Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷13

YA DUA HARI TAK APDET, ASORRY LAH YA

CHAP NI BOLEH THN PANJANG THAT'S Y AKU ASYIK KENA POSTPONE JAP SBB PENAT TAIP EM

HA DH, VOMMENT YA BIJAK II SEKALIAN :)

Vote pun dah ok ya uhuk

EH TAK TAK AKU XCKP YG TAK VOTE TU TAK BIJAK-

Hm












DUA hari sudah berlalu, bererti hari yang sangat ditunggu-tunggu seorang Jeon Eunha sudah tiba. Bukan saja ditunggu-tunggunya, tahap keterujaannya itu juga sudah berada di tahap lain. Malah, pada hari graduasinya itu pun dia tidaklah seteruja ini.

Ya. Hari yang dimaksudkan adalah hari dimana temuduga pengambilan pekerja baru di Syarikat pembangunan dan pemasaran, MH development yang diadakan pada hari ini.

EUNHA kini berdiri di hadapan cermin besar yang dilekat pada dinding bersebelahan almari pakaian, menilik pemakaiannya yang tersarung kemas pada tubuh kecilnya itu. Lama dia memerhati sut satu set seragam berwarna merah jambu cair yang dipakainya itu. Masih ragu-ragu dengan pemakaian formalnya itu. Maklumlah, ini kali pertama dia akan menghadiri temuduga kerja. Tambahan pula di syarikat yang besar dan masyhur itu.

"Boleh ke suit ni? tak over sangat kan?" gumam Eunha sendiri sambil sesekali dia memusingkan badannya ke sebelah kiri, diikuti sebelah kanan. Blazer yang tersarung kemas di luar kemeja putihnya itu dirapikan sedikit.

"Hmmm,boleh kot ni. Tapi, kenapa rasa macam colour dia light sangat je? Takkan nak tukar--"

"Eoh, aku gerak pukul 10 nanti"

Suara Jungkook yang menyapa telinga Eunha itu langsung membuatkan wanita itu memusingkan badannya. Dia memandang Jungkook yang hanya memakai baju T putih bersama seluar track, berdiri di sebelah katil. Lelaki itu sedang melekapkan telefon di telinga sambil tangan kirinya ligat menggosok-gosok rambutnya yang basah menggunakan tuala.

"Eoh, araso" respon Jungkook buat manusia di hujung talian itu, iaitu seketul Kim Mingyu. Dia kemudiannya mematikan panggilan dan telefon pintarnya diletakkan di atas katil.

"Awak, awak, awak" panggil Eunha dengan nada comel yang semulajadinya itu sambil berjalan menghampiri Jungkook. Seterusnya, dia berdiri di hadapan lelaki itu.

Jungkook yang sedang giat menggosok-gosok rambutnya menggunakan tuala itu perlahan-lahan terhenti tatkala melihat penampilan isterinya itu. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan dahinya berkerut.

"Eodiga?" soal Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah.

Eodiga=nak pergi mana?

"Lah, kan hari ni saya nak pergi interview dekat company appa" jelas Eunha.

"Ah, maja. Lupa pulak hari ni" balas Jungkook seraya menepuk dahinya perlahan.

Eunha berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil. Dia kemudiannya merapikan blazernya dan berdiri tegak di hadapan Jungkook.

"Ah, saya nak tanya opinion awak ni. How's my outfit? Nampak attract attention sangat ke? Ke nampak tak sesuai untuk pergi interview? Saya nak kena tukar suit colour lain ke? Hitam? Kelabu? Putih?" soal Eunha bertalu-talu sambil matanya tak lepas memandang wajah sempurna Jungkook di hadapan.

"Aniya. No need. Already fine. Apa yang tak sesuainya?" respon Jungkook yang diakhiri soalan bingungnya. Kening dijongket sebelah.

"Tak ada lah. Mana la tahu kan, pakai suit colour light macam ni terus dikira tak formal ke untuk attend interview" jelas Eunha sebelum tersengih kecil.

"Tak lah. Dah okey dah macam ni. Formal bukannya based on colour. As long as the outfit is formal already, then all is fine" terang Jungkook sebelum mengulum senyuman buat Eunha.

"Betul ni? Nanti kang diorang halau saya sebab pakai suit colour macam ni, macam mana?" seloroh Eunha.

Jungkook berdecit perlahan. Dia tertawa kecil sebelum bersuara. Kepala digeleng perlahan.

"Tak adanya sampai tahap kena halau. Bukannya sayang pergi interview tu pakai gaun" ujar  Jungkook bersahaja.

Eunha yang tadinya hanya polos memerhati wajah Jungkook itu langsung mengukir senyuman lebar.

"Okey la kalau macam tu. Saya pergi dulu lah. Bye bye" pamit Eunha sekali harung sebelum menekup wajah Jungkook lalu langsung mencium sekilas bibir suaminya itu. Kemudian, dia berdiri seperti sediakala setelah menjinjit kakinya tadi. Setelah itu, dia lantas meraih beg kerjanya yang berada di atas katil dan terus berlari anak ke pintu bilik.

"Wish me luck, okayy!" pesan Eunha riang seraya menoleh memandang Jungkook seiring dengan kakinya yang setia melangkah untuk keluar dari bilik.

Jungkook berdecit perlahan sebelum menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

Setelah itu, Eunha langsung memusingkan badannya ke hadapan kembali dan melangkah keluar dari bilik tidur yang luas itu. Pintu ditutup.

Jungkook sekali lagi berdecit perlahan melihat telatah riang Eunha itu. Dia kembali meneruskan sesi mengeringkan rambutnya menggunakan tuala itu.

Tiba-tiba, pintu dibuka kembali. Kemudian, terjengul lah kepala Eunha yang dijengukkan sedikit di antara ruang yang terhasil itu.

"Oh, saya lupa. Hehe. Makanan dah ada dekat dapur. Sebelum pergi office, makan dulu, okey? Jangan tak makan pulak. Penat saya masak!" pesan Eunha yang diakhiri nada sengaja dibuat garang. Tapi hasilnya tetap tidak menakutkan-

"Also, sorry tak dapat makan sekali dengan awak. Okey tu je. Bye, muah!" sambung Eunha dengan cerianya sebelum pintu kembali ditutup.

Jungkook yang melihat karenah isterinya yang terlebih riang itu hanya mampu membuatkan dia tergelak sendiri di situ.




【 BBP S2:TRUST】
»13



    

"Hah, Ju. Nasib baiklah kau pun pakai suit colour light. Aku takut betul time on the way sini tadi ha. Buatnya aku sorang je pakai suit pink, ada jugak aku balik tukar outfit" hambur Eunha saat mendapati Yuju yang baru tiba itu memakai suit seragam berwarna peach.

Yuju berdecit perlahan sebelum tergelak kecil.

"Kau kalau tak gelabah sebab overthinking kau sendiri memang tak lengkap hidup kan?" perli Yuju sebelum merangkul bahu Eunha.

Eunha berdecit sebelum mencebikkan bibirnya.

"Dah la, jom masuk. Lagi 5 minit nak start ha" ajak Yuju seraya mengorak langkahnya dengan lengan kanannya yang setia merangkul bahu Eunha.

Mereka berjalan masuk ke dalam bangunan besar syarikat MH itu. Melopong luas mulut kedua-dua gerangan itu saat memijak lantai lobi syarikat itu. Persekitaran yang terlalu luas dan berdekorasi ringkas namun terlihat mewah.

"Pergh, Na... Mewah betul company appa kau" tutur Yuju perlahan dengan nada yang kagum namun dia sudah seperti hanyut oleh kemewahan persekitaran syarikat itu.

"Itu lah..." balas Eunha yang juga bernada seperti Yuju sambil matanya meliar di sekeliling. Meskipun Eunha adalah anak kepada pemilik syarikat ini, dia langsung tidak pernah jejak ke dalam bangunan syarikat ayahnya ini. Ini adalah kali pertama buatnya.

"Eh, weh. Kita ni dah macam berhalusinasi dekat tengah-tengah lobi ni dah kenapa?" soal Yuju yang sepertinya baru sedar ke realiti. Dia memandang Eunha yang masih tidak henti dari sesi jakunnya itu.

"Eo-eoh? Eoh, ye. Dah la tinggal lagi lima minit je. Jom, jom" seloroh Eunha yang drastik tersedar dan langsung bergegas ke kaunter penyambut tetamu. Diikuti Yuju di sebelah.

"Um, hai" sapa Eunha pada staff penyambut tetamu itu. Gerangan itu sedang sibuk menghadap komputer ribanya hingga tidak sedar kehadiran dua wanita di hadapannya itu.

"Oh, hai. Boleh saya bantu?" soal staf itu serta-merta dengan mesra setelah menyedari keberadaan Eunha dan Yuju di hadapan.

"Kitorang datang untuk interview. Boleh kami tahu dekat mana waiting room untuk tu?" soal Eunha sambil matanya fokus memandang pekerja perempuan itu.

"Oh, sure. Awak berdua jalan straight, then belok kanan, ada lif, naik ke tingkat dua, and then belok kiri. Nanti ada lah signboard kecil yang boleh guide awak berdua ha" terang pekerja itu sebelum mengukir senyuman kecil.

"Oh, okay. Kamsahamnidaa" ucap Eunha dengan senyuman sebelum menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Begitu juga Yuju.

"Kajja, kajja. Tak sempat nanti"




【 BBP S2:TRUST】
»13



    


"Na, angka giliran kau berapa?" soal Yuju sambil memandang Eunha yang sedang berjalan beriringan dengannya itu menuju ke ruang menunggu.

Mereka baru saja selesai mengambil angka giliran secara rawak dari seorang pekerja yang bertugas di situ.

Eunha menilik sekilas kertas kecil di tangannya itu sebelum bersuara.

"Oh, 43. Kau?" respon Eunha sebelum menyoal Yuju kembali. Kali ini gilirannya pula memandang Yuju di sebelah.

"Aloo, aku 51. Tak dapat masuk sekali lah kita nanti" balas Yuju sebelum menarik muncungnya panjang. Dia berdecak kesal.

Eunha menganggukkan kepalanya dengan bibir yang dicebik.

"And, means aku akan pergi dulu. Ah, eotokhaeee? Nervous terus lah aku macam ni" tutur Eunha resah sebelum meraup mukanya. Dia mengemam bibirnya.

"Ye, dan aku lepas turn kau, Eunha" sambung Yuju sebelum melepas keluhan panjang. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong yang disediakan.

"Ah, sekarang dah turn berapa, Ju? Aku betul-betul nervous ni. Nanti kalau semua jawapan yang aku prepare untuk jawab tu aku blank terus macam mana?" hambur Eunha sambil menayang wajah gementarnya pada rakannya itu. Dia kemudiannya menghenyakkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Yuju itu.

"Chill, Na, chill. Jangan nak nervous sangat, nanti bawa bala je semua tu. Sekarang ni kau cuba chill dulu. Tarik nafas..." pesan Yuju bersungguh sambil memandang tepat pada wajah resah Eunha itu.

Eunha pula hanya akur dengan arahan Yuju itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"--okey, jangan lepas. Membazir" sambung Yuju selamba sebelum memandang ke hadapan.

Eunha yang sedang menahan nafas, kononnya mahu menunggu arahan dari Yuju itu langsung menghela nafasnya kasar dek tuturan berloyar buruk rakannya itu. Tangannya lantas menampar bahu Yuju sebal.

Terletus tawa Yuju sambil tangannya ligat menggosok bahunya yang boleh tahan sakit itu akibat ditampar Eunha.

Berbisa juga tangan si 163 cm ni!

Eunha yang tadinya merenung tajam Yuju secara tidak langsung tertawa sekali saat melihat reaksi rakannya itu. Sejujurnya respon Yuju tadi boleh tahan menghiburkan hati juga.

Dan, secara tidak langsung, itu sedikit sebanyak mengurangkan perasaan gementar yang terbit dalam diri kedua calon temuduga itu tadi.

Sedang giat Yuju tertawa yang masih dikawal itu, matanya tiba-tiba saja tertancap pada satu figura yang baru saja keluar dari ruang temuduga. Tawanya perlahan-lahan reda.
Melopong mulutnya saat melihat lelaki itu.

Dengan mata yang masih tak lepas memandang lelaki itu, tangan kanannya bergerak menepuk lengan Eunha berkali-kali.

"Na, Na, Na, Na" panggil Yuju berulang kali sambil matanya setia memerhati figura yang tak jauh dari mereka itu. Kelihatan lelaki itu sedang bercakap dengan seorang pekerja wanita.

"Ye, ye, ye kenapa?" sahut Eunha terpinga-pinga sambil memandang Yuju dengan matanya yang agak membuntang itu.

"Tu, kau toleh belakang kejap" arah Yuju seraya memandang sekilas Eunha sambil tangannya menepuk bahu rakannya itu.

Eunha mengerutkan dahinya sebelum menoleh belakang. Matanya meliar sekitar ruang di situ. Namun, dia masih bingung apa yang ingin disampaikan Yuju itu. Baru saja dia ingin memandang Yuju kembali, rakannya itu kembali bersuara.

"Tu, dekat depan pintu bilik interview tu, tu Yugyeom kan?" soal Yuju sambil matanya lurus memandang figura lelaki tinggi lampai yang kemas berpakaian sut, tidak jauh dari mereka.

Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, untuk menjelaskan lagi penglihatannya. Tidak lama selepas itu, mulutnya melopong saat dia yakin akan gerangan itu.

"Ye lah. Tu Yugyeom" tutur Eunha dengan nada tidak menyangka saat menoleh memandang Yuju kembali.

"Eoh. Kejap, aku panggil dia" ujar Yuju menawarkan dirinya. Dia berdiri separa lalu melambai kecil kepada Yugyeom yang kebetulan sedang memandang ke arah ruang menunggu.

"Yugyeom!" laung Yuju separa lantang sambil tangannya setia melambai-lambai, bagi menarik perhatian lelaki itu.

Yugyeom yang baru sedar akan keberadaan Eunha dan Yuju di situ langsung menayang wajah tidak menyangka. Kemudian, dia langsung berjalan menghampiri dua figura itu.

"Eh, kau datang sini untuk interview jugak ke?" soal Yuju serta-merta sebaik saja lelaki itu berdiri di hadapannya dan Eunha.

"Eoh. Baru je habis" balas Yugyeom sebelum mengulum senyuman kecil.

"Eoh? Awak dah habis interview? Then, lepas tak?" soal Eunha dengan ekspresi wajah yang jelas menunjukkan dia ingin tahu.

"Eoh. Lepas" jawab Yugyeom dengan senyuman lebar.

"Wahhh, lega dah la kauuu. Kitorang pulak yang bertambah nervous ni" seloroh Yuju sambil mengurut dadanya berkali-kali, bertujuan mahu kurangkan rasa gementar dalam dirinya. Eunha mengangguk laju, menyetujui tuturan Yuju itu.

Yugyeom berdecit perlahan.

"Come on lah, Choi Yuna. Kau paling betah bercakap kalau time presentation dulu. Interview ni yang cuma jawab 2-3 soalan je, takkan la nak nervous?" tukas Yugyeom sebelum tergelak kecil.

"Aduh, nak buat macam mana? Aku berjangkit dengan si Eunha ni la. Tak pepasal aku join nervous sekali" seloroh Yuju sambil menggosok-gosok kedua-dua tangannya. Eunha pula langsung menjeling protes Yuju apabila namanya pula dipetik.

Yugyeom tersenyum kecil. Dia menggeleng perlahan.

"Oh, Gyeom. Macam mana kau boleh datang interview sini?" soal Yuju dengan kening yang terangkat sebelah, membuka topik baru.

"Eh, hari tu kan aku dah bagitahu kau, yang aku akan cuba apply dekat company kawan appa aku--"

"Eh, so company ni lah company kawan appa kau tu?" soal Yuju yang langsung memotong percakapan Yugyeom itu akibat dari rasa tidak menyangkanya itu.

"Eoh. Kenapa?" balas Yugyeom bingung. Dia memandang Yuju yang sedang mengerling Eunha seakan berkomunikasi dengan isyarat mata. Bertambah hairan dan bingung dia dibuatnya.

"Ah, tak ada apa. Cuma tak sangka je" tukas Yuju drastik sebelum tersenyum kecil.

Yugyeom mengangguk kecil walaupun sebenarnya dia masih tidak dapat menerima jawapan itu.

"Then, korang pulak? Macam mana boleh datang interview sini?" soal Yugyeom dengan kening yang terangkat sebelah.

"Oh, itu sebab appa--kdnskdisoslkdo!"

Tergopoh-gapah Yuju bercakap apabila mulutnya pantas ditekup Eunha. Habis semua bahasa Uranus, Marikh, Pluto keluar. Bakat terpendamlah katakan.

Eunha menjegilkan sedikit matanya buat Yuju sebelum dia memandang Yugyeom yang terkebil-kebil di hadapan. Satu senyuman diberikan.

"Itu sebab appa...?" soal Yugyeom bingung yang tertanya-tanya tentang jawapan Yuju yang tergantung itu.

Eunha tersenyum kecil sebelum meleraikan tekupan tangannya dari mulut Yuju. Dia menggaru-garu pipinya yang tidak gatal.

"Ah, itu sebab appa...saya. Ha, appa saya yang suruh saya datang apply sini. Ha, macam tu lah. Sebab tu kitorang ada sini sekarang" jelas Eunha seringkas yang boleh. Tak mahu pula dia membongkarkan soal hubungannya dengan tuan pemilik syarikat ini. Tak mahulah nanti orang sekeliling berfikir yang keberadaannya untuk menemu duga di syarikat ini hanya disebabkan pangkat ayahnya itu.

Yugyeom mengangguk perlahan. Sekali lagi dia seakan tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan Eunha itu.

"Tapi--"

"Angka giliran 40,41,42 dan 43, sila masuk ke ruang temuduga" arah seorang pekerja lelaki yang bergelar pengurus itu. Fail di tangannya diturunkan ke sisi sebelum matanya memandang seisi calon temuduga di ruang menunggu itu.

"Oshut. Na, turn kau. Hwaiting, hwaiting!" Tutur Yuju seriang yang boleh bagi menyemangatkan rakannya itu.

Eunha menggosok-gosok kedua-dua tangannya yang langsung berubah dingin itu sambil bibir dikemam. Dia menggagahkan juga untuk mengukir senyuman kecil kepada Yuju sebelum kakinya dihayun ke ruang temuduga.

"Hwaiting, Jeon Eunha!"




【 BBP S2:TRUST】
»13



    


"Baik, sila duduk" arah seorang lelaki lingkungan lewat 30an yang merupakan salah seorang dari ketiga-tiga penemuduga yang lain.

Mendengar saja arahan dari sang penemuduga itu, perlahan-lahan calon-calon melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan itu. Termasuklah seorang Jeon Eunha.

Eunha mengemam bibirnya. Bola matanya bergerak perlahan, menilik seorang demi seorang penemuduga yang berjarak lebih dari semeter dari tempatnya duduk itu. Dari penemuduga yang pertama sehinggalah yang ketiga, ekspresi wajah yang ditayangkan mereka itu tidaklah terlalu tegang.

Namun, tidak bagi gerangan penemuduga yang keempat itu. Ekspresi wajahnya tegang, serius dan tampak tegas. Penemuduga wanita itu sedikit sebanyak menambahkan gementar dalam diri Eunha. Meskipun wajahnya yang cantik dan menawan dan memiliki wajah berdarah kacukan Amerika itu, itu sedikitpun tidak memudarkan ekspresi dingin di wajahnya.

Eunha melepaskan keluhan kecil. Dia menggenggam kedua-dua tangan kecilnya yang berkondisi dingin yang teramat itu. Makin gementar rasanya mahu memandang penemuduga keempat itu. Sudahlah dia duduk betul-betul berhadapan dengan sang penemuduga tegas itu.

"Siapa nak mula dulu?" soal penemuduga keempat itu atau lebih tepat bernama Jung Soojung. Lebih dikenali sebagai Pengurus Jung. Nadanya mendatar namun jelas kedengaran tegas. Matanya memandang seorang demi seorang calon di hadapannya.

Senyap.

Lengang.

Sunyi.

Tiada seorang pun yang bersuara. Masing-masing cuba melarikan bola mata ke arah lain. Tiada keberanian untuk sukarela memulakan sesi temuduga dahulu.

Soojung mengetap bibirnya saat menyedari tiada seorang pun yang sukarela. Dia merengus perlahan, namun masih dapat didengari kesemua manusia di dalam ruang itu. Pantang sangat dia dengan orang yang tiada keyakinan diri dalam keadaan seperti ini. Fail-fail resume yang berada di pegangannya itu dihempas agak kuat di meja.

"Saya tanya sekali lagi. Siapa. Nak. Mula. Dulu?"

Soalan diulang sekali lagi. Tetapi dengan lebih tegas. Renungannya yang tajam memerhati kesemua calon di hadapannya itu.

Sama. Masih sama. Tiada yang bersuara.

Soojung mengeluh kasar. Dia memejamkan matanya rapat. Cuba untuk bersabar.

"Saya, puan. Saya akan mula dulu" tutur Eunha yang akhirnya mengurangkan sedikit berang pengurus yang tegas itu. Itu pun, sudah terseksa Eunha ingin mengumpul keberanian dan keyakinan dirinya untuk sukarela merespon.

Soojung yang sedang memejamkan mata tadi langsung mencelikkan matanya, memandang gerangan di hadapannya itu. Dia mengeluh kecil sebelum menganggukkan kepalanya perlahan.

"Baik, silakan" respon pengurus besar itu mendatar.

Eunha mengangguk kecil. Dia mengemam bibirnya sebelum berdiri. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan. Tangannya menggenggam erat hujung seluar slacknya.

"Anyeonghaseyo. Jeon Eunha imnida" tutur Eunha agak lantang sebelum membongkokkan tubuhnya 90°. Kemudian, dia kembali menegakkannya kembali.

Perkenalkan dirinya terlalu ringkas? Ya. Memang sepatutnya ringkas sebegitu. Sesi temuduga kerja bukannya untuk membebel tentang biodata diri. Cukup sekadar menyebut nama penuh.

Soojung menganggukkan kepalanya perlahan sambil matanya setia menilik Resume milik Eunha. Setelah itu, dia mengangkat kepalanya, memandang Eunha.

"Okey,bagitahu kami sebab, kenapa kami perlu pilih anda?" soal Soojung sambil memandang lurus ke arah Eunha yang sedang berdiri itu.

Eunha menghela perlahan nafasnya sebelum bersuara.

"Baik,saya boleh mengendalikan dengan baik jika jawatan yang diberikan kepada saya adalah yang berkaitan dengan pembangunan dan pemasaran. Saya pernah bekerja dalam bidang ni suatu waktu dahulu untuk tempoh hampir setahun. Saya berkebolehan dalam menyusun strategi pembangunan dan pemasaran. Dan, berkaitan dengan pelan pembangunan pula, saya sudah mahir dalam mengenalpasti setiap istilah yang digunakan. Jadi,saya rasa tak ada masalah bagi saya untuk mana-mana bidang jika diberikan kepada saya" respon Eunha dengan lancarnya walaupun ada sedikit getaran dalam nadanya, kesan dari gementar yang terasa.

Keempat-empat penemuduga itu mengangguk perlahan. Tangan yang memegang pen, mula mencatat sesuatu pada helaian kertas masing-masing.

"Baik, kenapa anda inginkan kerja ini?" soal penemuduga yang kedua, lelaki lewat 40 an, Kim Jong Nam. Merupakan seorang pengarah di jabatan pembangunan.

Eunha kini beralihkan pandangannya ke arah Pengarah Kim pula. Dia menarik nafasnya sebelum dilepaskan. Perkara yang sama dilakukan sebelum merespon.

"Jadi, seperti yang saya maklumkan tadi, saya sudah bekerja dalam dua bidang di satu syarikat dalam daerah ini juga selama hampir setahun. Bukan waktu yang lama, tapi saya seorang yang cepat belajar. Jadi, sebab kenapa saya mahukan kerja ini adalah kerana saya ingin luaskan lagi kemahiran dan pengalaman saya dalam mana-mana bidang ini. Dan, memandangkan saya sudah sedia maklum tentang bidang ini, jadi saya fikir, saya akan lebih menghargai pekerjaan saya kerana saya sangat sukakan kedua-dua bidang ini" jelas Eunha panjang lebar sebelum melepaskan perlahan nafasnya yang agak tidak teratur itu.

Kesemua penemuduga itu sekali lagi merespon dengan anggukan. Dicatat apa yang patut.

"Baik. Soalan terakhir, ceritakan kepada kami, apa yang anda akan lakukan sekiranya anda tidak menyetujui sesuatu keputusan yang dibuat oleh rakan sepasukan anda?" soal SooJung yang sepertinya memberi soalan rawak kepada Eunha. Matanya lama merenung wajah polos Eunha itu.

Eunha yang sememangnya tersentak oleh soalan rawak itu sedikit sebanyak menambahkan lagi gementar dalam dirinya. Namun, dia mencuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan rasa gentarnya itu dan berlagak tenang. Dia mengemam bibirnya sebelum bersuara.

"Baik, um.. Saya akan...menyuarakan terlebih dahulu bahwa sekiranya saya tidak bersetuju. Seterusnya, saya akan berbincang secara tenang dan produktif untuk mengelakkan sebarang perbalahan. Tentunya saya akan mengongsikan dahulu pendapat saya dan sebab kenapa saya tidak bersetuju. Bukan untuk mempertikai, cuma untuk memberi pandangan. Um.. Ya. Macam tu. Saya cakap hal ni berdasarkan pengalaman saya ketika bekerja dulu" respon Eunha yang agak lancar dan ringkas itu. Dia mengulum senyuman kecil buat kesemua penemuduga yang memberi perhatian kepadanya itu. Sambil itu, tangannya ligat menggengam erat hujung baju, untuk melepaskan rasa gementarnya itu.

Usai saja Eunha memberi responnya, keempat-empat penemuduga itu mengangguk kecil. Mereka sedikit berbisik-bisik sesama sendiri, barangkali berbincang.

Eunha pula sudah tak mampu melihat kelakuan kesemua penemuduga itu. Ianya telah menambah rasa gementar yang lebih dasyat dalam dirinya. Dia mengemam bibirnya. Mata meliar ke sekeliling ruang yang luas itu.

"Huwaaa nak balikkk!"

Jerit Eunha di dalam hatinya itu. Dia sedikit menayang wajah cemberutnya buat seketika. Dia cuba mengatur nafasnya yang tidak keruan itu. Ditarik dan dilepas. Itu yang dia lakukan sementara menunggu pihak penemuduga itu selesai berbincang.

Sudahlah tak suruh dia duduk!

"Kalau tahu macam ni punya nervous bila interview, baik pergi kerja dekat company Jungkook je. Kdnsldjdlowls"

Getus Eunha di dalam hati. Sempat lagi dia merungut di situ. Dia memandang siling yang putih bersih itu lalu satu keluhan kecil dilepaskan. Pipi dikembung sekejap, lalu dikempiskan semula. Masih dalam fasa menghilangkan rasa gementarnya.

"Jeon...Eunha" gumam Pengarah Kim yang sedang menilik Resume milik Eunha itu, ingin mengesahkan nama calon yang sedang berdiri statik itu. Dia kemudiannya mengangkat kepalanya, memandang Eunha yang sedang meliarkan matanya ke setiap sudut dengan pipi yang dikembungkan. Pengarah besar jabatan pembangunan itu langsung berdecit perlahan melihat telatah figura itu.

Bukan saja Pengarah Kim yang melihat itu, penemuduga yang selebihnya itu juga melihat karenah polos yang dicipta Eunha itu.

"Cik Eunha?" panggil pengarah Kim sambil memandang calon wanita itu.

Eunha yang sedang leka dengan sesi menghilangkan rasa gementarnya itu langsung tersentak apabila mendengar namanya dipanggil. Pantas dia mengubah eskpresi wajahnya yang tadi. Pipi dikempiskan, tangan diletakkan ke sisi.

"Ne?" sahut Eunha polos. Bulat-bulat matanya memandang pengarah Kim.

"Tahniah. Kamu diterima" tutur pengarah Kim ringkas dengan senyuman.

Langsung menegak tubuh Eunha. Matanya membulat.

"N-Ne? Saya...diterima? Diterima bekerja dekat sini? Betul ke ni, Tuan?" soal Eunha bertalu-talu yang sepertinya tidak menyangka tentang hal ini. Matanya masih membuntang.

"Ya. Kamu boleh keluar dan tunggu dekat waiting room yang sebelah kiri bilik ini ya. Bukan waiting room yang tadi" jelas pengarah Kim sebelum mengukir senyuman kecil buat Eunha yang masih terpana itu.

"N-Ne. Ne, algesumnida. Terima kasih Tuan, puan. Saya sangat hargai keputusan tuan dan puan untuk mengambil saya bekerja dekat syarikat ni. Saya akan bekerja keras" ucap Eunha dengan tulus berbaur terharu itu. Dia menundukkan hormat 90° sebelum langsung menapak keluar dari ruang temuduga itu.

"Aaaaa lepasss, tak sangkanyaaa!" hambur Eunha riang dengan nada separuh bisik.




【 BBP S2:TRUST】
»13



    

Hampir 20 minit Eunha menunggu Yuju yang sedang ditemuduga itu di bangku yang disediakan berhadapan dengan ruang temuduga, akhirnya rakannya itu keluar juga.

Eunha bingkas bangun dari posisi duduknya dan langsung meluru ke arah Yuju yang sedang menutup pintu ruang temuduga itu.

"Yuju ah, macam mana? Lepas tak? Eoh?" soal Eunha drastik tatkala Yuju memusingkan badannya menghadap Eunha. Wanita itu menayangkan wajah redup. Dia mengemam bibirnya. Matanya memandang lantai.

Eunha yang melihat reaksi yang diberikan Yuju itu langsung mengeluh perlahan. Tangannya naik memegang bahu rakannya itu, bertujuan untuk memujuk sang rakan. Lihat ekspresi wajahnya yang kecewa itu, cukup untuk Eunha menebak apa yang berlaku.

"Tak apa lah, Ju. Nak buat macam mana--"

"AKU LEPASSSSS, NA!" seloroh Yuju riang sebelum langsung memeluk tubuh rakannya itu.

"Seriuslah?!" soal Eunha seraya meleraikan pelukan dari Yuju itu. Dia memandang wajah teruja rakannya itu.

Yuju mengangguk kepalanya laju dengan senyuman lebar.

"Aaaaaa aku tak sangka aku lepas weh! Aaaaaa happy nya akuuu! Heaven woi dapat kerja dekat company besar macam ni! Aaaaaaa ldmslejekeoe" hambur Yuju dengan riangnya sambil berpusing-pusing di koridor yang agak panjang itu.

Eunha hanya tergelak kecil melihat keterujaan yang melebih oleh rakannya itu.

"Aaaaaa mesti omma aku bangga terus ada anak aku macam haaa! Selalu ada je dia nak bebel aku macam-macam! Ha, ommaaa Yuna dah dapat kerja syarikat besar ni! Nanti bagitahu je nak rumah ke nak kereta ke, Yuna belikan! HAHAHAHA Bapak jauh imaginasi aku!" sambung Yuju lagi dengan terujanya sebelum diakhiri dengan tawa. Rasa macam terlebih hiper pula dia hari ini.

"Wuuuu, aku happyyy aaaaa! Lalalalalala, wlelelelele, ululululu" seloroh Yuju yang terlebih gembira itu sambil berpusing-pusing di koridor itu. Alang-alang praktis sekali lah bakat menari ballet nya itu di situ. Maklumlah, koridor itu lengang tanpa manusia.

"Aaaaaaa, pusing pusing pokok Mulberry--"

Buk!

"MakKau-"

Latah Yuju tatkala aktiviti berpusing-pusingnya itu telah mengakibatkannya merempuh seorang figura yang sedang berjalan arah bertentangan dengannya tadi. Tapi, tak ada pula dia sedar akan itu.

Mulut Yuju kemudiannya melopong apabila dia baru menyedari bahwa angkaranya itu juga telah membuatkan dua buah fail yang dipegang figura dilanggarnya itu jatuh mencium lantai.

"Ai-Aigoo, sorry. Sorry, Encik--"

"Pikir sini playground ke nak pusing-pusing dekat koridor macam tu?"

HA OUTRO PIC BERWAJAH BARU HAHAHAHAH

EM TAHU AGAK FAIL DI SITU EM

JGN DITEGUR , RUSHING EDIT TU EM

RAJIN II NANTI AI EJAS LAIN LA HAHAHAHA

DH LAMA AKU NK TUKAR OUTRO PIC SBB YG LAMA MMG TAK MEMUASKAN HATI SGT EM

FUH PANJANG NAU RASA HA SKSKSKSKSK

IYA ALMOST 4K WORDS KAUU EM

HA TAK DPT NK REVEAL LAGI NEW CAST KAT ATAS TU SAPA SBB AKU DH PENAT TAIP DKDNSKSKKS

YEYE MESTI ADA YG DH DPT TEKA SIAPA ORGNYA EM EM

ANYWAY, FYI YG PASAL INTERVIEW TU, AKU BUAT RESEARCH SAMPAI NK TERLELAP HA EM,

EFFORT SISTAHHH

KALAU ADA YG RASA MCM TERGANGGU SBB CONVERSATION TIME SCENE INTERVIEW TU FULLY BAKU, WELL MMG MCM TU LA GAYANYA BILA KO INTERVIEW YA.

TAKKAN NK CKP SANTAI II JE PULAK DGN SI PENEMUDUGA TU. TAK PROFESIONAL LA HENGKO NI EM.

AND! SEMUA CONVERSATION TU AKU MMG FIKIR SNDIRI OKEYHH, TAK ADANYA AKU COPY PASTE DARI GUGLE. PENAT AI PERAH OTAK TIAUUU.

EH KECUALI SOALAN II INTERVIEW TU LA. YG TU AI CURI GUGLE EHE.

OK LAST THING NK BEBEL, SOO MAYBE MLM NI OR ESK OR LUSA OR BILA II JE LA,

AKU AKAN START REPLY COMMENT KORANG YG DH BERKURUN AKU TAK REPLY TU KNSLSSLSSJKSLS

SHOWII SESUNGGUHNYA GUWE NGGAK PUNYA WAKTU YG LAPANG UTK MEREPLY II DONG

TAPI DLM MASA TERDEKAT NI AKU AKAN REPLY YEE

SO, SEYA DISINI INGIN MEMINTA MAAP AWAL II YA JIKA SEGALA REPLY SY TU MENGGANGGU NOTI ANDA UHUK

IZINKAN GUWE MENYEMAK NOTI KAMOO YA EHEHEHEHE

HA KENA MINTA IZIN LA, NNTI MARAH AKU PULAK SBB TIBER MENYEMAK NOTI KAU. HABISS TENGGELAM NOTI SENPAI NOTICE HA

LAH TIBAH

Maapla guwe mmg kena reply jugak comment korang even dh berminggu-minggu aku tak jenguk chap yg aku dh apdet dulu hshshsh

Tak lengkap hidup aku tau kalau tak reply comment anda smua UHUK

TANAK LA NANTI ORG COP SOMBONG PULAK. CAHCAH KE EM.

HA DAH, PANJANG PULAK AKU BEBEL KALII

SORRY LAH YE

HA DAH LA AI GERUCK DULU, BABAI💙

EH VOTE JGN LUPA EH! AKU SANTAU ONLINE KANG

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro