Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷133

CAKKKK

SETELAH SEKIAN LAMAAAA

OK GAIS SORRY

SEYA GAK SENGAJA APDET LEWAT LAGI

MARAH LA TANGAN SAYA. SAPA SURUH SAKIT

DENGKI BETHOL

K ASHELAMAT MEMBACA

VOTE TAU VOTE TAU

















"Kau ada teh chamomile kan?"

"Hm"

"Ha, buat. Teh tu elok untuk rasa letih overload kau tu"

"Eoh"

Sae Yoon menghela nafasnya panjang sebelum mengangkat kepalanya dari terus dibenam pada bantal. Dia bangkit dari pembaringannya yang mengiring itu. Telefon setia dilekap ke telinga seraya badan bersandar pada kepala katil.

"Tak, lately ni aku sumpah rasa tak sedap badan, like everytimeee. Apa tak kena dengan aku ni?"

"Alah, kau letih je tu. Kan kau ada dua shooting in a day hari tu"

"Sebelum ni tak macam ni pun. Aku rasa penat macam tak dapat rehat seminggu."

"Lepas tu, perut aku. Lately ni asyik sakit je. Dulu cramp sikit-sikit macam tu je. Kadang tu ada rasa mual jugak. Just, what the hell is wrong with me tho?" luah Sae Yoon sebal sambil tangannya memicit-micit perlahan perutnya yang terasa tegang dan menyucuk itu.

"Kau...serius la, Sae?"

"I am"

"Kau jangan main-main, Sae."

"I'm not,Jung Yena."

"Yah, kau jangan sampai preg–Ah,tak. Aku dah pergi jauh. Sae, kau letih je tu. Tak pun, period cramp. Ha"

"Yaish, Yena. I'm telling you–"

Ting Tong!

Ting Tong!

Tok, tok,tok!

"Eish, siapa pulak datanggg?" rungut Sae Yoon sebal apabila mendengar bunyi loceng disela ketukan pintu yang berkali-kali itu di luar biliknya.

"Apa hal tu? "

"Entah makhluk mana mengacau"

Ting Tong, Ting tong!

Tok, tok, tok!

"Yaish, kejap!! " laung Sae Yoon lantang dengan penuh kesal. Ketukan pintu dan bunyi loceng tanpa henti itu benar-benar mencabar kesabarannya. Sudahlah sedang dalam kondisi tak sedap badan begini.

"Aku hang up dulu,Yen. Semak aku"

"Eoh"

Beep.

Panggilan diputuskan terlebih dahulu oleh Sae Yoon bersama pengurusnya,lebih tepat,kawannya. Dia meletakkan telefon pintarnya ke atas meja lampu tidur di sebelah lalu mengeluh kasar. Dengan perut yang masih mencucuk-cucuk sakit, dia menggagahkan untuk turun dari katil jua.

Tok, tok, tok!

"Yaish, sabar lah! Datang ni!" laung Sae Yoon sebal apabila mendengar ketukan lagi pada pintu rumahnya. Kuat pula tu. Entah siapa yang tak menyabar sangat datang rumahnya malam-malam begini.

Pintu bilik dibuka lalu dia mengatur langkahnya menuju ke pintu rumah dengan tangan yang kekal memegang perut. Dia menilik terlebih dahulu paparan skrin di tepi pintu yang menunjukkan sang gerangan di luar.

"Eh? Nak apa dia datang sini?" gumam Sae Yoon hairan dengan kerutan di dahi tatkala melihat gerangan itu. Lalu, lambat-lambat dia membuka pintu rumahnya.

Sejurus saja itu, langsung saja seorang Yoo Si Han meluru masuk ke dalam rumah apartmen milik Sae Yoon itu.

"Yah, you buat apa–"

"Apa yang lambat sangat kau nak buka pintu?" bentak Si Han kesal sambil menapak ke sofa yang wujud di ruang tamu.

"You dah kenapa tiba-tiba datang rumah I macam ni? Ketuk pintu macam nak roboh" ujar Sae Yoon sebaik saja menutup pintu rumahnya. Kemudian, dia melangkah ke ruang tamu.

"Bagi aku sembunyi sini kejap. Polis tengah buru aku" tutur Si Han senada seraya melabuhkan punggungnya ke atas sofa.

"MWO?!" respon Sae Yoon spontan terkejut beruk. Matanya membuntang luas tatkala mendengar ujaran lelaki itu.

Si Han tidak merespon. Dia sudah mengagak reaksi itu. Topi yang menutupi separa wajah ditanggalkan dan diletakkan ke atas meja di hadapan.

"Yah,you gila ke apa?! You buat apa sampai berkait dengan polis ni, Si Han?!" laung Sae Yoon yang semestinya masih dalam fasa kejutan budaya itu. Dia melangkah laju menghampiri lelaki itu lalu merenung gerangan itu dengan mata yang masih membuntang.

Si Han merengus perlahan. Dia meraup wajahnya kasar.

"Kau diam je lah! Aku akan duduk diam-diam dekat sini. Kau chill je!" tukas Si Han sebal sambil merenung wajah Sae Yoon di hadapan.

Sae Yoon merengus kasar sebelum lantas menghenyak punggungnya ke atas sofa bersebelahan Si Han.

"I nak chill macam mananya?! Ni berkait polis kot! Nanti I tersabit sekali macam mana? I tak nak la kena jenayah subahat dengan you sekarang ni!" hambur Sae Yoon kesal bercampur cemas. Dia menatap sebal sisi wajah Si Han di tepi.

"Tak, nanti aku keluar la sebelum kau tertangkap skali. Kau tak payah nak gelabah sangat. Duduk je diam-diam. Kau takkan kena sekali lah. Aku je yang buat kerja ni." jelas Si Han sebal dengan penuh penekanan.

Sae Yoon merengus perlahan. Dia memusingkan sedikit tubuhnya, menghadap Si Han di tepi.

"Kerja apa yang you buat sampai bawa polis bagai?" soal Sae Yoon penasaran sambil merenung wajah kesal Si Han.

Si Han mengeluh berat. Dia mengetap bibirnya singkat sebelum mengusutkan kasar rambutnya.

"Aku dah bunuh orang" jawab Si Han senada tanpa mengerling sekilas pun Sae Yoon di sebelah.

"WHAT?!" respon Sae Yoon spontan dengan lantangnya. Dia lagi-lagi terkejut beruk. Matanya bagai mahu tersembul keluar apabila mendengarkan sebaris pengakuan itu.

"Aish, diam la. Tak perlu nak terpekik melolong" tutur Si Han kesal seraya mencerlung tajam Sae Yoon.

Sae Yoon mati kata. Bibirnya bergerak-gerak seolah tidak dapat mengeluarkan apa-apa ungkapan. Matanya masih membuntang.

"Y-You what?" soal Sae Yoon dalam ketidakpercayaan sambil menatap fokus sisi wajah datar Si Han.

Si Han merengus perlahan. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang. Lalu, wajahnya ditekup singkat. Satu keluhan panjang dilepaskan.

"Ada perempuan sial tu, dia record conversation kita time on call semalam. Aku tak nak nanti dia bongkar apa-apa. Dia ada bukti. And, dia tu kawan Eunha! Jadi, aku...aku just decide langgar dia dengan lori stok bar aku semalam" jelas Si Han teragak-agak yang berbaur sedikit kekesalan.

Sae Yoon terpana sepenuhnya tatkala mendengar penceritaan Si Han itu.

"K-Kau..kau sumpah dah gila, Si Han. Kau tak perlu sampai bunuh orang la!" tutur Sae Yoon kesal.

"Lepas tu, kau nak aku buat apa?! Biar je perempuan sial tu bongkarkan pasal kerja kita selama ni?!" tukas Si Han berang.

"At least, kau takkan terlibat dengan polis macam ni! Ni kau dah buat jenayah! Benda kecik dah jadi lagi besar lah,Si Han! Apa yang kau takutkan sangat kawan Eunha tu bongkarkan pasal kita?! Kita cakap apa je waktu tu?! Kau cakap apa je?!" bidas Sae Yoon panjang lebar dengan penuh kesal.

Si Han meraup wajahnya kasar.

"Dah la, perempuan! Benda dah jadi pun kan?! Biar je lah! Perempuan tu dah sah mati dah pun!" hambur Si Han sebal.

"Kau–aish. " rengus Sae Yoon kesal lalu turut meraup wajahnya. Lalu, dia menoleh memandang Si Han di sebelah.

"Selalu kau tak menggelabah macam ni lah, Si Han. Ini dah sampai bunuh orang kenapa? Tak pasal-pasal kau dah jadi penjenayah" tutur Sae Yoon kesal.

Si Han tidak merespon. Dia hanya merengus dan meraup wajahnya perlahan. Bibir diketap.

"Macam mana polis boleh buru kau sekarang? Ada saksi ke?" soal Sae Yoon penasaran sambil merenung sisi wajah kesal Si Han.

Si Han menoleh memandang Sae Yoon. Baru saja dia berura untuk menjawab,

Tok, tok, tok!

Bunyi ketukan pintu di kala perbicaraan dua orang figura itu lantas membuatkan mereka serentak menoleh ke arah pintu.

Sae Yoon kemudiannya berdiri dan mengecilkan kedua-dua matanya, merenung ke arah paparan skrin di tepi pintunya itu. Tidak memakan masa yang lama untuknya fokus sebelum sepasang matanya itu drastik terbeliak apabila dapat mengenalpasti gerangan yang terakam di skrin itu.

Tiga orang lelaki yang berpakaian seragam polis.

Sae Yoon pantas menoleh memandang Si Han di tepi yang kekal duduk di atas sofa itu.

"Are you fcking serious,Yoo Si Han?! You even buat diorang dapat track you datang rumah I?! " bentak Sae Yoon dalam ketidakpercayaan dengan nada separuh jerit. Matanya merenung tajam wajah Si Han.

"Aish, kau cover aku" balas Si Han langsung seraya berdiri.

"How?!" tukas Sae Yoon separuh jerit dalam nada berbisik. Dahinya berkerut kesal.

Si Han merengus perlahan sebelum mengusutkan rambutnya kasar. Dia pun buntu. Dia sendiri tidak menyedari bahwa polis telah menjejaki perjalanannya.

Tok, tok, tok!

"Jeogiyo!"

Laungan lantang setelah bunyi ketukan pintu itu menambahkan lagi rasa cemas dua figura itu. Si Han mengetap bibirnya sambil meramas kuat rambutnya. Cuba berfikir.

"Yaish,senang, kau tak payah bukak pintu tu. Nanti diorang blah la" ujar Si Han memberi kata putus.

"Tak adanya! Yang ada diorang pecahkan pintu rumah I nanti!" tukas Sae Yoon membantah dengan nada separuh jerit.

Si Han mengusutkan rambutnya kasar, buntu.

Tok,tok,tok!

"Jeogiyoo"

Buat kali kedua, perkara yang sama dibuat oleh sang polis di luar.

"Aishhhh. Aku sembunyi dekat bilik tu. Kau tolong cover aku" ujar Si Han langsung yang kian cemas dan gelisah.

"Ah, ye ye. Pergi cepat. " gesa Sae Yoon seraya menolak perlahan tubuh lelaki itu.

Si Han pun bingkas berlari masuk ke dalam bilik tidur yang terletak bersebelahan bilik milik Sae Yoon.

Sebaik saja Si Han masuk ke dalam bilik tersebut, Sae Yoon pun langsung menapak ke pintu depan rumahnya.

"Jansimanyo! " laung Sae Yoon berbuat tenang sambil mendekati pintu. Setelah itu, dia pun membuka pintu rumahnya itu.

"Ye, ada apa ye?" soal Sae Yoon bingung seraya memandang ketiga-tiga anggota polis di hadapannya itu bersilih-ganti.

"Maaf, cik. Kami dapati ada suspek yang mungkin bersembunyi dalam rumah cik. Jadi, kami perlu periksa dalam rumah ni kalau-kalau dia masih ada dekat sini" jelas salah satu anggota polis itu sambil menatap tegas wajah Sae Yoon.

"Ah...,okey. Periksalah" balas Sae Yoon setelah mengangguk kecil sebelum memberi laluan kepada tiga anggota polis itu masuk ke dalam rumahnya.

Setiap seorang anggota polis itu mula berpecah dan mencari keberadaan Si Han di setiap sudut. Sae Yoon hanya berdiri statik di depan pintu, memerhati pencarian polis-polis itu. Tentunya dia tidak tenang di sana. Jantungnya berdegup gelisah sambil air liur sesekali ditelan pahit. Bibir dikemam rapat.

"Cik"

Suara garau yang tiba-tiba menerpa telinganya itu lantas membuatkan Sae Yoon memfokuskan matanya pada seorang anggota yang sudah berada di depannya.

"Y-Ya? Ya, saya?" sahut Sae Yoon langsung dengan agak gugup.

"Kami memang yakin suspek ada dekat sini. Kami dengar suara cik bercakap dengan seseorang tadi. Dan, kami pun dapat jejak suspek sampai sini. Jadi, kami perlukan kerjasama cik untuk bantu pencarian kami" jelas anggota tersebut senada.

Sae Yoon langsung tersentak. Dia kemudiannya tersenyum janggal.

"Umm...saya cakap dengan seseorang? Ye, saya cakap dengan kawan saya tadi. On the call" tukas Sae Yoon berbuat tenang sebelum mengukir senyuman kecil.

"Cik tahu hukuman untuk orang yang bersubahat dengan penjenayah tak kurangnya dengan hukuman penjenayah. Jadi, cik–"

"Fine. Ikut saya" ujar Sae Yoon langsung dek 'ugutan' yang diberi anggota polis itu. Dia mengeluh perlahan sebelum mengatur langkahnya ke bilik yang digunakan Si Han untuk bersembunyi itu. Dan anggota polis tersebut pun mengikutnya.

Langkah dihentikan di hadapan bilik tersebut. Sae Yoon menarik nafas sedalamnya sebelum tangannya bergerak untuk menolak pintu yang separa tutup itu. Namun, baru saja dia menolak sedikit pintu tersebut, pintu itu dibuka kasar terlebih dahulu dari dalam.

Sae Yoon sedikit terdorong ke depan sebelum tubuhnya ditolak kasar oleh Si Han yang meluru keluar dari bilik tidur itu. Jatuh terjelopok Sae Yoon ke tepi dengan kuat ke atas lantai dibuatnya. Pinggangnya merempuh bucu meja terlebih dahulu sebelum jatuh menyembah bumi.

Dia meringis kesakitan seraya memegang perutnya yang berlipat ganda sakit dek rempuhannya pada bucu meja kaca itu serta hentakan kuat ketika jatuh ke atas lantai. Bibirnya diketap kuat menahan rasa perit yang menjalar.

Meski keadaan di sekelilingnya ketika itu sedang berada di dalam pergelutan antara sang suspek dan polis, Sae Yoon hanya seperti berada di dalam dunianya, menanggung sakit pada bahagian perut dan pinggangnya. Dahinya berkerut-kerut seraya bibir diketap kuat.

"Cik okey tak?" soal seorang anggota polis yang langsung meluru ke Sae Yoon setelah dua ahlinya berjaya mengunci pergerakan Si Han dan menggarinya. Dia memandang wajah wanita di hadapannya itu yang seakan terseksa menanggung kesakitan.

Sae Yoon memandang anggota itu sebelum mengangguk perlahan. Dia mengemam bibirnya rapat sebelum bersuara.

"Eoh..okey" jawab Sae Yoon perlahan sambil menahan sakit.

"Kalau cik rasa ada cedera dekat mana-mana, saya boleh call kan ambulans" ujar anggota polis itu prihatin, menawarkan bantuan.

"Tak, tak apa. Tak payah" balas Sae Yoon setelah menggeleng perlahan sambil memegang perutnya erat.

Anggota polis itu pun sekadar akur. Dia mengangguk perlahan sebelum berdiri dari posisi mencangkungnya itu.

"Okey,baiklah macam tu. Kami pergi dulu"  pamit sang polis itu sebelum memutar tubuhnya. Lalu, langkah pun diatur keluar dari kediaman Sae Yoon. Dua anggota polis tadi sudah terlebih dahulu keluar, mengheret sang suspek pembunuhan.

Sae Yoon pula tidak merespon apa-apa sebaliknya hanya fokus pada keseksaannya tika itu. Entah mengapa dia terasa sakit yang teramat pada bahagian perutnya seolah ada yang mencengkam kuat dari dalam. Kesakitan yang tak pernah dirasainya sebelum ini.




【 BBP S2:TRUST】
»133



    


"Kalau ada apa-apa lagi maklumat tambahan, kami akan maklumkan pada encik lagi nanti"

"Eoh, kamsahamnida"

Tut.

Panggilan diputuskan langsung oleh sang inspektor yang bertugas menguruskan kes Yuju itu. Jungkook pun menurunkan telefon pintarnya dari telinga. Inspektor tersebut telah menjelaskan segalanya tentang siasatan kes langgar lari Yuju itu kepadanya memandangkan dia yang mewakilkan melapor tentang kes itu semalam.

Ibu bapa Yuju masih berada di rumah pengebumian anak mereka itu di bawah, jadi seorang Jeon Jungkook yang menawarkan diri untuk membuat laporan dan mengaut maklumat berkenaan kes itu. Dan, pagi ini, dia mendapat tahu lebih dari cukup.

Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Lalu, kaki pun melangkah ke pintu wad semula. Tangan bergerak menolak pintu kemudian menapak masuk ke dalam wad yang menempatkan Eunha itu. Wanita itu sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini. Petang nanti.

Jungkook menarik bangku kosong di sebelah katil Eunha itu lalu didudukinya. Dia memandang wajah polos itu yang turut memandangnya penuh penasaran.

"Wae? " soal Eunha bingung apabila wajahnya ditenung bagai mahu tembus oleh suaminya itu. Dahinya sedikit berkerut.

Jungkook mengeluh perlahan sebelum bersuara.

"Polis call saya tadi, bagitahu siapa dalang untuk kes langgar lari Yuju" jelas Jungkook senada.

"Eoh. Dah dapat ke? Siapa?" soal Eunha langsung, penasaran. Sepasang matanya fokus tertumpu pada wajah datar suaminya itu.

Jungkook lagi-lagi mengeluh perlahan. Dia menunduk seketika sebelum kembali memandang wajah polos Eunha.

"Yoo Si Han" ujar Jungkook satu nada sambil merenung wajah penasaran Eunha.

Eunha lantas terkesima tatkala mendengar sebaris ayat itu. Dia tercengang.

"Eoh?" soal Eunha dalam terpana, seolah mahukan kepastian dengan apa yang baru didengarinya itu. Manalah tahu, tersalah dengar.

"Ya. Lelaki tu dah bunuh kawan awak,Jeon Eunha" balas Jungkook penuh penekanan dek melihat raut  dalam ketidakpercayaan di wajah Eunha itu. Ya, mungkin agak menyakitkan untuk wanita itu dek penegasan ayatnya itu, namun dia tak dapat mengawal dirinya. Sejak dari dulu lagi dia kesal dengan pendekatan Eunha dengan lelaki itu.

Bibir mungil Eunha bergerak-gerak perlahan, mendapat kejutan besar. Lidahnya kelu dan celaru untuk mengungkapkan apa. Nafasnya sedikit tidak keruan.

"Macam mana..." soal Eunha tidak terungkap kesemuanya dek masih di dalam fasa terkejut itu. Hakikat itu terlalu mengejutkannya. Menyedari warna sebenar si Yoo Si Han itu saja sudah seolah satu tamparan buatnya, apa lagi sehingga menjadi penyebab hilangnya satu-satunya sahabatnya dari dunia.

Jungkook menghela nafasnya perlahan sebelum mengetap bibirnya singkat. Lalu, dia kembali bersuara.

"Polis dapat kesan cap jari dia ada dekat stereng lori yang langgar Yuju" jelas Jungkook ringkas. Percaya atau tidak, sememangnya sebodoh itu seorang Yoo Si Han itu boleh jadi. Sudahlah melanggar orang menggunakan lori perniagaannya, kemudian memegang stereng tanpa berlapik apa-apa pula. Benar-benar seolah mahu memudahkan kerja polis bagi memberkasnya.

Eunha masih lagi dalam keadaan tercengang. Dia masih lagi tidak menyangka. Tidak pernah terbayang dek akal langsung.

"Ke-Kenapa...kenapa dia buat macam tu?" soal Eunha perlahan seraya memandang wajah Jungkook. Bergerak-gerak bola matanya menilik wajah sempurna tanpa ekspresi itu.

"Untuk hapuskan bukti" balas Jungkook tanpa teragak-agak.

"Bukti? Bukti apa?" soal Eunha bingung dengan dahi yang sedikit berkerut.

"Bukti yang baru awak dengar semalam" respon Jungkook senada.

"Rakaman...tu?" soal Eunha meminta kepastian setelah berfikir sejenak.

Jungkook mengangguk perlahan, mengiyakan.

"Lelaki tu probably sedar yang Yuju tengah record conversation dia. So,dia takkan biar lah Yuju bongkarkan pasal true colour dia dekat orang yang percayakan dia sangat tu. Jadi, dia pilih untuk langgar Yuju on the spot. Fortunately, ada footage waktu kejadian ni, so ada lah bukti kukuh untuk menang kes ni." jelas Jungkook panjang lebar secara ringkas dan terperinci. Ya, ada sedikit sindiran terselit spontan di dalam bicaranya.

Eunha terdiam seribu bahasa saat mendengar penceritaan suaminya itu. Kedua-dua tangannya perlahan menggenggam selimut yang menutupi kakinya dalam posisi bersila itu. Matanya sedikit sebanyak mulai memanas. Jadi, Yuju telah menjadi korban hanya untuk menghulur sebuah bukti kepadanya.

"Dia dah kena tahan. Polis bagitahu kemungkinan besar dia akan kena hukuman gantung sampai mati"




【 BBP S2:TRUST】
»133



    


"Dah gelap. Esok je pergi rumah appa" ujar Jungkook senada seraya menutup rapat pintu utama rumah agamnya. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya menghadap ruang tamu. Eunha yang statik berdiri di sampingnya langsung tidak dikerling.

Baru saja dia melangkah selangkah, lengannya lantas disambar Eunha di belakang. Secara tidak langsung telah menghentikan langkahnya sekali. Dia pun mengeluh perlahan.

"Awak" panggil Eunha perlahan sambil memandang figura Jungkook yang membelakanginya itu.

"Kenapa?" soal Jungkook tanpa nada sejurus saja memutar tubuhnya menghadap wanita itu. Dia menatap kosong wajah polos isterinya itu.

Eunha mengamati raut datar yang terlakar pada wajah Jungkook itu. Lalu, dia mengetap bibirnya singkat.

"Saya..." tutur Eunha perlahan teragak-agak. Bibir dikemam rapat seraya hujung baju blaus diramas.

Jungkook hanya diam, memerhati wajah resah itu, menanti bicara.

"Saya minta maaf." ucap Eunha perlahan sambil bola matanya bulat-bulat menatap wajah datar Jungkook.

"Semudah tu?" soal Jungkook langsung bersama kening yang dijongket sebelah.

"Eoh?" sahut Eunha terpinga-pinga dek respon dingin Jungkook itu.

"Semudah tu ke, Jeon Eunha?" soal Jungkook lagi, lebih penuh penekanan. Matanya tepat merenung wajah bingung Eunha.

Eunha sedikit tersentak.

"Awak–"

Terputus bicara Eunha langsung tatkala Jungkook meloloskan lengannya dari pegangan Eunha. Lalu, lelaki itu memutar tubuhnya menghadap sang isteri.

"Baru sekarang nak minta maaf lepas dah banyak benda awak lukakan saya? Alasannya apa? Sebab dah tahu benda sebenar? Sebab dah tahu siapa yang perbodohkan siapa?" soal Jungkook bertalu-talu sambil merenung wajah polos Eunha.

"Dah tak ada guna, Eunha." ujar  Jungkook senada, penuh penekanan.

"Hati saya,dah hancur. All thanks to you" sambung Jungkook dengan bicara yang ditekankan. Matanya tepat merenung wanita itu.

Eunha yang diserang bertubi-tubi dengan bicara pedas Jungkook itu tentulah tersentak hebat.

"Sayang" panggilnya perlahan dengan perasaan yang bercampur baur.

Jungkook merengus perlahan sebelum kembali bersuara.

"Saya dah agak semua ni lah. Puas seksa perasaan saya, seolah benda tu layak untuk saya sebelum ni, then bila dah dapat tahu perkara sebenar, semudah tu perkataan maaf keluar. Macam buat salah sikit" tutur Jungkook penuh penekanan dalam kekesalan. Wajah polos Eunha di hadapan ditatap tajam.

"Awak, saya–"

Tangan Eunha yang bergerak memegang lengan Jungkook itu lantas ditepis lelaki itu.

"Tak cukup awak lukakan hati saya dengan mulut awak hari tu, kali ni tambah dengan tipu saya pulak?" soal Jungkook kesal sambil merenung wajah serba salah Eunha.

"Sanggup tipu saya pasal kandungan awak" sambung Jungkook dingin sebelum merengus perlahan.

Eunha lagi-lagi tersentak. Dia terpana sebentar dek ujaran lelaki itu.

"Awak boleh fikir tak? Lepas kejadian yang awak bagitahu kandungan tu gugur, non stop. Non stop saya rasa bersalah. Saya rasa teruk. Saya rasa macam tak berguna. Sebab apa? Sebab tak dapat nak protect wife sendiri. Sebab dah jadi punca kandungan tu gugur. Sebab dah buat anak tak bersalah tu mati sebab masalah kita. Saya rasa teruk untuk hampir seminggu" hambur Jungkook panjang lebar dengan lancar.

"Then, bila saya dapat tahu yang kandungan awak sebenarnya baik-baik je, baru saya rasa, macam ni rasanya diperbodohkan wife sendiri. Awak buat saya hidup dalam rasa bersalah untuk hampir seminggu. Just sebab penipuan pentingkan diri awak tu. Terima kasih. Awak buat saya terluka lagi dengan perangai awak yang sekarang. Memang ini kan goal awak? Untuk buat saya terluka sangat-sangat, so that akan mudahkan proses penceraian kita. Am I wrong, Jeon Eunha?" sambung Jungkook dengan penekanan dalam kekesalan.

Eunha perlahan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"A-Awak, tak, bukan. Look, waktu tu saya–"

"Dah macam tak ada guna dah 'maaf' awak tu untuk saya sekarang. Dah terlambat. " tukas Jungkook langsung sambil menatap tepat ke wajah serba salah Eunha.

"Kali ni, hati saya memang dah betul-betul hancur,Eunha. Sebelum ni saya boleh sabar dengan awak. Apa yang awak buat, apa yang awak cakap, saya sabar. Saya boleh bertahan." tutur Jungkook mulai mencurahkan isi hatinya.

"Saya tetap bertahan dulu walaupun saya rasa betapa tak adilnya masalah kita. Saya tetap bertahan dulu walaupun awak cuma tahu nak salahkan saya,tuduh saya. Saya tetap bertahan dulu walaupun awak carik-carik hati saya hanya untuk lepaskan geram awak. Walaupun saya rasa tak adil semua tu, saya tetap bertahan, Jeon Eunha."

Eunha terhanyut dalam kebisuan tika mendengarkan hamburan Jungkook itu. Tentulah dia rasa bersalah. Ya, selepas tahu perkara sebenar.

"Saya rasa saya mampu nak betulkan balik semua tu. Saya sayang hubungan kita. Saya sayang awak. Tapi, rupanya, semua rasa yang saya korbankan waktu tu, awak langsung tak hargai kan, Jeon Eunha? Yang awak tahu, awak nak bercerai dengan saya. Awak nak berpisah dengan saya. Sanggup tipu saya. Sanggup cakap yang awak tawar hati dengan saya. Sanggup cakap yang awak dah sayangkan lelaki lain. Sanggup cakap semua tu untuk saya setuju ceraikan awak. Sanggup, lukakan hati suami awak sendiri untuk kepentingan awak" luah Jungkook panjang lebar penuh kesal.

Eunha hanya mampu membisu meski tersentak dengan bicara mendalam Jungkook. Bergerak-gerak perlahan bola matanya meneliti wajah kesal itu. Betapa teruknya sikapnya dahulu.

Jungkook menghela nafasnya perlahan. Bola matanya dilarikan ke arah lain buat seketika. Dia mengetap bibirnya sebelum mengatur nafasnya untuk kembali bersuara. Wajah Eunha di depan kembali ditenung.

"Saya, ada hati,perasaan macam awak jugak,Eunha. Saya pun boleh rasa kecewa, saya pun boleh rasa terluka, saya pun boleh rasa terseksa. Saya boleh rasa semua tu. Saya pun manusia" ujar Jungkook penuh penekanan. Nada suaranya sedikit bergetar.

"Walaupun saya tak pernah tunjuk sisi ni depan awak, tak bermaksud saya tak akan rasa semua tu. Awak asyik cakap saya tak fikir perasaan awak selama ni. Bukan saya yang tak fikir, tapi awak yang tak pernah nampak struggle saya. " sambung Jungkook bernada kecewa. Sepasang matanya merenung tepat ke dalam mata Eunha.

"Everytime, Jeon Eunha, everytime, saya korbankan rasa terluka saya just untuk pujuk hati awak, jaga hati awak, non stop minta maaf walaupun tak semua salah saya. Saya buat semua tu sebab saya fikir perasaan awak. Sebab saya lebihkan fikir keadaan hati awak dari saya sendiri" tutur Jungkook meluahkan apa yang dipendamkannya selama ini.

"Tapi, sampai bila? Sampai bila? Untuk berapa lama lagi saya nak lebih fikir hati perasaan awak while hati saya awak pijak-pijak?" sambung Jungkook menyoal dengan penuh kekesalan. Setelah itu, dia menghela nafasnya perlahan. Ditarik sedalamnya nafas lalu dihela lagi. Cuba mengatur nafasnya yang mulai terkesan dek rasa sesak di dada. Sebak mengenangkan penderitaannya sebelum ini.

Eunha kekal membisu. Dia mengemam bibirnya rapat seraya menunduk perlahan memandang lantai. Tiada apa yang perlu dinafikan tentang itu,malah dia mengakuinya. Sememangnya dia seteruk itu dahulu.

Jungkook mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Nafas yang kian tidak keruan dihela perlahan.

"Yea, I'm your husband. I need to be strong in order to protect you. Tapi, sampai bila saya nak jadi kuat untuk jaga hati perasaan awak while hati saya dah terlalu hancur, Eunha?" soal Jungkook dengan nada yang sedikit serak dan bergetar. Matanya juga mulai memanas.

Eunha mengetap bibirnya kuat saat mendengar bicara suaminya itu. Bertambah bersalah hatinya terasa. Hujung baju blaus digenggam kuat. Dia masih menunduk memandang lantai.

"Saya, tak kuat macam awak fikir,Eunha. Mungkin saya jarang tunjuk rasa sedih saya depan awak, mungkin saya jarang tunjuk air mata saya depan awak, tapi bila sampai macam ni, bila sampai hati saya dah hancur, dah tak boleh nak tanggung, this is what you will see now" ujar Jungkook dengan nada yang lebih serak seraya cecair jernih pun mengalir perlahan membasahi pipi. Hal yang sangat ditahannya selalu.

Eunha pun perlahan mengangkat kepalanya tatkala mendengar nada suara bergetar Jungkook itu. Dia memandang wajah lelaki itu dengan tatapan redup. Tepatnya, pada deraian air mata yang keluar dari mata suaminya itu.

Menyaksikan itu, sedikit sebanyak menyesakkan juga dada Eunha. Lelaki itu sangat sukar untuk mengalirkan air mata. Jadi, hal itu sememangnya satu pencapaian yang hebat dari Eunha dimana dia mampu membuat air mata lelaki itu tumpah. Kerananya.
   
"Ya, sekarang awak nampak, sisi lemah saya." ujar Jungkook dengan nada rendah sebelum jemarinya naik menyeka air matanya. Dia mengukir senyuman kecil. Tepatnya, senyuman pahit.

Eunha menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan dalam serba salah. Bola matanya bergerak laju menilik wajah derita sang suami. Langsung saja dia melangkah mendekati figura itu.

"A-Awak, saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya dah lukakan hati awak. Saya dah sakitkan hati awak. Saya dah buat hati awak hancur. Saya minta maaf–"

"Dah, Eunha. Cukup. Awak dah berjaya buat saya menyerah dah pun, Jeon Eunha. Awak dah berjaya buat saya putus asa untuk pertahankan hubungan kita. Jadi, dah tak ada guna dah semua tu untuk saya. Untuk kita." tukas Jungkook sambil menatap wajah penuh serba salah Eunha. Mata wanita itu mulai berair.

Eunha menggelengkan kepalanya laju. Air matanya mulai berlinangan keluar.

"Awak, tolonglah. Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tahu saya paling bersalah dalam hal ni. Saya ego. Saya pentingkan diri. Saya tak fikir pasal awak. Saya teruk. Saya minta maaf,awak" ucap Eunha bertalu-talu dengan penuh terdesak dan merayu. Matanya yang berair menatap penuh terdesak wajah Jungkook.

"Dah. Awak yang nak hubungan kita jadi macam ni kan dulu? Awak yang nak sangat saya ceraikan awak sebab rasa benci awak dekat saya kan? Jadi, sekarang, tak perlu rasa bersalah,tak perlu rasa menyesal. Kita sama-sama dah setuju dalam borang tu" ujar Jungkook sambil mengamati wajah Eunha yang kemerahan dek tangisan yang keluar.

Lagi deraslah air mata wanita itu berjurai membasahi pipi saat hal itu dibangkitkan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya laju. Tangannya langsung bergerak meraih tangan Jungkook. Digenggam tangan kekar itu dengan kedua-dua tangan kecilnya.

"Awak, saya minta maaf. Saya minta maaf, awak. Saya minta maaf. Saya dah tipu awak–"

Ucapan penuh rayu Eunha itu terpotong begitu saja apabila Jungkook meloloskan perlahan tangannya dari genggaman wanita itu. Dia menatap wajah terdesak itu.

"Don't be sorry. I trusted you. My mistake. Not yours." ujar Jungkook penuh mendalam sebelum mengatur langkahnya ke pintu depan.

"A-Awak, awak–"

Eunha yang tergopoh-gapah menggapai tangan Jungkook saat berjalan melepasinya itu, diloloskan perlahan oleh lelaki itu sebelum kembali melangkah dan keluar dari rumah. Meninggalkan wanita yang penuh terdesak dan penyesalan di sana.

Pintu tertutup rapat. Hilang sosok tubuh seorang Jeon Jungkook dari pandangannya. Dadanya mulai merasa lebih sesak. Air matanya berjurai-jurai keluar membasahi pipi. Perlahan-lahan dia duduk mencangkung sebelum terduduk di atas lantai. Bahunya terhinjut-hinjut disela sedu dalam tangisan. Dadanya terasa sungguh sesak tidak terkira.

Saya minta maaf.

━━━━━━━━━━━━━━━
    

Even the smallest LIE can break the biggest TRUST”

━━━━━━━━━━━━━━━

    

AIYAYAYAYA

HA BARU NAK MENYESAL

AMBOI DIAAA

DAH TERBONGKAR EVERYTHING PUN TAK BOLEH NAK SETEL LAGI YE

ADAKAH ANDA BAKAL MELIHAT ADA ORANG JADI COLD NANTI

AHAKS

ENTAH BILAAAAA LAH FF NI NAK HABIS ENTAH

KENA BUAT S3 PULAK NI

AHAHAHAHHA

K TAK.

MEMANG TIDUCK LA YE.

FF GENRE MAIN CAST DH KAHWIN NI SENDU DIA LAIN MACIEMMM

JADI, SAMA² LAH KITA MENGELAKKAN KESENDUAN YANG MELAMPAU.

HALAH DUN WORREYH, KALI NI MMG OFFICIAL YE FF NI DAH NAK KE PENGHUJUNG DAH.

SAD KE HAPPY ENDING?

AMESTILAH AKU TAKKAN BAGITAHU

MUAH

HA HARI TU GUWE MAU BEBEL PASAL UPCOMING FF KAN

ASHOOO, SINI SEYA AKAN BAGITAHU.

AKU BAGITAHU TAK SEMUA OKEY, JUST BASIC II JE

TAK SEPRAIS NNTI KALAU REVEAL SMUA

SO, SIAPA UPCOMING MAIN CAST NEXT FF?

*KETUK II AIR FRYER*

YE, ITU DIA.

TANAK LA BAGITAHU

AHAHAHAHAHA

OK II GURAU EM

HA SEKETUL LAHIR TAHUN 95,SEKETUL LAGI 96.

SIAPAKAH DIAAA?

DAH JELAS KOT. HALAH.

MESTILAH AKU.

TAK, TAK,TAK PAYAH DENGKI

SO, HA. SI DUA KETUL MANUSIA YG PERNAH MENYENDUKAN KORANG JUGAK DULU.

YE AKU TAHU, KORANG MESTI MACAMMM, KENAPA BANYAK EUNKOOK TAERIN JE?

BUKAN BANYAK, MMG SMUA DIORANG DKT FF AKU AHAHAHAH

EH SINHOPE–

EH YUMIN–

EH MAKNAE LINE ABUNKTAN SUME–

TAK, AKU EKCELI NK TRY JE BUAT SHIPPER LAIN, TAPIIII SINCE AKU TAK PERNAH CUBA, SO AKU TAKUT CHEMISTRY STORY AKU TU TAK SAMPAI, KO TAHU?

PASTU AKU RASA STORYLINE FF BARU TU SESUAI DGN KIMTAE DGN YERIN.

CAKAP JE LA KAU BIASED DORANG. BANYAK ALASAN JE–

HALAH DIAM.

LAGIPUN AKU MCM DH SELESA DGN DUA PASANG MAIN CAST NI. SO, HA.

TAPI, IN THE FUTURE INSYAALLAH AKU CUBA TRY TEST SHIPPER LAIN PULAK EH. ADA IDEA NANTI I CUBA

HA DAH JAUH MELENCONG.

OK, SO UPCOMING FF NI AKU TAKKAN BAGITAHU LAH TAJUKNYA APA, STORYLINE DIA APA, SIDE CASTNYA SIAPA, GENRE NYA APA

HA. SEMUA TU SESURIPRIS YE AHAKS

TAPI, YANG AKU BOLEH BAGITAHU, UPCOMING FF NI AKU TAK PERNAH LAGI CUBA GENRE NI.

TACHODDDD

SINCE AKU BARU NK CUBA GENRE TU, SO AKU TAK CONFIDENT SGT LAH. AKU TAKUT TAK BOLEH CARRY NANTI AAAAAAA

KALAU AKU TAK BOLEH CARRY CANE GAIS? TAK KE RUGI–

HA DATANG DH OVERTHINKING DIA

DASAR MINYU. NASIB LAWA.

LAH MEMBAWA KEDENGKIAN BETHOL

APAPUN, AKU CUBA LA YG TERBAIK UTK BUAT FF TU BERJAYA SAMPAI KE PENGHUJUNG. HARAP BOLEH LA YE

ASHETEI TIUN JE LA NANTI.

HUWA TACHOD.

SO, BEGITULAHHH

EKSAITED TAK EKSAITED TAK?

EHE

OK TU JE

PANJANG BETHOL BEBEL HARINI YE

SO, VOTE TAU AWAK😊

VOTE LA!

KO VOTE SKRG *ACU ASPARAGUS*

Ye ugutan mesra.

A

KU TYPE HALF DARI CHAP NI DGN TGN SAKIT HA–

K BYE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro