🔷32
[15 votes+20 comments]
FUH
LEWAT LA SIKIT HA
HA
YA VOTE JE LA
TIGA bulan sudahpun berlalu, tempoh kandungan Eunha kini sudah menginjak 14 minggu. Selama tempoh 3 bulan ini, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah mahupun kemalangan yang berlaku. Eunha juga sudah lebih berhati-hati dalam menjaga kandungan yang dibawanya belakangan ini.
Cumanya, ragamnya yang bermacam-macam itu memang tak dapat dielakkan. Mahu tak mahu, seorang Jeon Jungkook perlu bersabar menghadapinya juga. Dan ya, dia masih dapat hidup walaupun sudah 3 bulan kepalanya pening melayan ragam isterinya itu.
"Eunha ya! "
Eunha yang sedang fokus meneliti pelan pembangunan di skrin komputer di hadapannya itu langsung terganggu fokusnya apabila namanya tiba-tiba dilaung agak lantang itu. Dia mengangkat kepalanya, memandang rakan satu pejabat dengannya yang berada di muka pintu itu.
Ya, Eunha kini sudah ditempatkan dalam sebuah ruang pejabat persendirian bersama seorang lagi rakan seruangan dengannya, Jung Haera, memandangkan wanita ini juga menjawat jawatan yang sama seperti Eunha iaitu penyelia tapak.
Dan ya, Eunha sudah berjaya mendapat jawatan sebagai penyelia tapak di syarikat yang besar ini sebaik saja tempoh percubaannya selesai 3 bulan yang lalu. Ini bermakna, dia sudah mendapat posisi yang tetap dalam syarikat itu dan bukan lagi seorang newbie. Dan ini secara tidak langsung membuatkan Eunha menjadi seorang wanita yang lebih sibuk dan diperlukan dalam jabatan hampir setiap masa.
"Eoh waeyo, eonnie?" sahut Eunha sambil memandang Haera yang agak termengah-mengah itu, mungkin baru lepas berlari.
Wanita yang tua dua tahun dari Eunha itu mengurut dadanya ringkas bertujuan untuk mengurangkan sikit rasa termengahnya itu. Dia kemudiannya memandang wajah polos Eunha itu.
"Pengurus Jung suruh print out plan untuk projek latest kita bincang semalam tu sekarang jugak. Collaborators dari Ilsan tu dah nak sampai. Lagi 10 minit meeting nak start" jelas Haera satu nafas dengan mata yang agak membulat itu, kesan dari gelabahnya yang baru mendapat berita mengejut soal itu.
"Eoh? Jeongmal-yo? Aduh, saya baru tengah cek error tadi, eonnie! " tukas Eunha yang secara tidak langsung terjangkit gelabah dari Haera itu.
"Ala, tak ada error tu. Print out je dulu. Dah tak sempat nak sambung cek error tu, Eun!" seloroh Haera yang menggesa Eunha itu. Dia berjalan masuk ke dalam pejabat dengan kabutnya.
"Ah, araso araso! Saya pergi dulu, eonnie!" pamit Eunha tergesa-gesa seraya mencabut keluar pendrive yang dicucuk pada bahagian tepi komputer itu. Dia kemudiannya langsung menapak laju ke arah pintu keluar pejabat.
"Eoh, jumpa dekat bilik meeting nanti!" pesan Haera agak lantang yang kalut-kalut duduk di kerusinya itu.
"Eoh! " respon Eunha ringkas sebelum menapak keluar dari ruang pejabat itu dengan langkah yang pantas. Dia berjalan menuju ke bilik fotostat yang terletak agak jauh dari pejabatnya itu.
"Aduhh, kenapalah mengejut sangat collaborators ni datang pun? Bukannya nak bagitahu awal-awal haa. Tahu-tahu lagi 10 minit nak sampai" bebel Eunha sendirian sambil kakinya setia melangkah laju. Dia menilik jam di pergelangan tangannya.
"Halahhh, sempat ke ni? Dah la nak kena print--"
Buk!
"Ommo!" jerit Eunha spontan apabila tubuhnya drastik hilang keseimbangan kesan dari seorang lelaki yang tiba-tiba merempuhnya dari arah sebelah kanan itu.
Pantas saja lelaki itu bertindak dengan langsung menahan tubuh kecil Eunha dari jatuh dengan lengan kanannya. Bagai terhenti sekejap detak jantungnya dek menyedari hakikat yang dia hampir mencederakan seorang perempuan. Tambahan lagi, wanita itu sedang mengandung. Matanya juga membuntang besar ketika itu.
"Er... Yugyeom?" panggil Eunha perlahan, berharap dapat menyedarkan lelaki itu ke realiti. Maklumlah, tak lepas mata lelaki itu menatap wajahnya. Tambahan pula, lengan lelaki itu masih menyokong tubuhnya.
"Eo-Eoh, eoh. Sorry sorry" seloroh Yugyeom meminta maaf tatkala lamunannya terhenti. Dia meloloskan perlahan lengannya dari terus menampan belakang Eunha setelah memastikan wanita itu kembali berdiri dengan seimbang semula.
"Ah, tak apa. Saya pergi dulu. Nak kena cepat ni" pamit Eunha seraya mengulum senyuman kecil sekilas pada Yugyeom. Dia kemudiannya langsung menapak pergi dengan langkah yang laju.
"Eoh, hati-hati!"
"Eoh! "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»32
•
•
•
"Sayang, situ situ! " tutur Eunha teruja seraya langsung menarik lengan Jungkook menghampiri sebuah kedai kiosk yang agak luas di dalam pusat beli-belah itu. Kedai yang dimaksudkan Eunha adalah sebuah kedai keperluan dan peralatan bayi. Itu yang bukan main dia teruja itu.
Sebenarnya setelah Eunha habis kerja tadi, dia langsung mengajak Jungkook untuk ke pusat beli-belah. Tiada tujuan yang penting pun. Sekadar mahu mencuci mata. Atau lebih kepada mahu menghabiskan duit-
"Eososeyo~" sapa seorang pekerja wanita yang statik berdiri di sebelah pintu masuk kedai dengan mesra. Satu senyuman kecil diukir buat Eunha manakala senyumannya melebar buat Jungkook.
Eososeyo=selamat datang
Wah wah-
Eunha mengerling pekerja itu yang sedang menatap kagum wajah sempurna milik Jungkook itu. Dia berdecit jengkel sebelum langsung lengannya melingkar manis pada lengan suaminya itu.
"Sayang,kajja" ajak Eunha drastik seraya menarik lengan Jungkook, menarik lelaki itu agar berganjak dari ruang pintu masuk itu. Setelah itu, dia langsung melepaskan lengan Jungkook dan menapak ke arah bahagian pakaian-pakaian bayi yang comel belaka.
"Awhh, comelll!" seloroh Eunha riang sebaik saja melihat sepasang pakaian bayi yang mencuit hatinya itu. Pakaian yang bersaiz kecil dan bercorak beruang pada bahagian tengah baju itu cukup untuk membuatkan hati Eunha tercuit. Tangannya langsung mencapai pakaian kecil itu lalu dibelek suka.
Seterusnya, sepasang mata Eunha memandang pula ke arah pakaian yang berbeza rekaannya dan corak pastinya. Dan, itu lebih menarik perhatiannya.
"Awhh,ini lagi comelll!" sorak Eunha seraya tangannya bergerak mencapai sehelai pakaian yang direka seperti sehelai hoodie yang bersaiz kecil dan berwarna putih sepenuhnya. Di bahagian tengah pakaian itu wujudnya cetakan kepala kartun biri-biri yang comel di situ. Pada hood di hoodie itu pula direka sepasang telinga persis kambing biri-biri. Mudah kata, hoodie yang mencuit hati itu direka sepenuhnya seperti seekor biri-biri versi kartun.
"Sayang, yang ni comel lah!" tutur Eunha teruja seraya langsung menayang hoodie kecil itu kepada Jungkook yang hanya jadi pemerhati dari tadi di sebelahnya itu.
Jungkook hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
Eunha kemudiannya kembali melilaukan matanya di setiap rak penyangkut yang terdapat bermacam-macam jenis pakaian bayi yang bukan main comel itu.
"Ah, ini pun comelll, sayang!"
"Ni pun! "
"Eoh, yang ni pun! "
"Alo, kasut ni comel sangatlah, awak!"
"Awak, yang ni yang ni! Yang ni comel gilaaa!"
"Eeee comelnyaaaa! "
"Aaaaaa, design dia macam bunny lah awakkk!"
Ya. Semua sorakan kecil tanpa henti itu datangnya dari seorang Jeon Eunha. Sememangnya setiap pakaian dan peralatan bayi yang dilihatnya, semuanya dikatakan comel. Tak ada yang tak comel. Semuanya comel. Satu kedai comel.
Dengan pekerja-pekerja pun comel sekali- ok tak.
"Ala, sayang. Semua comel la. Macam mana ni?" soal Eunha seraya mendongak sedikit memandang Jungkook yang akhirnya menatap lama wajah suaminya di sebelahnya itu. Maklumlah, dari tadi dia hanya memberi sepenuh perhatiannya pada kesemua pakaian bayi yang mencuit hatinya itu.
Jungkook berdecit perlahan sebelum tergelak kecil.
"Beli la satu kedai ni. Duit saya 7 keturunan" seloroh Jungkook selamba yang sempat bertakabur dan riak di situ.
"Heol! Sombong amat"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»32
•
•
•
"Hai, nak pesan apa?" soal seorang gadis, pelayan di restoran makanan Itali itu mesra. Dia memandang Eunha dan Jungkook bersilih ganti dengan senyuman setelah meletakkan dua buah buku menu di atas meja.
"Sayang nak makan apa?" soal Jungkook sambil memandang Eunha di hadapan yang sedang menilik isi kandungan buku menu di tangannya itu.
"Spaghetti Aglio Olio ni lah. Yang seafood" pesan Eunha langsung kepada pelayan itu.
Pelayan itu menganggukkan kepalanya sebelum menanda pesanan Eunha itu pada buku bersaiz sederhana yang tersenarai semua jenis hidangan itu.
"Lepas tu...minum pulak, jus oren ye" sambung Eunha sambil memandang pelayan wanita itu yang memiliki wajah cantik itu.
"Okey. Encik?" soal pelayan itu kepada Jungkook pula setelah selesai menanda pesanan Eunha.
"Sama je dengan dia" balas Jungkook dengan senyuman sebelum menghulur buku menu kepada pekerja itu semula.
Pelayan itu mengangguk faham seraya menyambut huluran buku menu dari Jungkook dan Eunha. Dia kemudiannya menundukkan hormat 90° sebelum beredar dari meja yang diduduki pasangan suami isteri itu.
"Apa senyum senyum?" soal Eunha yang berbaur bentakan itu sambil mengecilkan kedua-dua matanya,merenung protes wajah Jungkook di hadapannya itu.
"Apa?" balas Jungkook yang sengaja berbuat bingung itu. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon pintarnya lalu dinyalakan. Sajalah dia mahu mengabaikan sebentar Eunha yang sudah cemberut wajahnya itu.
"Heol" rengus Eunha kesal dek respon yang diberikan Jungkook itu. Dia merengus perlahan sebelum turut mengeluarkan telefon pintarnya.
Malas mahu sebal lebih-lebih, dia memutuskan untuk mengabaikan rasa sebalnya pada Jungkook itu dengan mengambil gambar selfie sendirian. Tangan kanannya berperanan memegang telefonnya sementara tangan kirinya ligat merapikan rambut panjangnya yang diikat tocang satu itu.
"Ala, tak nice lah pulak" omel Eunha dengan cebikan kecil sebelum mendaratkan telefon pintarnya di atas meja. Dia kemudiannya menanggalkan getah rambutnya, meleraikan ikatan pada rambut panjangnya itu.
"Assa! Baru cantik! " seloroh Eunha bernada separuh bisik itu dengan senyuman puas. Rambut panjangnya yang dilepaskan dan menutupi belakangnya itu dibawa ke hadapan, menutupi bahu kirinya. Seterusnya, dia menolak rambut depannya ke tepi, berhasil menayang dahi polosnya.
"Apa pandang, pandang? Tahu la saya cantik" seloroh Eunha bersahaja saat mendapati Jungkook yang sedang mengamati wajahnya itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan dek tuturan Eunha itu. Dia memandang isterinya yang sudah mulai melakukan gaya bagi gambar selfie yang bakal diambilnya itu.
Sedang ligat Jungkook melihat gelagat Eunha mengambil gambar itu, matanya pula tiba-tiba tertancap pada seorang lelaki yang duduk di meja yang sebaris dengan Eunha itu. Kelihatan lelaki itu turut memberikan reaksi yang sama seperti dirinya. Atau mungkin lelaki itu memberi reaksi lebih angau darinya saat melihat Eunha yang tidak jauh dari figura itu.
Lesap habis reaksi mesra dari Jungkook tadi tatkala menyedari akan hal itu. Dia merenung lama lelaki itu yang tak lepas menatap isterinya itu.
Satu keluhan kasar dilepaskan sebelum Jungkook langsung berdiri lalu terus mengambil tempat di sebelah Eunha. Kemudian,lengannya langsung melingkar pada pinggang kecil isterinya itu.
Terhinjut sedikit bahu Eunha dek tindakan tiba-tiba Jungkook itu. Sudahlah dia tidak sedar bahwa lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Ini kan pula ditambah dengan pinggangnya yang tiba-tiba dirangkul itu.
"Eh, awak ni dah kenapa ni?" soal Eunha bingung. Terkebil-kebil dia memandang Jungkook di sebelah.
"Dah, tak payah selfie dah. Rambut tu ikat balik" arah Jungkook senada sambil menatap wajah terpinga-pinga Eunha itu.
Possessive mode, ON.
"Ehhh, saya baru dapat selfie dua keping--"
"Eunha" ujar Jungkook dengan nada yang lebih tegas. Pandangannya lebih tajam kali ini.
Bagai dibekukan, Eunha kaku sepenuhnya. Bukannya apa, bila lelaki itu sudah menyebut namanya begitu, bermakna seorang Jeon Jungkook betul-betul dalam fasa serius. Berani nak membantah lagi?
"Ah,a-araso, araso" balas Eunha yang terpaksa akur itu sebelum memandang ke hadapan. Dia mengemam bibirnya, tentunya protes. Namun, rasa penasaran lebih menguasai dirinya.
Dah kenapa tiba-tiba tak kasi aku selfie pulak ni? Tadi okey je. Apani apani?
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»32
•
•
•
"Puan, produk sebelum ni memang mendadak drop nya. Pelabur pun dah hilang minat pasal produk tu, puan" jelas Hara sambil menatap fokus wajah majikannya di hadapan,
Choi Im Hwa.
Puan Choi merengus perlahan. Dia memicit-micit sisi kepalanya sambil bibir diketap. Serabut.
"Kenapa sampai boleh drop? Dulu okey je kan? " soal puan Choi yang berbaur bentakan itu.
"Ya, puan. Dulu memang melonjak naik produk tu. Itu pun sebab ada pelakon terkenal offer untuk jadi duta produk tu. Tapi sekarang kontrak kita dengan dia dah tamat. Sebab tu dah mendadak habis penurunan untuk jualan produk tu. Dan, lagi satu puan, mungkin ni jadi sebab faktor location centre kita. Centre tu tak berapa nak strategik la puan" terang Hara panjang lebar dengan lancarnya.
Puan Choi menganggukkan kepalanya perlahan. Dia melepaskan keluhan panjang.
"Centre dekat Ilsan tu macam mana?" soal puan Choi dengan kening yang terangkat sebelah.
"Emm, setakat ni jualan mendatar. Tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. Tapi ada risiko untuk drop jugak, puan" respon Hara lancar setelah menilik sekilas fail di tangannya itu.
Puan Choi merengus perlahan. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Matanya dipejam rapat, cuba menenangkan otaknya yang serabut itu.
"Caranya cuma satu, puan. Kita kena tubuhkan lagi satu centre dekat location yang sangat strategik. Tapi ada masalah pula, puan. Kita dah rugi banyak dari jualan produk dekat Sokcho tu. Modal nak bangunkan lagi satu centre memang tak cukup, puan" tutur Hara dengan wajah yang sedikit berkerut, kesan dari gusarnya soal prestasi syarikat majikannya itu.
Puan Choi mencelikkan matanya semula. Dia merengus kasar. Badannya ditegakkan semula. Jus epal yang langsung tidak diusiknya itu akhirnya disedut jua.
"Memang dah tak ada cara lain. Saya kena guna cara--"
Tuturan puan Choi langsung terhenti apabila matanya tiba-tiba saja tertancap pada dua figura yang sedang duduk di sebuah meja tidak jauh darinya.
Ya. Eunha dan Jungkook.
"Oh, nice timing" gumam puan Choi perlahan sebelum tersenyum senget. Matanya tak lepas memandang pasangan sejoli yang sedang bermesra itu.
"Ey sayanggg, sini laa haaa. Satu je, satu je!" tutur Eunha yang sangat terdesak memujuk Jungkook itu agar berwefie bersamanya. Lengan lelaki itu ditarik-tarik.
"Aish, tak nak la. Saya nak makan aiskrim ni. Selfie je lah sorang-sorang. Bukannya button snap terus tak function kalau saya tak join" tukas Jungkook yang jelas tak berminat itu sebelum berura-ura untuk menyuap sesudu aiskrim perisa Vanilla Coklat ke dalam mulutnya. Namun lengan kanannya terlebih dahulu diraih Eunha.
"Ala sayanggg, pleaseeee" pujuk Eunha yang masih tidak berputus asa itu. Matanya dikerdipkan berkali-kali, bibirnya dicebikkan sedikit, berharap dapat melembutkan hati suaminya itu.
Jungkook yang melihat ekspresi terdesak Eunha yang jujurnya memang terlihat comel itu akhirnya menyerah juga. Dia meletakkan sudu yang berisi aiskrim itu ke dalam mangkuk semula.
"Aish. Satu je"
"Ye, satu jeee! Sini,sini! " balas Eunha riang seraya menarik lengan Jungkook berkali-kali agar rapat dengan tubuhnya. Dia kemudiannya membetulkan posisi telefon pintarnya yang sudah dibuka aplikasi kamera itu.
"Okey eh, hanaa dul-- ala sayang, senyumlah! "
"Tak senyum pun handsome je. Snap je lah"
"Ey, senyum la. Cepat, cepat! Senyummmm" arah Eunha bersungguh sambil jarinya naik menarik pipi Jungkook agar senyuman terukir pada bibir lelaki itu.
Jungkook mengeluh malas sebelum sekadar mengukir senyuman palsu pada kamera. Namun, 3 saat kemudian senyumannya lesap kembali.
"Ey, sayang! Senyummmm!"
"Puan? "
Puan Choi yang sedang mengelamun memikirkan rancangan barunya itu langsung terganggu apabila suara Hara menyapa telinganya. Matanya yang tadinya fokus memandang ke arah pasangan itu walaupun hakikatnya dia langsung tidak dapat mendengar apa yang dibalah dua figura itu langsung beralih ke arah Hara di hadapan.
"Ye? " sahut puan Choi ringkas. Keningnya diangkat sebelah.
"Macam mana, puan?" soal Hara.
"Oh, saya rasa saya dah ada cara baru yang simple untuk tu" respon puan Choi dengan senyuman kecil sambil matanya mengerling sekilas ke arah Eunha dan Jungkook yang sedang bergelut untuk mengambil gambar itu.
"Cara apa, puan?" soal Hara penasaran.
"Tak apa. Kamu boleh balik dulu. Pasal tu, esok kita bincang lain dekat office saya. Sekarang saya ada kerja sikit nak buat" ujar puan Choi sebelum mengukir senyuman buat Hara.
Hara mengangguk perlahan.
"Baik. Saya pergi dulu, puan" pamit Hara sebelum berdiri. Dia menundukkan hormat 90° lalu langsung beredar.
Puan Choi memandang sekilas figura pembantu peribadinya yang berlalu pergi itu. Kemudian, dia kembali memandang ke arah meja yang diduduki Eunha dan Jungkook itu. Satu senyuman senget terukir.
"Aku dah janji dulu. Seorang dari kau berdua kena merana satu hari nanti. And, seems like, masa tu dah tiba. We will see, Jeon Jungkook, Jung Eunha" -Choi Im Hwa.
WAH CHOI IM HWA KORANG KAMBEKKK WUHUUUUUU
ALA AKU TAHU ANDA SEMUA PUN EKSAITED KAN DIA KAMBEK
UHUK
JANGAN RISAU, LAMBAT LAGI CHOI IM HWA KORANG NI NAK DISBAND
HA TIBE KAN
TAPI TAKPE
HA AGAKNYA APA LA PLAN MAKCIK CHOI KESAYANGAN KORANG TU EN EHEHEHEHEHE
Em
OH HA JANGAN PELIK YA PAHAL TIBA2 AKU SKIP 3 BULAN TERUS
AKU DAH BAGITAHU DULU, LEPAS NI AKAN BYK YG AKU AKAN SKIP SKSKSKSK
Sebab apa?
SEBAB AKU TAKDA IDEA AHAHAHAHAAHAH-
hm
Ha tu jelah.
HA PASTU VOTE LA
LAMEK
PIKIR FREE II JE AKU TYPE SAMPAI 2K WORDS NI?
Ha ya. Ha macam tu lah. Ha-
OK BAI
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro