Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷113


HAH VOTE DULU
















Eunha memandang kosong kereta sedan Jungkook yang meluncur laju meninggalkan kawasan lot parkir.

"Terus balik"

Terngiang-ngiang suara dingin Jungkook memesan kepadanya sebelum dia keluar dari perut kereta lelaki itu tadi. Eunha merengus perlahan sebelum mengatur langkahnya ke arah lot keretanya diparkir. Tali beg sandangnya yang sedikit meleret itu diangkat ke atas bahu kembali. Tangan kiri setia menjinjing beberapa beg plastik.

"Eunha"

Eunha yang sedang melangkah rapi itu langsung terhenti apabila mendengar namanya diseru. Dia pun menoleh ke belakang, melihat gerangan yang memanggilnya.

"Eoh? Eoh, puan" respon Eunha langsung agak tidak menyangka sebaik saja melihat figura ibu mentuanya yang sepertinya baru keluar dari kereta itu.

Ya, gerangan itu merupakan Choi Im Hwa.

Puan Choi hanya menarik senyuman sikit. Dia menapak menghampiri Eunha sambil memasukkan kunci keretanya ke dalam beg tangan. Setelah itu, dia berdiri di hadapan menantunya itu.

"Dah nak balik ke?" soal puan Choi berbasa-basi, memulakan bicara.

"Eoh" balas Eunha ringkas setelah mengangguk. Dia mengukir senyuman lebar.

Puan Choi mengangguk kecil, mengerti.

"Puan baru nak masuk beli eh?" soal Eunha pula, turut berbasa-basi.

Puan Choi pun menganggukkan kepalanya. Dia memandang lama wajah Eunha seolah ada sesuatu yang hendak diungkapnya.

Eunha yang terasa sedikit kejanggalan di situ langsung menarik senyuman singkat. Lehernya digaru perlahan.

"Ah, tak apa lah macam tu. Saya pergi dulu" pamit Eunha langsung dengan senyuman. Maklumlah, dia sudah buntu untuk berbicara apa dan dia sangat benci kejanggalan yang berlaku. Selalunya tak begitu pun.

Eunha membongkokkan sedikit tubuhnya memberi hormat sebelum langsung memusingkan badannya untuk beredar. Baru saja kakinya berura untuk melangkah,

"Kejap, Eunha" ujar puan Choi langsung.

"Hm?" balas Eunha penasaran sebaik saja menoleh. Wajah puan Choi dipandang.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Dekat cafe tu boleh?"




【 BBP S2:TRUST】
»113



    

"So, puan nak cakap apa?" soal Eunha penasaran sambil memandang wajah puan Choi di hadapan.

"Ah, Hae Jung bagitahu aku. Pasal situation kau dengan Jungkook sekarang" jelas puan Choi senada.

"Eoh?" balas Eunha agak terkesima dengan tuturan wanita itu.

"Dah okey ke semua sekarang?" soal puan Choi penasaran, atau tepatnya, bimbang. Namun nadanya tetap saja mendatar.

"Eoh...not really?" jawab Eunha teragak-agak sebelum mengulum senyuman nipis.

"Kenapa? Benda apa yang jadi punca mula-mula benda ni jadi?" soal puan Choi penasaran.

Eunha perlahan mengeluh kecil. Dia menunduk memandang air jus epal di dalam gelas kaca di hadapannya.

"Entah la, puan. Banyak benda yang jadi" jawab Eunha kesal seraya mengacau perlahan minuman miliknya itu menggunakan penyedut minuman.

Puan Choi memandang wajah Eunha yang tampak celaru itu.

"Masalah tu. Puncanya dari siapa? Punca dari awal-awal lagi" tanya puan Choi lagi, benar-benar penasaran. Walaupun ada sedikit rasa tak layak jauh di sudut hatinya. Untuk orang yang pernah mengganggu hidup pasangan itu, mengapalah dia boleh bersikap begini sekarang?

"Ada satu model perempuan" ujar Eunha senada sambil tangan kanannya setia mengacau perlahan jus buah itu.

Puan Choi mengangkat sebelah keningnya tatkala mendengar ujaran Eunha itu.

Eunha berhenti dari mengacau minuman itu. Dia memandang puan Choi di hadapan.

"Dia berurusan dengan company Jungkook" sambung Eunha.

Berkerut langsung dahi seorang Choi Im Hwa. Dah kenapa pula ada model bekerja dengan syarikat anaknya itu? Setahunya syarikat yang diusahakan Jungkook itu tidak memerlukan sebarang bantuan dari model atau apa.

"Motif?" soal puan Choi hairan.

"Entah. Saya tak sure sangat. Tapi, kalau macam yang saya faham, model tu macam medium untuk naikkan sale bagi satu company clothing yang ada kerjasama dengan company Jungkook rasanya? Eoh, macam tu la rasanya" jelas Eunha tidak terlalu petah lalu menggaru perlahan pipinya. Dia pun sudah lupa bagaimana penjelasan Jungkook hari itu.

"Kenapa company clothing tu tak buat sendiri je semua tu? Macam, guna model apa semua? Maksud aku,tu memang produk diorang kan? Kenapa company lain pula nak kena promote produk diorang?" soal puan Choi pelik dengan kening yang dijongket sebelah.

"Eoh, umm, kejap...Ada satu term tu. Ada satu term tu dia ada bagitahu..." respon Eunha agak buntu sambil cuba memproses otaknya untuk menjawab soalan ibu mentuanya itu dengan lebih jelas. Dia memejamkan matanya seketika untuk mengingati satu istilah.

Puan Choi menjongket sebelah kening sambil melihat Eunha yang bersungguh di hadapan. Makin penasaranlah dia bila melihat wanita itu sebegitu terdesak.

Eunha mencelikkan matanya kembali. Dia memandang puan Choi dengan dahi yang sedikit berkerut. Masih tidak dapat mengingati istilah itu. Jadi, dia memutuskan untuk menerangkan saja. Manalah tahu puan Choi mengerti.

"Something like company clothing tu kasi clothing dia dekat company Jungkook untuk jual clothing tu. Lepas tu, sebagai balasan, company tu macam...sponsor--"

"Ah, so it's a sponsorship agreement?" tebak puan Choi langsung setelah mengerti serba sedikit dari penjelasan Eunha yang agak terkial-kial itu.

"Ah, majayo. Sponsorship" balas Eunha agak gembira sebaik saja istilah itu akhirnya dapat disebut juga. Puas dia memerah otak.

Choi Im Hwa mengangguk perlahan.

"So, terbalik la. Company tu yang sponsor dekat company Jungkook, then sebagai balasan, Jungkook yang kena jual clothing company tu" tutur puan Choi, membetulkan penjelasan Eunha tadi.

"Oh, ha ye. Macam tu lah" jawab Eunha sebelum tersengih kecil. Dia menggaru perlahan pipinya. Maklumlah, lama sangat tinggal bidang pemasaran ini.

"Lepas tu, kenapa sampai kena promote dengan model bagai? Bukan ke lagi banyak kos kena guna?" soal puan Choi hairan.

"Eoh, itu sebab sale clothing diorang yang ada dekat mall Jungkook tu drop banyak. So, company tu complain and suruh Jungkook guna model untuk naikkan balik sale clothing diorang tu ha" jelas Eunha lancar.

"Then,kalau Jungkook tak setuju nak buat macam tu...ah,diorang akan tarik balik sponsor untuk mall Jungkook tu. Ha, macam tu" tambah Eunha sebelum mengangguk perlahan. Dia betul-betul menjelaskan mengikut bagaimana yang dia faham saja. Walaupun agak terkial-kial untuk menerangkan.

"Sampai macam tu sekali?" balas puan Choi dalam ketidakpercayaan. Keningnya dijongket sebelah.

Eunha mengangguk.

"Eoh. Sebab tu, nak tak nak Jungkook kena setuju and ikut je cara diorang tu. Which is ambil model tu and promote clothing company tu" jawab Eunha sebelum mengemam bibirnya singkat.

Puan Choi mengangguk-angguk perlahan, mengerti. Sepertinya penajaan itu penting buat syarikat Jungkook.

"Know what, puan? Model tu is freakin sick" adu Eunha jengkel sebelum merengus perlahan.

Puan Choi langsung mengangkat sebelah keningnya dek aduan Eunha itu.

Eunha mengeluh kesal.

"Tak ada la. Saya tahu la anak lelaki puan tu handsome, tapi tak payah la terhegeh-hegeh sampai macam tu. Bukannya dia tak tahu Jungkook tu dah ada wife. Pantang nampak berpangkat, ada rupa sikit, terus jadi desperate macam tu" hambur Eunha kesal sebelum menggulingkan bola matanya ke atas.

"How's the model? Cantik?" soal puan Choi senada. Keningnya dijongket.

"Well, not for perangai. Dia jenis perangai yang terkinja-kinja macam tu?" jawab Eunha bersahaja.

"Lepas tu apa yang kau nak risaukan sangat? Aku tak rasa Jungkook boleh tertarik dengan perempuan macam tu" tukas puan Choi senada.

"He already did" jawab Eunha langsung.

"Really?" respon puan Choi agak terkejut. Matanya tertumpu fokus pada wajah kesal menantunya itu.

Eunha mengeluh perlahan.

"Almost all the time perempuan tu datang company and office Jungkook. Then,dia pun mula la kerja menggoda dia tu" tutur Eunha mendatar.

"Jenis sampah" getus hati seorang Choi Im Hwa spontan. Raut wajahnya tetap saja sama. Mendatar. Seolah tidak kisah.

"Entah la, puan. Saya cuma benci the fact yang perempuan tu akan terus ada dekat company Jungkook and Jungkook yang tak boleh buat apa-apa for the sake of his company and just biarkan perempuan tu dekat situ" ujar Eunha kesal sebelum menyedut jus epal miliknya yang belum lagi diusik itu.




【 BBP S2:TRUST】
»113



    


"Pergi mandi dulu tau? Lepas tu, baru boleh tengok tv ke makan ke. Okey?" pesan Eunha sambil memandang Jungwon di sebelah. Eunha baru saja mengambil anaknya itu dari rumah tuan Jung dan mereka baru saja tiba di rumah.

"Eung,okey!" balas Jungwon akur setelah mengangguk laju. Seraya itu, dia langsung berlari anak ke bilik tidurnya.

Eunha hanya tersenyum kecil melihat anak kecil itu. Dia kemudiannya mengatur langkahnya menghampiri bilik tidurnya dan Jungkook. Dari luar, dapat dia dengari bunyi papan kekunci komputer ditekan-tekan, juga bunyi kertas yang diselak. Pastinya lelaki itu sedang sibuk dengan kerjanya. Baguslah. Dia pun malas mahu membahas apa-apa dengan suaminya itu.

Kaki dilangkah masuk ke dalam bilik dan langsung menuju ke meja solek. Beg sandangnya yang digalas itu dilepaskan lalu diletakkan ke atas meja solek. Kot labuh yang tersarung di luar blausnya itu ditanggalkan.

"Stop kawan dengan lelaki tu"

Suara datar Jungkook bergema di dalam bilik luas yang tiba-tiba lengang tanpa bunyi papan kekunci komputer diketik dan kertas yang diselak.

Eunha yang sedang menanggalkan anting-anting ringkas di telinganya itu langsung terhenti seketika saat mendengar suara lelaki itu. Dia kemudiannya mengeluh kecil sebelum kembali menanggalkan anting-anting tersebut.

Jungkook menoleh ke arah Eunha yang berada di hadapan meja solek itu apabila dia tidak mendapat sebarang respon dari wanita itu. Yang ada cuma Eunha yang tampak biasa membelakanginya tanpa ura-ura untuk merespon. Sah, wanita itu sengaja mengabaikan tuturannya.

"Jeon Eunha" panggilnya tegas.

"Awak sendiri yang kasi saya kawan dengan dia dulu" balas Eunha senada sambil menunduk, menanggalkan jam tangan di pergelangan tangannya.

"Mwo?" respon Jungkook dingin. Dia masih memandang figura Eunha yang membelakanginya itu.

"Sekarang, awak jugak yang nak saya stop?" sambung Eunha sebelum memusingkan tubuhnya, memandang sang suami di meja kerja di penjuru bilik. Keningnya dijongket sebelah.

"Kalau macam ni, at the first place lagi lah awak tak payah kasi saya berkawan dengan dia" tutur Eunha tanpa nada sambil menatap kosong wajah dingin Jungkook.

"Kalau saya tak bagi dulu, awak akan terus stop and akur ke?" bidas Jungkook ringkas sambil merenung wajah datar Eunha itu.

Eunha terdiam seketika.

"Awak lebih tahu yang tu, Eunha" sambung Jungkook mendatar.

"Stop la berkawan dengan dia. Tak ada apa faedah pun kawan dengan orang macam tu" tambah Jungkook kesal.

"'Orang macam tu'? Orang macam mana? Awak cakap macam awak kenal sangat dia kan?" balas Eunha agak membentak. Keningnya dijongket protes.

"Jadi, awak lagi kenal dia ke?" soal Jungkook kembali. Senada.

"Kalau saya tak kenal dia sangat pun, there's no need to judge people macam tu. Just because awak tak suka dia sebab dia dekat dengan saya,you don't need to do so" tukas Eunha sambil merenung ke wajah Jungkook.

Jungkook tersenyum singkat.

"Bersungguh back up orang yang baru awak kenal kan, Eunha? Bersungguh back up orang yang PERNAH buat awak rasa tak selesa dulu,ganggu awak dulu" ujar Jungkook kesal terselit sindiran.

"Banyak kali dah saya cakap, Jeon Eunha. Jangan cepat sangat percaya orang. Jangan cepat sangat bagi peluang dekat orang" tambah Jungkook penuh penekanan.

Eunha hanya diam tidak merespon. Dia melarikan bola matanya ke arah lain sekilas.

Jungkook menghela nafasnya perlahan.

"Dah la. Saya tak tahu la apa yang lelaki tu cakap dekat awak sampai macam ni punya bersungguh awak tak nak stop berkawan dengan dia. Entah dia betul-betul ada niat baik ke tak dengan awak,awak sendiri pun tak tahu. And,you're just trust him easily as that" tutur Jungkook kesal.

"And, awak pulak macam mana? Bersungguh cakap dia macam-macam. Awak tahu sangat ke niat dia macam mana?" tukas Eunha membentak dengan kening yang dijongket.

"Tak, can you just–aish" rengus Jungkook langsung dek mulai sebal dengan Eunha yang tak habis membangkang. Dia meraup rambutnya kesal. Lalu, satu keluhan dilepaskan. Wajah datar Eunha kembali dipandang.

"Look, Jeon Eunha. Awak boleh fikir panjang-panjang tak? Apa yang awak percayakan sangat orang macam tu? Kalau betul dia rasa bersalah lepas apa yang dia buat dekat awak dulu, dia takkan semudah ni la terus nak berkawan dengan awak. At least dia akan ada rasa malu. Sebagai orang yang pernah buat awak tak selesa dulu. Even for the second time dia jumpa awak lepas 4 tahun tu pun dia ada buat awak menggigil sebab traumatized. Then, drastically, sehari lepas tu dia minta maaf and ajak awak berkawan? As easy as that? Are you sure you can trust a human like this?" tutur Jungkook panjang lebar dengan hujah fakta, berharap dapat mencelik mata isterinya itu.

Eunha langsung mengeluh panjang.

"Awak memang betul-betul nak saya berhenti berkawan dengan dia kan?" soal Eunha berbaur sebal. Ditenung wajah Jungkook di hujung sana.

"I can't" sambung Eunha senada.

"Jeon Eunha" panggil Jungkook langsung dengan protes.

"Awak cakap dulu tak nak terlalu control hidup saya kan? Takkan saya nak berkawan pun awak nak larang? Just because dia lelaki? You're being too possessive. Really" ujar Eunha kesal lalu merengus perlahan.

Mendengar tuturan Eunha itu, Jungkook langsung mengeluh panjang. Wajahnya diraup sekilas.

"Sayang, saya mungkin boleh biar awak berkawan dengan dia kalau dia memang tak ada pernah buat awak rasa terganggu, tak selesa dulu. Tapi sebab dia pernah buat macam tu, nope. And, I'm not being possessive. I'm being protective about you" jelas Jungkook dengan nada yang lembut.

"So, please. Just stop berkawan dengan dia,Jeon Eunha" sambungnya, masih memujuk wanita itu.

Eunha mengeluh kecil.

"Okey. What if saya suruh awak stop berurusan dengan Kim Sae Yoon tu? Awak boleh buat ke?" soal Eunha tanpa nada. Keningnya diangkat sebelah.

"Mwo?" respon Jungkook langsung dek soalan cepumas Eunha itu. Dahinya sedikit berkerut.

"Awak tak boleh buat jugak kan? Then, let's just say that we're in the same situation" balas Eunha bersahaja.

Jungkook mengeluh perlahan.

"Kalau pasal Kim Sae Yoon tu, awak sendiri tahu, Eunha. Saya pun kalau boleh nak stop berurusan lah dengan dia. Tapi, sebab benda tu relate dengan kerja, saya nak boleh buat apa je?" jelas Jungkook.

Eunha mengangguk-angguk kepalanya perlahan.

"Ha,ye lah kan? Awak kan lebihkan sangat kerja tu dari family. Awak kan pentingkan sangat semua benda yang berkaitan kerja tu dari orang sekeliling awak" balas Eunha berbaur sarkastik.

"Lepas tu, awak fikir saya kerja ni sebab apa? Saja-saja? Untuk awak dengan Jungwon jugak" tukas Jungkook agak kesal yang tentunya terkesan dengan sindiran wanita itu.

Eunha langsung tersenyum singkat.

"Ah, lepas tu tu awak nak cakap yang saya dengan Jungwon la penyebab awak lebihkan kerja semua ni? Awak kena kerja teruk sebab kami berdua lah? Macam tu?" balas Eunha berunsur bentakan.

Jungkook langsung mengeluh berat dek tanggapan Eunha itu.

"Tak payah putar belit cerita la, Eunha. Tak ada siapa pun penyebab semua tu. Saya tahu tu semua tanggungjawab saya. And, saya tak pernah mengeluh pun kan pasal tu? Saya cuma nak awak tahu je. Bukannya untuk buat awak fikir macam tu" tukas Jungkook, menjelaskan tentang andaian Eunha itu.

Eunha mengangguk perlahan.

"Okey. Tapi, pasal Sae Yoon tu? Awak tak boleh jugak kan stop berurusan dengan dia? Hakikat ni dah tunjuk betapa awak lebih pentingkan kerja tu" tukas Eunha sambil menatap tepat ke wajah Jungkook.

"Sorry. Kalau awak tak boleh stop berurusan dengan dia, saya pun tak boleh stop 'berurusan' dengan Si Han" sambung Eunha senada namun penuh angkuh sebelum menghayun langkahnya keluar dari bilik itu.

Jungkook langsung menghela nafasnya panjang dek sikap Eunha yang kian angkuh itu. Badannya disandarkan pada bangku. Mata dipejam rapat.

"Dulu awak tak macam ni, sayang"




【 BBP S2:TRUST】
»113



    



"Daddy"

Jungkook yang sedang menyembamkan wajahnya ke atas meja itu langsung mengangkat kepalanya apabila mendengar suara kecil Jungwon. Raut wajahnya yang celaru itu pantas disembunyikan dengan segaris senyuman buat si kecil di sebelah.

"Hm?" sahut Jungkook lembut sambil menatap fokus wajah anak lelakinya itu.

"Daddy sibuk dengan kerja ke?" soal Jungwon polos sambil memandang wajah ayahnya itu.

Jungkook langsung mengangkat keningnya tika mendengar soalan polos anaknya itu.

"Tak lah. Kan daddy dah tutup komputer ni ha" balas Jungkook mesra lalu mengukir senyuman buat Jungwon yang berdiri di sampingnya itu. Ditunjuk sekilas komputer ribanya di haapan yang sudah dimatikan itu.

Namun,jawapan Jungkook itu tidak berjaya pun meyakinkan Jungwon. Dia mencebikkan bibirnya sedikit.

"Kenapa,sayang?" soal Jungkook penasaran dan hairan dek soalan mengejut dari si kecil itu tadi.

Jungwon menunduk,memandang lantai. Bibirnya masih dicebikkan.

"Sebenarnya….Won dengar mummy dengan daddy bergaduh pasal kerja tadi..." jelas Jungwon dengan nada yang agak lirih. Dia masih memandang lantai. Memang benar dia mendengar segalanya sewaktu dia mahu mengajak ibu dan ayahnya itu turun ke ruang tamu tadi. Namun,dia tidaklah mendengarnya dari mula. Cuma bermula daripada bahagian tika ibunya itu menyebut namanya saja.

Jungkook langsung tersentak dan terkedu tika mendengar hakikat itu. Dia memandang Jungwon yang masih menunduk itu.

Jungwon kemudiannya mengangkat kepalanya kembali. Dia memandang sang ayah yang sedang duduk itu dengan tatapan redup.

"Daddy..." lirihnya dengan mata yang bulat-bulat itu.

"Hm?" sahut Jungkook perlahan sambil menatap fokus raut muram di wajah Jungwon itu.

Jungwon kembali menundukkan kepalanya. Dia bermain jari-jemari kecilnya itu.

"Kalau daddy dengan mummy bergaduh pasal daddy yang sibuk dengan kerja,jadi

Won tak kisah kalau Won tak ada semua ni pun. Won tak kisah kalau Won tak ada rumah yang besar macam ni,selesa macam ni. Won tak kisah kalau Won kena duduk dalam rumah yang kecik. Won pun tak kisah kalau Won susah untuk dapat makanan macam sekarang. Tapi, Won cuma nak satu benda je,daddy. Won cuma nak mummy dengan daddy macam dulu balik. Won nak kita sama-sama gembira macam dulu balik" ujar Jungwon panjang lebar dengan bibir yang masih dimuncungkan sedikit.

Jungkook diam. Matanya khusyuk melihat Jungwon dan telinganya fokus mendengar setiap patah kata yang diungkapkan polos oleh si kecil itu. Petah saja anaknya itu menghambur walau ada terselit pelat. Pun begitu,hatinya tersentuh.

Jungwon mengangkat kepalanya,memandang wajah ayahnya itu kembali.

"Won tak suka tengok mummy menangis, Won pun tak suka tengok daddy sedih. Won nak mummy,daddy gembira,tersenyum macam dulu" sambung Jungwon perlahan sambil menatap redup wajah ayahnya itu.

Jungkook langsung mengulum senyuman nipis. Dia memusingkan sedikit tubuhnya menghadap Jungwon di samping lalu ditarik perlahan tangan Jungwon agar mendekatinya. Kemudian,bahu si kecil itu dipegang sambil mata mengamati wajah polos anaknya itu.

"Daddy dengan mummy ada masalah sikit,sayang" tutur Jungkook lembut seraya jemarinya naik merapikan perlahan rambut depan Jungwon. Bulat-bulat mata si kecil itu mengamati wajah ayahnya di depan.

"Tapi,daddy akan cuba yang terbaik untuk selesaikan masalah tu. Daddy akan cuba buat semuanya tersenyum balik" sambung Jungkook lagi dengan nada yang sama lalu mengukir senyuman kecil. Tangannya diturunkan dari rambut Jungwon lalu didaratkan pada bahu si kecil itu kembali. Ditenung tepat ke dalam mata coklat tua milik anaknya itu.


"Won cuma perlu ingat satu benda je, sayang. Apa pun jadi, daddy takkan lepaskan mummy. Kita akan satu keluarga sampai bila-bila,okey?" -Jeon Jungkook


AWHHHH MA HEARTEU

K

Halah aku tatahu nak bebel apa

SO TU JE LAH HA.

MINTA TULUNG VOTE YE MUAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro