Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷22

OH HAI

BERTEMU LAGI KITA

MAAP LER DAILY APDET AKU SUDAH HANCUSSS

ESOK AI CUBA KONSISTEN BALIK YE SKSKSKSKKS

HA DAH SILA BACA

OH VOTE LA DULU EM








8.10 am

"Oh ye, hampir lupa. Fail tu!" omel Eunha separuh jerit seraya menepuk dahinya tatkala baru teringat akan fail plan projek yang perlu dibawanya hari ini. Dia yang sudah hampir selesai menurun tangga itu perlu mendaki ke atas semula.

"Aigoo, nasib tak lupaaaa" monolog Eunha sambil mendaki laju satu persatu anak tangga itu. Dia kemudiannya berlari anak ke arah bilik semula. Pintu bilik yang ditutup rapat itu dibukanya lalu cepat-cepat masuk ke dalam. Kakinya dihayun menghampiri meja kerjanya.

"Got you" omel Eunha sendiri dengan senyuman kecil seraya mengambil fail yang statik berada di atas meja kerjanya itu. Kemudian, dia langsung memusingkan badannya untuk menuju ke pintu semula. Namun, matanya terlebih dahulu tertancap pada figura Jungkook yang sedang merapikan kot yang baru disarung pada tubuhnya itu.

"Eh,sayang? Awak nak pergi kerja ke?" soal Eunha seraya mengatur langkahnya menghampiri Jungkook. Dia berdiri di hadapan lelaki itu lalu kaki dijinjitkan sedikit sebelum belakang telapak tangannya dilekapkan pada dahi suaminya.

"Wah, dah tak panas sangat dah la. Saya dah tak payah hadap perangai mengada-ngada awak dah la lepas ni. Assa! " seloroh Eunha yang sengaja bernada riang itu setelah menurunkan tangannya dari dahi Jungkook.

Jungkook berdecit perlahan. Dia kemudiannya langsung mendekatkan wajahnya dengan wajah riang isterinya itu.

"You sure about that?" soal Jungkook perlahan dengan kening yang diangkat sebelah. Bibirnya mengukir senyuman sumbing.

Eunha yang sememangnya terkesima dengan jarak dekat wajah Jungkook dengan wajahnya secara tiba-tiba itu membeku di situ sebentar. Hanya matanya yang bulat-bulat itu saja menilik wajah sempurna lelaki itu.

"M-Mwoyaa? Of course lah saya sure" respon Eunha yang tergagap sedikit itu sebelum menolak perlahan wajah suaminya itu menjauhinya. Dia kemudiannya langsung memusingkan badannya lalu langsung mengatur laju langkahnya untuk beredar dari situ.

Jungkook tergelak kecil melihat isterinya yang bertindak kabut itu. Dia lantas mencapai beg kerjanya lalu melajukan langkahnya bagi berjalan seiring dengan wanita itu. Seiring saja langkahnya dengan Eunha, tangannya langsung merangkul pinggang kecil isterinya itu.

"Saya hantar sayang hari ni"




【 BBP S2:TRUST】
»22


"Na, husband kau tu macam mana? Dah baik ke demam dia tu? Aku pikir kau tak datang lagi hari ni" soal Yuju sebelum menyuap sepotong kecil daging lembu panggang ke dalam mulutnya.

Eunha berdecit perlahan sebelum hanya menganggukkan saja kepalanya. Malaslah dia mahu membuka cerita soal perangai mengada-ngada si Jeon Jungkook selama dia demam itu. Kalau dia buka cerita tentang itu, karang sampai habis waktu makan tengah hari pun tak habis.

"Dia pun dah pergi kerja hari ni. So, dah okey lah tu" jelas Eunha ringkas lalu menghirup sedikit sup rumpai lautnya itu. Yuju mengangguk kecil.

"Jadi, 2 hari lepas yang kau mengadu broken habis dekat aku cakap dia macam avoid kau bagai tu rupanya sebab dia tak sihat ke?" tebak Yuju sambil memandang Eunha yang sedang ligat menggaul-gaul Bibimbapnya itu.

Eunha tersengih kecil sebelum menganggukkan kepalanya. Yuju berdecit perlahan.

"Kau tu cepat sangat negative thinking, tahu?"

"Tak ada lah, time dia call aku pagi tu memang macam nak cepat-cepat nak end call je haa. Lepas tu, langsung tak ada call apa-apa dah ha. Aku call 5 kali, tak jawab-jawab. Mana aku tak negative thinking nya?" seloroh Eunha memberi penjelasannya sebelum memuncungkan bibirnya.

Yuju berdecit perlahan sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya. Menyetujui saja hujah si rakannya itu.

"Oh, Ju. Semalam kau lunch dengan siapa? Sorryyy. Mesti kau lunch sorang-sorang kan?" tutur Eunha yang berasa serba salah itu sambil memandang redup wajah Yuju.

"Eh, tak, tak. Tak apa, Na. Semalam aku tak lunch sengsorang ha" balas Yuju sebelum tersenyum kecil. Dia kemudiannya menyedut sedikit minumannya.

"Eh ye? Kau lunch dengan siapa semalam, Ju?" soal Eunha penasaran bercampur hairan. Maklumlah, Yuju tak pernah lagilah mengenalkan kepadanya sesiapa rakan sekerjanya buat masa ini.

"Pengarah department aku" jawab Yuju selamba sebelum menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Eh? Pengarah kau? Jeongmal?" respon Eunha terkejut dengan mata yang agak membulat. Sangat tidak menyangka.

"Em" balas Yuju ringkas memandangkan dia sedang sibuk mengunyah makanan di dalam mulutnya itu. Kepalanya dianggukkan kecil.

Eunha menggaru pipinya bingung. Dia memandang Yuju yang sedang berselera makan itu. Sedikit pun tiada sebarang nada teragak-agak dalam respon rakannya itu.

"Macam mana kau boleh makan dengan pengarah kau tu pulak, Ju? Tak, maksud aku, duduk semeja dekat meja khas tu ke?" soal Eunha agak bertubi-tubi yang jelasnya banyak persoalan yang ingin ditanya itu.

"Eh, Na. Kau pun tahu pasal meja khas tu ke?" soal Yuju tidak menyangka sambil memandang wajah polos rakannya itu.

"Eoh. Ye lah. Kan time kita ada taklimat hari tu ketua setiausaha tu ada bagitahu yang semua yang ada pangkat ni ada meja khas diorang dekat kafe. Kan? Kau tak dengar ke?" balas Eunha lancar dengan kening yang diangkat sebelah.

"Oh ye? Ada bagitahu ke? Lah, aku tak tahu pun nyah. Apa benda lah yang aku buat time taklimat hari tu" tukas Yuju sebelum selamba meneruskan suapan ke dalam mulutnya.

Eunha berdecit perlahan sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

"Eh, kau tak jawab lagi soalan aku. Macam mana kau boleh tetiba duduk dengan pengarah kau tu pulak, Ju? Tak ada la. Macam out of sudden sangat je? Ye la, hari tu macam-macam kau cakap dekat aku pasal dia. Annoying la, sakit hati la, ha. How can?" seloroh Eunha yang masih penasaran tentang itu. Dia memandang Yuju yang sedang sibuk menyuap makanan dalam mulutnya itu.

"Oh tu. Well, aku tak boleh nafikan dia annoying, tapi lately ni dia okey-okey je lah. Tak ada la menyakitkan hati macam sebelum ni sangat. Okey lah okey. Tak sekejam yang aku sangka dan tak se emotionless yang aku pikir. Ha, macam tu la" jelas Yuju mendatar sebelum menyedut sedikit minuman dinginnya itu.

"Okey...? Tapi, macam mana boleh--"

"Oh maja. Tak menjawab pulak eh soalan kau. Nothing much. Just aku still dalam fasa tawar-menawar pasal dokumen yang dia ada bagi and aku dah level nak give up buat kira-kira tu, so aku tengah tawar-menawar dengan dia nak tukar task lain" jelas Yuju sebelum tersengih kecil.

"Boleh pulak macam tu eh?" tukas Eunha sebelum menggeleng perlahan. Yuju hanya tersengih.

"Oh ye, Ju. Hampir lupa. Dua hari lepas kau cakap nak pergi suprise kan namchin kau tu kan? So how?" soal Eunha, membuka topik baru. Wajahnya teruja tika menanti respon rakannya itu.

Yuju yang berura-ura untuk menyuap Dimsum ke dalam mulutnya langsung terbantut dek soalan yang diajukan Eunha itu. Dia memandang wajah teruja rakannya itu. Dimsum di tangannya itu diletakkan ke dalam pinggan semula.

"Oh, failed. Dia suprise kan aku dulu" respon Yuju mendatar sebelum tersenyum kecil.

"Oh really?" balas Eunha teruja dengan mata yang agak membuntang itu.

Yuju tersenyum nipis. Dia menganggukkan kepalanya.

"Dia suprise kan aku dengan kemunculan girlfriend baru dia" tutur Yuju bersahaja sebelum menyumbat sebiji Dimsum ke dalam mulutnya.

"E-Eh? Pardon? Tak, maksud kau?" respon Eunha yang sepenuhnya terkesima itu. Matanya membulat sedikit.

"Well, curang" jawab Yuju tenang sebelum mengukir senyuman buat Eunha yang kaku terpana itu.

Eunha tercengang. Dia mati kata. Mulutnya melopong luas.

"S-Seriously, Ju?" soal Eunha meminta kepastian yang sememangnya masih tidak menyangka itu.

"Yea" jawab Yuju ringkas dan tersenyum kecil.

"Yah, Choi Yuna... Kau tak bagitahu aku pun hari tu" bentak Eunha kesal.

"Tak, aku bukan tak nak bagitahu, Na. Tapi, aku rasa benda ni macam tak perlu nak dibesar-besarkan pun. Lagipun, aku nak bagi masa dekat diri aku lagi nak heal pasal tu. Eventho aku tak ada lah tersakiti mana" terang Yuju sebelum tertawa halus.

Eunha mencebikkan bibirnya. Tentunya dia rasa bersalah kerana telah menunjuk reaksi teruja buat perkara yang menyakitkan.

"Lah, it's okay lah, Na. Serius,tak ada apa-apa. Eventho yea, memang la sakit jugak kan. Like, aku dah tunggu dia 2 tahun, tak pandang mana-mana lelaki, stay dengan status 'single' aku and turns out, rupanya aku je yang beria-ria setia untuk dia. Bodoh betul aku waktu tu. Like, dah macam-macam hint dah dia kasi yang dia banyak rahsiakan something dari aku. Tapi tu la, aku ni terlalu beria sangat dengan jantan tu" ujar Yuju panjang lebar sebelum berdecit perlahan.

"Tapi, Na. Serious. Walaupun ni first time aku rasa macam mana kena khianat, aku tak terseksa sangat pun. Like, aku boleh terima lah semua ni, Na. Aku rasa aku kuat lah, Na" tambah Yuju sebelum tersenyum suka.

Eunha tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepalanya, menyetujui tuturan Yuju itu tanpa teragak-agak.

"Like, pergi mampus lah jantan tu nak dating dengan perempuan mana pun. Aku. Sumpah. Tak. Kisah"




【 BBP S2:TRUST】
»22


"Eoh, sayang. Awak dah sampai ke? Kejap, kejap saya nak turun dah ni"

Beep.

Panggilan dimatikan Eunha serta-merta. Dengan langkah yang laju, dia masuk ke dalam lif. Butang nombor aras yang dikehendaki ditekannya. Kemudian, pintu lif itu tertutup rapat sebelum bergerak turun ke aras bawah.

Eunha meliarkan matanya ke setiap sudut di dalam lif itu, sementara menunggu dia tiba di aras lobi. Ligat dia memandang sekeliling lif itu sebelum matanya tertancap pada figura di sebelahnya.

"Eh, Yugyeom? Bila awak ada dekat sini?" soal Eunha bingung dengan dahi yang berkerut seribu. Maklumlah, tadi seingatnya tiada sesiapapun dalam lif ini sebelum dia masuk tadi-

Yugyeom berdecit perlahan sebelum tergelak kecil.

"Dari tadi lagi saya ada sini. Awak yang rushing sangat sampai tak sedar keadaan sekeliling" balas Yugyeom sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

"Oh ye? " respon Eunha kekok sebelum menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih kecil.

Yugyeom mengangguk sebelum berdecit perlahan. Dia hanya memandang sisi wajah Eunha itu saja.

"Anyway, Eun--"

Ting!

Bunyi khas kedengaran tika lif tiba di aras yang dikehendaki itu sebelum pintu lif terbuka luas.

"Saya pergi dulu. Nanti kita cakap lain ye" seloroh Eunha mempamitkan dirinya lalu langsung menapak keluar dari lif, meninggalkan Yugyeom yang tidak kesampaian untuk mengajukan soalannya.

Eunha menghayun langkahnya laju sejurus saja dia keluar dari lif. Sepanjang dia berjalan di kawasan lobi itu, setiap pekerja yang dia berselisih, pasti dia akan menundukkan hormat dan sambung berjalan. Perbuatan itu dibuat agak berkali-kali sehinggalah dia akhirnya keluar dari lobi itu.

"Sayang, mesti lama kan tunggu? Sorryy" seloroh Eunha sejurus saja masuk ke dalam perut kereta milik Jungkook. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan penuh bersalah.

Jungkook langsung tergelak kecil saat melihat ekspresi wajah Eunha yang terlihat sungguh bersalah dan bersungguh itu. Bukan itu saja, keadaan rambut isterinya yang agak serabai seperti baru selepas lari keliling bangunan itu juga menjadi sebab menghiburkan hatinya.

"Mwo? Apa yang kelakar?" soal Eunha terpinga-pinga. Bulat-bulat matanya memandang suaminya itu.

"Rushing sangat ke sayang? Sampai macam ni rambut awak jadinya" seloroh Jungkook seraya jari-jemarinya naik merapikan rambut panjang Eunha yang agak berantakan itu. Semuanya disebabkan wanita itu terlalu ligat menunduk hormat dalam tergesa-gesa ketika di lobi tadi. Sampaikan lupa untuk dia merapikan semula rambutnya itu.

"Eoh?" sahut Eunha bingung. Dia hanya memerhati saja wajah Jungkook yang tenang tika merapikan rambutnya itu. Setiap sudut sempurna di wajah suaminya itu ditilik. Dia hanya diam membiarkan lelaki itu mengemaskan rambutnya.

"Ehem! "

Bunyi dehemen yang agak kuat itu lantas membuatkan Eunha yang ligat mengamati wajah Jungkook itu terganggu. Dia langsung menoleh ke arah suara itu, bahagian bangku di belakang.

"Eh, Yeon? "

Ya. Seorang Kim Mi Yeon adalah manusia yang berdehem tadi.

"Ha, Yeon masih wujud dekat sini tau, mummy,daddy!" seloroh Mi Yeon yang berbunyi bentakan itu. Dia mengembungkan pipinya sambil mencekak pinggangnya. Protes.

"Lahhh, lupa pulak la ada budak kecik ni dekat sini" tukas Jungkook bersahaja yang sengaja mahu mengusik budak 5 tahun itu. Dia mencucuk pipi Mi Yeon yang sedang dikembungkan itu.

"Lah, awak. Macam mana Yeon boleh ada dengan awak pulak ni?" soal Eunha hairan sambil memandang Jungkook yang sedang ligat mengusik kanak-kanak perempuan itu.

"Oh, saja lah nak ambik budak kecik ni dekat tadika hari ni. Kan hari tu suka hati dia je cakap saya sombong ha" jelas Jungkook sebelum tangannya naik menekup muka kecil Mi Yeon lalu digoyangkan ke kiri dan kanan.

Eunha tergelak kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Okey daddy, kajja! " seloroh Mi Yeon teruja dengan tangan kanannya yang dinaikkan ke atas.

"Apa? Pergi mana? " soal Jungkook bingung yang dibuat-buat itu.

"Alaaaaa, kan Yeon cakap tadi nak pergi makan patbingsu! Jom lah! " respon Mi Yeon yang agak membentak itu sambil menggoyang-goyang lengan Jungkook.

"Eh, tak nak lah. Tak nak, tak nak" seloroh Jungkook bersahaja seraya memusingkan badannya ke hadapan, seolah-olah sudah mahu memulakan perjalanan.

"Ala daddyyy! Daddy cakap nak bawa Yeon tadi--"

"Mana ada"

"Adaaaa! Daddy yang--"

"Tak tak, tak ada"

Ya. Bukan Jeon Jungkook lah kalau tak mengusik si Kim Mi Yeon ini sehingga budak itu berasa sebal.

Mi Yeon melepaskan keluhan kesal. Dia mencebikkan bibirnya. Bibirnya sudah bergetar. Matanya pula sudah berair.

"Ish, sayang. Jangan la sakat dia sampai macam tu!" bentak Eunha kesal seraya tangannya naik menampar bahu Jungkook di sebelah itu. Dia kemudiannya memandang Mi Yeon di belakang yang sudah hampir menangis teruk itu-

"Ala, sakat sikit je--"

"Alo, Yeon anak mummy sayang janganlah menangis, sayang. Biar dekat daddy tu. Kita tak payah kawan daddy. Nanti kita pergi berdua je makan patbingsu tu, okey? " pujuk Eunha lembut sambil menekup wajah Mi Yeon yang sudah memerah itu. Jarinya bergerak pantas menyeka setiap air mata yang hampir mengalir keluar dari wajah anak kecil itu.

"Laahhhh, anak daddy menangis ke-"

"Tak, tak bukan anak awak. Anak saya je. Kan, Yeon? Yeon anak mummy kan?"

"Em! "

"Heol. Okey, fine fine!"




【 BBP S2:TRUST】
»22


Eunha yang sedang menyembam kepalanya di atas meja kerjanya itu perlahan-lahan mengangkat kepalanya setelah tertidur di situ hampir 10 minit. Dia mengerutkan sedikit dahinya sambil tangannya memggosok perlahan lehernya yang terasa sengal itu.

"Macam mana aku boleh tertidur dekat sini pulak ni?" monolog Eunha hairan sebelum meraup wajahnya. Dia mengerling jam di dinding yang sedang berdetak itu.

10.04 pm

Eunha mengeluh panjang sebelum menyandarkan tubuhnya di badan kerusi. Matanya dipejam seketika. Lehernya yang masih terasa lenguh itu ditumbuk perlahan.

"Ah, molla molla. Esok je lah sambung" omel Eunha setelah mencelikkan matanya semula. Dia kemudiannya menegakkan badannya semula. Komputer riba yang masih menyala itu dimatikan. Beberapa helaian kertas cetakan yang agak berselerakan itu disusun ringkas.

Seterusnya, Eunha langsung berdiri dan menapak keluar dari bilik yang lengang itu. Dia yang masih agak mamai itu mengatur langkahnya perlahan menuju ke tangga. Kemudian, satu-persatu anak tangga dipijaknya sambil tangan ligat menumbuk perlahan lehernya.

Tiba saja Eunha di tingkat bawah, bunyi butang papan kekunci ditekan-tekan menyapa telinganya. Tentunya si Jeon Jungkook yang sedang bergelut dengan kerjanya.

Eunha mengorak langkahnya menuju ke ruang tamu, menghampiri sofa yang diduduki Jungkook itu. Seterusnya, dia langsung menghenyak punggungnya di sofa yang sama dengan suaminya itu.

"Eh sayang? Kerja dah habis ke?" tegur Jungkook tatkala menyedari keberadaan Eunha di sebelahnya itu. Dia memandang isterinya itu di sebelah.

"Tak" balas Eunha ringkas sebelum memeluk lengan Jungkook lalu kepalanya dilentokkan pada lengan lelaki itu. Matanya dipejam rapat.

"Awak tak kejut saya pun. Saya tertidur dekat meja ha" ujar Eunha yang berbaur bentakan itu dengan cebikan di bibir. Matanya masih terpejam.

"Lah, sayang tertidur dekat atas ke? Patutlah senyap je" balas Jungkook sebelum berdecit perlahan. Dia mengerling sekilas wajah mamai Eunha.

Eunha pula hanya mencebikkan bibirnya dengan mata yang setia dipejam rapat itu, seolah-olah mahu menyambung sisa lenanya di bahu Jungkook saja.

"Dah tu,kerja tu sayang nak sambung bila?" soal Jungkook sambil memandang Eunha yang sedang melentok kepala di lengannya itu.

"Em, esok lah" jawab Eunha ringkas dengan mata yang tertutup.

Jungkook mengangguk perlahan. Dia menatap seketika posisi kepala Eunha di lengannya itu sebelum dia melepaskan keluhan kecil.

"Sayang" panggilnya agak berat hati.

"Hm" sahut Eunha ringkas yang langsung tidak mengubah posisinya. Masih dalam keadaan yang sama.

"Saya nak cakap something ni" tutur Jungkook sambil menatap lama kepala Eunha yang dilentokkan pada lengannya itu.

Eunha mencelikkan matanya setelah mendengar tuturan Jungkook itu. Seterusnya, dia menegakkan kepalanya dari terus dilentokkan pada lengan suaminya itu. Dia kemudiannya menoleh kepalanya ke arah lelaki itu.

"Eoh, mwonga?" soal Eunha sambil matanya bulat-bulat menatap wajah sempurna Jungkook. Ekspresi wajah suaminya yang terlihat serius itu menambahkan lagi penasarannya.

Jungkook memusingkan badannya menghadap Eunha. Dia menatap tepat ke dalam sepasang mata cantik wanita itu.

"Saya bagitahu ni, jangan menangis tau" pesan Jungkook sambil mengamati wajah polos Eunha.

"Mwoya? Kenapa...saya nak kena menangis pulak? Something bad happened?" soal Eunha bingung dengan dahi yang sudah berkerut seribu itu. Dan, tuturan Jungkook itu sedikit sebanyak telah membuatnya resah tentang perkara yang bakal diberitahu lelaki itu.

Kalau berkaitan dengan menangis, pastinya satu perkara yang menyedihkan kan? Atau mungkin menyakitkan?

"Tak, tak. Listen carefully" ujar Jungkook seraya memegang kedua-dua bahu Eunha. Wajah polos wanita itu ditenung penuh serius.

Tak berkelip mata Eunha dek perlakuan Jungkook itu. Jantungnya juga berdetak laju dan kencang. Cara renungan lelaki itu menambahkan lagi kegelisahannya. Renungan itu seolah-olah dia bakal memberitahu perkara yang berat dan serius, yang mungkin sukar untuk Eunha terima.

"Okey, nervous tak?" soal Jungkook bersahaja seraya meleraikan pegangannya pada bahu Eunha.

"A-Aish mwoyaaaa!" bentak Eunha sebal sebelum tangannya naik menampar bahu lelaki itu.

Terkekeh-kekeh Jungkook ketawa, terhibur dek eskpresi wajah yang ditayang Eunha tadi.

Eunha merengus geram. Matanya merenung penuh sebal suaminya yang sedang sakan ketawa itu. Dia tak tahu betapa resah dan gelisahnya Eunha disebabkan renungannya itu. Boleh saja jantung wanita itu luruh dek terlalu gelisah. Dan, boleh pula dia menyoal tentang itu dengan tenangnya?

"Eishh! Dah la. Menyampah. Saya nak naik dulu" pamit Eunha jengkel seraya berdiri.

"Okey, okey. Dah, dah tak gelak dah. Jangan la pergi lagi. Saya nak bagitahu something ni" seloroh Jungkook drastik seraya meraih tangan Eunha, menghalang wanita itu dari beredar.

Eunha merengus jengkel sebelum menghenyak punggungnya di atas sofa empuk itu kembali. Dia menjeling sekilas Jungkook yang sudah tersengih dek melihatnya duduk kembali di situ.

"Ha,cepat la nak cakap apa?" soal Eunha sambil menyilangkan lengannya di dada. Matanya lurus memandang ke hadapan.

Jungkook tersenyum kecil.

"Jangan menangis tau" seloroh Jungkook seraya mencuit pipi gebu Eunha.

"Ish,tak!" balas Eunha jengkel.

"Serius tak?" soal Jungkook yang kononnya mahukan kepastian itu. Dia memandang sisi wajah isterinya itu dengan senyuman sumbing.

"Ye! " jawab Eunha dengan yakinnya. Nada suaranya masih diisi dengan nada protes.

"Okey. Esok saya outstation" tutur Jungkook dengan bersahaja. Kini gilirannya pula memandang lurus ke hadapan.

Eunha yang sedang memprotes tadi itu perlahan-lahan menurunkan lengannya dari disilang di dada. Dia menoleh memandang Jungkook di sebelah.

"Apa tadi? Outstation?" soal Eunha tidak menyangka sambil menatap sisi wajah lelaki itu.

Jungkook memandang wajah Eunha di sebelah lalu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kecil.

"Eoh--"

"Again?" soal Eunha spontan yang kedengaran sangat kesal itu. Dia menatap penuh kesal wajah Jungkook.

"Ye--"

"Tapi kan awak baru je pergi 2 minggu lepas? Takkan nak pergi lagi?" soal Eunha lagi dengan kesalnya. Dia merenung wajah lelaki itu penuh protes.

"Ye, tapi yang ni--Ehh tadi cakap tak nak menangis. Dengan yakinnya cakap tadi ha" seloroh Jungkook yang sempat menyakat Eunha itu. Dia menggerakkan keningnya berkali-kali.

"Ish haa! Awak nak pergi outstation mana lagi? Duduk sini je sudah laaa" bentak Eunha setelah menggosok sekilas matanya yang agak berair itu. Bibirnya dicebikkan.

Jungkook tergelak kecil. Dia kemudiannya menekup wajah kecil Eunha itu.

"Saya bukan saja-saja nak pergi outstation tu, sayang" ujar Jungkook lembut dengan senyuman.

"Tapi, still--Ish, tak suka la" tukas Eunha protes sebelum merengus kasar.

Jungkook berdecit perlahan. Dia kemudiannya tersenyum kecil.

"Nak buat macam mana, sayang? Dah kerja saya macam tu" tutur Jungkook sambil menatap wajah cemberut Eunha itu.

"Eleh. Awak memang suka tinggal saya kan?" tukas Eunha jengkel seraya melarikan bola matanya ke arah depan.

"Okey. Kalau macam tu,sayang ikut saya pergi outstation tu esok" respon Jungkook bersahaja. Dia memandang sisi wajah Eunha di sebelahnya.

"Ish, saya kerja lah" balas Eunha seraya memandang lelaki itu.

"Ha, dah tu?" tukas Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.

Eunha mencebik. Dia merengus perlahan.

"Ala sayang. Tak payah la pergi, eoh? Awak kan baru je recover dari demam? Ha, tak payah la pergi, sayang. Eoh? Eoh?" pohon Eunha bersungguh sambil menatap wajah suaminya itu dengan matanya yang seolah bersinar-sinar itu.


Jungkook berdecit perlahan sebelum tertawa kecil dek melihat permohonan bersungguh-sungguh Eunha itu.

"Look. Saya pergi tak lama pun, sayang. 3 hari je. Eoh? 3 days only" tukas Jungkook lembut seraya memegang kedua-dua bahu Eunha.

"3 hari tu lamaaaa! "

"Okey. 2 hari? "

"Lama jugak!"

"Ok,sehari? Lah, baik saya tak payah pergi"

"Ya, itu yang saya nak!"

"Dah la, sayang. Ikut saya je lah esok"

"Saya kerja lah! "

"Dah la. Stress"















KALAU STRESS DGN DIA, SAYA ADA KOOK. SINI SINI(ノ゚▽゚)ノ

LAH DESPERATE

OK TAK TAHU LA HAMBAR KE TAK CHAP NI TAPI KALAU HAMBAR, TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA ANDA. KERANA BERJAYA SAMPAI KE SINI SKDNEKEJWKWO

AKU EN EM ENTAH LA. AKU SEMANGAT TYPE BILA NK BUAT SCENE MENYENDUKAN KORANG JE AHAHAHAHAHA

NEXT CHAP DH TAKDE ;-;

EH ADA ADA. APA PULAK TAKDA KAN HAHA-

OKEY SOO KALAU ANDA NOTICE YA, CHAP RECENTLY NI BYK DGN SCENE SAWIT(LAH SGT) MAIN CAST KITA YE. ESPECIALLY 2 CHAP LEPAS LAH. SATU CHAP TU DIORANG SAJA YE

WELL SY SGT PERLU BUAT SEGALA SAWIT II BEGITUH LATELY SEBABBBB,

SEBAB APA?

SEBAB NNTI DH ADA YG MENGHALANG LA EHEHEHEHEHE

haha jgn kecam aku lagi-

Aku rasa mcm nk upgrade sikit lagi la level konflik aku-

Tapi tapi tapi

Em HAHAHAH

Tah la. Anda semua get ready je lah ehe

Okey tu je la nk bebel OHOK

Dah aku blah dulu

Doakan daily apdet minyu akan berkekalan hingga ke pelamin-

Mende nyah

YELA DOAKAN JE LA SEMOGA AKU KONSISTEN UTK APDET DAILY NI HA

NANTI AKU DH NK START SKOLAH, TAKUT SLOW APDET PLAK KAN EM EM

HA DAH KBAI

VOTE JGN LUPA WOI

OK THANKS

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro