🔷122
YESH MAAP LEWAT
SEYA CUBA UTK DAILY BALIK YE NANTI ;)
ASHILA VOTE DAN COMMENT YAA
HEPI READINGGGG
"Tapi, aku yakin sangat sekarang, Kim Sae Yoon" jawab Eunha penuh pasti sambil menatap tepat ke wajah Sae Yoon.
Mendengarkan itu, Sae Yoon langsung menjongket sebelah keningnya, seolah membawa maksud tentang apa yang membuat wanita itu begitu yakin.
Eunha menarik senyuman kecil. Dia melangkah selangkah ke depan, menghampiri perempuan itu.
"Macam mana kau nak buat dia ceraikan aku,"
Ayat dijedakan seketika. Mata menatap wajah penasaran Sae Yoon.
"Kalau aku tengah mengandung sekarang?" sambung Eunha santai dengan kening yang dijongket. Bibirnya menarik senyuman senget.
Bagai dibekukan, Sae Yoon kaku seluruh tubuh saat mendengar pengakuan Eunha itu. Jantungnya bagai berhenti berdetak buat seketika. Matanya tepat menatap wajah santai Eunha di hadapan.
Eunha tersenyum kecil. Dia melangkah ke sisi tubuh Sae Yoon. Lalu, kepalanya didekatkan ke telinga perempuan itu.
"Eotokhae? You must be really suprised, right?" bisik Eunha bersahaja dengan senyuman mengejek lalu menjauhkan kepalanya dari telinga Sae Yoon.
Sae Yoon langsung menoleh memandang Eunha di sebelah. Dia menggempal penumbuk.
"Supriseee?" tambah Eunha mesra dengan senyuman lebar. Kepalanya juga disengetkan sedikit, benar-benar berbuat teruja. Sengaja mahu menyebalkan lagi perempuan itu.
Sae Yoon menatap tajam wajah ceria Eunha itu. Oksigen berpusu-pusu ditarik masuk ke dalam rongga hidungnya. Bengang.
"Gwenchana. Kau dah cuba yang terbaik" tutur Eunha mesra dengan bersahaja lalu selamba menepuk lembut bahu Sae Yoon. Sarkastik. Langsung tidak gentar dengan raut bengang yang ditunjukkan Sae Yoon itu.
Bertambah sebal lah seorang Kim Sae Yoon itu dibuatnya. Wajahnya berona merah padam. Nafasnya naik turun. Menggigil kedua-dua tangannya yang menggempal penumbuk itu.
Eunha tersenyum kecil lalu menepuk perlahan bahu Sae Yoon. Kemudian, dia langsung mengatur langkahnya ke hadapan, berganjak dari sosok tubuh Sae Yoon itu. Puas hatinya dapat membuat perempuan itu terkedu dan sebal. Hina lah lagi tentang hal sensitifnya itu.
Ya, kali ini dia benar-benar mengandung. Doktor yang merawatnya semalam yang telah memaklumkan kepadanya bahwa dia sebenarnya sedang mengandung hampir dua minggu. Kalau bukan disebabkan dia dimasukkan ke hospital semalam, pasti dia tak akan tahu tentang khabar gembira ini. Dia sendiri pun tidak sangka. Namun, buat masa ini, hanya dia saja yang tahu tentang berita itu.
"Then, bagi aku buat kau gugur" monolog Sae Yoon penuh penekanan dengan nafas yang tidak keruan itu. Dia kemudiannya langsung memusingkan tubuhnya, melihat figura Eunha yang sedang tenang berjalan. Membuak-buak rasa kesalnya dek hakikat yang wanita itu mengandung akan menghalang penceraian antara pasangan suami isteri itu tak akan berlaku dalam masa terdekat.
"Tak ada apa yang boleh halang aku dari aku dapat apa yang aku nak" omel Sae Yoon dengan penuh tekad. Matanya tajam merenung figura Eunha yang tidak jauh darinya itu.
Dengan emosi yang menguasai diri sepenuhnya, dia lantas mengatur langkahnya laju ke arah Eunha.
"Kau akan gugur, perempuan!" laung Sae Yoon penuh emosi lalu dengan sekuat hati dia menolak kuat tubuh Eunha dari belakang.
Tubuh kecil Eunha langsung saja terdorong mendadak ke hadapan apabila ditolak mengejut begitu. Matanya membuntang besar apabila menyedari dirinya bakal jatuh terjelopok dengan kuat ke hadapan dan tak dapat mengawal tubuhnya.
Dan, mujur, tubuh Eunha yang hampir menyembah bumi itu terdorong tepat ke dalam dakapan pantas Jungkook di hadapan. Jungkook mendakap erat tubuh Eunha, memastikan wanita itu tidak terjatuh. Eunha pula spontan menggenggam erat belakang kot yang tersarung kemas di tubuh suaminya itu. Mata kekal dipejam rapat.
Jungkook memandang sekilas wajah Eunha yang dibenam pada dada bidangnya itu. Sebaik memastikan keadaan wanita itu baik-baik saja, dia mengalihkan pandangannya ke arah Sae Yoon yang statik berdiri di sana.
"Yah,kau--"
"You, dia cakap dia mengandung. Mesti dia mengandung anak lelaki tu kan?! " seloroh Sae Yoon menuduh serta-merta dengan mata yang dijegilkan. Jari telunjuknya runcing menunding ke arah Eunha yang masih berada dalam dakapan Jungkook.
Mendengar tuduhan Sae Yoon itu, langsung saja Eunha menoleh belakang, memandang perempuan itu. Raut wajahnya kesal. Sakit hati dengan tuduhan sebegitu.
Jungkook pula terkesima sebentar dek pernyataan Sae Yoon itu. Dia memandang sekilas Eunha yang masih berada dalam dakapannya itu.
"Apa benda kau ni? Nak tuduh wife aku macam tu?" bentak Jungkook dengan dahi yang berkerut sebal.
"You, dia kan selalu sangat ada dengan lelaki tu. Diorang selalu keluar sama-sama kan? Tak mustahil la anak dalam kandungan dia tu sebenarnya anak lelaki tu!" hambur Sae Yoon bersungguh dengan mata yang masih terbeliak emosi.
"Yah, Kim Sae Yoon" panggil Eunha kesal dengan nada yang agak meninggi. Dia melepaskan genggamannya pada kot Jungkook seraya mencerlung tajam wajah merah padam Sae Yoon.
"Eh, mengaku je lah yang kau tu sebenarnya mengandungkan anak Si Han tu. Tak mungkin lah kau keluar pergi makan je dengan dia. Mesti ada buat apa-apa kan? Dah tu, nak berlagak suci pulak kau kan dekat sini? Jijik lah" tutur Sae Yoon panjang lebar sebelum menggulingkan bola matanya ke atas. Sudut kiri bibirnya ditarik ke atas, menghasilkan ekspresi jijik.
Nafas Eunha menjadi tidak keruan dek tuduhan melampau Sae Yoon itu. Membuak-buak emosinya tika itu.
"Yah, mulut kau jangan nak lancang sangat. Kalau tak ada benda baik nak cakap, pergi berambus lah. Lagi banyak kau bercakap, lagi pathetic kau nampak dekat sini" tutur Jungkook dingin penuh penekanan sambil menatap tajam wajah Sae Yoon yang tidak jauh dari mereka.
Sae Yoon langsung mengetap bibirnya kuat saat mendengar bicara mendalam dari Jungkook itu. Tangannya menggigil-gigil menggempal penumbuk. Matanya memandang tajam dua gerangan itu sebelum lantas mengangkat kakinya, berambus dari situ. Dia pun tak mahu kelihatan pathetic di situ.
Sebaik saja perempuan itu pergi, Eunha langsung merengus perlahan. Dia pun tak kalahnya bengang dengan gerangan itu. Bibirnya diketap sebelum memalingkan wajahnya ke depan kembali. Terpampang sosok tubuh Jungkook menyapa pandangannya. Dia pun mendongak sedikit memandang wajah sempurna suaminya itu. Mulalah dia terbuai meneliti wajah lelaki itu.
Jarak tubuh mereka tidaklah terlalu dekat namun lengan Jungkook masih saja setia melingkar di pinggang Eunha. Asalnya untuk menyokong belakang tubuh wanita itu tadi, tapi ini dah lupa nak lepas pula.
Jungkook langsung saja berdehem kecil, sengaja mahu menyedarkan Eunha yang tampak ralit mengamati wajahnya. Serta-merta Eunha tersedar dari terus menilik wajah lelaki itu. Pantas saja dia menggelengkan kepalanya perlahan. Matanya digosok-gosok seraya memalingkan wajahnya ke arah lain. Kantoi pula.
Jungkook langsung tersenyum kecil tika melihat reaksi spontan Eunha yang salah tingkah apabila tertangkap itu. Dia mengemam bibirnya singkat, menyembunyikan senyuman. Lalu, dia berdehem perlahan, cuba serius.
"Tadi call bukan cakap nak balik ke? Ini buat apa dekat sini?" soal Jungkook senada, membuka bicara. Lengannya yang melingkar di pinggang Eunha itu dileraikan lalu tangannya itu dibawa menyeluk poket seluar.
Eunha memalingkan wajahnya memandang Jungkook semula apabila lelaki itu membuka bicara. Dia langsung menjadi buntu mahu merespon apa.
"Eoh...memang saya nak balik tadi.. lepas tu...tiba-tiba je saya sampai sini" jelas Eunha agak meleset mengarut dek tak dapat mencipta alasan yang munasabah dalam masa yang singkat itu.
Jungkook pun mengangguk perlahan.
"Ahh, tiba-tiba je driver teksi hantar awak dekat sini?" soal Jungkook bersahaja dengan kening yang dijongket sebelah, jelas menyakat alasan mengarut Eunha itu.
Eunha langsung menayang raut sebal yang tentunya menyedari lelaki itu mengusik alasannya. Lagi menyebalkan nada lelaki itu tadi tersela tawa. Dia kemudiannya merengus perlahan.
"Kenapa? Saya tak boleh datang sini ke? Lagi pun stesen bas ni bukannya awak punya pun. Stesen bas ni milik awam. Saya ni orang awam kot. Lagi satu, suka hati saya la nak datang sini ke nak balik ke. Sibuk je. Ergh" bebel Eunha sekali harung dengan jengkelnya sebelum menjeling sebal Jungkook. Lengannya disilang ke dada. Ekspresi wajah masih lagi cemberut.
"Lah, panjang betul jawapan" seloroh Jungkook selamba.
Eunha langsung mencerlung tajam wajah lelaki itu. Jari telunjuknya ditunding tepat ke wajah Jungkook.
"Awak yang buat saya jawab macam ni" tutur Eunha sebal lalu menurunkan jari telunjuknya itu ke sisi kembali. Matanya kekal merenung tajam wajah lelaki itu.
Jungkook lantas berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Begini saja sudah membuatnya terbuai sedikit kebahagiaan.
Eunha memyepetkan sepasang matanya, merenung penuh protes Jungkook yang tertawa halus itu. Dia merengus jengkel.
"Dah,nak balik" pamit Eunha mendatar dengan raut yang masih cemberut itu lalu langsung memusingkan tubuhnya untuk beredar.
"Kejap, sayang" seloroh Jungkook langsung seraya pantas merangkul pinggang kecil Eunha, mampu membuatkan wanita itu terpusing menghadapnya kembali. Sekaligus tubuh kecil itu mendadak terdorong ke arahnya.
"W-Wae?" soal Eunha bingung sekaligus gugup dek terkejut dengan tindakan mendadak Jungkook itu. Matanya yang agak membuntang itu merenung wajah suaminya,menanti respon.
Jungkook meleraikan rangkulannya pada pinggang Eunha lalu bahu wanita itu pula dipegang. Matanya tepat menatap ke arah wajah polos wanita itu.
"Really?" soal Jungkook mahukan kepastian dengan kening yang diangkat.
"Apa?" soal Eunha kembali, buntu. Dahinya sedikit berkerut, tidak mengerti apa yang cuba disampaikan lelaki itu.
"Pasal apa yang perempuan tu cakap tadi" sambung Jungkook.
Membulat sedikit mata Eunha tatkala mengerti apa yang cuba dimaksudkan Jungkook itu.
"Of course, no. Saya--"
"The first sentence one. Bukan yang dia tuduh tu" tukas Jungkook langsung tika melihat reaksi Eunha yang agak menggelabah itu. Pasti wanita itu salah mencerna maksudnya.
Eunha langsung terdiam sebentar. Dia pun cuba menghadam apa yang sebenarnya cuba dimaksudkan suaminya itu.
"Ahh, yang tu" omel Eunha langsung apabila dia akhirnya berhasil mengerti. Lelaki itu pasti bermaksud tentang berita gembira yang dia juga baru tahu hari ini itu. Setelah itu, dia pun memandang wajah penasaran Jungkook di hadapan lalu satu anggukan diberikan,mengiyakan.
"For real?" soal Jungkook dalam ketidakpercayaan dengan kening yang dijongket. Matanya fokus tertumpu pada wajah polos Eunha itu. Masih berkira-kira untuk berasa teruja dan senang hati.
Eunha menganggukkan lagi kepalanya. Bola matanya bergerak-gerak meneliti raut wajah terkesima Jungkook itu. Mahu saja dia menekup wajah lelaki itu kegeraman. Tapi itulah, situasi antara mereka seperti tidak mengizinkan saja. Baginya.
Tengok saja lah. Mereka membahas tentang berita gembira itu pun di tepi jalan besar begini. Lagi pula, perasaannya kali ini pun tidaklah sebahagia dulu. Bukan disebabkan janin yang bakal menjadi bayi di dalam rahimnya itu, namun ya, sekali lagi, situasi mereka yang sekarang.
Eunha mengemam bibirnya singkat lalu mengeluh kecil.
"Untuk 9 bulan je. Lepas tu, awak boleh lah ceraikan saya" tutur Eunha acuh tak acuh seraya melarikan bola matanya ke arah lain.
Jungkook langsung menghela nafas perlahan tika hal itu kembali dibangkitkan Eunha. Meski ketika mereka sepatutnya senang dengan khabar itu.
"Again. Kenapa awak nak sangat saya ceraikan awak?" soal Jungkook agak kesal sambil menatap tepat ke wajah Eunha.
"Sebab, awak mungkin akan lagi bahagia dengan orang lain?" jawab Eunha seraya memandang wajah lelaki itu kembali.
"Siapa cakap? Tak ada orang lain yang boleh buat saya bahagia selain awak" tukas Jungkook langsung
"Are you sure saya still bahagiakan awak sekarang? Dengan perangai saya yang macam ni, awak tak terseksa ke?" soal Eunha senada sambil menatap serius wajah suaminya itu. Dahinya sedikit berkerut kesal.
Respon cepumas Eunha itu berjaya membuat Jungkook hilang kata sebentar. Seolah ada yang menyekat otaknya untuk berfikir, dia tak dapat memberi alasan pantas dan munasabah. Mahu menafikan, malangnya apa yang dikatakan wanita itu tepat. Memang terkelu lidahnya.
Memilih untuk menyerah memberi jawapan, tangan kanannya bergerak mengelus singkat ubun-ubun kepala Eunha bersama senyuman kecil.
Tercengang seketika Eunha dek perbuatan ringkas Jungkook itu. Jauh sungguh dari sangkaannya. Fikirnya lelaki itu akan memberi jawapan.
"Nak balik ke?" soal Jungkook mengubah topik sambil sedang menilik jam di pergelangan tangannya itu sebelum memandang wajah polos Eunha di hadapan.
Eunha langsung mengangguk.
"Nak lah. Takkan nak tidur sini pula" balas Eunha senada dek soalan tak memberangsangkan dari Jungkook itu.
"Tak nak tidur sini?" soal Jungkook bersahaja dengan kening yang diangkat sebelah.
"Ishh" rengus Eunha jengkel seraya menampar lengan suaminya itu. Lalu, dijeling sekilas wajah lelaki itu. Menyempat loyar buruk pula. Dah lah dia nak balik dari tadi lagi.
Jungkook langsung tergelak kecil seraya memegang lengannya yang menjadi mangsa tamparan jengkel Eunha itu. Dipandang raut jengkel di wajah wanita itu lalu tersenyum kecil.
"Ah,Jungwon ada dekat rumah appa kan?" soal Jungkook, membuka topik baru.
"Eoh" jawab Eunha ringkas seraya mengangguk.
Jungkook mengangguk perlahan.
"Kajja" ajak Jungkook seraya meraih lengan Eunha sekaligus memusingkan tubuhnya untuk melangkah ke laluan di belakang stesen bas itu.
Namun, Eunha langsung meloloskan lengannya dari pegangan Jungkook itu apabila teringatkan sesuatu.
"Kejap, soalan saya tadi--"
"Kajjaaa" ajak Jungkook serta-merta dengan lebih penekanan seraya langsung meraih tangan Eunha pula lalu digenggam kemas. Kemudian, ditarik perlahan isterinya itu agar turut melangkah.
Eunha hanya mampu menuruti saja dan melangkah meski bibirnya bergerak-gerak ingin ungkapkan soal tadi. Dia kemudiannya mengeluh kecil lalu memandang Jungkook di sebelah. Lalu,dia memandang ke hadapan kembali tika mendengar bunyi khas kunci kereta dibuka. Tatkala itu, baru dia tersedar akan sesuatu.
"Kejap,kejap,maksud awak balik mana tadi?" soal Eunha dengan mata agak membuntang sambil fokus merenung sisi wajah santai Jungkook di sebelah.
Jungkook langsung menoleh memandang Eunha. Segaris senyuman lebar diukir.
"Rumah kita" jawabnya bersahaja bersama senyuman seraya melepaskan genggamannya pada tangan kecil Eunha lalu beralih memeluk bahu wanita itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»122
•
•
•
"Tipu lah!" tukas Jungwon spontan dengan lantangnya.
"Lah,betul. Mana ada tipu" balas Jungkook bersahaja.
"Tipu,tipu,tipu!" laung Jungwon bertalu-talu seraya menekup kedua-dua telinganya. Lalu, dia berlari anak menuju ke bilik tidur utama.
"Mummy!" panggil Jungwon langsung lalu meluru masuk ke dalam bilik tidur ibu dan ayahnya itu.
Eunha yang sedang ligat memindahkan pakaian dari bagasi ke dalam almari itu langsung menoleh apabila dipanggil Jungwon dengan begitu lantang itu.
"Hm?" sahut Eunha ringkas sambil memandang Jungwon yang sedang berlari anak menghampirinya yang duduk di atas lantai berhadapan almari itu.
"Daddy tipu kan?" soal Jungwon langsung seraya duduk melutut di hadapan ibunya itu. Matanya bulat-bulat merenung wajah Eunha penuh harapan.
Dahi Eunha langsung berkerut seribu kebingungan. Dia mengerling sekilas Jungkook yang sedang menyandar santai tubuhnya di pintu dengan lengan yang disilangkan ke dada. Apa lagilah masalah dua beranak ni? Tak sampai 5 jam sampai rumah.
"Apa? Tipu apa?" soal Eunha buntu seraya memfokuskan matanya ke arah wajah sang anak kembali. Keningnya diangkat penasaran.
"Daddy cakap nanti Jungwon ada adik. Daddy tipu kan, mummy?" adu Jungwon polos dengan kesalnya. Matanya kekal meneliti wajah sang ibu dengan penuh berharap. Berharap semua itu dusta belaka.
Eunha tercengang seketika. Berkelip-kelip matanya memandang wajah polos Jungwon. Buntu mahu merespon apa.
Eunha menarik senyuman kecil. Tangan bergerak memegang lembut pipi mulus Jungwon itu. Dia masih tak tahu mahu memberi jawapan bagaimana.
"Eoh...kenapa? Jungwon tak suka ke kalau ada adik?" balas Eunha teragak-agak dengan soalan. Matanya fokus meneliti wajah comel si kecil.
"Eoh, tak suka!" jawab Jungwon langsung tanpa berfikir banyak. Kepala juga dianggukkan yakin.
"Wae?" soal Eunha lembut dengan berhati-hati. Tangannya yang memegang pipi gebu Jungwon itu pun diturunkan perlahan. Dia tidak pernah membayangkan pun setegas itu jawapan anak kecil itu.
Jungwon menatap redup wajah ibunya. Bibirnya yang dicebikkan itu langsung bergetar kepiluan.
"Nanti mummy dah tak sayang Jungwon dah..." rintih Jungwon dengan suara bergetar sambil perlahan memeluk tubuh ibunya itu. Raut wajahnya cemberut. Air mata pun menitis.
"Awh...mana ada, sayang. Mummy tetap akan sayang Jungwon lah" tukas Eunha lembut lalu mengusap perlahan belakang si kecil itu.
Jungwon menggelengkan kepalanya perlahan.
"Tetap jugak tak boleh ada adik baru, mummy" lirih Jungwon perlahan dengan bibir yang dimuncungkan kesal. Dia mengeratkan pelukannya pada leher ibunya itu.
"Tapi kan, mummy tetap sayangkan Jungwon" tukas Eunha lembut cuba memujuk hati si kecil yang memberontak itu.
"Tak boleh jugak!" bentak Jungwon sebal lalu kembali merengek menangis.
Langsung saja seorang Jeon Jungkook yang berada di muka pintu sana tergelak melihat bentakan bersungguh Jungwon itu.
Eunha langsung mencerlung tajam lelaki itu. Itu punca tu. Punca!
"I told you don't tell him first!" bentak Eunha dengan nada separuh jerit penuh sebal. Matanya tajam menatap sosok tubuh yang tampak santai bersandar itu.
"Tak sengaja,sayang" tukas Jungkook bersahaja lalu mengukir senyuman lebar. Tepatnya, senyuman tidak berdosa.
Eunha langsung menjeling sekilas suaminya itu. Lalu, dia kembali fokus pada anaknya di dalam dakapan itu.
"Sayang, gwenchana. Tak apa. Kalau Jungwon ada adik nanti pun, mummy tetap sayangkan Jungwon lagi lah. Mana boleh hilang sayang tu dekat anak handsome mummy ni" pujuk Eunha lembut dan mesra,berusaha memujuk si kecil itu.
Jungwon tidak merespon. Dia hanya kekal menangis di bahu ibunya itu. Tak mahu mummy nya itu dirampas sang adik baru nanti-
"Sayang, saya pergi office kejap. Ada benda nak settle" tutur Jungkook seraya menegakkan tubuhnya dari terus bersandar pada pintu. Lengannya yang disilang ke dada itu pun diturunkan.
Eunha sekadar menganggukkan kepalanya. Dia lebih fokus menepuk dan mengusap belakang seorang Jeon Jungwon itu.
"Jungwon ah, duduk baik-baik dengan mummy, okey? Dengan adik baru sekali,eoh?" pesan Jungkook dengan mesranya bersama senyuman. Tepatnya, mahu mengusik anaknya itu.
Mendengarkan saja ayat terakhir di dalam pesanan ayahnya itu, lagi kuatlah tangisan budak lelaki 4 tahun itu pecah. Dipeluk erat leher ibunya.
"Ish, sayang!" laung Eunha geram dengan lantangnya. Bertambah sebal dia jadinya apabila mendengar suara tawa lelaki itu yang sudah beredar dari muka pintu barusan. Bukannya mahu membantu meredakan tangisan anak, dibuat lagi teruk ada lah.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»122
•
•
•
"Ini comel lah. Kan?" soal Eunha sambil menundingkan jarinya ke arah skrin telefonnya yang memaparkan gambar bayi yang mencuit hati itu. Dia memandang Jungwon di sebelah.
"Eung!" jawab Jungwon langsung dengan anggukan laju. Kemudian, dia langsung menggeserkan jarinya ke tepi di skrin telefon ibunya itu.
"Ini pun comel lah,mummy!" tuturnya langsung dengan terujanya.
"Eoh" balas Eunha dengan anggukan bersama senyuman lebar. Dia memandang raut teruja di wajah anak lelakinya itu. Lega hatinya melihat reaksi begitu di wajah si kecil itu. Hampir setengah jam juga mereka dua beranak ligat melihat gambar bayi di internet bersama. Sengaja mahu mendorong minat ke dalam jiwa anaknya itu.
"Lagi,mummy,lagi!" pinta Jungwon riang seraya menepuk perlahan lengan Eunha berkali-kali.
Eunha langsung tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Dia menjauhkan telefonnya dari anaknya itu lalu diletakkan ke meja lampu tidur di sebelah.
"Dah, esok pulak kita tengok, okey? Sekarang masa untuk tidur~" ujar Eunha mesra dengan senyuman lebar. Jam pun sudah menunjukkan lingkungan pukul 9.30 malam.
Jungwon pun perlahan mengangguk akur.
"Eoh, okey lah. Esok ye, mummy?" balas Jungwon mahukan pengesahan sambil bulat-bulat matanya menatap wajah sang ibu di sebelah.
"Yee" jawab Eunha dengan senyuman manis setelah menganggukkan kepalanya.
Jungwon mengangguk senang. Lalu, dia pun menarik selimutnya ke paras pinggang sebelum membaringkan tubuhnya.
"Jalja, mummy" ucap Jungwon mesra dengan senyuman kecil.
"Eoh, jaljaaa" balas Eunha yang tidak kalah mesranya lalu mengelus singkat rambut hitam anaknya itu.
"Mummy" panggil Jungwon seraya memandang kembali Eunha yang duduk di birai katilnya itu.
"Hm?" sahut Eunha ringkas dengan kening yang diangkat.
"Mummy janji kan akan tetap sayang Uwon nanti?" soal Jungwon polos mahukan pengesahan.
"Iye, sayang" jawab Eunha langsung dengan senyuman lebar.
"Kalau macam tu, okey lah" balas Jungwon bersahaja.
"Apa okey? " soal Eunha bingung.
"Okey lah ada adik baru. Nanti mesti comel macam dalam gambar kita tengok tadi tu kan, mummy?" tutur Jungwon mesra sambil mengamati wajah sempurna ibunya itu.
Eunha langsung menarik senyuman lebar tika mendengar bicara anaknya itu.
"Mestilahh. Nanti Uwon boleh pegang dia,boleh main sama-sama dengan dia,boleh tolong jaga dia, haa macam-macam lah" jelas Eunha mesra agar menyalurkan perspektif positif kepada si kecil itu.
"Uwaaa. Seronok lah macam tu! " balas Jungwon riang bersama senyuman lebar.
Eunha mengangguk senang.
"Yee. Okey, dah. Tidur. Jaljaa" ucap Eunha lembut seraya membetulkan ringkas selimut yang menutupi tubuh kecil anaknya itu.
"Ne~" balas Jungwon akur. Dia pun memejamkan matanya.
Eunha tersenyum kecil melihat wajah polos si kecil itu. Dia menepuk perlahan lengan Jungwon agar memudahkan anak kecil itu dibuai mimpi.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»122
•
•
•
Eunha melangkah masuk ke dalam biliknya sebaik saja Jungwon nyenyak diulik mimpi. Langkah yang diatur perlahan saja menuju ke katil. Kepalanya berdenyut-denyut sakit sejak lima minit lepas.
Perlahan punggung dihenyak ke atas tilam. Tangan kiri setia memicit-micit pelipis kepala, berharap dapat mengurangkan rasa sakit. Setelah itu, dia mengerling jam di dinding. Jarum jam hampir menunjukkan angka 10 dan Jungkook masih tidak pulang.
Eunha meraup wajahnya perlahan. Dia kemudiannya menyalakan skrin telefon pintarnya yang berada di pegangan. Aplikasi mesej dibuka lalu jemarinya mulai mengetik perlahan pada skrin sambil menahan sakit di kepala.
Sayang💙
Eodiga?
Tak settle lagi ke kerja awak?
Bila awak nak balik?
Kepala saya sakit lah :(
9.47 pm
Usai saja menghantar beberapa keping mesej itu, Eunha pun meletakkan telefonnya di tepi buat sementara. Dia memicit-micit sisi kepalanya yang kekal berdenyut itu. Matanya dipejam lalu kepala dilentokkan seketika di kepala katil.
Ting!
Eunha perlahan mencelikkan matanya kembali tatkala mendengar telefonnya itu berdering notifikasi. Dia pun menegakkan kepalanya lalu meraih telefonnya yang menyala itu. Ditilik notifikasi yang terpapar di skrin objek itu.
You have a message from Sayang💙
I'm busy right now. Tak payah ganggu. Duduk je rumah tu diam-diam.
9.48 pm
AFUHH AFUH
*Ruqyah Jungkook*
ALA CHAP NI MUCH BETTER LA KAN DARI ANDA YANG TERSEKSA DULU AHSHSHSHS
ALA AT LEAST ADA JUGAK TERSENYUM KAN-
Takde sudah. Aku memang selalu kondifen.
AQUE NI BAIK ORANGNYEH
TAK SUKA SEKSA ORANG :)
SEYA HARAP ANDA ENJOY LAH CHAP YINI YG LIGHT II GITU
CUMA OUTRO JE MERESAHKAN ;)
ehe
SOOOO HA
BTW, PASAL BNDA AKU INFORM LAST CHAP, ADA KEKHILAFAN SEDIKIT YA
AKU TATAHU LA AKU TGH KHAYAL KE APA WAKTU TU TAPI HA
AKU NK REVEAL PASAL UPCOMING FF AKU TU BUKAN BILA FF NI TINGGAL 10 CHAP YE.
TENGOK LA BILA II AKU RASA NAK BEBEL PASAL TU. TAKDE EXACT TIME YE UHUK
APAPUN, JANGAN RISAU. DAH TAK BYK UNTUK ANDA TERSEKSA. MCM BIASA, SABAR SIKITTTT JE LAGI
MUAH
NAK secebis SPOILER?
WELL, UM, A LOT OF THING AKAN MENGEJUTKAN ANDA NNTI ^^
Uhuks
K DAH, VOTE TOLONG;)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro