🔷110
HA CAKKK
EHEHEHEH
HA VOTE DULU
OK SABAJAP GAIS
AKU BARU PERASAN YG CHAP LEPAS ADA RALAT SIKIT
TAKDELA RALAT SGT PUN, JUST DKT SCENE INTRO TU AKU LUPA NAK PASTE SCENE YG AKU DH TYPE DKT SOMEWHERE SBLM TU
HALAH
SO MESTI AGAK TERGANTUNG SIKIT KAN INTRO CHAP TU?
SO, HA. AKU DH PASTE SCENE YG AKU TERLUPA TU, SO KALAU ANDA SMUA NK GI CEK DAN BACA BALIK, SGT DIPERSILAKAN .
SBB YELAH TETIBA START DGN EUNHA TERSENTAK EN, SEPATUTNYA ADA SCENE SBLM TU HM
HA TU JE NK GITAHU
BYK PULAK AKU BEBEL DKT INTRO, MAAP YE
HA SILAKAN BACA CHAP YG CERIA DAN MESRA DI BWH INI
MUAH
Sinaran matahari pagi yang menembusi kain langsir berwarna coklat gelap yang terselak sedikit itu telah mencucuk sepasang mata yang sedang tertutup tenang, berhasil mengganggu lena nyenyak seorang Jeon Jungkook. Matanya perlahan dicelik lalu dikerdipkan beberapa kali bagi meraih kesedaran sepenuhnya.
Tatkala itu, langsung saja dia merasakan serangan yang mencucuk-cucuk di kepalanya. Berkerut langsung dahinya seraya memegang sisi kepala. Terasa sungguh perit. Bangun paginya telah disambut dengan rasa yang teruk.
Jungkook berdesis perlahan seraya mencengkam sedikit sisi kepalanya. Matanya juga sedikit terpejam. Lalu, perlahan dia bangun dari pembaringannya. Bibirnya diketap, menahan sakit di kepala.
"Kejadah apa aku minum semalam?" omel Jungkook jengkel sambil memicit-micit pelipis kepalanya. Matanya dipejam rapat. Satu keluhan kasar dilepaskan. Bukan main menyeksa rasa perit yang mencucuk di kepalanya itu.
"Awak dah bangun? Tu. Air kosong dekat tepi. Minum la" tutur Eunha senada sebaik saja menoleh ke belakang tika mendengar suara desis Jungkook itu. Dia baru saja meletakkan segelas air kosong di meja lampu tidur tadi. Habuan untuk suaminya itu menghilangkan sedikit kesan minuman keras semalam.
Jungkook langsung mencelikkan matanya semula apabila mendengar suara datar Eunha itu. Tangannya yang sedang memicit-micit pelipis kepala itu pun terhenti. Dia memandang sang isteri yang sedang statik berdiri di muka pintu, menoleh memandangnya.
"Sayang--"
Belum sempat Jungkook mengajukan bicaranya untuk wanita itu, Eunha langsung saja memalingkan wajahnya ke depan lalu menapak keluar dari bilik tidur mereka itu.
Jungkook sedikit terpinga-pinga dengan tindak dingin Eunha itu. Namun, hanya seketika sebelum rasa mencucuk di kepalanya itu kembali menyerang. Dahinya kembali berkerut-kerut seraya bibir diketap. Efek sakitnya ini seolah dia telah meminum minuman yang betul-betul keras dan kuat semalam.
Satu rengusan kasar dilepaskan. Dia kembali perlahan merebahkan tubuhnya itu ke atas tilam, kembali berbaring. Sisi kepalanya dipicit-picit.
"Tak, benda yang aku minum semalam?" gumam Jungkook kesal dengan tangan yang setia memicit pelipis kepala bersama mata tertutup. Dia cuba mengingat semula hal-hal yang berlaku semalam. Selama dia mabuk dan separa sedar.
"Aku tak buat benda bodoh kan?" omel Jungkook agak risau sambil di layar fikirannya, dia cuba memaksa untuk mengimbas dan mengingat apa-apa hal yang mungkin terjadi di luar kesedarannya semalam.
"Hai, encik. Ni minuman cadangan dari bos kami. Dry Bone Martini. Encik nampak macam serabut dengan masalah, jadi kebetulan minuman ni macam sesuai untuk encik" tutur pelayan bar itu mesra sebaik saja meletakkan satu gelas besar yang berisi minuman keras yang dinamakan Dry Bone Martini itu ke atas meja di hadapan Jungkook.
"Dry Bone Martini? Kejadah apa tu?" omel Jungkook bingung sebaik saja terimbas kembali di layar fikirannya tentang minuman keras yang disarankan pelayan bar semalam. Dan, bagusnya, dia terus mengonsumsi minuman itu tanpa berfikir banyak. Maklumlah, di saat itu pun dia sudah agak mabuk.
Jungkook berfikir sejenak tentang jenis minuman itu sebelum dia langsung menoleh dan meraih telefon pintarnya di atas meja lampu tidur di sebelah. Dengan kepala yang masih menyucuk rasanya, dia menyalakan skrin telefonnya. Niatnya untuk membuat carian tentang minuman keras itu langsung terbantut tika melihat notifikasi yang terpapar di skrin objek itu.
10 missed calls from Precious💙
Yesterday,11.29 pm.
8 unread messages from Precious💙
Jungkook langsung merengus perlahan sebaik saja melihat notifikasi yang tertera di lockscreen telefonnya itu. Dia meraup wajahnya sekilas lalu telefon di pegangan dilepaskan ke tepi. Dia langsung bangun dari pembaringannya kembali.
"Benda aku buat semalam?" gumamnya penasaran dan terselit sedikit resah. Dia menatap lurus ke hadapan. Sesekali dahinya berkerut sedikit menahan rasa sakit berdenyut di kepala.
"Hai, dear. Tak sangka boleh jumpa you dekat sini" sapa Sae Yoon mesra sebaik saja melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook. Dielus perlahan bahu lelaki di sebelahnya itu.
"The f-"
Spontan. Ya. Spontan perkataan kesat itu hampir terungkap sempurna di bibir milik Jeon Jungkook tatkala dia mulai mengingati serba sedikit tentang hal semalam. Matanya sedikit membulat. Lidahnya seperti dibekukan.
"Eh, bodoh. Perempuan tu...perempuan tu ada ke dengan aku semalam? " gumam Jungkook agak kaku sambil otaknya sedang memproses. Matanya kekal menatap lurus ke hadapan.
"Jeon Eunha"
"Kalau nak buat bising dekat sini, pergi balik la. Serabut"
"Fck" ujar Jungkook spontan tika dialognya itu semalam tertayang di layar fikirannya. Dialog yang dia sendiri tidak sedar perkara itu diungkap dari mulutnya kepada Eunha. Mungkin dia terlalu serabut dengan hal jambak bunga itu sehingga terlepas bicara itu ketika dirinya di luar kesedaran.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»110
•
•
•
"Tu, Hae imo dah sampai dah" tutur Eunha mesra sambil memakaikan kasut sekolah pada kaki kiri Jungwon dengan kemas.
Jungwon langsung menoleh dan melihat kereta sedan milik ibu saudaranya itu baru berhenti di luar pagar rumah. Dia langsung tersenyum kecil dan memandang ibunya kembali.
"Jadi,Jungwon dah boleh pergi la kan, mummy?" soalnya riang lalu berdiri dari terus duduk di atas lantai di muka pintu itu.
Eunha yang sedang mencangkung itu langsung tersenyum sebelum turut berdiri. Dia menganggukkan kepalanya.
Pagi ini, Hae Jung yang bersukarela mahu menghantar si Jeon Jungwon itu ke tadika. Lagi pun memang dia sudah berjanji dengan anak kecil itu untuk berbuat demikian.
"Okeyy, Jungwon pergi dulu! " pamit Jungwon girang lalu memeluk ringkas tubuh ibunya.
"Bekal tu jangan lupa makan nanti. Okey?" pesan Eunha seraya melonggarkan pelukannya dengan anaknya itu. Dipandang wajah ceria si kecil itu.
"Eung,okey!" jawab Jungwon akur dengan riang setelah mengangguk laju. Dipandang sekilas bekas segi empat berwarna biru muda di pegangannya itu. Hari ini dia tak mahu bersarapan di rumah. Takut Hae imo dia tinggal nanti.
"Dah, pergi cepat. Nanti lama imo tunggu" ujar Eunha lalu menjuihkan sekilas bibirnya ke arah kereta Hae Jung di luar.
"Okeyy. Bye bye, mummy!" ucap Jungwon riang dengan lambaian tangan sebelum langsung terkedek-kedek berlari ke arah pagar.
Eunha hanya membalas lambaian anaknya itu ringkas bersama senyuman. Setelah itu, dia memusingkan tubuhnya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat.
Sebaik saja itu, senyuman yang terukir di bibirnya tadi perlahan lesap. Dia menyandarkan tubuhnya di pintu lalu mengeluh berat. Masih terngiang-ngiang di fikirannya tentang hal di bar semalam.
"Jeon Eunha"
"Kalau nak buat bising dekat sini, pergi balik la. Serabut" tutur Jungkook dingin sambil menatap tajam wajah Eunha yang tak jauh darinya.
Eunha langsung terpana. Dia memandang wajah datar suaminya itu dengan lidah yang kelu.
Sae Yoon pula langsung mengambil kesempatan itu untuk menepis kasar tangan Eunha yang mencengkam rambutnya itu. Dia merapikan ringkas rambutnya sebelum memandang Eunha yang masih terkedu itu. Terukir senyuman senget di bibirnya.
"See? Aku dah cakap la, Eunha. Laki kau betul-betul ajak aku datang sini sebab serabut dengan kau. Apa yang susah sangat kau nak percaya?" tutur Sae Yoon bersahaja dengan senyuman kemenangannya itu. Seperti tuah menyebelahinya, atau tepatnya, seperti Jungkook menyebelahinya tika dia mendengar respon lelaki itu.
Eunha langsung tidak mengendahkan Sae Yoon. Dia menolak sedikit tubuh Sae Yoon lalu mengambil tempat di sebelah Jungkook. Lengan lelaki itu disentuh perlahan.
"Sayang, awak dah mabuk sangat ni. Jom la kita balik. Esok awak nak kerja kan? Dah pukul berapa dah ni. Dah lewat sangat dah. Eoh?" tutur Eunha lembut sambil memandang wajah dingin suaminya itu.
Sae Yoon langsung berdecit jengkel melihat layanan Eunha kepada lelaki itu.
Jungkook sekadar memandang sekilas Eunha sebelum dia memalingkan wajahnya ke hadapan. Dia tidak menyahut.
Eunha langsung mengeluh perlahan apabila melihat respon dingin Jungkook itu. Tangannya bergerak menggenggam lengan lelaki itu.
"Sayang--"
Belum sempat Eunha mengajukan bicara lembutnya, tangannya yang memegang lengan Jungkook itu terlebih dahulu ditepis oleh tuan badan. Terkesima Eunha dibuatnya.
"Tak payah nak suruh aku balik bagai la. Kau punca aku datang sini" tutur Jungkook dingin sebelum menoleh memandang Eunha di sebelah. Tatapannya tajam.
Eunha drastik tersentak hebat. Matanya sedikit membulat dek respon Jungkook itu.
"Pergi balik la. Serabut" tambah Jungkook dingin sebelum kembali memandang ke depan.
Eunha bertambah terguris dengan bicara dingin suaminya itu. Bibirnya bergetar mahu mengungkapkan kata.
"Sayang-"
"Just go. Aku tak nak bertambah serabut. Balik" ujar Jungkook mendatar dengan nada agak tinggi. Dikerling tajam Eunha di sebelah.
Eunha yang mendengarkan itu bertambah tersentak. Semakin kasar bicara Jungkook itu. Dia langsung menekup wajah suaminya lalu dipusing menghadapnya.
"Sayang, sedar lah!" herdik Eunha lantang hanya untuk menyedarkan suaminya itu.
Namun, yang diterimanya adalah Jungkook yang menepis kedua-dua tangannya itu kasar.
"Aku suruh kau balik kan?! Keluar je la dari sini! Apa yang tak faham sangat?!"
Eunha langsung memejamkan matanya rapat tika situasi teruk yang terjadi semalam itu masih segar dalam ingatannya. Masih terasa pedih di hatinya. Di depan Kim Sae Yoon gila itu dia dilayan begitu oleh Jungkook. Rasa malu dan kecewa bercampur menjadi satu.
Eunha menghela nafasnya perlahan sebelum menggelengkan kecil kepalanya. Wajahnya diraup sekilas lalu langkah diatur menuju ke tangga. Kemudian,satu-persatu anak tangga dipijaknya dengan fikiran yang masih bercelaru. Tiba saja di tingkat dua,serentak pintu bilik tidur utama dibuka. Muncul sosok tubuh Jungkook di muka pintu.
"Sayang" panggil Jungkook langsung tatkala mendapati figura Eunha di hadapan tangga.
Eunha langsung melarikan bola matanya ke arah lain saat memandang lelaki itu. Dia mengeluh kecil sebelum meneruskan langkahnya tanpa menyahut panggilan suaminya itu. Masih segar rasanya luka di hatinya.
"Sayang,sayang kejap" seloroh Jungkook pantas seraya langsung melangkah ke arah Eunha lalu memegang kedua-dua bahu wanita itu,enggan membiarkan wanita itu pergi.
Eunha langsung mengeluh panjang. Dia mendongakkan sedikit kepalanya lalu memandang suaminya itu dengan tatapan kosong.
"Apa?" balas Eunha senada dengan dahi yang sedikit berkerut,agak membentak.
Jungkook menatap raut kesal di wajah Eunha itu sebelum mengeluh perlahan. Kedua-dua tangannya yang memegang bahu wanita itu diturunkan perlahan.
"Look,pasal semalam--"
"Ye,saya minta maaf. Saya minta maaf sebab dah buat awak serabut. Salah saya. Salah saya sebab terima flower bouquet tu. Awak tak suka saya buat macam tu kan? Sampai awak serabut,sampai awak pergi bar and stay sana almost 5 jam. Saya minta maaf sebab buat awak serabut sampai macam tu. Sampai awak kena minum sebanyak tu just untuk hilangkan rasa serabut awak tu dengan saya. Ye,saya minta maaf" hambur Eunha panjang lebar,senada. Matanya lurus menatap raut serba salah di muka Jungkook.
Jungkook terkedu seketika dek hamburan Eunha yang pantas memotong bicaranya itu. Agak mendalam. Lalu,dia langsung menggelengkan kepalanya perlahan.
"Tak,sayang,saya--"
"Kalau awak still marahkan pasal bunga dari Si Han tu,saya cuma nak bagitahu awak,saya sikit pun tak rasa lebih dari apa-apa bila saya tahu bunga tu dari dia. Ye,mulanya saya tak tahu pun pasal bunga tu. Dia bagi bunga tu dekat Jungwon untuk kasi dekat saya. Bila Jungwon bagitahu,okey saya dah tahu siapa yang bagi. Jadi,saya nak kena terus buang ke bila dapat tahu pasal tu?" tambah Eunha lancar,masih dengan nada yang sama. Ekspresi wajahnya kekal datar.
"Pasal kad. Pasal kad pulak,saya langsung tak tahu pasal kad tu. Saya langsung tak tahu pasal kewujudan kad tu dalam bouquet tu pun. Saya langsung tak tahu apa isi kad tu waktu tu. Kalau saya tahu,saya pun takkan senang-senang lah nak terima bunga tu. Saya pun tahu untuk rasa tak selesa lah bila terima benda macam tu. Dengan ayat yang macam tu. Saya sedar lagi yang saya ni wife orang,sayang" sambung Eunha sebelum mengeluh perlahan. Tatapannya yang kosong tadi menjadi sedikit redup.
Jungkook terhanyut dalam kebisuan sebentar dek penjelasan Eunha itu. Dia hanya mampu mengamati wajah redup wanita itu.
Eunha kemudiannya menarik senyuman singkat.
"Tapi tu lah,ada guna lagi ke saya explain semua ni dekat awak? Benda tu dah buat awak serabut pun kan? Ah,ani. Saya dah buat awak serabut pun kan?" soal Eunha agak sarkastik dengan senyuman kecil. Keningnya dijongket sebelah.
"Tak,sayang,tak. Bukan macam tu" nafi Jungkook langsung saat mendengar andaian Eunha itu.
"Dah tu? Dah tu apa? Hm?" soal Eunha agak membentak dengan dahi yang sedikit berkerut. Kepalanya ditundukkan singkat bersama bibir yang diketap. Lalu,satu keluhan panjang dilepaskan. Kepala diangkat kembali,memandang wajah sang suami.
"Awak halau saya semalam. Awak tinggikan suara dekat saya semalam. Awak berkasar dengan saya. Dekat depan orang,customer dalam bar tu,dekat depan Kim Sae Yoon. Semua sebab awak serabut dengan saya. Awak serabut saya ada dekat situ" hambur Eunha kesal dengan nada yang agak bergetar. Ditatap lurus ke wajah terpana Jungkook.
"Tapi,Kim Sae Yoon tu? Awak boleh biarkan dia dekat situ ye? Awak biar dia sentuh muka awak,biar dia peluk lengan awak,biar dia buat semua. Tak ada pulak awak serabut macam awak serabut dekat wife awak sendiri. Tak ada pulak awak tepis tangan dia,tolak dia,cakap kasar dengan dia macam mana awak buat dekat saya semalam. Macam mana awak malukan saya semalam" sambung Eunha kesal berbaur sindiran. Matanya tak lepas merenung wajah lelaki itu.
Jungkook yang mendengarkan itu hanya mampu membisu. Dia tak dapat menafikan tentang perkara itu kerana semuanya benar belaka. Tapi itulah,semua yang berlaku itu sememangnya di luar kesedarannya. Entah minuman berat dan keras apalah yang diminumnya semalam.
Eunha mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan apabila terlintas sesuatu di fikirannya.
"Okey,kalau time tu awak mabuk sekali pun,bukannya awak dah hilang sampai semua conscious awak pun kan? Awak masih sedar pasal sekeliling kan? Awak masih boleh bezakan mana satu wife awak kan? Ah,ani. Awak masih boleh bezakan siapa yang patut awak layan baik-baik kan? Kalau awak nak saya pergi pun,awak boleh cakap baik-baik kan? Awak cuma mabuk,sayang. Bukannya kena pukau orang. Awak still ada conscious tu" bentak Eunha lembut dengan dahi yang sedikit berkerut. Sungguh,dia kesal.
Eunha mengemam bibirnya rapat. Dia memandang sang suami yang hanya berdiam diri di hadapan.
"Unless,awak memang maksudkan semua tu dekat saya semalam" tutur Eunha perlahan sambil menatap tepat ke wajah Jungkook.
"Serabut sangat ke saya untuk awak,eoh?" soal Eunha agak lirih dengan dahi yang sedikit berkerut.
Jungkook langsung mengeluh perlahan. Dia menggelengkan kepalanya,menafikan.
"Tak,sayang,tak. Saya cuma terpengaruh dengan emosi semalam. Saya just keluarkan apa yang tengah ganggu fikiran saya time tu. Saya serabut pasal kes hari tu,bukannya serabut dengan awak,sayang" tukas Jungkook lembut sambil menatap wajah kesal Eunha.
"Tapi,awak halau saya,sayang." balas Eunha serentak dengan air matanya yang menitis. Nadanya juga agak serak. Lama dia menahan sesak di dada.
Jungkook terdiam. Bukan disebabkan tuturan wanita itu tapi air matanya.
Eunha mengemam bibirnya rapat sebelum kembali bersuara.
"Awak halau saya keluar dari bar tu dengan kasar. Awak halau saya balik while awak still duduk dekat situ dengan perempuan tu. Awak biar perempuan tu pegang awak,peluk awak,rapat dengan awak! Hati saya sakit,sayang. Hati saya sakit! Sakit tengok semua tu!" hambur Eunha kesal seraya air matanya mengalir laju membasahi pipi. Dia menepuk-nepuk dadanya yang terasa sesak itu.
"Awak ingat saya ni apa,sayang?! Ye,betul! Memang saya dah buat awak kecewa pasal flower bouquet tu,tapi perlu ke awak balas dekat saya macam ni? Perlu ke awak buat saya macam ni,eoh?!" sambung Eunha sebal sambil menumbuk-numbuk kesal dada bidang Jungkook,melepaskan kekesalannya. Air matanya setia mengalir keluar.
Jungkook pula hanya statik berdiri di situ,membiarkan wanita itu meluahkan rasa kesalnya. Namun,tetap saja hatinya sakit melihat manik air mata yang deras mengalir di pipi isterinya itu.
"Pukul 5. Pukul 5 petang semalam awak cakap awak ada appoinment. Awak cakap awak akan balik lewat. Semua tu ke appointment awak semalam? Eoh? Semua tu ke? Minum bergelas-gelas bir,wine. Bermesra dengan perempuan tu. Berapa lama awak spend dengan perempuan tu semalam,eoh? Berapa lama?! Berapa lama,sayang?!" hambur Eunha lagi penuh kecewa dan sebal sambil menggoncang tubuh kaku suaminya itu. Nadanya juga ada yang serak dek tangisan.
"Hati saya sakit,sayang! Hati saya sakit,Jeon Jungkook! Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? Kenapa?!" bentak Eunha lagi penuh kesal. Wajahnya sudah berona merah bersama hidung yang juga kemerah-merahan.
Eunha mengesat air matanya kasar. Dia cuba mengatur nafasnya yang agak tidak keruan itu. Tangannya yang menggenggam kuat baju T putih Jungkook itu melonggar. Dia mengetap bibirnya lalu perlahan mencangkung. Wajahnya ditekup kedua-dua tangan kecilnya,menangis perlahan di sebalik telapak tangan itu. Terhinjut perlahan bahunya.
Jungkook yang melihat itu pastinya tidak akan cuma statik di situ saja. Dia langsung mencangkung lalu mendakap tubuh kecil isterinya itu. Meskipun,tubuhnya itu ditolak-tolak kasar Eunha, tetap saja dia memeluk tubuh wanita itu. Malah,dieratkan lagi pelukan itu hingga mengunci bentakan dari wanita itu. Setelah itu,diusap-usap belakang isterinya itu dengan perlahan.
"Saya minta maaf, sayang. Saya minta maaf"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»110
•
•
•
"Ish, boleh pulak lupa tu ha" ujar Hae Jung agak kesal sambil menyepetkan matanya, merenung si Jeon Jungwon di depannya itu. Lengannya disilangkan ke dada. Mana tidaknya, mereka sudah memulakan perjalanan sebanyak 300 meter, si anak saudaranya yang seketul itu baru teringat tentang botol airnya yang tertinggal.
Dan, disinilah mereka berdua sekarang. Di muka pintu rumah agam milik Jeon Jungkook.
Jungwon langsung tersengih.
"Hehehe, kejap je, imo. Won kena ada air. Nanti makan takut tercekik" jelas Jungwon betah lalu kembali menayang sebaris giginya.
Hae Jung langsung berdecit perlahan.
"Ha, ye lah. Ada je lah jawapan dia tu. Dah, pergi masuk cepat. Imo tunggu depan ni je" tutur Hae Jung seraya menarik gagang pintu utama rumah yang sudah dimasukkan passcode itu. Dibukakan pintu untuk si budak bertuah itu.
"Okey,kejap eh, imooo" balas Jungwon riang lalu langsung melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup Hae Jung semula. Memang taklah dia mahu memegang gagang pintu itu sepanjang masa.
Jungwon berlari anak menuju ke dapur. Namun, langkahnya perlahan terhenti tatkala mendengar satu suara lantang sebaik saja dia melepasi ruang tangga.
"Hati saya sakit,sayang! Hati saya sakit! Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? Kenapaaa?!"
Bergema suara bentakan Eunha yang terselit serak dan bergetar di dalam suasana lengang rumah itu. Cukup membuatkan Jungwon tersentak dan mendongak sedikit memandang ke arah tangga. Meskipun dia tidak dapat melihat keadaan di atas, namun dia dapat merasakan suara ibunya itu bergema dari arah itu.
Perlahan ekspresi wajah Jungwon berubah cemberut. Dia masih memandang ke arah tangga. Samar-samar dia mendengar suara tangisan dan esakan ibunya itu.
"Mummy... " gumamnya perlahan sebelum bibirnya bergetar, hampir menangis. Tidak sanggup mendengar suara tangisan ibunya itu. Cukuplah semalam.
"Jungwon ah, dah ambil ke belum botol air?"
Suara Hae Jung yang mengajukan soalan, langsung saja membuatkan Jungwon mengesat air matanya yang masih belum sempat mengalir itu. Kemudian, dia menoleh, melihat sang ibu saudara yang sedang menjenguk kepalanya di antara pintu itu.
Jungwon langsung menggelengkan kepalanya sebagai respon. Tidak bersuara. Tak mahu ibu dan ayahnya itu sedar kalau dirinya berada di situ. Dia melangkah ke arah Hae Jung.
"Lah, kenapa tak ambil? Tak jumpa ye? Mummy mana? Tak minta mummy tolong carikan?" soal Hae Jung bertalu-talu sebaik saja si kecil itu berada hampir dengannya.
"Tak apa lah, imo. Won baru teringat dekat tadika ada mesin air masak. Nanti Won minta tolong dekat cikgu je" balas Jungwon lalu mengukir senyuman kecil.
Hae Jung menjongket sebelah keningnya sambil menilik wajah Jungwon itu. Entah perasaannya atau apa, raut wajah si kecil itu tampak agak muram berbanding tadi.
"Pulak. Okey la macam tu. Kajja, nanti lambat" balas Hae Jung sebelum menutup semula pintu rumah agam milik abangnya itu sebaik saja Jungwon keluar.
Jungwon hanya mengangguk sebelum duduk di atas lantai untuk memakai kasut. Atau lebih tepatnya, untuk dipakaikan kasutnya itu oleh Hae Jung.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»110
•
•
•
"
Hey,husband kau yang ajak aku datang sini,okey? Katanya dia dah serabut dengan kau and nak have fun dekat sini je dengan aku. So? "
-
"See? Aku dah cakap la, Eunha. Laki kau betul-betul ajak aku datang sini sebab serabut dengan kau. Apa yang susah sangat kau nak percaya?"
Eunha yang sedang menangis di dalam pelukan Jungkook itu langsung saja menolak tubuh lelaki itu tatkala tuturan Sae Yoon itu tiba-tiba saja terngiang-ngiang di telinganya. Pelukan yang bertaut lama tadi terlerai begitu saja.
Eunha mengesat air matanya lalu memandang wajah bingung Jungkook di hadapan. Ditatap lama wajah lelaki itu. Semakin ditatap, semakin sakit hatinya. Kerana apa? Kerana dia asyik teringatkan tentang kejadian semalam. Seolah memberi luka yang sangat dalam di hatinya.
Eunha menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba mengatur nafas sebelum bersuara. Dia mengetap bibirnya sebelum menatap tepat ke wajah Jungkook.
"Kalau awak memang ada, atau nak ada hubungan dengan perempuan tu, just, bagitahu saya" tutur Eunha senada sambil memandang wajah suaminya itu.
"Kita boleh cerai" sambung Eunha tanpa nada.
"Jeon Eunha!" laung Jungkook drastik sebaik saja mendengar tuturan wanita itu. Drastik juga dia berdiri. Matanya yang membuntang itu merenung wajah kesal sang isteri. Sungguh dia tidak pernah terfikir pun perkara itu akan keluar dari mulut wanita itu.
Eunha diam. Dia memejamkan matanya rapat. Bibirnya diketap.
"Awak sedar tak apa awak cakap ni, Jeon Eunha?!" soal Jungkook lantang dengan kesalnya. Ditatap tajam wajah 'tenang' Eunha yang masih duduk di atas lantai itu.
"Kenapa?! Habis tu awak nak simpan saya lagi ke bila awak dah ada hubungan dengan perempuan tu?! Awak ingat saya boleh tanggung ke sakit semua bila tengok awak dengan dia?!" balas Eunha kesal sambil mendongak memandang wajah sebal suaminya itu dengan mata yang berair.
"Siapa yang ada hubungan dengan dia?! Stop la dengan assumption mengarut awak tu, Jeon Eunha!" tukas Jungkook kesal dengan sebalnya.
Eunha lantas mengesat air matanya yang hampir mengalir. Dia berdiri. Ditatap wajah berang Jungkook.
"Assumption mengarut? Assumption mengarut apa? Tak cukup betul lagi ke pasal semua benda awak dengan dia? Kebetulan ke semua tu? Apa yang jadi antara awak dengan dia sebelum ni,semuanya kebetulan?" tutur Eunha bertalu-talu sambil merenung wajah Jungkook.
Jungkook langsung merengus perlahan. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang.
"Jeon Eunha, tak cukup lagi ke apa yang saya dah explain dekat awak pasal semua tu sebelum ni? Tak cukup yakin ke awak dengan saya?" balas Jungkook kesal dan terselit kecewa sambil menatap wajah Eunha.
"Awak yakin tak dengan saya?" soal Eunha drastik, senada. Ditatap tepat ke wajah suaminya itu.
"Mwo?" respon Jungkook agak tersentak dengan soalan cepumas itu. Terimbas sekilas hamburan kasarnya pada Eunha dua hari lepas hanya disebabkan kad dan sejambak bunga dari Yoo Si Han itu.
"Awak tak yakin jugak kan? Then, kita sama lah" tutur Eunha tanpa nada sambil memandang wajah Jungkook yang agak kaku itu.
Eunha mengeluh perlahan sebelum bersuara.
"Saya cuma bagitahu awak. Kalau awak dah ada hubungan dengan perempuan tu, atau pun awak nak ada hubungan dengan perempuan tu, then tak payah simpan saya,"
"Just,lepaskan saya"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»110
•
•
•
"Jungwon? Kenapa tak makan nasi goreng tu, hm?" soal cikgu Kim lembut sebaik saja mendapati muridnya yang berusia 4 tahun itu cuma memegang sudu dan membiarkan bekal makanan bercorak kenderaan Robocar Poli-nya itu terbuka.
Jungwon langsung menoleh melihat sang guru tika mendengar teguran itu. Dia langsung menarik senyuman lebar.
"Jungwon nak makan," balas Jungwon sambil memandang guru perempuan lingkungan lewat 20 an itu. Ayatnya itu dijedakan seketika, berfikir bagaimana untuk menyambung ayatnya itu lagi.
Cikgu Kim langsung mengambil tempat di sebelah anak kecil itu. Dia menoleh memandang Jungwon.
"Hm, tapi?" soal cikgu Kim mesra dengan kening yang dijongket sebelah.
"Eoh,tapi, rasa macam kenyang" jawab Jungwon langsung saat bicaranya itu dibantu sang guru. Dia tersengih kecil. Sudu di pegangannya itu diletakkan ke dalam bekal makanan semula.
"Kenyang? Jungwon dah makan tadi? Dekat rumah?" soal cikgu Kim penasaran dengan kening yang dijongket sebelah.
Polos saja si Jeon Jungwon itu menggelengkan kepalanya.
"Belum" jawabnya ringkas.
Cikgu Kim langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil.
"Haa, habis tu, macam mana boleh kenyang?" soal cikgu Kim mesra.
"Tak tahu. Tapi, Jungwon memang tak nak makan la, cikgu" balas Jungwon polos sambil menatap wajah guru wanita itu.
"Lah, kenapa? Jungwon tak lapar ke?" soal cikgu Kim agak bimbang dengan kening yang diangkat sebelah.
"Macam kenyang" jawab Jungwon bersahaja dengan polos. Yang sebenarnya, dia tiada selera, tapi tak tahu bagaimana mahu menjelaskan itu.
Cikgu Kim lagi-lagi berdecit perlahan dek jawapan si kecil itu. Dia tertawa kecil sebelum menggeleng perlahan.
"Tak adanya 'macam kenyang' tu. Jungwon kena makan, okey? Kalau Jungwon tak makan, rugi je nasi goreng tu ha. Penat mummy masakkan" tutur cikgu Kim lembut, cuba memujuk anak kecil itu.
Mendengarkan itu, Jungwon langsung menunduk memandang ke dalam bekal makanannya.
"Mummy..." gumamnya perlahan dengan ekspresi wajah kembali cemberut. Bibirnya dikemam.
Reaksinya itu langsung tidak terlihat curiga oleh cikgu Kim. Malah, dia merasakan itu mencuit hatinya. Rambut hitam Jungwon dikusutkannya perlahan sebelum berdiri.
"Jungwon makan ye? Cikgu pun nak pergi ambil bekal cikgu" tutur cikgu Kim lembut dengan senyuman.
"Eoh, ne.." balas Jungwon sambil mendongak memandang cikgu Kim setelah mengangguk. Lalu,guru wanita itu pun beredar.
Jungwon kembali memalingkan wajahnya ke hadapan. Dia menatap redup nasi goreng Kimchi yang memenuhi bekal makanannya itu. Lalu bibirnya dicebikkan sedikit.
"Mummy tak apa-apa kan...?"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»110
•
•
•
"Awak nak turun jugak ke?" soal Hae Jung seraya melepaskan tali pinggang keledar yang terlilit di tubuhnya itu. Dipandang Hyungwon di sebelah.
"Eoh, boleh jugak. Lama tak tengok budak tu" jawab Hyungwon bersahaja sebelum turut menanggalkan tali pinggang keledar di tubuhnya itu.
Hae Jung langsung berdecit perlahan sebelum menganggukkan kepalanya.
"Eoh, kajja" ajaknya lalu membuka pintu kereta dan keluar terlebih dahulu. Ditutup rapat pintu kereta suaminya itu lalu rambutnya dirapikan seketika di tingkap kereta.
"Hey, nak pergi ambil budak tadika pun nak betulkan rambut ke?" tegur Hyungwon berbaur sarkastik mesra seraya merangkul bahu Hae Jung yang masih ligat merapikan rambut itu.
"Eh, haruslahh. Mana tahu nanti kalau terjumpa budak lelaki memana yang handsome, boleh wink sedas" seloroh Hae Jung selamba seraya berganjak dari tingkap kereta itu.
Hyungwon langsung berdecit perlahan. Mereka mulai melangkah beriringan menuju ke pagar utama tadika.
"Tak tidur malam budak tu nanti, sayang" tutur Hyungwon bersahaja.
"Ye, sebab teringatkan saya" balas Hae Jung santai.
"Tak, sebab dia trauma" tukas Hyungwon selamba.
"Eyyy" rungut Hae Jung jengkel seraya menolak perlahan wajah suaminya itu. Menyebalkan betul.
Hyungwon hanya tergelak kecil. Hae Jung sekadar menjeling sekilas lelaki itu sebelum bersuara.
"Dah, mana Jungwon?" soal Hae Jung sebaik saja mereka berdua berada di depan pagar tadika yang sudah terbuka luas itu. Sudah banyak kanak-kanak terkedek-kedek berlari ke arah ibu bapa mereka.
Hyungwon langsung meliarkan matanya, mencari figura kecil anak saudaranya itu di kala budak-budak yang agak berpusu-pusu keluar itu. Puas dia cuba menajamkan penglihatannya dan akhirnya dia menemui si kecil itu.
"Jungwon ah!" panggil Hyungwon mesra dan agak lantang seraya melambaikan kecil tangannya bagi menarik perhatian budak lelaki itu.
"Ah, manaaa? Awak tak bagitahu saya pun budak tu dekat mana! " bentak Hae Jung sebal lalu tertoleh-toleh mencari anak buahnya itu. Lalu, matanya pun terarah pada figura Jungwon yang sedang berjalan menuju ke pagar tadika itu.
"Eoh, tu dia--"
"Sayang, kenapa macam longlai je dia jalan? Okey tak tu?" soal Hyungwon bimbang sambil merenung ke arah figura Jungwon yang agak jauh dari mereka itu. Tampak tak bermaya saja si kecil itu melangkah.
"Mungkin penat makan tu" seloroh Hae Jung.
"Bukan masa nak melawak, sayang" tukas Hyungwon agak tegas seraya menjeling sekilas isterinya itu.
"Lah, pandai serius pulak dah sekarang" balas Hae Jung sebelum mencebikkan bibirnya. Dijeling sekilas suaminya itu dengan sebal.
Setelah itu, dia kembali memandang ke depan. Dipandang sosok tubuh kecil anak buahnya itu kembali lalu tangannya dilambai-lambai.
"Jungwon, sini! Imo dengan samchon--"
"Jungwon!" laung Hyungwon dan Hae Jung serentak tatkala melihat tubuh kecil Jeon Jungwon itu rebah ke atas tanah.
Pengsan.
OH NOOOO
HM
4.5K WORDS NYAH
HA DIS CHAP TAKDE MENCABAR KESABARAN SGT KAN
EHEHEHEHE
MAAP LA SINCE AKU TGH EXAM NI, TAK SMPT NK APDET AWAL EM
ESK YE GUWE BEBEL BEBANYAK
MCM BIASA, SEYA TIDAK SETADI LAGI AHAAHAHAH em
PAPEPUN, HEPI 100K READERS UTK BBP HUEHUEUE
YE AKU TAHU ADA YANG REPEAT BACA LAGI *cough* EM
MOVE ON LAAA, JUNGKOOK SAYA DI FF INI BAIK AKHLAKNYA-
EKCELI DUA HARI LPS LAGI DAH REACH 100K TAPI SEYA LUPA EM
DH SIKIT II DAH
GERUCK LU
YE VOTE YE JANGAN LUPA MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro