
🔷112
AAAAAA MAAP KELEWATANNN
DAH, SILALAH BACA
VOTE DULU YE MUAH
"Dey,cerialah! Aigooo"
Suara seorang Choi Yuna dari hujung panggilan video bergema di ruangan dapur yang diduduki Eunha itu. Tak senang hati dia melihat ekspresi mendatar di wajah rakannya itu.
Eunha yang sedang menyuap longlai hidangan sarapannya itu sekadar fokus dengan hal yang mengganggu fikirannya itu. Si Yuju yang terpapar di skrin telefonnya menerusi panggilan video itu langsung tidak diendahkannya.
"Nanti kalau Jungwon tu tengok muka mummy dia sedihhh je gini,macam mana budak tu nak yakin dengan korang yang 'dah berbaik' tu"
Eunha perlahan mengeluh kecil tika mendengar tuturan rakannya itu. Ya, sejak 15 minit lepas, setelah dia pulang dari menghantar Jungwon ke tadika, dia telah menceritakan kesemuanya kepada Yuju menerusi panggilan video ini. Sambil menjamah sarapan.
"Entah la,Ju. Aku pun tak yakin sangat dengan keputusan aku yang ni" jawab Eunha celaru sambil menguis perlahan lebihan sayuran di atas pinggannya itu.
"Yakin je lah,Na~ Apa yang tak yakinnya? Buat decision nak stay dengan laki kau sendiri pun tak yakin ke?"
Eunha mengeluh panjang. Dia memandang wajah Yuju di skrin telefonnya yang disandarkan pada botol air mineral itu.
"Tak ada la...aku takut nanti kitorang bergaduh lagi. Lepas tu,Jungwon dengar lagi. Aku kalau boleh memang tak nak langsung dia tengok kitorang yang macam ni"
"Then,cubalah berbaik dengan laki kau tu,Na"
Eunha lagi-lagi mengeluh perlahan.
"Kitorang baru je berbaik dalam tiga hari lepas. Then,bergaduh pulak. Aku sampai dah penat dengan semua ni,Ju"
"Pasal laki kau tu. Kau yakin ke dia dengan perempuan tu ada affair?"
Eunha menghela nafasnya perlahan. Sudu besi yang berada di pegangannya itu diletakkan ke dalam pinggan. Wajah Yuju dipandang.
"Aku tak ada la yakin sepenuhnya. Tapi,apa yang jadi baru ni tu terlalu bagi kesan dekat aku. Aku rasa macam dimalukan dengan husband aku sendiri dekat bar tu. Aku rasa macam tak dihargai je. Dah la dia marah aku depan perempuan tu. Macam di-back up pulak perempuan gila tu. Memang bagi kesan sangat dekat aku,Ju"
"Tapi, kau tahu kau kena percaya dia kan,Na? "
Eunha mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Dia memandang tepat ke wajah Yuju di paparan skrin telefon itu.
"Ye. Aku nak percaya dia. Tapi, macam aku cakap tadi lah,Ju. Benda tu buat aku terkesan sangat. Even waktu tu dia tengah mabuk sekalipun, tapi dia tak pernah sampai macam tu sebelum ni. Aku...aku tak tahu la, Ju. The fact yang dia sekarang akan lebih banyak jumpa perempuan tu dekat office, buat aku...buat aku jadi fikir yang..."
"Yang dia dah berpaling dari kau? Sebab perempuan tu?"
Eunha mengetap bibirnya sebelum menganggukkan kepalanya perlahan, mengiyakan tebakan rakannya itu.
"Entah la, Na. Aku rasa buat masa ni kau tak payah fikir bukan-bukan lagi kot. Apa lagi buat assumption yang kau sendiri belum pasti, kan? Selagi kau tak tengok dengan mata kau, Na, kau tak boleh assume macam-macam. Takut situation jadi lagi teruk je"
"Tapi, aku tak boleh tolong diri aku untuk stop atau pun avoid fikir macam tu. Aku dah cuba tapi still, banyak benda yang ganggu fikiran aku. Benda ni tak senang untuk aku lah, Ju"
"Then,why not kalau kau pergi pastikan sendiri? Kau dah lama kan tak pergi office laki kau tu? So, kau cuba pergi hari ni. Maybe dengan cara ni kau boleh stop berperang dengan fikiran kau?"
Eunha membisu seketika. Dia berfikir sejenak, mempertimbangkan cadangan Yuju itu.
"Kau lebih kenal laki kau macam mana. So, kau kena lagi yakin dengan dia, Na"
Eunha mengangguk perlahan. Sedikit sebanyak dia menyetujui bicara Yuju.
Yakin.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»112
•
•
•
"Eo, eonnie. Tunggu siapa?" tegur seorang pekerja perempuan yang sedang melangkah dari kaki lima arah jabatan pemasaran, menghampiri Eunha.
Eunha yang sedang berdiri di hadapan meja penyambut tetamu di aras 6 itu langsung menoleh apabila mendengar sapaan itu. Dia langsung menarik senyuman lebar.
"Ah, Rahee ya. Tunggu Hyera ha. Ada nampak dia tak?" respon Eunha dengan kening yang dijongket sebelah seraya menurunkan lengannya yang disilang ke dada itu.
"Oh, Hyera. Dia ada dekat kafe lah, eonnie. Waktu lunch kan sekarang" jelas Rahee dengan senyuman seraya menghentikan langkahnya di sebelah Eunha.
"Ah, betul lah" balas Eunha langsung sebelum mengangguk. Dia mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya.
"Kenapa? Eonnie nak inform dia untuk jumpa tuan Jeon dekat office eh?" tebak Rahee dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha langsung mengangguk.
"Eoh. Mana lah tahu ada guest ke dalam office" ujar Eunha lalu mengukir senyuman singkat.
"Ah, tak adanya lah. Sekarang ni kan lunch hour. So, possibility nak ada guest tu kecik je, eonnie" tukas Rahee sebelum tersenyum.
"Ah, jjinja?" respon Eunha sebelum melirik sekilas ke arah ruangan pejabat Jungkook yang agak berjarak darinya itu.
"Eoh. Eonnie pergi je lah tengok dulu" jawab Rahee mesra.
Eunha perlahan mengangguk.
"Eoh, okey. Gumawo, Rahee ya" ucap Eunha dengan senyuman lebar.
"Eoh~" balas Rahee, membalas senyuman wanita itu.
Eunha kemudiannya langsung menghayun langkahnya menuju ke arah pejabat Jungkook. Setelah menghadam baik bicara positif Yuju, kini dia lebih yakin. Lebih yakin dalam tidak membuat andaian yang aneh-aneh selagi dia belum memastikan dengan mata kepalanya sendiri.
Eunha yang berura untuk mengetuk pintu kaca pejabat milik Jeon Jungkook itu langsung terbantut apabila sepasang matanya menyaksikan satu pemandangan yang tidak menyenangkan di dalam.
Terlihat jelas dari sudut tepi Jungkook yang sedang memagar seorang Kim Sae Yoon di rak fail menggunakan kedua-dua tangannya, dengan posisi perempuan itu yang bersandar pada rak itu pastinya. Jarak mereka berdua usah kata lagi, memang dekat. Dengan mata Jungkook yang fokus menatap wajah si Sae Yoon itu.
Eunha langsung memusingkan tubuhnya membelakangi pintu kaca itu. Kalau begitulah posisinya, dia mahu bersangka baik pun sudah sukar. Kalau begitulah posisinya, mustahil itu angkara si Kim Sae Yoon itu lagi.
"Aku tak assume bukan-bukan pun, Ju. It's happened now" monolog Eunha perlahan lalu menarik senyuman kelat. Dia kemudiannya mengemam bibirnya rapat. Remuk redam dalam kekecewaan hatinya tika itu.
Keputusan untuk pergi pastikan sendiri atau tak, tetap sama saja hasilnya. Kedua-duanya tidak pernah menyenangkan hatinya pun. Malah, lebih menyakitkan.
Eunha langsung menghela nafasnya yang agak tidak teratur itu perlahan sebelum lantas mengatur langkahnya beredar dari situ.
"Makin lama kau dekat sini, makin murah perangai kau,perempuan" hambur Jungkook sebal seraya menolak kasar tubuh Sae Yoon yang berhadapan dengannya dan bersandar pada rak fail itu.
Terdorong langsung tubuh Sae Yoon ke tepi, jauh dari rak fail itu. Dia kemudiannya tersenyum kecil.
"But, I love that position earlier. Dapat tengok muka you dekat-dekat is the most satisfying moment ever" tutur Sae Yoon mesra bersama senyuman lebar. Tak sia-sia dia menyelit di hadapan Jungkook yang mengabaikannya tadi dengan mencari fail di rak.
Yang sebenarnya, 10 minit lalu, si Kim Sae Yoon ini seperti rutin biasanya lah, menyemak di dalam pejabat lelaki yang terlalu dipujanya itu. Jungkook sudah pun menghalau perempuan itu tapi itu lah. Memang takkan pernah faham bahasa.
Malas mahu berurusan dengan manusia terkinja seperti itu, dia pun hanya fokus dengan kerjanya. Di saat dia pergi ke rak fail di tepi sofa untuk mengambil beberapa fail, tiba-tiba saja figura Kim Sae Yoon datang menyelit di hadapannya. Tak cukup dengan itu, ditarik lagi tali lehernya hingga membuatnya sedikit mendekat dengan perempuan itu. Tak mahu lebih dekat dengan wajah perempuan itu,dia terpaksa berpaut pada rak fail di belakang seraya menjauhkan wajahnya. Itu yang membuatnya seperti memagar sisi kepala Sae Yoon dengan lengannya, ala-ala seperti adegan klishe di dalam drama itu.
Walhal,itu semua cuma satu kemalangan dan kebetulan yang menjijikkan pernah terjadi buat Jeon Jungkook.
"Keluar. Kau memang tak pernah serik kena heret dengan security kan?" tutur Jungkook dingin seraya melangkah menghampiri meja kerjanya. Gagang telefon pejabat diangkat, ugutan untuk memanggil pasukan sekuriti di bawah. Dia menoleh memandang perempuan itu dengan kening yang dijongket sebelah.
Selama tiga hari lalu, memang sekuriti banyak buat kerja yang sama. Mengheret keluar seorang perempuan gila.
Sae Yoon langsung berdecit perlahan. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Ye ye, I datang sini nak sapa you kejap je. Untuk sempurnakan hari-hari I. So, I pergi dulu ye. Jalga~"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»112
•
•
•
"Lambat awak balik hari ni" tegur Eunha senada yang sedang duduk di atas katil sambil memerhati langkah Jungkook yang memasuki bilik itu.
"Hm, meeting habis lewat" jawab Jungkook mendatar seraya meletakkan beg kerjanya ke atas meja kerja. Tali leher dilonggarkan. Eunha di belakang tidak dipandang pun.
Keadaan mood-nya tak terlalu baik ketika ini. Ada masalah yang menyerabutkan fikirannya ketika hasil mesyuarat petang tadi. Jadi, dia cuba sehabis baik untuk mengawal emosinya dan tidak melepaskan kepada orang yang tidak bersalah.
"Ye? Bukan ada extra time dengan Kim Sae Yoon tu?" soal Eunha bersahaja, berbaur sarkastik sambil memandang figura Jungkook yang membelakanginya itu.
Jungkook yang berura menanggalkan tali leher dari kolar kemejanya langsung terhenti apabila mendengar soalan Eunha itu. Dia menoleh.
"Extra time apa?" soal Jungkook bingung dengan agak dingin sambil merenung raut datar Eunha di kepala katil sana. Dia sebenarnya sudah dapat merasakan ada sindiran di dalam soalan wanita itu. Hanya saja dia mampu bertenang lagi.
Eunha menarik senyuman singkat.
"Mana lah tahu. Pergi dinner dengan dia dulu ke sebelum balik rumah" balas Eunha selamba seraya menyilangkan lengannya ke dada. Segaris senyuman kecil melekat di bibir. Mata menatap wajah bingung sang suami.
"Mwo? Awak nak cakap apa ni?" soal Jungkook agak membentak sambil merenung wajah tenang Eunha. Berbunyi sarkastik saja andaian selamba isterinya itu.
"Apa? Awak lagi tahu pasal ni dari saya apa" jawab Eunha bersahaja lalu tersenyum lebar. Tentunya bukan senyuman yang tulus.
Jungkook langsung menghela nafasnya panjang tatkala mendengar bicara Eunha itu. Wajahnya diraup sekilas.
"Tolong la,Jeon Eunha. Just stop with this thing. Lagi-lagi pasal benda ni. Saya balik kerja ni penat tau tak? Awak asyik nak bahas pasal ni ingat tak serabut ke otak saya?" tutur Jungkook kesal dengan dahi yang sedikit berkerut sebal. Nadanya rendah saja. Tetap mengawal emosi.
Satu keluhan dilepaskan lagi sambil memandang sang isteri di hujung katil sana.
"Saya dengan perempuan tu tak ada apa pun" sambung Jungkook.
"Tak ada apa? You sure?" tukas Eunha senada dengan kening yang dijongket sebelah.
Jungkook merengus perlahan. Dia melarikan bola matanya ke arah lain dek kesal. Bibirnya diketap singkat sebelum kembali memandang Eunha.
"Awak nak saya cakap macam mana lagi,Eunha?" soal Jungkook dingin.
Eunha mengeluh perlahan.
"Awak ingat saya saja tuduh awak ke? Saya nampak la semua tu" tutur Eunha sebal sambil merenung wajah dingin suaminya itu.
"Nampak apa?" soal Jungkook dengan nada agak meninggi,mulai sangat kesal.
"Nampak la awak dengan Sae Yoon berasmara dana dalam office awak tu!" jawab Eunha yang turut terpancing kesalnya. Ditatap tajam wajah Jungkook.
Jungkook langsung meraup wajahnya kasar tika mendengar jawapan Eunha itu. Entah apa pula yang dilihat wanita itu kali ini. Satu keluhan perlahan dilepaskan. Wajah kesal milik Eunha itu ditatapnya.
"So, kalau awak nampak semua tu awak boleh tuduh saya macam tu je la? Tak perlu dah nak minta explain dulu,tanya atau apa-apa? Terus ada hak untuk tuduh? Rasa macam apa yang awak tengok tu probably betul macam tu? Yakin apa yang awak nampak tu exactly the same macam yang awak fikir?" soal Jungkook bertalu-talu sambil memandang tajam wajah isterinya itu.
Eunha tersenyum sikit.
"Explain? Nope. Bagi peluang untuk explain tu just like bagi peluang untuk orang tu tokok tambah and dapat back up sendiri. Or, manipulate things" tukas Eunha angkuh sambil merenung wajah Jungkook.
Jungkook sedikit sebanyak tersentak dengan bicara wanita itu. Dia kemudiannya menghela nafasnya perlahan.
"Sampai macam tu sekali kan, Jeon Eunha? Sampai macam ni awak boleh jadi sangat angkuh kan? Just,where's your trust in me now?" balas Jungkook berbaur kekecewaan sambil merenung wajah Eunha.
Eunha diam,tidak merespon. Dia hanya memandang wajah suaminya itu dengan tatapan kosong.
Jungkook mengeluh perlahan. Dia mengangguk-angguk kepalanya perlahan.
"Suka hati awak la,Jeon Eunha. Saya dah malas. Fikir la apa awak nak fikir" tutur Jungkook dingin sebelum memusingkan tubuhnya lalu menapak keluar dari bilik tidur mereka itu. Remote kunci kereta dikeluarkan dari poket seluarnya. Keluar menenangkan fikiran dan emosi.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»112
•
•
•
Jungkook menuruni tangga satu-persatu sambil menumbuk perlahan lehernya yang terasa lenguh dan sengal. Semua gara-gara dirinya yang malas naik ke bilik dan hanya memutuskan untuk tidur di atas sofa di ruang tamu saja semalam. Jam 7 pagi tadi sebelum Jungwon pergi ke tadika,barulah dia naik ke atas dan menyambung tidurnya di atas katil yang empuk. Sekian kisah Jeon Jungkook lenguh bahu.
Tiba saja di lantai bawah,dia mengatur langkahnya ke dapur untuk bersarapan pagi. Walaupun sudah hampir jam 11 pagi. Dahinya langsung berkerut sedikit tatkala tiada sesiapa di ruang dapur itu. Sangkanya Eunha berada di dapur dek wanita itu tiada di dalam bilik tadi.
Jungkook menjenguk ke luar tingkap yang memaparkan keadaan di halaman belakang rumah,mencari keberadaan sang isteri. Namun,sepertinya tiada sesiapa juga di luar.
"Takkan dah keluar ambil Jungwon?" omel Jungkook hairan dengan dahi yang sedikit berkerut. Kemudian,dia langsung menggeleng perlahan,malas memikirkannya. Telefon pintar di pegangan kiri diletakkan ke atas kabinet dapur. Sebiji gelas dicapai.
Baru saja dia berura untuk meraih jag kaca yang berisi air kosong itu,telefonnya bergetar singkat,menerima satu notifikasi. Langsung saja dia menoleh dan melihat telefonnya yang sudah menyala itu. Diraih objek itu lalu ditilik.
You have a message from Ahjumma Lee
Jungkook,Eunha ada dengan ahjumma. Dia teman ahjumma beli barang dapur ha.
10.52 am
Jungkook langsung memadamkan nyalaan skrin telefonnya sebaik saja membaca mesej ringkas dari ahjumma Lee itu. Dia merengus jengkel.
"Orang lain yang tolong bagitahu. Dia tak boleh bagitahu sendiri?" omel Jungkook kesal sebelum meraih jag berisi air kosong itu. Dituang air masak itu ke dalam gelas hingga penuh. Lalu,diteguk hingga habis air itu bersama hati yang sebal.
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»112
•
•
•
Jari telunjuk mengetuk-ngetuk perlahan skrin telefon pintar sambil menatap lurus ke pintu rumah. Sesekali dia mengerling skrin telefonnya yang menyala, berharap sebarang notifikasi atau panggilan diterima.
Sejak dari 15 minit lalu lagi seorang Jeon Jungkook ini duduk di atas sofa di ruang tamu, menanti kepulangan Eunha dengan penuh kerisauan. Mana tidaknya, jam sudah menunjukkan pukul 2.45 petang. Bermakna sudah hampir 6 jam isterinya itu keluar.
Pergi beli barang dapur apa sampai 6 jam? Tolong jaga cashier sekali ke apa?
Dia tak akan sebimbang ini kalau wanita itu setidaknya memaklumkan kepadanya menerusi mesej atau menghubunginya. Ini khabar apa pun dia tak dapat.
Cutinya kali inilah yang paling membosankan dan meresahkan baginya. Sejak pagi tadi sampai sekarang, dia cuma sendirian di rumah. Rasa seperti orang bujang-
Jungwon pula ada di rumah tuan Jung. Budak itu pun seorang Jeon Jungkook ini baru tahu yang ayah mertuanya itu yang menjemput anaknya di tadika. Tetap saja tiada khabar tentang Eunha.
Jungkook merengus perlahan. Dia mengusutkan rambutnya kasar. Tolak tepi segala ego, sekarang ini dia cuma mahu mendail nombor Eunha untuk mengurangkan sedikit kerisauannya. Daripada dia berasa risau bagai nak gila bila memikirkan tentang isterinya itu.
Telefonnya yang cuma diketuk dari tadi itu akhirnya diangkat dari meja. Jarinya mengetik laju di skrin telefon sebelum objek itu dilekapkan ke telinga.
Ya, setelah berperang dengan ego, dia akhirnya menghubungi Eunha.
"The number you has dialed cannot be reached at--"
"Off phone kenapa pulak lah..." omel Jungkook kesal seraya menurunkan telefonnya itu dari telinga. Sangkanya dengan menghubungi isterinya itu dapat mengurangkan kerisauannya, alih-alih bertambah risau.
Satu rengusan perlahan dilepaskan. Dia kemudiannya mendail nombor ahjumma Lee pula. Tidak memakan masa yang lama, panggilan tersambung.
"Eoh, Jungkook. Kenapa call ni?"
"Ah, ahjumma. Eunha ada dengan ahjumma lagi ke?"
"Eh? Tak ada lah. Pukul 12 tadi lagi kitorang dah habis beli barang. Kenapa? Dia tak balik lagi ke?"
"Eoh, tak. Dia tak ada cakap nak pergi mana-mana ke dekat ahjumma?"
"Tak ada pulak. Eh, pelik lah. Macam mana dia boleh tak balik lagi pulak ni?"
"Ahjumma dah ada dekat rumah ke sekarang?"
"Tak. Ahjumma ada dekat rumah anak ahjumma. Hari ni ahjumma cuti"
"Ah, tak apa lah macam tu. Sorry ganggu, ahjumma"
"Tak adanya ganggu. Nanti Eunha dah balik, bagitahu ahjumma ye. Risau pulak ni ha"
"Eoh, ne"
Tut.
Panggilan diputuskan oleh ahjumma Lee di hujung talian. Jungkook lagi-lagi merengus perlahan. Dirinya bertambah diselubungi rasa risau setelah mendengar penjelasan ahjumma Lee itu.
Pukul 12 lagi dah habis membeli? Lepas tu, dua jam berbaki ni dia pergi mana pula?
Jungkook kini mendail nombor ayah mertuanya itu pula. Sebenarnya dia sudah menghubungi tuan Jung tadi, namun dia tetap tidak berpuas hati.
"Eoh, Jungkook ah"
"Eoh, pa. Eunha memang tak ada dekat sana?"
"Iye, tak ada. Jungwon ni pun tengah tunggu mummy dia datang ambil ha"
Jungkook perlahan mengeluh panjang. Dia meramas rambutnya kesal.
"Eoh, tak apa lah, pa. Saya cuba cari dia"
"Eoh"
Jungkook mematikan panggilannya bersama tuan Jung. Setelah itu dia meraup wajahnya kasar. Serabut.
Entah macam mana dia nak cari seorang Jeon Eunha itu. Takkanlah dia nak pusing satu Seoul.
Tak lama setelah itu, telefonnya berdering kembali. Lantas dia menilik nama sang pemanggil di skrin telefon.
'Ahjumma Lee'
Sangkanya Eunha. Namun begitu, tanpa berlengah, dia langsung juga menjawab panggilan wanita itu.
"Eoh, Jungkook. Ahjumma baru teringat. Eunha ada cakap dia nak pergi mall lepas teman ahjumma dekat pasar tadi. Mall Dasom"
"Mall Dasom? "
"Eoh. Cuba kamu pergi sana. Mana la tahu dia still ada dekat sana"
"Eoh, okey. Thanks, ahjumma"
"Eoh"
Jungkook langsung memutuskan panggilannya. Dia berdiri lalu telefon pintarnya itu dimasukkan ke dalam poket seluar treknya itu. Kemudian, dia lantas menghampiri kabinet kecil di tepi televisyen lalu remote kunci keretanya dicapai.
Tanpa menyalin dahulu kepada baju yang lebih kemas, dia hanya memilih untuk keluar dengan baju T biru gelapnya dan seluar trek. Tiada masa untuk menukar baju.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»112
•
•
•
Jungkook mematikan enjin keretanya sebaik saja selesai memarkir keretanya di lot parkir tidak berbumbung berhadapan bangunan pasaraya Dasom yang gah. Tali pinggang keledar dilepaskan. Lalu, dia langsung keluar dari keretanya.
Dengan hati yang tak henti berharap gerangan seorang Jeon Eunha masih berada di dalam pasaraya itu, dia melangkah laju ke arah pintu gelangsar automatik pasaraya tersebut. Langkah diatur hingga ke hadapan pintu gelangsar tersebut.
Pintu gelangsar automatik itu terbuka luas tika mengesan figura Jungkook yang berada di hadapan. Namun, Jungkook kekal statik berdiri di situ. Matanya lurus memandang ke hadapan.
Memandang dua figura yang sedang berjalan beriringan dari arah bertentangan ke arah pintu gelangsar yang sama. Dua figura itu merupakan Yoo Si Han dan Jeon Eunha.
Memang benar dia berharap wanita itu masih berada di dalam pasaraya itu, memang benar dia berharap wanita itu baik-baik saja,
Tapi, bukan dengan keadaan begini.
Lesap langsung rasa risau dan resahnya itu tika melihat situasi Eunha yang sepertinya sangat baik-baik saja di sana. Sudah sampai bergelak ketawa dan bermesra begitu, takkan lah tidak baik-baik saja kan?
"Ah, jeongmal yo? Jadi,awak--"
Terhenti langsung bicara Eunha yang mesra kepada Si Han di sebelah itu apabila matanya terarah pada figura Jungkook di hadapan. Senyuman yang terukir di bibirnya itu perlahan pudar.
"Sayang?" soal Eunha spontan dengan agak terkesima.
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya diketap kuat seraya melarikan bola matanya ke arah lain. Panas saja hatinya ketika itu.
"Sayang, awak buat ap--"
Belum sempat Eunha menyoal lebih lanjut, Jungkook langsung meraih pergelangan tangan wanita itu lalu lantas menarik figura kecil itu ke arah lot parkir. Memang tergopoh-gapahlah Eunha perlu mengatur langkahnya apabila diheret lelaki itu begitu.
Pintu kereta bahagian sebelah pemandu dibuka Jungkook lalu dilepaskan genggaman kuatnya pada pergelangan Eunha itu.
"Masuk" arah Jungkook dingin sambil menatap tajam wajah terpinga-pinga Eunha.
"Tapi, saya--"
"Masuk, Jeon Eunha" tegas Jungkook dengan tatapan tajamnya itu.
Mahu tak mahu, Eunha terpaksalah akur dengan arahan Jungkook itu. Dia masuk ke dalam perut kereta dengan tangan kiri yang menjinjing beberapa beg plastik. Sebaik saja itu, pintu kereta ditutup kuat oleh lelaki itu. Terhinjut langsung bahunya.
Eunha mengemam bibirnya rapat. Bergerak perlahan bola matanya mengikuti arah figura Jungkook yang melepasi hadapan kereta. Lalu, lelaki itu pun masuk ke dalam kereta.
"Kadang saya terfikir. Saya ni betul ke suami awak, Eunha?" soal Jungkook senada sebelum menoleh memandang Eunha di sebelah.
Eunha tersentak. Dia turut menoleh memandang wajah tegang Jungkook.
"Ke, jantan tu dah jadi suami awak sekarang?" soal Jungkook lagi sambil merenung tajam wajah cuak Eunha.
Eunha perlahan menggeleng-gelengkan kepalanya. Melihat dari raut wajah suaminya itu, dia tahu lelaki itu sedang bertarung dengan emosi.
"Awak, tak. Bukan. Saya cuma terserempak je dengan Si Han--"
"But, still!" balas Jungkook langsung. Nadanya naik seoktaf.
Terhinjut drastik kedua-dua bahu Eunha. Matanya terpejam sedikit.
"But, still, Jeon Eunha. Still," ulang Jungkook dengan nada yang direndahkan kembali. Dijedakan seketika ayatnya.
"Awak. Ada. Suami" tutur Jungkook satu-persatu sambil menatap tepat ke wajah Eunha.
Eunha diam. Dia hanya mampu memandang raut serius di wajah Jungkook itu. Walaupun agak takut-takut untuk dipandang.
Jungkook merengus perlahan. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang.
"Dah la tak inform apa-apa pun dekat saya. Keluar macam tu je. Tahu-tahu dah ada dengan jantan tu" tutur Jungkook tanpa nada sambil memandang lurus ke hadapan.
Eunha langsung mengeluh perlahan.
"Awak, kan saya dah cakap, saya cuma terserempak je dengan dia" jelas Eunha lembut sambil memandang sisi wajah Jungkook.
Jungkook merengus perlahan. Dia menoleh memandang Eunha kembali.
"Saya ni risau macam apa lagi pasal awak. Phone off. Keluar dengan ahjumma Lee pun, ahjumma yang tolong inform. Kalau tak boleh call saya sekali pun,at least message. Sekurang-kurangnya saya tak perlu nak risau lebih pasal awak" tutur Jungkook kesal sambil menatap wajah Eunha.
Eunha diam.
"Rasa macam sia-sia je lah saya risaukan awak, Eunha. Awak nampak okey je dengan lelaki tu tadi. Macam tak ada rasa susah hati pun yang awak pergi somewhere tak inform dekat suami awak. Awak memang ambil mudah semua benda kan?" tambah Jungkook dingin sambil merenung wajah isterinya itu.
"Awak yang terlalu ambil serius semua benda" balas Eunha senada.
"Mwo?" soal Jungkook langsung dek terkesan dengan jawapan Eunha itu.
Eunha mengeluh perlahan. Dia memandang wajah Jungkook dengan tatapan kesal.
"Kan saya cakap, saya cuma terserempak dengan Si Han tu. Saya dah nak balik dah pun. Bukannya saya tak balik. Lagipun, sekarang baru pukul 3 kan? 3 petang. Bukannya 3 pagi. Kenapa awak nak risaukan sangat pasal saya? Bukannya saya keluar malam tak balik-balik. Tak sampai berapa jam pun saya keluar. Awak yang nak ambil serius sangat" ujar Eunha panjang lebar berbaur bentakan.
Jungkook yang mendengarkan itu sedikit sebanyak merasa emosi dengan bicara isterinya itu.
"Kenapa saya nak risaukan sangat pasal awak? Macam mana saya tak risau? Awak keluar tak bagitahu. Awak tak inform saya apa pun. Awak nak expect saya boleh duduk tenang bila tahu 6 jam wife saya keluar tak ada khabar? Saya yang ambil serius ke awak yang ambil mudah?" tukas Jungkook senada.
"Kenapa? Nak kena tunggu awak keluar 10-12 jam dulu ke baru saya boleh ambil serius? Nak kena tunggu awak keluar malam dulu ke baru saya boleh react macam ni? Nak kena tunggu semua tu dulu ke baru awak nak inform dekat suami awak, awak pergi mana?" tambah Jungkook terselit sindiran sambil merenung wajah datar Eunha.
"Takkan all the time saya nak kena inform dekat awak semua benda?" respon Eunha kesal.
"Kenapa? Awak rasa tak perlu ke?" balas Jungkook dengan soalan. Keningnya dijongket sebelah.
"Jeon Eunha, saya ni suami awak tau. Saya kena tahu awak buat apa, dekat mana awak pergi, dengan siapa awak pergi, everything. Awak tu tanggungjawab saya. Saya ada hak untuk tahu pasal wife saya" ujar Jungkook dengan padatnya.
Eunha sekadar diam membisu. Dia memandang lurus ke hadapan.
"Kalau saya bukan suami awak, saya takkan macam ni la dengan awak. Buat la apa awak nak buat. Pergi la mana awak nak pergi. Balik ke tak balik ke saya tak nak ambik kisah langsung" tambah Jungkook senada.
Eunha kembali menoleh tika mendengar tuturan lelaki itu.
"Tapi sebab saya ni suami awak, saya tahu apa tanggungjawab saya. Tak payah pertikaikan everytime saya bertindak macam ni" sambung Jungkook sambil menatap tepat ke wajah Eunha. Kemudian, dia memalingkan wajahnya, memandang ke hadapan kembali.
"Awak patut bersyukur,Eunha. Awak patut bersyukur saya still ada rasa risau pasal awak. Saya still ada rasa nak pedulikan pasal awak. Saya still ada rasa tanggungjawab dekat awak,"
"Jangan sampai semua rasa tu hilang dari diri saya, Jeon Eunha" -Jeon Jungkook
FUH
GHISAUUU SOMETIME SOMETIME
PANJANG JUGA NYAH CHAP NI ASHSHSHS
DIS CHAP BE LIKE,
GERAM SEBAB ANTAGONIS ❌
GERAM SEBAB HEROIN✅
AHAHAHAHA
SERBA SALAH AQUE NAK BUAT EUNHA YANG SOFT TU JADI CHARACTER YANG DIKECAM HMMMMM
AKU RASA AKU TAK BYK BUAT HEROIN YG BUAT HAL
SO BOLEH DIKATAKAN FF NI MCM FIRST FF LA SISTUR BUAT HERO YG TERSAKITI AHSHSHSHSH
SIYES TIME AKU TYPE PART JUNGKOOK SBLM NI PUN AKU MCM AWWW KESIAN DIA-
Padahal aku yg buat dia gitu.hm
SO HOWW?
ADAKAH ANDA TERASA EMOSINYA JUGAK EVEN HEROIN YG BUAT HAL?
KALAU YE,ALHAMDULILLAH. SEYA BIRJAYA EM
NGEHEHEHEHE
DAH, TU JE LA
PAPE PUN DABEL APDET NNTI YE.
DIS CHAP SEYA TIDAK BERDAYA SINCE CHAP YINI PUN SUDAH PANJANG BERJELA EM
SO SEYA AKAN USAHAKAN NANTI YE HUEHUE
DAH, VOTE SILA. MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro