
🔷121
CAK
DI PETANG HARI YA
EM
HA VOTE DULU NYAH
YE HAPPY READINGGG
EHEHE
"Kamsahamnida~" ucap Eunha mesra dengan senyuman sebaik saja menyambut huluran beg plastik yang berisi ubat dan juga resit bil hospital.
"Ne~" balas jururawat yang bertugas yang tidak kalah mesranya. Segaris senyuman menghiasi bibir.
Eunha membalas senyuman sebelum langsung mengatur langkahnya di lobi hospital itu menuju ke pintu hadapan. Hari ini dia sudah dibenarkan pulang. Di luar pun sudah hampir petang.
Langkah dihayun bersama senyuman yang tak lekang menghiasi bibir, mengukir buat orang-orang yang berjalan melepasinya. Keluar saja dari bangunan gah hospital itu, dia langsung melangkah ke laluan pejalan kaki yang tersedia.
Tika itu, dia pun membuka beg tangannya lalu telefon pintar dikeluarkan. Objek itu dinyalakan lalu jemarinya pun mengetik pantas di skrin sambil berjalan. Sesekali dia memandang ke hadapan, mengawasi perjalanannya.
Sayang💙
Awak
Nanti petang tak perlu
ambil saya dekat hospital
Saya dah keluar dulu
3.57 pm
Selesai saja memaklumkan itu kepada Jungkook, Eunha pun memadamkan kembali nyalaan skrin telefonnya itu. Objek itu dimasukkan semula ke dalam beg tangannya. Sebenarnya, pagi tadi lelaki itu ada pesan kepadanya yang dia akan menguruskan hal discaj dan menjemputnya lepas kerja nanti. Tapi itu lah, seorang Jeon Eunha ini terlalu bosan untuk menunggu di dalam wad buat masa yang lama.
Eunha melangkah di laluan pejalan kaki itu hingga keluar dari perkarangan hospital. Dia kini berjalan di kawasan pejalan kaki di bahu jalan besar. Deretan kedai-kedai di tepi memeriahkan lagi laluan pejalan kaki itu.
Matanya pun tertancap pada gerai yang menjual Tteokboki tak jauh darinya. Kecur terus air liurnya. Sudah lama rasanya dia tidak memakan kek beras pedas itu. Tambah pula dia agak lapar ketika itu.
Tanpa berlengah, dia langsung berlari anak menghampiri gerai itu, tak ubah seperti kanak-kanak yang teruja.
"Um, ahjumma. Saya nak tteokboki satu cup ya" pesan Eunha mesra kepada penjual itu dengan senyuman.
"Eoh, ne" balas penjual itu akur lalu mula menyiapkan pesanan Eunha.
Eunha pula memerhati wanita lingkungan 50 an itu mencedok tteokboki yang hangat dan kemerahan itu. Tampak begitu menyelerakan. Mesti pedas tu.
"Ahjumma, nak dua lah" seloroh Eunha langsung sebelum tersengih kecil. Mulalah perangai tamak dia dengan makanan itu. Lagipun, terlalu menggoda kot penampilan tteokboki itu. Tak cukup satu.
Penjual itu tersenyum kecil sebelum mengangguk akur.
Sedang Eunha menunggu pesanannya itu siap, telefonnya yang berada di dalam beg itu berdering kuat. Langsung saja dia mengeluarkan objek itu. Ditilik singkat nama pendail yang terpapar di skrin sebelum dijawabnya.
"Eoh, wae?"
"Kenapa discharge dulu? Kan saya bagitahu pagi tadi nak ambil awak lepas kerja nanti"
"Saya malas nak stay lama-lama dekat wad tu. Tak tahu nak buat apa. Bosan"
"Bukan sebab takut saya tak hantar awak pergi rumah omma nanti?"
"Aniya" balas Eunha ringkas senada. Dia kemudiannya menghulurkan dua keping duit kepada penjual tteokboki itu tatkala pesanannya sudah siap. Senyuman juga diukir.
"Kalau awak tak hantar saya pergi rumah omma pun, macam lah saya tak boleh keluar sendiri lepas tu" tambah Eunha sebaik saja dia berganjak dari gerai tteokboki itu.
"Lepas tu, awak ada dekat mana sekarang? Nak balik dengan apa? Teksi? Dah makan ke belum?"
Mendengar soalan bertubi-tubi Jungkook di hujung talian itu sedikit sebanyak menjentik hati terdalam Eunha. Dia langsung berdecit perlahan.
"Kenapa awak tetap macam ni dengan saya?" omel Eunha perlahan lalu mencebikkan sedikit bibirnya. Sebiji tteokboki di dalam cawan kertas itu dicucuk lalu disumbat ke dalam mulut.
"Hm? "
"Eoh, ye"
"Apa yang 'ye'? I'm asking you"
"Eoh... Ye la. Saya hidup je dekat sini. Nanti saya balik dengan teksi lah"
"Okey. Jaga diri. Jangan skip meal"
"Hm"
"Also, inform saya bila awak dah sampai rumah nanti"
"Hm. Ok" jawab Eunha mendatar dengan anggukan kecil. Dia yang berura untuk menyumbat lagi sebiji tteokboki ke dalam mulutnya terbantut apabila terlintas sesuatu di fikirannya. Langkahnya dihentikan.
"Um, awak"
"Hm? "
Eunha mengetap bibirnya bersama mata yang dipejamkan singkat. Lalu, dia mengeluh perlahan.
"Tak apa lah"
Beep.
Panggilan lantas dimatikan Eunha terlebih dahulu. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Seperti ada yang menghalangnya untuk dia mengungkapkan kata kepada Jungkook itu. Satu keluhan panjang dilepaskan.
"Awak betul-betul peduli pasal saya ke?"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»121
•
•
•
"Kook, ni graf sale untuk first week clothing lepas release ads Sae Yoon tu" tutur Mingyu seraya meletakkan sekeping fail nipis ke atas meja kerja Jungkook.
Jungkook pun meraih objek nipis itu. Dia membukanya lalu mulai meneliti paparan graf yang dicetak pada kertas putih itu.
"Meningkat banyak jugak la. Aku tak tahu la macam mana model perangai macam dia tu boleh kasi impact macam ni dekat orang ramai bila iklan dia release. Literally, ada improvement kot dari sale kita yang dulu" jelas Mingyu sambil turut menilik paparan graf yang menunjukkan peningkatan itu.
"Sebab dia ke sebab iklan?" soal Jungkook mendatar sebelum memandang Mingyu yang sedang berdiri di hadapan mejanya itu.
"Hm, entah. Maybe dua-dua" balas Mingyu bersahaja setelah berfikir singkat.
Jungkook hanya diam. Dia kembali meneliti graf jualan itu.
"Tapi kan, Kook, kalau berterusan sale macam ni each week, memang dah elok sangat dah. Function jugak la perempuan tu" tambah Mingyu santai.
Jungkook tidak memberi sebarang respon. Dia kekal menilik kertas paparan graf jualan itu.
Merasakan seolah berinteraksi bersama rak, seorang Kim Mingyu pun terasa malas berlama-lama di situ. Lagi pun, banyak lagi kerja yang nak diselesaikannya.
"Dah, aku keluar dulu" pamit Mingyu lalu langsung mengatur langkahnya keluar dari pejabat rakannya itu.
Jungkook merengus perlahan. Dia menutup fail itu kasar. Patutnya dia berasa sekurang-kurangnya secebis gembira untuk peningkatan jualan itu, malah sebaliknya. Tentulah disebabkan sang model bermasalah itu.
"Hey. You dah tengok peningkatan sale yang I dah sumbang untuk mall you tu? Satisfying,right?" tutur Sae Yoon mesra sebaik saja melangkah masuk ke dalam pejabat Jungkook itu.
Jungkook langsung merengus perlahan apabila mendengar suara menjengkelkan itu.
"Nak benda kau?" soal Jungkook dingin sambil menatap kosong Sae Yoon yang sedang berdiri di hadapan pintu itu.
Sae Yoon langsung tersenyum kecil sebelum mengatur langkahnya menghampiri meja kerja Jungkook.
"Well, isn't that kali ni I datang dengan tujuan yang more proper? Wouldn't you akan rasa kurang annoying sikit macam tu?" respon Sae Yoon bersahaja lalu menarik bangku kosong di hadapan meja itu lalu didudukinya santai.
"So, tu je kan purpose kau datang sini? Kalau dah habis cakap, boleh keluar dari office aku" ujar Jungkook tanpa nada seraya berdiri. Dia melangkah ke arah penyangkut yang menyangkut kot hitamnya itu lalu diraihnya.
Sae Yoon mengulum senyuman kecil.
"There's one more thing" tutur Sae Yoon bersahaja sambil memandang figura Jungkook dari belakang itu.
Jungkook merengus perlahan. Dia tidak merespon dan menyarungkan kot ke tubuhnya. Beberapa minit lagi dia perlu menghadiri mesyuarat.
"Yoo Si Han" ujar Sae Yoon ringkas.
Jungkook yang sedang merapikan kot di tubuhnya itu sedikit sebanyak terkesan dengan nama yang disebut Sae Yoon itu. Tangannya yang membetulkan kot tadi itu pun berhenti bergerak seketika.
"You kenal dia?" soal Sae Yoon santai dengan senyuman senget. Walaupun lelaki itu agak jauh dan membelakanginya, dapat dia lihat tindak refleks Jungkook yang kaku sebentar itu.
Jungkook memusingkan tubuhnya dan memandang Sae Yoon yang duduk di hadapan mejanya itu.
"Kenapa? Kau nak kenalkan aku dengan makhluk sama spesis dengan kau tu ke?" balas Jungkook sarkastik dengan kening yang diangkat sebelah.
Sae Yoon berdecit.
"How can I sama spesis dengan dia?" soal Sae Yoon berbuat buntu dengan dahi yang berkerut.
"Pathetic. Both of you" jawab Jungkook mendatar dengan pedasnya.
"Ommo. That's harsh" balas Sae Yoon berbuat terkesima lalu tergelak kecil.
"Oh, so, you kenal dia lah kan?" soal Sae Yoon meminta pengesahan.
"Is that a matter now?" respon Jungkook senada dengan tatapan dingin.
"Well, I guess?" balas Sae Yoon dengan senyuman kecil. Dia kemudiannya berdehem perlahan seraya membetulkan posisi duduknya. Lalu, dia pun bersuara.
"Actually, that guy, I tak kenal dia sangat pun. Just accidentally ran into him few days ago" jelas Sae Yoon bersahaja.
"So? Kau nampak macam aku nak tahu ke pasal tu? Mampus kau la terjumpa dia tu macam mana. Aku tak pernah berminat nak tahu" ujar Jungkook dingin sebelum langsung mengatur langkahnya dari ruangan meja kerjanya itu.
"Your wife" tutur Sae Yoon serta-merta. Matanya lurus memandang ke hadapan.
Jungkook yang berura untuk keluar dari pejabatnya itu sedikit sebanyak terbantut tatkala mendengar dua perkataan yang diungkapkan Sae Yoon itu.
Sae Yoon tersenyum kecil. Tanpa melihat ke belakang pun dia yakin lelaki itu tergendala untuk keluar. Dia berdehem kecil sebelum menoleh.
"It's actually about your wife. So now, you berminat nak tahu tak?" soal Sae Yoon bersahaja dengan kening yang dijongket sebelah. Bibirnya mengulum senyuman kecil.
Jungkook merengus perlahan.
"Asal dengan wife aku?" soalnya mendatar.
Sae Yoon tersenyum kecil.
"Well, recently I banyak nampak wife you dengan Yoo Si Han tu together. Even, tadi. I nampak diorang keluar together lagi" tutur Sae Yoon santai dan terselit sedikit dusta sambil menilik kuku di jemari kanannya yang baru dikilat semalam. Bibirnya mengulum senyuman.
"I just curious je. Apa hubungan diorang eh?" soal Sae Yoon seraya memandang Jungkook yang berdiri di pintu sana, kononnya penasaran.
"Tak ada lah, diorang nampak macam rapat je. Mesra sangat. I wonder la, as orang yang dah bersuami, how can wife you tu boleh semesra tu dengan lelaki lain? Is he her best friend or something?" tambah Sae Yoon dengan kening yang dijongket sebelah.
"Whatever their relationship is, kau siapa nak concern sangat pasal tu?" balas Jungkook dingin sambil menatap tajam wajah santai wanita itu.
"Yea, macam I cakap tadi, I just wonder. Kalau orang yang kenal wife you pun tengok 'keakraban' diorang tu, mesti orang tu pun akan wonder macam I jugak. So, there's no wrong about it, right?" tukas Sae Yoon bersahaja.
"Lagi pun, yea, I'm just curious. That's why I tanya you. Nanti kalau I cakap macam-macam pasal wife you tu, you cakap I sangka buruk dekat dia pulak kan? So, I tanya lah you. Tak ada la I pandang serong pasal wife you tu pulak" jelas Sae Yoon selamba. Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya sepenuhnya menghadap arah Jungkook di sana. Sebelah kakinya naik menyilang ke atas kaki kiri.
"Also, to be truth, I actually tak ada la judgemental sangat pasal wife you tu. Bila I tengok dia dulu pun, yea, she looks kinda soft. Innocent, pure. Such a good wife macam tu. So, bila I nampak something not good pasal wife you tu, it's kinda suprised me a lot. Unexpected one right there" tambah Sae Yoon panjang lebar sebelum mencebikkan singkat bibirnya, seolah kesal.
Jungkook hanya diam, membiarkan perempuan itu membebel sendiri.
"I mean, is she really berpaling dari you? Or, that guy is really just her so called friend?" soal Sae Yoon berbuat penasaran sekaligus menabur unsur keraguan buat Jungkook.
"Or, you tak tahu langsung pasal ni?" soal Sae Yoon lagi dengan mata yang sedikit membuntang, seolah tidak menyangka.
"Aku tahu. Dah, tak payah nak sibuk hal aku. Fokus manage hidup kau yang tunggang-langgang tu dulu" respon Jungkook tanpa nada dengan kesalnya.
Sae Yoon langsung mencebikkan bibirnya seolah terkesan dengan respon Jungkook itu. Dia kemudiannya menggelengkan kepalanya perlahan.
"I bukan nak sibuk hal you. I just nak kepastian je sebelum I nak teruskan dengan something yang I nampak pasal wife you tu hari ni" tukas Sae Yoon sambil jemarinya merapikan ringkas rambut panjangnya yang berurai di bahu itu.
"Apa benda kau nampak?" soal Jungkook mendatar. Entah macam manalah dia boleh penasaran dengan bicara seorang Kim Sae Yoon itu.
Sae Yoon yang ligat menyisir rambutnya menggunakan jemarinya itu perlahan terhenti. Lantas dia menyembunyikan senyumannya.
"Oh, it could dissapoint you,babe. Is that okay?" respon Sae Yoon lembut yang kononnya prihatin. Keningnya diangkat sebelah.
Jungkook langsung merengus perlahan.
"Cakap je lah. Tak payah nak acah bertimbang rasa sangat" balas Jungkook jengkel.
Sae Yoon pun tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya perlahan. Rancangan ringkasnya kali ini perlu dibuat berjaya juga.
Meracuni fikiran lelaki itu. Kalau tak sepenuhnya, sikit pun jadi lah.
"Alright then. Well, lately ni wife you tu selalu keluar eh? Tak ada lah. Almost all the time bila I keluar untuk lunch ke pergi shopping ke, mesti I nampak dia dengan Si Han tu. Mesra bukan main. Bila tengok dari jauh, dah macam lovely couple dah" tutur Sae Yoon bersahaja.
"Are you okay about that? As a husband, isn't that will bothering you a lot? Your wife pergi sana sini dengan lelaki lain kot. Where are you then?" sambung Sae Yoon dengan kening yang dijongket sebelah.
Jungkook hanya diam tidak berkutik. Dia ligat berfikir dengan bicara Sae Yoon itu.
Melihat raut Jungkook yang tampak terkesan dengan bicaranya, Sae Yoon lantas meneruskan lagi dengan langkah yang lebih memancing keraguan.
"What if, hubungan diorang sebenarnya lebih dari kawan?" soal Sae Yoon santai dengan kening yang terangkat.
"You tak rasa macam dipermainkan, diperbodohkan macam tu ke? Rasa macam sia-sia je kan you sibuk nak setia dengan dia,while dia tak kisah pasal you pun. Apa lagi nak setia" sambung Sae Yoon seraya menyilangkan lengannya ke dada. Berharap dia berjaya menggoyahkan kesetiaan Jungkook itu.
Jungkook kekal diam. Langsung tiada ura-ura untuk dia merespon.
Sae Yoon berdiri dari terus duduk di atas bangku itu. Dengan lengan yang masih disilangkan ke dada, dia menapak menghampiri lelaki itu.
"Kalau betul lah semua tu, you still nak statik,setia macam loser lagi ke?" soal Sae Yoon pedas sambil melangkah menghampiri Jungkook.
"For what?" sambung Sae Yoon dengan kening yang diangkat sebelah. Langkahnya dihentikan tepat di hadapan Jungkook. Sepasang matanya menumpu tepat ke wajah datar lelaki itu.
"Lepas tu, kau nak suruh aku buat apa? Ceraikan dia?" soal Jungkook dingin dengan kening dijongket yang akhirnya bersuara.
Bagai memenangi loteri, itulah perasaan yang dirasakan Sae Yoon tatkala respon itu yang diberikan Jungkook.
"Yesss, exactly. Isn't that the best for you? Dia dah terang-terang dengan lelaki lain. You nak setia buat apa lagi? Buat you nampak lagi pathetic,huh?" balas Sae Yoon langsung, tidak mensia-siakan peluang keemasan untuknya meracuni fikiran lelaki itu dengan lebih lagi.
"You're her husband. You have a big right to just divorce her. What are you really waiting for now? Just ceraikan dia. Nak simpan buat apa lagi?" tambah Sae Yoon dengan bicara liciknya itu. Keningnya dijongket sebelah.
Jungkook memandang wajah Sae Yoon di hadapan itu sebelum mengeluh perlahan.
"Dah la. Tak payah nak desperate sangat persuade aku untuk pisahkan aku dengan wife aku. Kau fikir aku boleh semudah tu ke nak ceraikan dia lepas dengar apa yang kau cakap? Kau takkan boleh bayang betapa berharganya dia bagi aku untuk aku lepaskan macam tu je" tutur Jungkook penuh penekanan sebelum langsung melangkah keluar dari pejabatnya.
Langkah diatur sambil mata menilik jam tangan yang terlilit sempurna di pergelangan tangan. Dia sudah membazirkan masanya dengan melayan bicara perempuan itu. Berbaki berapa minit saja sebelum mesyuarat bermula.
"Um,tuan--"
"Nanti. Saya dah lambat" ujar Jungkook serta-merta lalu langsung melangkah ke arah lif. Butang lif ditekan.
Hyera yang tidak kesampaian untuk melontarkan bicaranya kepada Jungkook itu hanya mampu memandang figura lelaki itu yang baru memasuki ke dalam lif. Dia mengemam bibirnya singkat sebelum mengangguk kecil.
Ya, nanti.
Nantilah dia maklumkan kepada Jungkook yang ada seorang tetamu menunggu di luar pejabatnya tadi. Namun, gerangan itu akhirnya beredar dari situ begitu saja. Baru saja.
Ianya Jeon Eunha.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»121
•
•
•
Eunha ralit memandang kenderaan yang meluncur laju di atas jalan raya besar di hadapannya. Kakinya dihayun perlahan sambil sesekali mengembung dan mengempiskan pipinya. Dia kini sedang duduk di atas bangku yang tersedia di stesen bas jalanan itu. Stesen bas yang terletak lurus di hadapan bangunan gah sebuah syarikat.
Entah apa tujuannya berada di situ, dia seperti kanak-kanak yang sesat namun tenang menanti kehadiran seseorang. Matanya kekal melihat bermacam kenderaan yang berada di atas jalan raya itu. Namun, fikirannya melayang ke arah lain.
"What if, hubungan diorang sebenarnya lebih dari kawan?"
"You tak rasa macam dipermainkan, diperbodohkan macam tu ke? Rasa macam sia-sia je kan you sibuk nak setia dengan dia,while dia tak kisah pasal you pun. Apa lagi nak setia"
"Kalau betul lah semua tu, you still nak statik,setia macam loser lagi ke?
"Lepas tu, kau nak suruh aku buat apa? Ceraikan dia?"
"Yesss, exactly. Isn't that the best for you? Dia dah terang-terang dengan lelaki lain. You nak setia buat apa lagi? Buat you nampak lagi pathetic,huh?"
"You're her husband. You have a big right to just divorce her. What are you really waiting for now? Just ceraikan dia. Nak simpan buat apa lagi?"
Eunha perlahan menghela nafasnya panjang. Perbualan antara Jungkook dan Sae Yoon yang tidak sengaja didengarinya itu sedikit sebanyak mengganggu fikirannya sejak 15 minit lalu. Dia sebenarnya mahu berjumpa Jungkook tadi, namun setelah mendengar bicara mereka, dia langsung mengurung niatnya.
Dan, di sinilah dia sekarang. Di stesen bas jalanan yang berjarak agak jauh dari bangunan syarikat milik Jungkook meskipun lurus di hadapan bangunan tersebut. Masih menunggu.
Walaupun, jelasnya, kebarangkalian untuk lelaki itu menyedari keberadaan di situ sangat tipis.
"Dah la. Tak payah nak desperate sangat persuade aku untuk pisahkan aku dengan wife aku. Kau fikir aku boleh semudah tu ke nak ceraikan dia lepas dengar apa yang kau cakap? Kau takkan boleh bayang betapa berharganya dia bagi aku untuk aku lepaskan macam tu je"
"Do you really...mean it?" monolog Eunha sendirian apabila bicara penuh penekanan yang dilontarkan Jungkook itu terngiang-ngiang lagi di telinganya. Ya, dia mendengar perbualan itu sehingga ke akhirnya lalu cepat-cepat mengambil laluan ke sebelah kiri agar tidak disedari Jungkook yang baru keluar ketika itu.
Jujur, hatinya yang belakangan ini seolah dihalangi tembok yang tinggi itu berjaya diruntuhkan sedikit dek bicara penuh bermakna dari Jungkook itu. Dan secara tidak langsung, dia mulai lagi berharap. Dalam masa yang sama, dia takut berakhir dalam kekecewaan lagi.
Walaupun hakikatnya, kekecewaan yang dialaminya sebelum ini cumalah disebabkan tanggapan negatifnya sendiri. Bukan berdasarkan hakikat yang sebenar.
Eunha menggelengkan kepalanya perlahan. Enggan ligat melayan perasaan di situ, dia pun memilih untuk pulang saja. Dia berdiri lalu menggalas beg sandangnya ke bahu.
Baru saja dia melangkah berganjak dari bangku stesen bas itu, muncul satu figura yang tiba-tiba berdiri di hadapannya. Dia pun mendongak sedikit bagi melihat gerangan yang menghalang jalannya itu.
"Bagus sangat aku jumpa kau dekat sini" tutur Sae Yoon senada sambil merenung wajah polos Eunha di hadapan.
Eunha yang tadi terpinga-pinga itu langsung pudar tika melihat gerangan itu. Tak perlu penasaran tentang tujuan perempuan itu berada di hadapannya sekarang. Sudah cukup jelas.
"Kenapa? Ada apa pula kau nak cakap dengan aku kali ni?" soal Eunha mendatar dengan kening yang diangkat.
"Cerai dengan Jungkook" ujar Sae Yoon penuh penekanan.
"Kau minta cerai dekat dia sampai dia setuju" sambung Sae Yoon sambil menunjal berkali-kali bahu Eunha. Terdorong sedikit tubuh wanita itu.
Eunha langsung menepis tangan Sae Yoon yang menunjalnya itu.
"Kenapa aku nak kena buat macam tu?" soal Eunha tanpa nada sambil menatap wajah Sae Yoon.
"Sebab kau tak deserve dia" balas Sae Yoon serta-merta.
"Sedarlah diri, Jeon Eunha. Kau tak layak dengan dia. Dah la kau tak layak dengan dia, lepas tu kau boleh berasmara dana dengan lelaki lain pulak. At the same time kau tak nak lepaskan dia. Aku tak tahu pulak kau boleh jadi selicik ni?" tambah Sae Yoon sarkastik dan penuh penekanan.
"Kalau kau nak berasmara sangat dengan 'kawan' lelaki kau tu, minta je lah cerai dengan Jungkook. Habis cerita" sambung Sae Yoon bersahaja.
"Kenapa? Kalau aku bercerai dengan Jungkook, kau nak ambil tempat aku ke?" respon Eunha mendatar dengan kening yang dijongket.
Terukir senyuman sumbing di bibir merah delima milik Kim Sae Yoon.
"Well, kalau sepatutnya macam tu, so why not? Tapi, I'm not that gelojoh" jawab Sae Yoon selamba dengan senyuman lebar. Rambut panjangnya dibetulkan penuh diva.
Eunha mengangguk perlahan. Tiada reaksi terkejut pun di wajahnya.
"Goodluck then" tutur Eunha senada dengan ekspresi kosong.
Sae Yoon terkesima seketika. Tidak menyangka dengan jawapan tenang Eunha itu.
"Hm? What do you mean? Kau setuju nak minta cerai dekat dia ke?" tutur Sae Yoon langsung, hampir teruja. Bergerak-gerak bola matanya meneliti wajah datar Eunha.
"Kalau aku minta cerai dekat dia sekali pun, ada apa yang berubah ke?" soal Eunha mendatar.
Sae Yoon tersenyum kecil.
"Well, who knows kalau dia pun tengah tunggu masa nak ceraikan kau?" balas Sae Yoon bersahaja dengan sinis.
"Then, suruh je la dia ceraikan aku sendiri. Lagi senang kan?" tukas Eunha senada dengan kening yang dijongket sebelah.
Sae Yoon langsung merengus perlahan dek saranan Eunha itu.
"The thing is, dia tu susah sangat nak ceraikan kau. Entah apa benda yang bagus sangat entah dia nampak dekat kau. Wife dah terang-terang menggedik dengan lelaki lain pun still nak bela" tutur Sae Yoon sebal dengan jengkelnya. Dia menggulingkan bola matanya ke atas.
Mendengar bicara pedas Sae Yoon itu, sedikit sebanyak menyentakkan Eunha. Seolah ada petir yang menyambar menelusuri kalbunya. Begitukah dirinya bila dilihat orang?
"Eh, kau dah tak sayang dia kan? Cakap je lah kau tak sayang dia. Senang dia kecewa nanti lepas tu terus proceed untuk ceraikan kau. Kau pun boleh la lagi bebas nak berasmara dana dengan kawan lelaki kau tu. Bukannya susah pun" tutur Sae Yoon dengan bersungguhnya.
"Cakap la kau tak sayang dia. Cakap kau benci dia. Mesti dia terus ceraikan kau nanti. Kau pun mesti akan happy kan nanti? Dah boleh keluar dengan tenangnya dengan kawan lelaki kau tu. Tak macam tu?" tambahnya lagi, benar-benar mahu mempengaruhi fikiran Eunha.
Eunha merengus perlahan.
"Desperate kan kau nak aku bercerai dengan dia?" soal Eunha mendatar dengan agak sebal.
Sae Yoon langsung berdecit perlahan. Dia menganggukkan kepalanya perlahan.
"Well, kau tahu kan I love him a lot? Aku just tak nak lelaki yang aku suka jadi bodoh sebab kau. Kau tak deserve dia lah. Sangat. So, kau nak genggam dia buat apa lagi? Lepaskan je lah. Kau pun tak hargai dia dah kan? Pergi je la dengan kawan lelaki kau tu sana" ujar Sae Yoon dengan pedasnya.
Eunha hanya mampu membisu. Ada betul juga dalam bicara perempuan itu.
Sae Yoon memandang sekilas raut wajah Eunha yang seakan terkesan dengan kata-katanya itu. Lagi membuak-buak lah dia mahu meracuni wanita itu.
"Lagipun, lama-lama, dia pun akan muak la dengan kau. Tak perlu aku ulang kan yang kau tu tak cukup sifat as wife? Aku risau dia akan fikir macam kahwin dengan perempuan mandul pulak. Anak kau tu pun mesti cuma tuah kau je kan? Entah sampai kau mati pun, itu je lah anak kau ada nanti. Baik buang je lah rahim kau tu. Macam tak ada function" tambah Sae Yoon, mengeluarkan hujah yang sensitif pula. Dia menarik senyuman senget.
Lagi-lagi tentang hal ini. Kedua-dua tangan kecil Eunha yang berada di sisi itu perlahan menggempal penumbuk. Sakit saja hatinya dengan kata-kata pedas dan lancang Kim Sae Yoon itu.
"Sedar,okey? Sedar diri sikit. Banyak lagi perempuan yang jauh lagi sempurna dari kau untuk dia. Er, malu lah kalau ada wife yang macam mandul macam kau" sinis Sae Yoon selamba dengan raut wajah yang sengaja dibuat jijik.
Eunha hanya memilih untuk bersabar sebaik mungkin. Bibir diketap.
Sae Yoon tersenyum senget tika melihat Eunha yang tampak terkesan dengan kata-katanya itu.
"So, cermin lah diri kau tu baik-baik. Jangan rasa diri tu bagus sangat la. You don't deserve him. Dia boleh jadi lagi bahagia lah kalau tak kahwin dengan perempuan macam kau. Kalau kau sayang dia, lepaskan la dia. Kau mesti nak orang yang kau sayang bahagia kan? So, lepaskan dia" sambung Sae Yoon penuh penekanan, mengakhiri sesi mulut celuparnya.
"Nope" balas Eunha ringkas.
"Mwo? " respon Sae Yoon spontan dengan agak sebal.
Eunha hanya kekal dengan raut wajah datarnya itu.
Sae Yoon merengus perlahan. Dia sudah sebal dalam meracuni fikiran wanita itu.
"Yah, kalau kau still nak berdegil tak nak bercerai dengan dia, aku akan buat dia sendiri yang ceraikan kau lah" tutur Sae Yoon sambil merenung tajam wajah datar Eunha.
Eunha tersenyum kecil.
"Really? Kau boleh buat ke? Kalau tak menjadi macam mana?" balas Eunha bersahaja dengan senyuman mengejek, sengaja mahu menyebalkan perempuan itu.
Sae Yoon langsung tertawa sinis.
"Kau tak payah pandang rendah aku lah. Aku tahu apa aku patut buat nanti" ujar Sae Yoon dengan raut wajah licik.
Eunha mengangguk-angguk perlahan. Dia kemudiannya mengeluh kecil.
"Tapi, aku sarankan lebih baik kuburkan je la niat kau tu, Sae Yoon. Belum kau cuba lagi pun aku dah nampak kau gagal" tutur Eunha selamba lalu mengukir senyuman kecil.
Sae Yoon langsung berdecit sinis.
"Tak payah nak yakin sangat lah, Jeon Eunha. Nanti kau yang sakit" balas Sae Yoon sinis. Bibirnya menarik senyuman sumbing.
"Tapi, aku yakin sangat sekarang, Kim Sae Yoon" jawab Eunha penuh pasti sambil menatap tepat ke wajah Sae Yoon.
Mendengarkan itu, Sae Yoon langsung menjongket sebelah keningnya, seolah membawa maksud tentang apa yang membuat wanita itu begitu yakin.
Eunha menarik senyuman kecil. Dia melangkah selangkah ke depan, menghampiri perempuan itu.
"Macam mana kau nak buat dia ceraikan aku,"
Ayat dijedakan seketika. Mata menatap wajah penasaran Sae Yoon.
"Kalau aku tengah mengandung sekarang?" -Jeon Eunha
OMONAR
KOK JADI BURGINI YA
SESURIPRISSS
AHSHSHSSHSHSSH
TERSHIDUK YITU SAETAN UM-
TIBA TIBA SEKETUL MINYU KANGEN MAU MENAIP SCENE ANAI II PUNYA RAKAN LAH
HMMMMMM
OH YE, SEYA AKAN MENJAWAB PERSOALAN TEMPOH HARI- ceh entah ingat entah tidak
HA YANG PASAL LPS FF NI AKU AKAN BERHENTI KE TAK TU,
SETELAH BERFIKIR COOK II, SAYA PUN MEMBUAT KEPUTUSAN.
MAAF.
SAYA AKAN TERUS MENYEKSA ANDA DENGAN KONFLIK II KIJAM DI MASA AKAN DATANG :)
Bad news ke good news tu?
AHAHAHAHA
Ye, aku takkan stop sampai sini je.
Lepas Trust ni melabuhkan tirai, seya akan teruskan dgn ff lain pulak.
YEHET
Tibeh.
So, don't worreyh. Ai laik buat anda semua merana *wink wonk*
INSYAALLAH, KALAU UMUR PNJG, SEYA AKAN TERUS BERADA DI SINI, MEMBUAT SINETRON BERTULIS UNTUK ANDA SEKALIGUS MEMBUAT ANDA MERANA. MUAH
Buat masa ni, tak ada reason lagi untuk aku setop menjadi author yg kijam lagikan lawa untuk anda semua.
Jadi, teruskanlahhhh sapot semua fanfic keling saya ye ;)
Pasal upcoming ff, nanti aku bagitahu serba-serbi tentangnya di next bebelan saya ye ehe.
Not really 'next', maybe bila ff ni dah berbaki around 10 chap, aku akan bagitahu pasal upcoming ff tu.
Jadi, sila bersabar ye. Hikhok.
Ff ni pun dah tak lama, SOOOOOOO
AI IS PENGEN NANGESSSS
Dah la. Hm.
K DAH, VOTE TAUUU
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro