BISMILLAH
SELAMAT BERZIKIR AHSHSHAHAHS
"Tak, tak boleh ke kalau aku tak pergi?"
"Kalau kau nak tambah masalah lagi, buat lah"
"Tak, masalahnya kalau perempuan tu tak ada sekali dekat situ esok, aku boleh consider lagi nak pergi tau"
"Nak buat macam mana lagi, gila? Dia tu ibarat main cast projek esok. Mana boleh makhluk tu tak ada sekali"
Jungkook merengus perlahan. Kaki setia memijak satu-persatu anak tangga bagi menurun ke tingkat bawah. Telefon pintar di telinga kanan diubah ke telinga kiri.
"Kau jadi wakil aku je tak boleh ke, Gyu? "
"Ah, tak ada. Aku ada schedule lain esok. Kau pergi je lah, gila. Sehari setengah je"
"Seminit setengah pun aku tak boleh hidup la kalau ada dia" balas Jungkook jengkel seraya tiba di lantai tingkat bawah.
"Banyak songeh la si gila ni. Dah susah sangat,esok kau datang rumah aku. Aku toreh sikit muka kau tu. Biar dia hilang terus 'cinta' dia dekat kau tu lepas tengok muka kau"
"Hotak kau. Baik aku tukar je muka aku dengan kau. Sama je dia benci"
Ting tong!
Terbantut niat Jungkook yang hendak ke dapur untuk meminum air kosong itu apabila telinganya seperti mendengar bunyi loceng.
"Sialan. Aku harap esok hidup kau tak tenang, Kook. Biar dia menghantui--"
"Kejap,diam. Aku rasa aku dengar bunyi loceng" ujar Jungkook langsung seraya memusingkan tubuhnya ke arah ruang tamu. Dia cuba memfokuskan telinganya kalau-kalau bunyi loceng itu kembali bergema. Untuk kepastian.
"Lah, awal la dia datang menghantui--"
"Dah, diam kau"
Beep.
Panggilan bersama Kim Mingyu itu langsung diputuskan Jungkook. Dia menyimpan telefonnya itu ke dalam poket seluarnya. Lalu, dia mengatur langkah ke pintu depan. Sempat dia mengerling jam di dinding.
10.25 malam.
Entah siapa pula yang datang malam-malam begini.
Atau pun, bunyi loceng tadi cuma perasaannya saja?
Jungkook menarik gagang pintu lalu pintu dibuka. Dia menyarungkan sandalnya lalu berjalan sedikit ke hadapan. Dia menjenguk ke arah luar pagar di hujung sana. Matanya dikecilkan sedikit bagi menjelaskan penglihatannya untuk jarak jauh. Dan matanya pun terarah pada sebuah kereta yang diparkir di hadapan pagar rumahnya.
Sedar akan itu, Jungkook langsung mengatur langkahnya menuju ke pagar rumahnya. Sepertinya memang ada orang yang mengunjungi rumahnya malam-malam begini.
"Oh,hey. Wife kau ada?" soal Si Han bersahaja dengan senyuman sebaik saja dia mendapati figura Jungkook yang terpisah dek pagar dengannya.
"Ada rasa malu tak? Datang malam-malam macam ni nak jumpa wife orang macam tak ada apa. Pergi balik la" balas Jungkook dingin sambil merenung wajah selamba Si Han di hadapan.
Si Han langsung menayang ekspresi wajah yang kononnya kecewa. Dia mengeluh perlahan.
"Haih. Penat-penat aku cari rumah ni nak jumpa wife kesayangan kau, takkan nak suruh aku balik macam tu je?" ujar Si Han tenang dengan kening yang diangkat sebelah.
Jungkook langsung merengus perlahan.
"Tak, kau asal nak jumpa wife aku? Kawan buat cara kawan lah" tukas Jungkook penuh penekanan. Matanya kekal merenung wajah lelaki di hadapan itu.
Si Han tersenyum kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan.
"Ye, kawan. Aku nak jumpa kawan aku la sekarang. Apa yang masalah sangat?" respon Si Han bersahaja dengan kening yang dijongket.
"Eh, sial. Sebodoh mana lagi kau boleh pergi? 'Kawan' kau tu bini aku. Tak masalah apa bendanya kalau kau nak jumpa bini aku malam-malam macam ni, bodoh?" soal Jungkook kesal yang sudah mulai terpancing emosi dengan figura di hadapannya itu. Mujur saja mereka terpisah oleh pagar. Silap-silap sudah kena hempuk si Yoo Si Han itu.
Si Han langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum dek mendengar respon separa emosi Jungkook itu. Dia menganggukkan kepalanya.
"Ye, baiklah,encik bijaksana. Maaf lah tapi aku bukan apa lah. Aku just tak boleh duduk diam la kalau tak tengok bini kau sehari. Rasa macam...rindu sangat" jelas Si Han santai lalu mengukir senyuman sumbing.
"Mwo?" balas Jungkook kesal dengan dahi yang berkerut bengang. Lalu, dia langsung membuka pagar kecil di sebelah pagar utama rumahnya itu. Kemudian, dia melangkah menghampiri lelaki itu.
Si Han langsung tersenyum kecil tika melihat Jungkook yang tampak terkesan dengan kata-katanya itu. Dia menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar, santai.
"Ye, aku rasa aku tak boleh renggang lah dengan bini kau. Sampaikan aku kena cari macam-macam cara untuk jumpa dia. Macam sekarang ni. Nasib lah aku selalu senang sangat nak jumpa dia" tutur Si Han selamba dengan senyuman lebar. Sengaja mahu memancing lagi emosi seorang Jeon Jungkook.
"Kau ni stalker bini aku ke apa, sial?" bentak Jungkook bengang sambil merenung raut santai di wajah Si Han.
"Eoh. Eoh, boleh dikatakan macam tu? Since aku memang tak boleh jauh dari dia. Aku rasa nak dekat je selalu dengan dia. Kalau boleh memang aku tak nak lepas dia" jawab Si Han bersahaja lalu mengukir senyuman senget.
"Yah" respon Jungkook drastik dengan bengangnya seraya mencengkam kasar kolar baju milik Yoo Si Han. Terdorong sedikit lelaki itu dibuatnya. Sepasang matanya tajam menikam wajah santai lelaki itu.
Si Han tersenyum senget. Dia mengerling sinis tangan kanan Jungkook yang mencengkam kolar baju sweater-nya itu. Makin membuak-buak lah dia rasa untuk membuat lelaki itu bengang.
"Ah, satu lagi. Aku obses sangat dengan bini kau. Terlalu obses. Aku just takut aku terbuat 'mistake' dekat dia--"
Buk!
Buku lima yang sudah digempal erat lama itu akhirnya hinggap juga di wajah santai Yoo Si Han itu. Tumbukan yang benar-benar diisi emosi dari seorang Jeon Jungkook itu cukup membuatkan Si Han itu jatuh terjelopok ke atas jalan.
"Fck off lah,sial!" laung Jungkook penuh emosi dengan mata yang mencerlung tajam ke arah lelaki itu. Api kemarahannya betul-betul memuncak naik dek bicara lancang Si Han itu. Tangannya menggigil dek berang.
"Sayang, awak buat apa ni?!"
Suara lantang Eunha yang mencelah di kala situasi tegang itu langsung membuatkan Jungkook menoleh. Dia melihat Eunha yang sedang berlari anak menghampiri pagar kecil.
Eunha langsung melangkah keluar dari pagar kecil itu dengan cemasnya. Dia menolak tubuh Jungkook ke tepi untuk memudahkan dirinya menghampiri Si Han yang terjelopok itu.
Namun pantas saja Jungkook menarik lengan isterinya itu, menghalang wanita itu dari pergi.
"Jeon Eunha, tak payah"
Tidak menghiraukan kata Jungkook, Eunha merentap lengannya dari pegangan sang suami. Lalu, dia lantas menghampiri Si Han dan mencangkung di hadapan lelaki itu yang sedang mengesat darah di bibir.
"Gwenchanayo?" soal Eunha bimbang sambil menilik cemas wajah Si Han.
Si Han sekadar mengangguk. Dia menyentuh perlahan hujung bibirnya yang luka dan terasa perit.
"Mianhae. Apa yang jadi?" soal Eunha lagi dengan raut risau. Bola matanya bergerak-gerak meneliti wajah Si Han.
"Tak,aku datang ni cuma nak mintak maaf dekat kau and husband kau pasal dekat mall tadi, tapi dia tiba-tiba je tumbuk aku" jelas Si Han dengan ekspresi redup. Dia menyentuh hujung bibirnya dengan dahi yang berkerut-kerut, kononnya menahan sakit yang teramat.
Mendengarkan penjelasan dusta Si Han itu, tentunya bertambah sebal lah Jeon Jungkook di belakang. Matanya tajam menikam Si Han.
"Eh sial, kau tu yang--"
"Awak serius dah melampau,Jungkook!" laung Eunha lantang sebaik saja menoleh memandang suaminya di belakang. Dia berdiri lalu menghampiri Jungkook.
"Mworago?" balas Jungkook langsung dengan kesalnya. Bola matanya beralih memandang tajam wajah Eunha di hadapan.
Si Han yang mendengarkan itu langsung menyembunyikan senyuman kemenangannya. Dia mengemam bibirnya. Kemudian, perlahan dia berdiri dan menghampiri Eunha.
"Cemburu buta!" tambah Eunha lagi dengan kesalnya. Renungannya juga tak kalah tajamnya seperti Jungkook.
"Yah, Jeon Eunha" panggil Jungkook senada namun tegas dek bicara lancang Eunha itu. Matanya tajam menikam wajah wanita itu.
"Kawal lah sikit emosi awak tu! Jangan rasa semua benda awak boleh settle dengan pukul orang lah! Cuba kawal panas baran awak tu!" hambur Eunha lantang dengan penuh kesalnya.
Mendengarkan hamburan lancang Eunha itu, cukup untuk membuatkan Jungkook bertambah terpancing emosi. Lidahnya menekan-nekan pipi dalamnya sambil menatap tajam wajah kesal sang isteri di hadapan. Bibirnya diketap kuat lalu langsung menarik lengan wanita itu.
Diheret tubuh kecil Eunha itu masuk ke dalam kawasan rumah. Pintu pagar kecil itu ditutup kasar. Lalu, ditarik wanita itu dengan tangan yang menggenggam kuat pergelangan tangan kecilnya hingga ke pintu rumah. Langsung tidak diendahkan Eunha yang tergopoh-gapah mengatur langkah itu. Kali ini emosinya benar-benar membuak.
Pintu rumah dibuka lalu ditarik Eunha masuk ke dalam. Kemudian, dilepaskan kasar genggaman tangannya pada pergelangan tangan wanita itu. Badan dipusing menghadap Eunha di belakang.
"Dare to say it again?" soal Jungkook dingin sambil menatap tajam wajah Eunha di hadapan.
Eunha yang sedang menilik sekilas pergelangan tangannya yang agak kemerah-merahan itu langsung mengangkat kepalanya apabila mendengar soalan Jungkook itu.
"Apa? Memang betul kan awak melampau?" balas Eunha tanpa nada sambil merenung wajah tegang Jungkook.
"YE,PERCAYA LA BULAT-BULAT JANTAN TU! DIA YANG JAGA AWAK SELAMA NI KAN? BAGI MAKAN, MINUM AWAK SEMUA, KAN?!" balas Jungkook drastik dengan lantangnya. Api kemarahannya memang sudah memuncak naik sepenuhnya. Kesabarannya sudah tiada untuk disalurkan.
"APA BENDA YANG DIA BUAT, APA BENDA YANG DIA CAKAP, SEMUA AWAK PERCAYA! TAPI, DEKAT SUAMI AWAK NI AWAK ADA PERCAYA TAK?! AWAK ADA PERCAYA BERSUNGGUH MACAM TU TAK? TAK. YANG AWAK TAHU, SAYA CUMA KECEWAKAN AWAK! SAYA CUMA HANCURKAN HATI AWAK!"
"TAPI, BILA DENGAN JANTAN TU, SENANG-SENANG AWAK PERCAYA KAN? "
"JANTAN MACAM TU MEMANG BOLEH ROSAKKAN AWAK JE LAH, JEON EUNHA! JANGAN JADI BODOH SEBAB ORANG YANG AWAK BARU JUMPA! APA YANG BAGUS SANGAT JANTAN TU?!"
Hambur Jungkook penuh kesal dan emosi. Nafasnya turun naik dek berang. Matanya tajam menikam wajah Eunha di hadapan.
Eunha hanya diam menatap wajah berang Jungkook di hadapan. Dia hanya statik berdiri di situ. Tampak seperti tidak terkesan dengan hamburan suaminya itu. Mungkin suatu ketika dulu dia akan tersentak dan tersentuh bila lelaki itu meninggikan suara. Namun, berbeza sekarang.
Jungkook mengatur nafasnya yang dikuasai amarah itu. Dia cuba bertenang kembali. Wajahnya diraup sekilas. Lalu, wajah datar Eunha ditenung semula.
"Ini bukan pasal cemburu ke apa,Jeon Eunha. Tapi, pasal saya tak nak awak sakit nanti sebab percayakan sangat jantan tu" tutur Jungkook dengan nada yang dikawal kembali.
"Saya dah sakit dah pun. Sebab percayakan awak" balas Eunha senada sambil merenung wajah suaminya itu.
"Lepas tu awak nak cari sakit lagi? Dengan percayakan orang baru?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
"Suami awak sendiri pun awak susah nak percaya, then macam mana awak boleh dengan senangnya percayakan orang yang cuma status 'kawan' je dengan awak?" ujar Jungkook kesal.
"Sebab suami saya dah kecewakan saya dengan kepercayaan yang saya letak dekat dia sebelum ni, jadi saya rasa saya kena ubah kepercayaan tu untuk saya letak dekat orang yang lebih layak dan takkan kecewakan saya" jawab Eunha mendatar penuh penekanan.
"Orang yang lebih layak? Siapa lagi yang lebih layak awak letak kepercayaan dari suami awak sendiri?" soal Jungkook sambil merenung tepat ke wajah Eunha.
"Si Han" jawab Eunha ringkas.
Jungkook langsung terkedu seketika dek jawapan tidak teragak-agak dari Eunha itu. Kemudian, dia mengetap bibirnya singkat. Tangannya menggempal penumbuk seeratnya.
"Oh. Dia layak dari saya? Then, pergi la kahwin dengan dia. Buat dia jadi suami awak" tutur Jungkook kesal dengan dinginnya. Matanya mencerlung tajam wajah datar Eunha.
"Lepas tu, ceraikan la saya" balas Eunha senada. Ditatap tepat ke wajah Jungkook.
Jungkook langsung merengus perlahan.
"Awak memang rasa semua benda ni ringan kan?" soal Jungkook sambil menatap tajam wajah Eunha.
"Hanya sebab ego awak, angkuh awak, sombong awak sekarang ni, hubungan kita boleh berakhir hanya sebab benda ni je,tahu tak?" sambung Jungkook kesal.
"Dah awak asyik pertikaikan saya, semua benda yang saya buat awak pertikaikan, tak cukup jelas lagi ke yang awak memang tak pernah berpuas hati dengan saya sekarang? Kita dah tak sehaluan sekarang. Jadi, buat apa nak kekalkan lagi semua ni kalau yang ada dalam diri kita cuma nak saling pertikaikan satu sama lain?" balas Eunha kesal, turut menatap tepat ke wajah Jungkook.
Jungkook langsung mengeluh perlahan. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang.
"Saya takkan pertikaikan apa yang awak buat kalau semua tu betul. Saya pertikaikan hubungan 'baik' awak dengan jantan tu sebab saya tahu apa yang tak kena. Jantan tu bukan macam yang awak fikir. Dan, hari ni saya dapat tengok true colour dia. Dia cuma akan rosakkan awak je, Eunha" jelas Jungkook.
"Apa bukti awak yang dia cuma akan rosakkan saya? Awak tu yang terlalu bencikan dia sampai awak perlu cakap macam ni dekat saya. Sebab tu dekat mata awak semuanya jahat kalau pasal dia" tukas Eunha senada.
Jungkook merengus geram. Bibirnya diketap singkat.
"Saya dah penat la dengan semua ni, Eunha. Tolong la. Sampai bila awak nak sebelahkan jantan tu? Apa besar sangat ke pengorbanan dia untuk awak? Saya ni siapa bagi awak? Bukan siapa-siapa ke?" bentak Jungkook kecewa sambil merenung wajah Eunha.
"Sebab tu lah kalau awak pun rasa kecewa dengan saya, ceraikan je lah saya! Awak pun boleh pergi la dengan perempuan tu!" hambur Eunha langsung dengan sebalnya. Ditumbuk berkali-kali dada bidang Jungkook dengan kesalnya.
Mendengarkan hamburan Eunha itu sedikit sebanyak memancing emosi seorang Jeon Jungkook. Tangan kanannya yang berada di sisi menggigil hebat, sedang cuba bersabar sehabis mungkin untuk tidak mendaratkan tangannya itu pada wanita itu. Betapa sedang bersabarnya dia dengan mulut lancang isterinya itu.
Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya. Bibirnya diketap, matanya dipejam rapat. Tangan Eunha yang sedang memukul-mukul dada bidangnya itu disambar, menghentikan kegiatan wanita itu. Lalu, matanya dicelikkan kembali.
"Kalau saya dah kecewakan awak sekalipun, saya still suami awak, Jeon Eunha. Tak perlu sampai tinggikan suara. Jaga mulut awak bila bercakap. Dah hilang rasa hormat awak dekat suami sendiri?" tutur Jungkook tegas sambil merenung tajam wajah Eunha di depan. Tangannya yang menggenggam pergelangan tangan wanita itu dilepaskan kasar. Terdorong ke belakang sedikit tubuh Eunha.
Eunha tergamam.
"Makin lama, makin kurang ajar perangai awak dengan saya. Semua just sebab jantan tu. Mana rasa hormat awak dekat suami awak? Mana?" tambah Jungkook penuh penekanan. Ditenung penuh tegas isterinya itu.
Eunha diam. Dia hanya mampu menilik wajah tegang lelaki itu di hadapan.
Jungkook menghela nafasnya perlahan.
"Kalau macam ni punya terdesak awak nak saya ceraikan awak sebab jantan tu, awak betul-betul tak tahu nak hargai orang yang selama ni ada untuk awak selalu, Eunha"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»114
•
•
•
8.00 pagi.
Beep beep beep!
Bunyi penggera dari telefon pintar milik Eunha bergema kuat di dalam bilik tetamu itu. Sang pemilik telefon yang sedang nyenyak dibuai mimpi itu semestinya terganggu dek bunyi deringan kuat itu. Tangannya bergerak meraba-raba meja lampu tidur di sebelah, mencari objek itu.
Dapat saja telefon pintarnya itu, dia langsung mencelikkan sedikit matanya bagi mematikan bunyi penggera itu. Sebaik saja mematikannya, matanya tertarik pada mesej yang terpapar di skrin telefonnya itu.
You have messages from Sayang💙
»Saya pergi Ilsan.
»Outstation.
7.07 am
"Apa-apa je lah" gumam Eunha tanpa nada sebaik saja membaca mesej dari Jungkook itu. Lalu, telefonnya itu diletak di sisinya. Kemudian, dia menarik selimut hingga menutupi wajahnya. Mata dipejam rapat.
Namun, tak lama setelah itu, dia menurunkan kembali selimut tebal itu dari wajahnya. Matanya dicelik kembali. Dia menoleh melihat telefon pintarnya di sisi.
"Berapa hari?" monolognya sambil menatap lama telefon pintarnya itu. Berkira-kira mahu mencapai objek itu atau tidak. Atau lebih tepatnya, berkira-kira mahu menanyakan soalan itu kepada suaminya itu atau tidak.
Lama dia merenung telefon pintarnya itu. Mungkin boleh tembus kalau dia terus-menerus merenung objek itu.
"Ah, molla" omel Eunha drastik lalu langsung menukar posisi baring mengiringnya itu kepada sediakala. Selimut kembali ditarik menutupi wajahnya.
Ya. Dia menguburkan niatnya untuk membalas mesej sejam yang lalu dari seorang Jeon Jungkook itu.
Dah makan ke belum?
Pergi dengan siapa?
Berapa hari dekat sana?
Balik bila?
Meskipun bermacam soalan dia mahu menyoal kepada lelaki itu, tetapi tetap juga dikuburkan.
Semua itu hanya disebabkan apa?
Benar. Ego.
IYA CHAP YINI PENDEK DARI SELALU YE
AKU BUKAN APA, AKU TANAK ANDA SETEGHEIH BANYAK SANGAT KALAU AKU PNJGKAN LAGI HUEHUEHUE
BTW, NAK DABEL APDET TAK?
MAKE SURE VOTE DULU YE
JAPGI AKU APDET NEXT CHAP YE
AROUND 12 MLM YE. HALAL LAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro