🔷29
[15 votes+20 comments]
HA AWAL BETHOL APDET NYA
EHE
DH VOTE JE LA EM
"Hey, you will be a daddy soon" tutur Eunha dengan senyuman lebar. Sepasang matanya menatap tepat pada wajah sempurna suaminya yang ditekupnya itu.
Jungkook kaku. Dia sepertinya dibekukan sepenuhnya. Matanya tak berkelip,hanya mampu menatap bulat-bulat wajah senang isterinya itu.
Eunha yang sedang tersenyum senang itu perlahan-lahan pudar dek melihat eskpresi wajah Jungkook yang seperti mayat hidup itu. Lelaki itu langsung tidak bersuara. Dahi Eunha berkerut seribu.
"Sayang?" panggil Eunha bingung seraya menurunkan kedua-dua tangannya dari terus menekup wajah suaminya itu.
Tiada respon.
"Helloooo? Sayang? Yeobuseyoo? Hey, are you theree?" tutur Eunha dengan pelbagai perkataan untuk menarik perhatian Jungkook. Tangan kecilnya dilambai-lambai di hadapan wajah kaku suaminya itu.
Jungkook yang sememangnya sedar dengan keadaan sekeliling dan cuma hanya tercengang itu perlahan menyambar pergelangan tangan kanan Eunha yang setia dilambai-lambai di hadapan wajahnya itu. Matanya merenung tepat ke dalam sepasang mata cantik isterinya.
"Apa maksud awak, sayang?" soal Jungkook yang akhirnya bersuara itu. Nadanya hanya mendatar, sudah kedengaran tak ubah seperti robot.
"Apa?" balas Eunha polos. Bulat-bulat matanya menatap wajah lelaki itu.
Jungkook diam. Dia hanya mengamati wajah Eunha. Tak tahu bagaimana untuk merespon. Dia juga masih cuba untuk memproses otaknya tentang perkara yang ingin disampaikan isterinya itu.
"Oh, maksud awak pasal apa yang saya bagitahu tadi tu ke?" tebak Eunha serta-merta setelah sel-sel otaknya kembali berhubung. Jungkook hanya menganggukkan kepalanya.
Eunha langsung tersenyum kecil. Dia menurunkan tangan kanannya yang dipegang Jungkook itu.
"Lah, sayang. Saya dah bagitahu paling obvious dan sangat jelas dah tu. Awak masih tak dapat catch up ke?" tutur Eunha lembut sambil menatap wajah kejung Jungkook. Dia tertawa halus.
"Sayang--"
"For real?" soal Jungkook dengan matanya yang tak lepas merenung wajah polos Eunha itu.
Eunha tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"Iye, for real. Saya akan jadi mummy and awak akan jadi daddy. Kita akan jadi parents soon" respon Eunha sebelum mengukir senyuman lebar buat Jungkook.
"Sayang, benda ni tak kelakar kalau nak buat bergurau" tukas Jungkook agak tegas yang masih tidak dapat menerima sepenuhnya respon Eunha itu.
Eunha tersenyum kecil sebelum dia meraih tangan kiri Jungkook lalu menggenggam lembut tangan besar lelaki itu menggunakan kedua-dua tangannya. Wajah suaminya itu ditatap.
"Saya tak bergurau, sayang. Saya cakap benda betul ni. In about 9 month, awak akan jadi seorang ayah. Untuk anak kita sendiri" tutur Eunha lembut sambil menatap setiap inci sempurna pada wajah suaminya itu. Dia kemudiannya mengulum senyuman lebar.
Jungkook kembali diam. Dia mengamati lama wajah tersenyum Eunha. Eunha tersenyum kecil tatkala wajahnya sekali lagi ditatap lama oleh Jungkook. Dia melepaskan genggamannya pada tangan lelaki itu. Posisi duduknya dibetulkan ringkas, inginkan posisi yang lebih selesa sebelum dia bersuara lagi.
"Also--"
Tak sempat Eunha meneruskan katanya, tubuhnya terlebih dahulu didakap Jungkook erat. Terkaku sebentar Eunha dibuatnya dek dipeluk secara tiba-tiba oleh lelaki itu.
"Tahniah, sayang" ucap Jungkook perlahan sambil mengeratkan lagi dakapannya pada tubuh isterinya itu.
Eunha yang mendengar ucapan Jungkook itu langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil.
"Mwoyaaa? Kenapa tahniah dekat saya je? Kan ni pun anak awak jugak. Congrats for both of us lah" tukas Eunha yang masih berada dalam dakapan Jungkook itu sambil tersenyum.
"Sayang yang lebih deserve. Sayang dah go through macam-macam untuk masa yang lama. 5 tahun bukan sekejap. Macam-macam dari mulut orang awak dah dengar sepanjang masa tu. So, sayang yang lebih deserve" jelas Jungkook lancar. Dia kemudiannya perlahan melonggarkan pelukannya pada tubuh Eunha. Bahu wanita itu dipegang lembut. Wajah isterinya itu ditenung.
Eunha sekadar tersenyum nipis.
"Aigoo, sayang saya ni finally boleh jadi mummy lah" seloroh Jungkook dengan senyuman seraya jarinya naik menyeka air mata Eunha yang hampir mengalir itu. Eunha berdecit perlahan.
"Bila fikir balik kan, boleh ke awak yang mengada-ngada ni jadi ayah nanti? Macam tak boleh diharap sangat jeee" ujar Eunha seraya mengerling sekilas Jungkook sebelum tergelak kecil.
"Ehh, tengah risau pasal diri sendiri ke tu, sayang?" tukas Jungkook yang membidas dengan sindiran mesra itu. Eunha berdecit sebelum tangannya naik menolak perlahan wajah Jungkook.
Jungkook tersenyum kecil seraya mencuit sekilas pipi Eunha. Dia kemudiannya meraih kedua-dua tangan kecil isterinya itu lalu digenggam lembut. Wajah wanita itu ditatapnya.
"Sayang"
"Hm?" sahut Eunha yang agak terkebil-kebil itu.
"Bila awak aware pasal benda ni? Dah jumpa doktor?" soal Jungkook membuka topik sambil memandang wajah polos isterinya itu.
"Oh. 2 hari lepas. Sehari sebelum awak balik dari outstation. Saya dah jumpa doktor dah. Saya pergi hospital dengan Yuju" jelas Eunha ringkas sebelum mengukir senyuman buat Jungkook.
Jungkook mengangguk perlahan.
"Actually, time awak nak gerak pergi outstation tu saya dah rasa tak sedap badan dah. Lepas awak pergi tu, kepala saya sakit sangat. Pergi office pun still sakit. Balik rumah pun sakit lagi. Memang tak dapat bendung betul rasa sakit dekat kepala saya masa tu. Sorang-sorang saya terseksa sakit dekat rumah ha" terang Eunha panjang lebar dengan bersungguhnya.
"Lah, kenapa tak bagitahu saya? Call kan boleh" balas Jungkook dengan dahi yang berkerut sambil menatap risau wajah isterinya itu.
"Eleh. Kalau saya call, awak boleh terus rushing balik rumah ke?" tukas Eunha dengan kening yang terangkat sebelah. Sengaja mahu menguji lelaki itu.
"Eh, of courseeee. Sayang saya sakit kot. Gila tak balik rumah" seloroh Jungkook bersahaja sambil menayang wajah yakinnya.
Eunha langsung berdecit sebelum tergelak kecil. Dia menggulingkan bola matanya ke atas.
"Ye ye je la awak tuuu" tukas Eunha meleret sambil menjeling sekilas Jungkook.
Jungkook berdecit perlahan saat melihat eskpresi wajah isterinya itu. Dia kemudiannya mengeratkan lagi genggamannya pada tangan kecil Eunha.
"Apa pun, sorry okey, sayang? Saya tak ada masa awak suffering macam tu" tutur Jungkook tulus sambil menatap redup wajah polos Eunha itu.
"Tak apalah. At least awak dah ada dengan saya semalam dengan hari ni. Lagipun, hari sebelum tu keadaan saya tu tak dapat menyusahkan awak macam semalam dengan hari ni. Suka pulak dapat menyusahkan awak dua hari" respon Eunha bersahaja sebelum mengukir senyuman penuh ikhlas buat Jungkook. Jungkook berdecit dalam ketidakpercayaan.
Pap!
Lengan Jungkook ditampar Eunha secara tiba-tiba. Bingung dibuatnya lelaki itu.
Apa pulak kali ni?
"Ey, awak tu dah la clueless bukan main teruk. Penat saya bagi hint,tau?" bentak Eunha geram sambil merenung protes wajah Jungkook.
"Lah, nak buat macam mana? Memang saya tak rasa apa-apa pun dengan segala hint sayang tu. Obvious hint ke tak obvious ke, satu pun saya tak terdetik apa pun" tukas Jungkook selamba dengan wajah yang langsung tidak mentafsirkan rasa bersalahnya.
"Eyyy, cekik kang haa" seloroh Eunha geram sambil mengacah mahu mencekik leher suaminya itu menggunakan kedua-dua tangan kecilnya itu.
"Eh, jangan. Kesian anak kita tak ada ayah handsome dia nanti"
"Heol"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»29
•
•
•
8.12 am
"Sayang, tak siap lagi ke?" soal Jungkook sejurus saja dia masuk kembali ke dalam bilik tidur setelah 10 minit dia menunggu di ruang tamu. Dia memandang Eunha yang masih berdiri di hadapan meja solek itu.
"Eoh? Lah, awak tak pergi office lagi ke? Saya ingat awak dah pergi tadi" ujar Eunha yang hanya mengerling sekilas Jungkook di muka pintu itu sebelum menyambung merapikan rambut depannya.
"Tunggu sayang la" balas Jungkook ringkas sambil memandang isterinya yang fokus mengemaskan rambut depannya itu.
"Eh, tunggu saya? Kenapa tunggu saya pulak? Kan saya pergi sendiri nanti" tukas Eunha hairan seraya menoleh memandang Jungkook yang tidak jauh darinya itu dengan dahi yang berkerut. Dia kemudiannya berganjak dari meja solek dan menapak ke arah katil. Beg sandang dan beg kerjanya dicapai.
"Tak payah pergi sendiri. Pergi dengan saya. Saya hantar" respon Jungkook seringkasnya.
Eunha sekali lagi memandang Jungkook dengan kerutan di dahinya. Kedua-dua begnya itu dijinjing lalu langsung melangkah menghampiri suaminya itu.
"Lah, kenapa awak hantar pulak? Kan kereta saya elok je tu? Saya boleh drive sendiri lah. It's okay, awak tak payah hantarkan" tukas Eunha sebelum mengukir senyuman kecil buat Jungkook di hadapan.
Jungkook membalas senyuman Eunha dengan senyuman yang terlihat sangat palsu itu. Setelah itu langsung senyuman itu lesap dari bibirnya.
"Saya.Hantar." tutur Jungkook satu-persatu yang kedengaran tegas itu. Matanya merenung tepat ke wajah polos Eunha.
"Ala, tak apa lah. Saya boleh drive sendiri lah. Lagipun kan office awak dengan saya tak sehaluan. Awak tak payah lah susah-susah nak hantar saya" tukas Eunha lagi dan mengukirkan senyuman lebih lebar berbanding tadi, bertujuan untuk meyakinkan suaminya itu.
Jungkook merengus perlahan.
"Bahaya lah, sayang. Awak tu dah la pregnant, careless lagi. Nak drive sendiri? Ingat saya boleh harapkan ke?" tutur Jungkook sebelum menjongket sebelah keningnya. Wajah Eunha ditenung.
Eunha berdecit perlahan sebelum mencebik.
"Awak. Kandungan saya ni, sebulan pun tak sampai lagi,tau? Awak tak perlu risau sangat lah" tukas Eunha yang masih tak mahu mengalah itu. Dia menayang ekspresi kosong.
"Macam mana saya tak risau kalau ada wife over clumsy macam sayang ni? Tak kisah la baru 2 minggu pun, it's still kena berjaga jugak kan? Jangan nak ambil mudah sangat eh, Jeon Eunha? Anything can happen" balas Jungkook lancar dengan bersungguhnya sambil menatap dengan dalam sepasang mata isterinya itu.
Eunha menarik muncung sedepa. Dia melarikan bola matanya ke arah lain.
"Ala, yelah tapi selama ni saya drive okey je-- ah appo appo appo! "
Eunha yang masih mahu menjawab dan tak mahu mengalah itu langsung terbantut apabila lengan kanannya tak semena-mena dicubit Jungkook. Dia menggosok-gosok lengannya sebelum merenung penuh protes wajah selamba suaminya itu.
"Ha, menjawab lah lagi. Susah sangat kan nak dengar cakap?" seloroh Jungkook tenang dengan kening yang terangkat sebelah sambil memandang wajah protes isterinya itu. Bertambah panjanglah muncung bibir wanita itu.
"Mana ada orang menjawab. Saya cuma nak--"
"Ha ye lah, ha okey. Dah, jom" seloroh Jungkook yang sengaja memotong percakapan isterinya itu. Dia menarik tangan Eunha, menarik wanita itu keluar dari bilik tidur mereka itu.
"Ah" rintih Eunha perlahan seraya menghentikan langkahnya serta-merta. Dia memegang perutnya seraya langsung membongkokkan sedikit tubuhnya.
Jungkook yang mendengar rintihan perlahan wanita itu drastik memusingkan badannya. Melihat Eunha yang sedang memegang perutnya sambil menunduk itu cukup membuatkan Jungkook pantas mendekati wanita itu. Kedua-dua bahu isterinya dipegang.
"Sayang, wae gurae? Eoh? Kenapa ni? Sakit? Okey tak--"
"Okeyyy~" respon Eunha meleret seraya menegakkan kembali tubuhnya. Satu sengihan comel ditayang.
Jungkook yang semestinya tersangatlah bimbang dan panik itu langsung terkaku sebentar melihat respon Eunha itu. Dia memejamkan matanya rapat sambil mengemam bibirnya, cuba menyalurkan kesabaran dalam dirinya.
"Ehe sayanggg. Saya saja nak test reaction awak jee" jelas Eunha dengan sengihan kecil sambil memandang Jungkook yang masih memejamkan matanya itu.
Jungkook mengeluh panjang. Dia mencelikkan matanya kembali. Wajah ceria Eunha di hadapan ditenungnya tajam. Tangannya bergerak-gerak di hadapan wajah isterinya, berkira-kira mahu menumbuk atau menampar-
"Haih. Cekik jugak kang. Nasib sayang je ni" seloroh Jungkook yang masih dalam fasa sebal itu sebelum akhirnya tangannya itu diturunkan kembali ke sisi. Eunha yang sedang tersengih comel itu direnungnya tajam.
"Okey cepat lah. Cakap nak hantar saya kan tadi? Kajja, kajja! " ajak Eunha riang seraya lengan kanannya memeluk pinggang Jungkook sambil kepalanya mendongak melihat sisi wajah lelaki itu.
"Tak jadi nak hantar. Pergi sendiri"
"Eleh dia tuuuu"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»29
•
•
•
"Na, dah nak balik eh? Jungkook datang dah ke?" soal Yuju yang baru muncul di sebelah meja kerja Eunha itu. Dia memandang rakannya yang sedang mengemas mejanya itu.
"Dia tak datang lagi rasanya sebab aku cakap tadi aku akan call dia dulu. Wae?" respon Eunha sebelum menyoal kembali Yuju. Dia memandang rakannya itu di sebelah.
"Oh ye eh? Tak ada lah. Kalau Jungkook tak ambil kau lagi, biar aku je hantar kau balik nanti ha" jelas Yuju ringkas sebelum tersenyum kecil.
"Eh, kamchagi?" soal Eunha bingung dengan kerutan di dahi.
Yuju tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya.
"Tak, actually aku nak ajak kau teman aku pergi kedai bunga omma Hae Won ha. Omma aku lah suruh aku belikan bunga apa benda entah. Berbelit lidah aku nak sebut. Boleh kan teman aku?" terang Yuju sebelum tersengih kecil.
Eunha tergelak kecil lalu menganggukkan kepalanya.
"Ye. Aku bagitahu Jungkook dulu eh"
"Okeyyy"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»29
•
•
•
"
So, ada apa-apa perkembangan ke korang dua ketul lepas 2 minggu tak contact aku?" soal Hae Won membuka bicara sambil memandang dua orang rakan di hadapannya itu bersilih ganti.
Mereka bertiga kini berada di sebuah kafe yang berdekatan dengan kedai bunga milik ibu Hae Won. Maklumlah, sudah hampir 2 minggu mereka tidak bersua muka atas kesibukan masing-masing. Jadi, sudah alang-alang mereka sudah berjumpa, kafe jugalah menjadi tempat yang sesuai untuk mereka berborak.
"Oh oh! Ada ada! " seloroh Yuju merespon sambil mengangkat tangannya ke udara lalu digoyangkan berkali-kali, tak ubah seperti kanak-kanak riang yang teruja mahu menjawab soalan.
"Ju, orang tengok lah" tegur Eunha perlahan yang turut berasa malu oleh tindakan rakannya yang menarik perhatian kebanyakan pelanggan di kafe itu. Dia menarik lengan Yuju agar tangan rakannya itu diturunkan.
"Ala, sebab aku cantik lah tu. Tak apa, dah biasa" tukas Yuju selamba dengan yakin dan gahnya. Sempat dia menyelitkan rambut panjangnya di belakang telinga, sengaja mahu berlagak diva.
Eunha dan Hae Won serentak menayang wajah tembok. Tak percaya dengan apa yang baru didengari oleh telinga mereka berdua itu.
"Ah, molla molla. Ha, apa yang kau nak cakap tadi? Bukan main excited" ujar Hae Won yang kembali kepada topik utama itu. Keningnya diangkat sebelah.
"Oh, ye. Know what, Hae? Ada orang tu dah berbadan dua sekarang~" respon Yuju meleret sambil tersenyum senget. Keningnya digerakkan berkali-kali.
"Apa benda-- Yah! Kau ke, Ju? Ya tuhannnn, kau buat benda terkutuk apa ni, Ju? Kau kahwin pun belum tau! Ya tuhan, Juuuu. Kita ni sebagai perempuan, martabat kita tinggi! Kau tak sepatut--"
"Bukan aku lah, bengap! Eyy, ada jugak aku simbah air oren ni kangg" tukas Yuju geram dengan nada agak lantang sambil memegang gelas berisi air orennnya itu. Matanya tajam menikam wajah bersungguh Hae Won itu.
"Oh lahh. Bukan kau ke? Habis siapa?" soal Hae Won polos sambil memandang lama wajah Yuju.
"Siapa je dalam group kita yang dah kahwin? Takkan kau pulak kan? Kau tu single. Lagi mustahil. Martabat wanita kena tinggi" balas Yuju selamba yang sempat diselit sindiran itu.
"Ey, kurang hajo perempuan ni. Ish, bagitahu je la siapa. Lamak" desak Hae Won sebal yang sudah penasaran itu. Dia memandang tajam Yuju.
Yuju berdecit perlahan sebelum merangkul bahu Eunha yang duduk di sebelahnya itu.
"Ni ha. Si Jeon Eunha ni" tutur Yuju tenang sambil tersenyum.
"Heol, seriuslah? Eun, betul ke?!" respon Hae Won yang terkejut beruk itu sambil matanya yang membuntang itu memandang Eunha, menanti respon rakannya itu.
Eunha hanya tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya.
"Woi, gila ah! Aku boleh jadi aunty la do! " seloroh Hae Won yang terlebih teruja itu.
"Ehhh, jadi aunty tak boleh. Bunyi tu muda sangat. Kau jadi ahjumma okey" tukas Yuju selamba. Dia menyedut air oren sejuknya itu.
"Eyy, perempuan ni dari kuaja tau. Ada jugak aku tarik rambut dia sampai botak ha! " hambur Hae Won sebal.
Yuju sekadar menjelirkan lidahnya, sengaja mahu menambahkan lagi kesebalan Hae Won. Hae Won merengus geram sebelum bola matanya bergerak memandang Eunha.
"Na, nanti letak nama anak kau bagi ada 'Hae' tau. Tak pun 'Won'. Haaa. Kalau anak kau perempuan, baru nanti anak kau cantik macam aku!"
"Dah la kau. Balik la balik"
"Eyy kau apahal?!"
"Here we go again... " -Eunha
YE HA MACAM HAMBAR TAPI TAK MENGAPA-
APAPUN, MAAP ATAS KESILAPAN TEKNIKAL CHAP LEPAS
EM AHAHAHAHA
YANG TERAWAL JE KENA HADAP ERROR TU EM
YG TAK MENGALAMINYA TU, PASTI ANDA WARGA TERLEWAT-
TAHNIAH LA SBB TAK PAYAH HADAP TU AHAHAHA
BUAT KONPIUS JE KANN
MAAP LA MAAP EM
KONFIDENNNN JE AKU PIKIR YG AKU DH TYPE 5K WORDS-
PADAHAL NGEH TER PASTE SCENE YG SAMA RUPANYA HAHAHAHA
ADU SIYES AKU TAK MALU-
TAPI MMG AKU DH AGAK DH MCM SAMTING WRONG SOMEWHERE DGN CHAP TU SBB RASA MCM BYK SGT POV
AND MMG AKU AGAK MAYBE AKU ADA TERPASTE BNDA YG SAMA AND AKU DH CEK DAH TAPI EM AKU CEK SIKIT JE-
SO TULA HA
BUAT AROUND 30 KETUL MANUSIA YG DH BACA TU, MAAP LA YE BUAT ANDA KONPIUS HSHSHSHSH
HA TU JE LA
KBAI
VOTE OK
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro