Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷17

EHEI

BERTEMU LAGI KITA-

OK SORI TAK APDET 3 HARI

EHE

HA VOTE SILA

TENKIU
















"Sayanggg, ppaliwaa! Dah 8.05 minit dah ni!" laung Eunha lantang sambil tangannya ligat meleraikan ikatan apron di pinggangnya itu. Seterusnya dia menyidaikan seketika apron itu pada badan kerusi meja makan. Dia merapikan sedikit hidangan ringkas sarapan pagi itu yang sememangnya sudah tersusun kemas di atas meja. Namun, ada sajalah dia mahu menyusun pinggan mangkuk itu ke kiri dan kanan, kononnya mahu membuatkan pinggan mangkuk hidangan itu berada di tengah-tengah meja.

Sudah puas dia mengubah ke sana dan ke sini pinggan mangkuk di atas meja itu, namun figura seorang Jeon Jungkook itu masih lagi tidak muncul di dapur.

Jika dia melaung sekali lagi, itu sudah masuk kali ketiga dia terpekik terlolong dari arah dapur ini. Jangan sampai Jung Eunha beli mikrofon macam dekat perhimpunan sekolah-

"Ah, mwoyaaa? Kenapa tak turun-turun lagi? Nanti lambat masuk kerja kang" bebel Eunha sendiri sebelum mengeluh kecil. Dia berganjak dari meja makan. Kaki dilangkah dengan lajunya untuk keluar dari dapur itu. Dia sudah memasang niat mahu membebel kepada si Jeon Jungkook itu sebaik saja dia tiba di tingkat atas nanti. Bersemangat waja dia.

"Ey, dah dua kali tau panggil, takkan--"

omelan Eunha sambil berjalan dengan langkah pantas itu langsung tergendala apabila dia terlanggar figura Jungkook yang kebetulan baru muncul di sebalik dinding pemisah antara dapur dan ruang tamu. Dan, disebabkan dinding itulah yang membuatkan Eunha tidak sedar akan kehadiran Jungkook itu. Dan hasilnya, dahinya jugalah yang terhantuk pada dada bidang lelaki itu. Sudahlah kuat juga dia terhantuk. Maklumlah, dia berjalan laju sangat tadi dek bersemangat waja mahu membebel mesra buat sang suami-

Ha karma!

Lah tibah

"Ah" rintih Eunha seraya langsung menggosok-gosok dahi polosnya itu. Dia mencebikkan bibirnya sebelum mendongak sedikit, merenung penuh protes wajah suaminya itu.

"Lah, ni saja nak langgar saya ke apa ni?" soal Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah sebelum tergelak kecil. Tangan kirinya masih melingkar di pinggang kecil Eunha dek tindakan refleksnya tadi untuk menahan tubuh isterinya itu. Al maklumlah, apa-apa pun boleh jadi kalau dengan sifat cuai si Eunha itu.

"Eh, tak adanya" nafi Eunha drastik seraya menjauhkan tubuhnya dari Jungkook. Dia kemudiannya merenung wajah selamba lelaki itu. Lengannya disilangkan di dada.

"Awak tengok jam dah pukul berapa--"

Eunha yang berura-ura untuk memulakan bebelannya itu langsung terbantut tatkala baru menyedari penampilan suaminya itu ketika ini.

"Eh, kenapa awak still pakai t shirt ni? Dah 8.10 la awak! Nanti awak lewat pergi office la sayanggg. Kenapa tak siap lagi? Tadi awak buat apa je dekat atas tu? Cat bilik? Ish nanti--"

"Sayang masak apa pagi ni?" seloroh Jungkook mengubah topik dan langsung menapak tenang menuju ke meja makan.

Eunha merengus geram dek tindakan Jungkook yang memotong percakapannya itu. Dia memusingkan badannya dan turut berjalan menghampiri meja makan panjang itu. Dia mengerling Jungkook yang sudah duduk di meja makan.

Eunha kemudiannya menarik kerusi yang berhadapan dengan Jungkook. Baru saja dia mahu melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu,

"Eh apa duduk situ? Sini la" tutur Jungkook dengan senyuman, mengarahkan isterinya itu duduk di sampingnya. Kerusi kosong di sebelahnya itu ditarik keluar lalu ditepuk berkali-kali, mengisyaratkan pada Eunha.

"Tak nak" balas Eunha senada sebelum mencapai sekeping pankek lalu digigitnya sebal. Dikunyah juga seolah dipaksa orang pula untuk makan lempeng itu. Bila-bila masa saja dia boleh tergigit dalam pipinya itu dan mengakibatkan ulser mulut-

Jungkook berdecit perlahan melihat reaksi protes Eunha itu. Wajah protes wanita itulah yang paling mampu menggelikan hatinya. Dia tertawa kecil.

"Ala, sayang saya kenapa ni?" soal Jungkook dengan nada yang masih tersisa tawanya itu. Dia menyengetkan kepalanya, melihat wajah sebal Eunha itu.

Eunha merengus perlahan. Dia meletakkan pankek di tangannya itu ke atas piring berbentuk segi empat itu kembali. Dia kemudiannya mengecilkan matanya, merenung penuh protes Jungkook di hadapan yang jelas-jelas sengaja mengusiknya itu.

"Ala sayang, saya masuk kerja pukul 11 la" jelas Jungkook ringkas sebelum mengukir senyuman lebarnya buat Eunha.

Eunha yang tadi tak lepas merenung penuh sebal Jungkook itu langsung perlahan-lahan menghentikan tindakannya itu. Dia kini menayang wajah cemberutnya.

"Kenapa pulak pukul 11? Lewatnya. Mana aci!" bentak Eunha sebelum menjuihkan bibirnya protes.

"Eh, tu kan company saya. Tak nak masuk kerja pun okey" seloroh Jungkook bersahaja sebelum menyuap sepotong pankek ke dalam mulutnya. Sempat dia mengukirkan senyuman lebar atau lebih kepada senyuman menjengkelkan bagi Eunha.

"Ah molla molla" balas Eunha jengkel sebelum menggulingkan bola matanya ke atas. Dia kemudiannya menyisip sedikit air Mocha hangat miliknya. Seterusnya, dia mengerling sekilas jam di dinding.

"Oh, dah 8.15! Ah, dah lewatttt. Ha end up saya yang lewat haaa. Awak lah ni! " rungut Eunha seraya berdiri. Dia menapak laju ke arah sinki lalu tangannya dibilas pantas.

Selesai membasuh tangan, Eunha menapak ke arah meja makan kembali. Dia meraih telefon pintarnya lalu dimasukkan ke dalam poket blazer. Seterusnya, dia berjalan mendekati Jungkook yang sudah mendepakan luas tangannya itu. Eunha berdecit perlahan sebelum memeluk ringkas tubuh suaminya itu.

"Saya pergi dulu. Bye" pamit Eunha ringkas sebelum meleraikan pelukannya pada tubuh Jungkook. Seterusnya, dia langsung memusingkan badannya untuk beredar. Maklumlah, dia sangat tergesa-gesa sekarang.

Namun begitu, tak sempat dia meneruskan langkahnya ke hadapan,
lengannya terlebih dahulu ditarik Jungkook dari belakang, cukup untuk membuatkan tubuhnya terpusing menghadap lelaki itu kembali.

"Ah,awakk--"

"Macam tu je nak pergi?" soal Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah. Tangannya masih mengenggam pergelangan tangan kecil milik Eunha.

"Ala, saya dah lambat ni, awakkk" tukas Eunha dengan muka yang berkerut, menayang terdesak di wajahnya.

Jungkook mengukir senyuman lebarnya sebelum jari telunjuknya naik mengetuk pipi kanannya berkali-kali, mengisyaratkan kepada Eunha.

"Awakk, saya dah lambat niii" bentak Eunha sambil sedikit menghentak kakinya. Sudah tak tumpah seperti kanak-kanak membentak. Mahu tak membentaknya, jam sudah hampir menunjukkan angka 8.20 pagi. Waktu masuk kerja pula 8.30 pagi. Dengan Jungkook yang memegang pergelangan tangannya dengan ketat itu lagi. Dugaan betul.

Jungkook berdecit perlahan. Dia menurunkan jari telunjuknya yang berperanan mengetuk pipinya tadi ke sisi. Tanpa bercakap banyak, dia langsung menekup wajah kecil Eunha lalu bibir wanita itu dicium sekilas.

"Simple as that. Okey, dah boleh pergi. Bye, sayang" seloroh Jungkook dengan senyuman lebar sebelum mengusutkan perlahan rambut Eunha.

Eunha berdecit perlahan.

"Okey, jalga" ucap Eunha ringkas namun masih ada riang dalam nadanya. Dia kemudiannya langsung berlari anak ke arah ruang tamu. Beg sandang dan beg kerja dicapai sebelum bingkas bergerak ke pintu utama rumah.

Baru saja dia mahu membuka pintu, terlintas sesuatu di fikirannya. Mampu membuatkan dia memusingkan badannya menghadap lurus ke arah Jungkook yang berjarak lebih 3 meter darinya.

"Sayang, tolong kemaskan meja makan untuk saya okey!" tutur Eunha sebelum kembali memusingkan badannya menghadap pintu. Pintu dibuka dan dia bergerak ke arah rak kasut.

"Kalau untuk tu, kena tambah kiss lagi" seloroh Jungkook dengan senyuman lebar yang terukir sempurna di bibirnya.

"Ey, baling heels ni kang!"

"Oh derhaka!"

"Wek!" balas Eunha seraya menjelirkan lidahnya sebelum langsung menutup pintu rumah.




【 BBP S2:TRUST】
»17



    


"And, submit!" gumam Eunha dengan riangnya sebelum menekan butang 'Enter' pada papan kekunci komputernya. Dan itu bererti ringkasan laporan yang ditugaskannya kelmarin selesai dihantar kepada pihak atasan di jabatannya itu.

Eunha kemudiannya langsung menyandarkan tubuhnya pada badan kerusi. Dia meregangkan lengannya yang terasa sengal. Bahu dan lehernya yang terasa lenguh juga ditumbuk perlahan. Maklumlah, hampir sejam lebih dia menghadap komputer dan menilik dokumen dan fail tanpa henti.

Dan kebetulan, waktu makan tengah hari sudah tiba tepat pada masanya. Eunha tersenyum suka. Dia langsung mengemas keadaan di meja kerjanya agar terlihat lebih rapi walaupun hakikatnya ianya sudah terlihat rapi pada mulanya.

Eunha meliarkan matanya ke sekeliling ruang jabatannya sekilas. Kelihatan masih ada beberapa pekerja yang masih bergelut dengan kerja mereka dan tidak berganjak dari meja kerja masing-masing. Namun, lebih ramai yang keluar untuk mengisi perut mereka pada waktu makan tengah hari ini.

"Okey, since kerja pun dah siap, kajja mokja~" omel Eunha ceria seraya mencapai beg sandangnya. Dia berdiri dan telefon pintarnya yang statik di atas meja itu dicapai.

Tzzt Tzzt!

Mod getaran yang ditetapkan pada telefon pintar milik Eunha itu kini berdering ringkas tanda notifikasi diterima. Eunha yang tadinya berura-ura untuk memasukkan objek itu ke dalam beg langsung terbantut. Dia menilik skrin telefonnya yang sudah sedia menyala itu.

You have messages from Sayang💙

»Sayang

»Dah lunch?
12.37 pm

Baru nak pergi. Wae?«

»Alright. Saya ambil sayang dekat sana. Tunggu dekat lobi.

Baik, arahan diterima«
12.38 pm

Selesai menghantar balasan mesej terakhir itu, Eunha langsung mematikan telefonnya. Dia memasukkan objek itu ke dalam poket blazer.

"Okey, kajja" gumam Eunha seraya menghayunkan langkahnya menuju ke pintu keluar ruang jabatannya itu.

"Eh, Na. Bagus sangat la kau keluar serentak dengan aku! Jom lunch" seloroh Yuju yang kebetulan muncul ketika Eunha baru menapak keluar dari jabatannya itu. Niatnya tadi ingin menjemput rakannya itu di jabatannya. Mujur, Eunha keluar tepat pada masanya. Tak perlulah dia mengumpul keberanian untuk menerjah jabatan orang lain-

"Eoh...Yuju ah. Mian. Aku lunch dengan Jungkook lah hari ni. Sorryyy" respon Eunha dengan ekspresi wajah yang agak cemberut, bertujuan untuk menyatakan lagi kekesalannya.

"Oh lah. Ye ke? Em, tak apa lah macam tu" balas Yuju agak kecewa sebelum mengemam bibirnya.

"Sorry, Ju. Sorry sangat-sangat. Esok kita lunch sama-sama,okey?" tutur Eunha bersungguh-sungguh yang tentunya merasa bersalah dengan rakannya itu. Bahu Yuju juga dipegangnya sambil matanya memandang redup wanita itu.

Yuju berdecit perlahan.

"It's okay lah. Aku boleh pergi lunch sengsorang lah untuk hari ni. Tak apa. Pergilah lunch dengan kesayangan kau tu" tukas Yuju sambil tersenyum lebar, bertujuan untuk meyakinkan Eunha.

"Em, okey lah. Sorry tau, Ju. Esok kita lunch sesama. Jalga" Pamit Eunha sebelum menepuk perlahan bahu Yuju. Sempat dia mengukir senyuman nipis buat rakannya itu sebelum dia beredar.

Yuju memandang figura Eunha yang sedang menapak agak pantas menuju ke bahagian lif. Pasti rakannya itu tergesa-gesa kerana mungkin Jungkook sudah berjanji untuk menjemputnya. Andai seorang Choi Yuna.

"Ah, dah la hari ni first time nak jejak kaki dekat kafeteria company ni. Aku alone pulak. Bagus sangat. Semoga seorang Choi Yuju tak sesat" omel Yuju sebelum menghayun langkahnya, berjalan maju ke hadapan.




【 BBP S2:TRUST】
»17



    


''Aish,banyak betul makanan. Semua sedap-sedap pulak tu haaa'' omel Yuju sendirian sambil tangan kanannya bergerak mencapai dua biji donut yang hiasan atasnya terlihat amat menyelerakan itu lalu ditempatkan ke dalam pinggan yang sama dia letakkan spageti Aglio Olio itu. Seterusnya,matanya meliar melihat semua hidangan yang terhidang berbagai-bagai jenis di atas meja hidang panjang itu.

''Aaaa macam nak ambil semua jeee'' gumam Yuju agak bernada merengek yang tentunya rambang mata melihat juadah-juadah di atas meja itu. Dia menjuihkan bibirnya sebelum lambat-lambat dia mencapai sebiji buah epal. Itu bererti buah itu adalah makanan terakhir yang akan memenuhi pinggan berbentuk segi empat yang berada di pegangannya itu.

Ikutkan hati,mahu saja dia kutip semua jenis makanan yang terhidang itu. Sudahlah semua hidangan itu persis maknan-makanan hotel. Bukan senang nak dapat hidangan seperti itu secara percuma. Namun,memikirkan masa yang sudah suntuk untuk dia melantak semua makanan itu nanti,alamatnya tak tenanglah dia untuk menikmati semua makanan persis mewah itu. Jadi hasilnya, dia hanya memilih makanan yang ringkas saja.

Yuju kemudiannya bergerak menjauhi meja hidangan itu. Dengan kedua-dua tangannya yang memegang gelas minuman sejuk dan pinggan berisi juadah makan tengah harinya itu,bola matanya meliar ke sekeliling ruang kafeteria yang dipenuhi dengan staf-staf yang sedang menjamu selera itu. Dia mengeluh kecil.

''Mwoya...? Takkan tak ada meja kosong langsung ni? Aku nak kena makan bersila atas lantai ke macam mana ni?'' omel Yuju kesal sebelum merengus perlahan. Dia masih statik berdiri tidak jauh dari meja hidangan tadi. Matanya setia meliar di sekeliling ruang kafe itu.

''Alaaaa,full betul--''

Terhenti Yuju dari rungutannya apabila matanya tertancap pada satu meja kosong yang terletak di tepi cermin kaca. Meja itu saja satu-satunya meja yang kosong di dalam ruang kafeteria ini. Drastik bibir Yuju mengukir senyuman lebar.

''Assa!'' sorak Yuju dengan nada berbisik sebelum langsung menapak ke arah meja itu. Dia meletakkan pinggan dan gelas yang dipegangnya itu di atas meja. Bibirnya masih mengulum senyuman senang. Tentunya dia senang dengan hakikat yang masih berbaki sebuah lagi meja kosong dan dia menemuinya. Terasa bertuah di situ. Dia menarik kerusi yang bersebelahan cermin kaca itu lalu didudukinya.

''Jja~ jal meokkeusumnida~'' ucap Yuju sendiri dengan riangnya sebelum mengangkat garpu yang diletakkan di dalam pinggannya itu. Baru saja dia ingin menyuap spageti jenis Itali itu ke dalam mulut,

''Wah,siapa suruh kau duduk sini,Choi Yuna ssi?''

Suara garau yang menyapa telinga Yuju itu,berhasil membuatkan suapan yang hampir masuk ke dalam mulutnya itu terbantut. Dengan mulut yang masih terbuka,Yuju mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan yang bersuara itu.

Park Jimin.

Yuju mengeluh kecil sebaik saja melihat figura itu. Dia meletakkan garpu yang dilingkar berurat-urat spageti itu ke dalam pinggan semula.

''Waeyo? Ada masalah ke saya duduk sini,Encik Park?'' soal Yuju kembali,lebih kepada membidas dengan cara yang berlapik.

Jimin berdecit perlahan.

''Ya. Memang ada masalah. Meja yang kau duduk sekarang ni,tempat aku'' jelas Jimin sebelum mengukirkan senyuman palsunya itu.

Yuju langsung tertawa kecil,lebih kepada tawa mengejek. Dia memandang tepat ke wajah sempurna milik Jimin itu sambil tertawa.

''Pardon me,sir? Ni tempat encik? really? how? Ada nama encik ke?'' tukas Yuju dengan nada yang masih tersisa tawa. Dia mengangkat sebelah keningnya.

Jimin mengangkat sebelah keningnya sebelum turut tertawa kecil. Dia kemudiannya menjuihkan bibirnya ke arah satu kad kecil yang diselit pada satu objek pemegang kad.

Yuju mengerutkan dahinya sebelum melihat ke arah kad yang ditunjuk Jimin itu. Kelihatan kad itu membelakanginya,jadi Yuju langsung memusingkan objek itu menghadapnya. Bola matanya bergerak-gerak membaca tulisan yang tertera pada kad itu.

[Pengarah Jabatan Pemasaran,Pengarah Park Jimin]

''O..key. Ada nama...'' tutur Yuju perlahan sebelum menayang sengihan malunya buat Jimin di hadapan. Dia menggaru-garu lehernya yang tidak gatal.

''Just, how can nama dia boleh ada dekat meja ni pulak? yaish...'' getus hati Yuju sambil bibir bawahnya diketap.

''So,tercegat apa lagi dekat situ?''  soal Jimin sambil menaikkan sebelah keningnya. Yuju yang sedang memandang ke arah lain tadi langsung menggerakkan bola matanya memandang lelaki itu.

''Ne?'' sahut Yuju terpinga-pinga,yang sebenarnya dia tidak jelas dengan tuturan Jimin itu.

''Move. Ni tempat aku. Kan ada nama tu'' ujar Jimin selamba yang sempat menyelit sindiran itu. Dia mengukirkan senyuman buat Yuju.

Yuju mengemam bibirnya. Dia kemudiannya turut mengulum senyuman.

''A-Ala encik, bagi je lah saya duduk sini. Kan penuh dekat kafe ni sekarang'' tutur Yuju yang berbaur permohonan itu. Dia tersengih kecil.

''Tu bukan masalah aku. Aku cuma suruh kau ubah tempat je'' balas Jimin senada. Dia kemudiannya menarik kerusi di hadapan Yuju lalu didudukinya.

''Y-Yela, kalau saya ubah tempat,habis saya nak makan dekat mana? atas lantai? koridor? parking lot?'' soal Yuju yang sudah berunsur bentakan itu.

''Parking lot tu ok'' respon Jimin bersahaja.

''Aish-- aduh, encik ni tak memahami la'' bentak Yuju dengan wajah yang sudah berkerut,protes.

''Dah kenapa aku nak kena memahami kau pulak?'' tukas Jimin sebelum berdecit perlahan.

Yuju merengus perlahan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menenangkan dirinya. Dia kemudiannya memandang Jimin yang tenang menyedut minuman di hadapannya. Bibirnya dikemam.

''Encik Park Jimin, seperti yang encik nampak di surrounding sekarang, semua meja dan kerusi full dengan manusia ye. Like,takkan la saya nak angkut pinggan gelas ni pergi makan dekat office pulak? Encik sendiri nampak tak ada kerusi yang kosong pun untuk saya duduk ha. Meja ni je--''

''Tch,cakap je lah yang kau sebenarnya nak duduk dengan aku'' seloroh Jimin selamba sambil menayang wajah kereknya.

Yuju yang mendengar ujaran selamba Jimin langsung tertawa dalam ketidakpercayaan dengan apa yang baru didengarnya itu. Dia kemudiannya memejamkan matanya seketika sambil cuba meredakan tawanya itu.

"Oh, come on lah, Encik. Saya ni boleh dikatakan macam dalam fasa terdesak, tahu? Tak terdetik sikit pun, even sebesar zarah pun tak ada terdetik tau dalam hati saya nak  duduk semeja dengan encik. Saya cuma fikir nak makan je. Jangan nak perasan sangat, tolong" tukas Yuju dengan lancarnya sebelum mengukir senyuman sekilas buat Jimin di hadapan. Dia kemudiannya menumpukan perhatiannya pada spageti Aglio Olio di hadapannya itu.

Jimin berdecit perlahan sebelum menyuap sebiji kimbap ke dalam mulutnya.

Dan, setelah itu kedua-dua manusia ini akhirnya senyap dan fokus pada makanan masing-masing. Tiada sesiapapun antara mereka yang bersuara.

Hampir 5 minit juga suasana di meja dua figura ini lengang dan sunyi sebelum Yuju akhirnya bersuara. Dia berdehem kecil dahulu sebelum membuka mulut.

"Semalam kan, kenapa encik suruh saya siapkan separuh je dulu kerja yang menimbun encik kasi dekat saya tu? Tapi, bagus lah. Tapi, kenapa?" soal Yuju yang penasaran, dan secara tidak langsung telah membuka topik bicara. Dia memandang wajah Jimin, menanti respon lelaki itu.

"Dah kau lembab sangat siapkan. Even dalam masa 3 jam pun, baru siapkan suku dari semua task tu. Kalau macam tu la level speed kau buat kerja, sampai malam pun takkan siap kerja tu" balas Jimin lancar, yang lebih kepada mengkritik wanita itu.

Yuju berdecit perlahan sebelum mencebikkan bibirnya. Dia hanya mampu memberi respon seperti ini. Malas mahu memberi alasan untuk mempertahankan dirinya. Sebab dia tahu, dia akan kalah juga di akhirnya.

"So, kiranya tu je la kan kerja saya? Lagi separuh tu kan encik dah ambil. And, kerja semalam kan saya dah submit. Jadi, hari ni saya dapat kerja lain la kan?" seloroh Yuju dengan nada agak riang. Matanya sudah seakan bersinar-sinar.

"Apa kau? Kau ingat aku ambil separuh kerja kau semalam tu, aku yang buat? Tak adanya. Kejap lagi datang pejabat aku. Ambil balik kerja kau. Submit sebelum balik" tukas Jimin tenang sebelum menyuap bibimbap ke dalam mulutnya.

Yuju yang sudah tersenyum suka tadi itu langsung pudar serta-merta. Dia menayang wajah cemberutnya.

"Ala, baru nak hadap kerja lain" omel Yuju perlahan sebelum menyuap kasar segarpu spageti ke dalam mulutnya. Dia mengunyah sebal makanan sejenis mi itu.

Buing Buing!

Nada deringan notifikasi yang berbunyi datangnya dari telefon pintar Yuju itu langsung membuatkan wanita itu meletakkan garpu di pegangannya itu. Dia menyeluk poket blazernya lalu telefonnya dikeluarkan. Sempat dia memandang Jimin yang sedang menayang wajah jengkel, yang sepertinya mentafsirkan ayat,

'apa-benda-ringtone-bunyi-macam-tu?'

Yuju mengerling jengkel Jimin sekilas sebelum langsung mengalihkan pandangannya pada telefon pintarnya. Dia menilik skrin telefonnya yang sudah menyala itu. Notifikasi yang berada di tingkat teratas itu dilihatnya.

"Ommo!" jerit Yuju spontan setelah usai membaca notifikasi itu. Notifikasi post dari seseorang di Instagram. Matanya membuntang luas seraya tangannya itu menekup mulutnya. Sungguh dramatik.

"Yah,kau dah kenapa tetiba jerit?" bentak Jimin geram dengan yang cuba dikawal memandangkan ada beberapa staf di situ yang memandang mereka dek jeritan dalam kegembiraan milik Choi Yuna itu.

Namun begitu, Yuju langsung tidak peduli akan itu. Dia masih lagi terpana melihat skrin telefonnya, masih tidak menyangka dengan notifikasi yang diterimanya itu. Dia kini sudah membuka aplikasi itu.

"Ommo ommo. Aaaaaaaa, dia dah nak balik sini!" hambur Yuju teruja sambil menggoyang-goyang kedua-dua tangannya dalam keterujaan. Kini nadanya tidak sekuat tadi.

Jimin merengus perlahan. Jengkel pula rasanya melihat wanita di hadapannya ini teruja macam orang sawan-

"Siapa--"

"Nae Namchin!"

Nae Namchin= My Boyfriend




【 BBP S2:TRUST】
»17



    

"Ju, kenapa tiba-tiba kita berkumpul dekat sini ni?" soal Eunha bingung sambil memandang Yuju di sebelah yang sedang menyedut minumannya itu.

Mana tidak bingungnya, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja Yuju ini menghantar mesej ke group chat mereka bahwa selepas saja waktu kerja, dia mahu berjumpa Eunha, Hae Won dan Yugyeom di sebuah kafe.

Dan, disinilah mereka sekarang. Cumanya mereka masih menunggu kehadiran Hae Won.

Yuju memandang Eunha sebelum hanya mengukir senyuman manisnya buat rakannya itu. Bertambah penasaranlah Eunha dibuatnya.

"Hae cakap dia dah nak sampai dah" tutur Yugyeom sebelum meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Dia kemudiannya menyedut sedikit minuman sejuknya itu.

"Eoh, araso" balas Yuju sebelum tersenyum kecil.

Tak lama selepas itu, figura Hae Won akhirnya muncul.

"Sorry lambat, guys. Ramai pulak customer dekat florist omma aku tu" ujar Hae Won sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Yugyeom. Dia meletakkan beg sandangnya di atas meja.

"Ha, apahal nak jumpa ni? Rindu aku ke? " seloroh Hae Won seraya menekup wajahnya sambil menggerakkan keningnya berkali-kali.

"Er, of course tak" balas Yuju selamba sebelum mengukir senyuman palsunya itu. Yugyeom pula mengangguk-anggukkan kepalanya, menyetujui tuturan Yuju itu.

Hae Won berdecit perlahan sebelum mencebikkan bibirnya. Dia menurunkan kedua-dua tangannya yang menekup pipinya tadi itu.

"Aku kan sebenarnya nak bagitahu korang something" tutur Yuju sambil tersengih-sengih. Dia kemudiannya pantas mengemam bibirnya, cuba berlagak serius.

"Dah kenapa kau tersengih-sengih macam tu? Lain macam. Asal? Crush notice ke? Oh, takkan la. Kau dah ada namchin? Tch. Aku tak--"

"Weh betul do, Won!" seloroh Yuju spontan dengan agak lantang. Serentak mata Eunha dan Yugyeom difokuskan pada Yuju.

"Heh, well. Aku ni memang pandai teka--EH WAIT WHAT?!"

Kini, mata Hae Won yang membuntang besar itu pula tertumpu pada wajah Yuju itu. Mulutnya melopong luas.

"Ju, seriuslah? Tak tipu kan? Tak bergurau kan? Tak kan?" soal Eunha bertalu-talu sambil matanya fokus menilik setiap sudut di wajah sempurna Yuju itu.

"Woi hari ni bukan 1 April tau. Sumpah tak lawak, Ju" tambah Hae Won dengan ekspresi wajahnya yang tidak menyangka itu.

Yuju tergelak sebelum menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Terkebil-kebil tiga sekawan itu melihat reaksi Yuju itu. Sukar betul mahu tafsir respon wanita itu.

"Seriuslahhh. Aduh, jangan la bagi reaction macam tu. Aku terhibur!" tutur Yuju dengan sisa tawa itu sebelum kembali tertawa.

"Bangang, seriuslah 'serius'? Sumpah tak kelakar do" ujar Hae Won yang masih sukar mahu mempercayai rakannya yang seorang itu.

"Yeee, serius. Ala, actually aku nak bagitahu korang lama dah, tapi aku rasa macam better tak payah kot. Sebab dia ada dekat Amsterdam. So, aku decide tak nak lah bagitahu korang lagi. Sebab dia tak ada dekat sini ha" jelas Yuju sebelum tersengih kecil.

"Kau baru couple dengan dia ke?" soal Yugyeom dengan kening yang terangkat sebelah.

"Eh, tak. Dah 3 tahun" balas Yuju sebelum tersengih sekali lagi.

"Siot! 3 tahun kau sorokkan dari kitorang, gila! 3 tahun jugak la kau bagi aku harapan yang aku ada geng single! Anda tahi, Choi Yuna" hambur Hae Won sebal sebelum merengus perlahan.

"Alaaaa, aku bukannya tak nak bagitahu. Tapi, aku takut nanti korang tak percaya. Biar la dia balik Korea dulu baru aku cerita dekat korang. Baru ada bukti gituu. Hehe" terang Yuju sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ergh. Jangan lupa tunjuk dekat aku namchin kau" seloroh Hae Won mendatar, dengan wajah yang masih protes itu.

Yuju langsung tertawa sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Esok dia sampai sini. Nanti aku kenalkan dia dekat korang, okey?" balas Yuju sambil tersenyum.

"Boek. Aku first" seloroh Hae Won selamba.

Yuju tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya.

"Ha, Eun. Kau bila nak tunjuk dekat aku husband kau?" soal Hae Won seraya memandang Eunha yang berura-ura untuk menyedut minumannya itu.

"Oh, kalau bab-bab macam ni aku kedekut sikit lah, Hae" balas Eunha sebelum menayang sengihan comelnya itu.

"Ceh. Kerek bethol"









UHUK ALMOST 4K WORDS-

MAKIN LAMA MAKIN PNJG AKU TYPE NI HA-

OK AKU TAK TAHU NAK BEBEL APA NYAH-

OH SO JADI eh sama je dua tu, tapi takpe

OK JADI, AKU NOTICE RAMAI YG MCM EH CPTNYA, BILA EACH CHAP KAN, I MEAN TAK ADALA RAMAI TAPI ADA LA DUA TIGA KETUL-

SO, AKU NK JELASKAN DKT SINI, FF NI MMG AKAN BYK AKU SKIP TIME. JADI JGN PELIK YE

KALAU AKU TAK SKIP TIME APA AKAN JADI?

ALAMATNYA 200 CHAP LAGI LAH-

JADI GUWE HARAP ANDA BAIK II AJA YA DGN DECISION AKU SKIP TIME NI-

LAGIPUN IDEA AKU TAK BYK, SOOOOO INI SAJALAH CARANYA SLSKSKSKSKS

SIAPA LA SABOTAJ IDEA AKU NI HA

OH ALSO, HARITU, BILA EH? EM 4 HARI LPS KOT, AKU ADA REPLY KOMEN KORANG KAN?

HAHAHAHA MAAFKAN BETA. AKU DH CKP HARI TU YG AKU AKAN MENYEMAK NOTI KORANG, SO-

EHEHEHE

WELL THANKS UTK SIAPA YG BAIK HATI KOMEN TU. ANDA SANGAT CANTIK DAN LAWA- tibah

HA LAST, PASAL BEBELAN AKU DKT LAST CHAP YG PASAL AKU NK UNPUB FF NI KAN,

YEYE AKU TAHU BNDA TU TAK PASTI LAGI. AKU TAHU YE.

CUMANYA, JUST IN CASE BNDA TU JADI, AKU DH INFORM ANDA SEMUA AWAL².

OMPUTEH CKP PE, WELL AWARE-

YEYE JE AHAHAHAHA

HA TU JE. SEMOGA BNDA TU TAK JADI DAN SAYA AKAN KEEP FF NI.

JAP, MCM SALTY JE BUNYINYA EM

BUT YEA, SETELAH AKU DPT INFO DARI SITU SINI SINU- WELL, KATANYA DISPATCH GIVE UP NK TERCIDUK KAN BTS SBB DIORANG SELALU SEKALI. SOOOO-

EH TAPI JGN LEGA LAGI.

HARINYA BELUM TIBA.

TAPI OK LA NK LEGA.

BAPUCK KELING INI MINY

DAH LA AI GERUCK DOLUUUU

BABAIIII

TENKIYUU FOR ALL THE NICE WORDSSS LEBIUUU💙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro