Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷24

[15 votes + 25 comments]

MCM BIASA SILAKAN VOTE

TAK REACH TARGET AI TANAK APDET NEXT CHAP EHEHEHEHEHEH























7.30 am

Beep Beep Beep!

Eunha yang nyenyak dibuai mimpi itu  sedikit-sebanyak diganggu oleh bunyi deringan alarm yang kuat menusuk gegendang telinganya. Dia perlahan-lahan mencelikkan matanya. Dahinya sedikit berkerut apabila rasa sakit di kepalanya itu menyerang kembali dikala dirinya yang baru terjaga dari tidur itu.

Eunha memicit-micit kepalanya seraya perlahan-lahan bangun dari pembaringannya. Dia mengetap bibirnya. Sebal sebenarnya dengan rasa sakit di kepalanya itu. Sangkanya semalam, sejurus saja dia tidur pasti rasa perit itu akan lesap. Malangnya tidak.

Eunha menekup wajahnya. Dia betul-betul rasa mahu menangis saat ini. Sebal dengan kondisi tubuhnya akhir-akhir ini. Sudahlah dia bersendirian di rumah ini. Tiada siapa untuk dia meluahkan rasa sakitnya.

Satu keluhan panjang dan berat dilepaskan. Eunha mengetap kuat bibirnya. Dia memejamkan matanya rapat. Rambutnya diramas kuat.

"Ah, aku sakit apa ni?!" hambur Eunha lantang dengan berangnya. Dia kemudiannya merintih perlahan. Kepalanya ditundukkan sambil bibir diketap kuat.

Cukuplah semalam dia sudah terseksa dari pagi hingga ke malam. Seharian dia terseksa disebabkan hal ini. Kepalanya sakit. Seleranya tiada. Perutnya kadang bergelojak teruk.

Eunha mengesat kasar air matanya yang baru mengalir di pipinya itu. Dia merengus perlahan.

Telefon pintar yang statik berada di atas tilam itu dicapai Eunha. Dia menyalakan objek itu. Notifikasi yang terpapar pada skrin telefonnya itu ditilik.

You have 4 missed calls from Sayang💙

3 Unread messages from Sayang💙

»Sampai hati eh tak jawab call? :(

»Oh, message pun tak nak seen eh?

»Ala sayangggggg
9.08 pm

Eunha tersenyum kecil saat membaca mesej dari Jungkook itu. Terasa hilang sekejap rasa sebal dan berangnya tadi. Kemudian, jari-jemarinya mula bergerak untuk menekan-nekan skrin telefon itu bagi membalas mesej lelaki itu.

Namun, baru saja dia menaip dua patah perkataan, tekaknya tiba-tiba berasa loya. Lantas telefonnya dicampak ke tepi dan dia langsung bergegas turun dari katil lalu meluru ke tandas.

Segala isi perutnya yang hanya diisi air kosong dan beberapa suap sup kosong senja semalam, kini sekali lagi dimuntah keluar dari mulutnya. Meski tiada lagi yang perlu dikeluarkan dari mulutnya, perutnya seolah menendang keluar setiap yang wujud di situ untuk dimuntahnya.

Setelah memuntahkan cairan bening dari mulutnya berulang-ulang kali, akhirnya Eunha kini seperti tiada lagi yang ingin dikeluarkan dari perutnya. Dia membuka pili sinki lalu mulutnya dibasuh.

Eunha menutup perlahan pili air itu. Kedua-dua tangannya berpaut kuat pada kedua-dua sisi sinki itu. Dia kemudiannya memandang wajah pucatnya yang terpantul pada cermin. Satu keluhan dilepaskan.

Perutnya terasa lebih bergelojak berbanding semalam. Fikirnya semalam sudah menjadi pengakhiran kepada mual dan loyanya ini. Malangnya,sampai ke hari ini. Di pagi hari begini dia sudah perlu berdepan dengan rasa seksanya memuntah isi perutnya yang seperti dipaksa-paksa oleh perutnya.

"Sebenarnya aku ni kenapa...?"




【 BBP S2:TRUST】
»24



    


"Ju, kejap, Ju" tutur Eunha seraya menghentikan langkahnya. Dia kemudiannya duduk mencangkung sambil memegang kepalanya. Ya, dia tak dapat meneruskan langkahnya di bahagian parkir lot ini dek keperitan yang terasa pada kepalanya itu.

"Aduh, Na. Please. Dah berapa kali aku cakap, better kau balik lah, Na. Tengoklah keadaan kau sekarang. Balik la, Na. Ambil cuti hari ni. Aku boleh tolong bagitahu pengarah jabatan kau. Eoh?" tukas Yuju bersungguh yang kedengaran memohon itu. Dahinya berkerut sambil menatap redup keadaan rakannya itu. Bimbang.

"Tak, Ju. Aku okey. Aku sakit kepala sikit je. Sakit ni kejap je, nanti okey lah. Tak perlu ambil cuti bagai" balas Eunha sambil mencengkam perlahan kepalanya.

Yuju merengus perlahan.

"Na, please. Janganlah degil. Aku tak suka la tengok kau yang memaksa diri macam ni. Kau tu sakit kepala dari semalam, tau? Balik rehat la, Na. Nanti melarat sakit tu" tukas Yuju yang masih tidak mengalah mahu memujuk Eunha.

"Okey dah. Dah, aku okey dah, Ju. Tak ada benda nak dirisaukan" seloroh Eunha seraya menurunkan kedua-dua tangannya yang mencengkam perlahan kepalanya tadi. Dia memandang Yuju yang mencangkung di hadapannya itu lalu satu senyuman diukir.

Yuju meraup mukanya perlahan. Dia melepaskan keluhan panjang.

"Na, aku tahu kau still sakit--"

"Ani. Aku okey. For real" tukas Eunha spontan seraya berdiri. Dia menayang ekspresi wajah yang yakin kepada rakannya itu.

Yuju mengeluh perlahan sebelum turut berdiri. Bahu rakannya itu dipegangnya.

"Okey. Aku cuba percayakan kau. But please, kalau kau betul-betul tak larat, terus bagitahu pengarah kau. Minta nak balik. Eoh?" pesan Yuju agak tegas sambil menatap serius wajah Eunha.

"Eoh, araso~" balas Eunha riang sebelum tersenyum lebar.

"Aish, susah betul la aku nak percaya kau ni. Ey, dah la tak sama department dengan kau. Kalau sama, boleh la jugak aku nak pantau kau. Ugh"




【 BBP S2:TRUST】
»24



    

"Erm, mana fail tu?" omel Eunha sambil mengeluarkan beberapa fail dari laci meja kerjanya. Dia menilik satu-persatu tajuk yang tertera pada muka depan setiap fail yang dikeluarkan itu. Namun, masih tiada fail yang dikehendakinya.

Eunha mengeluh kecil. Dia memasukkan semula kesemua fail itu ke dalam laci lalu ditutup. Kepalanya yang berdenyut-denyut itu dipicit perlahan.

"Mana aku letak fail tu?" gumam Eunha sambil matanya meliar di sekeliling meja kerjanya. Tangan kanannya setia memicit perlahan pelipis kepalanya.

Eunha kemudiannya menarik keluar sekeping fail kertas dari rak bersebelahan komputernya itu. Dia mendaratkan fail itu di atas mejanya. Kepalanya ditundukkan sedikit bagi menilik soal fail itu.

Baru saja wanita itu mahu membuka fail itu, tiba-tiba saja dia berasa ada cecair pekat mengalir perlahan keluar dari hidungnya. Eunha langsung menyentuh perlahan bawah hidungnya itu. Seterusnya, dia menilik jarinya yang digunakan untuk mengesat hidungnya tadi.

Darah.

Ya, cecair merah pekat itulah yang tercalit pada jari Eunha ketika ini. Dia tersentak sebelum langsung meraih beg sandangnya lalu tangannya diseluk ke dalam objek itu. Satu tisu poket dikeluarkan dan sehelai tisu dicabut keluar lalu dikesat pada hidungnya yang berdarah itu.

Sejurus itu, Eunha menilik sekali lagi cecair merah pekat itu yang kini diserap pada sehelai tisu di tangannya. Matanya sedikit membulat. Nafasnya menjadi agak tidak keruan. Sungguh dia tidak pernah menjangka akan semua ini.

"Just...what happen to me?" gumam Eunha resah sebelum mengemam bibirnya. Dia memejamkan matanya seketika. Dia sudah mula berasa sangat gelisah.

"Eunha ssi? "

Suara wanita yang tiba-tiba menyapa telinga Eunha itu langsung membuatkan dia lantas membuang tisu yang agak berlumur darah itu ke dalam tong sampah kecilnya. Kemudian, dia menoleh belakang, memandang gerangan itu.

Jung Yerin.

"Ne?" sahut Eunha dengan senyuman. Berlagak seperti tiada apa-apa yang berat telah berlaku padanya.

"Eoh? Eunha ssi, Awak sakit ke? Muka awak pucat. Gwenchanayo?" seloroh Yerin risau sambil menilik setiap sudut sempurna di wajah Eunha.

"Eo-Eoh, eoh. Saya okey. Cuma pening kepala sikit je. Puan tak perlu risau" respon Eunha sebelum tersenyum kecil.

Yerin mengangguk perlahan.

"In case kalau awak betul-betul rasa tak bermaya sangat,tolong bagitahu saya. Nanti saya akan tolong bagitahu pengarah Kim untuk awak. Okey?" tutur Yerin prihatin sambil menatap wajah agak lesu wanita muda setahun darinya itu.

"Ne, terima kasih, Puan" ucap Eunha sebelum mengukir senyuman manisnya buat Yerin. Walaupun hakikatnya, senyuman itu hanyalah satu senyuman yang digagahkannya untuk diukir.

"Eoh. Ah, kerja awak banyak ke? Ada yang urgent untuk submit hari ni? Kalau ada, meh saya buatkan. Alang-alang lepas lunch ni saya tak banyak kerja sangat. Ada tak?" seloroh Yerin menawarkan dirinya. Bulat-bulat matanya memandang wajah Eunha, menanti respon wanita itu.

"Oh, tak apa, puan. Tak ada yang urgent pun. Saya boleh siapkan sendiri ni" tukas Eunha lembut dengan senyuman tipisnya.

"Emm, okey la macam tu. Jadi, saya pergi dulu lah. Nak makan" pamit Yerin sebelum menepuk perlahan perutnya.

Eunha tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya. Yerin tersenyum kecil sebelum langsung berganjak dari meja Eunha, beredar dari situ.

Sebaik saja Yerin beredar, Eunha kembali mengalihkan pandangannya pada skrin komputer yang sedang menyala itu. Lama dia menatap skrin komputer itu, berkira-kira mahu membuat carian di Google atau tidak. Jauh di sudut hatinya bahwa dia sungguh gelisah tentang kondisi tubuhnya yang kian memburuk akhir-akhir ini. Dan, dalam masa yang sama, dia juga penasaran tentang sebab mengapa dia tiba-tiba begini.

Ting!

Eunha yang berura-ura untuk memegang tetikus itu langsung terbantut tatkala telefonnya tiba-tiba menerima notifikasi. Dia langsung mencapai objek itu lalu mesej yang terpapar di skrin telefon dilihatnya.

You have a message from YunaChoi🍭

»Na, dah okey ke? Kalau dah okey, sini lah. Pantri.
12.03 pm




【 BBP S2:TRUST】
»24



   

"Kenapa kau tak pergi cafe je, Ju?" soal Eunha sebaik saja melangkah masuk ke dalam ruang pantri yang cuma wujud figura Yuju yang sedang membilas dua biji mug itu.

"Oh, datang jugak ye kau? Maksudnya kau dah okey lah kan, Na?" seloroh Yuju agak teruja seraya menoleh sekilas memandang rakannya yang sedang duduk di sebuah kerusi membelakanginya itu.

"Iye. Much better la" balas Eunha sebelum memandang sekilas Yuju di belakang yang sedang berdiri di sinki itu, membelakanginya. Dia hanya mengulum senyuman nipis. Kepala dipusing ke hadapan kembali. Dipicit perlahan sisi kepalanya.

"Oh ye. Aku tak pergi kafe la. Dah kalau kawan aku tak berapa nak sihat macam ni ha" tukas Yuju bersahaja sambil mencapai dua balang kaca berisi serbuk Coklat dan serbuk Cappuccino dari kabinet atas.

Eunha berdecit perlahan. Dia tersenyum kecil.

"Kau tak lapar ke, Ju? Takkan nak minum je dekat sini" soal Eunha yang masih ligat memicit kepalanya itu. Dia cuba bersuara ramah dan berlagak biasa bagi mengukuhkan lagi kenyataan yang dia sudah baik-baik saja kepada Yuju.

Yuju berdecit perlahan.

"Well, tak apa lah aku lapar kejap. Aku kena lebihkan orang sakit dulu. Bagi kurangkan sikit sakit kepala dia tu dengan minum air kaffein suam-suam ni ha" tukas Yuju yang sedang menceduk serbuk coklat lalu dimasukkan ke dalam sebiji mug.

Eunha berdecit perlahan sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya. Mengiyakan saja tuturan rakannya itu.

"Oh ye, Ju. Aku nak tanya something ni" ujar Eunha seraya memusingkan badannya, menghadap Yuju yang membelakanginya,sedang ligat membancuh air itu.

"Eoh. Tanya lah" balas Yuju tenang. Dia kini menceduk serbuk Cappuccino pula ke dalam mug yang kedua.

"Kau pernah hidung berdarah tak, Ju?" soal Eunha sambil menatap figura Yuju itu.

"Em, tak. Wae?" balas Yuju seraya menoleh sekilas memandang Eunha di belakang.

Eunha tersenyum nipis sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak lah. Aku saja je tanya" respon Eunha dengan senyuman kelat.

Yuju mengangguk perlahan sebelum menumpu kepada sesi membancuh airnya kembali.

"Tapi kan Na, macam yang aku tahu, kalau dah start nose bleeding ni, memang something is not right already duh. And, tak silap aku, hidung berdarah ni selalunya simptom untuk penyakit-penyakit yang kronik jugak lah. Macam leukimia, kanser semua tu" terang Yuju panjang lebar sambil menuang air panas ke dalam kedua-dua mug di hadapannya itu. Kemudian, minuman  hangat yang masih tidak siap sepenuhnya itu dikacau perlahan.

Eunha terdiam. Dia terdiam seribu bahasa. Hatinya bertambah resah.

"By the way, Na. Semalam kau dekat rumah macam mana?" soal Yuju membuka topik baru. Dia menoleh sekilas memandang Eunha di belakang. Tangannya setia mengacau dua jenis minuman hangat itu.

"Oh...Entah la, Ju. Semalam aku rasa cepat penat sangat la. Lepas tu kepala aku sakit sangat like tak ada penghujung langsung. And, aku memang tak ada selera nak makan la, Ju. Everytime aku cuba makan benda lain selain roti dengan sup kosong, mesti aku akan muntah" jelas Eunha mendatar sebelum mengeluh panjang. Dia sedikit mencebikkan bibirnya.

"Em, lepas tu pagi tadi pun aku muntah lagi. Padahal aku tak makan apa pun lagi. Tak tahu lah apa masalah aku" tambah Eunha lagi, mengadu kekesalannya pada Yuju. Jari-jemarinya menekan-nekan perlahan pelipis kepalanya.

Yuju yang tadi hanya mengangguk-angguk sambil mengacau air ketika mendengar respon Eunha itu tiba-tiba saja terkaku seketika apabila terlintas sesuatu di fikirannya. Tangannya yang ligat mengacau air itu juga terhenti. Matanya langsung membulat besar. Dia pantas menoleh memandang rakannya yang sedang memicit-micit kepalanya itu.

Dengan perasaan terlebih teruja, Yuju bingkas mengangkat kedua-dua mug yang berisi minuman hangat itu lalu menapak ke arah Eunha. Dua mug itu diletakkan di atas meja.

"Na,maksudnya, kau rasa loya--"

Seolah-olah menyeru rasa loya itu, tekak Eunha langsung berasa loya dek aroma dua jenis minuman hangat yang dibancuh Yuju itu masuk ke dalam rongga hidungnya. Dia pantas berdiri lalu bergegas ke tandas wanita yang mujurnya cuma bersebelahan pantri bagi mengeluarkan rasa mual di perutnya itu.

"Eh eh, Na! Aduh, tak sedap ke air aku buat ni?" seloroh Yuju yang agak terkejut dengan Eunha yang tiba-tiba berlari keluar dari pantri. Dia pula sempat menyisip sedikit minuman hangatnya itu.

"Eh, sedap je. Em" omel Yuju tenang dan berura-ura untuk duduk, kononnya mahu menikmati lagi air coklat hangat buatannya itu.

"Eh, bangang. Kawan kau tu!" tukas Yuju serta-merta tatkala sel-sel otaknya kembali berhubung dengan perkara realiti. Dia langsung menguburkan niatnya untuk santai menghirup air coklat hangat itu dan bingkas berlari keluar dari pantri.




【 BBP S2:TRUST】
»24



    

Sejurus saja Eunha memuntahkan segala isi perutnya berulang-ulang kali yang cuma diisi roti kosong pagi tadi itu, kini dia betul-betul berasa tidak bermaya. Mahu berdiri dengan tegak saja juga sudah tidak mampu. Dia sekadar berharap dengan berpaut tangannya pada dinding tandas, bagi mengukuhkan posisi berdirinya buat masa sekarang.

Seolah-olah tiada lagi kekuatan dalam dirinya, Eunha kembali duduk mencangkung di hadapan mangkuk tandas itu. Perutnya ditekan-tekan perlahan, berharap dapat mengurangi rasa bergelojak pada perutnya itu. Bibirnya diketap, menahan rasa sakit itu.

"Na, Na. Yah, Na! Wae gurae? Wae gurae?" soal Yuju cemas seraya langsung memasuki tandas yang diduduki Eunha dengan derita itu. Dia mendekati rakannya yang sedang menekan-nekan perutnya itu.

"Sakit, Ju. Perut aku sakit" rintih Eunha perlahan sebelum kembali mengetap bibirnya.

"Eo-Eoh, okey kejap, kejap. Sini aku tolong kau berdiri. Kita keluar dari sini dulu, Na" tutur Yuju yang gelabah itu. Cukup untuk membuatnya bercakap satu nafas ketika itu. Lengan Eunha dipegang lalu perlahan-lahan dia membantu rakannya itu berdiri. Kemudian, dipapah Eunha keluar dari tandas itu.

"Sini, sini. Duduk sini. Nasib aku terfikir nak bawa air mineral untuk kau, tahu?"  ujar Yuju sambil membantu rakannya itu duduk di bangku panjang yang tersedia di hadapan tandas wanita itu. Dia kemudiannya menghulur sebotol air mineral yang sudah dibuka penutupnya kepada Eunha.

Yuju hanya mengamati Eunha yang sedang meneguk perlahan air kosong itu. Dahi rakannya itu berpeluh. Wajahnya sudah tentu pucat.

"Thanks, Ju" ucap Eunha perlahan seraya menghulurkan botol air mineral itu kepada Yuju. Sempat dia ukirkan senyuman tipis buat rakannya itu.

Yuju melepaskan keluhan panjang. Dia menyandarkan tubuhnya di dinding. Matanya dipejamkan seketika.

"Aku tak pernah segelabah biawak ni, kau tahu?" seloroh Yuju setelah mencelikkan matanya kembali. Dia memandang Eunha yang sedang duduk itu.

Eunha tersenyum kecil sebelum mengemam bibirnya.

"Feel better now?" soal Yuju sambil memandang sisi wajah rakannya itu.

Eunha mengangguk perlahan sebelum tersenyum nipis. Dia kembali mengemam bibirnya. Tipulah kalau perutnya yang buatnya terseksa yang teramat tadi itu terus lesap begitu saja hanya disebabkan tegukan air kosong.  Cumanya, rasa sakit itu sedikit berkurang berbanding tadi.

"Na" panggil Yuju ringkas. Eunha langsung menoleh memandang rakannya itu tatkala namanya dipanggil.

Yuju melabuhkan punggungnya di atas bangku panjang itu, bersebelahan Eunha.

"Kita pergi hospital lah, Na. Eoh?" cadang Yuju sambil memandang wajah polos Eunha.

"Nanti lah. Kan baru lunch time ni?" tukas Eunha memberi alasan.

"Kau ni. Baru je tadi kau terseksa macam nak pitam dalam tandas tu, kau still tak terasa nak pergi hospital?" bentak Yuju kesal.

"Aku dah biasa. Dari semalam lagi aku suffer macam tu, Ju" balas Eunha sebelum tersenyum kecil. Yuju merengus perlahan.

"Aduh, Na. Jom lah kita pergi hospital. Dah kalau dari semalam kau suffer macam ni, better kita pergi hospital lah. Nanti jadi apa-apa yang teruk dekat kau macam mana?"

"Alahh, tak adanya. Aku cuma salah makan je--"

"Kalau sebab aku akan jadi aunty macam mana?" seloroh Yuju membuat andaian. Matanya lurus menatap wajah Eunha.

"Hah? Apa kau mengarut ni, Ju?" soal Eunha yang berbaur bentakan itu.

"Ye la, manalah tahu kan? Tengok la kau. Sakit kepala, tak ada selera nak makan, loya, muntah-muntah. Ha kan dah cukup simptom tu?" tukas Yuju agak riang dengan kening yang terangkat sebelah. Bibirnya tersenyum suka.

Eunha memandang Yuju sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Aku tak nak berharap, Ju" tutur Eunha perlahan sebelum menundukkan kepalanya. Dia mengemam bibirnya.

Bukannya dia tak mahu gembira dengan andaian indah Yuju itu. Cumanya, dia enggan tersakiti lagi. Sudah berapa kali dia sakit hanya disebabkan menaruh harapan yang tinggi tentang ini. Bertahun-tahun dia berharap, bertahun-tahun jugalah dia sakit.

Yuju memandang Eunha yang beriaksi muram serta-merta itu. Dia langsung memudarkan senyuman senangnya tadi. Terbit rasa bersalah pada diri rakannya itu kerana terlalu berasa teruja tentang itu.

"Na, aku bukan berniat nak buat kau berharap. Tapi, aku cuma nak kepastian untuk ni je. Kalau kita pergi hospital, jawapannya akan dapat. Kan?" tutur Yuju lembut, berusaha memujuk hati degil milik Eunha itu. Bahu rakannya itu dirangkul.

Eunha diam.

"Lagi pun kau pun tak sihat kan? Tak salah kalau kita pergi check dekat hospital kan? Kau pun akan dapat rawatan untuk rasa tak sihat kau ni" tanbah Yuju lembut.

Eunha mengeluh berat sebelum menganggukkan kepalanya perlahan.

"Assa! Kajja. Kita pergi sekarang" seloroh Yuju seraya menarik lembut tangan Eunha.

Eunha tersenyum kecil. Dia berdiri lalu hanya mengatur saja langkahnya yang ditarik Yuju itu.

"Tapi, Na. Serius do. Kau memang tengah hadap simptom-simptom pregnant do, Na" seloroh Yuju riang sambil menggoyang-goyang lengan Eunha yang dipegangnya itu.

Eunha hanya mengukir senyuman kelat.

"Ada ke hidung berdarah termasuk dalam simptom pregnant, Ju?"





【 BBP S2:TRUST】
»24



    

Di ruang menunggu yang agak lengang itu kini diisi dengan bunyi tapak kasut Yuju yang memecahkan suasana sunyi itu. Yuju bermundar-mandir di ruang menunggu itu sambil menggigit jarinya. Gelisah.

"Dah kenapa tetiba aku rasa tak sedap hati ni? Aish" omel Yuju resah seraya menghentikan langkahnya dari terus bermundar-mandir di situ. Dia merengus perlahan sebelum menghenyak punggungnya di atas kerusi yang tersedia. Kini, kakinya digerakkan perlahan sambil jarinya setia digigit.

Sudah hampir 15 minit Eunha berada di dalam ruang pejabat doktor sakit puan di hadapan ruang menunggu itu. Sampai sekarang, wanita itu masih lagi belum keluar. Cukup untuk menambahkan resah dalam diri Yuju.

"Aish, jebal. Jangan berita buruk. Jebal" pohon Yuju sendirian sambil menggosok-gosok kedua tangannya. Bibirnya dikemam.

Setelah itu, bunyi pintu yang dibuka lantas membuatkan Yuju mengangkat kepalanya. Melihat figura Eunha keluar dari ruang pejabat itu, bingkas Yuju berdiri. Dia memandang wajah Eunha yang terlihat berusaha untuk mengukir sekuntum senyuman itu.

Yuju mengemam bibirnya. Dengan hati yang agak berat, dia berjalan mendekati Eunha.

"Macam...mana, Na?" soal Yuju teragak-agak. Dia sebenarnya tidak sampai hati untuk menyoal. Maklumlah, melihat raut wajah Eunha yang sepertinya sedang cuba yang terbaik untuk tersenyum itu cukup menjelaskan segalanya.

Eunha tersenyum kecil. Dia menarik nafasnya lalu dilepaskan agak tidak teratur.

"Aku... "










"--Aku dah cakap, Ju. Aku tak nak berharap... " -Eunha










ALOOOO

RAMAI KE BERHARAP YG KORANG AKAN JADI AUNTY MCM YUJU JGK?

AHAHAHAHAHA


TAKPELAH, TAK SALAH NAK BERHARAP EM-

EH MEMANG ASAL LOYAAA JE PREGNANT EH?

ASAL MUNTAH JE PREGNANT, ASAL LOYAAA JE PREGNANT

AHAHAHAHA UHUKS

WELL BYK LAGI PENYAKIT LAIN YG SIMPTOM II BEGITU

RAJIN II, PERGILA SEARCH PENYAKIT APA YG ADA GITU OHOHOHO

HA DAH MALAS BEBEL BYK, AI MENGANTUK OREDI

DAH JGN LUPA VOTEEEE

BAI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro