Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷115

ALA SORI PUKUL 1

SESUNGGUHNYA SEYA FIKIR PUKUL 12 SUDAH CUKUP UTK SEYA HABISKAN TYPE CHAP INI

TAPI SEYA SALAH

EM

SORI YE

NAH DABEL APDET YANG TAK MACAM DABEL

VOTE OKEYY!






"Mummy,tolong" pinta Jungwon dengan sengihan seraya menghulur satu paket biskut bersalut coklat hazel kepada Eunha di sebelah.

Eunha yang sedang ligat mengetik di skrin telefonnya itu langsung terhenti apabila mendengar suara Jungwon itu. Dia menoleh lalu langsung berdecit perlahan saat melihat raut wajah anaknya itu. Dia pun menyambut huluran si kecil itu lalu dikoyak pembalut plastik biskut itu.

"Eunha,Jungkook nak datang sini pukul berapa? Ahjumma nak siapkan untuk kita makan malam sama-sama nanti" tutur ahjumma Lee yang baru selesai menyiram pokok bunga di halaman itu.

"Oh,Jungkook ada outstation dekat Ilsan hari ni,ahjumma. Dia tak balik hari ni rasanya" jawab Eunha seraya memandang ahjumma Lee yang berada di muka pintu itu. Lalu,dihulur paket biskut yang sudah dibuka itu kepada Jungwon di sebelah.

Tersengih suka budak itu seraya menyambut huluran ibunya itu. Inilah yang dia suka sangat datang rumah atuknya itu. Banyak snek dan jajan boleh dilantaknya sendiri.

"Oh,ye ke? Ha,tak apa lah macam tu. Ahjumma pergi siapkan makanan dekat dapur kejap" respon ahjumma Lee lalu mengukir senyuman singkat.

"Eoh,Eun tolong" balas Eunha langsung lalu meletakkan telefon pintarnya itu ke atas meja di hadapan sofa itu. Dia kemudiannya berdiri. Baru saja dia berura untuk berganjak dari situ,telefonnya berdering sesaat tanda menerima notifikasi.

Eunha langsung menoleh ke arah meja. Telefonnya yang menyala itu dicapai lalu ditilik.

You have a message from Kyung Joo

Puan Eunha?
5.37 pm

Eunha langsung berdecit perlahan tika melihat mesej yang diterimanya itu. Jemarinya mulai mengetik di skrin bagi membalas mesej dari Kyung Joo itu.

Kyung Joo

Ye,puan Kyung Joo

Ada apa?

Ngehehe. Tak,saja nak tanya khabar kau

Apa khabar hati tu bila tuan Jeon Jungkook kamu pergi
outstation paling berisiko hari ni?

Kental jugak hati kau,Eun,
boleh harap laki kau pergi sana

Berisiko kenapa pulak?

Alaaa,kan hari ni dia kena pergi Ilsan

untuk advertising project Kim Sae Yoon tu

Baca saja respon Kyung Joo itu,Eunha langsung terkedu sebentar. Dia menatap skrin telefonnya itu lama,cuba mencerna balasan Kyung Joo itu. Lalu,perlahan dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa semula. Jarinya kembali mengetik di skrin telefonnya itu.

Means,perempuan tu pun
ada sekali ke dekat sana?


Yelahhh

Eh,kau tak tahu ke,Eun?

Jungkook tak bagitahu?

Berapa hari outstation tu?


Dua.

Eh,ini pun kau tak tahu jugak keee?

Kau tahu tak diorang stay mana?

Siapa lagi pergi?

Lauren Hotel

Advertising department je lah rasanya

Since purpose outstation tu pun sebab
diorang nak shoot ads perempuan tu outdoor


Sebaik saja membaca balasan mesej dari Kyung Joo itu,Eunha langsung memadamkan nyalaan skrin telefonnya tanpa membalas mesej wanita itu. Dia bingkas berdiri.

"Jungwon,mummy keluar kejap tau. Nanti mummy balik" tutur Eunha satu nafas lalu mengucup singkat dahi anaknya yang sedang fokus menonton televisyen itu.

Langsung saja Jungwon menoleh memandang ibunya itu apabila mendengar tuturan itu. Terkebil-kebil dia memandang Eunha.

"Mummy nak pergi ma--"

"Ahjumma,Eun keluar kejap! Tolong tengokkan Jungwon ye!" laung Eunha lantang seraya melangkah ke arah kabinet berhampiran pintu rumah. Lalu,beg tangannya diraih.

"Pergi mana,Eun?" soal ahjumma Lee penasaran seraya menjenguk dari ruang dapur,melihat figura Eunha yang tampak tergesa-gesa.

"Ilsan!" balas Eunha lantang lalu langsung menapak keluar dari rumah agam ayahnya itu.




【 BBP S2:TRUST】
»115



    


"Sae,kau dekat mana? Pukul 6.30 nanti ada meeting"

"Ye,ye. Aku tahu la. Sekarang baru pukul 6. Halah"

"Ye,nanti sebelum 6.15 kau kena balik bilik,okey?"

"Ish,ye. Dah,tak payah ganggu aku"

Beep.

Panggilan bersama Yena,pengurusnya itu langsung diputuskannya. Dia menyelit telefon pintarnya itu ke poket seluar pendek jenis jeans-nya itu. Serentak dengan itu pintu lif yang membawanya ke aras Ground itu terbuka luas. Dia pun melangkah keluar dan berjalan di lantai lobi hotel yang luas itu.

"Hai" sapa Sae Yoon senada sebaik saja dia berdiri di hadapan meja penyambut tetamu itu.

"Eoh,hai,cik. Ada apa saya boleh bantu?" balas penyambut tetamu itu mesra dengan senyuman. Dia memandang perempuan tinggi di hadapannya yang berpakaian kasual itu.

"I nak cari bilik someone. You boleh tolong kan?" soal Sae Yoon mesra seraya menurunkan topeng muka hitam yang menutupi separa wajahnya itu. Segaris senyuman lebar diukir.

"Ommo,Sae Yoon? Kim Sae Yoon?" soal penyambut tetamu itu terkesima sebaik saja melihat gerangan perempuan di hadapannya itu. Mulutnya ditekup sedikit dengan mata yang agak membuntang.

"Ye,saya. Bangawayo~" respon Sae Yoon dengan mesra bersama senyuman lebar. Melihat dari reaksi penyambut tetamu itu,dia pasti perempuan itu mengenalinya. Lagipun,sememangnya lebih ramai yang mengenalinya di Ilsan berbanding negeri lain di Korea Selatan.

"Ommo,anyeonghaseyo" sapa penyambut tetamu itu spontan sebelum menundukkan kepalanya sedikit memberi hormat.

Sae Yoon langsung tersenyum kecil. Dia sekadar mengangguk.

"Jadi,you boleh tolong I tak?" soal Sae Yoon lembut sambil memandang penyambut tetamu itu.

"Eoh,ne. Cik nak saya tolong apa tadi?" balas penyambut tetamu itu langsung seraya matanya fokus menilik wajah model kesukaannya itu.

"You tolong saya carikan satu bilik ni,boleh? Bilik tu bawah nama Jeon Jungkook. I nak tahu nombor bilik tu" jelas Sae Yoon bersahaja dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Eoh,ne. Sekejap ye,cik" jawab penyambut tetamu itu setelah mengangguk faham. Dia pun mencari informasi yang dimahukan Sae Yoon itu di komputernya. Seolah dipukau,dia boleh akur dengan permintaan Sae Yoon yang sebenarnya bertentangan dengan peraturan hotel itu.

"Guest name Jeon Jungkook kan,cik?" soal penyambut tetamu itu meminta kepastian. Dia memandang Sae Yoon di hadapan.

"Ye,betul" balas Sae Yoon langsung setelah mengangguk.

"Okey...jadi,dia di bilik 042,cik. Tingkat 3" jelas penyambut tetamu itu sambil matanya fokus pada skrin komputer.

Sae Yoon langsung tersenyum lebar. Dia mengangguk perlahan.

"Ah,I see...so,boleh I dapatkan card key untuk room tu tak?" soal Sae Yoon bersahaja dengan kening yang diangkat sebelah.

"Umm..untuk apa eh,cik?" soal penyambut tetamu itu bingung.

"Oh,actually owner bilik tu tinggal dengan I. Tapi,dia keluar pergi somewhere,so I tak boleh nak masuk lah dalam bilik tu nanti. Lagipun,dia yang suruh I minta kunci pendua dari hotel dulu. So,boleh kan?"  jelas Sae Yoon santai dengan lancarnya. Senyuman manis diukir bagi meyakinkan staf itu.

"Eoh..kalau macam tu...rasanya boleh,cik. Ye ye.boleh. Kejap ye" balas penyambut tetamu itu langsung. Walau teragak-agak,dia tetap akur lagi. Benar-benar seperti dipukau lagaknya. Dia mulai mencari kad kunci bagi bilik 042 itu di laci kaunter. Lalu,dihulurkan kad itu kepada Sae Yoon.

Tersenyum sampai ke telinga lah seorang Kim Sae Yoon itu tika melihat huluran itu. Langsung saja dia menyambut kad kunci itu dari sang staf. Mudahnya urusannya kali ini.

"Awhh,thanks. Nanti I belanja you dinner ye" tutur Sae Yoon mesra dengan senyuman lebar.

"Ommo,really?" respon penyambut tetamu itu tidak menyangka.

Sae Yoon mengangguk dengan senyuman lebar.

"Eoh. So,I pergi dulu ye" pamitnya mesra lalu melambai kecil.

"Ne~" jawab penyambut tetamu itu ceria.

Sae Yoon pun berganjak dari meja penyambut tetamu itu. Dia melihat kad kunci di pegangannya itu lalu tersenyum sumbing.

"Got you~"




【 BBP S2:TRUST】
»115



    

"Alright,here is 042~" gumam Sae Yoon meleret dengan senyuman lebar sebaik saja dia berdiri di hadapan bilik hotel yang tertera angka 042 di pintu itu. Dia menilik pintu itu lama lalu diketuk perlahan pintu itu sebanyak tiga kali.

"I dah ketuk, okey. You yang tak buka" omel Sae Yoon bersahaja lalu tersenyum sumbing. Tanpa berlengah, dia langsung mengimbas kad kunci di tangannya itu pada gagang pintu. Sebaik saja kunci terbuka, dia langsung membuka perlahan pintu bilik itu. Kepalanya dijenguk ke dalam.

Lengang saja?

Sae Yoon pun melangkah masuk ke dalam dengan langkah perlahan. Mujurlah dia memakai kasut sandal saja, jadi tiadalah bunyi derapan tapak kasut terhasil. Dia kembali menjenguk tika hampir dengan ruang utama bilik. Bahagian katil dan sofa tentunya.

"Hm? Where is he?" omel Sae Yoon hairan dengan dahi berkerut sebaik saja mendapati tiada siapa di situ. Dia pun melangkah lebih dalam, mendekati katil yang masih rapi itu.

Sebaik saja itu, telinganya menangkap bunyi air pancuran menyentuh lantai dari arah tandas yang terletak di hujung bilik itu. Terbit senyuman kecil di bibirnya. Punggung pun dilabuhkan ke atas katil.

"Okey, i'll wait here"




【 BBP S2:TRUST】
»115



    

"Kamsahamnida~" ucap Eunha mesra kepada pemandu teksi itu. Dia pun membuka pintu lalu keluar dari perut kereta teksi tersebut. Dia menaiki teksi untuk membawanya ke Hotel Lauren setelah menaiki kereta api.

Eunha langsung mengatur langkahnya ke pintu depan bangunan 7 tingkat yang gah berdiri di hadapannya. Pintu gelangsar automatik terbuka luas tika dia berada di depan. Kaki melangkah masuk ke dalam lobi hotel yang luas dan mewah itu.

Tanpa berlengah, dia langsung menapak menghampiri meja penyambut tetamu.

"Ye, puan. Boleh saya bantu?" sapa penyambut tetamu itu langsung dengan mesra.

Eunha langsung mengukir senyuman kecil sebelum bersuara.

"Um, maaf, tapi boleh saya tahu kalau ada guest yang namanya Jeon Jungkook dalam hotel ni?" soal Eunha teragak-agak sambil menatap wajah penyambut tetamu itu.

"Maaf, puan. Kami tak boleh bagitahu tu. Itu bertentangan dengan peraturan privasi hotel ni" respon penyambut tetamu itu.

"Ah...jjinjayo? Tak apa lah macam tu. Terima kasih" balas Eunha dengan senyuman nipis lalu langsung berganjak dari meja penyambut tetamu itu. Dia kemudiannya mengetap bibirnya.

"Kau nak risaukan apa, Eunha? It's not that diorang sebilik" gumam Eunha resah seraya melangkah perlahan ke arah sofa dan bangku yang tersedia rapi di tengah-tengah lobi luas itu. Dia mengemam bibirnya rapat.

"Eotokhae? Takkan la aku nak pergi cek setiap bilik dalam hotel yang besar gedabak ni? Mana boleh macam tu. Haish" monolog Eunha lalu menggaru lehernya dalam keresahan. Entah kenapalah dia perlu rasa resah sampai begini.

"Ah, molla. Tanya je lah" omel Eunha membuat keputusan lalu langsung mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangannya. Kemudian, dinyalakan objek itu. Aplikasi mesej dibuka lalu jemarinya mulai mengetik laju di skrin.

Sayang💙

Awak, saya ada dekat
Lauren Hotel sekarang

Bilik awak nombor berapa?
6.12 pm

Dek rasa gelisah yang seperti boleh membawa maut itu, dia sanggup menepis egonya yang menggunung dengan menghantar mesej itu kepada Jungkook. Dia menatap lama skrin telefonnya, menanti mesej itu dibalas. Sambil itu bibirnya diketap.

"Aish, nanti mestilah dia pelik dah kenapa aku datang jauh-jauh just nak pergi jumpa dia dekat hotel macam ni. Ah, kau ni nonsense lah, Eunha. Serius. Yaish" hambur Eunha kesal lalu mengetuk perlahan kepalanya menggunakan telefon pintarnya itu. Menyesal pun ada.

Ting!

Sepantas kilat Eunha menghentikan sesi mengetuk kepalanya itu tatkala telefonnya berdering sesaat. Ditilik langsung skrin objek itu. Aplikasi mesej dibukanya langsung.

Sayang💙

042.

Come.
6.13 pm

"Okey, 042" gumam Eunha dengan anggukan sebaik saja membaca balasan mesej yang tersangatlah ringkas dari 'Jungkook' itu. Dia langsung mengatur langkahnya laju ke arah lif.




【 BBP S2:TRUST】
»114



"Okey, sini" gumam Eunha sebaik saja dia berdiri tepat di hadapan pintu bilik yang bernombor 42 itu. Dia menarik nafasnya sedalam-dalamnya lalu langsung tangannya naik mengetuk pintu bilik itu.

"Ne, jansimanyo~"

Bagai ada batu yang menghempap dadanya tika mendengar suara mesra perempuan yang merespon dari dalam bilik. Dadanya mulai terasa sesak. Kakinya sememangnya seperti dibekukan di hadapan pintu itu.

Pintu dibuka dari dalam. Terpampang sosok tubuh Kim Sae Yoon di muka pintu.

"Eoh? Eoh, tak sangka boleh jumpa kau dekat sini,Eunha" tutur Sae Yoon bersahaja dengan senyuman lebar.

"K-Kau...Kau buat apa dalam bilik ni?" soal Eunha dengan matanya yang tajam menilik wajah santai Sae Yoon.

"Aku? Oh, aku tengah tunggu--"

Bicara Sae Yoon langsung terhenti tatkala telinganya mendengar bunyi pintu bilik air dibuka. Dia lantas menyembunyikan senyuman sinisnya.  Ditenung wajah tercengang Eunha di hadapan. Dia pasti, wanita itu pun pasti mendengar hal yang sama.

Manakala, seorang Jeon Jungkook yang langsung tidak mengetahui apa-apa itu, berjalan keluar dari bilik mandi dengan bathrobe yang tersarung di tubuh. Tangan kanan ligat menggosok-gosok rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil di pegangan. Matanya pun tertancap pada figura perempuan di sebalik dinding. Lantas dia melangkah menghampiri.

"Siapa yang-"

"Hey, baby~! Lama I tunggu you habis mandi tau!" tutur Sae Yoon langsung dengan meleretnya sebaik saja menoleh memandang Jungkook di sebelah. Bibirnya menarik senyuman lebar.

Melihat situasi yang tentunya wajar untuk tercipta perselisihan faham itu, Eunha perlahan mengangguk-anggukkan kepalanya dengan senyuman perit. Dia memandang Sae Yoon yang berpakaian santai itu dan pemakaian Jungkook yang baru selesai mandi itu.

Sebegitu santaikah mereka berdua?

"By the way, tu. Wife you datang" tutur Sae Yoon mesra. Dikerling Eunha yang kaku di muka pintu itu.

Jungkook yang berura untuk membentak Sae Yoon itu langsung tergendala apabila mendengar tuturan perempuan itu. Langsung saja dia menoleh ke arah muka pintu. Dia tersentak.

"Maaf ganggu" ucap Eunha sarkastik dengan senyuman lalu langsung melangkah pergi dari situ.

"Eunha--"

"She's left already" ujar Sae Yoon santai lalu menarik senyuman puas. Dia memandang lurus ke arah muka pintu yang sudah kosong itu.

"Eh sial, kau keluar!" laung Jungkook bengang lalu langsung menarik kasar tangan Sae Yoon, mengheret perempuan itu hingga ke pintu. Lalu, ditolak keluar perempuan itu. Pintu ditutup rapat.

"BODOH! " hambur Jungkook kesal seraya mengusutkan kasar rambutnya.




【 BBP S2:TRUST】
»115



    

Jungkook berlari anak di sisi taman landskap belakang hotel sambil kepalanya tertoleh-toleh mencari keberadaan Eunha. Firasatnya kali ini  wanita itu mungkin berada di situ, setelah puas dia mencari di lobi dan restoran hotel.

Dan, akhirnya, dia menjumpai figura Eunha yang sedang duduk di atas sebuah bangku di hujung sana. Kini dia mungkin boleh menghela sedikit nafas lega. Kakinya langsung menapak menghampiri wanita itu.

"Sayang" panggil Jungkook sebaik saja dia berdiri di sebelah bangku yang diduduki Eunha itu.

Eunha langsung menyeka air matanya yang mengalir hingga ke dagu itu. Lalu, dia menoleh memandang Jungkook yang sedang berdiri di sebelah sana.

"Tak apa. Lama-lama saya akan terbiasa dengan semua ni" ujar Eunha senada sebelum melarikan bola matanya ke arah depan.

Jungkook mengeluh perlahan. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya itu.

"Itu yang awak cakap tak ada apa-apa hubungan? Sebilik macam tu?" tutur Eunha dingin seraya menoleh memandang Jungkook di sebelah.

"Tak, saya tak sebilik dengan perempuan tu pun. Buat apa saya nak sebilik dengan perempuan tu?" tukas Jungkook kesal.

Eunha langsung merengus sebal. Dia memandang tajam Jungkook di sebelah.

"Habis, awak nak cakap yang dia tersilap masuk bilik awak? Dia takkan boleh masuk bilik awak la kalau bukan awak yang bukakan pintu!" tukas Eunha sebal.

"Awak pertikaikan kenapa saya susah nak percayakan awak sekarang. Sebab benda macam ni lah! Saya penat lah rasa kecewa dengan awak!" tambah Eunha dengan kesal. Setelah itu, dia berdiri. Air mata yang mengalir dikesat kasar.

"Saya benci awak. Saya benci awak sangat, Jeon Jungkook" ucapnya penuh penekanan sambil merenung wajah Jungkook. Lalu, dia langsung menghayun langkahnya berganjak dari taman itu.

Di saat situasi itu, ada sepasang mata yang menyaksikan segalanya dari jauh.

Eunha menghayun langkahnya laju ke arah lorong kecil di tepi taman itu yang membawa terus ke jalan besar di hadapan hotel. Air mata yang berlinangan itu terus-menerus diseka. Bibirnya diketap. Kaki setia dilangkah hingga keluar ke jalan besar.

"Saya benci awak. Saya benci awak, Jeon Jungkook. Saya benci" hambur Eunha perlahan dengan nada yang bergetar itu berkali-kali. Di dalam fikirannya cuma fokus mengungkapkan ayat itu. Benci, benci dan benci.

Sampaikan, dia tidak fokus tentang persekitarannya ketika itu. Kaki dilangkah laju melintasi jalan besar tanpa melihat kenderaan yang sedang meluncur laju ke arahnya. Bunyi hon yang berdurasi panjang dan kuat itu tidak cukup menyedarkannya ke realiti.

"JEON EUNHA! "

Suara lantang seorang Jeon Jungkook juga yang berjaya menyentakkan diri Eunha ke realiti. Dia menoleh pantas ke arah sebelah kirinya saat dirinya mendengar bunyi hon yang berpanjangan itu. Dia keras terkaku di tengah-tengah jalan besar itu,melihat kereta yang kian menghampirinya.

BAMMM!

Tubuh kecil milik Jeon Eunha melambung jua dek dirempuh kereta sedan yang tak mampu mengelak itu. Setelah itu, tubuh wanita itu jatuh menghempap jalan dan bergolek lemah di situ. Darah dari kepala mengalir perlahan di sisi wajahnya.

Eunha yang masih separa sedar itu membuka perlahan matanya. Terasa tubuhnya dipeluk oleh seseorang, dia pun menoleh perlahan bagi melihat gerangan itu. Gerangan yang telah melindunginya dan mengurangkan kadar parah bagi kecederaannya.



"Ber-Bertahanlah" -Choi Im Hwa


OMONAR

SEPRAISSSS

AHAHAAHHAA

HM, NANTI GUWE SETORI YE MCM MANA CHOI IM HWA BOLEH MUNCUL

HUEHUEHUE

DAH AKU TANAK BEBEL BANYAK

TULUNG VOTE YE

SESUNGGUHNYA SEYA STRUGGLE TYPE CHAP INI UTK HASILKAN DABEL APDET UTK ANDA SMUA HM

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro