Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷111

YE SORI TAKDE APDET SMLM AHSHSHS

IYA SILAKAN BACA

VOTE YAAA :)












"Jungwon ah" laung Eunha dengan nada tidak terlalu tinggi namun penuh bimbang sebaik saja membuka pintu wad yang menempatkan anaknya itu. Langkah diatur laju menghampiri katil si kecil itu.

Hae Jung dan Hyungwon yang berada di situ seolah ghaib saja. Mereka pun hanya diam dan memerhati kondisi cemas wanita itu.

"Jungwon ah, gwenchana?" soal Eunha lembut dalam kebimbangan sebaik saja mengambil tempat di atas kerusi kosong bersebelahan katil pesakit itu. Dia menilik wajah agak pucat milik Jungwon dengan tatapan risau.

"Mummy..." lirih Jungwon perlahan sambil menatap redup wajah ibunya itu.

"Eoh,kenapa,kenapa? Ada rasa sakit dekat mana-mana ke? Eoh?" respon Eunha langsung sambil mengusap lembut rambut Jungwon. Matanya fokus menilik setiap sudut wajah pucat anaknya itu dengan risau.

Jungwon perlahan menggelengkan kepalanya sebagai respon.

Eunha menghela nafasnya perlahan lalu mengangguk. Dia mengukir senyuman singkat sambil mengelus lembut rambut anak kecil itu.

Setelah itu dia mengangkat kepalanya, memandang Hyungwon dan Hae Jung yang sedang berdiri di sebelah sana.

"Hae Jung,Hyungwon, apa yang jadi sebenarnya?" soal Eunha penasaran sambil memandang kedua-dua figura itu.

"Oh, doktor cakap sebab dia tak makan langsung dari pagi. Itu yang Jungwon pengsan waktu balik tadi" jelas Hyungwon langsung dengan ringkas.

"Tak makan?" soal Eunha agak terkesima dengan dahi yang sedikit berkerut.

Hyungwon sekadar menganggukkan kepalanya.

Eunha langsung mengalihkan pandangannya,memandang Jungwon kembali. Wajahnya berkerut bimbang

"Kenapa tak makan, sayang? Kan mummy dah kasi bekal nasi goreng tu untuk Uwon makan, hm?" soal Eunha lembut sambil mengamati wajah Jungwon. Kedua-dua keningnya terjongket.

Jungwon menatap polos wajah ibunya itu sebelum mencebikkan bibirnya sedikit.

"Uwon nak makan, tapi..." jawabnya perlahan lalu dijedakan sebentar responnya itu. Bergerak-gerak bola matanya menilik wajah sempurna ibunya itu, seolah dia teragak-agak untuk meneruskan katanya.

"Tapi?" soal Eunha penasaran dengan kening yang dijongket sebelah. Dia menilik wajah polos anaknya itu.

Baru saja Jungwon berura untuk membuka mulutnya, bunyi pintu wad yang digeser ke tepi langsung menarik perhatiannya. Juga perhatian semua di situ.

Sosok tubuh lelaki berpakaian kemas yang terpampang di muka pintu itu mengatur langkahnya masuk ke dalam. Dia menapak menghampiri sisi kiri katil pesakit yang menempatkan figura kecil anaknya itu. Bangku kosong yang sememangnya tersedia di birai katil itu langsung didudukinya.

"Hey,anak daddy ni kenapa boleh sakit ni, hm?" soal Jungkook lembut sambil meneliti wajah agak lesu Jungwon itu. Rambut hitam si kecil itu dibelainya perlahan.

Jungwon tidak merespon. Bola matanya bergerak memandang sang ibu di sebelah kanannya itu sekilas. Kemudian, dipandang ibu dan ayahnya itu bersilih ganti.

"Mummy dengan daddy...tak datang sama-sama ke?" soalnya polos seraya memandang Eunha di sebelah.

"Eoh? " respon Eunha spontan tika soalan itu tiba-tiba diajukan anak kecil itu. Wajahnya juga berekspresi terkesima dan bingung.

Jungwon mengalihkan bola matanya memandang Jungkook di sebelah kirinya itu pula, mahukan jawapan.

Jungkook memandang Eunha di hadapan sekilas sebelum dia langsung memandang Jungwon yang sedang menanti respon dengan tatapan polos. Dia lantas menarik senyuman kecil.

"Ah, kan daddy kerja hari ni. Jadi, daddy datang dari pejabat lah. Macam mana nak datang sekali dengan mummy?" jelas Jungkook mesra lalu mengukir senyuman lebar bagi meyakinkan si kecil itu.

"Eoh...maja" balas Jungwon sebelum tersengih kecil.

Jungkook hanya tersenyum kecil lalu mengelus singkat rambut Jungwon.

Hae Jung di belakang yang seraya tadi menjadi pemerhati bersama suaminya itu akhirnya membuat keputusan. Dia menurunkan lengannya yang disilang ke dada itu sejak tadi. Lalu, dia melangkah menghampiri Jungkook.

"Kook" panggil Hae Jung perlahan sebaik saja membongkokkan sedikit tubuhnya untuk dekat dengan sisi kepala abangnya yang sedang duduk itu.

"Hm?" sahut Jungkook seraya menoleh sekilas memandang Hae Jung di tepi.

"Sini, keluar. Aku nak cakap sikit" tutur Hae Jung senada dengan nada berbisik sebelum menegakkan tubuhnya.

Berkerut dahi Jungkook tika mendengarkan itu. Bingung. Dia memandang sang adik yang kini memandang ke arah Jungwon.

"Jungwon ah, duduk dengan mummy dengan samchon kejap tau. Imo nak cakap dengan daddy kejap" ujar Hae Jung mesra dengan senyuman buat anak saudaranya itu. Sungguh berbeza nada dan ekspresi wajahnya tika bercakap dengan Jungkook tadi.

"Eoh, okey" balas Jungwon akur dengan anggukan kecil. Rendah saja nadanya. Tidak seceria selalu.

Hae Jung kemudiannya tersenyum kecil sebelum mengerling Jungkook di sebelah. Dia melakukan isyarat mata buat sang abang lalu terlebih dahulu mengatur langkahnya keluar dari wad.

Jungkook yang sedang bingung itu langsung merengus perlahan melihat sikap adiknya itu. Dia berdiri lalu menghayun langkahnya keluar dari wad. Pintu wad ditutup rapat semula setelah keluar.

"Nak cakap apa?" soal Jungkook senada dengan kening yang diangkat sebelah. Dia memandang Hae Jung yang sedang bersandar di dinding tidak jauh dari pintu wad Jungwon.

Hae Jung mengeluh perlahan. Dia menapak menghampiri abangnya itu dengan raut kesal.

"Kau tahu anak kau tu sampai pengsan sebab apa?" soal Hae Jung senada seraya menyilangkan lengannya ke dada. Ditenung wajah abangnya itu.

Jungkook tidak merespon sebaliknya hanya mengerutkan dahinya bingung. Macam mana dia nak tahu? Dia pun baru saja sampai.

Hae Jung melepaskan keluhan panjang tatkala melihat raut buntu abangnya itu.

"Sebab mummy daddy dia bergaduh" tutur Hae Jung mendatar sambil menatap tepat ke wajah Jungkook.

Jungkook pastinya tersentak dan terkesima tika mendengar tuturan ringkas adiknya itu.

Hae Jung mengeluh kecil. Dia sendiri kesal dengan hakikat itu.

"Dia cakap dia asyik nampak, dengar korang bergaduh. Dia sedih sebab situation korang sampai dia tak ada selera nak makan. Kau boleh bayangkan tak, Kook? Budak sebesar tu dah kena hadap hal korang. Dah kena banyak fikir pasal keadaan mak ayah dia. Just--aish. Entah la" hambur Hae Jung panjang lebar sebelum merengus perlahan. Dia mengetap bibirnya lalu kembali memandang sang abang di depan.

"Kau tahu, Kook. Aku pun tahu. Kita berdua tahu macam mana rasanya bila tengok mama papa bergaduh depan kita dulu. Kita tahu macam mana takut dan sedihnya bila asyik dengar suara bertengkar mama dengan papa. Like almost...almost everytime. Kita umur berapa je waktu tu? Tak sampai 10 tahun pun" tutur Hae Jung kesal.

Jungkook hanya mampu membisu. Jauh di sudut hatinya, dia pun tak pernah merancanglah untuk buat situasi jadi begini. Dia pun tak mahu zaman kanak-kanak Jungwon itu hancur sepertinya dahulu.

"Budak tu. Anak kau. Ani, anak korang. Anak korang tu baru 4 tahun tau, Kook. 4 tahun. Kau tergamak ke nak buat dia experience the exact thing kau pernah experience dulu? Umur dia tu, umur dia tu patutnya tengah enjoy zaman kanak-kanak dia, tengah berseronok, tengah happy. Bukan fikir masalah korang" tambah Hae Jung lagi dengan lancarnya.

Lalu, dia menghela nafas panjang. Raut wajah datar Jungkook di hadapan ditatapnya.

"Just...apa masalah kau dengan Eunha eonnie ni? Ada apa? Ada masalah apa sampai bergaduh bagai?" soal Hae Jung kesal dengan dahi yang sedikit berkerut sebal. Ditenung wajah abangnya itu.

"Aku cuba settle la nanti" balas Jungkook dingin sebelum merengus perlahan.

"You better do" ujar Hae Jung dengan agak tegas. Lengannya disilangkan ke dada.

Jungkook melarikan bola matanya ke arah lain dengan kesal. Satu keluhan dilepaskan.

"Bincang baik-baik la. Kenapa sampai nak kena bergaduh, bertengkar bagai? Bukan terus dapat settle pun bila emosi lawan emosi. Makin panas ada lah" tutur Hae Jung berbaur nasihat atau lebih kepada kritik.

"Aku tak tahu la apa masalah yang buat korang sampai bergaduh and aku rasa aku tak patut tahu pun, tapi, dah la. Just stop. Tak perlu sampai bergaduh, masam muka. Cubalah settle baik-baik" tambah Hae Jung lagi.

Jungkook merengus perlahan. Dia memandang wajah adiknya itu.

"Memang senang cakap. Memang senang cakap bila kau tak ada dekat tempat aku" tuturnya dingin sambil merenung wajah Hae Jung.

Hae Jung sedikit tersentak. Dia memandang ekspresi tegang di wajah abangnya itu.

"Aku ke yang buat masalah ni jadi, Jeon Hae Jung?" soal Jungkook dingin berbaur bentakan. Ditenung wajah sang adik.

"Eoh?" sahut Hae Jung yang agak hilang kata tika mendengar soalan Jungkook itu.

"Kau fikir aku nak ke masalah semua ni? Kau fikir aku suka ke semua ni?" soal Jungkook dingin dengan nada yang kekal dikawal.

"Kau fikir aku macam papa? Asyik buat masalah dekat mama kau?" soal Jungkook lagi sambil merenung Hae Jung yang tampak kaku itu.

"Seteruk apa kau tengok abang kau ni, Hae Jung?" soal Jungkook senada. Matanya kekal merenung wajah sang adik.

Hae Jung tergamam. Bergerak-gerak bola matanya menilik wajah kesal abangnya itu. Sungguh, bukan niatnya untuk membuat lelaki itu berfikir semua itu.

"That's it. Memang dari dulu kau tak pernah faham aku" ujar Jungkook dingin sebelum langsung mengatur langkahnya beredar dari kaki lima itu.




【 BBP S2:TRUST】
»111



"Jungwon ah, jalga. Cepat sembuh, okey?" ucap Hyungwon mesra dengan senyuman buat Jungwon yang sedang duduk bersila di atas katil itu. Dikusutkan perlahan rambut anak kecil itu.

"Okey" balas Jungwon dengan senyuman kecil setelah menganggukkan kepalanya.

"Ye, bila Jungwon cepat sembuh, nanti Hyungwon samchon nak bawa Jungwon pergi beli mainan helikopter sebesar alam tu haa" tambah Hae Jung ceria dengan senyuman lebar.

Langsung saja Hyungwon di sebelah menoleh memandang isterinya itu. Dahinya berkerut seribu.

"Bila masa--"

"Aigoo, sayang. Kajjaa" seloroh Hae Jung lalu langsung menarik lengan Hyungwon menjauhi katil yang menempatkan Jungwon itu.

"Jungwon ah, imo dengan samchon balik dulu yee" pamit Hae Jung mesra lalu melambai sekilas buat anak saudaranya itu sebelum kembali menarik lengan suaminya itu keluar dari wad.

"Just, bila masa saya cakap nak belikan dia helikopter sebesar alam tu?" soal Hyungwon bingung sebaik saja mereka keluar dari wad itu. Dipandang buntu Hae Jung di sebelah.

Hae Jung langsung berdecit perlahan.

"Ala, belikan je la. Berapa keping sangat duit awak keluar untuk tu kan? Awak tak sayang budak tembam tu ke?" balas Hae Jung bersahaja dengan kening yang diangkat sebelah.

"Bukannya tak sayang--"

"Habis, saya ni awak sayang tak?" seloroh Hae Jung dengan kening yang dijongket.

"Lah, ini dah server mana pulak?" balas Hyungwon langsung.

"Ey-"

"Hae Jung, Hyungwon"

Tergendala Hae Jung yang berura untuk menampar bahu Hyungwon itu apabila mendengar suara yang mencelah. Langsung saja dia menoleh serentak dengan suaminya itu.

"Eoh, eonnie. Waeyo?" respon Hae Jung bersahaja seraya menurunkan tangan kanannya yang tak berkesempatan mahu melepaskan sebal pada suaminya itu. Dia memandang Eunha di hadapan pintu wad.

"Terima kasih ye untuk hari ni" ucap Eunha lembut bersama senyuman lebar. Dia memandang pasangan itu bersilih ganti.

"Eoh, tak ada apa lah, eonnie. Cepat-cepatlah berbaik dengan Jungkook ye,eonnie? Tak mudah untuk dia. Semua ni" jawab Hae Jung terselit pesanan lalu mengukir senyuman kecil.

Eunha sedikit tersentak dengan respon Hae Jung itu. Lalu, lambat-lambat dia menarik senyuman nipis. Kepala diangguk perlahan.

"Pergi dulu" pamit Hyungwon ringkas namun tetap bernada ramah lalu menundukkan sedikit kepalanya, memberi hormat.

Eunha menganggukkan kepalanya dengan senyuman lebar. Setelah itu, dia sekadar memandang figura pasangan itu melangkah pergi secara beriringan, dengan keadaan Hae Jung yang kembali menampar bahu Hyungwon itu. Maklumlah, tadi tergendala.

Eunha hanya tersenyum kecil melihat mereka sebelum memusingkan badannya. Pintu wad digeser ke tepi lalu dia melangkah masuk ke dalam. Dia menghampiri katil anaknya itu lalu kembali duduk di atas bangku.

"Mummy" panggil Jungwon sebaik saja ibunya itu duduk di sebelahnya kembali.

"Hm?" sahut Eunha lembut dengan senyuman. Dipandang wajah polos si kecil itu.

"Mummy dengan daddy dah tak bergaduh?" soal Jungwon tanpa teragak-agak sambil menatap polos wajah ibunya itu.

Eunha tersentak hebat. Senyuman manis yang menghiasi bibirnya itu langsung pudar. Terpana dengan soalan anaknya itu. Lidahnya kelu sebentar.

"Mummy?" panggil Jungwon perlahan tika melihat ibunya yang seperti dibekukan itu. Malah, dia mahukan jawapan. Untuk menenangkan hati kecilnya.

"Eo-Eoh?" sahut Eunha tersentak dari lamunan seketikanya. Dia memandang wajah penasaran Jungwon. Lalu, perlahan dia menarik senyuman kekok.

"Eoh...Jungwon cakap apa ni? Mana ada mummy dengan daddy--"

"Tak dah, sayang. Semua dah okey" jawab Jungkook langsung seraya membuka pintu wad. Dia mengukir senyuman kecil buat Jungwon lalu menapak menghampiri katil si kecil itu.

"Jeongmal-yo?" soal Jungwon polos dan hampir teruja. Dia mendongak memandang sang ayah yang berdiri di sisi katilnya.

"Eoh" balas Jungkook dengan anggukan. Satu senyuman lebar diukir buat Jungwon bagi meyakinkan anak kecil itu. Tangannya mendarat ke atas rambut hitam anaknya itu.

Kemudian, Jungkook memandang Eunha sekilas yang berada di sisi sebelah lagi katil, berhadapan dengannya. Dia sedar wanita itu sedang merenungnya dalam kebingungan.

"He knew it" tutur Jungkook mendatar seraya melabuhkan punggungnya ke atas bangku di birai katil Jungwon. Dipandang wajah Eunha di hadapan.

Eunha langsung tersentak tika mendengar kenyataan itu. Dia menoleh sedikit, melihat wajah anaknya yang perlahan tampak ceria itu. Tentunya disebabkan jawapan Jungkook tentang situasi mereka itu.

Sangkanya si kecil itu tidak mengetahui apa-apa tentang hal ini. Sebab itulah dia terkejut ketika mana Jungwon menyoal tentang 'gaduh' itu.

"Betul ke mummy?" soal Jungwon, meminta kepastian. Dipandang ibunya itu di sebelah yang tampak mengelamun itu.

"Hm?" balas Eunha agak bingung sebaik saja dia tersentak dari lamunan. Kemudian, barulah dia dapat mencerna soalan anaknya itu.

"Eoh, betul lah" jawab Eunha lembut lalu mengukir senyuman.

Jungwon langsung tersengih suka. Dia memandang ibu dan ayahnya itu bersilih ganti dengan senang hati.

"Saaaayang mummy, daddy!" ucapnya yang mendadak teruja itu seraya menggenggam setiap satu tangan ibu dan ayahnya itu. Suka dengan hakikat yang mereka tidak lagi bergaduh.

Namun, hakikat yang sebenarnya?

Terlalu kejam untuk si kecil itu.




【 BBP S2:TRUST】
»111


Eunha menutup perlahan pintu wad yang menempatkan Jungwon itu dengan rapat. Anak kecil itu sudah tertidur nyenyak di dalam.

Eunha melangkah menghampiri Jungkook yang sedang duduk di atas kerusi menunggu di kaki lima itu. Kemudian,dia perlahan melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Matanya lurus memandang ke hadapan.

"Jungwon boleh discharge esok" tutur Eunha senada tanpa mengerling sedikit pun Jungkook yang sedang menghadap skrin telefon di sebelah.

Jungkook sekadar menganggukkan kepalanya. Dia memandang sekilas sisi wajah Eunha yang tampak mendatar itu. Lalu,dia kembali menatap skrin telefonnya.

"Awak tahu kan Jungwon hospitalized hari ni sebab apa?" soal Eunha,kekal memandang lurus ke hadapan.

"Hm" balas Jungkook ringkas. Matanya tak lepas merenung skrin telefonnya yang sedang menyala itu.

Eunha mengeluh perlahan. Dia menoleh memandang Jungkook di sebelah.

"Saya tak nak dia sakit sebab hal kita lagi. Kita dah cakap dengan dia yang kita dah berbaik" tutur Eunha senada sebelum memalingkan wajahnya ke hadapan kembali.

"Then,buat la apa yang kita cakap dekat dia tu jadi kenyataan" balas Jungkook senada sebelum memadamkan nyalaan skrin telefonnya itu. Dia menoleh memandang Eunha di sebelah.

Eunha langsung menoleh memandang Jungkook tatkala mendengar jawapan lelaki itu. Agak terkesan dengan respon mengejut itu. Dia menatap wajah suaminya itu yang turut memandangnya.

Namun,tak lama dia meneliti wajah Jungkook sebelum dia lantas memalingkan wajahnya ke hadapan kembali.

"Saya nak Jungwon tinggal dekat rumah appa" tutur Eunha mendatar.

"Mwo?" respon Jungkook spontan dengan nada agak meninggi dek tuturan Eunha itu. Terkejut pastinya.

"Buat masa sekarang ni" sambung Eunha kekal dengan nada yang sama. Respon berbaur protes Jungkook itu langsung tidak diendah.

"Jeon Eunha" tegas Jungkook sambil menatap kesal sisi wajah isterinya itu.

Eunha menoleh. Dia memandang kosong wajah protes Jungkook itu.

"Wae? Kalau dia tinggal dengan kita pun,benda ni mungkin boleh berulang lagi kan? Daripada dia asyik dengar kita bertengkar,bergaduh,it's better dia tinggal dekat sana" ujar Eunha senada sambil menatap datar wajah Jungkook.

Jungkook langsung merengus perlahan.

"Apa benda ni,Jeon Eunha? Awak nak buat anak kita jauh dari kita pulak ke? Just sebab benda yang tak sebesar mana ni?" bentak Jungkook kesal dengan dahi yang sedikit berkerut protes. Ditenung raut datar Eunha di sebelah.

"Tak besar bagi awak. Bukan saya" tukas Eunha tanpa nada. Dia memalingkan wajahnya menghadap hadapan kembali.

Jungkook menghela nafas panjang. Dia meraup perlahan rambutnya ke belakang. Lalu,dia memandang wanita di sebelahnya itu kembali.

"Look,sayang. Jungwon tu baru 4 tahun. Umur dia tu lah yang perlukan perhatian dengan kasih sayang kita. Tapi,apa yang awak decide? Nak dia tinggal dekat rumah lain? Yang tak ada parents dia? Fikir panjang-panjang la,sayang. Dia akan lagi sedih la kalau tahu dia perlu tinggal separate dengan kita" tutur Jungkook panjang lebar berharap dapat memujuk hati Eunha. Ditenung sisi wajah isterinya itu.

"Kalau macam tu,biar saya tinggal sekali dengan dia dekat sana. Saya ibu dia. Dia lagi perlukan saya dari awak" balas Eunha senada seraya menoleh memandang suaminya itu.

"And now what? Awak nak tinggal saya pulak?" soal Jungkook langsung yang semestinya terkesan dengan respon senada isterinya itu.

"Lagi senang untuk awak kan? Dah tak ada saya yang nak bentak-bentak awak lagi dah. Awak akan tenang yang tersangat tenang dalam rumah tu" ujar Eunha bersahaja sambil menatap kosong wajah kesal Jungkook.

"How can saya nak tenang dalam rumah tu bila tak ada wife saya dekat sana?" tukas Jungkook sambil merenung wajah datar Eunha.

Eunha diam. Dia kembali menghadapkan kepalanya ke hadapan. Seolah tidak terkesan dengan jawapan lelaki itu.

"Jeon Eunha. There's no need sampai nak separate rumah lah. Benda boleh settle baik-baik kan? Come on la,sayang. Jangan buat keputusan ikut emosi macam ni" pujuk Jungkook lembut sambil menatap sisi wajah isterinya.

Eunha merengus perlahan. Dia menoleh memandang suaminya itu.

"Lepas tu,awak nak saya buat keputusan macam mana lagi?" soal Eunha sebal.

"Tak payah pergi mana-mana. Duduk je dengan saya. Baik mummy dia,baik dia. Dua-dua duduk je dengan saya. Kenapa nak kena tinggalkan saya?" -Jeon Jungkook






AWHHHH SINI DENGAN SEYA JE LAH JEON JUNGKOOK SSI

MEMANG SEYA TAK TINGGALKAN AWUCK

Tapi tulah takut aku yg kena tinggal-

APAPUN BAWA BERTENDANG SEMUANYAA

AKU TAHU CHAP BY CHAP,CHARACTER EUNHA MAKIN ANNOYING

SABA SABA

BIASALA PEREMPUAN KAN SELALU NAK MENANG

*auto laki*

SO YEAH. INI BARU SIKIT ANNOYING DIA

ANDA NAK KENA HADAP AROUND 15-20 CHAP LAGI TIAUUU

YE NATANG FF NI DH NAK END DH PUN

AKU PUN DH RANGKA CHAP BY CHAP ALMOST KE ENDING,SOOOO EHEHEHE HANYA SEYA YG TAHU ENDINGNYA BAGAIMANA

WEK

DAN SEYA SEBAGAI AUTHOR YG DH TAHU APA JADI KE DPN NNTI,MINTA KAMU SEMUA BERSABAR DAN JGN TERBAWA II SAMPAI KE REAL LIFE YE

AGAGAGAGA

KALAU SAMPAI KE REAL LIFE KAU NK ANNOYING DENGAN EUNHA AKU, MEMANG AKU SEPUCK II KAU ONLINE

EHEHE TAKDELA SEYA NI AYU ORANGNYA

JARANG PUKUL ORANG

SELALU SIHIR JE

SOO AKHIR KATA DARI SAYA,BERTAHAN LAHHHH

AHAHAHAHAH

Oh ye,btw seya terfikir nak buat double apdet nanti.

Nak cepat ii tamatkan ff ni gituuu

So,nak ke idokkk?

Ha dah tu je.

DONT LUPA VOTE YEE MUAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro