Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷12

HAIII UHUK

ITS BEEN A LONG TIME YAA EHE

MAAPLA AUTHOR ANDA NI LATELY BUSY BETHOL

YE DAH, SILAKAN VOTE COMMENT AND HAPPY READINGGGG















Drrrtt Drrrtt!

Telefon pejabat yang berdering satu pejabat itu langsung diangkat gagangnya oleh Jungkook.

"Ne, yeobuseyo?" respon Jungkook dengan tangan kanannya yang melekapkan telefon di telinga manakala tangan kirinya setia menyelak helaian kertas kerja di atas meja.

"Ah, pasal tu. Baik, teruskan" arah Jungkook setelah mendengar tujuan gerangan yang mendail itu. Dia meletakkan telefon itu di atas meja dan mula mencapai fail dan kertas kerja yang berkenaan. Dia kemudiannya menilik teliti fail di tangannya sambil  telinganya fokus mendengar penjelasan panjang gerangan di corong telefon itu. Sesekali dia menanda bahagian yang penting menggunakan pensel di tangan.

Sedang lelaki bekerjaya itu sangat fokus dan sibuk dengan hal kerjanya, seorang Jung Eunha yang sedang duduk di atas sofa itu hanya mampu memerhati sahaja kesibukan Jeon Jungkook dengan kerjanya itu.

Sejak dari mereka selesai menjamah makanan yang dibawa Eunha itu, Jungkook langsung tidak berhenti dari melakukan hal kerjanya, walaupun untuk seminit. Dari tadi, hanya bunyi papan kekunci komputer ditekan-tekan, bunyi telefon berdering terus-menerus dan bunyi helaian kertas diselak sahaja yang kedengaran dalam pejabat luas ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.20 petang, bererti waktu bekerja sudah tamat 20 minit yang lalu. Namun, melihat Jungkook yang seperti tidak berkesudahan menjawab panggilan telefon, menghadap komputer, menyemak fail dan dokumen, sepertinya lambat lagi mereka akan pulang ke rumah.

Eunha sudah buntu mahu melakukan apa ketika ini. Semuanya sudah menjadi jemu dan bosan buatnya. Sejak jam 2 petang tadi, dia hanya menghadap sahaja telefon pintarnya itu. Hampir semua aplikasi sudah dia tinjau. Dan hasilnya, dia sudah dilanda kebosanan yang melampau sekarang ini.

Sebenarnya, kalau berkaitan dengan aplikasi Instagram ini, tiada istilah bosan. Laman Newsfeed yang tidak berkesudahan muncul itu takkan pernah membuatkan kita bosan. Cumanya, bagi hal Eunha ini, dia tak dapat fokus untuk melakukan hal itu. Soalnya, fikirannya asyik melayang ke arah lain.

"Ah, molla molla" omel Eunha sebal seraya meletakkan telefon pintarnya di atas meja di hadapan sofa itu. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa sambil memejamkan matanya. Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Aish, bosannn" gumam Eunha perlahan seraya menekup wajahnya. Dia sedikit menghentak kakinya untuk melepaskan sebal yang terasa. Seterusnya, dia cuba tenangkan dirinya dengan mencuba mengosongkan fikirannya yang agak celaru itu.

"Baik, jadi nama Puan ialah Choi Im Hwa. Betul, puan?"

"Oh, nama dia Choi Im Hwa"

Eunha kembali mencelikkan matanya apabila kejadian tengah hari tadi sekali lagi mengganggu fikirannya. Ini sudah masuk hampir ke sepuluh kali perkara ini terngiang-ngiang di telinganya. Dan, berkali-kali jugalah dia cuba menghindarkan soal ini dengan melakukan hal lain.

"Aish, not again..." gumam Eunha menyampah seraya meraup wajahnya. Dia mengeluh perlahan.

"Eo, mian"

"Hara, ppaliwa!"

Kali ini, perkara minggu lalu pula menyerang fikiran Eunha. Eunha merengus perlahan sebelum menekup wajahnya. Sungguh dia sudah letih dengan semua ini.

Namun, tiba-tiba, terlintas sesuatu di fikirannya membuatkan kedua-dua tangannya yang menekup wajah kecilnya itu diturunkan ke sisi. Dia perlahan-lahan menegakkan badannya dari terus menyandar.

"Wait..." gumam Eunha perlahan. Dia mengemam bibirnya.

"Is she...really back?" omel Eunha sambil otaknya ligat memproses logik di fikirannya.

"That one. Dekat parking lot. Kalau tu...betul dia, is that means...orang yang call staff tadi tu pun dia? Yes, memang tu nama dia tapi boleh jadi ada orang yang cuma nama sama dengan dia,"

"--Tapi, kalau difikirkan balik... It's still logic yang orang tu memang puan Choi. Kalau...kalau tu memang Puan Choi, that's mean, dia memang ada urusan lah dekat company ni? L-Like, kalau dia tak ada urusan, dia tak boleh masuk dalam bangunan ni even...parking lot. But, she's there hari tu! Also...dia ada call one of staff dekat sini. And, yes staff tu cakap tadi yang puan Choi tu ada urusan..." monolog Eunha panjang lebar dengan nada yang perlahan. Kedua-dua tangannya mulai dingin. Dia menelan air liur sukar.

"Dia...ada urusan apa eh dengan company ni? T-Tak berkaitan dengan...aku kan?" omel Eunha sambil kedua-dua tangannya yang sejuk itu mulai bertaut erat antara satu sama lain. Bibirnya diketap. Jantungnya mulai berdetak lebih kencang berbanding biasa.

"Okey, baik. Saya akan cari dulu fail tu, esok saya akan maklumkan balik" tutur Jungkook pada klien yang berada di hujung talian itu. Dia kemudiannya meletakkan gagang telefon sebelum berdiri. Kaki dilangkah menuju menghampiri rak yang menempatkan pelbagai fail yang terletak di belakang sofa itu.

Matanya meliar di setiap aras rak yang besar dan agak tinggi itu sebelum tangannya langsung bergerak menarik keluar sebuah fail di aras ketiga dari atas. Seterusnya dia membuka fail itu lalu matanya menilik fokus isi kandungan itu. Sesekali dia menyelak helaian seterusnya untuk mengesahkan sesuatu.

"Awak"

Suara yang tiba-tiba menyapa telinga Jungkook langsung membuatkan lelaki itu menoleh ke sebelah kanannya. Dia memandang Eunha yang sedang berdiri di sebelahnya sambil memandangnya itu.

"Hm?" sahut Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah.

Eunha kemudiannya mengemam bibirnya sebelum memusingkan kepalanya menghadap rak di hadapan. Rasa sukar untuk dia pandang lelaki itu.

"Um...saya nak cakap something dekat awak ni..." tutur Eunha dengan nada perlahan sambil bermain jari-jemarinya.

Jungkook menjongket sebelah keningnya. Bingung melihat kelakuan Eunha itu.

"Eoh--"

"Tapi, awak janji tak marah eh?" seloroh Eunha drastik saat mendengar respon Jungkook yang tidak sempat dihabiskan lagi itu. Dia memandang lelaki itu dengan kedua-dua matanya yang bulat itu.

Jungkook mengerutkan dahinya. Dia menutup fail di tangannya itu lalu dimasukkan ke dalam rak semula.

"Mwoyaaa? Sayang buat jahat apa pulak ni tak bagitahu saya?" soal Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah. Bunyi soalannya itu memang berbunyi gurauan. Tapi, tidak bagi Eunha.

"Ah, aniyaaa. Mana ada jahat sangat" nafi Eunha agak gelabah itu sambil menggerakkan kedua-dua tapak tangannya tanda menafikan.

Jungkook berdecit perlahan. Dia mencekak sebelah pinggangnya. Kening masih dijongket sebelah.

"Then, what?"

"Ala, awak janjilah dulu tak marah" ujar Eunha yang masih dalam fasa memujuknya itu.

"Tengoklah macam mana" balas Jungkook bersahaja.

"Ala, janjilah--"

"Cakap dulu" tegas Jungkook, namun masih ada kelembutan dalam nadanya itu.

Eunha memandang lama wajah Jungkook. Tiada senyuman di wajah sempurna lelaki itu. Bermaksud, dia tak boleh lagi nak membentak selain mengalah.

Eunha mengemam bibirnya sebelum kembali memusingkan kepalanya menghadap rak di hadapan. Dia menggigit bibir bawahnya sebelum menggagahkan diri untuk bersuara.

"Pasal tadi kan...saya...bukan berniat nak tipu awak tapi saya cuma tak tahu nak bagitahu awak macam mana. Saya rasa macam benda tu mengarut sangat kalau saya bagitahu awak. Lagipun saya rasa benda tu tak logik pun even saya pun still ragu-ragu dengan benda tu,"

"Tapi?" soal Jungkook apabila Eunha menghentikan seketika penjelasannya itu.

"Tapi...saya rasa macam berat sangat nak hadap benda ni seorang diri. Almost all the time,saya asyik rasa terganggu bila benda ni non stop ganggu fikiran saya. Like, i can't just pendam pasal ni sorang-sorang" respon Eunha sambil matanya lurus memandang rak di hadapan.

Jungkook hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak bersuara untuk memberi ruang kepada Eunha untuk bercakap lagi.

Eunha menoleh memandang Jungkook di sebelah. Wajah lelaki itu ditenungnya lama sebelum dia kembali bersuara.

"Actually, tadi saya terdengar seorang staff tu...tengah on call dengan someone yang dia panggil Puan Choi. At first, saya cuba tak nak fikir lebih-lebih. Tapi, saya curious sangat time tu. So, saya tanya dia,siapa orang yang call dia tu. Dia cakap orang tu nama Choi... Im Hwa" jelas Eunha sambil matanya setia menatap wajah mendatar suaminya itu.

"It could be cuma nama yang sama? A coincidence? Agak impossible kalau tu memang betul dia. Dia still dalam penjara, kan?" tukas Jungkook sambil menatap redup wajah gusar Eunha. Niatnya hanya untuk mententeramkan hati isterinya itu sahaja. Dia juga tahu, tak mustahil kalau si Choi Im Hwa itu sudah dibebaskan sekarang. Wanita itu licik.

"Entah la, wak. Saya tak tahu nak cakap macam mana. It's just that mental saya rasa terganggu disebabkan benda ni" balas Eunha dengan nada agak bergetar itu sambil matanya hanya mampu memandang lantai.

"Kalau dia betul-betul dah kembali macam mana?" soal Eunha seraya mendongak sedikit memandang Jungkook di sebelah. Matanya redup memandang wajah lelaki itu.

Jungkook diam. Dia tidak merespon. Dia hanya mampu menatap wajah resah Eunha itu.

"Saya tak tahu la, wak. Sa-saya cuma takut kalau kejadian tu...berulang lagi.  Saya... "

Eunha menghentikan seketika percakapannya apabila dadanya yang terasa sesak dek menahan tangisan itu menyukarkannya untuk bercakap. Dia mengesat sekilas air matanya yang hampir keluar.

Jungkook yang dari tadi hanya memerhati tingkah Eunha itu langsung mengeluh kecil. Dia kemudiannya perlahan-lahan memeluk tubuh kecil isterinya itu.

"Aniya. Benda tu takkan jadi lagi. It just that sayang asyik fikir negative things macam ni" tukas Jungkook lembut sambil tangannya mengusap perlahan belakang Eunha, bertujuan untuk memujuk wanita itu.

"Tapi...saya takut, wak. Saya takut sangat kalau..kalau dia akan cari saya nanti dan incident tu jadi balik. Saya takut" hambur Eunha sambil tangannya menggenggam erat hujung kemeja Jungkook. Air matanya perlahan mengalir membasahi pipi.

"Tak, tak. Jangan fikir macam tu. Everything's gonna be okay"




【 BBP S2:TRUST】
»12



    

"Sayang nak apa-apa tak?" soal Jungkook seraya menanggalkan tali pinggang keledar yang terlilit di tubuhnya itu. Dia menoleh memandang Eunha di sebelah.

"Iced Caramel Macchiato lah" jawab Eunha dengan senyuman. Maklumlah, kalau ditanya tentang minuman atau makanan yang ingin dibeli, pasti begitulah reaksinya.

"Araso. Awak nak tunggu dalam kereta je kan? Jangan lupa lock" tutur Jungkook sebelum keluar dari perut kereta. Sempat dia melihat respon Eunha yang menganggukkan kepalanya itu.

Sebaik saja Jungkook keluar, Eunha langsung berganjak sedikit dari tempat duduknya untuk mengunci kereta dari dalam. Setelah itu, dia duduk dengan selesa kembali atas bangkunya.

Ting!

Bunyi deringan notifikasi dari telefon pintar Eunha itu langsung membuatkan wanita itu menyalakan objek itu. Dia menilik satu mesej yang  terpapar pada skrin telefonnya itu.

You have messages from Appa💕

»Eun, appa baru dapat info dari assistant appa. So, lusa, Eun dengan kawan Eun boleh datang company appa untuk interview kemasukan pekerja baru tu. Datang pukul 8.30 pagi,okey?
6.38 pm

"W-Wait, wait. Lusa? Ommoooo, i'm excitedddd! Aaaaaaaa!" sorak Eunha teruja setelah selesai membaca mesej dari ayahnya itu. Dia tersenyum lebar setelah puas menjerit riang.

"Okey, okey. Aku kena bagitahu Yuju" omel Eunha seraya itu membuka aplikasi mesej untuk menghantar pesanan kepada rakannya itu. Dia membuka kenalan rakannya itu untuk mula menaip, dan kebetulan si Choi Yuna itu menghantar satu mesej padanya, sekeping gambar.

"Heol, mwoya?" gumam Eunha sendiri sebelum memuat turun gambar yang dihantar Yuju itu.

"Heol! Creme Brulee! Saja je kan nak buat aku teringin manusia seketul ni!" bentak Eunha jengkel sebelum berdecit perlahan. Dia langsung menutup gajetnya itu tanpa membalas mesej Yuju itu. Dengan menjuihkan bibirnya ke depan tanda protes. Terkubur terus niatnya untuk memberitahu rakannya soal temuduga itu. Nantilah. Dia sedang protes sekarang.

"Ish, ha, aku dah teringin dah haaaa. Aku nak cari dekat mana creme brulee--"

Terhenti sekejap Eunha yang sedang membebel protes sendirian itu apabila matanya tertancap pada kafe yang tidak jauh dari tempat kereta Jungkook ini diparkir.

"Ah, maja! Kan Jungkook pergi cafe tu, mestilah ada creme brulee kan? Ah, nak order, nak order!" seloroh Eunha dengan terujanya seraya cepat-cepat menanggalkan tali pinggang keledar di tubuhnya itu. Dia mencapai remote kereta yang terletak pada bangku bahagian pemandu itu sebelum langsung keluar dari kereta dengan riangnya.

"Eleh, Choi Yuna, aku pun boleh beli Creme Brulee jugak la. Nasib la kau send waktu aku ada dekat dengan cafe ha. Kalau tak, seminggu aku boikot kau, Yuju" omel Eunha sendiri sambil kakinya setia melangkah menuju kafe tempat di mana Jungkook berada.

"Awhh, lama betul tak makan Creme--"

Eunha yang sedang teruja bermonolog sendiri sambil berura-ura untuk menolak pintu kaca kafe di hadapannya itu langsung terhenti apabila matanya disapa adegan yang kurang menyenangkan dari dalam kafe. Bibirnya yang dari tadi mengukir senyuman itu perlahan-lahan pudar.

Kelihatan Jungkook sedang berbual mesra dengan seorang perempuan yang berpakaian elegan. Sesekali kedua-dua mereka tertawa bersama. Ya, mungkin orang-orang akan fikir seorang Jeon Eunha ini cemburu buta memandangkan Jungkook itu hanya sekadar berbual saja. Tapi, itu cuma untuk fikiran orang yang gemar untuk menghukum.

Mungkin jika orang lain yang berbual mesra seperti itu, tidak akan menjadi masalah buat pasangannya. Memandangkan itu hanya perkara biasa. Namun tidak bagi seorang Jeon Jungkook. Lelaki ini sangat sukar untuk berbual mesra sehingga tertawa sebegitu dengan manusia bergelar perempuan. Ianya sangat sukar dan amat susah untuk buat lelaki itu beriaksi begitu. Hanya orang yang tertentu sahaja yang berjaya buatnya begitu. Contohnya, Jeon Eunha.

Jadi, manakan tidak seorang Jeon Eunha ini berasa tidak senang dengan adegan itu.

"Mwoya..." omel Eunha perlahan sebelum menarik muncungnya panjang. Dia merengus perlahan sebelum langsung menguburkan niatnya untuk membeli pencuci mulut Creme Brulee itu. Hilang terus seleranya.

"Dah la. Tak teringin dah. Creme Brulee tak Creme Brulee" bebel Eunha perlahan dengan penuh protes. Kakinya dilangkah sebal menuju ke kereta Jungkook kembali. Pintu dibuka dan dia langsung masuk ke dalam kereta dengan hati yang sebal.

Badan disandar kasar pada bangku. Matanya lurus memandang ke hadapan. Dia menyilangkan lengannya di dada. Pipi dikembungkan tanda protes.

Lama dia diam sebelum akhirnya dia menghamburkan rasa geram yang ditahannya itu.

"Ey, tak suka la! Mana boleh macam tu! Ey fkrnrkrjmslsoskaksls" hambur Eunha sebal sambil memukul-mukul udara. Dia kemudiannya merengus kasar. Bibir diketap.

"Apa yang suka sangat entah senyum macam tu. Gelak lagi. Apa benda yang kelakar sangat pun tak tahu la. Ah,annoying nya!" tambah Eunha lagi sebelum kembali menyandarkan kasar tubuhnya pada badan bangku. Dia menarik muncung panjang.

"Ah molla, molla!" hambur Eunha yang sudah malas melayan perasaannya itu. Dia mengusutkan rambutnya sekilas sebelum kepala disandarkan pada kusyen. Lengan disilangkan di dada. Mata dipejamkan dan satu keluhan kecil dilepaskan.

Tidak lama setelah itu, bunyi pintu kereta dibuka dari luar langsung membuatkan Eunha mencelikkan matanya kembali. Dia sekadar melirik Jungkook yang baru masuk ke dalam kereta itu dengan ekor matanya sahaja. Dan, dia hanya memandang lurus ke hadapan.

"Kenapa tak lock kereta,sayang? Kan saya suruh lock tadi" tutur Jungkook saat duduk di bahagian pemandu itu. Dia meletakkan cup carrier yang memegang dua cawan minuman itu di ruang kosong di pertengahan dua seat kereta. Setelah itu dia memandang Eunha di sebelah.

"Dah lock tadi" balas Eunha mendatar. Matanya setia memandang hadapan.

"Then?" soal Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah. Dia masih memandang Eunha yang sedikitpun tidak mengerling ke arahnya itu.

"Lepas tu saya keluar kejap. Lepas tu saya masuk balik" jelas Eunha ringkas tanpa nada.

"Keluar kejap? Sayang pergi mana?" soal Jungkook bingung. Buat masa sekarang ini, banyak benda yang membingungkannya iaitu, Eunha yang tidak memandangnya, Eunha yang bernada mendatar, dan jawapan wanita itu sendiri.

"Tak jadi pun. Saya masuk dalam kereta balik" respon Eunha acuh tak acuh. Dia sedikit mengeluh jengkel.

"okay now, what's wrong with your voice tone?" soal Jungkook bingung yang berbaur sedikit bentakan itu. Dia merenung sisi wajah Eunha lama.

Eunha diam. Dia hanya memandang lurus ke hadapan.

"Also, saya dekat tepi ni, bukan dekat depan. Yang dari tadi asyik pandang straight ke depan tu kenapa?" tambah Jungkook yang sudah kedengaran protes itu.

Eunha merengus perlahan sebelum menoleh memandang Jungkook di sebelah. Dia memandang wajah lelaki itu dengan ekspresi wajahnya yang masam mencuka itu.

Jungkook yang melihat eskpresi wajah Eunha itu sedaya-upaya menyembunyikan senyumnya. Dia mahu tetap mengekalkan ekspresi seriusnya sekarang.

"So, wae gurae? Ada yang tak kena ke? Tell me" tutur Jungkook sambil matanya lurus memandang wajah penuh protes Eunha itu.

Eunha yang dari tadi melarikan bola matanya ke arah lain untuk tidak memandang wajah sempurna Jungkook itu mula mengalihkan pandangannya memandang Jungkook tatkala mendengar tuturan lelaki itu. Dia memandang wajah Jungkook lama atau lebih kepada merenung bagai mahu tembus.

"Mwo--"

"Mana boleh senyum macam tu dekat orang lain!" bentak Eunha yang akhirnya menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu. Dia memandang tajam wajah bingung Jungkook.

"Hah? Siapa yang senyum?" soal Jungkook bingung dengan mata yang berkelip-kelip, tak faham.

"Awak lah!" respon Eunha sebal.

"Eh, bila--"

"Dalam cafe tadi, saya nampak awak bukan main mesra lagi dengan seorang perempuan ha! Nak borak, borak je lah. Janganlah senyum macam tu. Tak boleh!" hambur Eunha penuh protes sebelum merengus geram.

Jungkook yang tadinya terpinga-pinga itu akhirnya mula memahami apa yang ingin disampaikan isterinya itu. Dia langsung tergelak kecil.

"Mwoyaaaa? Apa yang kelakarnya? Tak kelakarlah!" tukas Eunha sebal. Dia mengembungkan pipinya tanda protes.

"Ala, tu klien saya je lah, sayang" jelas Jungkook sebelum tangan kanannya bergerak menekup pipi tembam Eunha itu.

"Ala, kalau klien pun, kenapa nak kena senyum macam tu? Sejak bila awak jadi mesra terlebih dengan stranger hah? Mentang-mentang klien awak tu perempuan, mesra bukan main eh?" seloroh Eunha sebal sebelum mengecilkan kedua-dua matanya, merenung wajah bersahaja Jungkook penuh protes.

Jungkook sekali lagi tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Habis, takkan saya nak tunjuk muka cold pulak dekat klien sendiri? Nanti kena cop sombong pulak ha. Lagipun, klien saya yang ni banyak kali dah bekerjasama dengan company saya" terang Jungkook sebelum mengulum senyuman lebar buat Eunha.

"Ye lah, tapi STILL, tak boleh senyum macam tu dekat orang lain!" tegas Eunha sambil merenung wajah Jungkook.

"Mi Yeon pun?" soal Jungkook selamba.

"Eyy, Mi Yeon tu lain cerita lah!" tukas Eunha jengkel sebelum menampar geram lengan Jungkook.

Jungkook tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Dah tu saya nak senyum macam mana pulak kalau dekat orang lain?" soal Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah.

"Hmmm, "

Eunha mengusap dagunya sambil memandang wajah Jungkook. Jungkook hanya setia dengan keningnya yang diangkat sebelah itu.

"Okey, sini" ujar Eunha seraya menekup wajah Jungkook menggunakan kedua-dua tangan kecilnya itu, bertujuan untuk mendekatkan sedikit sahaja wajah lelaki itu dengannya. Seterusnya, dia meleraikan tekupan tangannya pada wajah suaminya itu.

"Macam mana eh...? Kalau macam ni nampak tak ikhlas sangat. Hm" gumam Eunha sambil kedua-dua jari telunjuknya sedang menarik kedua hujung bibir Jungkook untuk membuatkan lelaki itu mengukir secalit senyuman. Sekejap dia tarik sedikit, sekejap dia tarik lebar, sekejap dia lepaskan.

Dan, seketul Jeon Jungkook hanya reda saja diperlakukan begitu. Dia hanya memandang wajah polos Eunha yang kelihatan fokus dengan sesi mencipta senyuman di wajahnya itu.

"Kalau macam ni lebar sangat. Macam ni pulak macam tak senyum je. Kalau ini lagilah, macam nak tak nak je senyum. Ah molla, molla! Tak tahu la!" hambur Eunha yang akhirnya berputus asa itu. Dia menurunkan kedua-dua jarinya itu ke sisi. Dia memandang wajah Jungkook dengan bibir yang dimuncungkan, tanda sebal.

Jungkook tersenyum kecil saat melihat reaksi yang ditunjukkan Eunha itu. Setelah itu, dengan selamba dia mencium sekilas bibir Eunha yang masih dimuncungkan itu.

"E-Eishhh, Jeon Jungkook!" bentak Eunha drastik dengan mata yang membuntang.

"Ha,muncunglah lagi bibir tu" balas Jungkook bersahaja yang sedang menarik tali pinggang keledar untuk dipakaikan di tubuh itu. Dia menoleh memandang Eunha di sebelah dan satu senyuman lebar diukirkan. Sengaja mahu menjengkelkan wanita itu.

"Eishhh"


Ha dah. Aku dah meroyan dah pun.

3k words :)

IYA AKU TAK TAHU APA AKU MENGARUT ATAS TU, HARAPNYA TAK HAMBAR DAN CRINGE LAH YE

Also, next chap akan ada seketul new cast UHUK

TEKA LA TEKA LA OHOHOHO

siapa betul aku lanja karipap sebiji. Hm hm.

Lanja tipu ii je lah hm

Ye maap ler lately guwe jarang membebel byk-

Eh asal kena minta maaf do? HAHAHAH

Tahla makin lama mcm makin rasa sendu aku nk membebel. Tunggu la nnti bila mood aku level infinity, ha baca la kau aku punya membebel tu em

Tapi kan, penting sgt ke bebel aku ni? Tak rimas ke? HAHAHA

Aku pulak kdg yg rasa annoying dgn diri aku yg kepochi ni-

Ha haritu aku ada nk ckp samting tapi tak jadi en HAHAHA

So, okey la. Aku bagitahu skrg.

Ekceli aku tgh berkira-kira ni nak stop jadi author ke tak ni hm hm

Aku rasa mcm nak stop writing lps ff ni tamat. Entah la. Hm.

Should ai?

Aku suka je menaip ni. Cuma aku rasa tak senang sgt bila aku asyik apdet lewat apa smua. Rasa mcm lama ii hambar gitu jee emm

Tapi kalau anda smua byk yg tanak aku stop writing, well aku akan consider lah ye

Ehe.

Ha tu je lah.

Baibai💙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro