
🔷123
HA VOTE
ASHELAMAT MEMBACAAAA
"Kook, fail tu. Ada tak?"
"Ada. Tapi, tak categorize lagi lah. Memang nak kena guna sekarang ke? Dah nak pukul 10 dah ni, gila" tutur Jungkook sambil menyelak-nyelak helaian di dalam fail di pegangannya itu menggunakan tangan kiri. Sempat dia mengerling jam di pergelangan tangan.
"Tak apa, aku kelaskan nanti. Kau letak je atas meja aku. Nanti aku balik dari appoinment nanti aku ambik. Lepas tu, kau nak pergi balik, pergi la. Aku pun nak balik lepas tu"
"Eoh, ok" balas Jungkook ringkas dengan anggukan perlahan. Sebaik saja itu,panggilan pun diputuskan Mingyu di hujung talian. Dia menutup fail di pangkuannya itu lalu berdiri. Kaki melangkah menghampiri meja kerjanya dan telefon pintarnya bersama fail itupun diletakkan ke atas meja tersebut.
Jam di pergelangan tangan ditilik lagi. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 9.45 malam. Dia merengus perlahan dek kesal dengan hakikat yang dia berakhir dengan pulang malam hari ini. Fail agak tebal yang diambilnya dari rak tadi itu diraih dari meja. Kemudian, dia pun melangkah keluar dari pejabatnya dan menuju ke jabatan pengiklanan.
Sebaik saja Jungkook keluar, muncul satu figura di sebalik dinding di luar pejabat Jungkook. Kepalanya dijengukkan sedikit, memastikan lelaki itu sudah menjauh. Lalu, dia pun langsung menolak perlahan pintu kaca pejabat Jungkook itu.
"Okey...? Apa yang dia buat dekat sini malam macam ni? Ada ke kerja sampai malam? Lagipun, he's alone here. Kerja apa dia buat?" monolog Sae Yoon penasaran seraya melangkah masuk ke dalam pejabat luas milik Jungkook itu. Dia memandang sekeliling dan ke luar. Sememangnya lengang tanpa pekerja.
Dan,bagaimana parasit ini boleh masuk? Berkat kad akses staf yang diterimanya sebagai seorang yang berurusan di dalam syarikat itu, jadi dia berhasil lah bagi memasuki ke dalam bangunan dengan mudahnya.
"Ah, why am I here? Well, aku just selalu curious pasal dia. Who knows, ada something aku boleh cungkil keluar? Or,boleh buat bahan ugutan ke? That would be good enough" gumam Sae Yoon lalu mengukir senyuman kecil. Dia melangkah menghampiri meja kerja Jungkook.
"Belum masanya lah I nak mengalah. I perlu menyerah dengan bermaruah. I takkan mengalah macam pathetic,okey" omel Sae Yoon dengan megahnya sambil membelek-belek beberapa buah fail yang agak berselerak di atas meja itu. Ditilik satu-persatu tajuk fail-fail tersebut, barangkali ada yang menarik perhatiannya.
"Kenapa semua pasal kerja ni? Dia tak ada rancangan apa-apa yang dia sorok ke? Kalau tak ada, then just why the hell he's here at this hour? " gumam Sae Yoon bingung bercampur kesal sambil ligat meneliti lagi fail-fail lain. Dia gigih mahu mencari asbab untuk mencipta masalah buat lelaki itu. Setelah itu, bolehlah dia membuat lelaki itu tiada pilihan dan harus akur dengannya.
Tzztt, tzztt!
Bunyi deringan notifikasi dalam mod getaran itu langsung membuatkan Sae Yoon meletakkan sementara fail di pegangannya itu ke atas meja. Kemudian, dia menyeluk poket seluar jeans dan mengeluarkan telefonnya. Objek itu dinyalakan.
"Eh? Tak ada pun?" omel Sae Yoon bingung sambil menilik skrin telefonnya itu. Dahinya berkerut kehairanan dek tiada mesej atau notifikasi pun yang terpapar di skrin telefon.
Tzztt,tzztt!
Sae Yoon langsung meliarkan matanya apabila bunyi getaran itu menyapa telinganya lagi. Dia yakin bukan dari telefonnya kerana tiada pula objek itu bergetar di pegangannya tadi. Dan, matanya pun terarah pada sebuah telefon pintar yang sedang menyala berada di tepi komputer.
"Ah, don't tell me that..." omel Sae Yoon langsung dengan mata yang disepetkan, merenung objek nipis segi empat tepat itu. Kemudian, perlahan bibirnya menarik senyuman sumbing.
"So,you tertinggal phone you, Jungkook. You shouldn't be that clumsy,you know?" ujar Sae Yoon bersahaja sebaik saja mencapai telefon milik Jungkook itu. Dia pun menilik skrin objek itu dengan senyuman licik yang masih menghiasi bibir.
You have 4 messages from Precious💙
Eodiga?
Tak settle lagi ke kerja awak?
Bila awak nak balik?
Kepala saya sakit lah :(
9.47 pm
Sebaik saja membaca mesej yang terpapar itu, bibir Sae Yoon yang mengukir senyuman senget tadi itu langsung lesap. Sudut bibirnya ditarik ke atas, melakar reaksi jijik. Dia berdecit jengkel.
"Mengada kan kau? Sakit kepala je pun. Bukannya pecah kepala" omel Sae Yoon jengkel lalu menggulingkan bola matanya ke atas.
"But, if that can happen, it's such an honour for me, girl" sambung Sae Yoon bersahaja lalu terkekeh kecil.
"Alright so, what should aku reply message kau ni ye, perempuan? Ah, ani. I mean, what should 'Jungkook' reply message kau ni ye? " gumam Sae Yoon dengan senyuman senget sambil merenung deretan mesej Eunha itu. Dia berfikir sejenak. Sesekali dia menoleh ke belakang, memastikan tiada sesiapa yang datang.
"Ah, okey. This would be nice" gumam Sae Yoon bersama senyuman lebar tatkala dia menerima idea. Jemarinya mulai mengetik laju di ruang balasan setelah menekan option 'reply' di skrin itu.
Send!
"Perfect" omel Sae Yoon lalu tersenyum puas. Telefon milik Jungkook itu diletakkan ke atas meja kembali.
"Aigoo. You lebihkan 'busy' you sampai tak nak wife you ganggu kan, Jungkook? Tak considerate betul you ni" gumam Sae Yoon berbuat kesal lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tergelak kecil. Pasti perempuan itu akan kecewa sangat nanti dengan balasan mesej suaminya itu.
Tambah pula, sedang mengandung kan? Pasti lebih sensitif.
"Ah, maja. Aku kena pergi sekarang" ujar Sae Yoon langsung tatkala terfikir yang semestinya gerangan Jungkook itu akan kembali ke pejabatnya untuk mengambil telefon. Sae Yoon serta-merta berlari anak keluar dari pejabat tersebut lalu melangkah pantas ke arah tangga kecemasan.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»123
•
•
•
Tepat jam 10 malam, Eunha terjaga dari lenanya yang cuma kurang dari 15 minit itu dek rasa sakit di kepala yang tidak kunjung lesap. Sebaik saja dia membaca balasan mesej dari Jungkook lingkungan 15 minit lalu itu, dia langsung memilih untuk tidur saja, berharap dapat mengurangkan rasa sakit itu. Namun, hampa. Tetap saja itu mengganggunya. Tak cukup dengan emosinya yang terganggu dek balasan mesej menyebalkan dari Jungkook itu.
Eunha perlahan bangkit dari pembaringannya. Rasa berdenyut-denyut di kepala semakin merimaskannya. Mahu tak mahu, dia perlu turun ke tingkat bawah untuk memakan ubat juga. Kalau tidak, barangkali tidak nyenyak tidurnya nanti.
Kedua-dua kaki turun memijak lantai sebelum berdiri. Sesekali keluhan dilepaskan sambil kaki melangkah keluar dari bilik,menanggung rasa sakit di kepala itu. Sisi kepala dipegang bersama bibir yang diketap.
Setibanya di dapur, dia melangkah perlahan menghampiri kabinet dapur. Dia menjinjit sedikit kakinya lalu membuka pintu kabinet aras atas itu. Kemudian, dia meraih keluar sebuah bekas segi empat tepat yang dipenuhi pelbagai paket ubat-ubatan. Diletakkan bekas itu ke atas kabinet lalu dia pun menyelongkar cermat bekas itu, mencari ubat sakit kepala.
"Cari apa, sayang?"
Suara garau yang tiba-tiba menyapa telinganya dari arah belakang itu langsung membuatkan tangannya terhenti sebentar menyelongkar. Kemudian, dia merengus perlahan lalu kembali mencari ubat yang dikehendakinya itu. Tidak memberi respon.
Tidak mendapatkan jawapan dari sang isteri, Jungkook yang berada tepat di belakang Eunha itu pun menjenguk di sebalik tubuh kecil itu. Barulah dia nampak apa yang sedang dicari wanita itu.
"Kenapa? Sakit ke? Tak sedap badan?" soal Jungkook langsung seraya berganjak ke sisi tubuh mungil itu. Dia menoleh memandang sisi wajah datar Eunha itu, mahukan respon.
Namun, keprihatinannya itu diabaikan begitu saja oleh sang gerangan di sebelah. Yang ada, wanita itu fokus menyelongkar bekas yang berisi paket ubat itu dengan raut datar. Seolah dia tidak wujud pula di situ.
Manakala Eunha yang cuma berdiam diri dan menyibukkan dirinya dengan menyelongkar bekas ubat itu sebenarnya sedang terkumat-kamit di dalam hati, sebal dengan sang suami di sebelah. Tiba-tiba nak ambil berat pula!
"Nak cari ubat apa? Sini saya tolong carikan" ujar Jungkook lembut menawarkan dirinya seraya menarik bekas ubat di depan Eunha itu ke arahnya.
"Saya boleh cari sendiri lah" tukas Eunha mendatar lalu langsung menarik kembali bekas ubat itu ke arahnya.
Tak mahu kalah, Jungkook meraih lagi semula bekas ubat itu. Langsung saja Eunha menoleh sebal memandang suaminya itu.
"Tak apa lah. Saya carikan. Bagitahu nak cari ubat apa. Pergi duduk sana dulu" tutur Jungkook dengan nada memujuk sambil memandang wajah cemberut Eunha itu.
Eunha merenung kesal wajah tenang Jungkook itu lalu langsung merengus perlahan. Baiklah, dia mengalah. Tapi, itu bukan bermaksud perang dinginnya berakhir. Dia masih kesal dengan lelaki itu.
Jungkook tersenyum kecil melihat ekspresi protes Eunha itu.
"Nak ubat apa ni?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
"Nak ubat mati" balas Eunha dingin penuh penekanan sambil menatap tajam wajah suaminya itu.
"Tak pernah beli lagi lah ubat tu, sayang" jawab Jungkook bersahaja lalu mengukir senyuman singkat. Sedikit pun dia tidak terkesima dengan permintaan aneh Eunha itu.
Eunha langsung merengus sebal. Dia kemudiannya meraih bekas ubat di hadapan Jungkook itu hingga bahunya berlaga dengan lelaki itu.
"Ish, dah la. Tak payah ganggu. Sibuk je. Pergi la sibukkan kerja awak tu. Tadi terganggu sangat" hambur Eunha sebal lalu menjeling tajam Jungkook di sebelah.
Berkerut seribu dahi Jungkook dibuatnya tika mendengar hamburan sebal Eunha itu. Dia buntu.
"Apa?" soal Jungkook bingung terkebil-kebil.
Eunha lagi-lagi menjeling suaminya itu. Kecil, besar, nipis, tebal je dia dengan lelaki itu. Mahu saja dia cubit-cubit lengan sasa itu. Nasib tengah tak ada mood.
" 'Apa?','Apa?'. Dah, tepi. Orang nak makan ubat" omel Eunha sebal yang sempat mengajuk respon Jungkook itu sebelum menolak tubuh suaminya itu dengan bahunya. Dijeling sekilas Jungkook yang terdorong ke tepi sedikit itu.
"Jumpa ubatnya pun belum, sayang" seloroh Jungkook bersahaja sambil menatap wajah masam mencuka Eunha itu.
"Nak minum air" balas Eunha serta-merta lalu langsung mencapai gelas kaca di penjuru kabinet di tepi Jungkook. Mujur saja sel-sel otaknya cepat berhubung. Tak ada lah nak terciduk sangat-
Kemudian, dia lantas melangkah ke arah mesin air Coway yang berada bersebelahan peti sejuk itu. Dia menekan punat air sejuk lalu menadah ke dalam gelas di pegangannya itu. Penuh saja air di dalam gelas itu, dia pun melangkah menghampiri meja makan lalu duduk ke atas bangku.
Jungkook yang cuma diam memerhati gerak-geri Eunha itu tadi akhirnya menapak menghampiri wanita itu di sisi meja.
"Sakit kepala ke, sayang?" soal Jungkook penasaran berbaur prihatin seraya meletakkan tangan kanannya di hujung rangka kerusi yang diduduki Eunha itu bersama tangan kiri yang didaratkan ke meja. Matanya fokus melihat Eunha yang masih ligat meneguk air kosong itu.
Eunha meletakkan gelas kaca yang masih berbaki suku air kosong di dalamnya itu ke atas meja. Dia kemudiannya menoleh memandang Jungkook di sebelah.
"Tak payah nak tanya lah" balas Eunha acuh tak acuh sebelum menjeling sekilas Jungkook. Dia berdiri lalu menolak tangan suaminya itu yang statik memegang rangka bangku yang didudukinya itu, secara tidak langsung menghalang laluannya.
"Lah, tanya pun tak boleh?" soal Jungkook bingung dan hairan seraya menurunkan tangannya dari terus memegang badan bangku tersebut, memberi laluan kepada Eunha.
"Tak boleh lah!" balas Eunha sebal dengan lantangnya sebelum langsung mengatur langkahnya keluar dari dapur.
Tercengang sebentar seorang Jeon Jungkook dibuatnya. Berkelip-kelip matanya memandang figura Eunha yang kian menjauh itu.
"Ye, jangan la marah" gumam Jungkook perlahan sambil bola matanya perlahan bergerak mengikuti langkah Eunha. Terkebil-kebil dia melihat wanita itu mendaki tangga sambil menghentak kaki sebal.
Perlahan tangan kanannya bergerak menggaru lehernya yang tidak gatal dalam kebingungan.
"Dah kenapa pulak tu? Aku ke yang salah? "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»123
•
•
•
Sinaran matahari pagi menembusi langsir tingkap bilik yang sedikit terselak itu,mencucuk sepasang mata yang sedang tenang terpejam, menganggu tidur nyenyak seorang Jeon Eunha.
Berkerut-kerut dahi Eunha dibuatnya sebelum matanya itu dicelikkan jua. Dia meraup mukanya perlahan. Kepalanya yang berasa sedikit berdenyut dipegang lalu dipicit ringkas pelipis kepalanya itu. Sepertinya rasanya lebih baik dari semalam.
Eunha kemudiannya menoleh ke sebelah kirinya. Disangka seorang Jeon Jungkook masih dibuai mimpi di sebelahnya, namun tidak. Figura suaminya itu sudah tiada di sebelahnya.
Dia menoleh pula ke sebelah kanannya, ke arah meja lampu tidur. Niatnya untuk meraih telefon pintarnya itu langsung terbantut tatkala melihat satu paket ubat yang diletakkan ke dalam piring. Tidak lupa juga segelas air kosong yang ditutup permukaan atasnya.
Terukir langsung senyuman kecil di bibir Eunha saat melihat hal itu. Senyuman pertamanya pagi ini. Dia pun bangkit dari pembaringannya lalu menilik dengan lebih dekat pada dua benda itu. Ada pula sehelai kertas putih kecil yang diselit bawah piring itu. Tanpa berlengah, dia pun menarik keluar kertas itu lalu dibuka.
Makan ubat ni lepas breakfast nanti. Make sure makan! So that, awak takkan tiba-tiba marah saya lagi nanti. Trauma ni trauma.
Tak dapat makan ubat pun emo ke, sayang?
Eunha langsung saja berdecit perlahan saat selesai membaca isi surat yang tentunya dari Jungkook itu. Dia tersenyum kecil sebelum melipat kembali kertas itu dan diselit semula ke bawah piring.
"Memang dia nak buat tak bersalah je ke pasal message reply semalam tu? Aigoo, jjinja" omel Eunha kemudian menggeleng perlahan. Dia turun dari katil lalu mengatur langkahnya ke bilik air. Untuk membasuh muka dan memberus gigi pastinya.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»123
•
•
•
"Mummy! " panggil Jungwon langsung tatkala mendapati ibunya yang sedang menuruni tangga itu. Dia lantas melangkah ke arah Eunha yang hampir tiba ke lantai bawah itu.
"Eoh, Jungwon ah. Mianhaeee. Hari ni mummy terlewat bangun. Won mesti lapar kan?" tutur Eunha kesal sambil menatap wajah anaknya itu dengan bibir yang dicebikkan.
Jungwon langsung menggelengkan kepalanya.
"Tak lah, mummy. Uwon dah kenyang lah" jelas Jungwon polos sambil memandang wajah serba salah ibunya itu.
Berkerut langsung dahi Eunha.
"Kenyang? Won dah makan apa?" soal Eunha hairan dan bingung.
Jungwon langsung tersengih kecil.
"Sini, mummy" ajak Jungwon lalu lantas menarik tangan ibunya itu, mengheret Eunha ke dapur. Setelah itu, dia melepaskan pegangannya pada tangan sang ibu. Salah satu bangku di meja makan dipanjat lalu berdiri di atas sana.
Eunha pula terkebil-kebil bingung melihat anaknya itu. Dia pun berjalan menghampiri meja makan.
"Jjajaaang!" sorak Jungwon girang seraya mendepakan tangannya, seolah mempersembahkan hidangan-hidangan yang tersusun rapi di atas meja itu.
"Eoh?" ujar Eunha langsung terpana dengan mata yang sedikit membulat saat melihat beberapa makanan pagi yang tersedia di atas meja itu. Melopong sedikit mulutnya.
"Siapa--"
"Daddy! Daddy yang masakkan!" maklum Jungwon serta-merta tanpa sempat ibunya itu menghabiskan soalan. Dia terlalu teruja untuk memaklumkan itu.
"Omo, jjinja? " respon Eunha dalam ketidakpercayaan dengan nada yang tersela tawa. Matanya fokus meneliti beberapa hidangan di atas meja itu.
"Eoh!" jawab Jungwon riang dengan anggukan laju.
Eunha langsung tergelak kecil. Entah apa yang merasuki lelaki itu sehingga rajin menyiapkan sarapan pula pagi ini. Namun, tak dapat dinafikan itu satu tindakan yang mengharukan buat seorang Jeon Eunha.
"Mummy makan lah. Won dah makan dengan daddy tadi" pelawa Jungwon mesra sambil memandang sang ibu yang tampak senang hati itu.
Eunha langsung memandang Jungwon lalu menganggukkan kepalanya bersama senyuman. Dia pun menarik kerusi lalu duduk.
"Ne, jal meokkeseumnida~"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»123
•
•
•
"Sayang,sayang,sayang" panggil Jungkook langsung bertubi-tubi tatkala menapak masuk ke dalam bilik tidurnya dan Eunha itu. Lalu, langsung saja dia menghampiri Eunha yang ligat meratakan pelembap muka pada wajahnya di hadapan cermin meja solek.
Terkebil-kebil Eunha bingung apabila lengannya ditarik Jungkook menghampiri katil lalu kedua-dua bahunya dipegang dan ditekan membuatnya duduk ke atas tilam. Dia kemudiannya memandang Jungkook yang turut duduk di atas tilam di sebelahnya.
"Wae gurae?" soal Eunha bingung sambil memandang Jungkook di sebelah yang masih rapi dengan kemeja di tubuh, tentunya dek baru pulang dari kerja. Dia meneliti wajah sempurna lelaki itu yang tercalit keresahan itu.
Jungkook memusingkan tubuhnya sedikit menghadap Eunha di sebelah. Kedua-dua bahu kecil itu dipegang.
"Sayang" panggil Jungkook lagi sambil menatap lurus ke wajah polos Eunha itu.
"Iye. Kenapa?" sahut Eunha dengan dahi yang sedikit berkerut.
"Mesej semalam tu bukan saya reply tau. Serius" tutur Jungkook penuh penekanan sambil kekal menatap tepat ke wajah Eunha itu. Tangannya juga kekal memegang kedua-dua bahu wanita itu.
Eunha yang bingung dan penasaran tadi itu langsung saja mencebik sebal tika makluman itu yang diberikan lelaki itu. Dia sudah melupakan seketika tentang hal itu.
"Alah, kalau nak cakap pasal tu, spoil mood terus lah macam ni" balas Eunha sebal lalu melarikan bola matanya ke arah lain. Bibirnya dicebikkan.
"Lah,betul. Bukan saya yang reply" tutur Jungkook bersungguh.
Eunha kembali menumpukan matanya ke arah lelaki itu.
"Habis tu, siapa? Ada orang curi telefon awak lepas tu tolong reply message saya ke?" soal Eunha bersama andaian sarkastik. Lengan disilangkan ke dada. Keningnya dijongket sebelah.
"Haah" balas Jungkook bersahaja.
"Ey, betul-betul lah. Siapa je ada dekat office awak malam-malam macam tu ha" bentak Eunha sebal dan kembali memasang raut cemberut di wajahnya.
Jungkook mengeluh perlahan.
"Sae Yoon. Perempuan sial tu yang reply" ujar Jungkook senada.
Mendengarkan itu, langsung saja lengan Eunha yang disilang ke dada itu diturunkan. Matanya sedikit membulat.
"Mwoyaaaa?" respon Eunha langsung bernada ketidakpercayaan. Setelah itu, dia langsung memusingkan tubuhnya sepenuhnya menghadap Jungkook di sebelah.
"Kejap, kejap. Awak nak cakap yang dia pun ada sekali dekat office awak semalam? Then, boleh pulak dia ambik phone awak? Ah, lepas tu, password phone awak pun dia tahu jugak ye? Dia memang ada sepanjang masa kan dengan awak?" soal Eunha bertalu-talu berbaur protes sambil merenung wajah suaminya itu.
"Hey, bukan macam tu lah, sayang. Semalam saya tertinggal phone dalam office time nak hantar something dekat department sebelah. Then, time tu lah perempuan tu masuk office saya. Kebetulan, awak text time tu. Dia pun buat la kerja bodoh dia tu. Saya tahu ni pun sebab check dekat cctv. Itu pun lepas saya tengok message awak dekat office tadi" tukas Jungkook panjang lebar, menjelaskan situasi sebenar.
Eunha menyepetkan kedua-dua matanya, merenung wajah Jungkook, seolah mencari kebenaran di wajah lelaki itu.
"Serius bukan saya yang reply macam tu, sayang. Wife saya sakit kepala takkan saya nak reply macam tu,sayang?" tambah Jungkook bersungguh agar dapat meyakinkan wanita itu.
Eunha langsung berdecit perlahan sebelum menggulingkan bola matanya ke atas. Dia memusingkan tubuhnya menghadap hadapan kembali.
"Boleh je" balasnya senada lalu menyilangkan lengannya ke dada. Raut wajahnya sengaja dibuat datar.
Jungkook berdecit perlahan dek respon Eunha itu. Dia kemudiannya dengan santainya mendakap erat pinggang wanita itu dari sisi. Lalu, dagunya didaratkan pada bahu kanan Eunha.
"Tak,boleh,sayang. Saya sayang awak sangat tau. Tahu awak sakit kepala pun saya dah tak keruan,tahu? Rasa macam tak boleh fikir dengan baik dah. Rasa macam semua tak kena. Rasa macam hidup ni sia-sia.Rasa macam hidup tak bermakna. Takut nak bernafas pun susah nanti" hambur Jungkook panjang lebar dengan penuh dramatiknya. Dahinya juga berkerut-kerut, seolah benar-benar menghayati.
Nasib tak ada suruh orang main viola je dekat belakang tu.
Eunha menoleh memandang raut dramatik di wajah Jungkook itu lalu langsung berdecit perlahan. Ditolak perlahan wajah suaminya itu dengan tawa halus yang terletus. Drama betul.
Jungkook pun tergelak kecil sebelum mengucup singkat pipi mulus Eunha yang hampir dengannya itu. Lalu, dieratkan lagi pelukannya pada pinggang wanita itu.
"Sayang" panggil Jungkook dengan nada rendah sambil menatap sisi wajah sempurna wanita itu.
Eunha langsung menoleh memandang Jungkook di sebelah dengan senyuman yang masih terhias di bibir. Saki-baki tawa halus tadi.
"Kalau awak rasa susah nak yakin dengan saya sekarang pun, for the least, you should remember one thing. This one fact,"
Ayat dijeda seketika. Dia mengamati wajah polos sang isteri yang tampak fokus melihatnya.
Eunha pula bergerak-gerak perlahan bola matanya meneliti wajah sempurna Jungkook itu. Dalam masa yang sama, dia penasaran dengan ayat tergantung lelaki itu.
"I love you. A lot. " sambung Jungkook penuh penekanan dengan nada separa bisik. Matanya tak lepas mengamati wajah polos Eunha yang hampir dengannya itu.
Eunha perlahan mengukir senyuman saat 5 perkataan itu menyapa indah telinganya. Dia kemudiannya langsung memalingkan wajahnya ke depan. Bibirnya dikemam rapat, menahan senyuman yang mungkin akan terlakar lebih lebar. Kedua-dua tangannya bertaut erat lalu tersenyum kecil.
Jungkook yang melihat itu terkebil-kebil dia dibuatnya dek reaksi tidak jelas Eunha itu. Dia tak dapat pastikan sama ada isterinya itu senang dengan bicaranya tadi atau sebaliknya. Maklumlah, wanita itu tak ada merespon apa-apa pun. Terus saja memaling wajah.
Eunha berdehem kecil. Dia kemudiannya menoleh memandang Jungkook di sebelah kembali.
"Sayang,nak tteokboki" pinta Eunha bersahaja lalu mengukir senyuman lebar.
Langsung saja Jungkook mengerutkan dahinya. Salah server kah?
"Lah, tiba-tiba masuk bab makanan ni?" soal Jungkook hairan sambil memandang wajah polos Eunha di sebelah. Dahinya masih berkerut.
"Alaaa, saya lapar lahhh. Belikan,eh?" jawab Eunha meleret dengan nada yang dimanjakan sedikit sambil memandang wajah bingung Jungkook. Sepasang matanya dikelip-kelip bagi memujuk lelaki itu. Tak cukup dengan itu, kepalanya dilentokkan pula pada bahu suaminya itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan dek gelagat Eunha yang drastik berubah mencuit hati hanya untuk makanan.
"Kalau saya pergi beli, saya dapat apa?" soal Jungkook bersahaja, cuba untuk berunding.
Eunha langsung mengangkat kepalanya dari terus melentok di bahu Jungkook itu. Dia menoleh memandang wajah lelaki itu dalam kebingungan.
"Dapat apa? Awak nak apa?" respon Eunha buntu, dibalas dengan soalan kembali. Dipandang Jungkook yang sedang menjongket sebelah kening itu.
"Anything" jawab Jungkook ringkas lalu mengulum senyuman lebar.
Eunha pun menggaru-garu perlahan pipinya, berfikir.
"Eoh...,kalau macam tu, nanti kalau ada duit lebih, awak beli lah apa awak nak beli" ujar Eunha bersahaja.
Lesap langsung segaris senyuman di bibir seorang Jeon Jungkook itu. Ke-fakeuhope-an apakah ini?
"Eunha sayang, saya bukan Jungwon" tukas Jungkook agak membentak sambil menatap wajah santai Eunha itu. Raut wajahnya protes.
Eunha langsung tergelak kecil. Dia pun mengangguk-anggukkan kepalanya. Lalu, ditarik wajah Jungkook mendekati dan langsung dihadiahkan kucupan demi kucupan di kedua-dua pipi suaminya itu dan diakhiri di bibir.
"Dah. 3 set combo ni. Make sure beli 10 cup tteokboki" seloroh Eunha selamba seraya menurunkan tekupan tangannya pada wajah Jungkook itu. Senang hatilah raut yang terlakar di wajah lelaki itu.
"Saya bawa balik kedai dia terus la, sayang" balas Jungkook bersahaja,berloyar buruk.
"Eh, lagi boleh,sayang. Nanti letak dekat belakang rumah eh" seloroh Eunha turut berloyar buruk.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil. Dia kemudiannya mencium singkat dahi polos Eunha sebelum berdiri.
"Saya pergi dulu" pamit Jungkook ringkas dengan senyuman yang masih menghias bibir.
Eunha sekadar menganggukkan kepalanya. Lalu, Jungkook pun mengatur langkahnya ke arah pintu bilik.
"Sayang" panggil Eunha serta-merta sebelum lelaki itu keluar.
Jungkook pun menghentikan langkahnya dan menoleh.
"Hm?" sahutnya dengan kening yang dijongket.
"Um...hati-hati" pesan Eunha malu-malu lalu pantas melarikan bola matanya ke arah lain. Bibirnya dikemam.
Jungkook langsung saja tersenyum lebar saat mendengar pesanan Eunha itu. Sudah berapa lama agaknya dia tidak mendengar pesanan ringkas namun bermakna itu.
"Apa tadi? Tak dengar. Ulang balik" pinta Jungkook, sengaja mahu menyakat wanita itu.
"Ish, hati-hati" ulang Eunha dengan agak sebal lalu menjeling sekilas suaminya yang berada di muka pintu itu. Dia sudah agak dia akan diusik.
"Hm? Apa,sayang? Sekali lagi" seloroh Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Senyuman lebar menghias bibir.
"Aishh, saja je kan? Dah, pergi sanaaa" bentak Eunha sebal sambil mencerlung tajam Jungkook di sana.
Langsung saja tawa Jungkook terletus. Menggeletek hatinya betul dikala melihat raut cemberut isterinya itu.
"Ye, I love you too,sayang" ucap Jungkook bersahaja dengan meleret lalu langsung melangkah keluar dari bilik tidur mereka.
Eunha lantas berdecit perlahan.
"Siapa cakap 'I love you' entah?" omel Eunha dengan kening yang diangkat sebelah. Lalu, perlahan bibirnya mengukir senyuman.
"Ye, I love you"
━━━━━━━━━━━━━━━
“When I tell you I love you, I am not saying it out of habit, I'm reminding you that you are my life”
━━━━━━━━━━━━━━━
NAH AMEK. RELA TERSEKSA SEBAB SENDU KAN?
HA AMEK, AMEK
ASHSHSHSHS
AIGUU, RINDU BETHOL NAK TYPE CHAP BURGINI.
REST JAP DARI DIALOG YANG MENYAKITKAN HATI ;)
SESUNGGUHNYA SEYA SUDAH LAMA TIDEK TYPE SCENE ANAI II GINI, SOO KALAU ADA CRINGE KE PAPE, MAAP LA YE.
HADAP JE LA EH
UHUK
BTW, UTK CHAP KE DEPAN, MAYBE AKAN ADA LAGI QUOTE SBLM BANNER OUTRO TU, SO NNTI JGN PELIK DAN ANEH YE
KENAPA TIBA II ADA QUOTE?
SAJE. NAK KONFIUSKAN KORANG. TUP TUP TETIBE TU QUOTE ENDING
AHSHSKSKSO
TAKDE LAH. TU SEBAB AKU NK KAITKAN LAGI QUOTE TU DGN EACH CHAP. JUST UTK CHAP YG BERBAKI YG HAMPIR KE ENDING NI HA
TAPI
HA, TAPI
JGN BERHARAP PULAK NEXT CHAP DAH TAMAT YE.
AKU CAKAP HAMPIR, TAK BERMAKSUD FF NI TINGGAL LAGI 5 CHAP JE LAGI EH. TIDEK YE TIDEK.
GAK USAH BERHARAP.
BIAR SESURIPRIS AJA NANTI :)
SOO, AKHIR KATA DARI SEYA, SEMOGA CHAP BURGINI MENGUBATI MENTAL ANDA YG TERKOYAK DAN TERGANGGU SEBELUM YINIH HUE
K DAH. TU JE
JGN LUPA VOTEEE YE MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro