Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷142

【EPILOG】

"I miss you. A lot."

















"Jungwon ah" panggil Jungkook dengan senyuman tatkala mendapati Jungwon yang baru keluar dari pagar tadika itu.

"Eoh,daddy!" balas Jungwon riang seraya langsung terkedek-kedek berlari anak ke arah Jungkook dengan ekspresi ceria. Lalu,separa tubuh ayahnya itu langsung dipeluk.

Jungkook tersenyum kecil sebelum meleraikan pelukan anaknya itu kemudian dia mengubah posisi berdirinya kepada mencangkung. Kedua-dua bahu kecil budak lelaki berusia 5 tahun itu dipegang.

"Macam mana sekolah hari ni,hm?" soal Jungkook sambil menatap fokus ke wajah ceria anaknya itu.

"Okey! Best! Hari ni cikgu ajar macam-macam!" jawab Jungwon girang dengan riangnya.

Jungkook langsung tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya sebagai respon. Lalu,rambut Jungwon itu dikusutkannya perlahan.

"Kajja. " ajak Jungkook sejurus saja berdiri. Tangan kanannya dihulur ke arah Jungwon, tanda minta digenggam.

"Eoh!" balas Jungwon girang seraya langsung menyambut huluran tangan ayahnya itu dengan menggenggamnya. Lalu, mereka pun mulai melangkah beriringan berganjak dari perkarangan tadika.

"Daddy, kita pergi makan aiskrim nak tak?" soal Jungwon bercadang sambil mendongak memandang Jungkook di sebelah.

"Aiskrim?" soal Jungkook semula dengan kening yang diangkat sebelah. Dia memandang anaknya di samping yang sudah bersinar-sinar matanya.

Jungwon mengangguk laju.

"Eoh! Jom lah,daddy!" ajak Jungwon riang seraya menggoncang tangan ayahnya yang sedang dipegang itu.

Jungkook menghentikan langkahnya. Dia memandang Jungwon di sisi seraya mengusap-usap dagunya, berbuat sedang mempertimbangkan permintaan si kecil itu.

Jungwon pula hanya bulat-bulat saja matanya tertumpu pada wajah sang ayah. Dalam hati tidak putus berharap agar ayahnya itu akan kabulkan permintaannya. Dia benar-benar mahu melantak aiskrim hari ini.

"Siapa nak bayar? Daddy tak ada duit" tutur Jungkook bersahaja dengan dahi yang sedikit berkerut. Sengaja mahu menguji si kecil itu.

"Won pun tak ada" balas Jungwon polos dengan gelengan perlahan. Raut wajahnya sedikit berubah kecewa. Tangan kanan kekal menyeluk poket seluar seragam tadikanya, mencari jika ada apa-apa duit yang tersesat.

"Ha, lepas tu macam mana?" soal Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah. Tika itu, dia sudah mahu tergelak saat melihat Jungwon yang bersungguh menyelongkar poket seluar tadikanya.

Jungwon mendongak memandang Jungkook kembali. Bola matanya bergerak-gerak perlahan meneliti wajah sempurna ayahnya itu sambil di benak fikiran sedang memproses idea. Lalu,

"Jual kereta daddy lah!" seloroh Jungwon tanpa berfikir banyak dengan riangnya.

Terletus langsung tawa Jungkook dek jawapan terlebih bijak anaknya itu. Tiada terdetik pun yang anak kecil itu mahu memberi respon begitu.

"Lepas tu, kita nak naik apa?" soal Jungkook dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Dipandang wajah teruja anaknya itu.

"Ala, bas ada. Teksi. kereta api. Ha, macam-macam boleh! Kan kereta daddy mahal, nanti dah dapat duit, kita boleh guna sikit untuk naik teksi lepas tu yang lebih tu kita guna untuk beli aiskrim. Haaa, macam tu!" jawab Jungwon panjang lebar dengan petahnya.

Jungkook langsung tergelak kecil sebelum mengusutkan perlahan rambut seorang Jeon Jungwon itu. Si kecil itu benar-benar menggelikan hatinya hari ini.

"Ye,bukan saja muka kita sama,Jeon Jungwon, bijak kita pun sama. Susah la kita je bijak,Won" seloroh Jungkook selamba sebelum meraup wajahnya, berbuat kesal.

"Ye, susah lah kita je bijak, daddy" sambung Jungwon dengan dahi yang berkerut kesal bersama bibir yang dijuihkan. Turut menyertai ayahnya yang bermegah diri itu.

Jungkook langsung terkekeh perlahan sebelum mengusutkan rambut hitam anak lelakinya itu. Benar-benar mencuit hati.

"Soooo,kita nak pergi mana? "

"Jual kereta daddy! "

"Lah, jangan betul-betul, sayang"




【 BBP S2:TRUST】
»142


"Daddy, nak sikit aiskrim. Nak rasa!" pinta Jungwon mesra seraya menjenguk ke mangkuk aiskrim di sebelahnya, di hadapan Jungkook.

"Perisa aiskrim kita sama je, Jungwon." balas Jungkook seraya memandang wajah polos seorang Jeon Jungwon itu.

Jungwon langsung tersengih dengan keadaan sisi sudu yang digigitnya itu. Dia bukannya apa, aiskrim miliknya sudah hampir habis. Mana pernah cukup dia kalau dengan aiskrim.

"Apaaa? Daddy dah tak nak aiskrim tu? Tak apa! Jungwon boleh tolong habiskan!" seloroh Jungwon girang seraya dengan selambanya dia memanjangkan tangannya, meraih mangkuk aiskrim milik ayahnya itu.

"Eh-"

Tercengang-cengang Jungkook menoleh memandang mangkuk aiskrimnya yang masih berbaki banyak itu dirampas si anak bertuah itu. Baru saja tadi dia menyuap manisan itu ke dalam mulut dengan santainya. Tahu-tahu dicuri.

"Tak, daddy, tak. Ini tak menyusahkan Won pun. Untuk daddy, Won boleh tolong!" seloroh Jungwon lagi dengan selambanya sebelum langsung mencedok aiskrim vanilla coklat itu dan dimasukkan ke dalam mulut.

Jungkook langsung berdecit dalam ketidakpercayaan dek celoteh dan ragam anaknya itu.

"Ha ye. Bijak cara awak curi makanan orang, Jeon Jungwon" tutur Jungkook menyindir mesra sambil memerhati anaknya yang dengan tidak berdosanya sedang melantak aiskrim miliknya. Entahlah. Sejak umur 5 tahun ini, makin banyak akal budak itu.

"Apaaaa? Daddy nak pesan satu lagi aiskrim untuk Uwon?" soal Jungwon dengan mata yang membuntang luas, sengaja berbuat terkejut. Mulutnya pun dibuat melopong.

Belum sempat Jungkook membuka mulut, bahunya sudah ditampar perlahan oleh tangan kecil anak lelakinya itu. Terkebil-kebil dia dibuatnya.

"Ish, daddy ni. Tak payah la macam tu. Susah-susah je. Perisa coklat dengan jagung ye, daddy" seloroh Jungwon bersahaja sebelum kembali meneruskan sesi melantak aiskrim milik ayahnya itu.

Jungkook hilang kata sebentar. Ya tuhan, anak siapa ni?

"Jeon Jungwon, siapa ajar jadi macam ni, ni? " soal Jungkook dalam terpana sambil bola matanya bergerak-gerak perlahan meneliti sisi wajah Jungwon yang ligat menikmati aiskrim itu.

Jungwon langsung menoleh, menayang wajahnya yang sudah comot dek aiskrim. Di pipi, di sekeliling mulut. Matanya yang bulat itu kembali dibuntangkan terkejut.

"Apa, daddy? Makan pizza pulak lepas ni? Wahhh, boleh! Won nak-jsbdksjsisssosj-"

Maka, terputuslah siaran 'apaaa?' dari seorang Jeon Jungwon itu apabila mulutnya langsung disumbat sepotong roti oleh sang ayah yang baik. Tergopoh-gapah si kecil itu yang masih bertutur itu.

"Apaaa? Daddy handsome?" seloroh Jungkook pula, turut menggunakan intonasi yang sama seperti anaknya itu tadi. Kini, dia yang mengambil alih. Sementara si kecil itu sedang tergopoh-gapah mahu mengunyah roti di dalam mulut.

"Tak-"

"Apaaa? Daddy paling baik?" tambah Jungkook dengan mata yang dibuntangkan. Benar-benar meniru ekspresi anaknya itu tadi.

Jungwon yang masih cuba mengunyah pantas roti di dalam mulutnya itu kini hanya mampu menggelengkan kepalanya, tidak sanggup mendengar 'keperasanan' ayahnya itu.

"Apaaa? Daddy handsome gilaaa?" tambah Jungkook lagi, betul-betul memanfaatkan peluang itu.

"Apaaa? Daddy gila?" bidas Jungwon drastik dengan mata yang juga membuntang. Mulutnya ditekup terkejut.

"Oh, main kasar diaaa" balas Jungkook dengan nada yang tersela tawa sebelum langsung menggeletek tubuh kecil anaknya itu di sebelah.

"Aaaaa ahahahahaha, ampun, daddy, ampunnn!" respon Jungwon dalam tawa terbahak-bahak sambil cuba mengelakkan tubuhnya dari digeletek ayahnya itu.

Jungkook langsung tergelak kecil sebelum menghentikan perbuatannya itu.

"Ha, tahu pun. Dah, makan" tutur Jungkook sambil memandang Jungwon di sebelah yang sedang mengatur nafasnya seraya meredakan tawa.

"Baik, tuan!" balas Jungwon dengan agak lantang seraya mentabik semangat.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil. Tangannya bergerak mengusutkan perlahan rambut anaknya itu yang sudah kembali melantak aiskrim itu.

Setelah itu, dia memutar tubuhnya menghadap meja kembali. Bibir masih tidak lekang dengan senyuman barusan seraya dia menyalakan skrin telefon pintarnya yang berada di atas meja itu. Lalu, terpaparlah gambar manis seorang Jeon Eunha yang sedang tersenyum comel di paparan skrinnya itu.

Dua bulan.

Sudah dua bulan wanita itu tiada di sisinya. Tiada di sisi Jungwon. Tentunya sukar baginya dan tentunya lebih sukar bagi kanak-kanak berusia 5 tahun itu yang sememangnya tak akan pernah mampu berenggang dengan ibunya. Sukar untuk si kecil itu untuk menerima soal ketiadaan ibunya itu.

Namun, mujurlah, seiring dengan waktu berjalan, seorang Jeon Jungwon itu sudah lebih banyak ceria dan riang berbanding diselubungi kesedihan seperti dulu. Berkenaan perkara ini, Jungkook sajalah yang memainkan peranan utama bagi terus menghiburkan hati anaknya itu. Tidak menghiburkan pun, cukuplah sekadar dapat mengalihkan perhatiannya dari terus mengingati sang ibu.

Jadi, patutkah seorang Jeon Jungkook ini berbangga diri kepada Eunha bahwa dia pun mampu menjaga anak lelaki mereka itu sendiri hingga ke tahap ini?

Kalau boleh.

Jungkook mengemam bibirnya singkat sebelum mengeluh kecil. Nyalaan skrin telefon pun dipadamkan. Dia memandang lurus ke hadapan dengan tatapan kosong.

Ya, kalau boleh.




【 BBP S2:TRUST】
»142


"Woi, tak boleh! Kau ada schedule petang esok! "

Jungkook melepaskan keluhan panjang. Dia memejamkan matanya singkat sebelum dicelik semula.

"Sumpah. Aku rindu dia, Gyu"

"Ye, banyakkan bersabar. Dah dua bulan, Kook"

"Susah, Gyu. Susah."

"Haih. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dah, Kook. "

"Ye, tak apa lah. Ni, file tu kau dah transfer ke belum? "

"Ha, dah. Baru je. Pergi la check. Nanti bagitahu aku apa yang kau nak aku edit"

"Eoh, okey. "

"Eoh"

Tut.

Jungkook perlahan menurunkan telefon pintarnya dari telinganya sejurus panggilan diputuskan oleh Mingyu. Dia mengeluh kecil sebelum meletakkan telefonnya ke atas meja kerja di hadapannya. Tika itu, skrin telefonnya masih menyala.

"I miss you. A lot." gumam Jungkook perlahan sambil menatap gambar di paparan skrin telefon pintarnya. Lalu, dia pun mengeluh perlahan seraya skrin telefonnya pun terpadam.

Kepala digelengkan perlahan sebelum mata pun difokuskan pada skrin komputer riba di hadapan. Dia enggan terus melayan perasaannya hingga hal di sekeliling tidak terusik. Meski, dia tak pernah pun berbuat begitu.

Tangannya pun bergerak memegang tetikus komputer dan digerakkan perlahan sambil mata fokus pada hal yang terpapar di skrin komputer ribanya. Bergerak-gerak perlahan bola matanya menilik skrin komputer itu.

Sedang fokus Jungkook menghadap komputer ribanya itu, telinganya pun menangkap bunyi pintu biliknya ditolak. Dia pun menoleh belakang.

"Daddy" panggil Jungwon perlahan seraya berjalan masuk ke dalam bilik tidur ayahnya itu dengan raut wajah cemberut.

"Tak tidur lagi?" soal Jungkook sambil memandang wajah muram anaknya itu. Maklumlah, jam sudah hampir pukul 11 malam, sepatutnya anak kecil itu sudah dibuai mimpi. Lagipun, dia yang menyaksikan si kecil itu tertidur tadi.

"Tak boleh tidur..." adu Jungwon lirih seraya menghampiri sisi katil jenis King itu. Dia menghenyak punggungnya ke atas katil tersebut lalu memandang ayahnya yang duduk di meja kerja di samping katil itu.

"Kenapa?" soal Jungkook prihatin seraya memutar bangkunya menghadap Jungwon di sebelah. Dia kini berhadapan si kecil itu sambil meneliti wajah polos yang sedang muram itu.

"Won rindu mummy..." rintih Jungwon perlahan seraya menundukkan kepalanya memandang lantai. Bibirnya dijuihkan sedikit.

Jungkook pun terdiam saat mendengar luahan anaknya itu. Dia hanya mampu memerhati si kecil itu. Sudah lama seorang Jeon Jungwon itu tidak mengadu kepadanya tentang hal tersebut. Hal yang sama dirasainya tika itu.

Jungwon mengangkat kepalanya, memandang wajah kaku Jungkook.

"Won rindu mummy,daddy. Bila mummy tak ada, Won rasa sunyi. Won rasa kosong. Won cuma ada daddy je sekarang. Won tak nak menangis lagi tapi Won rindu mummy. Won nak mummy" luah Jungwon dengan nada yang sedikit bergetar bersama matanya yang berair.

Jungkook buntu untuk merespon apa lagi buat si kecil itu. Tidak semua benda kanak-kanak sekecil itu faham. Tanpa bersuara, Jungkook hanya berdiri dan mengambil tempat di sebelah Jungwon. Lalu, dipeluk saja tubuh kecil itu.




【 BBP S2:TRUST】
»142



Sinaran matahari pagi menembusi langsir tingkap bilik yang sedikit terselak itu,mencucuk sepasang mata yang sedang tenang terpejam, menganggu tidur nyenyak seorang Jeon Jungkook.

Berkerut-kerut dahi Jungkook dibuatnya sebelum matanya itu dicelikkan jua. Telefon pintarnya yang masih berdering penggera di sebelah bantalnya itu pun diraih lalu dimatikan. Kemudian, objek itu pun diletakkan kembali pada sisi bantalnya.

Tatkala itu, matanya pun menatap sendu ruang kosong di sampingnya yang sudah dua bulan tidak ditempati figura yang sangat dirinduinya itu. Dua bulan bukan satu tempoh masa yang singkat. Selama tempoh itu, bukan waktu yang mudah untuknya menyesuaikan diri tanpa seorang Jeon Eunha di sisi. Seperti yang diluahkan Jungwon semalam, dia pun berasa kosong. Rumah agam yang besar ini terasa kosong. Hidupnya terasa kosong. Hatinya terasa kosong.

Pun begitu, dia tetap berhasil juga meneruskan hari-hari kosong dan sukar itu hingga ke saat ini.

Selama ketiadaan wanita itu, dialah yang melakukan semuanya. Jelasnya, menjaga makan, pakai, minum satu-satunya anak lelakinya itu. Ditambah dengan menghiburkan hati si kecil itu. Hantar dan ambilnya di tadika. Sememangnya sudah menjadi satu rutin harian buatnya sejak dua bulan lalu.

Jungkook mengeluh kecil sebelum bangkit dari pembaringannya. Meski dia tidak akan mudah untuk menepis semua perasaan itu, namun dia perlu memaksa juga dirinya. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dia laksanakan sekarang.

Wajah diraup perlahan sebelum bergerak turun dari katil. Kaki pun melangkah longlai ke bilik air untuk membasuh wajahnya.




【 BBP S2:TRUST】
»142


Jungkook menapak keluar dari bilik tidurnya setelah menyegarkan wajahnya. Entah kenapa, dia terdetik untuk mengorak langkahnya ke bilik tidur Jungwon di sebelah. Barangkali mahu melihat keadaan si kecil itu.

Pintu bilik yang ditutup rapat itu dibuka perlahan-lahan, mengelakkan sebarang bunyi terhasil. Tatkala pintu dibuka sedikit luas, matanya pun terarah pada figura Jungwon yang sedang nyenyak tidur di atas katil sana. Namun, apa yang menarik perhatiannya, anak kecil itu tidur dengan memeluk erat sebuah bingkai gambar.

Tak perlu penasaran tentang bingkai gambar apa yang didakap anak kecil itu, tentunya foto ibu kesayangannya itu. Gerangan yang sangat dirinduinya semalam sehingga menangis-nangis jadinya.

Jungkook tersenyum sikit lalu menutup kembali pintu bilik anaknya itu. Dia mengeluh kecil sebelum memutar tubuhnya dan menghayun langkahnya menuju ke tangga.

Satu-persatu anak tangga dipijaknya bagi menuruni ke aras bawah untuk ke dapur. Seperti biasanyalah, dia akan menyiapkan sarapan ringkas buat santapannya dan Jungwon sebelum bergerak ke pejabat. Hari ini si budak kecik itu tidak bersekolah. Hujung minggu.

Ting Tong!

Jungkook yang berura melangkah ke dapur itu lantas tergendala apabila mendengar bunyi loceng rumahnya itu. Dia pun menoleh dan melihat ke arah pintu utama di sana. Lalu, bola matanya bergerak mengerling jam di dinding.

8.35 pagi.

Masih awal pagi. Makhluk mana pula datang rumahnya pagi-pagi begini?

Ting Tong! Ting Tong!

Okey.

Sah, si Hae Jung.

Makhluk itu seorang saja yang tak menyabar bila tekan loceng. Kalau boleh, nak ketuk guna penukul butang loceng itu selagi orang tak buka pintu.

Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!

"Woi,rosak button loceng aku!" laung Jungkook sebal apabila loceng rumahnya itu berbunyi-bunyi lagi. Si Hae Jung itu pagi-pagi lagi sudah mencabar kesabarannya. Kaki melangkah kesal ke pintu rumah.

Tiba saja di hadapan pintu, Jungkook pun menarik gagang pintunya dengan kesalnya lalu pintu dibuka kasar.

"Kau memang tak reti sab-"

"Hai, sayang"

Jungkook yang tadinya sungguh kesal mahu memarahi 'Hae Jung' di luar itu langsung tergamam serta-merta apabila matanya disapa satu sosok tubuh mungil di muka pintu.

Ya. Jeon Eunha.

Jungkook terkaku sepenuhnya. Matanya tidak berkelip memandang wajah sempurna Eunha yang sedang tersenyum manis ke arahnya itu. Disertakan lagi lambaian kecil buatnya, menambahkan lagi kesan manis pada wanita itu. Gerangan yang sudah dua bulan tidak berada di depan matanya.

Eunha yang sedang tersenyum sambil melambai kecil di hadapan Jungkook itu perlahan terhenti tika melihat reaksi suaminya yang seperti dibekukan itu. Dahinya berkerut. Tangannya pun bergerak melambai di hadapan wajah lelaki itu.

"Sayang? Hellooo?" panggil Eunha agak lantang sambil ligat melambai-lambai tangan kecil di hadapan wajah kaku Jungkook.

Jungkook kekal saja tidak berkelip matanya meski sudah tangan Eunha bergerak-gerak di depan matanya. Dia masih kaku.

"Sayang? Hey, awak dah kenapa?" soal Eunha bingung dan hairan melihat raut wajah Jungkook itu. Suaminya ini dah kena sampuk ke apa?

"Tak, muka macam Eunha..." omel Jungkook mendatar sambil matanya kekal menatap wajah bingung Eunha di hadapan.

"Ye kan? Cuma ini lagi comel dari dulu kan, sayang?" seloroh Eunha mesra dengan senyuman manis. Wajahnya ditekup lalu disengetkan di hadapan lelaki itu.

"Tak, awak siapa ni? Kita kenal ke?" soal Jungkook sambil menatap kosong wajah mencuit hati wanita di hadapannya itu.

Eunha yang sedang menekup wajahnya bersama kepala yang disengetkan itu langsung meleraikan sekaligus tindakan comelnya itu. Dia berkerut sebal.

"Apa benda awak ni? Dah amnesia ke apa? Siapa pergi hentak kepala awak ni? Baru dua bulan saya pergi, takkan dah lupa saya?" bentak Eunha kesal sambil merenung wajah berkerut bingung Jungkook itu.

"Tak, sumpah muka macam wife saya" tutur Jungkook senada.

"Ey, saya lah wife awak!" balas Eunha kesal seraya menampar lengan suaminya itu. Geram.

"Oh, ye eh? Bukan scam? Serius Jeon Eunha saya?" soal Jungkook selamba dengan kening yang dijongket sebelah. Berbuat bingung.

Eunha mencerlung tajam wajah menyakat Jungkook itu sebelum langsung merengus kasar.

"Dah, suka hati awak la. Balik Busan balik la macam ni" tutur Eunha langsung dengan kesalnya sebelum lantas memutar tubuhnya. Ya, tentunya dia cuma mahu mengacah saja.

"Hey, come here"

Eunha yang berura untuk melangkah itu langsung memutar tubuhnya apabila mendengar suara garau itu. Dia berdecit perlahan tika melihat lelaki itu yang sudah mendepakan lengannya, meminta dipeluk. Terbit senyuman kecil di bibirnya sebelum lantas melangkah ke arah Jungkook semula lalu tubuh suaminya itu pun dipeluk.

Tatkala itu, Jungkook pun mengeratkan pelukannya buat tubuh mungil Eunha itu, melepaskan rindu yang dipendam selama dua bulan. Dia pun tidak sangka bahwa dia sekarang sudah dapat memeluk figura yang sangat dirinduinya setiap saat itu.

"Rindu saya tak? Mesti rindu kan? Kan, kan?" soal Eunha mesra sambil melingkar erat lengan kecilnya pada tubuh suaminya itu.

"Dua bulan, sayang. Dua bulan. Awak expect apa?" tukas Jungkook perlahan sambil kekal mendakap erat figura isterinya itu.

Eunha langsung tergelak kecil sebelum menepuk-nepuk perlahan belakang Jungkook.

Jadi, sebenarnya sejurus saja Eunha keluar hospital setelah selamat bersalin dua bulan lalu, puan Choi menyarankan Eunha untuk tinggal dengannya saja di rumahnya di Busan. Biar dia saja yang jaga menantunya itu selama tempoh berpantang.

Baru-baru ini saja wanita itu berpindah ke Busan memandangkan di sana lebih tenang. Suasana kampung. Lagipun, dia sudah tidak bekerja lagi di syarikatnya, jadi dia bolehlah memberi sepenuh perhatian dalam menjaga anak menantunya itu.

Dan, ya. Eunha selamat melahirkan tika itu meski terdapat sedikit komplikasi sewaktu itu. Tapi, tetap dapat diselamatkan atas jasa doktor-doktor yang membantu. Dia pitam ketika itu dek mengalami embolisma pulmonari.

"Kesiaaaan sayang saya kena tinggal eh?" ujar Eunha meleret dengan nada yang kekal lembut.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum meleraikan pelukannya dengan Eunha itu. Kemudian, tak semena-mena kepala isterinya itu diketuknya perlahan.

"Ah" rintih Eunha drastik dek tiba-tiba kepalanya diketuk itu.

"Dua minggu tak contact. Enjoy lah tu seksa saya macam ni? " soal Jungkook lebih kepada membentak sambil merenung wajah cemberut Eunha yang sedang menggosok-gosok kepala itu.

"Mama punya kerja! Dia curi phone saya, sayang!" balas Eunha langsung dengan bersungguhnya, tak mahu dipersalahkan.

"Ohh,mama ni memang antara pendengki terbaik lepas Jungwon. Mama mana mama?" seloroh Jungkook seraya matanya pun meliar di muka pintu rumahnya itu.

Lalu, muncullah seorang Choi Im Hwa di sebalik dinding di sebelah itu apabila namanya tiba-tiba naik. Punya baik dia senyap sejak tadi.

"Tak ada nak mendengkinya. Isteri kamu ni tengah pantang. Banyak benda lagi dia nak kena fokus dari melayan mesej call kamu tu" jawab puan Choi senada.

"Semudah itu ye, Ma? Kook dekat sini terseksa, Ma. Terseksa. Mana dengan Jungwon lagi nak tengok mummy dia. I'm in a hard time for 2 month straight, Ma" tutur Jungkook dengan dramatiknya dek diperlakukan begitu. Dibiarkan tergantung di Incheon ini tanpa dapat berhubung dengan kesayangannya itu. Sampaikan semalam dia sudah mahu pergi Busan-

"Tapi, hidup lagi kan sekarang? Okey la tu dua bulan je. Sepatutnya ada lagi sebulan tau kamu kena terseksa" balas puan Choi selamba.

"Ha, Ma. Siapa yang rasuah mama ni tiba-tiba jadi dua bulan je mama bawa lari Eunha dari Kook?" soal Jungkook bingung dan hairan. Ya lah, seperti yang dicakapkan puan Choi itu, sepatutnya bulan depan baru dia 'pulangkan' Eunha. Ini baru dua bulan saja.

Puan Choi langsung berdecit perlahan dek bicara anak sulungnya itu.

"Tak ada siapanya nak rasuah. Cuma tengah hari nanti mama kena ganti Hae Jung untuk meeting company. Itu yang alang-alang bawa sekali lah isteri kesayangan kamu ni" jelas puan Choi.

Jungkook langsung tersenyum lebar tika mendengar jawapan ibunya itu. Dia boleh hidup dengan baiklah lepas ni.

"Tak ada nak rampas lagi kan, Ma? Tak payah la pergi Busan tu balik. Kook boleh jaga lah Eunha ni. Entah lagi pro dari Mama. Come on la" seloroh Jungkook yang sebenarnya masih bimbang kalau-kalau ibunya itu mahu 'memisahkan' dia dengan Eunha lagi. Cukuplah dua bulan. Namun, sempat lagi dia bermegah.

Puan Choi berdecit tika melihat ekspresi megah Jungkook yang bersertakan kening yang digerakkan berkali-kali itu.

"Ye la, ambik la balik isteri kamu ni. Kang nanti mati pulak tak ada dia depan mata kamu" tutur puan Choi sarkastik sebelum langsung melangkah masuk ke dalam rumah anaknya itu terlebih dahulu.

"Ye, memang mati, Ma" balas Jungkook selamba seraya memutar tubuhnya, melihat sang ibu yang sudah masuk ke dalam. Dia tergelak kecil sebelum memusingkan tubuhnya menghadap Eunha di hadapan kembali.

"Sayang, jom masuk" ajak Jungkook sambil memandang Eunha yang sepertinya sedang mengambil sesuatu di sebalik dinding.

"Awak bawa masuk stroll-"

"Oh heyyy,my little princessss" seloroh Jungkook langsung dengan terujanya sejurus saja matanya melihat bayi perempuan yang kini berada di pangkuan Eunha di hadapan itu.

Ya, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini sudah berusia 2 bulan. Nama yang diberi buat si kecil itu juga sangat ringkas namun cantik. Nama yang Eunha awal-awal lagi bercadang.

Jeon Yuna.

Ya, sesuai dengan permintaan seorang Choi Yuna suatu waktu dulu. Kalau wanita itu cuma bergurau sekalipun ketika itu, Eunha tetap juga mahu mengkabulkan permintaan mendiang sahabatnya itu. Biar pun cuma remeh begini.

"Sini" pinta Jungkook seraya menghulurkan tangannya, meminta anak perempuannya itu dari Eunha.

"Dia tengah tidur,sayang" tutur Eunha langsung dengan nada yang diperlahankan sedikit bagi mengelakkan si kecil itu terjaga.

"Tak, janji tak kejutkan dia. " ujar Jungkook serta-merta seraya mengangkat tangan kanannya ke paras bahu, seperti berjanji.

Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, merenung suaminya itu penuh meragukan. Dia bukannya apa dengan lelaki di hadapannya ini, hobinya suka mengejutkan si kecil yang sedang tidur. Bercakap melalui pengalaman 5 tahun lalu-

"Aduh, sayang, cepat lah. Tiga hari je saya dapat dukung dia hari tuu" bentak Jungkook seraya menghulurkan lagi kedua-dua tangannya.

Eunha langsung berdecit perlahan sebelum menghulurkan jua tubuh kecil anak perempuan mereka itu kepada Jungkook.

"Aigoo, dah besar diaaa" gumam Jungkook perlahan dengan senyuman suka sejurus saja bayi 2 bulan itu berada di pangkuannya. Jarinya mengelus perlahan pipi gebu si kecil itu.

Eunha pun hanya membiarkan saja suaminya itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam terlebih dahulu. Tatkala itu, matanya pun terarah pada figura kecil anak lelakinya yang baru tiba di lantai aras satu itu. Anak kecil itu ligat menggosok-gosok matanya, sepertinya baru terjaga dari tidur.

"Daddy, makanan-"

Jungwon yang sedang menyoal sambil memandang ke sekeliling itu lantas terhenti apabila matanya terarah pada sosok tubuh Eunha di hujung sana.

"Mummy?" soalnya perlahan seraya lambat-lambat menurunkan tangannya dari terus menonyoh mata.

Eunha langsung mengukir senyuman lebar sebelum menganggukkan kepalanya. Dia pun mendepakan lengannya, meminta dipeluk.

"Uwaaa, mummy dah balikkk! "




【 BBP S2:TRUST】
»142


Tangan yang menggenggam gagang pintu perlahan-lahan menolak pintu bilik, mengelakkan sebarang bunyi terhasil. Pintu terbuka agak luas, membenarkan sepasang matanya disapa insan disayangi yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Terbit senyuman di bibirnya.

Jungkook langsung melangkah masuk ke dalam bilik seraya beg kerjanya diletakkan ke atas rak di samping pintu. Dia menghampiri sisi katil di bahagian isterinya itu berbaring. Melihat wanita itu yang sedang dibuai mimpi sambil lengan kirinya melingkar longgar di tepi tubuh kecil Yuna yang turut lena itu cukup membuatkan bibir Jungkook mengukir senyuman kecil. Yang sesungguhnya kelihatan terlalu mencuit hati.

Bibir lagi-lagi mengukirkan senyuman. Tangannya pun bergerak mengelus perlahan ubun-ubun kepala Eunha itu. Kemudian, matanya terarah pula pada puteri kecilnya yang tenang lena di sisi sang ibu. Dua kali ganda mencuit hati wajah lena si kecil itu. Dengan pakaian set berwarna merah jambu cair, sarung tangan dan kaki berwarna putih. Sesekali tangan kecil itu bergerak-gerak menutupi wajah gebunya.

Comel!

Jungkook tersenyum suka sebelum tangannya langsung bergerak untuk menyentuh pipi gebu bayi perempuan itu. Namun,

"Ha, mama cakap tadi balik kerja tu mandi dulu. Jangan kacau anak!" sergah puan Choi separuh bisik yang muncul di muka pintu bersama dulang makanan yang ditatang.

"Alah,Ma,rindu" seloroh Jungkook merespon sebaik menoleh memandang sang ibu di pintu. Dahinya berkerut bersungguh.

"Tak ada rindu-rindu. Pergi mandi dulu" tukas puan Choi tegas seraya berjalan masuk ke dalam bilik tidur anaknya itu dengan membawa dulang makanan.

Jungkook langsung merengus perlahan sebelum mengangguk malas, mengalah jua.

"Ha, ye ye, okey. " balasnya akur sebelum berdiri dari terus duduk di sisi tilam di samping Eunha itu. Dia kemudiannya melihat puan Choi yang meletakkan dulang juadah itu ke atas meja di samping katil.

"Ni untuk Eunha?" soal Jungkook seraya memandang wajah ibunya itu.

"Ye,dah pergi mandi sana" jawab puan Choi senada dan mengerling sekilas Jungkook yang berdiri di sebelahnya itu.

"Ah,biar Kook yang suapkan lah, Ma! Kook nak mandi jap" seloroh Jungkook langsung dengan bersungguhnya.

Puan Choi langsung berdecit perlahan dek bicara bersungguh anak sulungnya itu.

"Ye. Dah, pergi sana. Mama letak sini" tutur puan Choi seraya merapikan kedudukan dulang itu di tengah-tengah meja. Kemudian, dia pun memutar tubuhnya bagi mengorak langkah keluar dari bilik itu.

"Okey" balas Jungkook ringkas lalu lantas menapak ke almari pakaiannya di hujung bilik. Tuala yang disidai pada palang di dinding itu langsung diraih. Kemudian, dia memandang sekilas figura ibunya yang baru keluar dari biliknya itu.

Masih meragui wanita itu, Jungkook langsung berlari anak ke pintu biliknya yang sedikit tertutup itu. Kemudian, pintu itu dibuka dan kepalanya pun dijenguk ke luar.

"Biar Kook suapkan,Ma! Jangan nak suap Eunha dulu! " laung Jungkook agak lantang sambil memandang figura ibunya yang sedang berjalan menjauh itu.

"Ish, yeee! "




【 BBP S2:TRUST】
»142


"Ju, ni, anak aku. Yuna. Jeon Yuna." tutur Eunha mesra seraya memandang sekilas Yuna yang polos berada di dalam dukungannya itu. Bulat-bulat mata si kecil itu memandang wajah ibunya yang sedang tersenyum ke arahnya itu. Dicuit perlahan oleh Eunha pipi gebu anaknya yang kini sudah menginjak usia 4 bulan itu.

"Ye, aku letak nama yang kau 'suggest' dekat aku dulu. Betul lah tu. Cantik sangat nama ni" sambung Eunha seraya memandang tepat ke batu nisan berwarna biru gelap di hadapannya itu.

"Tak tahu la kan kalau kau betul-betul maksudkan ataupun cuma bergurau je waktu tu, tapi aku tetap rasa nak letak juga nama 'Yuna' ni. Simple tapi cantik. " tambah Eunha sebelum tersenyum kecil.

"Ye la, macam kau ada cakap waktu tu, mana tahu bila letak nama ni, anak aku akan dapat seri cantik kau ke kan bila besar nanti. Walaupun dah nama pun anak aku, semuanya akan comel, cantik macam mummy diorang nanti" tutur Eunha bersahaja yang sempat diselit gurauan itu. Dia tertawa halus.

"Oh ye, Ju. Kali ni aku ada sumbang rupa untuk anak aku tau. Tengok lah. Mata dia, hidung dia macam aku. Yang paling penting, pipi dia gemuk macam aku! " seloroh Eunha teruja sebelum terkekeh perlahan. Sememangnya, puteri kecilnya itu lebih kepada persis wajahnya. Boleh tarik nafas legalah dia tika mula-mula melihat wajah anak keduanya itu.

Eunha kemudiannya tersenyum kecil sebelum bibirnya dikemam singkat.

"Kalau kau still ada dengan aku sekarang, boleh la kita tengok Yuna junior kau ni membesar sama-sama. Boleh jugak aku nak panggil nama 'Yuna' kuat-kuat bila kau dengan Yuna ada sekali. Biar sama-sama toleh dengan sahut" tutur Eunha lalu tersenyum nipis. Dia memandang sekilas anak kecil di dukungannya.

"Tapi, nak buat macam mana kan? Tuhan lagi sayangkan kau" sambung Eunha sebelum tersenyum kelat. Nafas ditarik sedalamnya sebelum dihela perlahan.

"Apapun, Ju, aku tak menyesal tau letak nama yang kau suggest ni untuk anak aku. Selain nama ni cantik, aku pun boleh selalu ingat kau everytime panggil dia. Aku tak nak lupakan kau."




【 BBP S2:TRUST】
»142



"Tepung gandum,telur,gula,soda bikarbonat,baking powder." tutur Eunha sendiri sambil matanya meneliti setiap satu bahan-bahan di hadapannya di atas kabinet dapur itu.

"Apa lagi eh?" gumamnya sambil memerhati bahan membuat kek di hadapannya itu sambil di benak fikiran ligat memikirkan bahan yang mungkin dia terlupa.

"Buat apa,sayang?"

Eunha yang sedang berfikir sendiri itu langsung terganggu apabila suara Jungkook menegur. Dia pun menoleh,memandang sang suami yang berjalan masuk ke dalam dapur.

"Nak buat kek ha" jawab Eunha ringkas sebelum memalingkan wajahnya ke hadapan kembali. Masih cuba memerah otaknya kalau-kalau dia ada terlupa apa-apa bahan.

"Kek? Ada birthday siapa pulak?" soal Jungkook hairan seraya menghentikan langkahnya di sebelah figura kecil Eunha itu. Sempat dia meneliti setiap satu bahan-bahan di atas kabinet itu.

"Apa? Ingat untuk birthday je ke buat kek?" tukas Eunha sejurus menoleh memandang Jungkook di sebelah.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum mengangguk-angguk kecil.

"Ahh,ini untuk tambah isi lagi ke dekat pipi tu?" soal Jungkook menyakat seraya mencubit pipi mulus sebelah kiri isterinya itu.

Eunha langsung menjeling sekilas suaminya itu sebelum menolak perlahan tangan lelaki itu yang sedang menarik pipi mahalnya itu.

"Pipi-pipi jangan main eh" balas Eunha kesal dan menjeling lagi Jungkook di sebelah.

Jungkook langsung tergelak kecil sebelum mencuit sekilas pipi gebu isterinya itu. Eunha hanya menjeling saja lelaki itu. Kemudian,dia kembali meneliti bahan di hadapannya itu.

"Awak,saya rasa macam ada yang tak cukup la" tutur Eunha sambil tetap memerhati bahan di hadapan.

"Kasih sayang" balas Jungkook selamba.

"Ish,ni malas tanya awak ni." tukas Eunha kesal sejurus menoleh memandang suaminya itu di sebelah. Elok dia tanya Jungwon ada manfaat.

Jungkook tertawa halus sebelum turut memandang bahan-bahan yang tersusun di atas kabinet itu. Dia menongkat dagunya sambil bola matanya bergerak-gerak perlahan melihat bahan tersebut.

"Sayang,saya tolong eh?" pinta Jungkook menawarkan dirinya sambil memandang sisi wajah Eunha di sebelah.

Eunha pun memandang Jungkook yang sedang menongkat dagu memandangnya itu. Dahinya berkerut sebelum tangannya pun bergerak melekapkan pada dahi suaminya itu.

"Tak sihat eh,sayang? Sejak bila rajin nak tolong saya dekat dapur ni?" soal Eunha hairan seraya menurunkan belakang telapak tangannya dari dahi Jungkook. Matanya disepetkan, merenung penuh hairan suaminya itu.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum menegakkan tubuhnya dari terus membongkok dek menongkat dagu di atas kabinet dapur itu.

"Come on la,sayang. Dapur ni lah saya guna untuk masak untuk Jungwon dulu selama awak tak ada dua bulan tu. Sekarang saya dah rapat tau dengan dapur ni" balas Jungkook dengan lancarnya.

Eunha langsung berdecit perlahan dek jawapan suaminya itu.

"Jangan pandang rendah husband awak yang handsome ni,sayang" tambah Jungkook dengan santai dan bermegah dirinya.

"Ha,ye lah,sayang,ye. Tolonglah nak tolong" balas Eunha setelah mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Apron?" soal Jungkook sambil memandang Eunha di samping.

"Tak payah apron lah,sayang. Kita bukan nak buat live masak depan orang ramai" tukas Eunha setelah berdecit perlahan.

"Tak ada,nak apron jugak."

"Ish,tak payah la,sayang. Nak buat kek je"

"Apron,Jeon Eunha"

"Tak pay--"

"Tak baik tak dengar cakap suami."

Mendengar sebaris ayat bidasan itu,cukup membuatkan Eunha sudah hilang kuasa untuk merespon lagi. Drastik bibirnya dicebikkan sebal.

"Ish,mengada lah haa." rungut Eunha sebal dan menjeling sekilas wajah tenang Jungkook di sebelah. Kemudian,dia pun menarik laci di sebelahnya lalu sehelai apron berwarna hitam pun dikeluarkan.

"Nah" ujar Eunha ringkas seraya menghulurkan apron yang masih kemas dilipat itu kepada Jungkook di sebelah.

"Aduh,sayang,tak sweet lah. Pakaikan lah" tutur Jungkook yang sempat merungut itu tanpa menyambut pun huluran Eunha.

Eunha langsung menayang raut tidak percaya.

"Awak,kita nak buat kek tau. Bukan nak rakam kdrama" tegas Eunha sambil menatap wajah bersahaja suaminya itu.

"Ye? Tak nak dengar cakap suami lagi?" soal Jungkook tenang dengan keningnya yang dijongket sebelah.

"Eyyy" rungut Eunha sebal dengan wajahnya yang sudah sepenuhnya masam mencuka itu. Geram betul dengan lelaki itu yang asyik mahu guna kuasa vetonya saja.

Jungkook tersenyum kemenangan sebelum menundukkan kepalanya ke arah isterinya itu,tanda meminta kolar apron disarungkan pada lehernya.

Eunha langsung merengus perlahan sebelum melangkah mendekati Jungkook lalu lipatan apron itu pun dileraikan. Kemudian,dia menjinjit sedikit kakinya seraya menggantung tali apron itu pada leher lelaki itu.

"Dah,ikat sendiri" tutur Eunha senada seraya menjauhi tubuh Jungkook. Namun,tak semena-mena lengannya ditarik lelaki itu lalu mendadak dia terdorong ke arah suaminya itu kembali.

"Cepat. Bila nak boleh mula baking macam ni?" soal Jungkook lembut sambil merenung wajah Eunha di paras lehernya itu. Kedua-dua lengannya didepakan,sudah awal bersedia.

Eunha langsung merengus jengkel sebelum menurut sajalah permintaan mengada-ngada suaminya itu. Tali apron yang berada di sisi apron itu ditolak ke belakang lalu kedua-dua lengannya pun melingkar di pinggang Jungkook itu tika mengikat tali tersebut.

"Mengada kan? Kalau awak tak datang tadi,dah mula adun bahan dah saya ni ha" ujar Eunha kesal sambil ligat mengikat apron pada pinggang suaminya itu.

Jungkook hanya tersenyum kecil sebelum kedua-dua lengannya pun melingkar di figura isterinya itu,seolah membalas 'pelukan' wanita itu.

"Dah,lepas. Siap dah ikat." tutur Eunha seraya cuba meloloskan tubuhnya dari dakapan Jungkook itu sejurus dia selesai mengikat apron di pinggang lelaki itu.

Jungkook pun hanya akur saja dengan permintaan isterinya itu. Pelukannya pada tubuh kecil itu dileraikan. Bolehlah dapat peluk sekejap pun.

"Sayang,awak kena pakai apron jugak" arah Jungkook sejurus saja Eunha lolos dari dakapannya.

"Ala,tak payah--"

"Shh. No excuses" tukas Jungkook langsung seraya lantas memanjangkan lengannya,menarik laci yang menempatkan apron itu. Sehelai apron berwarna sama pun dikeluarkan dari laci tersebut.

"Sini." arah Jungkook sambil meleraikan lipatan apron itu seraya memandang sekilas Eunha yang tampak sungguh pasrah itu di hadapan.

Eunha pun hanya patuh saja. Dia melangkah longlai mendekati Jungkook lalu berdiri statik di hadapan suaminya itu.

Jungkook tersenyum kecil sebelum menggantung tali apron itu pada leher Eunha. Setelah itu,dia merendahkan sedikit tubuhnya bagi mengikat tali di pinggang isterinya itu. Selesai mengikat,sempat dia mencium singkat pipi mulus Eunha tika menegakkan tubuhnya semula itu.

Terperanjat sedikitlah Eunha dibuatnya dek tindakan mengejut seorang Jeon Jungkook itu. Ditampar perlahan lengan lelaki itu dengan raut yang masih agak terkejut itu.

Jungkook hanya tergelak kecil sebelum memusingkan tubuhnya menghadap kabinet dapur.

"Okey,baru boleh mula baking,sayang" tutur Jungkook dengan senyuman.

"Ye kan? Lepas kena melayan perangai mengada-ngada awak ni" balas Eunha sarkastik dan mengerling sekilas suaminya itu di sebelah.

Jungkook hanya mengukir senyuman lebar tidak bersalah. Eunha pun berdecit perlahan sebelum mengalihkan fokusnya pada bahan di hadapan.

"Ni,tepung ni awak tuang dalam bekas ni dulu eh" arah Eunha seraya menghulurkan sekotak tepung gandum yang belum dibuka itu kepada Jungkook. Kemudian,bekas kaca juga dihulurkan kepada lelaki itu.

Jungkook hanya mengangguk faham dan mulai membuat kerja yang diminta Eunha itu. Kotak tepung gandum itu pun dibuka lalu dituang serbuk putih itu ke dalam bekas kaca yang diberi Eunha tadi.

Eunha pula mencapai sebiji cawan di hadapan bagi menyukat tepung gandum itu nanti.

"Uwa,sayang,hujan laaa" sorak Eunha drastik sejurus saja dia mendapati air yang menitis-nitis banyak di luar tingkap di hadapan mereka itu.

Jungkook hanya menganggukkan saja kepalanya seraya memandang sekilas air hujan di luar yang agak lebat itu. Lalu,dia kembali fokus menuang kesemua tepung gandum ke dalam bekas itu.

"Dah ke,sayang?" soal Eunha seraya menoleh memandang Jungkook di sebelah.

"Eoh,dah" jawab Jungkook ringkas setelah mengangguk kecil.

Eunha pun mengangguk sebelum tangannya yang sedang memegang cawan itu bergerak mencedok tepung di dalam bekas di hadapan Jungkook itu. Jungkook pula hanya memerhati saja isterinya yang sedang cuba mencedok penuh tepung tersebut.

GROOOM!

"Omma!" latah Eunha langsung dek terperanjat dengan bunyi kuat guruh yang tiba-tiba bergema di luar itu. Dan,spontan tangannya yang memegang secawan penuh tepung gandum itu tersimbah langsung serbuk putih itu tepat ke wajah Jungkook.

Jungkook kaku sepenuhnya saat wajahnya menjadi mangsa. Matanya juga drastik terpejam.

Eunha langsung menoleh melihat keadaan wajah suaminya itu. Drastik,tawanya terburai. Terkekeh-kekeh dia ketawa tika menyaksikan wajah sempurna lelaki itu yang agak dipenuhi tepung. Di bahagian mata dan ke bawah semuanya dihiasi tepung. Sesungguhnya ketika itu,seorang Jeon Jungkook itu tak dapat mencelikkan matanya.

"Sayang,muka awak hahahahahahaha" tutur Eunha tersela tawa dan kembali tertawa lagi dek tak dapat menahan geli hatinya.

Jungkook yang cuma kaku sejak tadi dengan mata tertutup itu hanya mampu mendengar saja suara tawa Eunha itu.

"Bersihkan dulu,Jeon Eunha. Saya tak boleh buka mata ni" arah Jungkook seraya memusingkan tubuhnya perlahan ke arah kanan,menghadap Eunha. Dapat dia dengar lagi isterinya itu masih sakan mentertawakannya.

"Eoh,eoh,kejap" balas Eunha sambil cuba meredakan tawanya seraya melangkah ke meja makan di belakang. Sekotak tisu dicapai lalu dia melangkah ke suaminya itu kembali. Tika melihat keadaan wajah Jungkook itu,dia kembali tertawa.

"Sayang,sorryy. Ya tuhannn,saya minta maaf,sayang. Saya betul-betul rasa kelakar" luah Eunha dengan nada yang tersela tawa. Sambil itu,dia menarik keluar sehelai tisu lalu tangannya pun naik mengelap serbuk tepung yang berada di bahagian mata Jungkook.

Tawa masih tak dapat dihentikan seraya tangan masih bergerak mengesat serbuk putih di wajah sang suami. Tangan kirinya memegang sisi wajah lelaki itu sambil tangan kanan ligat menghapuskan serbuk di wajah lelaki itu.

"Aigoo,paling comel la awak hari ni,sayang! " seloroh Eunha lantang sebelum tawanya terletus lagi.




【 BBP S2:TRUST】
»142


Busan, Korea Selatan.

"Haaa, sampai pun!" ujar Hae Jung langsung sebaik saja membuka pintu rumah.

"Eh, tak aciii sampai dulu!" tutur Eunha membentak mesra sejurus saja disapa Hae Jung di muka pintu.

"Well, kita naik jet lah, eonnie. Bukan macam kayuh basikal" balas Hae Jung berseloroh dengan kening yang dijongket berkali-kali.

"Amboiii, dia punya perli kann!" tutur Eunha langsung dengan raut berbuat kesal.

Hae Jung langsung tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

"Ha, masuk lahh" pelawa Hae Jung setelah meredakan tawanya. Dia memusingkan tubuhnya lalu melangkah ke dalam rumah agam orang tuanya itu dahulu.

"Maaa, Eunha eonnie dah sampai!" laung Hae Jung sambil berjalan di ruang tamu.

"Eoh! " sahut puan Choi lantang dari arah dapur.

"Sayang, saya masuk dulu eh?" pinta Eunha sejurus menoleh memandang Jungkook yang sedang melangkah menghampirinya dengan membawa bagasi.

Sebenarnya, hari ini mereka akan menginap di rumah agam milik orang tua Jungkook di Busan ini untuk beberapa hari. Memandangkan tahun baru hampir tiba, jadi sudah tiba masanya untuk mereka berkumpul bersama keluarga tika itu.

"Eoh" jawab Jungkook ringkas dengan anggukan. Lalu, Eunha pun melangkah masuk ke dalam dengan Yuna di pangkuan.

"Daddy, beg ni nak letak mana?" soal Jungwon yang berada di belakang ayahnya itu.

Jungkook langsung memusingkan tubuhnya tatkala mendengar suara anak lelakinya itu. Drastik dia tergelak kecil tika melihat Jungwon yang mendakap beg satu kali ganda lebih besar darinya itu hingga cuma menampakkan matanya saja. Itu pun sebab dia mendongak.

"Sini." ujar Jungkook dengan nada yang tersisa tawa itu seraya meraih beg galas besar yang didakap Jungwon itu. Entah macam mana nak berjalan kalau macam tu jadinya tadi.

"Won pergi masuk dulu. Tolak bagasi ni sekali eh masuk dalam" pesan Jungkook kepada anak sulungnya itu.

"Okey!" balas Jungwon riang sebelum lantas menolak bagasi yang berada di sisi ayahnya itu. Ditolak bagasi itu hingga masuk ke dalam rumah banglo setingkat itu.

Jungkook pula melangkah di belakang dengan membawa beg galas yang agak berat itu. Dia menapak masuk ke dalam rumah lalu pintu pun ditutup. Kemudian, matanya pun terarah pada sang ayah yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Pa" sapa Jungkook seraya langsung menapak menghampiri sofa yang diduduki tuan Jeon.

"Eoh, sini duduk." respon tuan Jeon lalu menepuk ruang kosong di tepinya itu.

Jungkook pun langsung melabuhkan punggungnya ke atas sofa bersebelahan ayahnya itu. Lalu, dia lantas memusingkan tubuhnya menghadap lelaki separuh abad itu dengan raut teruja.

"Pa, nak tahu tak, company yang-"

"Ha, Jungkook. Bagus kamu dekat sini. Ada dua kotak buah epal dengan oren dekat luar tu. Tolong bawa masuk kejap" pinta puan Choi yang tiba-tiba mencelah di ruang tamu itu.

"Aduh, Ma. Kook baru je sampai. Baru je duduk ni" balas Jungkook langsung protes.

"Apa dalam flight tadi kamu berdiri ke?" soal puan Choi sambil merenung wajah anak lelakinya itu.

"Kuak lentang" balas Jungkook selamba.

Tuan Jeon di sebelah langsung menampar perlahan bahu Jungkook dengan tawa kecil yang terletus. Cepat sajalah jawapan anak sulungnya itu.

Puan Choi pula hanya mengerling saja suaminya yang sempat terhibur itu. Setelah itu, dia kembali merenung wajah selamba anak lelakinya itu.

"Tak payah nak loyar buruk sangat. Pergi ambil kejap sana. Dua kotak je pun, Jeon Jungkook" tutur puan Choi dengan sedikit tegas.

"Tak, Ma. Come on la. Bertimbang rasalah sikit untuk anak mama yang datang jauh-jauh ni. Kook baru je sampai,Maaa" tukas Jungkook bersungguh dengan raut meminta simpati.

"Tak ada. Pergi ambik. Dua kotak je" balaa puan Choi tetap tegas.

Jungkook langsung merengus sebal.

"Aduh. Paaa, tengok mama. Tak pernahnya boleh tengok Kook senang! Tak faham saya!" adu Jungkook penuh dramatiknya, meminta bantuan sang ayah di sebelah.

Tuan Jeon pun menjalankan peranannya. Dia memandang isterinya yang sedang berdiri di sana itu.

"Awak, dia baru je sampai kan? Nanti la angkat kotak tu" ujar tuan Jeon, cuba membela anak sulungnya itu.

Jungkook di sebelah pula mengangguk-angguk setuju.

"Oh, kalau macam tu awak la pergi angkat untuk dia. Ada lagi 3 dalam kereta" balas puan Choi senada sambil menatap lurus ke wajah suaminya itu.

"Ha, Jungkook, pergi angkat sana. Mama suruh tu" arah tuan Jeon drastik seraya menepuk-nepuk bahu Jungkook.

"Eh, Paaa. Apa niii? Tak boleh la macam tuu! " bentak Jungkook langsung dengan kesalnya.

Tuan Jeon hanya mendiamkan dirinya. Surat khabar yang dilipat dibuka dengan tenang, berbuat tidak ada kena mengena.

Jungkook langsung merengus perlahan sebelum memandang ibunya semula. Tatkala itu, matanya terarah pada Hae Jung yang baru keluar dari bilik di hujung sana.

"Ma, suruh Hae Jung, ma. Hae Jung. Dia tu tahu goyang kaki je dalam rumah ni" ujar Jungkook langsung seraya menundingkan jarinya ke arah Hae Jung. Puan Choi pun menoleh.

"Woi, kau baik sikit! Aku tengah lap pintu ni!" laung Hae Jung serta-merta seraya mengelap berkali-kali pintu bilik tidurnya itu. Pantas membuat kerja apabila namanya disebut.

"Kejadahnya lap pintu!"

"Ha, kamu berdua la pergi angkat"

"Oh,memang tak lah! "




【 BBP S2:TRUST】
»142


"Sayaaang, dekat mana ni? Jauhnyaa. Saya dah penat berjalan lahhh" rungut Eunha dengan wajah cemberut sambil kaki melangkah perlahan.

"Nak sampai dah, sayang. Nak sampai dah. Depan sikiiit je lagi" tutur Jungkook seraya memandang isterinya itu di sebelah.

"Ish, tadi pun awak cakap macam tu! Tak sampai-sampai jugak haaa" bentak Eunha sebal dengan dahi yang berkerut protes.

"Yee, kali ni betul-betul nak sampai dah, sayang" balas Jungkook.

"Ala, jauhhh" rungut Eunha lagi dengan kesalnya seraya menghentikan langkahnya. Rautnya cemberut sepenuhnya. Sesungguhnya, dia benar-benar penat berjalan. Sudahlah tadi dia memanjat hampir 40 anak tangga. Entah ke mana suaminya itu mahu membawanya.

Jungkook yang kekal berjalan itu langsung menghentikan langkahnya tatkala menyedari Eunha sudah berhenti di belakang. Dia pun menoleh dan melihat wajah masam mencuka wanita itu. Dia langsung tersenyum kecil sebelum melangkah menghampiri isterinya itu.

"Dah, cepat naik" arah Jungkook sejurus saja dia mencangkung membelakangi Eunha, menawarkan dirinya bagi mendukung wanita itu secara piggyback.

"Serius? Saya ni terlebih ringan tau sekarang, sayang" tutur Eunha sambil memandang Jungkook di hadapannya itu.

"Naik je lah. Tinggal dekat sini kang" balas Jungkook langsung, sempat mengugut isterinya itu.

Eunha langsung mencebik sebelum menurut saja arahan Jungkook itu. Dia pun naik ke belakang suaminya itu.

"Peluk leher. Jatuh kang nanti" pesan Jungkook sebelum berdiri seraya memegang pada kedua-dua pelipat lutut Eunha itu.

"Ye ye" jawab Eunha akur sebelum melingkarkan kedua lengannya pada leher suaminya itu, berpaut erat di situ. Kemudian, lelaki itu pun mulai mengorak langkahnya.

"Tempat mana yang special sangat tu, sayang? Jauh betul. Awak jangan tipu saya eh" ujar Eunha penasaran sambil matanya meliar ke sekeliling persekitaran mereka. Kebanyakan pokok-pokok hijau yang mendampingi mereka.

"Tak tipu, sayang. Tempat tu cantik" balas Jungkook sambil setia berjalan.

"Macam saya?" seloroh Eunha menyoal.

"Tak, macam saya." jawab Jungkook selamba.

"Sayaaang, risau lah kalau macam tu" ujar Eunha langsung dengan dahi yang sedikit berkerut.

Jungkook langsung tergelak kecil.

"Ye, macam awak." tutur Jungkook tenang.

Eunha langsung tersenyum suka.

"Ye? Gumawooo" respon Eunha mesra sebelum lantas dia mencium singkat pipi Jungkook.

"Aduh,sayang, tak baik ambik kesempatan macam tu" ujar Jungkook langsung yang kononnya membentak itu setelah tersentak sebentar tadi.

"Apa kesempatan? Tu free gift" tukas Eunha selamba.

"Oh,satu je free gift?" soal Jungkook bersahaja.

"Satu je sudah. Tak baik tamak" ujar Eunha sambil matanya kekal meliar ke sekeliling.

Jungkook hanya berdecit perlahan. Kaki melangkah ke hadapan, menuju ke destinasi yang dikatakan 'istimewa' itu.

"Uwa, sayang! Dah sampai ke?" soal Eunha teruja tatkala matanya terarah pada persekitaran di hadapan yang serba hijau itu.

"Ye, depan tu" jawab Jungkook ringkas seraya perlahan merendahkan tubuhnya, menurunkan Eunha.

"Ada apa dekat sana, sayang?" soal Eunha penasaran yang mulai teruja. Dia memandang sisi wajah Jungkook di sampingnya.

Jungkook hanya mengukir senyumannya sebelum menggenggam kemas tangan kecil Eunha.

"Kajja" ajaknya lalu menarik perlahan tangan isterinya itu agar mereka berjalan beriringan dengan tangan yang bertaut.

Setapak demi setapak maju ke hadapan, mereka akhirnya tiba di lokasi yang mahu ditujui setelah kira-kira 1 kilometer berjalan.

"Uwaaa, cantik!" sorak Eunha langsung sejurus saja melihat pemandangan yang terhasil dari atas tebing bukit tempat mereka berpijak itu. Pemandangan tenang laut biru di hujung sana dan kawasan perumahan yang tersusun.

"Berbaloi tak sejam berjalan?" soal Jungkook sambil memandang raut kagum di wajah Eunha itu.

Eunha langsung menoleh, melihat Jungkook yang sudah duduk di atas rumput di sampingnya itu. Bibirnya menarik senyuman lebar.

"Sangat. Lain kali awak bagitahu la view dia macam ni. Baru la saya semangat sikit nak berjalan tadi" tutur Eunha sejurus saja melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil. Dia memandang ke hadapan, menikmati pemandangan dari atas itu.

"Awak tak pernah bawa saya datang sini pun sebelum ni?" ujar Eunha penasaran seraya menoleh memandang sisi wajah sempurna Jungkook.

Jungkook tersenyum kecil. Dia tetap menatap lurus ke hadapan.

"Sebab, dekat sini used to be my nightmare. I mean, dekat kampung ni. Bukan dekat tempat kita duduk sekarang ni." jelas Jungkook.

"So, saya malas nak datang sini. Awak tahu kenapa, sayang" sambung Jungkook sebelum memandang sekilas Eunha di sisi.

"Tapi, sekarang?" soal Eunha penasaran.

"Well, sekarang dah slowly jadi lebih baik. Family saya pun dah banyak membaik. So, dah tak ada benda yang nak menganggu saya sekarang" jawab Jungkook sebelum mengulum senyuman kecil.

Eunha pun mengangguk perlahan. Dia juga tersenyum kecil. Dia pun tumpang senang dengan kondisi keluarga suaminya itu sekarang. Tiada yang saling bermasam muka. Semuanya sudah berubah seperti keluarga sihat lain di luar sana.

Tatkala itu, Eunha terfikir. Betapa banyak rintangan yang dilalui seorang Jeon Jungkook itu. Malah, ketika lelaki itu masih seusia Jungwon pun dia sudah perlu berada dalam keadaan yang sukar. Menurut apa yang pernah diceritakan lelaki itu, ibu ayahnya itu bergaduh bukannya hanya berperang mulut suatu waktu dulu. Namun, dicampak, dibaling segala barang berdekatan ke merata arah.

Hari-hari lelaki itu perlu menyaksi dan mendengar situasi yang sememangnya menakutkan bagi usia sekecil itu. Sehingga, lama kelamaan lelaki itu terbiasa dengan semua itu. Dia membesar dalam keadaan yang teruk begitu. Tanpa kasih sayang ibu bapa.

Lalu, menjadi seorang lelaki yang berhati batu. Dingin. Kasar. Kejam.

Siapa boleh sangka, seawal umur 21 tahun pun dia sudah mampu membunuh orang?

Namun, siapa boleh sangka juga lelaki sekejam itu dahulu boleh berubah drastik dek penangan seorang perempuan?

'Bebal'.

Si 'bebal'nya itulah yang pertama membuatnya rasa sebuah kasih sayang. Meski bukan dari orang terdekatnya tika itu. Barulah dia rasa bagaimana merisaukan seseorang, mencemburui seseorang itu bersama orang lain dan menyayangi seseorang.

Tidak keruan rasanya.

Dan, 'bebal'nya itu kini sudah menjadi 'sayang'nya pula. Sudah menjadi seorang ibu lagi. Cepat betul masa berlalu kan?

Namun, selama waktu 'cepat' berlalu itu pun bukannya hal yang mudah untuk tiba ke saat ini. Banyak onak duri yang perlu dipijak ketika berjalan di atasnya.

"Ah"

Eunha yang sedang ralit mengamati lama sisi wajah Jungkook sambil fikirannya melayang ke lain itu langsung tersentak tika mendengar rintihan suaminya itu. Dia langsung mendapati lelaki itu sedang menekup pipi kanannya dengan dahi berkerut-kerut, seperti menahan sakit.

"Sayang, kenapa, sayang? Muka awak kenapa?" soal Eunha langsung dengan bimbangnya. Teragak-agak dia mahu mengalihkan tangan Jungkook yang sedang menekup wajahnya itu.

"Tembus, sayang" jawab Jungkook perlahan seraya menoleh memandang Eunha di sebelah.

"Tembus?! Tembus kenapa?!" soal Eunha panik dengan matanya yang sudah membuntang luas.

"Awak tenung tadi?" balas Jungkook selamba seraya menurunkan tangannya yang menekup pipinya tadi itu.

Dan itu tak semena-mena membuatkan bahunya ditampar kuat oleh Eunha di sebelah.

"Ish, haa! Tak kelakar, tahuuu" bentak Eunha kesal dengan dahi yang berkerut protes.

Jungkook langsung terkekeh ketawa. Terhibur dengan raut terkejut dan panik yang ditunjukkan Eunha tadi.

Eunha sudah mencebik kesal. Dia mencerlung tajam suaminya yang sakan mentertawakannya itu. Orang sudah rasa mahu luruh jantung tadi, dia seronok gelak pula.

Bagi tembus betul-betul pipi tu kang!

"Dia yang tenung orang punya lama" tutur Jungkook setelah meredakan tawanya seraya mencuit sekilas pipi gebu isterinya itu.

"Kenapa? Tak boleh ke?" respon Eunha langsung dengan kesalnya. Dia merenung sebal wajah Jungkook di sebelah.

Tidak menjawab bicara Eunha, malah Jungkook hanya merenung wajah kesal itu.

"A-Apa?" soal Eunha bingung bercampur agak gugup tika menyedari suaminya itu merenungnya intens.

"Kenapa?" soal Eunha lagi apabila tidak mendapat jawapan dari Jungkook. Dia hanya ditenung bagai mahu tembus saja. Tidak keruan dia jadinya.

Eunha cuba berlagak biasa. Dia memalingkan wajahnya ke hadapan, cuba mengabaikan renungan Jungkook di samping itu. Namun, dia tetap saja terganggu dengan tindakan suaminya itu.

"Ishhh, jangan lah tenung macam tu! Kenapa awak ni?" hambur Eunha kesal dengan dahi yang berkerut.

Jungkook tetap saja mendiamkan diri dan cuma merenung intens ke wajah Eunha.

"Ah, sayanggg,awak kenapaaaa?" soal Eunha meleret dengan wajah yang mulai cemberut. Dia menjadi salah tingkah bila ditenung begitu. Buntu mahu takut atau apa.

"Ish, segan lah. Jangan la tenung saya macam tu,awak" seloroh Eunha langsung sebelum lantas menutup wajahnya menggunakan rambut paras bahunya. Sengaja bertindak malu-malu.

Jungkook langsung tergelak kecil dek reaksi terakhir Eunha itu. Tewas juga dia untuk beriak serius dan merenung intens wanita itu. Tewas dengan tindak mencuit hati sang isteri.

Setelah itu, dia langsung menarik wajah kecil Eunha itu lalu dicium singkat dahi polos wanita itu. Kemudian, selamba dia berbaring ke atas rumput yang diduduki itu.

Eunha pula masih tercengang sebentar dek tindakan pantas Jungkook itu. Tak sempat dia berkata apa, alih-alih sudah berbaring di sampingnya.

"Sini" arah Jungkook seraya menepuk perlahan rumput di sebelahnya, meminta Eunha untuk berbaring di sisinya.

Eunha langsung berdecit perlahan sebelum menurut saja. Dia pun berbaring di sebelah suaminya itu yang dilapik lengan lelaki itu.

Lalu, mereka pun sama-sama mengamati langit biru di atas bersama angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup wajah masing-masing.

"Sayang, awak nak tahu tak kenapa saya tenung awak lama tadi?" soal Eunha sambil matanya tetap menatap langit tinggi di atas sana itu.

"Ye, sebab husband awak ni handsome, lepas tu baik lagi. Gila tak tenung lama-lama" jawab Jungkook selamba sebelum menoleh memandang Eunha di sebelah.

Mendengarkan jawapan itu, Eunha langsung menayang raut jengkelnya. Terangkat sudut bibirnya ke atas.

Jungkook langsung tergelak kecil sebelum meraup perlahan wajah Eunha yang tampak sangat jengkel itu.

"Ye, kenapa?" soal Jungkook penasaran.

Eunha langsung tersenyum kecil sebelum kembali mengamati langit biru di atas.

"Sebab, saya fikir yang awak ni kuat sangat. Ye lah, awak sejak dari kecik lagi dah go through macam-macam yang teruk sampailah sekarang. And awak still dapat bertahan dengan baik sampai sini. So, benda tu buat saya lagi sayangkan awak" jelas Eunha lancar sebelum menoleh memandang Jungkook di sebelah. Segaris senyuman diukir buat lelaki itu.

"Know what, sayang? Saya sayang awak lebih dari saya annoying dengan awak hari-hari. Which is a lot. " sambung Eunha bersahaja dengan senyuman.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum lengannya yang melapik kepala Eunha itu bergerak mengusutkan perlahan rambut wanita itu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Sayang" panggil Jungkook sejurus saja memandang ke langit kembali.

"Hm? " sahut Eunha seraya menoleh memandang Jungkook.

"Awak pernah curious tak waktu tu, bila saya last minute ubah fikiran masa awak setuju untuk saya lepaskan awak tu?" soal Jungkook lalu menoleh memandang Eunha di sebelah.

"Eoh, kenapa eh?" soal Eunha penasaran dengan dahi yang sedikit berkerut. Sesungguhnya, sejak waktu itu, lelaki itu langsung tidak pernah memberitahunya mengapa tiba-tiba bertindak begitu.

"Sebab, saya tak boleh lepaskan awak and saya tak boleh biarkan awak pergi. One thing that I know,sayang, you were made for me. " jawab Jungkook bernada rendah sambil menatap tepat ke wajah sempurna Eunha di sebelah itu.

Bibir Eunha perlahan menarik senyuman saat mendengarkan jawapan seorang Jeon Jungkook itu. Dia lantas menekup wajahnya menggunakan kedua-dua tangan kecilnya apabila masih ditenung suaminya itu.

"Sayang, please. Consider jantung saya" ujar Eunha dengan wajah yang masih ditekup itu. Berona merah juga wajah mulusnya dengan bibir yang masih tersenyum.

Jungkook tersenyum kecil melihat reaksi mencuit hati Eunha itu. Kemudian, dia menarik perlahan tangan kanan wanita itu lalu dilekapkan pada dadanya.

"Jantung saya ni tak chill sejak awak ada dekat sebelah saya tau,sayang" turur Jungkook sambil menatap wajah polos Eunha itu.

"Oh yea? Kalau saya buat macam ni?" soal Eunha sebelum selamba mencium sekilas bibir suaminya itu.

"Sayang, serius awak tak perlu test jantung saya macam tu" ujar Jungkook yang terkaku seketika itu sambil menatap lurus ke wajah bersahaja Eunha. Kemudian, dia langsung menarik wajah kecil isterinya itu mendekatinya.

Namun, Eunha langsung menolak wajah Jungkook itu dan dia pantas bergolek ke tepi. Lalu, dia lantas berdiri dari posisi baring.

"Bye, saya balik dulu"

"Yah, Jeon Eunha! "

"Ye,saya sayang awak jugak!"





-

Berbagai ujian yang berat.

Berbagai dugaan yang sakit.

Hampir menyerah, namun tetap kuat untuk bangkit walau sudah terasa tidak tertahan.

Berkat naluri masing-masing yang mahu mempertahankan hubungan yang indah, kini, sebuah kebahagiaan kembali menerpa diri, merawat parut yang berbekas jauh di sudut hati.

Kalau nama pun kehidupan rumah tangga,sememangnya ada ombak yang membadai. Tiada semua perkara yang indah belaka dalam alam ini.

Mungkin ianya pedih bagai memijak ranau yang penuh duri.

Pun begitu, mereka tetap disatukan bersama semula setelah segala dugaan dan rintangan besar yang menimpa.

Mungkin mereka pernah tidak yakin terhadap satu sama lain, tetapi disebabkan perasaan sayang yang kuat berpegang pada hati masing-masing, mereka berjaya mengubah segala yang hampir runtuh.

Kuncinya cuma dua perkara, cinta dan kepercayaan.





"You were made for me."


-TAMAT-













YA ALLAH GAISSSS DAH TAMAT AAAAAAAAAA

INI MEMANG OFFICIAL TAKDE SCAM II EH AAAAAAAAAA

HUWA TAK AKU TAK NANGIS, KO YANG NANGIS

EM

K DAH BERDRAMA

SOOO, ALHAMDULILLAH GAESS 'TRUST' TAMAT JUGAK SEBANYAK 142 CHAPTERS

AAAAAAAAAAAA

TAKDE SAPE TEKA BETHOL HUEHUEHUE

SOO, AKU HARAP ENDING NI MEMUASKAN, MENYENDUKAN KORANG, MENGHIBURKAN HATI KORANG DAN YANG PALING PENTING,

MENGKETARAKAN LAGI KORANG YANG SINGLE

AHAHAHAHAHA- k

ENDING NI ALMOST 9K WORDS, SO SEYA SANGAT II STRUGGLE TIME TYPE CHAP BERJELA NI, JADI ANDA KENA BUAT APAAAA?

IYE AWAK. VOTE LA. HUE

ALSO, AKU HARAP SGT KORANG DH SEDEKAH COMMENT YG BYK DARI ATAS SAMPAI BAWAH CHAP NI YE 💙

AKU SUMPAH TAK SANGKA YG AKU BOLEH CARRY JUGA FF NI SAMPAI SINI TAU HAA. SAMPAI ENDING NI.

HA MENGSEBAK NI MENGSEBAK.

TAKDELAH KALAU ANDA YG MMG ADA DGN AKU WAKTU AKU MULA II PUBLISH FF NI, KORANG TAHU LA KAN ADA TIME YG AKU RASA DOWN GILA SAMPAI RASA NAK UNPUBLISH FF NI DULU

BASICALLY AKU MMG HAMPIR II SANGAT NAK UNPUB FF NI DULU. SEBAB TIME TU, IT WAS NOT EASY UTK AKU. LIKE, BYK LA PRESSURE AKU

EM, YE LA, CAMTU LAH. NAK STORY DKT SINI KANG NANTI PNJG SGT PULAK KAN EM

TAPI YEA, SEYA ADA LA SIDIKIT KISAH SUKAR SEYA SELAMA MENAIP FF NI

ADAKAH ANDA BERMINAT MAHU TAHU?

TAK, AKU TAKUT BERIA JE KALAU AKU STORY DEKAT SINI

TENGOK LAH. NANTI RAJIN SEYA STORY DEKAT NEXT CHAP KE APA

EH LUPAAA, DAH TAMAT-

EM

HA APAPUN, TENKIU SO MUCHHH SEBAB DAH SUPPORT AKU SAMPAI SINI, VOTE, COMMENT. MENGFEELING DKT FF AKU

UM, SEYA SAYANG ANDA BANYAK II 💙

FYI,FF NI AKU MULA DARI AMOUNT VOTE YANG SANGAT II SIKIT AND NOW FF NI ACHIEVE VOTE YG BAGI AKU SGT MEMUASKANNN💙💙💙

JADI, JANGAN LAH BERPUTUS ASA!

TIBEH

SOOO AWUCK YG TAK PERNAH MISS VOTE DENGAN COMMENT TU, SEYA HARGAI ANDA SANGAT II ♡ UHUK

HA, SETELAH PELBAGAI RINTANGAN DAN DUGAAN, ANDA SEMUA SUDAH BEBAS DARI KONFLIK KEJAM NAK MATI FF YINI

OLEH ITU, SEYA SEDIAKAN SEKEPING SIJIL ALAM MAYA UNTUK ANDA SEMUA!

HA AMEK, PRINT LEPAS TU LETAK DALAM FRAME YE

JANGAN LUPA GANTUNG DI ALMARI

BESAU ACHIEVEMENT ANDA SEMUA NI AHAHAHAHAA

HAH TU JE LAH YE.

SELAMAT BERMUVON ANUCK II SEMUAHHHH

HA SIAPA NK BONUS CHAPTER, DROP COMMENT OPINION/FEEDBACK PASAL CHAP EPILOG NI DULU!

LAGI BYK KASI OPINION, LAGI SEMANGAT AI NK PAYUNG BONUS CHAP UTK ANDA SEMUAAA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro