Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷120

IYA APA SALAHNYA KITA APDET LEWAT BURGINI-

HAH SILA BACA

VOTE TAUU

















"Eonnie, dah ada dekat mana tu?"

Eunha menarik senyuman kecil tika mendengar soalan Hae Jung dari hujung talian yang bergema di dalam keretanya itu.

"Eoh, ni. Dah sampai dah" balas Eunha seraya menarik brek tangan di tengah. Dia kemudiannya meraih telefon pintarnya yang diletakkan di bangku sebelah itu dan dilekapkan ke telinga.

"Ohh, okey. Tak ada lah, si Jungwon ni sibuk tanya mummy dia bila nak datang"

Eunha tersenyum kecil. Dia mengangguk perlahan. Wajarlah anak kecil itu sibuk mahu bertemunya dek semalam ditinggalkan di rumah atuknya lagi. Pulang tadika hari ini pun dijemput Hae Jung. Pendek kata, tak akan senang duduk budak itu kalau tidak dekat dengan ibunya.

"Iye, iye. Baru nak keluar kereta ni ha"

"Alright. Hae tunggu dekat dalam je eh?"

"Iye"

Beep.

Panggilan diputuskan Eunha. Dia kemudiannya memasukkan telefon pintarnya itu ke dalam beg tangan. Lalu, dia mengeluarkan foundation pula. Barang solek yang bercermin itu dibuka lalu dia menilik hujung bibir dan pipinya yang lebam dan terluka itu namun cuma terlihat samar-samar. Berkat solekannya yang agak tebal. Lebih kepada krim foundation dan bedak asas tebal.

Eunha menghela nafasnya perlahan. Dia menambah lagi dengan tipis krim foundation ke tempat yang terluka dan kemerahan itu agar tidak disedari sesiapa nanti. Siap semuanya, dia menyimpan semula ke dalam beg tangannya. Lalu, dia pun keluar dari keretanya.

Kaki melangkah masuk ke perkarangan rumah agam Choi Im Hwa dengan langkah yang rapi. Tiba saja di depan pintu, dia langsung mengetuk pintu tersebut. Terasa formal kalau menekan loceng.

"Ye, datanggg!"

Kedengaran lantang suara seorang Hae Jung dari dalam. Tak memakan masa yang lama, pintu pun dibuka oleh wanita itu.

"Ha, eonnie. Masuk lah" pelawa Hae Jung dengan senyuman kecil seraya memberi laluan kepada kakak iparnya itu. Eunha pun mengangguk dengan senyuman lalu melangkah ke dalam.

"Jungwonnn, ni mummy dah datang ni!" laung Hae Jung mesra sebaik saja menutup pintu rapat. Dia mengatur langkah di belakang Eunha.

"Eoh,nanti eh, mummy! Ada cerita best ni!" seloroh Jungwon seraya memandang sekilas ibunya yang berhampiran pintu depan. Lalu, mata kembali difokuskan pada televisyen.

Eunha langsung berdecit perlahan dek celoteh seorang Jeon Jungwon itu. Dia kemudiannya tersenyum kecil.

"Halah, budak ni. Tadi dia yang setiap minit tanya pasal mummy dia" omel Hae Jung jengkel seraya menyilangkan lengannya ke dada. Matanya disepetkan, merenung penuh geram budak 4 tahun itu.

Eunha hanya terkekeh kecil mendengarnya. Dia memandang ekspresi Hae Jung di sebelah.

"Tak apa lah, eonnie. Alang-alang dia tengah sibuk tengok tv, sini la dekat dapur. Kita sembang-sembang" tutur Hae Jung mesra lalu langsung meraih lengan kakak iparnya itu.

Eunha mengangguk bersetuju.

"Eoh" balasnya ringkas dengan senyuman.

Hae Jung langsung tersenyum suka dan lantas menarik lengan Eunha, menarik wanita itu ke dapur. Maklumlah, banyak benda dia nak cungkil.

"Ha, duduk sini, eonnie" pelawa Hae Jung seraya menarik kerusi keluar buat Eunha, seolah kakak iparnya itu tetamu paling terhormat hari ini.

Eunha pun hanya menurut saja. Dia melabuhkan punggungnya ke atas bangku di meja makan itu. Sesekali dia risau juga kalau-kalau luka di wajahnya itu disedari Hae Jung. Tambah pula adik iparnya itu mengambil tempat berhadapannya.

"Ma, sini la cepat" panggil Hae Jung dengan jemarinya yang digerakkan serentak, memanggil puan Choi yang sedang berdiri membelakangi mereka itu. Sibuk membancuh air.

Eunha yang mendengarkan itu langsung menoleh ke arah yang dipandang Hae Jung. Lah. Ada sosok ibu mentuanya itu juga rupanya. Tak sedar tadi.

"Kejap. Air untuk kamu jugak yang melambatkan kerja ni" balas puan Choi senada sambil tangannya ligat mengacau minuman hangat Frappucino untuk si anak bongsu mengada-ngada itu.

Hae Jung tersengih kecil. Nak buat macam mana? Frappuccino hangat buatan wanita itu terlalu menjadi kegemarannya.

"Ala, sekali sekala. Lepas ni, Hae order air masak je eh" seloroh Hae Jung seolah cuba memujuk 'rungutan' ibunya itu.

"You better do" balas puan Choi mendatar dengan penekanan seraya memusingkan tubuhnya dengan talam kecil yang terdirinya tiga biji mug.

Hae Jung langsung berdecit perlahan lalu mencebik dek jawapan ibunya itu. Dingin aja terus.

"Bila puan discharge?" soal Eunha membuka bicara sebaik saja puan Choi mengambil tempat di sebelah Hae Jung.

"Semalam" balas puan Choi ringkas.

"Ah..." respon Eunha perlahan lalu mengangguk kecil.

"Kenapa panggil 'puan', eonnie? Panggil la 'mama'. Panggil 'puan' dah macam panggil stranger je ha" tutur Hae Jung mencelah sambil memandang kakak iparnya di hadapan.

Eunha langsung terpana seketika. Dia kemudiannya tersengih kekok.

"Eo-Eoh,tak biasa...lagi" balas Eunha teragak-agak dengan sengihan janggal yang masih kekal.

Hae Jung mengangguk kecil.

"Hm, faham. Nanti biasakan okey, eonnie? Ajak Jungkook sekali--auw"

Seorang Hae Jung yang belum sempat menghabiskan bicaranya itu langsung saja terpotong apabila pinggangnya dicubit sang ibu di sebelah.

"Aduh, apa mama ni? Sakit lah haaa" bentak Hae Jung protes dengan wajah cemberut sambil menatap sebal puan Choi di sebelah. Tangannya menggosok-gosok pinggang tak bersalahnya yang menjadi mangsa.

"Tak sengaja" balas puan Choi senada tanpa raut wajah. Dia kemudiannya tenang menyisip air teh miliknya.

Hae Jung langsung menayang raut jengkel.

"Ey, dah tahu dah anak sulung keluarga Jeon tu ikut siapa" omel Hae Jung sebal lalu merengus perlahan.

Eunha yang menyaksikan gelagat ringkas antara dua beranak itu sedikit sebanyak membuatnya tersenyum kecil.

"Eoh, eonnie. Eonnie nak pergi mana-mana ke lepas ni? Ke, baru je balik dari somewhere?" soal Hae Jung penasaran dengan kening terangkat sambil memandang wajah polos Eunha.

"Eoh? Ani. Kenapa?" respon Eunha bingung.

"Ah, tak ada lah. Ingatkan eonnie nak pergi mana-mana since kali ni eonnie pakai make up agak obvious gitu" jelas Hae Jung lalu tersengih kecil.

Eunha sedikit tersentak lalu langsung mengukir senyuman untuk menutupinya.

"Mulut tu lebam kenapa?" soal puan Choi senada tatkala menyedari luka dan sedikit lebam di hujung bibir Eunha setelah meneliti wajah menantunya itu tadi.

"Eo-eoh?" respon Eunha spontan dek tersentak dengan soalan itu. Macam mana wanita itu boleh nampak pula? Puas dia menutupinya dengan solekan. Siap ditambah lagi tadi.

"Lebam? Mana, mana?" soal Hae Jung langsung seraya menilik wajah kakak iparnya itu di hadapan.

Eunha bertambah gugup. Dia pun menggaru-garu perlahan pipinya sekaligus menutupi hujung bibirnya itu. Sambil itu dia memikirkan alasan.

"A-Ah, ni--"

"Omo! JUNGKOOK NAIK TANGAN DEKAT EONNIE KE? EH,MAKHLUK TU MEMANG NAK KENA BUNUH NI. SABAR JAP DIA,AKU NAK CEKIK-"

"Sudah. Tak payah nak melebih" ujar puan Choi mendatar seraya mengerling anaknya di sebelah yang sampai berdiri itu.

Hae Jung langsung memandang ibunya itu lalu mencebik. Dia merengus perlahan.

"Halah,mama ni. Tak support member lah" rungut Hae Jung jengkel lalu melabuhkan punggungnya ke atas bangku kembali. Dia mengerling jengkel puan Choi.

Sementara itu, Eunha pun pantas mencipta alasan tanpa berfikir banyak. Dia masih menggaru-garu perlahan pipinya. Lagi pula dia tak mahulah dua gerangan itu membuat tanggapan yang berlebihan pula tentang hubungannya dengan Jungkook sekarang.

Eunha berdehem kecil lalu bersuara,

"Tak ada lah. Ini kena...kena..um...Ah, tak ada apa lah. Tak payah risau. Yang pasti, bukan Jungkook yang naik tangan"

"--dengan sengaja"




【 BBP S2:TRUST】
»120



    

Buat kali yang ke berapa, keluhan berat lagi-lagi dihela. Entah bila lah dia akan fokus pada kerja laporannya. Fikirannya kerap saja melayang ke lain. Tentang subjek yang sama juga.

Jeon Eunha.

Kejadian semalam terlalu mengganggunya. Rasa serba salah dan risau bercampur menjadi satu, menyelubungi dirinya buat tempoh yang lama. Kenapalah semalam dia terlalu melayan emosinya sehingga mengakibatkan mencederakan isterinya sendiri. Walaupun hanya satu kemalangan, namun tetap saja hakikatnya menumbuk wajah mulus itu tidak dapat diubah.

Wanita yang selalu dia lindungi itulah  yang dia tidak sengaja sakiti semalam. Terasa seperti dia melakukan satu kesilapan yang sangat besar.

Tzztt,tzzztt! Tzzt,tzztt!

Mendengar saja deringan dalam mod getaran itu, Jungkook langsung tersentak dari lamunannya. Dia menoleh, melihat skrin telefonnya yang menyala-nyala, menerima panggilan. Tangannya bergerak mencapai objek itu.

'Hae Jung'

Dengan malas, dia menggeserkan jarinya ke atas skrin, menjawab panggilan dari adiknya itu. Telefon dilekapkan telinga.

"Nak apa kau? "

"Tak, tadi kan Eunha eonnie datang rumah mama kan, so aku--"

"Dia macam mana? Okey?" soal Jungkook drastik, penasaran. Dia pun spontan menjadi fokus dengan Hae Jung di hujung talian. Tiada lagi longlai-longlai.

"Ye, okey...lah..? Ha, okey lah. Cuma ada lebam, luka kecik gitu dekat mulut dia. Kenapa eh? Aku tak tahu pulak Eunha eonnie tu kaklong kawasan sekarang"

"Aku yang buat" datar saja suaranya mengaku.

"MWO?! YAH KAU MEMANG DAYUS-"

"Aku tak sengaja. Ada something happened. So,aku tertumbuk dia"

"Apa 'something happened' tu? Bagitahu la. Baru la aku faham macam mana kau boleh 'tak sengaja' tumbuk Eunha eonnie aku tu"

Jungkook menghela nafasnya perlahan tika mendengar respon Hae Jung itu. Takkan lah dia nak cerita masalah rumah tangganya dekat si adiknya yang mulut murai ni pula?

"Woi, cepat la cerita! Halah, diam pulak"

"Asal kau tak tanya je Eunha eonnie kau tu? Dah elok dia datang rumah mama kau tu kan? "

"Ala, Eunha eonnie, Eunha eonnie lah. Eunha eonnie topik lain. Kau topik lain. Ha, cepatlah ceritaaaa"

"Aku ni adik kau tau, Kook. Bukannya orang luar. Kalau kau tak cerita dekat aku, kau nak cerita dekat siapa? Mama? Lambertttt lagi"

"Lagipun, aku ni jenis memahami, tau? Dah la memahami,cantik--"

"Dah, diam. Kau nak aku cerita ke tak?"

"OH, MESTI! Ha,cerita cepat!"




【 BBP S2:TRUST】
»120



    

"Eonnie. Hae faham mungkin benda ni pun susah untuk eonnie. Mesti eonnie pun dah celaru and serabut dengan semua masalah tu"

"Tapi, eonnie. Hae nak minta satu ni je. Janganlah bercerai, eonnie"

"Ye, mungkin ni je cara terakhir untuk eonnie get rid dengan segala masalah dengan Jungkook kan? Tapi, cara ni tak sesuai kalau eonnie sebenarnya still sayangkan dia. Nanti eonnie lagi terseksa"

"Also, Hae rasa Jungkook pun sayangkan eonnie. Mungkin lagi banyak dari eonnie?"

"Maksud Hae, eonnie tahu kan, eonnie yang banyak berbakti dekat dia? Dia mesti terhutang budi sangat-sangat dengan orang yang ada dengan dia lebih dari family member dia. Eonnie tak rasa dia terlalu kejam ke kalau dia senang-senang je nak berpaling dekat orang lain?

"Dia nampak apa je dekat perempuan lain tu? Muka cantik? Body lawa?"

"Eh, kalau sebab tu lah, boleh jamin untuk setia, ada bila susah senang ke? Appearance luar tak menjamin kebahagiaan la, eonnie"

"Tapi, kalau betul la makhluk Jungkook tu memang berpaling dari eonnie sebab perempuan gila tu, eonnie nak back off macam tu je ke?"

"Eonnie nak biar perempuan tu ambil or should I say rampas your literally husband macam tu je? "

"Eonnie, eonnie wife Jungkook tau. Perempuan tu siapa je? Nyamuk jadian."

"Instead of eonnie surrender and back off, why not eonnie cuba sedaya-upaya eonnie untuk pertahankan hak eonnie? Eonnie ada hak as a wife. Kenapa nak mengalah macam tu je?"

"Eonnie yang dah ubah Jungkook jadi orang yang jauh lebih baik. Eonnie yang dah bentuk dia dari dulu untuk jadi yang lebih baik. Takkan semudah tu eonnie nak surrender and biar orang lain ambil Jungkook yang eonnie dah susah payah buat dia jadi macam sekarang? Semua tu hasil usaha eonnie kot. Orang lain senang-senang je nak ambil"

"Betul. Sakit bila tengok husband sendiri bermesra dengan perempuan lain. Rasa macam nak tamatkan semua ni and lari dari rasa sakit tu
Tapi, eonnie, sebelum kita nak jumpa kejayaan, kita kena lalui macam-macam jalan yang menyakitkan dulu kan? You know, difficult road often lead to beautiful destination"

"Jadi eonnie, jangan mengalah lagi walaupun betapa tajam dan sakitnya jalan yang eonnie tengah pijak sekarang ni. Kuatkan diri and cuba untuk terus berjalan. Tak apa kalau eonnie nak berhenti sekejap. Cuma jangan patah balik. Eonnie dah sampai ke tahap ni. Rugi kalau patah balik. Eonnie mesti nak 'beautiful destination' tu kan?"

"Eunha, Eunha, Eunhaaa"

Eunha yang sedang lama mengelamun itu langsung tersedar ke realiti apabila mendengari suara ahjumma Lee yang memanggil-manggil namanya itu. Dia menoleh dengan wajah polos.

"Ha, mummy ni. Berangan apa tu? Dari tadi halmeoni panggil mummy tau!" seloroh Jungwon berbuat tegas yang sedang berdiri di sebelah sofa yang diduduki Eunha itu. Kedua-dua tangannya mencekak pinggang.

Eunha langsung menarik senyuman kecil. Dia menggeleng perlahan. Sungguh, dia tidak menyedari pun suara ahjumma Lee yang memanggilnya dari tadi. Terlalu fokus mengimbas kembali bicara Hae Jung tika di rumah puan Choi tadi.

"Ha, Eun, mari makan. Ahjumma dah siapkan makanan" tutur ahjumma Lee mesra dengan senyuman kecil. Dia memandang raut redup di wajah Eunha itu.

"Eoh" balas Eunha lalu mengangguk perlahan. Segaris senyuman nipis menghiasi bibir merah cairnya.

Ahjumma Lee mengangguk kecil. Dia kemudiannya memandang Jungwon di sebelah.

"Kajja, Jungwon" ajak ahjumma Lee mesra seraya menghulur tangannya ke arah anak kecil itu.

"Nee, kajja!" balas Jungwon riang seraya menyambut huluran tangan ahjumma Lee itu. Lalu, mereka menapak ke arah dapur terlebih dahulu.

Eunha kemudiannya mengemam bibirnya singkat. Bibirnya sedikit kering. Kurang air kosong. Lalu, dia perlahan berdiri dari sofa empuk itu.

"Mummy, cepat lah! Ada banyak makanannn" laung Jungwon girang dari arah dapur itu.

Eunha langsung menoleh lalu mengulum senyuman nipis. Dia mengangguk kecil. Sebaik saja itu, dia menghayun langkahnya berganjak dari sofa itu. Perutnya yang kosong, cuma diisi minuman hangat di rumah puan Choi tadi bersama fikirannya yang kusut, sedikit sebanyak memberi impak kepada tubuhnya.

Eunha pantas berpaut pada sisi sofa tatkala kepalanya tiba-tiba terasa berat. Pandangannya juga berpinar-pinar. Bibirnya dikemam rapat.

Tak lama setelah itu, dia pun perlahan rebah tidak sedarkan diri ke atas lantai.

"Mummy! "




【 BBP S2:TRUST】
»120



"Tak ada yang serius. Keadaan dia dah normal. Cuma perlu makan dengan teratur dan tak skip meal saja. And, dia terlalu banyak berfikir, jadi, banyak tekanan lah yang berlaku. Apa pun, perlu pantau lah pemakanan dia dan dia kena kurangkan dari berfikir banyak" jelas seorang doktor wanita dengan ringkas kepada Jungkook.

Ya, seorang Jeon Jungkook inilah yang pertama dihubungi ahjumma Lee sebaik saja Eunha jatuh pengsan di rumah tadi memandangkan tuan Jung ada urusan di luar kota. Lagi pun, memang wajar dia menghubungi lelaki itu.

Jungkook mengangguk perlahan sepanjang penerangan ringkas doktor yang merawat Eunha itu.

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu" pamit doktor itu lalu menundukkan sedikit kepalanya, memberi hormat.

Jungkook juga pantas membalas dengan tundukan hormat sebegitu juga.

"Kamsahamnida" ucapnya ringkas buat sang doktor.

Doktor itu mengangguk dengan senyuman kecil lalu langsung mengatur langkah beredar dari situ.

Sebaik saja itu, Jungkook langsung membuka perlahan pintu wad yang menempatkan diri Eunha itu. Dia menapak masuk ke dalam dan menghampiri katil pesakit. Bangku yang tersedia ditarik lalu diduduki, tepat di sebelah katil tersebut.
    
Jungkook memandang posisi tubuh Eunha yang mengiring membelakanginya. Pasti wanita itu sudah sedar tadi dan memilih untuk tidur.

Maklumlah, setelah menghantar Eunha ke hospital sejam lalu, dia perlu menghantar pula seorang Jeon Jungwon yang tak kalah risaunya tentang sang ibu ke rumah tuan Jung dulu. Susah nanti kalau si kecil itu juga berada di hospital. Puas memujuk, akhirnya akur juga. Itu yang lewat sikit Jungkook mendengar penjelasan doktor dek berulang-alik dari rumah tuan Jung ke hospital.

Nafas berat perlahan dilepaskan. Mata tak lepas menatap figura kecil Eunha yang diselubung selimut hingga ke paras pinggang itu. Penerangan doktor tentang Eunha yang banyak berfikir itu sedikit sebanyak mengganggunya.

"Saya tengah berfikir...kalau saya betul-betul dah buat awak terseksa,sayang" tutur Jungkook perlahan sambil matanya tetap saja tertumpu pada figura Eunha itu.

"I really want to protect you at all cost like before,tapi sekarang dah macam susah nak buat macam tu lagi. Dah macam ada tembok yang awak letak untuk halang saya buat macam tu" tambah Jungkook kesal sebelum mengeluh perlahan.

Sementara seorang Jeon Eunha yang membelakangi lelaki itu, mendengar dengan jelas bicara suaminya itu. Dia hanya kekal berposisi begitu, berbuat seolah sedang tidur. Luahan lelaki itu mampu saja menyentuh hatinya.

"Awak betul-betul terseksa sebab saya ke,sayang?" soal Jungkook seraya jemarinya naik menyentuh perlahan sisi rambut Eunha.

Mendengarkan soalan dengan nada lirih itu, sedikit sebanyak membuat sepasang mata milik Eunha memanas, mulai ditakungi air mata di tubir.

Jungkook menjauhkan tangannya dari terus menyentuh rambut pendek isterinya itu. Tangan dijatuhkan ke sisi. Dia menghela nafasnya perlahan.

"Saya tak tahu nak buat apa lagi dah untuk pertahankan hubungan kita ni" ujar Jungkook lalu mengemam bibirnya singkat. Hatinya juga terasa perit bila memikirkan itu.

Jungkook mengeluh panjang. Bibirnya diketap kuat.

"Jujur,sayang. Saya rindu hubungan kita yang dulu" luah Jungkook perlahan. Terasa sesak saja dadanya untuk mengungkapkan rintihan itu.

Eunha drastik menitiskan air matanya saat mendengar luahan Jungkook itu. Bibirnya dikemam rapat, menahan tangisannya. Dadanya juga terasa sesak, menanggung kepiluan. Dia juga rindukan semua itu.

Jungkook lagi-lagi menghela keluhan berat.

"Saya akan nampak penting diri ke kalau saya tak nak hubungan kita berakhir macam ni walaupun saya tahu awak terseksa?" soal Jungkook perlahan yang tentunya tidak mengharapkan jawapan.

"Awak pun terseksa jugak,sayang" getus hati Eunha bersama air mata yang berlinangan perlahan membasahi pipi.


AHSHSHSH APA INI APA INI

EM

YE MCM SAYA BAGITAHU SBLM NI, SABAR SIKITTTT JE LAGI EH HUEHUEHUE

WADUH NNTI LA AKU BEBEL BEBANYAK. LEWAT SUDEH INI

APAPUN, ASHELAMAT HARI RAYA AIDILADHA GAISSEUU

DAH BOLEH IKAT DAH ANTAGONIS TERCHENTA KORANG DKT MASJID MEMANA. ALANG II KAN EM

DAH, SEYA SEKETUL MINYU MEMOHON MAAP DARI ANDA SEMUA ATAS KEKEJAMAN SAYA DALAM MENYEKSA ANDA-

EHEHEHE JGN PUTUS ASA YE. DAH NAK SAMPAI HUJUNG DAH. SABA SIKITTT JE LAGI HIKHOK

SEKIAN DARI SAYA,


TANAK REVEAL MUKA. NANTI ADA YANG SANTAU AHAHAHAHA

Ok bai.

VOTE TAU HIKHOK

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro