Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷135

OKEY CAKKKK

EM

VOTE YAAAAA

YELA SELAMAT MEMBACA HUE














"Mummy" panggil Jungwon sambil mendongak memandang Eunha di tepi. Dan, tiada respon dari gerangan itu yang hanya menatap lurus ke depan tanpa mata berkelip.

"Mummy" panggil si kecil itu lagi seraya menarik perlahan hujung baju T yang tersarung pada tubuh ibunya itu. Kepalanya setia mendongak memandang sisi wajah ibunya yang kaku itu. Tiada juga respon.

Jungwon mengeluh kecil sebelum mencebikkan bibirnya. Kesal tidak dilayan ibunya itu. Lalu, dia menarik nafas sedalamnya sebelum bersuara lagi.

"Mummmyyyy" panggilnya lebih lantang seraya menggoncang lengan kiri Eunha yang berada di sisi itu. Tatkala itu, barulah ibunya itu tersedar ke realiti.

"Eo-Eoh, eoh. Wae, wae?" sahut Eunha seraya langsung menoleh apabila lamunannya tersentak dek tindakan Jungwon itu. Dia memandang anak kecil itu dengan tatapan fokus.

"Ha,mummy tengah fikir apa? Dari tadi lagi Won panggil,mummy tak jawab pun" tutur Jungwon dengan bentakan polos. Tangannya pun melepaskan pegangan pada lengan kiri ibunya itu.

"Eoh? Ah, mummy tak ada fikir apa-apa pun lah. Kenapa?" jawab Eunha lembut sambil kekal menumpu perhatian pada Jungwon di sebelah.

"Tak ada lah. Won cuma nak tanya je mummy masak apa. Won dah bosan dah mewarna dekat atas. Pensel warna tu asyik patah je" adu Jungwon sebal dengan wajah yang cemberut. Bibirnya juga dijuihkan sedikit, menunjuk kekesalan.

Eunha langsung tersenyum dek celoteh anaknya itu. Dia meletakkan senduk yang berada di genggaman kanannya itu ke dalam periuk lalu memutar tubuhnya menghadap Jungwon.

"Mummy tak ada masak apa sangat lah. Sundubu jjigae dengan Kimchi je, sayang" jelas Eunha lembut dengan segaris senyuman.

"Ohh. Dah siap ke,mummy? Dah boleh makan? Won macam dah lapar lahh" respon Jungwon drastik bersama raut wajah yang pantas berubah teruja itu. Pantang sebut pasal makanan.

Eunha tersenyum sebelum membongkokkan sedikit tubuhnya. Kedua-dua bahu kecil anak lelaki itu dipegangnya lembut.

"Dah nak siap dah. Won pergi sambung warna sikit je lagi dekat atas sementara mummy nak siapkan makanan,okey?" pesan Eunha mesra sambil menatap tepat ke wajah girang si kecil itu. Sememangnya dia sudah selesai memasak, cuma belum dihidang saja lagi juadah makan malam itu.

Jungwon langsung menganggukkan kepalanya laju, akur.

"Eoh,araso. Nanti mummy panggil Uwon tau!" pesan Jungwon kembali dengan cerianya.

Eunha mengangguk perlahan bersama senyuman yang masih kekal di bibir.

"Iye. Nanti mummy panggil" balas Eunha seraya tangannya naik menggosok perlahan rambut anaknya itu dengan senyuman.

Jungwon pun mengangguk sebelum lantas berlari keluar dari ruangan dapur itu dan menuju ke tingkat atas.

Eunha memandang Jungwon yang sedang mendaki tangga itu sekilas sebelum dia memutar tubuhnya menghadap kabinet dapur kembali. Segaris senyuman lebar yang menghiasi bibir tadi perlahan pudar. Bibir diketap sebelum satu keluhan dihela. Banyak perkara yang sedang bermain di fikirannya sejak tadi. Dia perlu membuat keputusan.

Nak buat macam mana lagi? Malah, ketika dia dalam fasa 'benci' kepada seorang Jeon Jungkook itu pun dia telah berat hati untuk memutuskan, apa lagi setelah terbukti lelaki itu sebenarnya tak bersalah? Berlipat ganda lah rasa berat hati itu.

Tapi, dia sudah enggan bersikap pentingkan diri lagi. Kalau memang nanti dia sudah tidak berdaya untuk membetulkan hubungan mereka, memang itu sajalah caranya. Cara yang dari mula lagi dia mahukan sangat dulu.

Nafas berat dihela perlahan. Beberapa helai rambutnya yang terurai di sisi wajah diselit perlahan ke belakang telinga. Wajahnya diangkat sedikit. Keluhan dilepaskan lagi sebelum dia meneruskan kerjanya yang tergendala.

Sarung tangan yang disangkut pada dinding itu dicapai lalu disarungkan pada kedua-dua tangan kecilnya. Kemudian, periuk tanah yang berisi Sundubu Jjigae yang masih panas itu pun diangkat dan dibawa ke meja. Diletakkan perlahan-lahan periuk panas itu di tengah-tengah meja makan.

Baru saja Eunha berura untuk memutar tubuhnya, telinganya yang menangkap bunyi pintu rumah ditutup secara langsung membantutkan niatnya. Bola matanya bergerak mengerling jam di dinding. Lingkungan 6 petang. Ya, pasti lelaki itu yang pulang.

Meski sudah sedia maklum kondisi hubungan mereka sangatlah tidak berada di dalam keadaan yang baik, Eunha tetap merisikokan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya itu. Sarung tangan bingkas ditanggalkan. Begitu juga apron di pinggang. Lalu, dia langsung menapak pantas keluar dari dapur.

Tatkala itu, matanya disapa sosok tubuh Jungkook yang berura untuk mendaki tangga.

"A-Awak" panggil Eunha serta-merta meski sedikit teragak-agak. Dia cuma mahu membantutkan niat lelaki itu sebelum mendaki tangga terlebih dahulu.

Tanpa bersuara, Jungkook hanya menoleh memandang Eunha yang berada di gerbang dapur itu. Wajahnya datar tanpa sedikit minat. Tatapannya kosong.

Eunha pun perlahan mengatur langkahnya menghampiri suaminya itu apabila mendapat respon tersebut. Sungguh, dia gugup untuk berbicara secara biasa dengan lelaki itu. Maklumlah, lelaki itu terlalu kesal terhadapnya semalam. Mereka belum berbicara apa-apa sejak malam itu.

"Um...awak dah makan?" soal Eunha berhati-hati sambil bola matanya bergerak perlahan meneliti wajah dingin seorang Jeon Jungkook di hadapannya itu. Tangannya yang berada di sisi menggenggam kuat hujung bajunya. Entah betul, entah tidak,tindakannya berbuat begini.

"Kalau belum, saya ada masak–"

"Saya dah makan. " jawab Jungkook senada sebelum lantas memusingkan tubuhnya. Lalu, dia pun mendaki tangga tanpa berkata hal lain setelah jawapan dingin itu.

Eunha tersentak. Meskipun dia sudah bersedia dengan tindak balas begini, tetap saja dia bereaksi seolah tidak pernah mengagaknya. Matanya memerhati memandang figura Jungkook yang sedang mendaki tangga itu.

"Eoh, daddy! Daddy baru balik ye? Jom kita makan!" seloroh Jungwon riang yang kebetulannya sedang menuruni tangga dan mendapati keberadaan ayahnya di tangga juga.

Jungkook yang tadinya memasang raut dingin di wajah itu langsung berubah mesra saat disapa ceria anaknya itu. Bibirnya menarik senyuman.

"Daddy dah makan la, sayang." respon Jungkook lembut seraya mengelus perlahan rambut hitam Jungwon. Bibir kekal dihiasi segaris senyuman.

Melopong polos mulut kecil seorang Jeon Jungwon itu apabila mendengar respon ayahnya itu.

"Ohh. Tak apa lah. Won pergi makan dengan mummy dulu lah macam tu!" ujar Jungwon ceria lalu menayang sengihan kecilnya buat sang ayah.

"Eoh. Pergilah" balas Jungkook setelah mengangguk dengan senyuman kecil.

Jungwon pun mengangguk akur sebelum lantas meneruskan langkahnya menuruni tangga hingga tiba ke lantai tingkat satu, di sebelah figura Eunha.

"Mummy, kajjaaa. Daddy cakap daddy dah makan" ujar Jungwon riang seraya meraih lengan Eunha.

Eunha yang sedang statik berdiri sambil memerhati figura Jungkook yang kembali mendaki tangga itu lantas menoleh memandang Jungwon di sebelah.

"Eoh,eoh. Kajja"




【 BBP S2:TRUST】
»135


    

"Akh..." rintih Sae Yoon perlahan di saat dia akhirnya sedar dari tidurnya yang hampir sejam setengah itu. Dahinya berkerut-kerut seraya tangannya bergerak perlahan memegang perutnya yang berasa tegang dan sedikit mencucuk-cucuk.

"Yoon?" panggil tuan Hong tatkala mendengar rintihan perlahan Sae Yoon itu. Dia memandang anak saudaranya yang tampak menahan sakit itu.

"Samchon" panggil Sae Yoon perlahan tika dia menoleh memandang tuan Hong di birai katil. Lalu, dia memandang ke sekeliling sepintas lalu sebelum matanya terarah pada tangan kirinya yang terdapat branula di atasnya.

"Eoh, kamu dah sedar. Macam mana? Ada sakit-sakit? " soal tuan Hong prihatin sambil meneliti wajah agak pucat milik Sae Yoon.

Sae Yoon menggeleng kecil sebelum perlahan bangkit dari pembaringannya yang juga dibantu sang ayah saudara.

"Aniya. Siapa yang bawa Yoon datang hospital?" respon Sae Yoon sebaik saja bersandar pada badan katil yang diangkat separa. Dia memandang wajah tuan Hong, menanti respon.

"Ada orang dekat situ yang tolong call ambulans" jelas tuan Hong ringkas.

Sae Yoon sekadar mengangguk perlahan. Mujur saja ada yang lihatnya menanggung kesakitan petang itu. Sememangnya tika itu dia tak dapat bersuara dan tidak bermaya. Seolah ada yang menikam-nikam perutnya saja rasanya.

"Samchon, lately ni Yoon selalu rasa tak sedap badan lah. Rasa letih sangat even tak ada buat apa. Lepas tu, perut ni selalu sangat sakit. Macam rasa cucuk-cucuk macam tu. Tadi dekat mall tu, rasa dia like triple times lagi sakit dari selalu. Yoon tak tahu kenapa" adu Sae Yoon panjang lebar sambil mengusap perlahan bahagian perutnya. Dia menghela nafasnya perlahan.

"Sejak bila Yoon start rasa macam tu?" soal tuan Hong penasaran.

"Around dua minggu lepas?" jawab Sae Yoon setelah berfikir sejenak.

"Then, kenapa tak pernah cerita pun dekat samchon?" soal tuan Hong, lebih kepada membentak. Keningnya dijongket.

"Just, Yoon fikir itu bukan something serius pun. Lagipun Yoon dah makan ubat tahan sakit sebelum ni" jelas Sae Yoon senada.

Tuan Hong langsung mengeluh kecil tatkala mendengar jawapan santai Sae Yoon itu.

"Eoh, maja. Doktor ada cakap apa-apa tak dekat samchon?" soal Sae Yoon apabila teringatkan tentang hal itu.

Tuan Hong pun mengangguk kecil.

"Eoh, ada" jawabnya ringkas.

"So, doktor cakap apa? Yoon ada salah makan ke? Or, Yoon ada gastrik?" soal Sae Yoon penasaran bersama tebakan. Matanya fokus tertumpu pada wajah tuan Hong.

Tuan Hong mengeluh perlahan.

"It's more serious than that, Sae Yoon ah" balas tuan Hong sambil menatap wajah penasaran Sae Yoon.

"Eoh? Serius dari tu?" soal Sae Yoon bingung. Perutnya yang sesekali berasa tegang dan sakit itu digosok perlahan.

Tuan Hong mengangguk kecil sebelum bersuara.

"Apa yang Yoon rasa sebelum ni, tak sedap badan, cepat penat, perut rasa sakit, semua tu simptomnya" jelas tuan Hong dengan dahi yang sedikit berkerut kesal.

Tangan Sae Yoon yang sedang ligat menggosok perlahan perutnya perlahan terhenti tatkala mendengar penjelasan ayah saudaranya itu.

"Simptom...apa?" soal Sae Yoon bingung bercampur penasaran dan sedikit teragak-agak. Dia menatap fokus wajah kesal tuan Hong.

Tuan Hong merengus perlahan sebelum mengetap bibirnya singkat. Setelah itu, tangannya bergerak menggenggam tangan mulus anak saudaranya itu.

"Kanser serviks" ujar tuan Hong penuh serba salah sambil menatap redup wajah Sae Yoon. Dia menggenggam lebih erat tangan anak saudaranya itu, cuba menyalurkan kekuatan kepada wanita itu berkenaan berita buruk tersebut.

"Eoh?" respon Sae Yoon spontan dengan dahi berkerut. Dia bingung. Namun, cuba untuk mencerna jawapan tuan Hong itu. Dan, dia pun terpana sebentar.

"It's fine, it's fine. Kita boleh ambil rawatan–"

"Tak, samchon cakap apa ni? Benda ni tak kelakar la, samchon. Tell me the truth. Apa yang sebenarnya jadi dekat Yoon?" tukas Sae Yoon langsung dalam kondisi penafian. Dia meneliti wajah lelaki yang telah menyaranya sejak kecil itu.

"That's the truth, Yoon. Kamu menghidap kanser serviks. Kanser pangkal rahim. " tutur tuan Hong lembut dengan lebih jelas.

Sae Yoon menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Dia menarik tangannya dari genggaman ayah saudaranya itu.

"Tak. Tak mungkin. Tipu. Samchon tipu. Selama ni Yoon okey je. Yoon tak ada sakit apa-apa pun. How can Yoon boleh menghidap kanser pulak? It doesn't make any sense!" bentak Sae Yoon lantang dalam ketidakpercayaan.

"Yoon..." panggil tuan Hong lembut tika anak saudaranya itu mulai membentak. Dia faham, hal ini terlalu mengejut. Berita ini terlalu mengejut.

"Ni terlalu tiba-tiba, samchon. Ni terlalu tiba-tiba! Yoon tak percaya! Samchon tipu kan? Samchon tipu! Mustahil Yoon boleh ada kanser macam tu je!" hambur Sae Yoon lantang yang kekal dalam fasa menafikan. Dia tak boleh terima ini.

Tuan Hong menghela nafasnya perlahan.

"Sae Yoon–"

"Samchon tipu! Yoon takkan percaya ni!" laung Sae Yoon kesal. Dia merenung tajam wajah bapa saudaranya itu. Betapa dia tak dapat mempercayai berita terburuk ini.

"Eoh, kalau betul Yoon ada kanser, kenapa dulu waktu Yoon pergi check up dekat doktor, doktor tak ada cakap apa-apa pun? Doktor tak ada bagitahu apa-apa pun! And, I went there last 2 weeks! Mesti dah boleh diagnosis kan waktu tu? Then, kenapa doktor tak ada cakap apa-apa? Tak mungkin doktor akan sorokkan dari Yoon!" hambur Sae Yoon panjang lebar, cuba mempertikaikan soal berita mengenainya itu.

"Sebab kanser serviks ni dapat detect bila dah tahap 3 atau 4 saja!" balas tuan Hong lantang secara drastik. Sememangnya itu yang diberitahu doktor yang merawat Sae Yoon kepadanya.

Sae Yoon serta-merta tercengang. Dia tersentak.

"M-Mwo?" respon Sae Yoon terkesima dengan mata yang sedikit membuntang.

Tuan Hong mengeluh berat. Bibirnya dikemam singkat. Dia pun tidak sampai hati untuk memberitahu kenyataan menyakitkan itu.

"Mungkin last 2 weeks, kanser kamu belum capai tahap tu, Sae Yoon ah" tutur tuan Hong perlahan dengan tatapan redup.

Sae Yoon terkedu. Terasa seperti ada batu besar yang menghempap dadanya tika mendengarkan hakikat itu. Bermakna sekarang, kanser di dalam badannya berada dalam lingkungan tahap 3 dan 4? Dan, kanser di pangkal rahim? Berkaitan rahim? Berkaitan aset pentingnya?

Perlahan dia menggeleng-gelengkan kepalanya,tidak percaya. Bibirnya bergetar hebat.

"This is...this is too much, Samchon. Yoon... Yoon tak percaya" tutur Sae Yoon perlahan.

"Yoon..." panggil tuan Hong lembut, berusaha mententeramkan hati wanita itu.

"Yoon tak percaya! Macam mana Yoon boleh ada penyakit teruk macam ni out of sudden?! This is too sudden, samchon! This is too sudden" hambur Sae Yoon kesal dengan penuh kesal.

"Yoon, dengar samchon cakap. It's okay. Yoon boleh sihat macam sediakala nanti. Kita cuma perlu ikut rawatan–"

"So..." balas Sae Yoon langsung dan menjedakan ayatnya seketika.

"–you're telling me that...Yoon akan sihat kalau buat rawatan?" soal Sae Yoon sambil menatap lurus ke wajah tuan Hong.

Tuan Hong langsung mengangguk.

"Of course Yoon akan–"

"Dengan cara buang rahim Yoon kan? Dengan cara Yoon kena korbankan rahim Yoon kan?" tukas Sae Yoon drastik menebak dengan nada yang sedikit bergetar. Matanya terarah fokus pada wajah sang bapa saudara. Tangan menggenggam erat kain selimut di atas pangkuan.

Tuan Hong lantas terdiam. Dia terkedu. Baru saja dia merancang untuk membiarkan doktor saja yang memaklumkan kepada Sae Yoon berkenaan hal itu. Malangnya, wanita itu sudah mengetahuinya terlebih dahulu.

"Rawatan apa yang boleh dia ambil, doktor?" soal tuan Hong sambil memandang tepat ke wajah doktor wanita yang duduk berhadapan itu.

"Histerektomi Radikal. Pembedahan membuang rahim secara radioterapi. Rawatan ni akan mempengaruhi rahim dan boleh menghentikan ovari dia berfungsi." jelas doktor tersebut sebelum mengeluh kecil.

"Kalau Yoon dapat sihat sekalipun, it will never be the same anymore! Yoon perlu hilang one of my organ! My womb! Rahim Yoon!" bentak Sae Yoon  kesal dengan lantangnya. Nada suaranya sedikit serak kesan dari rasa sesak di dada.

Sae Yoon mengatur nafasnya yang agak tidak keruan itu. Bibirnya diketap kuat.

"It will never be the same…" lirihnya perlahan dengan nada yang bergetar.




【 BBP S2:TRUST】
»135



    

Jam tepat menunjukkan angka 12 malam di dinding ruang tamu. Di situlah seorang Jeon Eunha berada, duduk di atas sofa, mengira waktu. Sejak pukul 10 malam lagi dia duduk bersendirian di situ, menunggu kepulangan Jungkook. Sesungguhnya lelaki itu sudah keluar hampir 3 jam lamanya.

Kira-kira jam 9 malam tadi, lelaki itu sudah berangkat keluar. Entah pergi ke mana, Eunha tidak sempat menanyakan itu. Dia hanya keluar begitu saja dan sampai ke jam lewat begini, belum juga pulang.

Eunha menghela nafasnya berat. Telefon pintar yang berada di pegangannya itu dinyalakan lagi skrinnya. Menunggu sekurang-kurangnya sekeping mesej makluman dari seorang Jeon Jungkook. Barangkali sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebimbangannya sekarang.

Tapi,itulah masalahnya sekarang. Langsung tiada sebarang makluman atau khabar dari lelaki itu. Fikirnya sebelum ini mungkin suaminya itu bersama Mingyu, malangnya tidak. Itulah jawapan dari seorang Kim Mingyu tika dia menanyakan itu.

Kalau bukan dengan Mingyu, dengan siapa?

Drastik Eunha memandang ke pintu rumah apabila mendengar bunyi kata kunci dimasukkan dari luar. Dia langsung berdiri dan berganjak dari sofa yang didudukinya itu. Kaki melangkah ke pintu utama dan tatkala dia mendekatinya, pintu pun dibuka dari luar. Terpampanglah sosok tubuh seorang Jeon Jungkook yang menapak masuk ke dalam.

Jungkook hanya memandang sekilas figura Eunha di hadapan sebelum memusingkan tubuhnya dan menutup pintu rumah dengan rapat. Seolah wanita itu tidak wujud di hadapannya, itulah reaksinya.

Eunha pula spontan kelu lidahnya apabila akhirnya disapa sosok yang ditunggunya sejak tadi. Ya, sememangnya hilanglah rasa risau yang menyelubungi diri itu namun sekarang perasaan lain pula muncul.

Gugup. Gugup yang kini dia perlu berhadapan pula dengan sikap dingin lelaki itu lagi. Kalau kali ini dia dilayan seperti tidak wujud pula macam mana?

Jungkook memusingkan tubuhnya menghadap Eunha sejurus saja pintu ditutup. Dia pun menatap kosong wajah wanita itu dengan raut datarnya. Meski begitu,dikira bernasib baiklah dia tidak mengabaikan saja keberadaan wanita itu.

"Awak...pergi mana?" soal Eunha agak gugup sambil menatap wajah dingin seorang Jeon Jungkook itu.

"Kerja" balas Jungkook tanpa nada dengan ringkasnya. Bola matanya tidak kekal tertumpu pada wajah polos Eunha itu. Hatinya sakit melihat wajah polos itu.

"Tapi,kenapa lewat sangat awak–"

"Kenapa? Awak nak tuduh saya lagi ke? Something like saya keluar dengan perempuan lain sampai lewat malam macam ni. Nak tuduh macam tu?" soal Jungkook langsung dengan bertalu-talu berbaur sindiran. Ditenung tepat ke wajah Eunha di hadapan bersama kening yang dijongket.

Eunha langsung tersentak dek tanggapan melulu Jungkook itu. Dia termati kata sebentar. Lalu,laju dia menggelengkan kepalanya.

"Tak,awak. Bukan. Bukan macam tu. Saya cuma nak tahu je. Awak keluar lama sangat. Saya risau lah" jelas Eunha sambil matanya bulat-bulat meneliti wajah dingin sang suami.

Mendengarkan respon tulus Eunha itu,Jungkook lantas tersenyum senget.

"Risau?" sinis Jungkook menyoal bersama kening yang dijongket sebelah.

Eunha langsung tercengang tika melihat reaksi Jungkook itu. Dia tergamam sambil bola matanya bergerak-gerak meneliti wajah sinis lelaki itu. Tak pernah dibayangkannya pun sikap begini yang akan ditunjukkan lelaki itu. Berbeza.

"Risau." omel Jungkook senada sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Dia masih merenung wajah Eunha yang kini terpana itu.

"Okey,sure. Go on. Jadi la balik character awak yang dulu, being such a good wife for me. Sementara ada berbaki 8-9 bulan ni untuk awak dapat pegang role tu lagi sebelum kita bercerai." tutur Jungkook penuh penekanan sambil kekal merenung wajah polos Eunha.

"A-awak" respon Eunha langsung dengan sedikit getaran seraya air matanya menitis. Tersentak dengan bicara pedas Jungkook itu.

"Kenapa menangis? Tak sangka yang sekarang saya cakap benda ni depan awak? Memang ni yang awak nak kan sebelum ni?" tukas Jungkook bertalu-talu dengan dinginnya. Mungkin dahulu dia tak mampu melihat air mata itu, namun sekarang, dia menjadi kesal.

"A-Awak...jangan la macam ni..." lirih Eunha dengan nada yang bergetar hebat. Tubir matanya sudah ditakungi air mata. Sungguh, bicara lelaki itu menusuk tepat ke hatinya.

"Jangan macam apa? Siapa yang buat saya jadi macam ni?" tukas Jungkook tegas sambil mencerlung wajah polos Eunha yang sudah kemerahan dek menahan tangisan itu.

Eunha mengemam bibirnya rapat. Lalu, dia mengatur nafasnya yang sedikit sesak itu. Air mata yang mengalir itu pantas saja diseka. Kemudian, ditatap kembali raut tegang di wajah suaminya itu.

"Sayang,saya tahu salah saya. Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat" ucap Eunha penuh terdesak dan tulus seraya meraih tangan kekar Jungkook. Nadanya disela serak dan nafas yang tidak keruan. Air mata tak henti berlinangan.

Jungkook memandang sekilas wajah terdesak Eunha bersama air mata itu sebelum langsung merengus perlahan. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain lalu lantas menarik tangannya dari pegangan wanita itu.

Eunha tersentak. Lebih deraslah air matanya mengalir. Bahunya sesekali terhinjut dek sedu.

Jungkook memalingkan wajahnya memandang Eunha di hadapan kembali. Tajam saja renungannya buat wanita itu. Tangisan isterinya itu sedikit pun tidak melembutkan hatinya.

"Kalau dengan minta maaf tu boleh rawat balik hati saya yang awak non stop seksa dulu, saya takkan jadi macam ni lah. " tukas Jungkook penuh penekanan. Matanya merenung Eunha di hadapan yang tersedu-sedu perlahan menangis.

"Kadang saya terfikir,kenapa saya sanggup runtuhkan ego saya dulu untuk orang yang langsung tak pernah hargai saya pun waktu tu? Kenapa baru sekarang saya sedar semua ni? Patutnya dulu lagi saya tak payah buang masa nak pujuk orang yang tak tahu hargai effort saya. Sia-sia je lah semua tu" tutur Jungkook panjang lebar senada dengan kesalnya.

Bergerak-gerak bola mata Eunha yang berair itu meneliti raut tegang yang terlakar di wajah Jungkook di hadapan. Tidak cukup dengan ayat mendalam lelaki itu, renungan tajam itu juga turut menyakitinya. Bibirnya yang bergetar itu diketap sambil membiarkan air matanya mengalir.

"Stop menangis lah, Jeon Eun–"

Terhenti langsung bicara dingin Jungkook itu apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk Eunha. Terkaku sebentar dia dibuatnya.

"Sayang, saya minta maaf. Saya tahu saya banyak salah dengan awak. Jangan la layan saya macam ni. Tolonglah,awak" rintih Eunha penuh rayu dengan nada yang disela sedu dan serak. Dipeluk erat sosok tubuh Jungkook sambil sisi kepalanya dibenam pada bahu lelaki itu. Air mata lebih laju mengalir.

Jungkook memejam matanya rapat. Dia merengus perlahan. Kedua-dua tangannya kekal di sisi, langsung tiada ura-ura untuk membalas pelukan isterinya itu.

"Kenapa? Tak cukup ke saya dah layan awak dengan baik dulu?" soal Jungkook senada sambil menatap lurus ke hadapan. Dia hanya membiarkan tubuhnya dipeluk erat Eunha bersama bahunya yang basah dek air mata wanita itu.

Eunha menggeleng-gelengkan kepalanya sambil kekal menghamburkan air matanya.

"Patutnya waktu tu awak hargai saya. Hargai saat tu. Sekarang dah jadi macam ni, hadap lah. Tak payah pertikai kenapa. " sambung Jungkook dingin dengan nada tegas. Dia kemudiannya menolak perlahan tubuh Eunha yang memeluk tubuhnya erat itu, meleraikan pelukan wanita itu darinya.

"Also, kalau dah tahu salah, tak payah jadi macam ni. Buat apa sekarang desperate nak kutip balik apa yang awak desperate nak buang dulu?" tambah Jungkook penuh penekanan dengan pedasnya.

Eunha tersentak hebat. Bola matanya bergerak-gerak meneliti wajah serius Jungkook di hadapan.

"A-Awak–"

"Macam ni ke pendirian awak, Jung Eunha? " -Jeon Jungkook

━━━━━━━━━━━━━━━

“'Sorry means nothing
when trust is broken”

━━━━━━━━━━━━━━━


AFUH

LAIN MACAM CHARACTER HERO KITA BERUBAH LEPAS TAWAR HATI–

AYAYAYAYA SEBENARNYA SI AUTHORNYA YG EKSAITED BUAT CHARACTER JUNGKOOK GITU

AHAHAHAHA

SUDAH LAMA SEYA MENANTIKAN SAAT INI

HUEHUE

LAGIPUN YE LA KAN, TAK SEMUDAH TU NK TERIMA BALIK MCM DULU LPS APA YG JADI

AHAKS

THE TABLE HAS TURNED GAES

HA SINCE DULU KORANG PUN SUFFER SKALI DGN JUNGKOOK KAN,

KINI KITA BUAT EUNHA PULA MERANA YA

SOMETHING LIKE KARMA LA GAIS HUEHUE

SEYA YAKIN KAMU SEMUA MAHUKANNYA BEGINI KAN

BIAR ADIL GITU

#JUSTICEFORJUNGKOOK

YE TAG NI LAGI AHAHAHAHA

AKU CUBA YE UTK WRAP FF NI DGN BAIK, JADI HARAP XDELA YG KOMPLEN ASAL TAK BUAT GITU, ASAL TAK BUAT GINI

KALAU SEYA IKUT JE IDEA ANDA SMUA, HA NNTI KANG KE DPN, SIAPA NK KASI AKU IDEA PLOT LAGI UTK CHAP BARU?

HAA,GUWE GAK MAU AMEK RISIKO PLOT TERGANTUNG HUEHUEHUE

JADI, HARAP ANDA TERIMA SEADANYA LAH. NI SEYA SUDAH BUAT SEHABIS BAIK DAH UTK KESATISFYING ANDA

SHOOOOW, NAK SEKSA HEROIN SAMPAI TAHAP MANA LAGI NI?

omagad mengapa sungguh saiko author anda–
    

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro