Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷125

OYEAH SILAKAN

HA VOTE DULU














"Eoh, Na. How? Dah slow talk dengan husband kau dah ke?"

"Belum lah, Ju. Dia tiba-tiba ada hal. Dia keluar lepas baru je dalam 15 minit macam tu balik dari office. Ada dinner apa entah" jelas Eunha agak kesal seraya melabuhkan punggungnya ke atas katil. Satu keluhan perlahan dihela.

"Oh, ye? Habis, sekarang dia tak balik lagi?"

"Tak. Maybe dinner yang formal macam tu kot. Itu yang lama"

"Ahh, formal dinner. Ye la, selalunya memang lama. Nanti dia balik lah tu"

"Hm. Esok je lah aku cakap dengan dia pasal tu"

"Ye, esok je. Tak payah banyak fikir lah, Na. Anak buah baru aku kena baik-baik je dengan kau. Jangan buat dia terkesan sekali dengan mummy dia ye"

Eunha langsung berdecit perlahan dek pesanan Yuju itu. Dia mengangguk perlahan.

"Iyee"

"Ha, aku dah nak kena tidur dah ni, Na. Esok kerja"

"Oh, okey. Good night. Good luck. Hwaiting"

"Cakap untuk diri sendiri ke tu?"

"Ish, untuk kau lahhh"

"Hahahaha, ye gurau je. Dah, kau pun kena pergi tidur jugak. Jaljaa"

"Eoh~"

Tut.

Panggilan diputuskan Yuju terlebih dahulu. Eunha pun menurunkan telefon pintarnya dari telinga. Kemudian, objek itu diletakkan di sebelahnya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihela perlahan.

Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati sekarang. Dan, entah kenapa juga dia berasa sangat kesal kerana tak dapat berbincang dengan Jungkook tadi. Seolah, hari ini saja dia berpeluang untuk berbuat begitu. Seolah tiada hari esok.

Kenapa ya?

Ada apa-apa buruk yang bakal berlaku hari inikah?

Pantas saja Eunha menggelengkan kepalanya. Cuba menghindarkan fikiran buruk tersebut. Tak kira apa dan bagaimana perkara buruk itu, tentunya dia tak mahu itu berlaku. Dia baru saja berasa bahagia dan tenang kembali. Janganlah hapuskannya lagi.

Eunha menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum dihela perlahan. Cuba menyalurkan ketenangan dalam dirinya. Berasa sedikit tenang, dia pun mengangkat kedua kakinya ke atas tilam lalu tubuh dipusingkan sedikit dan bersandar pada kepala katil. Bantal dicapai lalu didakap di atas riba. Mata lurus memandang ke hadapan.

"Kalau awak rasa susah nak yakin dengan saya sekarang pun, for the least, you should remember one thing. This one fact,"

"I love you. A lot. "

Tiba-tiba terngiang pula ungkapan manis Jungkook kelmarin di telinganya. Terbit sekuntum senyuman kecil menghiasi bibir sang tuan badan yang sedang dibelenggu kegelisahan itu. Dan kian melebar garis senyuman di bibir mungilnya itu. Berbunga-bunga hati yang tadinya resah itu.

Dipeluk erat bantal dalam dakapannya itu dengan senyuman lebar yang tidak tertahan senangnya itu. Kepala perlahan terlentok ke tepi bersama senyuman yang langsung tak lekang. Tak ubah seperti orang yang baru dilamun cinta. Itulah gelagatnya ketika itu.

Eunha menegakkan kembali kepalanya apabila terlintas di benak fikirannya tentang seorang Jeon Jungkook. Langsung saja dia menilik jam di dinding lurus di hadapan. Jam sudah menunjukkan pukul 10.10 minit malam. Ikutkan, sudah 4 jam lelaki itu keluar.

"Bila awak nak balik, sayang?"




【 BBP S2:TRUST】
»125



    

"Kamu dah ada plan untuk future project nanti, Jungkook ssi?" soal tuan pengerusi Lee penasaran. Matanya tertumpu fokus buat seorang Jeon Jungkook di hadapan.

"Tak pasti lagi, tuan. Buat masa sekarang,saya nak fokus untuk management mall dulu" jelas Jungkook ringkas lalu mengulum senyuman singkat terhadap tuan pengerusi ibu pejabat itu.

Tuan pengerusi Lee pun mengangguk mengerti. Dia kemudiannya membuka bicara dengan pengurus Ji dan Yura pula.

Jungkook pula mengerling jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya. Sudah pukul 10 malam. Namun, figura-figura di meja makan itu langsung tiada ura-ura untuk pulang. Makin seronok berbual ada lah.

Keluhan perlahan dilepaskan. Dia meneguk sedikit minuman bikarbonat yang sudah keempat gelas itu. Maklumlah, sudah 4 jam dia mereput di meja makan itu. Asyik teguk air sajalah. Lagipun, setiap satu jam pasti minuman baru dihidang. Manakan tidak sehingga 4 gelas.

Tzztt, tzztt! Tzztt, tzztt!

Jungkook langsung mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar tatkala merasakan getaran dari objek itu. Dia menilik nama sang pendail yang terpapar di skrin.

'Precious💙'

"Joseonghamnida" ucap Jungkook formal seraya menayang telefon pintarnya yang sedang berdering itu kepada gerangan yang berada di situ tanda meminta izin.

"Eoh,silakan,silakan" respon tuan pengerusi Lee itu langsung dengan mesra. Lalu, dia kembali berborak dengan pengurus Ji.

Jungkook pun berdiri kemudian langsung menjawab panggilan dari Eunha itu terlebih dahulu. Telefon dilekapkan ke telinga. Sambil itu dia menapak keluar dari ruangan makan peribadi itu.

"Sayang, eodiga? Awak still ada dekat restoren tu lagi ke?"

"Ye"

"Jjinja? Lamanya! Awak pergi kerja dekat sana sekali ke apa?"

"Haah, cari duit lebih"

"Eyy! "

Jungkook langsung tergelak tatkala mendengar respon sebal Eunha di hujung talian itu.

"Yee, nak balik dah ni, sayang. Pengerusi tu lah sembang banyak sangat. Lagipun, dia sampai lambat tadi. Itu yang jadi lagi lama dinner ni ha"

"Awak balik je tak boleh?"

"Mana boleh, sayang. Kang tak pasal-pasal ada yang kena suspend company"

"Kalau macam tu,selotape lah mulut pengerusi tu. Baru dia tak bercakap. Ha, mata dia sekali. Baru dia tak nampak awak balik"

Jungkook lagi-lagi tergelak dek celoteh polos Eunha itu.

"Hey sayang, jangan la obvious sangat rindu saya tu"

"Eeee,tak,okey,tak! Perasan je lah hidup tuu"

Jungkook sekadar terkekeh perlahan.

"Dah, balik je lah cepat! Lambat, saya kunci pintu. Tidur luar! "

Tut.

Panggilan langsung diputuskan wanita itu. Jungkook tergelak kecil lalu menurunkan telefon pintarnya dari telinga. Dia menyimpan objek itu ke dalam poket seluar kembali. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya untuk menapak masuk ke dalam ruang makan peribadi itu semula.

Namun, langkahnya mendadak berhenti apabila hampir melanggar seorang pelayan yang sedang menatang dulang yang turut mahu masuk ke dalam ruang makan tersebut. Pelayan itu langsung menundukkan sedikit kepalanya 30° tanda meminta maaf.

Jungkook pun membalas dengan tindakan yang sama.

Pelayan tersebut memandang Jungkook sekilas lalu mengukir senyuman nipis sebelum menapak masuk ke dalam ruangan makan itu terlebih dahulu. Dia menatang lima gelas minuman di atas dulang. Macam biasa, cukup sejam, minuman lagi-lagi akan dihidang.

Jungkook pun sekadar membontoti pelayan itu lalu dia melabuhkan punggungnya ke atas bangkunya kembali. Sebaik saja itu, segelas minuman dingin pun diletakkan di hadapannya.

Kemudian, pelayan itu pun melangkah keluar dari ruangan tersebut setelah kerjanya selesai.




【 BBP S2:TRUST】
»125



    


Hampir dua jam berlalu, seorang Jeon Eunha masih menantikan kepulangan Jungkook. Dia lagi-lagi menguap kecil. Sudah berapa kali dia menguap sepanjang hampir dua jam itu. Dia juga bersengkang mata di ruang tamu itu. Hanya untuk menunggu suaminya itu pulang. Wajah diraup perlahan.

Jam pun sudah melepasi pukul 12 tengah malam. Tidak kunjung pulang juga lelaki itu. Tadi cakap dah nak balik.

Telefon pintar di pegangan dinyalakan lagi. Boleh dikatakan setiap 5 minit, dia akan menyalakan objek itu. Mahu memeriksa kalau-kalau dia menerima apa-apa mesej dari Jungkook. Namun, tetap saja tiada sebarang mesej diterimanya. Cukup menambahkan lagi kegusarannya.

"Sayang,awak dekat mana ni?" gumam Eunha bimbang lalu menghela nafasnya berat. Dia bimbang sekiranya ada apa-apa yang berlaku kepada suaminya itu. Tepatnya, perkara buruk.

Manakan tidak bimbang, panggilan bersama Jungkook dua jam lalu itulah hal terakhir dia dapat berhubung dengan lelaki itu. Setelah itu, senyap. Panggilan pun tidak terjawab. Apalagi mesej.

Mengantuk? Tentulah. Namun, jelas-jelaslah dia takkan mampu untuk melelapkan matanya selagi sepasang matanya itu tidak menyaksikan sendiri kepulangan suaminya itu. Tentu juga dia tak dapat tidur dalam keadaan bimbang yang menyelubungi diri.

Ting!

Sepantas kilat Eunha melihat telefon pintarnya yang menyala dek menerima sekeping mesej itu. Matanya fokus menilik hal yang terpapar di skrin telefonnya.

You have a message from +82-0792972134

Hi

Eunha langsung mengerutkan dahinya saat melihat mesej yang diterimanya dari nombor yang tidak dikenali itu. Dia pun membuka ruangan chat dengan nombor tersebut.

+82-0792972134

Hi

Awak wife Jeon Jungkook?

If yes, you should come to Rosie Hotel Restaurant now

Something has happened
12.09 am




【 BBP S2:TRUST】
»125



    

"Um, hai, saya dah sampai lobi. Awak dekat mana, ya?" soal Eunha buat sang gerangan di hujung talian sambil matanya meliar ke sekeliling lobi hotel.

"Eoh,saya pakai blaus hijau. Awak yang pakai long cardigan hitam tu ke?"

"Eoh, ne"

"Okey, saya pergi dekat awak"

Tut.

Panggilan diputuskan oleh pemilik nombor tidak dikenali itu terlebih dahulu. Eunha pun perlahan menurunkan telefon pintar dari telinganya sambil matanya masih meliar ke sekeliling. Lalu, matanya pun terarah pada sosok tubuh perempuan memakai blaus hijau yang melangkah menghampirinya. Pasti gerangan itu.

"Hai, awak kan? Wife Jeon Jungkook?" soal perempuan itu langsung tatkala berdiri di hadapan Eunha.

Eunha mengangguk kecil.

"Eoh, ne. Awak yang mesej saya tadi?" soal Eunha kembali, mahukan pengesahan. Ditatap wajah anggun perempuan yang agak tinggi di hadapannya itu.

Perempuan itu pun mengangguk. Tepatnya, Lee Yura.

"Ye, betul. Sini ikut saya" jawab Yura lalu langsung menarik perlahan tangan Eunha, menarik wanita itu berjalan.

"Um, nak pergi mana?" soal Eunha bingung sambil memandang Yura yang berjalan di hadapannya itu.

Yura langsung menoleh memandang Eunha apabila dia teringatkan sesuatu. Tangannya melepaskan genggaman longgar pada lengan kecil Eunha itu.

"Oh, about your husband. Actually lepas je dinner dengan dia tadi, along with some bussiness partners, dia mabuk sangat" jelas Yura dan memandang sekilas Eunha di sebelah. Dan, perkara itu sebenarnya dusta lagi direka-reka.

"Jjinjayo? Then, dia dekat mana sekarang? Awak tahu?" soal Eunha bertambah risau seraya mendadak menghentikan langkahnya. Matanya yang agak membuntang itu menatap wajah Yura.

Yura pun turut menghentikan langkahnya apabila Eunha bertindak begitu. Dia memandang raut risau di wajah Eunha itu. Bibir dikemam seketika sambil memasang ekspresi serba salah.

"Umm...dia mabuk sangat then saya nampak dia..." tutur Yura perlahan lalu menjedakan ayatnya. Kononnya tak mampu untuk meneruskan.

"Awak nampak apa?" soal Eunha penasaran sambil memandang wajah berbelah bahagi Yura itu. Bertambah resah dan bimbanglah dia jadinya.

Yura mengetap bibirnya singkat lalu mengeluh kecil.

"Umm, awak ikut je lah saya dulu. Saya akan terangkan nanti. Saya takut awak tak percayakan saya nanti" tutur Yura dengan tatapan serba salah.

"It's fine. Awak boleh bagitahu saya" balas Eunha yang bertambah penasaran.

Yura menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aniya. Better saya bawa awak saksikan sendiri. Saya tak nak awak fikir saya create cerita bukan-bukan pasal husband awak" tukas Yura yang tetap berkeras.

Eunha terdiam. Dia menjadi lebih gusar dan resah tatkala mendengar ujaran Yura itu. Apa maksudnya 'cerita bukan-bukan'?

"Kajja" ajak Yura lalu mengatur langkahnya terlebih dahulu. Eunha pun perlahan mengikuti langkah wanita itu. Sambil itu dia berharap tiada yang buruk yang bakal disaksikannya nanti. Membuak-buaklah rasa resah dan gusarnya.

"Awak, kenapa kita ada dekat bahagian hotel room ni? Tadi awak cakap dekat restoran hotel ni?" soal Eunha bingung tatkala dia yang hanya mengikuti langkah Yura itu berakhir di deretan bilik-bilik hotel aras bawah.

"There's a lot you need to understand" ujar Yura perlahan sambil kakinya setia melangkah maju ke hadapan.

"Ne? " soal Eunha penasaran apabila dia terdengar samar-samar respon Yura itu.

Yura menoleh lalu mengukir senyuman singkat.

"Saya akan explain nanti" balas Yura lembut lalu kembali memandang ke hadapan.

Bertambah membuak-buaklah rasa ingin tahu dalam diri seorang Jeon Eunha. Belum dikira rasa gusar dan resahnya lagi. Ditambah pula dengan dirinya yang kini berjalan di kaki lima bilik-bilik hotel, lagilah bermacam-macam tanggapan negatif menyerang fikirannya.

"Sini" ujar Yura ringkas seraya menghentikan langkahnya di hadapan sebuah bilik hotel.

"A-Ada apa dekat sini?" soal Eunha gugup yang perlahan menghentikan langkahnya juga. Dia melihat bilik hotel itu sekilas lalu memandang Yura. Jantungnya berdetak laju. Takut kalau-kalau apa yang sangat tak mahu disaksikannya itu menjadi kenyataan.

Yura menghela nafas berat.

"Sorry. You really need to see this" tutur Yura serba salah lalu langsung mengimbas kad hotel yang berjaya didapatinya dari pihak hotel itu pada pintu bilik. Lalu, dia pun membuka pintu tersebut.

Eunha menggelengkan kepalanya perlahan. Dia menapak selangkah ke belakang. Dia tak mampu untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Firasatnya kuat mengatakan hal itu benar-benar berlaku.

"You should see it. Awak patut pastikannya sendiri. I could be wrong. Come" ujar Yura lembut, cuba memujuk Eunha. Tepatnya, mempengaruhi wanita itu.

Eunha mengetap bibirnya kuat. Kedua-dua tangannya di sisi itu digenggam erat, cuba menyalurkan keyakinan dalam dirinya. Betul. She could be wrong. Tak mungkin Jungkook akan berbuat perkara terkutuk begitu. Tak mungkin.

Dia patut mengesahkannya sendiri.

Sebaik saja siap menyalurkan keberanian dan kekuatan dalam dirinya, Eunha pun perlahan menghayun langkahnya ke arah pintu yang terbuka itu. Dia memandang sekilas Yura yang sedang menahan pintu buatnya itu. Kemudian, dia meneruskan langkahnya ke hadapan.

Eunha drastik jatuh terduduk ke atas lantai dek kakinya yang tak mampu berdiri teguh tika sepasang matanya menyaksikan secara langsung hal yang sangat tak mahu dilihatnya. Fikirnya dia sudah kuat untuk menyaksikannya. Dadanya terasa sesak seolah dihempap batu yang amat besar. Air matanya juga drastik menitis.

Rasa pedih kekecewaannya kali ini sememangnya tiada tandingannya. Terlalu meremukkan hatinya. Melihat suami sendiri yang berbaring sekatil dengan perempuan lain. Tidak cukup dengan hanya berbaring, lengan lelaki itu juga merangkul kemas pada leher perempuan sial itu.

"So...saya nampak husband awak tiba-tiba tarik seorang perempuan dekat restoran tadi lepas tu masuk bilik ni. Saya cuba nak halang tapi tak sempat. Then, saya teringat yang dia ada wife, that's why saya cepat-cepat contact awak. Itu pun saya dapat contact awak dari someone"




【 BBP S2:TRUST】
»125



    


Sinaran matahari pagi yang menembusi kain langsir berwarna coklat gelap yang terselak sedikit itu telah mencucuk sepasang mata yang sedang tertutup tenang, berhasil mengganggu lena nyenyak seorang Jeon Jungkook. Matanya perlahan dicelik lalu dikerdipkan beberapa kali bagi meraih kesedaran sepenuhnya.

Setelah itu, dia menoleh ke sampingnya. Sosok tubuh Eunha sudah tiada di sisinya. Barangkali sudah bangun terlebih dahulu.

Dia kemudiannya menoleh ke sebelah kanannya lalu telefon pintarnya yang berada di atas meja lampu tidur itu dicapai. Objek itu pun dinyalakan. Terpapar beberapa mesej di skrin.

You have messages from Kim Mingyu

Better kau off day hari ni.

Settle apa yang patut.

Eunha mesti tak okey.
8.17 am

Berkerut langsung dahi Jungkook sebaik saja membaca mesej kiriman Mingyu pada sejam lepas itu. Dia bingung.

Kenapa dia perlu off day?

Dia perlu settle-kan apa?

Kenapa dengan Eunha?

Dia berasa sangat-sangat keliru dan bingung ketika itu. Yang membingungkannya lagi, mengapa Mingyu seolah tahu pula keadaan Eunha? Ada apa-apa yang berlaku di luar kesedarannya kah?

Sebenarnya, tentang kejadian semalam, Eunha telah menghubungi Mingyu untuk meminta bantuan lelaki itu membawa keluar Jungkook yang seperti tidak sedarkan diri itu dari hotel. Jadi, tentulah lelaki itu menyaksikan dan mengetahui tentang hal semalam.

Jungkook cuba mengingati sesuatu namun seolah ada yang menyekat benak fikirannya, dia tak dapat mencerna mindanya. Sememangnya itu kesan sampingan setelah mengonsumsi Rohypnol, tepatnya pil tidur.

Wajah diraup perlahan sebelum dia bangkit dari pembaringan. Telefon diletakkan ke atas meja lampu tidur semula lalu dia pun turun dari katil dan menapak ke bilik air.




【 BBP S2:TRUST】
»125



    


Terasa sakit yang kian mencucuk di kepala membuat pandangan Eunha sesekali menjadi kabur. Tangan yang ligat mengacau secawan air teh panas di hadapan pun berhenti bergerak. Tangannya naik memegang sisi kepalanya yang sedang sakit itu. Tak lama setelah itu, dia terundur selangkah ke belakang apabila pandangannya berpinar-pinar.

"Hey, okey tak,sayang?" soal Jungkook langsung seraya menggenggam erat lengan kecil Eunha, refleks untuk menyokong tubuh mungil itu yang sangkanya akan rebah.

Eunha memandang raut wajah bimbang Jungkook itu sekilas lalu langsung meloloskan lengannya dari pegangan lelaki itu. Kemudian, dia memalingkan wajahnya ke hadapan semula.

"Tu, ada makanan atas meja. Makan la. Saya tak boleh nak siapkan makanan banyak hari ni. Kepala saya sakit" tutur Eunha senada dan mengacau perlahan secawan air teh yang tergendala seketika tadi itu. Jungkook di sebelah langsung tidak kerling.

"Nak pergi klinik?" soal Jungkook prihatin tatkala mendengar tuturan Eunha itu. Dia memandang sisi wajah datar isterinya itu.

Eunha menghentikan gerakan tangan kanannya yang ligat mengacau minuman hangat itu. Setelah itu, dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak payah. Tak teruk pun" balas Eunha mendatar lalu mengangkat secawan air teh itu sebelum memusingkan tubuhnya. Kemudian, kaki dilangkah menghampiri meja makan dan secawan minuman hangat itu didaratkan ke atas meja. Setelah itu, dia menghidang pula beberapa ceduk nasi goreng ke dalam pinggan.

Jungkook hanya diam dan statik memerhati gerak-geri isterinya itu. Jadi, secawan air teh hangat itu buat dirinya.

Usai menghidang buat Jungkook, Eunha pun berganjak dari meja makan. Dia mengatur langkahnya melepasi Jungkook untuk keluar dari dapur. Namun, lengannya lebih pantas diraih lelaki itu.

"Awak tak nak makan sekali,sayang?" soal Jungkook.

"Tak ada selera" jawab Eunha ringkas seraya menoleh memandang suaminya itu. Lalu, dia kembali memalingkan wajahnya ke depan.

Jungkook langsung mengeluh perlahan sebelum memegang bahu kiri Eunha lalu dipusing perlahan tubuh wanita itu menghadapnya.

"Kena makan,sayang. Nanti sakit" tutur Jungkook lembut sambil menatap tepat ke wajah kosong Eunha.

Eunha langsung merengus perlahan. Bola matanya yang dilarikan ke arah lain itu langsung bergerak merenung wajah suaminya itu kesal.

"Awak memang nak buat macam tak ada apa yang berlaku kan?" bentak Eunha kesal dengan nada datar.

"Hm?" respon Jungkook bingung bersama sedikit kerutan di dahi. Tak mengerti dengan bentakan Eunha itu. Kedua-dua tangannya yang memegang bahu wanita itu perlahan diturunkan.

"Oh,yela kan. Awak mana nak sedar. Awak tengah tidur waktu tu" sambung Eunha sarkastik sambil kekal merenung wajah buntu suaminya itu.

Bertambah kerutan di dahi seorang Jeon Jungkook dek ujaran Eunha itu. Dia bertambah bingung dan buntu.

"Awak tengah cakap apa ni,sayang?" soal Jungkook bingung.

Eunha merengus kesal sebelum langsung memusingkan tubuhnya. Langkah diatur keluar dari dapur dengan penuh kesal dan sebal.

Jungkook pula terpinga-pinga statik di situ. Dia benar-benar tidak mengerti dengan situasi sebentar tadi. Apa lagi bicara Eunha yang kedengaran menyindir dan dingin itu. Apa yang tak kena pula kali ini?

Tzztt,tzztt!

Jungkook yang sedang cuba mencerna situasi itu langsung saja terganggu apabila telefon pintarnya bergetar di dalam poket seluarnya. Dia pun mengeluarkan objek itu lalu ditilik notifikasi yang terpapar di skrin.

You have messages from +82-0973977291

Hey, apa khabar wife you?

Dia mesti marahkan you sangat kan?

Yela kan, wife mana yang tak kecewa and marah bila tengok husband dia dengan perempuan lain macam ni kan?

『 Picture』

I takkan menyerah semudah tu lah ;)

Good luck for your rumah tangga,dear!
9.17 am

"The fck" omel Jungkook spontan tatkala melihat gambar yang dihantar Sae Yoon itu. Matanya juga membuntang.

Jadi, memang ada yang berlaku di luar kesedarannya semalam.

Shit.




【 BBP S2:TRUST】
»125



    


"Sayang, pasal semalam tu--"

"Saya dah tengok sendiri. Depan mata saya" jawab Eunha langsung seraya memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia sudah mengagak lelaki itu akan membahas soal itu. Tidak dikerling pun Jungkook yang duduk di hadapannya.

"Macam mana--"

"Kenapa? Awak tak sangka saya akan pergi tengok sendiri ke semua tu?" tukas Eunha seraya memandang wajah bingung Jungkook di hadapan.

Jungkook langsung menghela nafasnya perlahan. Dia menggeleng kecil.

"No. Sayang, dengar. Saya betul-betul tak sedar apa yang jadi semalam. Lepas je saya habis call dengan awak, saya duduk dekat meja saya balik, then tak lama lepas tu saya tak tahu apa yang jadi. Saya tak ingat. Saya tak tahu. Saya tak sedar" jelas Jungkook panjang lebar dengan bersungguhnya sambil memandang Eunha di hadapan yang sedang duduk di atas katil itu. Dirinya pula duduk melutut di atas lantai, berhadapan wanita itu.

"It's really a dinner last night? It's really a dinner, sayang? Awak betul-betul pergi dinner dengan head office tu? Dengan pengerusi yang macam awak cakap tu? You really did? Atau, sebenarnya awak pergi dengan orang lain?" soal Eunha kesal dengan bertalu-talu sambil merenung wajah sempurna suaminya itu.

"Sayang..." lirih Jungkook perlahan sambil menatap redup wajah kesal Eunha.

Eunha mengeluh perlahan. Dia menarik nafas sedalamnya lalu dihela lagi. Wajah Jungkook di hadapan kembali ditatap.

"Benda macam ni dah jadi banyak kali dah, awak. Macam mana saya nak terus terima semua ni?" soal Eunha perlahan dengan dahi yang sedikit berkerut kesal. Nada suaranya sedikit disela serak.

Jungkook mengeluh sebelum langsung meraih kedua-dua tangan kecil Eunha yang berada di sisi lalu diletakkan kedua-dua tangan mulus itu di atas riba wanita itu. Digenggamnya lembut sepasang tangan kecil itu.

"Sayang, apa yang awak nampak semalam tu betul-betul tak macam apa yang awak fikir. Saya betul-betul tak sedar apa yang jadi" jelas Jungkook bersungguh sambil menatap wajah redup Eunha.

Eunha menundukkan kepalanya,memandang tangannya yang digenggam erat oleh tangan kekar Jungkook. Bibirnya dikemam.

"Awak cakap awak sayangkan saya" lirih Eunha perlahan dengan nada yang sedikit bergetar sambil menunduk.

"Yes, of course. Of course,I do" jawab Jungkook langsung seraya merenung Eunha yang sedang menunduk itu.

"Tapi,kenapa awak buat saya macam ni?" sambung Eunha kesal seraya mengangkat kepalanya dan menatap wajah Jungkook di hadapan dengan mata yang berair. Hatinya masih pedih bila mengingatkan kembali kejadian semalam.

"Sayang, saya tak pernah berniat pun nak buat awak macam ni. Perempuan sial tu yang perangkap saya. Dia yang plan semua ni untuk ganggu hubungan kita. Saya tak buat benda macam tu,sayang" tukas Jungkook penuh bersungguh sambil memandang wajah kecewa Eunha itu.

Eunha menghela nafasnya perlahan. Bibirnya diketap.

"Saya nak percayakan awak. Saya nak" tutur Eunha seraya menunduk, memandang tangannya yang digenggam lembut oleh tangan besar Jungkook.

"Tapi?" soal Jungkook penasaran dengan nada rendah.

Eunha mengetap bibirnya. Perlahan dia meleraikan genggaman tangan Jungkook pada kedua-dua tangannya.

"Tapi, bila dah banyak kali benda ni jadi, saya jadi ragu-ragu, sayang. Saya jadi takut nak letak kepercayaan lagi" luah Eunha perlahan seraya menatap redup wajah sempurna Jungkook.

"Sayang" lirih Jungkook langsung dek agak tersentak dengan jawapan Eunha itu.

Eunha mengemam bibirnya rapat. Air mata sudah kian menakung banyak di dalam tubir matanya. Dadanya pun mulai terasa sesak.

"Saya minta maaf, sayang. Saya minta maaf sebab bangkitkan hal ni balik," tutur Eunha sambil menahan kepiluan di dada. Ayatnya dijeda seketika. Rasanya baru beberapa hari mereka berasa bahagia kembali, namun datang lagi masalah yang menimpa.

Eunha menarik nafas sedalamnya lalu dihela perlahan. Cuba menyalurkan kekuatan dalam dirinya untuk mengungkapkan beberapa patah perkataan. Jungkook yang sedang fokus memandangnya ditatap dengan mata yang ditakungi air mata banyak di tubir mata.

"Saya nak minta awak setuju untuk ceraikan saya" tutur Eunha dengan nada yang bergetar hebat. Sepasang matanya fokus tertumpu pada wajah sang suami di hadapan. Serentak dengan itu, air matanya tumpah.

Jungkook langsung menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tak dapat berbuat begitu. Dia betul-betul tak dapat berbuat begitu dan tak akan berbuat begitu.

Eunha mengetap bibirnya kuat,menahan tangisannya. Air mata yang berlinang laju diseka langsung menggunakan tangan. Kemudian, dia memegang lembut kedua-dua tangan kekar milik Jungkook yang berada di pangkuannya itu.

"Tolong. Ceraikan saya, sayang" rayu Eunha dengan nada bergetar sambil menatap sedalamnya ke dalam mata Jungkook. Biarpun pandangannya kabur dek dihalangi air mata, masih saja dia merasakan sebak untuk memohon begitu di hadapan wajah lelaki itu.

"Jeon Eunha" panggil Jungkook penuh penekanan namun kekal bernada rendah dek rayuan Eunha itu. Dengan tangannya yang digenggam wanita itu lagi,wajah kemerahan dek tangisan itu, benar-benar meluluhkan hatinya.

"Saya minta maaf kalau permintaan tu bunyi macam saya pentingkan diri tapi...tapi saya...saya dah tak boleh bertahan lagi, awak" tutur Eunha yang agak menghadapi kesukaran untuk berbicara dek tangisannya itu.

Jungkook menggelengkan kepalanya perlahan.

"No, please. Kita tak boleh akhirkan hubungan kita macam ni, sayang" mohon Jungkook bersungguh sambil menatap penuh berharap wajah Eunha. Ditilik wajah isterinya yang kemerah-merahan dek menangis.

"I'm sorry" ucap Eunha ringkas lalu menundukkan kepalanya. Setitis demi setitis air mata mendarat di atas baju T miliknya.

"Saya benci rasa macam ni, awak. Saya benci bila saya rasa sakit kecewa tu, awak. Sekurang-kurangnya, bila saya dah bukan wife awak nanti, saya dah tak perlu nak lebih-lebih untuk rasa kecewa, untuk patah hati bila benda macam ni jadi. Just because saya wife awak sekarang, saya tahu itu hak saya untuk rasa macam tu. Jadi, saya dah tak boleh nak terus tanggung sakit tu, sayang" hambur Eunha panjang lebar dengan nada suaranya yang sesekali tenggelam dan serak.

Jungkook menghela nafasnya panjang sebaik saja mendengar hamburan Eunha itu.

"Look, sayang. Kita boleh bincang dalam-dalam lagi pasal ni kan? Jangan buat keputusan terburu-buru macam ni, sayang. Eoh?" pujuk Jungkook sambil menatap wajah kesal Eunha.

"Saya cuba nak berbaik dengan awak semalam. Saya cuba nak slow talk, nak berbincang dengan awak pasal masalah kita. Tapi, apa? Awak kecewakan saya lagi" balas Eunha kesal.

"Kenapa setiap kali saya letak kepercayaan dekat awak, benda macam ni akan jadi?" sambung Eunha protes.

Jungkook hanya mampu mengeluh perlahan. Kalau dia boleh kawal semuanya, benda yang dia paling mahu kawal sekali adalah 'kebetulan' yang membawa kepada perselisihan faham seperti ini. Bukan sekali, bukan dua kali. Lebih. Wajarlah Eunha kian hilang keyakinan dan kepercayaan kepadanya pun. Dia pun sudah buntu mahu buat apa lagi.

"Tak apa lah. Macam saya cakap tadi, saya dah tak boleh tahan lagi dah, awak. Just, ceraikan saya." tutur Eunha agak diisi penekanan.

Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihela perlahan. Kemudian, dia mengangguk perlahan.

"Okey,kalau awak tak boleh fikir pasal saya pun, at least fikir pasal Jungwon,pasal anak kita dalam kandungan awak tu. Just because of this, awak nak minta cerai dengan saya?" tutur Jungkook agak kesal.

"'Just bcs of this'? Awak anggap benda ni ringan ke,sayang? Awak nak saya tahan berapa lama lagi? Awak nak saya sabar untuk berapa lama lagi? Awak nak saya jadi penonton kemesraan awak dengan perempuan tu untuk berapa lama lagi? Awak ingat saya boleh tahan ke dengan semua ni?" tukas Eunha bertalu-talu dengan sebal. Ditenung wajah Jungkook di hadapan.

"Pasal Jungwon. It's okay. Kalau kita bercerai sekali pun, dia masih boleh hidup dengan baik dengan saya. Saya boleh jaga dia. Saya ibu dia" tambah Eunha senada.

Jungkook langsung merengus perlahan.

"Sampai macam tu sekali kan tahap selfish awak, Jeon Eunha?" soal Jungkook kesal sambil merenung wajah Eunha.

Eunha diam. Dia sekadar melarikan bola matanya ke arah lain, mengabaikan renungan suaminya itu.

Jungkook sekali lagi merengus perlahan. Dia berdiri.

"Benda ni kita boleh settle baik-baik, Jeon Eunha. Kenapa sampai perlu pilih jalan ni? Why did you need to go this far?" soal Jungkook kesal sambil merenung wajah datar Eunha di hadapan.

Eunha pun mendongak sedikit, memandang Jungkook yang sedang berdiri di hadapan.

"Awak cakap saya selfish tadi kan? Awak pun selfish. Awak tak fikir apa saya rasa bila setiap masa awak asyik ada dengan perempuan tu. Saya bukan nak cemburu buta tapi saya ada hak sebagai isteri awak untuk mempertikaikan benda ni. Hati saya dah cukup terluka dengan semua ni. Kalau awak dah tak sayang saya, buat apa nak simpan saya lagi?" tukas Eunha panjang lebar dengan penuh kesalnya.

"Siapa cakap saya tak sayang awak?" respon Jungkook yang juga tak kalah kesalnya.

"Awak tak perlu bagitahu semua tu lah! Saya dah tahu dengan cara awak! You don't even love me anymore. If you really do, kenapa awak banyak kali buat saya kecewa macam ni? Just lepaskan saya! Apa yang susah sangat?!" hambur Eunha yang dikuasai emosi.

"Susah!" balas Jungkook drastik dengan lantangnya.

Terhinjut spontan bahu Eunha dek suara lantang Jungkook itu. Namun matanya tetap bertahan merenung wajah tegang lelaki itu.

"Susah." tutur Jungkook sambil mengatur nafasnya yang agak turun naik dek respon penuh emosinya tadi. Nadanya kali ini pun kembali rendah.





"–Sebab saya terlalu sayangkan awak, sayang" -Jeon Jungkook

   ━━━━━━━━━━━━━━━

“To lose you is my worst fear”

  ━━━━━━━━━━━━━━━

    

ABEGITUH

FUH ALMOST 4.5K WORDS YE HUEHUE

PENUH KEKACAUAN YE EHE

MAAF YE AWUCK SEMUA

SAYA BUAT JUNGKOOK ANDA TERSEKSA LAGI AHDBDJSMSKS-

OK LAH TU DUA CHAP DAH DAPAT MENYENDU KAN 🤗

SENDU BYK II SIAPA NAK BAGI😊

MEH BALIK KE ZON MERAH BALIK MEH AHSHJOSJSIS

YE AKU TAHU AKU YG PALING JAHAT DGN JUNGKOOK SKRG-

IM SO SORREYH BUT AILEBIUH

DI SINI DAPAT KITA LIHAT BETAPA PENYABAR DAN SETIANYA BELIAU

YA ITU NILAI MURNI KITA HARI NI. BOLEH CATAT DALAM BUKU NILAM ANDA 😉

TAK, SKRG NI CHARACTER JUNGKOOK AKU BUAT NI DH BUAT ANDA SMUA PUNYA STANDARD JADI LAGI TINGGI KAN AHSHSHSHS

KETEPI SMUANYA, DIA TERLALU SEBEN MATERIAL DLM FF NI *gigit pasu*

maleh haku

PAPEPUN, TERUSKAN TERSEKSA SIKIT SEJA LAGI DAN SEYA AKAN KABULKAN APA YG ANDA SMUA MAHUKAN SELAMA INI(・∀・)

#JUSTICEFORJUNGKOOK

Atibeh

DAH, VOTE SILA. MUAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro