🔷35
[17 votes+30 comments]
YA PUKUL 12 YA EM
MAAPLA LEWAT
EM EM
HA CHAP NI PANJANG BOLEH TAHAN, SOOOO JANGAN TERLELAP PULAK YA-
PASTU VOTE LA LAMEK
KOMEN BEBANYAK YEE
TENKIU
UHUK
HEPI READINGGG 💙
Tzzt tzzt!
Telefon pintar milik Jungkook yang berdering dalam mod getaran itu secara tidak langsung mengganggu Jungkook yang sedang mengamati wajah pucat Eunha yang masih tidak sedarkan diri dari 15 minit yang lalu lagi. Dia memandang sekilas Eunha sebelum tangan kanannya yang menggenggam tangan kecil isterinya itu dilepaskan. Tangannya bergerak menyeluk poket seluar lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Objek itu dinyalakan.
You have a message from Kim Mingyu
»Eunha dah sedar ke?
9.38 pm
Belum«
9.38 pm
Usai membalas ringkas mesej dari Mingyu, Jungkook langsung mematikan telefon pintarnya itu. Objek itu diletakkan ke atas meja yang wujud di sebelah kanan katil pesakit itu. Setelah itu, matanya kembali tertumpu pada wajah lesu Eunha. Satu keluhan kecil dilepaskan.
Lebih lama dia menatap wajah polos itu, lebih bertambahlah rasa bersalah dan kesal dalam dirinya. Dan itu semestinya buat hatinya bertambah sakit.
Tangan kecil Eunha yang kaku itu diraihnya kembali lalu digenggam erat. Kepalanya menunduk perlahan, memandang selimut putih suci yang menutupi separa tubuh kecil isterinya itu. Bibirnya diketap kuat sebelum satu keluhan berat dilepaskan.
Dia terlalu diselubungi pelbagai perasaan. Rasa bersalah, kesal, sebal, berang dan macam-macam lagi rasa lain yang tidak dapat diungkapkan. Perasaannya terlalu bercampur-baur. Dan, dia betul-betul tidak dapat menepis kesemua perasaan itu.
"Eh, kalau kau tak bagi semua perhatian kau dekat klien penting kau tu, Eunha pun tak akan pergi dari situ lah. Dia cuma rasa macam tunggul kayu dekat situ. Sebab apa? Sebab sikit pun kau tak kasi fokus dekat dia. Dia pergi pun sebab rimas, tak ada siapa bagi perhatian untuk dia. Kalau kau alert time dia pergi tu, kau boleh halang la dia dari kena tolak dengan Choi Im Hwa tu"
Masih terngiang-ngiang lagi tuturan Chaeyeon 30 minit lepas di telinga Jungkook. Bibirnya dikemam rapat. Kemudian, satu keluhan panjang dilepaskan.
Betul lah kata Chaeyeon.
Kalau dia lebih peka, lebih memberi perhatian kepada Eunha, perkara ini tak akan berlaku. Mungkin dia mampu untuk menghalangnya.
Namun apa kan daya. Ianya sudah pun terjadi. Apa yang dapat dia rasakan sekarang cumalah satu penyesalan.
Perkara sudah terjadi. Menyesal pun sudah tak ada gunanya.
Jungkook mengeluh buat kali yang sudah ke berapa. Kali ini dia betul-betul sebal dengan dirinya sendiri setelah fikirannya berbicara itu. Kepalanya didaratkan pada sisi tilam sambil tangannya masih tidak lepas menggenggam tangan mulus Eunha. Matanya dipejam rapat.
"Mianhae"
"Awak"
Eunha yang baru saja sedar tepat setelah Jungkook menundukkan kepala tadi, perlahan saja suaranya memanggil suaminya yang sedang mendaratkan kepala di ruang kecil di sisi tilam itu.
Pantas saja Jungkook mengangkat kepalanya setelah suara perlahan Eunha itu menyapa telinganya. Matanya langsung bergerak memandang wajah isterinya itu.
"Sayang?" panggil Jungkook agak terpana dengan mata yang sedikit membulat, tidak menyangka wanita itu akhirnya sedar. Bola matanya laju meliar di setiap inci wajah pucat Eunha.
Dahi Eunha berkerut-kerut, menahan sakit yang terasa seakan mencucuk-cucuk di kepalanya itu. Dia berdesis perlahan. Tangan kanannya naik memegang kepalanya.
Jungkook yang melihat keadaan Eunha sebaik saja sedar itu lantas membuatkan raut wajahnya berubah bimbang.
"Wae gurae? Sakit?" soal Jungkook risau bercampur cemas itu seraya tubuhnya langsung menegak. Soalannya itu mungkin kedengaran bodoh namun itu lah soalan spontan yang akan keluar jika dalam situasi begitu.
Eunha tidak merespon sebaliknya masih memegang sisi kepalanya itu. Rasa perit itu masih terasa.
"Kejap. Saya panggil doktor" tutur Jungkook senafas seraya melepaskan genggamannya pada tangan kecil Eunha. Dia langsung berdiri.
Namun baru saja Jungkook berura-ura untuk pergi, tangannya terlebih dahulu diraih Eunha. Dia menoleh, memandang wanita itu dengan wajahnya yang masih bimbang itu.
Eunha menggelengkan kepalanya perlahan sambil matanya redup memandang wajah Jungkook.
"Aniya. Tak payah lah. Nanti hilanglah rasa sakit ni" tutur Eunha dengan nada yang masih kedengaran perlahan itu sebelum menggagahkan dirinya untuk mengulum senyuman kecil buat Jungkook, berharap dapat meyakinkan lelaki itu.
Jungkook memandang lama wajah Eunha sebelum mengeluh kecil. Dia kemudiannya kembali duduk di atas kerusi bersebelahan katil pesakit itu.
"Lama eh awak tunggu saya sedar?" soal Eunha, membuka bicara sebelum perlahan bangun dari pembaringannya. Jungkook pula bingkas memegang lengan dan menyokong belakang Eunha bagi membantu wanita itu bangun.
"Tak lah" respon Jungkook ringkas sebelum mengukir senyuman kecil buat Eunha.
Eunha langsung berdecit perlahan dek jawapan Jungkook itu. Dia menurunkan tangannya yang memegang sisi kepalanya tadi. Rasa sakit di situ mula perlahan-lahan pudar.
"Doktor cakap apa pasal saya, wak?" soal Eunha penasaran sambil matanya bulat-bulat menatap wajah sempurna suaminya itu.
"Tak ada yang serius pun. Cuma kepala sayang ada injured dekat belakang tu. 5 jahitan" jelas Jungkook ringkas lalu mengulum senyuman sikit.
Eunha menganggukkan kepalanya perlahan.
"Patutlah rasa sakit dekat situ. Kena jahit rupanya" ujar Eunha seraya tangannya naik menyentuh perlahan bahagian belakang kepalanya. Dia berdecit perlahan.
Jungkook hanya mendiamkan dirinya, memerhati saja kelaku Eunha itu.
"Oh ye awak,"
Eunha menghentikan seketika tuturannya itu bagi mengemaskan posisi duduknya itu agar lebih selesa. Selimut yang menutupi separa tubuhnya itu dibetulkan.
Namun begitu, perbuatan Eunha itu terhenti tatkala tangannya berhenti pada bahagian perutnya. Dia menyentuh dengan cemas perutnya yang diselindung oleh selimut itu. Jantungnya berdegup kencang, panik dan resah.
Setelah itu, Eunha langsung menoleh memandang Jungkook di sebelah. Tergendala terus niatnya untuk berborak tentang lain dengan Jungkook tadi.
"A-Awak, awak. Kandungan saya macam mana? Eoh? Kandungan saya macam mana, awak?" soal Eunha cemas sambil matanya laju meliar di setiap inci wajah suaminya itu. Nafasnya sudah tidak keruan.
Jungkook diam.
Eunha memandang Jungkook yang tidak merespon itu.
"Awak, jawablah! Kandungan saya macam mana?" soal Eunha lagi sambil matanya tepat merenung wajah mendatar Jungkook itu.
Masih sama.
Jungkook tidak merespon.
"Awak, please! Jangan diam macam ni! Jawablah! Kandungan saya macam mana? Eoh?" soal Eunha lebih mendesak Jungkook. Lengan Jungkook digoyang berkali-kali.
Jungkook menatap redup wajah terdesak Eunha itu.
"Sayang--"
"Kan-Kandungan saya baik-baik je kan, awak? Kan? Eoh? Bagitahu saya yang kandungan saya memang baik-baik je kan? Eoh?" tukas Eunha pantas yang langsung memotong percakapan Jungkook itu. Matanya yang mulai bertakung dengan air mata itu menatap penuh berharap wajah suaminya itu.
Jungkook mengemam bibirnya. Satu keluhan kecil dilepaskan.
"A-Awak. Wh-What's wrong dengan reaction tu? Kandungan saya o-okey je kan?" tebak Eunha yang masih cuba berfikiran positif itu. Nadanya bergetar. Dia betul-betul tak mahu kehilangan akan bayi di dalam perutnya itu. Dia sudah menjaga kandungannya itu dengan penuh kasih sayang dan hati-hati selama 3 bulan. Tak mungkinlah dia akan rela jika dia benar-benar kehilangan bakal anak pertamanya itu.
"Awak, please! Bagitahu saya. Bagitahu saya macam mana dengan kan--"
Terhenti bentakan Eunha itu separuh jalan apabila tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Jungkook. Dia kaku buat seketika, cuba memahami situasi.
"Mianhae" ucap Jungkook perlahan namun penuh bermakna. Lengannya memeluk erat tubuh kecil itu.
Serentak dengan itu, air mata Eunha langsung menitis. Tubuhnya bagai dibekukan sepenuhnya. Jantungnya seperti berhenti berdetak.
"I'm really sorry, sayang" tambah Jungkook dengan nada penuh rasa bersalah.
Eunha menggelengkan kepalanya perlahan berulang kali. Air matanya bergenang.
"T-Tak. Tak. Tak. Awak tipu. Tak. Kandungan saya okey. Kandungan saya tak apa-apa" nafi Eunha berkali-kali dengan nada yang diselit isakan itu.
Jungkook mengeluh perlahan. Dia memejamkan matanya buat seketika. Tangannya perlahan mengusap kepala Eunha.
"Sayang,look--"
"Aniya, tak boleh jadi macam ni. S-Saya tunggu 5 tahun, takkan secepat ni--"
"Hey, kandungan awak okey la, sayang"
Mendengar tuturan Jungkook itu, Eunha yang sedang deras mengalirkan air mata itu terkaku sebentar. Dia terpana. Juga terkesima.
"Kandungan awak tak apa-apa lah. Semuanya okey. Tak ada apa-apa masalah. Eoh? " tambah Jungkook lagi dengan senyuman kecil bagi mengukuhkan lagi tuturannya yang tadi.
Eunha mengesat air matanya laju. Dia perlahan meloloskan tubuhnya dari dakapan Jungkook. Wajah Jungkook dipandang dengan matanya yang berair itu.
"J-Jeongmal?" soal Eunha dengan nada yang sedikit bergetar, meminta kepastian. Dia memandang Jungkook dengan pandangan penuh berharap.
Jeongmal?=really?
Jungkook tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepalanya.
"Me-Memang tak ada apa-apa masalah? Kandungan saya betul baik-baik je kan?" soal Eunha lagi, masih tidak dapat menerima bulat-bulat tentang kenyataan itu.
"Ya, sayang" respon Jungkook ringkas namun penuh kasih seraya jarinya naik menyeka air mata Eunha yang hampir mengalir keluar itu. Seterusnya, ubun-ubun kepala isterinya itu diusap lembut.
Eunha mencebikkan sedikit bibirnya sebelum kepalanya tertunduk.
"Syukurlah..." gumam Eunha perlahan dengan hati yang lebih tenang berbanding tadi. Tangannya menyentuh lembut perutnya sambil tersenyum tipis. Sungguh dia lega setelah mendengar khabar baik tentang kandungannya ini.
Eunha kemudiannya mengesat air matanya pantas menggunakan lengan baju pesakit yang tersarung pada tubuhnya itu. Dia memandang Jungkook di sebelah.
"Kalau macam tu, kenapa awak perlu tunjuk expression yang nampak bersalah sangat dekat saya tadi? Kenapa awak buat macam something wrong really happened dekat kandungan saya? Saya takutlah" hambur Eunha, membentak. Dahinya berkerut-kerut dengan wajah yang cemberut.
"Memang saya rasa bersalah pun, sayang" balas Jungkook sebelum mengeluh kecil.
Eunha yang tadinya protes dengan tindakan Jungkook itu, yang difikirnya lelaki itu sengaja menayang raut wajah begitu, sedikit sebanyak membuatkan protes di wajah dan dirinya itu lesap setelah mendengar respon suaminya itu.
"Apa...maksud awak?" soal Eunha bingung, atau lebih kepada mahukan penjelasan yang lebih mendalam. Matanya bulat-bulat menatap wajah redup Jungkook.
Jungkook mengeluh perlahan sebelum dia meraih lembut kedua-dua tangan mulus Eunha. Wajah bingung isterinya ditatap lama sebelum bersuara.
"Sorry. Saya tak bagi sepenuh perhatian dekat awak and tak dapat nak halang semua ni jadi, sayang"
"Ah, it's okay lah. Lagi pun ni bukan salah awak. Tak perlu rasa bersalah sebab tu lah. Benda dah jadi pun. And,yang penting tak ada yang serius pun. Kandungan okey, ibu dia pun okey. Cuma kena jahit sikit je kepala, tapi still okey" seloroh Eunha panjang lebar sebelum tergelak kecil. Jungkook sekadar tersenyum kecil.
"So, Choi Im Hwa yang tolak sayang dari tangga tu?" soal Jungkook yang langsung membuka topik baru itu. Matanya menatap lama wajah Eunha.
"Eoh? Awak tahu?" respon Eunha tidak menyangka dengan mata yang membulat.
"Eoh. Saya nampak dia dekat situ" balas Jungkook ringkas.
"Oh..." respon Eunha perlahan sebelum mengeluh kecil.
"Actually,saya tak expect pun dia akan muncul dekat situ. Sebab, selama 3 bulan ni dia dah lama tak muncul depan saya. So saya dah tak beware sangat la pasal dia... Dia tiba-tiba muncul dekat tangga tu and macam biasalah, dia akan cakap pasal merana,revenge and everything. Also, entah macam mana la dia tahu yang saya mengandung sekarang. Dia nampak happy sebab tu. And, lepas tu saya dah rasa tak ada benda nak cakap dengan dia, so saya dah memang nak pergi dah dari situ. Tapi tu lah, maybe dia trigger dengan saya and terus tolak saya dari tangga. Hm, sebab itulah kot" jelas Eunha panjang lebar sebelum mengemam bibirnya. Bila memikirkan hal itu, jantungnya kembali berdetak kencang seolah dia masih lagi berada dalam situasi itu.
Jungkook mengangguk perlahan, jelas dengan penerangan panjang Eunha itu.
Eunha memandang Jungkook yang sekadar mengangguk itu. Drastik pandangannya itu berubah kepada renungan protes.
Pap!
Bahu Jungkook ditampar Eunha sebal. Terkebil-kebil lelaki itu dibuatnya.
"Haa awak lah datang lambat! Lama betul borak dengan klien awak tu haa!" bentak Eunha geram sambil merenung protes wajah Jungkook.
"Eh,mana ada lama. 5 minit je" balas Jungkook bersahaja sambil menggosok perlahan bahunya yang menjadi mangsa tamparan Eunha itu.
Spontan Eunha mencerlung tajam wajah selamba suaminya itu.
"Heol! 5 minit apa benda nyaa? 10 minit kot! Khusyuk betul dengar klien awak tu bercakap tak berhenti, sampaikan saya bagitahu nak pergi tandas pun awak acuh tak acuh je respon haa. Saya dah macam tak wujud,halimunan,tunggul kayu dekat situ! Haaaa protes ni protes!" hambur Eunha penuh bersungguh dengan sebalnya. Berkerut-kerut dahinya, protes. Wajahnya cemberut.
Jungkook langsung tergelak kecil dek hamburan penuh protes Eunha itu yang terlihat mencuit hati baginya. Kemudian, kedua-dua tangannya naik menekup pipi semulajadi tembam isterinya itu. Wajah masam mencuka Eunha itu ditilik.
"Ala sayangggg. Sorry laaa. Ye, tahu salah saya sebab ignore awak tapi serius saya tak berniat pun untuk tu. Sorry la, sayang. Eo?" tutur Jungkook dengan bersungguhnya memujuk isterinya itu dengan ucapan maaf. Kepala disengetkan sedikit sambil mata dikerdipkan berkali-kali. Cuba mengambil hati wanita itu.
Eunha berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Dia menolak perlahan tangan Jungkook yang menekup wajahnya itu agar meleraikan tekupan itu.
"Ah, maja. Tadi bukan first time puan Choi muncul depan saya tau,wak" tutur Eunha yang kembali kepada topik asal itu.
Jungkook yang tadinya menayang ekspresi wajah mencuit hati itu drastik berubah serius setelah mendengar tuturan Eunha itu. Matanya kembali tertumpu fokus pada wajah wanita itu.
"Eoh? sebelum ni dah pernah ke?" soal Jungkook tidak menyangka.
"Emmm kali pertama dia tunjuk diri dia depan saya few months ago. Dekat tadika Yeon. Time tu rasanya Chae minta saya tolong ambil Yeon dekat tadika. And time tu lah puan Choi datang and dia dah cakap dengan Yeon pun. Basically dia dah kenal Yeon sejak hari tu. Tapi saya tak cakap banyak dengan dia waktu tu and terus pergi dari situ. Trauma saya still tak dapat control waktu tu" terang Eunha panjang lebar sebelum mengeluh kecil. Bibirnya dikemam.
"Hey,kenapa tak bagitahu saya langsung pasal ni?" soal Jungkook yang berbaur protes itu. Dia memandang lama wajah kesal Eunha.
"Alaa time tu awak demam kan? saya call pun tak jawab. Bila balik tu tengok awak demam, habis lupa terus yang saya nak bagitahu awak pasal tu. Sampai sekarang lupa" balas Eunha sebelum berdecit perlahan. Bibirnya dicebikkan sedikit.
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya diketap perlahan.
"Dia betul-betul tekad nak balas dendam. Patutnya dulu saya percaya je cakap awak yang sayang cakap sayang nampak dia" seloroh Jungkook bersahaja sebelum mengeluh kecil.
Eunha yang sedang mencebikkan bibirnya tadi langsung bola matanya bergerak memandang wajah selamba Jungkook di sebelah.
"Eh wait, wait. Jadi, selama ni awak tak percaya cakap saya lah? Eoh? Heol, awak ingat saya halusinasi ke apa? " tukas Eunha kesal dengan renungan tajamnya itu.
"Lebih kurang lah"
"Ey awak niiii! "
"Hahahahahaha"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»35
•
•
•
"Eo, Na. Dah nak pukul 9 lah. Aku kena gerak office balik ni. 9.15 nanti ada meeting ha" tutur Yuju setelah mengerling jam di pergelangan tangannya itu.
"Ah, araso. Pergilah. Nanti terlewat pulak" balas Eunha sebelum tersenyum kecil.
"Eoh, aku pergi dulu eh? Nanti kalau tak ada apa-apa hal, aku datang lepas kerja pulak, okey? Even hampir 30 minit aku duduk sini, banyak lagi nak diborak dengan kau tau" ujar Yuju seraya berdiri. Tubuh Eunha dipeluk ringkas.
Eunha berdecit perlahan sebelum menganggukkan kepalanya, menyetujui niat rakannya itu. Yuju tersenyum kecil sebelum meraih beg tangannya yang diletak pada meja bersebelahan katil pesakit itu.
"Jalga" ucap Yuju seraya melambai tangannya ringkas. Kakinya melangkah rapi ke pintu wad yang menempatkan Eunha itu. Tangannya kemudian naik menolak ke tepi pintu gelangsar wad itu.
Sejurus saja pintu dibuka, sepasang mata Yuju disapa oleh satu figura perempuan yang berdiri bertentangan dengannya itu.
Chaeyeon.
Yuju hanya mengukir senyuman buat Chaeyeon sebelum menundukkan sedikit kepalanya 30° tanda hormat. Seterusnya, dia langsung menapak pergi dari situ, memandangkan dia agak tergesa-gesa waktu itu.
Chaeyeon pula tak sempat membalas sapaan secara diam dari Yuju itu. Wanita itu terlalu cepat beredar. Dia hanya memandang figura Yuju yang sedang melangkah pergi itu.
"Mama? Dah boleh masuk ke?" soal Mi Yeon polos yang teragak-agak mahu terus meluru ke arah Mummy-nya itu. Maklumlah,ini kali pertama dia melawat orang sakit di hospital. Kepalanya didongakkan sedikit, memandang ibunya yang ligat melihat ke arah lain itu. Dia perlukan jawapan ketika ini. Betapa dia sungguh mahu berlari masuk, memeluk tubuh Eunha yang tidak menyedari akan kehadiran mereka itu.
"Eoh? Eoh,eoh. Kajja" respon Chaeyeon yang tersedar dek suara anaknya itu. Dia langsung menutup pintu gelangsar itu semula.
Eunha yang sedang ligat menilik skrin telefonnya itu langsung tertarik perhatiannya dek bunyi yang terhasil dari pintu yang ditutup itu. Kepalanya diangkat, melihat gerangan yang datang.
"Eh, Yeon ah~" panggil Eunha mesra tatkala matanya tertancap pada Mi Yeon yang setia berdiri di sebelah ibunya itu. Bibirnya mengukir senyuman lebar.
"Eoh, mummy!" sahut Mi Yeon riang seraya langsung berlari teruja ke arah Eunha yang sedang duduk bersila di atas katil itu. Tanpa teragak-agak, dia dengan selambanya memanjat naik ke atas katil pesakit yang diduduki Mummy-nya itu.
Tergelak kecil Eunha dibuatnya. Dia menginjak sedikit tubuhnya agar terhasil sedikit ruang untuk Mi Yeon duduk di situ.
"Ehh, budak ni. Suka hati dia je naik sampai atas tu kan?" ujar Chaeyeon yang menentang tindakan kanak-kanak 5 tahun itu. Matanya dikecilkan, merenung wajah selamba Mi Yeon itu.
"Ala ye la. Kalau Yeon duduk atas kerusi tu, nanti mama tak ada tempat duduk pulak" tukas Mi Yeon bersahaja sebelum tersengih comel.
Chaeyeon berdecit perlahan dek jawapan memberangsangkan yang keluar dari mulut anaknya itu. Dia menarik kerusi yang wujud di birai katil itu lalu didudukinya.
"Mummy, mummy. Mummy okey? Ada sakit dekat mana-mana ke, mummy? Ke sakit tu dah hilang?" soal Mi Yeon bertubi-tubi dengan wajahnya yang polos itu. Bulat-bulat matanya menilik setiap inci wajah suci,tanpa solekan Eunha.
Eunha tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"Eoh, sakit tu dah hilang" balas Eunha ringkas sebelum mengusutkan sekilas rambut Mi Yeon. Bibirnya masih mengulum senyuman.
Mulut Mi Yeon melopong. Dia mengangguk perlahan.
"Eun, Eun. Kandungan kau macam mana? Eoh? Okey je kan?" soal Chaeyeon agak gelabah yang baru teringat tentang itu. Lengan Eunha diraih lalu digoyang perlahan. Matanya tertumpu tepat pada wajah rakannya itu.
Eunha memandang Chaeyeon sekilas sebelum tersenyum kecil. Soalan Chaeyeon itu secara tidak langsung membuatkannya terimbas kembali penjelasan doktor kepadanya semalam.
"Kehamilan awal, seperti trimester pertama, tak mungkin akan mengalami keguguran akibat tergelincir dan jatuh. Selama peringkat ini, janin sangat kecil dan posisi menyukarkan malah jatuh dari tangga pun tak terlalu cenderung untuk menyebabkan keguguran. Ada juga risiko gangguan plasenta, yang akan menyebabkan keguguran. Tapi, ini memerlukan trauma yang melampau, seperti jatuh menuruni seluruh tangga. Walaupun begitu, kemungkinan untuk keguguran pada peringkat awal kehamilan ini sangat rendah"
"Jadi, sebab itulah kandungan awak still dapat diselamatkan. Lagipun janin sendiri terlindungi oleh cairan ketuban, otot rahim yang kuat atau dinding rahim yang tebal yang memang dapat protect baby. Jadi, macam tu lah. Nak mengalami keguguran ni bukannya senang-senang macam tu je terus gugur. Jadi, awak tak perlu terlalu risau pasal ni"
"Eunha. Heyyy. Yah, janganlah diam macam ni. Kau buat aku lagi nervous lah. Jawablahhh. Kandungan kau okey kan?" hambur Chaeyeon agak sebal setelah lama dia menanti respon dari Eunha itu.
Eunha memandang raut wajah Chaeyeon yang terdesak bercampur gelisah itu. Dia berdecit perlahan sebelum kepalanya dianggukkan.
"Iyee. Kandungan aku okey je. Tak ada apa--"
"Serius?!" seloroh Chaeyeon agak lantang dengan mata yang membulat itu.
Terhinjut sedikit bahu Eunha dan Mi Yeon dibuatnya kesan dari not tinggi tiba-tiba Chaeyeon itu.
"Eoh--"
Chaeyeon melepaskan keluhan lega. Dia memegang dadanya dengan mata yang dipejam. Berdetak kencang jantungnya tadi saat menunggu jawapan dari Eunha itu. Kini, hilanglah rasa gelisah dan resah yang menguasai dirinya tadi.
"Eo,baby mummy pun okey? Baby mummy masih ada dalam perut mummy kan?" soal Mi Yeon polos sambil memandang wajah Eunha lama.
Eunha tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya.
"Ye, sayang" respon Eunha sambil mengusap lembut rambut Mi Yeon.
"Oh, baguslah macam tu!" balas Mi Yeon riang sebelum tersengih suka. Eunha langsung tergelak kecil dek telatah Mi Yeon itu.
"Ah, maja. Eun, sorry okey?" ucap Chaeyeon tiba-tiba yang membuka topik lain pula. Dia memandang wajah polos Eunha.
"Untuk?" soal Eunha bingung. Berkerut dahinya.
"Tak, aku marah Jungkook semalam" respon Chaeyeon ringkas sebelum mengemam bibirnya. Nadanya tenang saja.
"Eoh? Dah kenapa kau--"
"Ye lah. Aku bengang gila kot dengan dia semalam. Dia tu tak peka, tau? Patutnya dia jadi lebih peka sekarang, lagi-lagi kau yang tengah pregnant ni. Ini tak, boleh pulak dia bagi perhatian dekat orang lain dari kau. Aku panas la haa. Kalau dia peka, kau takkan ada dekat hospital ni sekarang tau? Nasib kau dengan kandungan kau okey. Kalau tak, jadi janda mati laki la kau, Eun" hambur Chaeyeon dengan penuh bersungguhnya sebelum merengus perlahan.
"Eish, apa bendalah kau ni, Chae. Tak ada apa lah. Tak serius pun. Buktinya, aku okey kan sekarang?" tukas Eunha yang tertawa kecil pada mulanya tadi sebelum mengukir senyuman kepada rakannya itu.
"Tak ada lah, Eun. Aku serius tak suka lah tengok kau sakit. Kau tu baik sangat, tau? Asal apa-apa jadi je, 'tak apa lah', 'aku okey lah', 'biarlah', 'bukan benda serius pun' ha itu je lah jawapan kau setiap kali tersakiti. Dah kalau kau yang macam ni, aku lah yang kena speak up bagi pihak kau" tutur Chaeyeon panjang lebar atau lebih kepada membebel kepada Eunha. Dia mengeluh kecil.
Eunha berdecit perlahan sebelum tersenyum.
"Memang tak ada apa lah, Chae. Lagipun benda tu jadi pun atas clumsiness aku sendiri. Lepas tu aku ni cepat sangat melenting. Kalau aku stay je situ dengan Jungkook, benda ni pun takkan jadi. Well, actually benda ni jadi bukannya salah Jungkook sepenuhnya pun" tukas Eunha lancar sebelum mengukir senyuman kecil.
"Aduh, Eun. Kau--"
"Lagi pun Chae, sanggup eh kau ambil risiko just untuk speak up bagi pihak aku?" tambah Eunha sebelum tergelak kecil. Keningnya diangkat sebelah.
"Eoh? Maksud kau?" soal Chaeyeon bingung.
"Ye lah, risiko lah. Kau kenal Jungkook macam mana, Chae. Tipulah kalau dia tak marah time tu. Mesti dia marah kan? Kau tahu sendirilah,Chae. Bila Jungkook tu dah start marah, risiko dia apa" jelas Eunha bersahaja sebelum menggerakkan keningnya berkali-kali. Setelah itu dia tergelak kecil.
"Haah kan, Eun. Buatnya dia mengamuk time tu, aku nak suruh siapa tenangkan woi? Dah la bini dia tak sedar lagi time tu" seloroh Chaeyeon yang baru terasa gelabah itu setelah memikirkan hal yang diperkatakan Eunha itu.
"Di situ lah terletaknya kebijakan Kim Chaeyeon dalam membuat tindakan" ujar Eunha selamba sebelum terkekeh kecil.
Chaeyeon berdecit perlahan sebelum mencebik.
"Tapi still, aku puas lepas cakap semua tu dekat dia. Barulah dia boleh muhasabah diri" tukas Chaeyeon dengan gah dan yakin dirinya. Sempat dia mendabik dada.
"Yelah, Chae. Semoga gaji kau tak kena burn la bulan ni"
"Weh Eunnn,kau--"
"Tak tahu, tak tahu. Hahahahahaha"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»35
•
•
•
"Yah, Kook. Kau apahal cancel semua meeting hari ni?" soal Mingyu hairan yang lebih kepada membentak itu sebaik saja melangkah masuk ke dalam pejabat milik Jungkook itu. Dia menapak ke arah sofa yang wujud di situ lalu punggungnya langsung dihenyak di atas sofa yang empuk itu.
Jungkook yang sedang duduk bersandar pada badan sofa sambil memejamkan matanya itu langsung terganggu dek suara Mingyu itu. Matanya dicelikkan sebelum tubuhnya ditegakkan. Wajah Mingyu di hadapan dipandang.
"Aku still bengang dengan orang tua tu. Dah mereput dalam penjara 6 tahun pun still tak tahu nak serik ke, sial?" soal Jungkook bengang sebelum mengusutkan rambutnya kasar.
"Lagi dia tak dapat balas dendam dekat kau, dia takkan serik. Kau pun tahu tu, Kook" balas Mingyu mendatar sebelum mengeluh kecil.
"Tak, kalau dendam dengan aku, balas dendam dekat aku je lah. Yang nak libatkan Eunha sekali kenapa? Tolak jatuh tangga bukan benda kecik la, sial. Bengang betul la aku dengan orang tua tu" tukas Jungkook sebal sebelum merengus kasar. Bibirnya diketap kuat.
"Kalau buat Eunha macam tu pun dia boleh, tak mustahil lepas ni lagi teruk dia boleh buat. Orang tua tu makin tua, makin tak ada perikemanusiaan. Kesian sebenarnya" ujar Mingyu bersahaja dan satu keluhan perlahan dilepaskan.
Jungkook merengus perlahan. Lidahnya menekan-nekan dalam pipinya berkali-kali. Dia betul-betul tak dapat menepis rasa berangnya terhadap Choi Im Hwa sekarang.
"Aku kalau boleh tak nak tanya ni tau, Kook. Tapi nampaknya macam memang inilah aku nak kena tanya kau sekarang ni" tutur Mingyu yang tidak terlalu yakin dengan keputusannya untuk menyoal satu soalan ringkas kepada rakannya itu.
Bola mata Jungkook bergerak memandang Mingyu di hadapan. Keningnya diangkat sebelah.
"Apa?" soal Jungkook.
Mingyu mengeluh panjang. Dia mengemam bibirnya sebentar sebelum bersuara.
"So, kau nak buat apa?" soal Mingyu yang akhirnya mengajukan juga soalan ringkas namun berbahaya itu.
Mata Jungkook langsung menunjukkan pandangan yang terlihat bercita-cita tinggi itu. Bibirnya mengukir senyuman kecil.
"Cari dia. Aku nak cari dia" balas Jungkook dengan wajah yang sudah kembali berekspresi tegang itu.
"Heol. Ini yang aku malas nak tanya soalan tu dekat kau. Ha, kau jangan nak buat kerja gila, Kook. Nanti kang kau pulak yang mereput dalam penjara" tukas Mingyu yang jelas tidak senang dengan respon rakannya itu.
"Eoh. Kalau boleh memang nak sangat aku bunuh dia. Tapi, aku tak segila tu nak buat macam tu. Aku cuma nak cari dia" balas Jungkook sebelum merengus perlahan.
"Boleh percaya ke 'cuma' kau tu?" soal Mingyu dengan kening yang diangkat sebelah. Matanya lama merenung wajah Jungkook, mencari kebenaran dalam kata-katanya tadi.
Jungkook tidak merespon sebaliknya hanya menyandarkan kembali tubuhnya pada badan sofa. Matanya dipejam.
"Kosongkan schedule kau jugak, Gyu" ujar Jungkook bersahaja dengan mata yang tertutup itu.
Mingyu mengeluh panjang. Dia mengusutkan rambutnya kasar.
"Yaish. Bila nak pergi?" soal Mingyu agak membentak itu. Wajah tenang Jungkook yang tidak terlalu tenang itu direnung sebal.
"Sekarang"
WAH WAH LAIN MACIEM DUA KETUL NI
EM
OH YE, ANDA SEMUA DAH BOLEH LEGA YE KANDUNGAN EUNHA OKEY-
MESTI ANDA SEMUA BERDEBO KAN BILA EUNHA TNYA JUNGKOOK PASAL TU AND JUNGKOOK JUST DIAM JE
KE TAK-
YE AKU TAK SEKEJAM TU UTK BUAT EUNHA GUGUR OHOK
YELAH NANTI KANG STRESS AWAL PULAK HA EM
AKU TAHU RAMAI YG FIKIR DIA GUGUR EN SEBAB JATUH TANGGA TU SKSKSKSK
EM KALAU AKU PUN, AKU AKAN FIKIR GITU
TAPI RUPANYA LPS BUAT RESEARCH, KECIK JE POSSIBILITY UTK GUGUR TU EVEN JATUH TANGGA SBB BARU PERINGKAT AWAL
TRIMESTER PERTAMA TERM DIA HA
FYI TRIMESTER PERTAMA TU USIA KANDUNGAN YA, USIA DARI SEMINGGU-14 MINGGU
AAGITUH
HA KAUUU AKU DH BOLEH JADI DOKTOR DAH HA-
HA TU JE LAH TANAK BEBEL BYK
OH YA KALAU ADA SHORT FORM, MAAFKAN SEYA. MUNGKIN TAK SEDAR EM EM
YA TU JE
KBAI
VOTE DULU EH
PANJANG NI CHAP NI HA, TABAIK TAK EPRESYET SAYA EM
HA BABAI
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro