🔷141
hai gaes
SUDAH READY KAH UNTUK MENYENDU?
HA VOTE
PNJG YE CHAP NI-
Sinaran matahari pagi menembusi kain langsir berwarna coklat gelap yang terselak sedikit itu telah mencucuk sepasang mata yang sedang tertutup tenang, berhasil mengganggu lena nyenyak seorang Jeon Jungkook. Dahi lelaki itu berkerut sedikit sebelum lengannya bergerak menindih matanya agar terhalang dari cahaya mentari itu. Dia cuba menyambung lenanya lagi namun sudah tidak terasa untuk diulik mimpi lagi.
Lengan pun dialihkan dari terus melindungi sepasang mata dari serangan cahaya matahari pagi itu. Mata kemudiannya perlahan dicelik lalu dikerdipkan beberapa kali bagi meraih kesedaran sepenuhnya. Lalu, satu keluhan panjang dilepaskan sebelum dia menoleh ke sebelah kirinya.
Maka tika itu, matanya pun disapa wajah sempurna seorang Jeon Eunha yang masih nyenyak dibuai mimpi menghadapnya. Nafas wanita itu dihela rapi bersama dengkuran halus. Tampak sungguh tenang isterinya itu tidur.
Hampir sebulan berlalu, dan seorang Jeon Jungkook ini masih tidak putus bersyukur kerana telah memutuskan untuk menarik sosok tubuh Eunha itu ke dalam dakapannya kembali. Kalaulah dia tetap memilih untuk menjunjung tinggi egonya yang sudah tentu tidak membawa apa-apa manfaat itu, pasti sekarang, paginya tidak disambut wajah polos nan sempurna isterinya di samping seperti saat ini. Sebuah keputusan yang langsung tidak disesalinya sama sekali sejak detik dirinya membawa wanita itu ke dalam pelukan lingkungan sebulan lalu.
Kadang dia berasa tidak percaya soal hubungan mereka yang semakin pulih dengan lebih baik itu. Kadang dia rasa seperti tidak nyata saja sosok figura Eunha di sebelahnya itu. Meski sudah hampir sebulan berlalu. Maklumlah, masih segar lagi di ingatan tentang suasana teruk yang telah berlaku antara mereka itu.
Jadi, sekarang bukan mimpi kan?
Hampir setiap pagi seorang Jeon Jungkook ini akan mempersoalkan hal itu. Takut betul kebahagiannya yang kembali kepadanya semula baru-baru ini cuma sebuah mimpi. Murung sedekad dia kalau selama sebelum ini rupanya cuma sekadar mainan tidur.
Mahu mengesahkan kenyataan pada detik itu, jemarinya pun bergerak menyentuh pipi gebu seorang Jeon Eunha yang sedang tenang tidur itu lalu dicubit perlahan pipi tembam semula jadi milik wanita itu. Kemudian, dia pun mengangguk perlahan, selamat mengesahkan bahwa isterinya itu memang nyata di sampingnya. Dua jarinya pun melepaskan pipi mulus sang isteri.
Tak semena-mena tidur nyenyak Eunha itu terganggu dek perbuatan Jungkook itu. Meski cuma pipinya itu dicubit perlahan, dia tetap menyedari itu. Dahinya sedikit berkerut sebelum perlahan mencelikkan matanya. Maka tika itu, pandangannya pun disapa wajah sempurna Jungkook yang menghadapnya itu.
"Sorry, sayang. Tidur, tidur. " ujar Jungkook langsung tatkala mendapati Eunha terjaga dari tidur dek angkaranya. Langsung saja dia menepuk-nepuk bahu wanita itu, lagak seperti menidurkan anak kecil.
Namun, tentulah Eunha tidak akan terus terbuai dan terlelap apabila diperlakukan begitu. Dia bingung.
"Kenapa? Ada apa dekat pipi saya?" soal Eunha polos sebelum lambat-lambat jemarinya naik memegang pipinya. Dahinya berkerut sambil memandang Jungkook, mahukan jawapan dari lelaki itu.
Jungkook langsung tergelak kecil tika melihat raut wajah polos dan bingung Eunha itu. Dia menggelengkan kepalanya merespon.
"Tak, tak ada apa pun. " jelas Jungkook dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Ekspresi wanita itu terlalu mencuit hatinya.
"Habis tu?" soal Eunha buntu dengan kerutan di dahi. Bulat-bulat matanya bergerak meneliti wajah suaminya itu.
Jungkook tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya lagi. Kemudian, dia langsung mengucup lembut dahi polos Eunha yang masih sedang terkebil-kebil itu memandangnya itu.
"I love you. " ucapnya bernada rendah sejurus saja dia menjauhkan bibirnya dari dahi isterinya itu. Matanya mengamati wajah sempurna di samping itu.
Eunha langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil dek lafaz yang diungkapkan Jungkook itu. Ungkapan manis itu sedikit pun tidak mengejutkannya. Maklumlah, sudah hampir setiap pagi rasanya dia mendengarkan tiga patah perkataan itu meniti di bibir lelaki itu.
"Iye, I love you more. " balas Eunha bersahaja seraya langsung bergerak memeluk tubuh suaminya itu. Bibir mengulum senyuman manis dengan mata yang terpejam sambil membenamkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu. Lengan juga melingkar kemas pada pinggang sang suami.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»141
•
•
•
"Mummy! "
Eunha yang sedang ligat menyusun beberapa hidangan sarapan di atas meja makan itu langsung mengalihkan fokusnya tatkala mendengar suara ceria yang menyapa itu. Lantas terukir senyuman manis di bibirnya saat melihat sosok anaknya di samping.
"Eoh, dah mandi dah?" soal Eunha tatkala melihat pemakaian Jungwon yang sudah kepada kasual itu.
Jungwon langsung menganggukkan kepalanya laju, mengiyakan.
"Dah! Jadi,dah boleh makan ke,mummy?" seloroh Jungwon sambil matanya bulat-bulat merenung wajah sempurna sang ibu di hadapan.
"Kejap, daddy mana?" soal Eunha sambil menatap wajah polos anaknya itu. Sesekali dia mengerling ke arah tangga kalau-kalau figura suaminya itu muncul.
"Ada dekat atas. Tengah cakap telefon." jelas Jungwon polos sambil kekal merenung wajah Eunha.
"Oh ye? Won tunggu kejap eh. Mummy panggil daddy kejap dekat atas" tutur Eunha lembut seraya meletakkan perlahan tangannya ke atas kepala Jungwon. Wajah comel itu ditenung.
"Okey" balas Jungwon akur seraya menganggukkan kepalanya perlahan.
Eunha langsung mengulum senyuman singkat sebelum lantas mengatur langkahnya keluar dari dapur dan menuju ke arah tangga. Satu-persatu anak tangga dipijak dengan rapi hingga tiba ke lantai aras dua. Kemudian, dia pun menapak ke bilik tidur utama.
Tangan Eunha yang berura untuk menolak pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu langsung terbantut apabila telinganya menangkap suara kesal Jungkook di dalam.
"Tak, aku tak bincang betul-betul lagi dengan Yuri. "
Eunha yang mendengarkan sebaris ayat itu langsung mengerutkan dahinya. Rasanya sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Kali terakhir dia dengar pun lingkungan sebulan lalu. Itu pun ibu mertuanya itu yang sebut nama itu.
"Ye,bagi la aku bincang dulu dengan dia. Afterall, dia memang tengah tunggu jawapan aku. "
Tidak mengesyaki apa-apa yang buruk tentang bicara itu, Eunha menolak perlahan pintu bilik tidur itu dek penasaran. Matanya pun terarah pada figura Jungkook yang berdiri menghadap tingkap di penjuru bilik itu. Mudah kata, lelaki itu membelakanginya.
Seorang Jeon Jungkook itu terlalu fokus dengan bicara kesalnya dengan sang di hujung talian sehinggakan Eunha yang melangkah masuk ke dalam bilik itu pun tidak disedarinya.
"Tak,pasal Eunha tu nanti aku fikir la nak cakap mana dekat dia. Sekarang ni Yuri lagi penting. "
Tersentaklah Eunha seketika apabila tiba-tiba namanya pula naik. Bertambah penasaran dia dibuatnya tentang apa yang dimaksudkan Jungkook itu. Perlahan dia menghenyak punggungnya ke atas katil sambil memerhati figura sang suami dari belakang. Dia memilih untuk menunggu di situ saja.
Jungkook mengeluh kesal. Dia mengubah telefon ke telinga kirinya pula sambil tangan kanan meramas rambut perlahan. Mata tajam merenung ke luar tingkap sambil mendengar bicara Mingyu di corong telefon.
"Ye,aku tahu la Eunha tu wife aku. Tapi,masalah sekarang ni, benda tak ada kena mengena sangat pun dengan dia. Benda ni antara aku dengan Yuri."
"Tak, come on la, Gyu. Takkan la aku nak buat macam tu dekat orang? Yuri tu dah booking–"
"Sayang." panggil Eunha langsung apabila dia seakan dapat mengesan yang lelaki itu belum ada ura-ura untuk memutuskan talian. Lagi pun bicara suaminya itu membuatnya meragui lelaki itu.
Jungkook lantas menoleh apabila mendengar suara Eunha di belakang. Lalu, dia langsung memalingkan wajahnya kembali.
"Gyu, nanti aku call kau lain" tutur Jungkook senada sebelum langsung menurunkan telefon pintarnya dari telinga. Lalu diputuskan panggilan itu. Kemudian, dia pun memutar tubuhnya menghadap Eunha kembali.
"Bila awak ada dekat sini? Tak, ada apa?" soal Jungkook sambil menapak menghampiri Eunha yang duduk di atas katil itu.
"Oh,tak. Saya nak ajak awak makan. Makanan dah siap" jelas Eunha dan mengukir senyuman singkat buat suaminya itu. Entah apa yang menekan fikiran lelaki itu, raut wajahnya tampak tegang.
"Ah, okey. Nanti saya turun." respon Jungkook senada.
Eunha lambat-lambat mengangguk apabila menerima respon sedemikian.
"Eoh. " balas Eunha ringkas sebelum berdiri dari terus duduk di atas tilam empuk itu. Dia memutarkan tubuhnya untuk melangkah pergi namun rasa penasarannya membuak-buak.
"Umm, sayang" panggil Eunha teragak-agak sejurus menoleh memandang lelaki itu semula.
"Kenapa?" soal Jungkook yang baru berura untuk menyalakan telefon pintarnya itu kembali. Ditenung wajah polos isterinya itu.
Melihat raut wajah tanpa secalit senyuman seorang Jeon Jungkook itu, sedikit sebanyak membantutkan niatnya untuk berbicara.
"Em,tak apa lah. Saya turun dulu." pamit Eunha sebelum kembali memalingkan wajahnya ke depan.
Jungkook sekadar mengangguk kecil lalu memusingkan tubuhnya kembali menghadap tingkap yang didampingi langsir.
Baru melangkah beberapa langkah, Eunha kembali menghentikan langkahnya. Dia menghela nafasnya perlahan sebelum menoleh memandang Jungkook di belakang kembali. Kelihatan lelaki itu ligat mengetik di skrin telefon dengan tatapan fokus.
"Sayang,awak nak buat apa lagi? Jom la makan. Nanti makanan sejuk. Jungwon pun tengah tunggu dekat bawah. " tutur Eunha sambil memandang figura belakang Jungkook yang tampak fokus menekan-nekan skrin telefon.
"Ye,kejap lagi saya turun. Awak pergi turun dulu" balas Jungkook senada sambil kekal menatap skrin telefon pintarnya.
"Jom la turun sekali,sayang. Makan sama-sama" ajak Eunha sejurus memusingkan tubuh menghadap arah Jungkook yang setia membelakanginya itu.
"Nanti saya turun. Awak pergi turun dulu. " respon Jungkook berkeras sambil jemarinya ligat mengetik di atas skrin gajet di pegangan itu.
Eunha langsung mengeluh panjang apabila lelaki itu langsung tidak ada ura-ura untuk melepaskan objek di tangan itu. Menoleh sekejap melihatnya di belakang pun tidak. Fokus sangat dengan gajet itu.
"Nanti la buat hal kerja tu,sayang. Jom la turun dulu. Makan. " ujar Eunha lembut seraya melangkah menghampiri figura suaminya itu.
Jungkook langsung mengeluh panjang apabila wanita itu kekal menggesanya. Bibirnya diketap singkat seraya jemari berhenti mengetik seketika. Nafas ditarik lalu dihela perlahan.
"Nanti,Eunha. Nanti saya turun. Awak pergi turun dulu." tutur Jungkook bernada penuh penekanan kali ini. Lalu, jemarinya kembali bergerak menekan-nekan skrin gajet itu semula.
"Tapi, awak,nanti–"
"Tak, saya cakap nanti saya turun kan,Jeon Eunha?!" hambur Jungkook spontan seraya memutar tubuhnya menghadap Eunha di belakang. Pandangannya tajam.
Eunha langsung terhinjut sedikit bahunya apabila lelaki itu tiba-tiba mengherdiknya. Kemudian, bola matanya bergerak-gerak perlahan meneliti raut tegang di wajah sang suami di hadapan itu. Bibirnya perlahan diketap.
"Jangan la marah. Saya ajak awak makan je..." tutur Eunha perlahan dengan bibir yang dicebikkan sedikit. Bulat-bulat matanya bergerak memerhati wajah kesal Jungkook.
Jungkook langsung merengus perlahan sebelum meraup wajahnya kesal. Dia memandang wajah cemberut yang ditayang Eunha itu.
"Okey, I'm sorry." ucap Jungkook perlahan seraya langsung memeluk tubuh kecil Eunha itu. Sememangnya dia tidak sengaja meninggikan suara kepada wanita itu. Hanya saja dia terlalu rasa didesak sebentar tadi.
Eunha mengulum senyuman kecil saat mendengar ucapan Jungkook itu. Tangannya pun bergerak membalas pelukan suaminya itu.
"Are you okay? Ada apa-apa yang mengganggu awak ke?" soal Eunha prihatin sejurus dagunya diletakkan pada bahu kiri Jungkook.
"Tak,just rasa some pressure." balas Jungkook ringkas sebelum menghela nafasnya perlahan.
Eunha langsung meleraikan perlahan pelukannya dengan Jungkook saat mendengar respon lelaki itu.
"Siapa pressure sayang saya ni?" soal Eunha berbuat kesal seraya kedua-dua tangan kecilnya naik menekup wajah Jungkook. Bola matanya bergerak-gerak menilik wajah sempurna lelaki itu.
Jungkook yang tadinya serius itu langsung tergelak kecil dek perbuatan mencuit hati oleh Eunha itu. Lalu, dicubit perlahan pipi tembam itu.
Eunha langsung tersenyum kecil sebelum menurunkan tangannya dari terus menekup wajah suaminya itu.
"Sayang" panggilnya sambil menatap tepat ke wajah Jungkook.
"Hm?" sahut Jungkook ringkas dengan kening yang dijongket sebelah.
"Saya nak tanya satu benda,boleh?Tapi, jangan marah saya lagi tau" tutur Eunha bersertakan larangan mesra.
"Tak,tak marah. Nak tanya apa?" respon Jungkook sambil menatap tepat ke wajah Eunha.
"Tadi kan saya masuk bilik masa awak tengah on call dengan Mingyu. Awak ada sebut nama saya, nama Yuri. Lepas tu, saya dengar semua la start dari situ. Jadi, saya nak tahu la, sebenarnya, apa yang awak nak bincang dengan Yuri tu? Hal apa dengan dia sampai tak ada kena mengena dengan saya?" tutur Eunha panjang lebar sebelum menyoal. Dia menatap tepat ke wajah suaminya itu, mahukan jawapan.
Jungkook mendiamkan dirinya sebentar sebelum menggaru-garu perlahan lehernya, memikirkan respon. Sesekali dia mengerling Eunha di hadapan yang sedang merenungnya lama. Benar-benar tampak mahukan jawapan.
"Hal kerja la, sayang." jawab Jungkook ringkas lalu mengulum senyuman singkat buat Eunha di hadapan.
"Tak ada jawapan lagi panjang untuk wife awak yang tengah sangat curious ni, Jeon Jungkook ssi? " respon Eunha penuh penekanan sambil merenung wajah suaminya itu di hadapan.
Jungkook terdiam sebentar. Dia meneliti raut serius di wajah polos Eunha itu. Lalu, dia pun mengeluh panjang.
"Okey, macam ni. So, next week ada ceremony untuk pelancaran produk baru dari satu company ni dekat Daegu. Company tu used to be my bussiness partner. " jelas Jungkook memulakan penerangannya.
Eunha mengangguk perlahan.
"Okey...lepas tu?" soal Eunha penasaran.
"Lepas tu, saya memang plan nak pergi nanti. Ceremony ni dah announce dalam sebulan lepas lagi. And,waktu tu saya tengah berurusan dengan Yuri tu lagi. Then, kebetulan dia pun dapat invitation pergi ceremony tu. So, alang-alang tu dia letak nama saya sekali untuk attendance ceremony tu. " sambung Jungkook lancar.
"Just why in the world dia perlu 'alang-alang' letak nama awak sekali?" soal Eunha jengkel, lebih kepada memprotes.
"Sebab dia dapat invitation tu awal. Jadi, dia takut nanti ada limit guests and saya tak dapat nak pergi ceremony tu nanti" terang Jungkook ringkas bersahaja. Langsung tidak menyedari aura menyampah wanita di hadapannya itu.
Eunha langsung berdecit perlahan. Kedua-dua lengannya naik menyilang ke dada. Ekspresi wajahnya jengkel.
Entah apa yang seronok sangat entah majlis tu sampai macam tu?
Jungkook yang melihat raut wajah Eunha yang drastik berubah cemberut itu hanya memilih untuk mengabaikan saja.
"Lepas tu, dah elok Yuri tu bagi invitation card tu semua, Mingyu baru bagitahu saya yang dia sebenarnya dah awal-awal lagi tolak invitation tu. Sebab makhluk tu nak heret saya pergi schedule lain. " jelas Jungkook, meneruskan penceritaannya.
"So, sebab tu lah saya nak kena bincang dengan Yuri dulu pasal ni. Dia tak tahu lagi pasal ni even dah hampir 3 minggu dah since dia ada outstation 3 minggu lepas. Jadi, saya nak kena bincang dengan dia lah pasal tu. Dia kan dah letak nama saya dalam list guest ceremony tu. Even dah booking flight "
"Oh wahh, dah booking flight eh? Well prepare betul ye Yuri tu dengan awak?" tutur Eunha langsung bernada mesra dengan sarkastiknya. Keningnya diangkat sebelah sambil merenung wajah bersahaja Jungkook.
"Tak, sayang. Dia cuma–"
"Lepas tu, awak nak pergi?" soal Eunha langsung tanpa berminat untuk mendengar penjelasan suaminya itu. Lebih kepada penjelasan untuk membela si Yuri itu.
"Tak boleh ke?" soal Jungkook semula tanpa berfikir panjang.
"Ohhh nak pergi? Nak pergi Daegu tu berdua lah dengan si Yuri tu?" respon Eunha serta-merta dalam ketidakpercayaan seraya lengannya yang disilang pada dada tadi drastik diturunkan. Matanya tajam merenung wajah Jungkook. Kesal pula dengan suaminya ini.
Jungkook langsung terpana seketika apabila melihat respon Eunha itu. Ada silap cakap kah-
"Lah, sayang. Hal kerja–"
"Hal kerja, hal kerja. Suka hati awak la" tukas Eunha langsung dengan protesnya. Ditenung sekilas wajah bersahaja Jungkook sebelum lantas dia memutarkan tubuhnya.
"Kalau awak sayang saya, awak duduk dalam Incheon ni diam-diam. Tapi, kalau awak tak sayang saya, pergi la Daegu tu. Pergi, pergi. Pergi dengan Yuri tu. Nak booking private jet untuk naik dengan dia sekali pun tak apa. Pergi la ha. Pergiiii" hambur Eunha dengan lancar dan penuh sindirannya. Kaki melangkah sebal menuju ke pintu bilik.
Tercengang sebentar seorang Jeon Jungkook di situ apabila mendengar hamburan protes Eunha sambil berjalan itu. Sudah. Dia ugut sayang tak sayang pula.
Eunha melangkah keluar dari bilik tidur mereka itu lalu pintu sengaja ditutup kuat. Mahu menunjukkan protesnya.
Terhinjut jugalah bahu Jungkook dek bunyi kuat yang terhasil dari hempasan pintu oleh Eunha itu. Marah betul tu. Dia langsung mengusutkan rambutnya sekilas sebelum lantas berlari anak ke pintu bilik.
"Eunha sayanggg"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»141
•
•
•
DUA bulan sudah berlalu. Tiada apa yang menarik pun berlaku selama tempoh masa itu. Cuma yang pastinya kandungan seorang Jeon Eunha sudah hampir menginjak usia 4 bulan.
Dan semenjak itu, satu-satunya ibu memtuanya, Choi Im Hwa, akan selalu menemaninya di rumah agar tidak keseorangan ketika Jungkook keluar bekerja. Lagipun, puan Choi sudah tidak lagi menangani syarikatnya. Hae Jung yang menguruskan perusahaan itu sekarang.
"Ma, Eun naik atas kejap eh" tutur Eunha seraya berdiri dari terus duduk di bangku meja makan, memerhati sang ibu mertua yang sedang mencuci pinggan di sinki.
"Eoh, pergilah. " balas puan Choi ringkas seraya menoleh sekilas memandang Eunha di belakang. Tidak lupa juga segaris senyuman singkat di bibir.
Eunha mengangguk kecil sebelum langsung mengatur langkahnya berganjak dari meja makan itu. Dia melangkah rapi ke arah tangga.
Ting!
Eunha langsung menilik telefon pintarnya yang menyala di pegangan sejurus menerima notifikasi.
You have messages from Chae🌻
Eunnn
Lusa datang ye birthday party si Mi Yeon tu
Dia sangat mengharapkan kedatangan mummy dia
Kau datang eh! Tak datang siappp!
Ya, peras ugut dan paksaan.
5.16 pm
Eunha langsung tergelak kecil tika membaca satu-persatu mesej dari Chaeyeon itu. Jemarinya pun bergerak untuk mengetik di atas skrin telefonnya itu bagi membalas seraya kaki menapak menghampiri tangga.
"Baik-baik naik tangga tu. Jangan sibuk tengok telefon,Eunhaa"
Drastik langkah Eunha terhenti apabila mendengar laungan peringatan dari puan Choi di dapur itu. Jemarinya pun berhenti mengetik. Dia menoleh sekilas ke belakang.
"Eoh, iye, iye" balas Eunha akur sebelum menggaru-garu perlahan pipinya.
Ada sixth sense kah ibu mertuanya itu? Macam tahu-tahu saja.
Enggan berlaku sebarang hal buruk nanti, Eunha pun memilih untuk mendaki tangga terlebih dahulu tanpa sibuk mengetik di skrin telefon. Di atas sajalah dia membalas mesej Chaeyeon itu.
Kira-kira 15 minit setelah itu, pintu utama rumah dibuka dari luar. Sosok tubuh Jeon Jungkook pun muncul di muka pintu lalu melangkah masuk ke dalam. Kemudian, matanya pun meliar ke sekeliling ruang tamu sambil kaki kekal melangkah maju.
Mendengar bunyi dari arah dapur, dia lantas mengorak langkahnya ke dapur tanpa berlengah. Tatkala berada di muka gerbang dapur, matanya pun terarah pada figura sang ibu yang sedang ligat memotong sayuran di kabinet dapur di hujung sana.
"Ma, Eunha mana?" soal Jungkook sambil memandang ke figura puan Choi yang membelakanginya itu. Memang gerangan itulah yang dia tercari-cari tadi meski baru melangkah setapak ke dalam rumah.
"Ada dekat atas" jawab puan Choi ringkas sejurus menoleh sekilas memandang Jungkook di belakang. Tangan kembali bergerak memotong sayuran di atas papan.
"Okey" respon Jungkook langsung dan bingkas memutar tubuhnya setelah mendapat jawapan yang dikehendaki.
"Ah, Jungkook, kejap. " ujar puan Choi seraya memusingkan tubuhnya ke arah Jungkook yang masih di gerbang dapur itu.
"Eoh,wae?" balas Jungkook penasaran yang terbantut untuk beredar itu. Dia memandang wajah ibunya itu.
"Kejap lagi teman mama beli barang dapur" tutur puan Choi sebelum mengulum senyuman singkat buat anak sulungnya itu.
Mendengar saja sebaris ayat bak membawa maut itu, membuntang langsung sepasang mata seorang Jeon Jungkook yang tadinya sangat tenang itu.
"Mwo? Aduh, Ma. Kenapa Kook?" bentak Jungkook langsung tanpa berlengah. Permintaan sang ibu terlalu sukar untuk dikabulkan.
Drastik raut wajah mesra puan Choi barusan berubah datar.
"Ish,mesti nak kena ada jugak 'kenapa' tu kan? Tolong drive je." balas puan Choi kesal. Sepasang mata tajam merenung wajah berkerut sang anak di sana.
"Oh, tak, Ma. Tak, tak. Suruh Hae, Ma. Hae. Kook baru je balik kerja ni, Ma. Penat ni penat. Gak bisa, gak bisa" tukas Jungkook langsung dengan gelengan kepala perlahan.
"Hae ada seminar dekat Jeju. Kamu je sekarang ni yang ada. Bisa tak bisa, kena bisa juga" tutur puan Choi dengan sedikit penekanan.
"Eh, Ma. Aduh. Ha tu, Eunha ada. Ha, Eunha kan boleh. Dia mesti suka shopping-shopping ni,Ma. Ye,dia suka" seloroh Jungkook spontan, tetap berusaha untuk mengelak dari mengkabulkan permintaan ibunya itu.
"Eh eh, isteri kamu tu tengah mengandung,nak bagi dia jalan banyak-banyak pulak" tukas puan Choi kesal dengan mata yang sudah menjegil anak lelakinya itu. Tangan pun spontan mencekak pinggang.
Jungkook langsung terdiam sebentar. Salah petik nama pula. Lalu, otaknya pun pantas memproses lagi untuk mencipta alasan seterusnya pula.
"Eh ha, habis tu mama nak tinggal dia sorang-sorang dalam rumah ni? Aduh, Ma, tak boleh, Ma, tak boleh. Bahaya. Wife kook tu tengah mengandung!" seloroh Jungkook lancar dengan penuh dramatiknya.
"Ha, tak payah nak buat alasan sangat. Tu dekat luar tu ada maid mama yang boleh tengokkan isteri kamu tu. Alasan tu banyaaak je." tukas puan Choi sebal.
"Ye la, tapi kan dia–"
"Dah,tak payah banyak cakap. Pergi naik atas tukar baju sana. Kita pergi lepas ni" arah puan Choi muktamad seraya memutar tubuhnya, menghadap kabinet dapur kembali.
"Aduh, Ma. Anak mama ni tak sempat bernafas lagi, Ma" rungut Jungkook kesal dengan rintihnya.
Puan Choi yang baru meraih kembali pisau untuk memotong sayuran itu langsung menghentak kuat mata pisau itu pada papan pemotong. Cukup untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Setelah itu, dia menoleh memandang Jungkook di belakang.
"Nak tak sempat bernafas ke tak bernafas terus?" soal puan Choi senada sambil merenung wajah anak sulungnya itu di sana. Tangan kiri kekal memegang pisau yang kuat tertusuk pada papan pemotong itu.
"Aduh, sukar pilihannya." balas Jungkook yang salah tingkah itu sebelum melarikan bola matanya ke arah lain sambil menggaru perlahan lehernya.
Puan Choi langsung berdecit perlahan tika melihat reaksi Jungkook itu. Dia mencabut kembali pisau yang ditusuk pada papan pemotong itu.
"Ma, Kook tak sempat nak tengok Eunha lagi, Ma. Rindu, Ma, rindu. " rintih Jungkook dengan bersungguh yang kini menjumpai alasan baru.
"Tak payah nak mengada lah. Rindu, rindu. Dia tak ada pun rindu kamu." tutur puan Choi langsung dengan penuh penekanan.
"Pergh, Ma. Macam tu eh? Pedih jugak lah" respon Jungkook seraya menyentuh dadanya. Tersentap sekejap.
"Pedih ke tak pedih ke, pergi siap cepat sana." arah puan Choi tegas sebelum memusingkan tubuhnya menghadap kabinet kembali.
Jungkook langsung mengeluh sebal.
"Aduh, Maaaaa. Benda sekarang–"
"Apa dua beranak ni bising-bising ni? Sampai ke atas dengar ha" tegur Eunha penasaran sambil melangkah menghampiri gerbang dapur. Dia memandang figura Jungkook yang turut berada di sana.
Mendengarkan suara yang bagai penyelamat itu, lantas Jungkook memutar tubuhnya serta-merta.
"Sayangggg. Sayang, pujuk la mama in law awak ni kejappp" pinta Jungkook langsung dengan bersungguhnya seraya meraih kedua-dua tangan Eunha yang kini berdiri di hadapannya itu.
"Pujuk apa?" soal Eunha bingung dengan dahi yang berkerut. Bola matanya bergerak-gerak meneliti wajah terdesak sang suami.
"Dia nak heret saya pergi mall, sayang. Saya tak sanggup, sayang. Boleh mati dalam kereta saya nanti" adu Jungkook dengan bersungguhnya. Seolah diancam bunuh pula.
Eunha langsung berdecit jengkel saat mendengar aduan dramatik Jungkook itu. Diloloskan tangannya yang dipegang lelaki itu lalu ditampar bahu suaminya itu.
"Lah,mengada. Pergi je lah. Beli barang dapur je pun. Alang-alang boleh tolong mama angkat barang sekali kan?" balas Eunha bersahaja bersertakan saranan.
"Ha, kan?" sambut puan Choi menyokong.
"Aduh,sayang. Apa nii? Back up saya la. Bukan bagi suggestion dekat mama tu!" bentak Jungkook kesal.
"Awak tu yang mengada." balas Eunha selamba seraya mencengkam lembut wajah Jungkook sekilas.
"K. Dah la. Malas. Pergi la side la dengan mama tu." ujar Jungkook senada dengan protesnya. Ditolak tangan Eunha yang mencengkam lembut wajahnya itu. Kemudian, dia lantas mengatur langkahnya berganjak dari dapur itu.
Menyaksikan itu, sang mentua dan menantu pun serentak tergelak kecil. Eunha memutar tubuhnya lalu memandang figura Jungkook yang sedang berjalan menjauhi dapur itu.
"Alala sayang saya tuuu" tutur Eunha meleret dengan lembutnya.
"Diam, diam. Malas." balas Jungkook senada dengan agak lantang, bagi didengari isterinya itu.
Eunha langsung terkekeh perlahan. Dia kemudiannya memandang sekilas ibu mentuanya di kabinet sana.
"Siap-siap ye, Jungkook! Kejap lagi nak keluar!" laung puan Choi lantang, sengaja mahu menambahkan lagi kekesalan anak sulungnya itu.
"Yaish,malas!"
"Oh, derhaka! "
"Malas! "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»141
•
•
•
"Sayang,nak kek tu" pinta Eunha seraya menundingkan jarinya ke arah meja besar yang meletakkan berbagai hidangan termasuk pelbagai jenis kek. Tak lupa juga dekorasi hari lahir yang comel dan mencuit hati yang menghiasi halaman rumah milik Kim Mingyu.
Jungkook yang sedang fokus menghadap telefon pintarnya itu langsung menoleh memandang Eunha di sebelah tatkala mendengar permintaan wanita itu. Keningnya diangkat sebelum telefon pintarnya perlahan diletakkan ke atas meja.
"Sayang, ni dah kek yang ke 5 awak minta tau" tutur Jungkook dalam ketidakpercayaan sambil memerhati Eunha yang ligat melicinkan piring bersisa krim kek itu.
"Ala,apa masalahnya? Banyak kan kek tu haa. Bukannya saya nak sebiji. Satu slice je" tukas Eunha sebelum mencebikkan bibirnya. Namun, garfu di pegangan setia dijilat krim yang tersisa di situ.
"Tu, puding tu pun tak terusik lagi" ujar Jungkook sebelum menjuihkan bibirnya ke arah sepinggan puding karamel yang masih cantik terbentuk itu.
"Ala ni puding, puding lah. Itu kek. Tak sama." balas Eunha seraya menarik pinggan puding itu ke arahnya. Dijeling sekilas Jungkook di sebelah dengan bibir dicebik.
"Apa yang tak samanya? Kan dessert jugak tu?" tukas Jungkook turut tak mahu kalah. Seraya itu dikesat bersahaja hujung bibir isterinya yang sedikit comot dek krim itu.
"Ishh, tak samaaaa. Kan saya nak kek tuuu. Kek tu nampak sedap, sayang. Tengok tu,sedappp" balas Eunha bersungguh seraya menunjuk kek yang dimahukannya itu dengan garfu di tangan.
Jungkook langsung berdecit perlahan melihat kesungguhan Eunha itu. Dia pun memusingkan sedikit tubuhnya menghadap wanita itu sebelum kedua-dua pipi gebu isterinya itu dicubit perlahan.
"Ni, tak cukup ke pipi ni dah jadi setembam ni,ha?" soal Jungkook sambil menggoyang-goyang wajah Eunha dengan tangannya yang masih mencubit pipi tembam wanita itu.
Eunha langsung mencebik kesal sebelum menolak tangan suaminya itu dari terus mencubit pipi mahalnya.
"Ish,bukannya saya simpan kek tu dalam pipi pun" bentak Eunha jengkel.
"Macam ye, sayang. Macam ye" balas Jungkook selamba.
"Ish, menyampah la awak ni haa. Dah la. Kalau awak tak nak ambil, biar saya pergi ambil sendiri lah" tutur Eunha sebal sebelum langsung berdiri.
"Okey, okey, awak duduk. Saya pergi ambilkan ye, sayang" ujar Jungkook drastik dengan lembutnya seraya berdiri.
Eunha langsung tersengih suka sebelum melabuhkan punggungnya kembali ke atas bangku.
"Yang rainbow tu tau, sayang" pesan Eunha sambil mendongak memandang Jungkook yang berdiri di sebelahnya itu.
"Nak yang hujan pun saya boleh ambik" seloroh Jungkook senada.
Eunha lagi-lagi tersengih comel.
"Thank you, sayang. I love you." seloroh Eunha bernada lembut.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum mulai berganjak dari meja makan yang didudukinya itu.
Manakala, di sudut sebelah sana,
"Papa, aaaa" pinta Mi Yeon mesra seraya menghulurkan sesudu kek hari lahirnya kepada Mingyu di sebelah. Tanpa berlengah, ayahnya itu pun menyambut suapan anak sulungnya itu.
"Sedap kan? Pandai papa beli untuk Yeon! "
Chaeyeon yang sedang mengemas serba sedikit sisa plastik dan makanan yang berada di atas meja utama itu langsung berdecit perlahan tika melihat adegan dua beranak itu.
"Itu dah kenapa yang bukan birthday girl yang sibuk nak disuap tu?" sindir Chaeyeon bersahaja dan meneruskan kembali kerja mengemasnya itu.
"Lahh,dia nak jugak ke? Sini nak suap jugak meh" seloroh Mingyu sejurus menegakkan tubuhnya dari membongkok di hadapan Mi Yeon tadi. Dia melangkah menghampiri Chaeyeon di meja itu.
"Ey, tak nak la. Orang nak kemas ni lah" tukas Chaeyeon langsung dan kembali fokus menyusun pinggan-pinggan plastik yang sudah digunakan itu.
"Aigoo, aaaaa" seloroh Mingyu mesra seraya menghulur sesudu besar kek vanila yang dihiasi banyak krim itu ke arah Chaeyeon di sebelah.
"Ish, tak payah–"
Belum habis Chaeyeon menolak, kek itu sudah selamat menghinggap di hidungnya. Berkat angkara yang disengajakan oleh sang suami.
"Yaish, Kim Mingyuuuu" laung Chaeyeon drastik dengan sebalnya. Dahinya berkerut protes.
Bukannya mahu membantu menghulur tisu atau apa, seorang Kim Mingyu itu malah hanya terburai tawa di situ.
Chaeyeon merengus kesal seraya meraih sehelai tisu yang disediakan di meja itu. Sambil dia mengesat hujung hidungnya yang comot dek krim, tangan juga ligat menampar sebal lengan lelaki itu. Buat sakit hati saja lah!
"Okey, cepat. Ni betul-betul" tutur Mingyu dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Disua lagi sudu yang masih berisi kek itu.
"Ey,tak nak la. Orang tengok. Mengada je lah" tukas Chaeyeon jengkel seraya menolak perlahan tangan Mingyu itu.
"Lah kalau orang nak tengok pun, orang tengok saya je. Siapa je kan tak nak tengok lelaki handsome macam ni" seloroh Mingyu bersahaja.
Chaeyeon langsung menayang raut jengkel dek penyataan Mingyu itu. Hujung bibirnya pun drastik terangkat. Dia memandang wajah megah yang ditunjukkan lelaki itu. Kening juga digerakkan berkali-kali. Lantas tangannya menolak perlahan wajah suaminya itu.
"Perhatian,suami untuk dijual! Suami untuk dijual!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»141
•
•
•
Gugup.
Gementar.
Resah.
Tiga perasaan itu bercampur menjadi satu, menguasai diri seorang Jeon Eunha. Dia sedang cuba mengatur nafasnya yang gugup itu dengan baik. Manakan tidak, tika detik ini, dia sedang menanti bukaan pintu rahim menjadi 10 cm. Kini bukaannya baru saja 4 cm namun jantungnya sudah berdegup bagai mahu tercabut.
Ya, kandungannya sudah berusia 9 bulan,bererti 5 bulan telah pun berlalu. Kini dia sedang berada di dalam wad sementara menunggu bukaan. Rasa perit kontraksi pun sudah sesekali menjengah.
Meski dia sudah pernah mengalami fasa ini sebelum ini, namun tetap saja rasa gelisah itu menerpa diri kecilnya. Malah, dua kali ganda lebih gelisah dari mula-mula dia berada dalam fasa ini dulu. Entah kenapa, dia berasa sungguh tidak tenteram.
"Sayang" panggil Eunha perlahan seraya menoleh memandang Jungkook yang setia duduk di samping katilnya itu. Tangannya pun setia digenggam kemas lelaki itu.
"Hm?" sahut Jungkook langsung sambil matanya fokus tertumpu pada wajah polos Eunha itu.
"Saya minta maaf" ucap Eunha tanpa berlengah sambil menatap wajah sempurna suaminya itu.
"Hm? Minta maaf untuk?" soal Jungkook bingung dengan kerutan di dahi.
"Pasal dulu. Saya banyak salah dengan awak. " jelas Eunha ringkas sambil kekal mengamati wajah seorang Jeon Jungkook itu.
"Lah, kan dulu kita dah selesaikan pasal ni, sayang. Lagi pun,benda dah lepas kan?" balas Jungkook lembut sambil menatap raut serba salah di wajah Eunha itu.
"Ye,tapi saya tiba-tiba rasa bersalah sangat sekarang. Awak betul-betul maafkan saya kan?" ujar Eunha bernada rendah yang sedang berasa susah hati itu. Sejujurnya, inilah antara penyebabnya mengapa dia tersangat tidak tenteram kali ini.
"Hey,it's fine. Kita sama-sama buat silap dulu, kan? So, it's okay. Kita anggap semua tu jadi penguat hubungan kita,hm?" tukas Jungkook bersantun kata seraya tangannya naik mengelus singkat ubun-ubun Eunha.
Eunha menghela nafasnya perlahan. Bicara Jungkook itu masih tidak menenangkan hatinya.
"Sayang,saya betul-betul minta maaf tau. Saya tak tahu. Saya...yea. Just in case, anything happen dekat saya nanti." tutur Eunha sebelum mengulum senyuman singkat.
"Hey, awak cakap apa ni?" tukas Jungkook langsung dek bicara Eunha itu.
"Aniya. Just in case. " balas Eunha setelah menggeleng kecil.
"No, jangan cakap macam tu. Tak ada apa pun yang jadi nanti" tutur Jungkook sambil menatap tepat ke wajah Eunha.
Eunha mengemam bibirnya singkat sebelum bersuara lagi.
"Tapi, kalau anything happen–"
"Sayang. " tegas Jungkook drastik. Tidak senang dengan hal yang dibicarakan Eunha itu.
"Tak, dengar la dulu. Kalau anything happen nanti, awak jaga anak kita baik-baik eh. Saya minta maaf salah silap saya yang besar dulu dekat awak." ujar Eunha sebelum mengukir senyuman lebar.
"Jeon Eunha, awak cakap apa ni?" soal Jungkook lebih kepada membentak perlahan.
"Lah, saya pesan je. Just in case, awak" balas Eunha lembut dan tersenyum kecil.
"Tak ada 'just in case,just in case' nya. Semua akan okey. Tak payah fikir bukan-bukan. Kita boleh jaga anak kita sama-sama nanti" tukas Jungkook penuh penekanan bagi meyakinkan isterinya itu.
Enggan menambahkan resah di hati Jungkook, Eunha hanya memilih untuk diam dan mengulum senyuman kecil saja.
"Tapi saya rasa tak sedap hati, sayang"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»141
•
•
•
Hampir sejam lamanya, seorang Jeon Eunha masih bertarung nyawa di dalam wad bersalin,demi membenarkan cahaya mata keduanya melihat dunia pada malam itu. Namun, kali ini, dia menghadapi kesukaran yang lebih lagi dalam memperjuangkan itu.
Dahi terus-terusan dibasahi peluh. Nafas tidak keruan hebat. Lengan kiri seorang Jeon Jungkook di samping menjadi pelepas rasa peritnya.
"A-Awak, saya...saya tak boleh, awak." lirih Eunha perlahan disela nafas yang tidak teratur itu. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.
"Awak boleh, sayang. Awak boleh. Awak kuat" balas Jungkook langsung kekal memberi semangat. Lengan kirinya yang dicengkam kuat wanita itu dibiarkan saja. Tangan kanannya bergerak mengusap-usap lembut dahi dan ubun-ubun kepala sang isteri.
Eunha menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan seraya memejamkan matanya rapat. Rasa sakit mencucuk-cucuk yang sungguh menyeksakan. Dia sudah lemah tidak berdaya.
"Awak kuat, sayang. Awak kuat." tutur Jungkook lagi dengan penuh bersungguh sebelum mengucup singkat dahi polos Eunha.
Hanya perkataan itu yang tak henti meniti di bibir Jungkook selama dia berada di samping wanita itu sejak tadi. Cuba memberi sokongan yang baik buat sang isteri yang sedang bertarung nyawa.
Eunha mengetap bibirnya kuat. Air matanya laju keluar. Nafasnya kencang, dadanya berombak kasar. Betapa menderitanya dia ketika itu. Bagai mahu patah tulang-temulang bagi melahirkan seorang bayi ke dunia.
Arahan demi arahan diberikan oleh doktor yang bertugas, terus-terusan mencuba untuk memudahkan proses melahirkan tersebut. Namun, sepertinya Eunha sudah kian kehilangan kudrat.
"A-wak, saya tak boleh. Saya...tak boleh" adu Eunha perlahan sambil menahan perit. Tangannya setia mencengkam kuat lengan Jungkook. Mungkin menyakitkan namun tidak seperit apa yang dirasakannya sekarang.
"No, please. Sayang, awak kuat. Listen to me" tukas Jungkook penuh penekanan, berusaha meyakinkan isterinya yang tampak agak lemah itu.
Eunha menggelengkan perlahan kepalanya sambil mata tertutup sedikit. Bibirnya diketap sambil dahi yang berpeluh-peluh itu berkerut-kerut. Nafas tetap cuba diatur di kala perit yang menyeksakan itu.
Melihat keadaan wajah Eunha yang tampak tidak berdaya itu, berlipat ganda rasa risau menyelubungi seorang Jeon Jungkook di sebelah. Diusap-usap dahi yang berpeluh-peluh itu dengan raut bimbang. Lalu, tangan sang isteri yang mencengkam bagai mahu mematahkan lengannya itu diusap perlahan.
"Sayang, awak kuat. Awak boleh. Untuk anak kita. Untuk Jungwon. Untuk saya. Untuk keluarga kecil kita." tutur Jungkook lembut namun penuh penekanan sambil mengelus berkali-kali ubun-ubun kepala Eunha.
Eunha memejamkan matanya rapat sambil bibir bawah digigit sekuatnya. Air matanya terus-terusan mengalir keluar. Dia tetap mengumpul kudratnya bagi mendorong bayinya keluar dari pintu rahim. Seksanya ketika itu bagai tulang di dalam badannya dipatahkan serentak.
"Sakit…" rintih Eunha dengan nafas yang kencang seraya air matanya berlinangan mengalir. Lengan kiri Jungkook kekal dicengkamnya kuat, benar-benar menjadi pelepas rasa peritnya.
Benarlah ada yang pernah berkata, badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 del. Tetapi, semasa proses melahirkan anak, ibu akan menanggung sehingga 57 del, bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak.
Mendengar rintihan perlahan sekaligus merasakan sakitnya lengannya dicengkam, cukup menerangkan bahawa betapa besar penderitaan seorang Jeon Eunha ketika itu. Tanpa berfikir banyak, Jungkook langsung saja mencium lama dahi isterinya itu dengan mata yang tertutup.
Dia cuba sedaya-upaya bagi menyalurkan kekuatan untuk wanita itu. Andai boleh rasa sakit itu dipindahkan, dia sanggup kesakitan itu diberikan kepadanya. Tidak sanggup melihat insan tersayangnya itu menderita sakit seteruk ini.
Di kala seorang Jeon Jungkook sedang mengucup dahi Eunha, dada wanita itu tiba-tiba berombak perlahan. Nafasnya sudah tidak sekencang sebelum ini. Tangannya yang mencengkam kuat lengan Jungkook perlahan melonggar. Lalu, matanya pun perlahan tertutup. Kepala sedikit terlentok lemah ke tepi.
"Puan?"
"Puan?"
Suara jururawat mulai pantas memanggil Eunha apabila menyedari wanita itu tiba-tiba memejamkan mata.
"Doktor, patient tak sedarkan diri. Tekanan darah rendah. 90 over 60. Oxygen level mendadak menurun. Tachycardia heartbeat." lapor sang jururawat senafas dengan agak panik kepada doktor perbidanan.
Tachycardia heartbeat= degupan jantung laju melebihi normal.
Jungkook perlahan mengangkat kepalanya apabila mendengar laporan cemas jururawat mengenai Eunha. Tatkala itu, dia menyedari bahwa wanita itu sudah menutup matanya.
"Sayang?" panggil Jungkook perlahan seraya menyentuh wajah Eunha. Dia cuba untuk tidak panik lagi.
"Puan? Puan? " panggil jururawat pula sambil menepuk-nepuk perlahan pipi Eunha, cuba menyedarkan wanita itu. Namun, tetap saja figura itu tidak menyedarkan diri.
Jungkook sedikit sebanyak bertambah cemas tatkala melihat seorang dari jururawat di situ berlari keluar dari wad bersalin itu dengan agak panik. Sepertinya mahu meminta bantuan. Tidak mahu berfikir banyak, Jungkook hanya memfokuskan kembali matanya pada wajah Eunha.
"Sayang" panggil Jungkook seraya menepuk perlahan wajah kaku Eunha. Bola matanya bergerak-gerak laju meneliti wajah lesu sang isteri. Mengharapkan ada tindak balas yang berlaku.
Namun, ya. Tiada respon.
"Sayang" panggilnya lagi. Perkara sama kekal dilakukan. Juga, tiada respon. Nafasnya mulai menjadi tidak keruan.
"Sayang, buka mata awak,sayang." pinta Jungkook bernada rendah seraya mengusap-usap perlahan dahi dan ubun-ubun kepala isterinya itu.
Masih sama. Tiada sebarang tindak balas.
"Sayang" panggil Jungkook lagi, kian cemas. Di sudut hati sudah terlintas tidak mahu kehilangan wanita itu. Ditepuk-tepuk perlahan pipi isterinya itu. Namun, masih juga tiada tindak balas.
"Jeon Eunha" panggilnya lagi, kini dengan nada agak tinggi.
"Jeon Eunha, please"
"Jeon Eunha! "
“Kalau anything happen nanti, awak jaga anak kita baik-baik eh”
TAMAT
CAKKK
SELAMATTTT ANDA DI-SCAM!
TAK, TAK TAMAT PUN LAGI
HA GELABAH HA GELABAH
AHAHAHAHAHHAHA
TAK, AKU BARU TERINGAT YG AKU TAKDE PRANK GINI LAGI DLM FF NI
OHOHOHO
YE, DAH BOLEH LEPAS NAFAS LEGA DAH
TAPI UM, YG 'TAMAT' TU JE SCAM TAU. APA YG JADI DI ATAS, BUKAN SCAM YE
SOOO, BOLEH LEPAS NAFAS LEGA SIKIT JE LAH YE
HM
HA SORRY YE LAMA NAU POSTPONE APDET NYA.
MAKLUMLAH, CHAP YINI PNJG DAN SEYA PERLU MENAIPNYA KETIKA WEEKDAYS, SO BELANGGAR DGN ONLINE CLASS HA
MAAP YEE TUNGGU LAMA SHSHSHHSH
SO HA TU JE LAH
JGN LUPA SEDEKAH VOTE TAUU
ALMOST 6K WORDS NI HA
KBAI
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro