kali.

Eunha langsung berdecit sebelum menolak perlahan muka Jungkook.

"Elehh, yakin jee" seloroh Eunha meleret yang sengaja berbunyi seakan merendah-rendahkan hal pasti yang dikatakan Jungkook tadi.

"Ye. Yakin tu penting, sayang" respon Jungkook santai dengan raut wajah selamba.

Eunha berdecit buat kali kedua.

"Kalau nanti dia cuba cederakan saya lagi macam mana? Kalau dia datang rumah time awak tak ada? Kalau dia datang office saya? Hah, siapa nak protect saya?" soal Eunha bertubi-tubi,menguji suaminya itu.

"Oh, well. Kalau yang last tu--"

"Ah, nevermind. Yugyeom ada" seloroh Eunha dengan selambanya. Dia tersenyum manis buat Jungkook yang sudah berubah raut wajah itu.

Dan itu tak semena-mena membuat kepala Eunha diketuk Jungkook.

"Ah-" desis Eunha spontan seraya memegang kepalanya yang menjadi mangsa ketuk itu.

"Ha, mulut tu memang tak habis-habis sebut--"

Terhenti Jungkook dari mukadimah membentaknya apabila mendapati Eunha masih memegang kepalanya dengan dahi yang berkerut-kerut. Bibirnya dicebikkan.

"Wae? Wae?" soal Jungkook gelabah melihat raut wajah Eunha yang sepertinya sedang menahan sakit.

"Kepala saya still sakit lah. Mana boleh ketuk haa" balas Eunha perlahan seraya menunduk sambil memegang kepalanya itu. Dia mengemam bibirnya, menahan dirinya dari tersenyum. Ya, dia cuma berlakon sakit sekarang ini-

Yang sebenarnya, tak ada kena mengena pun dengan kecederaan di bahagian belakang kepalanya itu. Sengajalah dia mahu mengenakan suaminya itu.

"Oh ya? Ah, miannn" ucap Jungkook yang mulai rasa bersalah itu. Tangannya naik menggosok perlahan kepala Eunha, berharap dapat mengurangkan sedikit rasa sakit di kepala isterinya itu.

"Sakit sangat ke?" soal Jungkook seraya menekup lembut wajah Eunha bagi mudah untuk dilihatnya. Dia menatap redup wajah wanita itu.

Eunha pula hanya mampu menganggukkan saja kepalanya apabila wajahnya tiba-tiba ditekup Jungkook sebegitu rupa. Sedaya-upaya dia cuba mengawal riak seriusnya.

"Ala, sorryy. Saya tak tahuuu" ucap Jungkook bersungguh dengan kesalnya. Dia menarik perlahan kepala Eunha ke dada bidangnya lalu kepala isterinya itu digosok perlahan sambil sesekali ditiup itu.

Eunha yang kepalanya kini sedang berada dalam lingkaran lengan Jungkook yang erat itu bukan main sukalah dia. Tersenyum sampai ke telinga.

Ya, perhatian beginilah yang saya mahukan!






OKEY HM

HM NAK BEBEL APA NYAH

EM

HA YELAH MAKCIK TU DAH DEAL DGN JUNGKOOK TANAK GANGGU EUNHA,

SOOOO RASA II NYA SAMPAI SITU JE KE DORANG BERURUSAN?

EHEHEHE EM

MASIH AWAL UNTUK KONFLIK YA ANUCK II

TAPI TANGAN AKU NI GATAL NAK LETAK JGK KONFLIK DI HARI YG INDAH INI-

OK TIBAH

AND YAAA AKU STILL TAK DPT REPLY COMMENT KORANG LAGI AAAAAAAA

MUNGKIN MALAM NI-

ATAU MALAM SELEPASNYA-

ATAU SELEPASNYA LAGI-

K MINYU K

APAPUN NNTI BILA AKU DH START REPLY KOMEN KORANG, ANDA TAK PERLU REPLY PUN TAKPE. BIAR JE AKU MENYEMAK SITU SENGSORANG-

ATAU ERTI KATA LAIN, IGNORE JE AKU HA

AAGITUH

TAPI KALAU NK REPLY PUN SUKA HATI KAMU LAH. CUMA JGN REPLY SPOILER JE DKT CHAP YG KO DH BACA-

AKU HAYUN PENYAPU LIDI KANG HA

HA TU JELAH

VOTE YE

KBAI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro