Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷127

AAAAA SORRYY, DAH JADI PUKUL 10 PULAKK

SEYA ADA TUSYEN TADI HA, MAAP TIDAK MENEPATI MASA AHSHSHS

OK CHAP NI PANJANG GAES.

SOOO,VOTE DAN COMMENT BEBANYAK TAU👉👈

SEYA MEMERLUKAN SOKONGAN DARI ANDA SUPAYA SEYA SEMANGAT UTK TERUS APDET 💙

AMUAH



"Appoinment dengan pengarah Hong Si Jin" tutur Jungkook memaklumkan kepada seorang pekerja perempuan yang sepertinya sekretari pengarah Hong.

Sekretari tersebut menganggukkan kepalanya perlahan.

"Nama encik?" soal sekretari itu bagi mendapatkan pengesahan untuk membuat pencarian di komputernya.

"Jeon Jungkook" jawab Jungkook ringkas.

Mendengar saja nama itu, sekretari itu langsung menganggukkan kepalanya. Dia sudah dimaklumkan oleh pengarah Hong tentang perjumpaan dengan lelaki di hadapannya ini.

"Ah, ne. Mari ikut saya" tutur sekretari itu mesra lalu berganjak dari meja kerjanya. Dia berjalan ke depan terlebih dahulu untuk menunjuk arah dua orang tetamu itu.

Seorang Jeon Jungkook dan Kim Mingyu pun mengatur langkah mereka mengikut langkah perempuan itu.

"Kau asal, gila, nak jumpa pengarah Hong hari ni? Dari tadi lagi aku tanya" ujar Mingyu penasaran seraya menoleh memandang Jungkook yang berjalan seiring dengannya itu.

Jungkook tidak merespon, dia hanya memandang ke hadapan dan fokus melangkah. Soalan seketul Kim Mingyu itu seolah dibawa angin.

"Woi. Makhluk." panggil Mingyu dengan nada yang agak meninggi sedikit apabila soalannya lagi-lagi diabaikan rakannya itu.

Jungkook kekal memberi reaksi yang sama, memekakkan telinganya dan memandang ke hadapan. Seolah tunggul kayu saja Mingyu di sebelah.

Mingyu langsung merengus perlahan dek 'respon' Jungkook itu.

"Dasar. Tak payah ada telinga la, Kook. Buang kasi dekat semut" seloroh Mingyu sarkastik dengan jengkelnya. Dicerlung tajam sisi wajah rakannya itu.

Pun begitu, seorang Jeon Jungkook itu tetap saja setia begitu. Tiada ura-ura untuk merespon soalan rakannya yang mungkin sudah kali ke 10 itu sejak mereka dari bangunan syarikat.

Mingyu merengus kesal. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

"Tak, benda sekarang ni aku memang nak tahu dulu tau, gila. Bagitahu la aku, bongok. Kau tu selalu buat keputusan tak bincang dengan aku dulu, bangang. Aku ikut kau ni pun tak tahu apa-apa tau. Kau main heret je aku datang sini" hambur Mingyu sebal dengan lancarnya. Beberapa saat setelah itu, terbit andaian di benak fikirannya.

"Ke, kau sepakat dengan tuan Hong nak culik aku,woi?" seloroh Mingyu dengan mata yang sedikit membuntang lalu menjauhkan sedikit dirinya dari Jungkook.

Manakala, sekretari pengarah Hong berjalan di hadapan dan tidak jauh dari dua orang lelaki itu langsung mengerling sedikit ke belakang. Bukannya dia tak dengar si Kim Mingyu itu membebel tadi. Risau kadang-kadang dengan dua orang lelaki itu.

"Kau dah kenapa, bodoh?" bentak Jungkook kesal sambil mencerlung tajam rakannya itu. Akhirnya bersuara juga dia. Yang bukan-bukan saja lah makhluk Kim ini seketul.

"Ha, tu kan boleh bercakap. Sekarang ni kau bagitahu aku sekarang. Kau ada urusan apa dengan tuan Hong ni?" soal Mingyu lagi yang tersangat penasaran itu.

Dan, Kim Mingyu dipalau lagi.

"Ehhh, jantan ni. Ada jugak aku sangkut dekat aircond kang" hambur Mingyu sebal sambil menjeling tajam Jungkook di sebelah.

"Diam, Gyu, diam. Nanti kau sampai ground floor tak payah lif kot" balas Jungkook senada dan mengerling sekilas rakannya yang sebal itu.

"Hak alah si gila ni. Orang tanya soalan simple je kot. Ingat bagus lah tu?" seloroh Mingyu jengkel dan menjeling sekilas Jungkook.

Jungkook hanya berdecit dan tidak menyangkal apa-apa. Malas mahu berbalah dengan rakannya itu di syarikat orang.

"Jadi, sini pejabat tuan Hong" tutur sekretari itu mesra sebaik saja menghentikan langkahnya di tepi pintu pejabat milik pengarah Hong.

"Eoh, ne" balas Mingyu langsung dengan anggukan kecil. Jungkook pula sekadar mengangguk tanpa bersuara. Dah Mingyu mewakilinya, cukuplah.

"Tuan Hong ada hal kejap tadi. Nanti dia datang secepat mungkin. Encik berdua boleh tunggu dulu dekat dalam" jelas sekretari itu ramah bersama senyuman kecil.

"Ne, kamsahamnida" ucap Mingyu mesra lalu menundukkan sedikit kepalanya 30°. Begitu juga Jungkook di sebelah.

Sekretari tersebut membalas tundukan hormat itu lalu mengukir senyuman singkat. Setelah itu, dia pun beredar dari situ.

"Jom masuk" ajak Jungkook senada lalu menghayunkan langkahnya ke depan terlebih dahulu. Gagang pintu kayu moden pejabat itu ditarik lalu pintu ditolak.

"Eh, hai, youu! Sampai jugak you! Lama I tunggu!" sapa Sae Yoon riang yang duduk di atas sofa sebaik saja mendapati kehadiran Jungkook.

"Shut. Asal perempuan ni ada sekali dekat sini, Kook? Ke, aku halusinasi?" bisik Mingyu dengan dahi yang sedikit berkerut. Sesekali dia mengerling Sae Yoon yang sedang tersenyum lebar ke arah Jungkook itu.

"Kau pernah halusinasi perempuan ni sebelum ni ke? Sebelum tidur, sental kaki dulu" balas Jungkook mendatar sambil merenung kosong Sae Yoon di hujung sana.

"Aku tabur lada hitam dengan garam je" tutur Mingyu sambil turut memandang Sae Yoon yang tampak terkinja-kinja itu. Dia dan Jungkook masih statik berdiri di hadapan pintu itu.

"You, sinilah duduk! Ada apa eh you sampai nak jumpa I personally hari ni?" soal Sae Yoon girang sambil memintal-mintal hujung rambut tocangnya dengan tersengih-sengih.

Mingyu langsung saja menoleh memandang Jungkook tatkala mendengar soalan Sae Yoon itu.

"Kau nak jumpa dia, Kook? Bukan tuan Hong?" soal Mingyu agak terkesima dengan mata yang sedikit membuntang. Keningnya diangkat sebelah.

Jungkook tidak menjawab. Dia kekal menatap kosong wajah Sae Yoon yang berseri-seri suka itu.

"Woi, aku tanya kau--"

"Apa masalahnya kalau aku nak jumpa dia pun?" tukas Jungkook mendatar seraya menoleh memandang Mingyu. Keningnya diangkat sebelah.

Bertambah terpanalah Kim Mingyu dibuatnya.

"Eh, bangang, kau--"

Belum sempat Mingyu membentak, Jungkook terlebih dahulu mengatur langkahnya ke sofa.

"Ish, tak payah buat hal la si gila ni" omel Mingyu sebal lalu langsung mengikut langkah rakannya itu. Baru saja dia berura untuk mengambil tempat di sebelah Jungkook,

"Tepi. I yang patut duduk sebelah dia" seloroh Sae Yoon lalu menarik lengan Mingyu bagi membuat lelaki tinggi lampai itu berganjak.

"Ehhh kau. Tak payah. Sana. Mengada-ngada sangat kan kau?" balas Mingyu langsung lalu menarik kasar lengannya dari pegangan Sae Yoon itu. Dia mengerling perempuan itu jengkel.

"Ey, you nak sibuk kenapa? Tepilah" jawab Sae Yoon sebal lalu menarik lagi lengan Mingyu agar dapat menyingkirkan lelaki itu.

"Blah,blah" balas Mingyu bersahaja lalu menolak tubuh perempuan itu sebelum meloloskan lengannya dari pegangan wanita itu.

"Yaishhh" rengus Sae Yoon sebal yang sedikit terdorong ke belakang apabila ditolak Mingyu itu.

Sebaik saja itu, pintu pejabat dibuka dari luar.

"Aigoo, maaf saya terlambat sikit. Lama ke kamu berdua tunggu?" soal pengarah Hong sebaik saja masuk ke dalam pejabatnya itu. Matanya pun sememangnya terarah langsung kepada dua orang lelaki di sofa sana.

"Tak lah, tuan. Kami pun baru je sampai ni" jawab Mingyu bersahaja dengan senyuman sambil sedang bergelut ringkas dengan Sae Yoon di sebelah. Akhirnya, ditolak lagi tubuh perempuan itu dan dia cepat menghenyak punggungnya ke atas sofa.

Pengarah Hong mengangguk kecil dengan senyuman lega.

"Ah, tak apa lah macam tu. Saya tiba-tiba ada hal sikit tadi" balas pengarah Hong lalu menapak ke arah sofa. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa berhadapan Jungkook dan Mingyu yang terpisah oleh meja.

"Sae Yoon. Duduk sini" panggil pengarah Hong sambil memandang anak saudaranya yang sepertinya berura untuk adakan pergelutan lagi dengan Mingyu. Selagi tak dapat duduk sebelah Jungkook punya pasal.

Sae Yoon merengus perlahan. Dia mencerlung tajam Mingyu yang sedang mengukir senyuman mengejek buatnya. Satu keluhan kasar dilepaskan lalu dia pun melangkah dengan sebalnya ke arah sofa yang diduduki pengarah Hong. Kalah juga dia.

"Jadi, Jungkook ssi, ada apa urusan ye yang kamu nak bincang dengan saya dan Sae Yoon? " soal pengarah Hong, memulakan bicara tentang hasrat lelaki muda itu.

"Saya nak stop berurusan dengan Kim Sae Yoon" jawab Jungkook senada tanpa berbasa-basi. Dia menatap tepat ke wajah pengarah Hong.

"Wait, what?!" respon Sae Yoon spontan dengan terkejutnya. Drastik dia berdiri dengan mata yang membulat besar.

Mingyu juga mendapat kejutan budaya tatkala mendengar hasrat Jungkook itu. Rakannya itu betul-betul membuat keputusan mengejut begini tanpa berbincang sedikit pun dengannya.

Begitu jugalah pengarah Hong Si Jin. Memang di luar jangkaannya hal itu yang bakal keluar dari mulut Jungkook. Namun, dia cuba kawal dirinya agar tidak bereaksi berlebihan.

"Apa maksud kamu nak stop berurusan dengan Kim Sae Yoon? Benda ni bukan satu pilihan ya, Jeon Jungkook ssi. Saya pernah bagitahu kamu dulu. Dan, kamu tak boleh buat keputusan mengejut macam ni. Kalau kamu tak nak berurusan dengan dia,sponsorship dari company ni untuk mall kamu memang akan dibatalkan serta-merta" respon pengarah Hong panjang lebar dan terselit ugutan yang terselindung.

"Yea. Go ahead. Saya dah semak berurusan dengan perempuan bawa sial macam dia ni dekat company saya" balas Jungkook senada sambil menatap yakin wajah pengarah Hong.

"Youuu" rungut Sae Yoon sebal apabila mendengar kata-kata pedas Jungkook itu. Wajahnya cemberut.

Pengarah Hong hanya diam. Dia sekadar memandang wajah Jungkook di hadapan.

Tidak mengendahkan rungutan sumbang Sae Yoon, Jungkook meneruskan katanya.

"Dulu saya ingat saya boleh bertahan dengan perangai 1001 buruk dia ni, tapi rupanya tak. Bawa sial je banyak. Konon bantu naikkan sale. Saya rela sale drop la kalau sampai ke tahap ni perempuan ni boleh jadi. So, saya dah tak kisah pasal sponsorship tu. Tuan boleh cancel" jelas Jungkook lancar dan mengerling sekilas wajah sebal Sae Yoon itu. Penjelasannya kali ini agak tidak bertapis. Tak ada masa nak tapis dah.

Pengarah Hong perlahan menghela nafasnya panjang apabila mendengar penjelasan Jungkook itu. Nampaknya anak saudaranya itu benar-benar melampau sehinggakan boleh memberi kesan begini terhadap pengusaha muda itu. Bukannya pertama kali seorang Jeon Jungkook itu mengadu tentang sifat teruk Kim Sae Yoon itu.

"Are you sure?" soal pengarah Hong, meminta kepastian. Matanya fokus merenung wajah sempurna milik Jeon Jungkook.

"Yes, I am" jawab Jungkook tanpa teragak-agak. Matanya juga fokus menatap wajah pengarah Hong. Sememangnya tatapannya itu penuh dengan aura yakin.

Pengarah Hong mengangguk perlahan.

"Baiklah" balas pengarah Hong akur.

"Samchonn!!" bentak Sae Yoon lantang serta-merta dengan kesalnya.

"Tutup mulut kamu, Kim Sae Yoon!" herdik pengarah Hong lantang sambil merenung tajam wajah kesal Sae Yoon.

Sae Yoon merengus kasar dengan penuh sebal. Bibirnya diketap.

"Saya nak stop berurusan dengan dia mulai hari ni. Jadi, start hari ni, dia dah langsung tak ada kaitan dengan company saya" tutur Jungkook penuh penekanan.

"You, no-"

"Baiklah" balas pengarah Hong akur.

"Tapi,kamu tahu kan kamu kena bayar denda sebab batalkan agreement ni sebelum tempoh kontrak asalnya, Jeon Jungkook ssi?" sambung pengarah Hong dengan kening yang diangkat.

Jungkook mengangguk perlahan.

"Ya. Saya akan bayar" jawab Jungkook senada.

Maka, seorang Kim Mingyu pun meraup perlahan wajahnya dek keputusan Jungkook itu. Dia mengerti keadaan rakannya itu yang sangat terganggu oleh perangai teruk Kim Sae Yoon. Tapi, keputusan itu agak mendadak. Memikirkan situasi syarikat yang seolah cuma 50/50 dan bila-bila masa saja boleh jatuh itu, dia sangat tak sanggup membayangkan apa yang akan berlaku ke depan disebabkan keputusan Jungkook itu. Mana dengan nak membayar denda yuran pembatalan kontrak itu lagi. Bukannya seratus dua.

"Baiklah macam tu. Pihak saya akan uruskan nanti pasal hal ni" ujar pengarah Hong.

Jungkook mengangguk perlahan. Setelah itu, dia berdiri lalu menundukkan ringkas tubuhnya sebelum berganjak dari sofa tersebut.

Sae Yoon pula cepat-cepat melangkah menghampiri Jungkook yang sepertinya sudah mahu beredar itu. Lengan lelaki itu pantas diraih.

"You, please don't–"

Terkedu sebentar Sae Yoon dibuatnya apabila jari telunjuk runcing milik Jungkook dihala dekat ke wajahnya. Terkebil-kebil dia memandang wajah tegang lelaki itu.

"Kau, jangan jejak kaki langsung dekat company aku"




【 BBP S2:TRUST】
»127



    


"Kamsahamnida" ucap Eunha mesra dengan secalit senyuman buat sang pemandu teksi sebelum menggerakkan tubuhnya keluar dari perut kereta. Dia menutup rapat pintu kereta teksi itu lalu kenderaan itu pun bergerak meninggalkan perkarangan destinasinya.

Dapat saja kebenaran untuk keluar dari hospital hari ini, dia langsung keluar dan terus menuju ke destinasinya ini menaiki teksi.

Eunha kemudiannya perlahan memutar tubuhnya menghadap sebuah bangunan dua tingkat yang gah berdiri tak jauh darinya. Matanya menatap lama bangunan tersebut.

Terdetik di dalam hati kecilnya,

Betul ke apa yang aku akan buat ni?

Betul ke jalan yang aku pilih ni?

Betul ke ini yang terbaik?

Eunha menghela nafasnya panjang. Dia mengemam bibirnya sambil tangannya menggenggam erat tali beg sandang. Matanya tak lepas merenung bangunan di hadapan itu. Berat hatinya untuk menggerakkan kaki dan masuk ke dalam bangunan tersebut.

Tzztt, tzztt! Tzztt, tzztt!

Eunha langsung terganggu fokusnya tatkala telefon pintarnya bergetar di dalam poket blausnya. Langsung saja dia menyeluk poket dan mengeluarkan objek itu. Ditilik sekilas nama pemanggil lalu langsung dijawab.

"Eoh,wae?"

"Naaaaa, kau busy tak? Jom pergi makan Creme Brulee dengan aku petang nanti! "

"Creme Brulee?"

"Haah. Halah, tak payah bagi jawapan lah,Na. Creme Brulee kot. Jarang kau tolak. Aku tahu kau nak pergi kan? Kan, kan?"

"Eoh, Ju...mian. Petang ni tak boleh lah. Aku ada hal sikit. Lain kali eh?"

"Lah, pulak. Em, tak apa lah macam tu. Nanti kita pergi lain. Aku pergi dengan Hae Won je lah dulu"

"Eoh. Next time kita pergi lain. Sorry, Ju"

"Iye, tak apa"

Tut.

Eunha menurunkan telefon pintarnya dari telinga setelah panggilan diputuskan Yuju terlebih dahulu. Lalu, objek itu dimasukkan semula ke dalam poket blausnya. Kemudian, dia kembali memandang bangunan di hadapan. Nafas ditarik sedalamnya lalu dia mengangguk kecil apabila merasa lebih yakin.

"Ini yang terbaik" gumam Eunha lalu mengatur langkahnya ke arah bangunan itu.




【 BBP S2:TRUST】
»127



    

Tepat jam 6 petang, Jungkook tiba di rumah agamnya. Dia menutup rapat pintu lalu memutar tubuhnya. Ruang tamu berkeadaan lengang hari ini. Selalunya pasti ada saja seorang Jeon Jungwon sedang menonton kartun anehnya itu di kaca televisyen. Barangkali hari ini tiada rancangan tersebut gamaknya.

Tolak tentang hal remeh itu, ada hal lagi menerujakan yang tersergam indah di benak fikiran seorang Jeon Jungkook. Hal yang dia sememangnya tidak sabar dari pagi tadi lagi untuk menceritakannya kepada Eunha. Ya, soal pemutusan kontraknya dengan Kim Sae Yoon itu. Pasti berita ini akan mententeramkan sedikit hati isterinya itu.

Jungkook mengatur langkahnya laju menuju ke tangga. Lalu, tangga juga didakinya pantas dengan melangkau beberapa anak tangga sebelum tiba di tingkat dua. Kemudian, kaki melangkah menghampiri bilik tidurnya dengan Eunha.

Bibir mengulum senyuman kecil sebelum pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu ditolak dengan hati yang kian melonjak teruja. Kakinya melangkah masuk ke dalam lalu beg kerjanya itu diletak ke atas meja. Matanya sudah terarah pada sosok tubuh Eunha yang sedang membelakanginya di meja kerja.

Jungkook langsung tersenyum kecil lalu menapak menghampiri isterinya itu.

"Sayang, saya ada benda nak--"

"Here" tutur Eunha langsung sebaik saja memusingkan tubuhnya dan menghulur sekeping dokumen nipis ke arah Jungkook di hadapan.

Jungkook yang tadinya sedang senang hati itu mendadak bingung dengan huluran Eunha itu. Dia memandang raut kosong di wajah polos wanita itu sebelum beralih kepada dokumen itu semula. Lalu, lambat-lambat dia meraih objek nipis itu.

Dokumen itu dibuka lalu sehelai kertas putih dikeluarkan perlahan. Kemudian, bola matanya bergerak perlahan membaca beberapa perkataan bersaiz besar di bahagian atas yang tertera di helaian itu.

'Surat Persetujuan Penceraian'

"Jeon Eunha. Benda apa ni?" soal Jungkook langsung seraya menatap tepat ke wajah Eunha di hadapan. Dia benar-benar tersentak tatkala melihat tajuk besar di atas kertas itu.

"Just sign it. Ini terbaik untuk kita. Kita dah tak mampu nak hidup bersama,tak mampu nak teruskan rumah tangga kita ni dah. Apa yang kita dah dapat selama ni selain menderita kan? Jadi, tolong setuju" balas Eunha senada dengan lancarnya sambil menatap wajah Jungkook.

Jungkook merengus perlahan.

"Kenapa dengan awak ni? Berapa kali saya nak ulang benda yang sama? Awak tak kesian ke dekat Jungwon? Dia--"

"There you go again. Tak habis-habis nak gunakan Jungwon sebagai alasan. Ini pasal kita lah. Pasal kita. Awak tak boleh nak sedar lagi ke pasal situasi kita yang sekarang ni?" tukas Eunha kesal sambil merenung wajah Jungkook.

Jungkook menghela nafas panjang. Bibirnya diketap singkat.

"Kenapa yang awak bersungguh sangat nak kita bercerai? Sampai macam tu ke awak nak berpisah dengan saya,Jeon Eunha?" soal Jungkook sambil menatap tepat ke wajah Eunha.

"Ye! Sebab saya dah tak ada sikit pun rasa sayang dekat awak sekarang!" jawab Eunha langsung dengan lantangnya. Pengakuan ini. Pengakuan ini cuma satu dusta. Satu dusta untuk membuat lelaki di hadapannya itu menyerah dengannya.

Tersentak hebat seorang Jeon Jungkook saat mendengar pengakuan lantang itu. Tepat di hadapan wajahnya. Jelas di pendengarannya. Hatinya ketika itu seakan dihentak sekuatnya. Ibarat kaca yang terhempas ke lantai.

"Saya dah tawar hati dengan awak! Dah tak ada sikit pun rasa sayang tu sekarang! Semua dah hilang, semua dah lesap! Jadi, dah tak ada sebab untuk teruskan hubungan kita ni!" hambur Eunha lagi dengan lancar dan lantangnya. Seolah dia benar-benar memaksudkan itu. Walhal, semua itu tipu belaka.

Jungkook lagi-lagi ditusuk dengan ayat lancang Eunha itu. Wanita itu tampak betul-betul memaksudkannya. Hati malangnya saat itu benar-benar seolah diremuk kuat. Ibarat dirobek-robek rakus.

Eunha menghentikan sebentar hamburannya. Dia mengatur nafasnya terlebih dahulu sebelum bersuara lagi. Wajah terkedu Jungkook ditenung.

"Also, saya dah sayang lelaki lain. Jadi...awak dah tak ada makna untuk saya" tambah Eunha lagi dengan lebih tajam.

Menitis langsung air mata lelaki milik Jeon Jungkook sebaik saja mendengar pengakuan memeritkan dari isterinya itu. Dadanya terasa bagai dihempap batu besar tika itu. Dia memalingkan wajahnya lalu air matanya dikesat pantas. Kemudian, dia memandang Eunha kembali lalu tersenyum kecil.

"Lelaki lain? Siapa? Jantan sial tu? Yoo Si Han tu?" soal Jungkook dingin sambil merenung tajam wajah Eunha.

"Eoh! Jadi, awak dah tahu kan? Buat apa lagi nak simpan saya?!" jawab Eunha langsung dengan tatapan tajam yang membalas renungan suaminya itu.

"Sebab saya sayangkan awak sangat, Jeon Eunha! Sebab tu saya tak nak lepaskan awak! Tak boleh lepaskan awak! Tapi kalau macam ni awak balas dekat saya, sia-sia je la saya macam orang bodoh teruskan sayang orang yang tak pernah hargai perasaan saya selama ni! Just sebab jantan tak guna tu yang baru muncul dalam hidup awak tak sampai sebulan, awak boleh terus lupa saya yang dah jadi suami awak 10 tahun ni kan?! Apa besar sangat ke pengorbanan dia tu dekat mata awak?!" hambur Jungkook panjang lebar dengan lantangnya, meluahkan isi hatinya.

"Saya menyesal la, Jeon Eunha. Saya menyesal sebab terus sabar dengan perangai awak yang sekarang ni! Saya menyesal sebab terus bertahan dengan keadaan kita ni! Dah kalau awak dah tawar hati dengan saya, dah berubah hati pergi dekat jantan tu, okey. Okey. Saya akan ceraikan awak." tambah Jungkook lagi dengan kesalnya sebelum memberi kata putus. Dia merenung tajam wajah Eunha sebelum menghampiri meja kerjanya di belakang wanita itu.

Borang persetujuan penceraian di pegangannya itu diletakkan ke atas meja lalu sebatang pen dicapai. Penutup pen dibuka lalu mata pen menghampiri kertas. Dia menatap ruang tandatangan yang kosong dan khas untuk diisinya itu.

"Betul. Buat apa saya nak simpan awak lagi kan?" tutur Jungkook senada sebelum mata pen langsung didaratkan pada ruangan di bahagian bawah pada kertas tersebut lalu tangannya bergerak, menuruni tandatangan.

Eunha menganggukkan kepalanya perlahan saat menyaksikan Jungkook menurunkan tandatangan di atas borang itu. Dia mengemam bibirnya singkat. Meskipun hati berasa berat dan sedih, namun egonya tetap dibela. Dia mahu menamatkan semua ini dengan segara. Tak betah rasanya mahu meneruskan lagi hubungan yang kian roboh ini.

Walaupun jauh di sudut hati, ada secebis rasa sayang. Tetapi, ego. Ego dengan perasaan sendiri.

Usai menandatangani persetujuan tersebut, Jungkook menghempas perlahan pen hitam yang digunakannya itu ke atas helaian kertas tersebut. Lalu, dia memutar tubuhnya, menghadap Eunha di sebelah kembali.

"You're too much, Jeon Eunha. Saya sedaya upaya jaga hubungan kita ni, mudah macam ni je awak buang saya?" soal Jungkook kesal sambil menatap wajah Eunha.

"Saya buang awak? Awak pernah fikir tak dah berapa kali awak lukakan hati saya? Hati saya dah terseksa sangat la dengan awak!" balas Eunha sebal.

"Oh,awak nak saya fikir pasal perasaan awak, hati awak. Habis, saya? Saya macam mana?" tukas Jungkook sambil menatap lurus ke wajah Eunha.

"Hati saya, perasaan saya, awak pernah fikir tak selama ni?" sambung Jungkook menyoal seraya menepuk-nepuk dadanya perlahan. Matanya masih merenung tepat ke wajah Eunha.

Eunha diam tidak menyangkal. Dia sekadar merenung wajah suaminya itu.

"Saya tanggung sakit dekat hati ni sorang-sorang just untuk awak,untuk jaga hati awak,untuk pertahankan hubungan kita. Saya tahan, saya sabar dengan semua ni just untuk betulkan keadaan kita, pujuk,tambat hati awak balik. Tapi, apa yang saya dapat, Eunha?" luah Jungkook dengan nada yang sesekali bergetar.

"Sepatutnya tugas awak ada dekat sisi saya. Ada dekat sisi saya bila saya tengah rasa susah, tengah serabut, tengah celaru. Tapi, awak dekat mana, Jeon Eunha?"

"Ye. Awak terlalu pentingkan ego awak tu dari jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri. Penting sangat ke ego tu dari suami awak sendiri?" 

"Pernah tak sekali, sekali je,waktu situation kita yang macam ni, awak tanya saya okey ke tak? Pernah tak sekali, awak terdetik nak fikir pasal perasaan saya? Saya tak ada perasaan ke, Jeon Eunha?" soal Jungkook sambil merenung tepat ke wajah Eunha.

Eunha diam. Dia tidak membalas. Luahan Jungkook sejak dari mula itu benar-benar seolah mengetuk kesedarannya.

"Awak fikir derita awak je kan? Awak fikir rasa terseksa awak je. Saya? Saya tak rasa semua tu ke,Eunha? Saya tak terseksa ke? Saya tak merana? Saya ni tak ada hati,perasaan ke,Jeon Eunha?" tambah Jungkook lagi dengan soalan bertalu-talu. Dia kemudiannya mengetap bibirnya kuat.

"Saya pun ada hati,perasaan macam awak jugak! Saya pun terseksa,saya pun menderita,saya pun terluka!" hambur Jungkook dengan lantangnya seraya air matanya mengalir keluar. Terasa sesak dadanya apabila kini dia meluahkan isi hatinya. Nafasnya turun naik sambil merenung wajah Eunha.

Bola mata Eunha bergerak-gerak menatap sepasang mata Jungkook yang berair dan agak memerah itu. Pasti lelaki itu benar-benar terluka sehinggakan cecair jernih itu mampu keluar dari matanya. Terasa sakit menyaksikan itu, Eunha memalingkan wajahnya ke arah lain. Air matanya yang hampir mengalir diseka pantas.

Jungkook mengatur nafasnya yang tidak keruan dek berang bercampur sesak itu. Dia memandang Eunha di hadapan.

"Semua ni bermula sebab awak sendiri tau, Jeon Eunha. Sebab awak sendiri. Kalau bukan sebab awak tak ada kepercayaan dekat suami awak sendiri, kita takkan end up macam ni lah, Jeon Eunha. Kita takkan end up macam ni." tutur Jungkook dengan nada yang agak bergetar dan serak. Matanya memang tak lepas merenung wajah Eunha.

"Awak lagi pilih nak percayakan orang lain. Husband awak ni semua jahat je kan dekat mata awak?Semuanya tak jujur, semuanya teruk, semuanya cuma saya yang nak mainkan perasaan awak. Tak ada yang baik dekat saya sejak jantan tu muncul. Awak pilih untuk letakkan kepercayaan awak dekat orang luar, dekat jantan tu. Awak langsung tak letak kepercayaan dekat saya. Susah sangat ke awak nak percaya orang yang awak sayang?" tutur Jungkook panjang lebar dengan kesalnya.

Eunha hanya membisu, membiarkan suaminya itu menghamburkan segalanya.

"Awak tahu, Eunha? Benda ni,situasi ni dah jadi lebih kurang macam apa yang pernah jadi antara kita 7 tahun lepas. Dan sekarang, benda ni jadi sekali lagi" ujar Jungkook sambil menatap lurus ke wajah Eunha.

"Apa lagi ni, Eunha?" soal Jungkook kesal seraya mencampak sekeping gambar ke atas meja makan yang diduduki Eunha.

Eunha yang sedang mengemas meja makan itu langsung tersentak sedikit apabila sekeping gambar tiba-tiba saja dicampak di hadapannya. Dia memandang wajah tegang Jungkook di sebelah sebelum perlahan dia meraih kepingan gambar tersebut.

Drastik membuntang besar mata Eunha apabila melihat isi gambar yang terpapar itu. Spontan juga dia terlepas kepingan gambar itu ke atas meja. Kemudian, dia langsung menoleh memandang suaminya di sebelah.

"Tak,sayang, tak. Ini bukan saya, sayang" nafi Eunha serta-merta dengan bersungguhnya. Kepalanya juga menggeleng-geleng laju.

"Kalau tu bukan awak, habis tu siapa?!" soal Jungkook lantang dengan berangnya. Nadanya juga drastik naik seoktaf. Terlalu bengang dengan isi gambar itu.

Terhinjut langsung bahu Eunha apabila diherdik begitu. Dia kemudiannya menggeleng perlahan.

"S-Saya tak tahu, sayang. Tapi, tu memang bukan saya. Kenapa saya nak kena buat semua tu,sayang? Bukan saya,sayang. Betul." nafi Eunha lagi dengan nada agak bergetar sambil menggelengkan kepalanya. Matanya menatap wajah berang Jungkook penuh terdesak.

Jungkook merengus perlahan. Dia mengusutkan rambutnya kasar. Lalu, ditenung kembali wajah Eunha.

"Tak, kalau bukan awak, habis tu dalam gambar ni siapa? Hah?" soal Jungkook dingin dengan tatapan tajamnya.

"S-Saya tak tahu, sayang. Memang...memang bukan saya. Tolong la,sayang. Percayakan saya. Saya tak buat semua tu,awak. Tolong" rayu Eunha bersungguh lalu tangannya bergerak memegang lengan Jungkook.

Namun, pantas saja ditepis lelaki itu.

"Tak payah nak tipu la, Jeon Eunha. Dalam gambar ni dah terang-terang gambar awak dengan jantan sial mana. Patut la semalam tak balik kan? Kononnya nak stay back dekat uni" ujar Jungkook kesal yang terselit sindiran.

Eunha tersentak. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"No,sayang. Saya tak--"

"Dah la, Jeon Eunha. Dulu, memang saya cuba untuk percayakan awak. Memang Lee Bona tu banyak bagitahu benda buruk pasal awak. Tapi, bila benda ni dah asyik berterusan sampai berhari-hari macam ni, macam mana saya nak percaya awak lagi, Eunha? Kalau Lee Bona tu tak tunjuk gambar ni dekat saya, sampai bila awak nak terus tipu saya? Perbodohkan saya macam ni?" hambur Jungkook panjang lebar penuh kesal.

Eunha menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tubir matanya sudah bertakung dengan air mata.

"Sayang,tak...tolong la. Tu memang bukan saya. Saya tak buat semua tu sayang. Saya tak kenal lelaki tu pun sayang, saya--"

"Tak payah nak tipu lagi lah, Eunha!"

Eunha lagi-lagi terhinjut bahu apabila suaminya itu meninggikan suara lagi.

"Kalau tak kenal, takkan sampai sekatil macam ni kan?" soal Jungkook kesal seraya meraih gambar di atas meja itu lalu dihempas foto menjijikkan itu ke atas meja kembali.

Air mata Eunha menitis. Dia takut bercampur gugup apabila melihat keadaan suaminya itu.

"Sayang, saya tak buat semua tu. Tolonglah percaya saya,sayang. Tolong la. Saya merayu dekat awak" lirih Eunha penuh terdesak dengan nada yang bergetar. Air matanya yang mengalir diseka langsung.

Jungkook meraup kasar wajahnya. Dia melepaskan keluhan kasar. Lalu, wajah terdesak Eunha ditenung tajam.

"Dulu saya cuba untuk tak percaya apa Lee Bona tu cakap buruk pasal awak. Tapi, lepas banyak bukti dia bagi,rupanya selama ni memang perangai awak mcm ni,Jeon Eunha." tutur Jungkook senada, kesal.

Eunha tersentak hebat. Dia mengemam bibirnya seraya air matanya mengalir.

"Ja-Jadi, awk lebih percayakan bussiness partner awak tu dari saya? Dari wife awak? Seriously, sayang?" soal Eunha dengan mata yang berkaca-kaca. Nadanya juga bergetar hebat.

Jungkook diam tidak merespon.

"Kenapa? Saya ni nampak murah sangat ke dekat mata awak?" soal Eunha lagi dengan nada yang tersela serak dan getaran. Air matanya mengalir.

"Bukan tu masalahnya sekarang! Benda ni dah ada bukti la, Jeon Eunha!" tukas Jungkook kesal.

"Tapi,awak tak nampak dengan mata awak sendiri kan? Itu bukti dari orang lain kan? Awak cuma percaya bukti dari orang lain kan? " tukas Eunha penuh kecewa. Setelah itu, dia menghela nafasnya perlahan.

"Kalau awak sayang saya, jadi, percayakan saya. Bukan orang lain, sayang"

"'If you love me, then trust me. Not the others.'" tutur Jungkook dengan nada rendah sambil menatap tepat ke wajah Eunha, mengulangi ungkapan yang pernah diungkapkan wanita itu suatu waktu dulu.

"Ayat ni. Awak still ingat?" soal Jungkook.

Eunha terdiam seribu bahasa. Dia hanyut ke dalam kebisuan. Ayat itu. Ayat itu yang pernah keluar dari mulutnya saat situasi teruk antara mereka suatu waktu dahulu.

Jungkook menghela nafasnya perlahan.

"Saya still ingat ayat ni. Ayat yang dah buat hati saya terdetik untuk cuba sedaya-upaya percayakan orang yang saya sayang dulu sebelum orang lain" tutur Jungkook penuh tulus. Ayat itu juga telah mengubah dirinya. Dulu dia terlalu posesif soal semua benda tentang Eunha. Ya, dulu dia tidak sematang sekarang. Semuanya menuduh, menghukum, meninggikan suara.

"Saya belajar. Saya belajar dari kesilapan saya. Saya belajar dari mistake yang saya pernah buat dekat awak dulu, waktu kita baru 3 tahun kahwin. Saya tuduh awak melulu, tak ada usul periksa, percayakan orang lain lebih dari isteri sendiri. And,ayat tu buat saya sedar sampai sekarang. Saya tanam ayat tu dalam diri saya sampai sekarang. Untuk tak percayakan orang lain dulu, sebelum orang yang saya sayang, yang saya lebih kenal. " jelas Jungkook panjang lebar.

"Tapi, mulut yang cakap ayat tu dulu, tengah praktikkan lagi tak ayat tu sekarang?" soal Jungkook senada dengan kening yang diangkat sebelah.

Eunha hanya mampu membisu.

"Tak. Tak pun, kan?" soal Jungkook, menjawab persoalannya sendiri.

Setelah itu, dia menghela nafasnya berat.

"Saya cuba pertahankan hubungan kita ni, saya korbankan rasa terseksa saya selama ni untuk betulkan keadaan ni, saya cuba tanggung rasa sakit saya untuk bertahan sebaik mungkin sampai sini, tapi sekarang, saya end up gagal jugak" ujar Jungkook berbaur kekecewaan.

"Kita dah gagal" sambung Jungkook sambil menatap tepat ke wajah Eunha.

Eunha hanya kekal mendiamkan diri meskipun tuturan itu menyentuh hatinya.

"Mungkin memang sampai sini je hubungan kita, Jeon Eunha. Saya tahu, berat awak tanggung segalanya selama ni macam mana saya jugak berat tanggung semua ni. Mungkin dah susah sangat untuk kita teruskan semua ni, sayang" tutur Jungkook dengan hati yang berat. 'Sayang'. Mungkin panggilan itu panggilan terakhir yang akan disebutnya buat insan tercinta di hadapan.

"Jadi, mungkin ni memang keputusan yang terbaik untuk kita berdua" tambah Jungkook lalu mengemam bibirnya singkat. Betapa beratnya hatinya untuk mengatakan hal itu.

Eunha menganggukkan kepalanya perlahan. Air matanya yang bertakung di tubir mata menjadi lebih penuh.

"Pasal perbicaraan dengan hal lain, kita akan bincang semuanya lusa ni. Saya bagi awak masa. Saya pun perlukan masa" tutur Jungkook senada.

Eunha mengangguk akur. Dia mengemam bibirnya rapat lalu menghela nafasnya perlahan.

"Terima kasih. Terima kasih sebab terima permintaan saya untuk penceraian ni. Sayang. " ucap Eunha sambil menatap tepat ke wajah Jungkook. Sebaik saja panggilan 'sayang' itu diungkap, air matanya juga serentak mengalir.

Tolong. Panggilan itu menambahkan lagi rasa berat hati terhadap Jungkook. Menyesakkan lagi dadanya. Dia hanya mengangguk dan melarikan bola matanya ke arah lain.

Eunha mengesat air matanya yang berlinangan.

"Saya minta maaf untuk segalanya selama saya jadi isteri awak. Dan, saya berterima kasih untuk segalanya jugak selama saya jadi isteri awak." tambah Eunha dengan nada yang menahan tangisan, bergetar.

Jungkook memejamkan matanya rapat. Bibirnya diketap kuat. Beratnya. Beratnya hatinya untuk menerima kenyataan ini. Untuk melepaskan wanita di hadapannya ini.

"Saya boleh uruskan semua pasal penceraian kita. Saya harap awak boleh tunggu. Saya akan bagitahu tarikh perbicaraan nanti" -Jeon Eunha

━━━━━━━━━━━━━━━

“And now, I'm letting you go...”

━━━━━━━━━━━━━━━

    

AIMMMMMMM GONNAAA SWIINGGGGGGG

K

AWWW SIAPA NAK KAIN LANGSIRRR, BERNAFAS!

Ha, aku je beria. *lap air mata copy ory*

UDAH DI SIGN YA GAES

SO SEYA DH KABULKAN 2 PERMINTAAN KORANG IN ONE CHAP

SAE YOON DH TAKDE KAITAN DGN JUNGKOOK ✅

CERAI✅

ABEGITUH

TAK, TAK PYH KECAM AKU. BERDASARKAN ANALISIS SY DARI KOMEN SBLM NI, MMG KORANG NAK DIORANG CERAI KAN

HA-

UNTUK YG TAK SETUJU TU, HA DOA II LAH TIME DIORANG NAK GI MAHKAMAH, AYAH PIN DATANG TAHAN KERETA DORANG

NOTHING IS IMPOSSIBOLLL

APAPUN, JGN FRUST LAGI YE ANUCK II

ASHETEI TIUN AJE DULU

ADA LAGI YANG AKU NAK BUAT KORANG TERKESIMA, TERKEDU, TERPANA, TERSEMBAM-

K salah server

SO, HA. BERTAHAN SIKIT LAGI YE. ANDA BISA MELAKUKANNYA!

EHEHE

OH YE BTW KALAU KORANG CURIOUS LEE BONA YG DLM FLASHBACK ATAS TU SIAPA, SO EKCELI JUNGKOOK ADA PENAH MENTION. TAPI BUKAN SEKETUL II NAMA DIA LAH.

YE AKU TAHU KORANG TAK BOLEH RECALL, SO GUWE KASI SS NI HA.

CHAP 87.

HA SI LEE BONA TU LAH PENGARAH PEREMPUAN YG DIMAKSUDKAN TU HUEHUE

K DAH. VOTE TAUUU

PEWNAD NI TYPE 5K WORDS

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro