Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷11


VOTE!

COMMENT!

TQ











8.15 am

"Okey, siap!" omel Eunha riang tatkala selesai menyusun beberapa roti yang siap dibakar di atas satu pinggan berbentuk segi empat yang berpermukaan luas itu. Dia kemudiannya mengangkat pinggan itu lalu dibawa ke meja makan. Seterusnya, dia mencapai teko bersaiz sederhana yang berisi air Cappuccino hangat itu lalu dituang ke dalam sebiji  cawan.

Baru saja Eunha ingin menuang air berkaffein itu ke dalam cawan seterusnya, telinganya menangkap bunyi derapan kaki memijak tangga. Serta-merta dia menghentikan aktivitinya. Kepala diangkat seraya itu mengulum senyuman. Benar apa yang didengarinya tadi iaitu bunyi orang menurun tangga. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.

"Awak--"

"Sayang, saya pergi office dulu, eoh? Bye" pamit Jungkook dengan sekali harung. Dia sangat kelihatan tergesa-gesa ketika itu. Eunha di dapur hanya dikerling sekilas. Dia berjalan menuju ke ruang tamu sambil tangan kanannya ligat mengancing butang lengan baju kirinya.

"Eh, awak tak nak breakfast dulu ke?" soal Eunha seraya meletakkan teko yang di pegangannya itu ke atas meja. Dia langsung menghayun langkah ke ruang tamu untuk menemui suaminya yang sedang tergesa-gesa itu. Kelihatan lelaki yang hanya berkemeja lengan panjang berwarna putih itu sedang menyusun kertas-kertas kerjanya di atas meja itu lalu dimasukkan ke dalam fail dengan pantas.

"Sorry. Tak sempatlah, sayang. Tiba-tiba je diorang tukar schedule meeting sejam awal" balas Jungkook dan mengukir senyuman kecil sekilas buat Eunha sebelum dia meneruskan aktivitinya.

Eunha hanya mengangguk kecil. Dia sekadar melihat gerak-geri Jungkook sehinggalah lelaki itu selesai menyusun bahan kerjanya itu dan berdiri.

Jungkook berdiri dan langsung menghayun langkahnya ke arah Eunha yang hanya statik berdiri di situ.

"Sorry, okay? Saya memang rushing sangat ni, sayang. Saya pergi dulu,hm?" tutur Jungkook lembut sejurus memeluk ringkas tubuh kecil Eunha itu. Setelah itu dia meleraikan pelukannya dan menepuk perlahan pipi gebu Eunha.

Eunha berdecit perlahan sebelum tersenyum. Dia sekadar menganggukkan kepalanya.

"Bye. Jumpa nanti, okey" pamit Jungkook seraya memusingkan badannya untuk menuju ke pintu depan. Namun, suara Eunha membantutkannya pula.

"Eh, awak, necktie!" ujar Eunha sebelum mengambil tali leher yang berada di atas kabinet bersebelahan kabinet televisyen itu.

"Eoh" balas Jungkook yang baru teringat akan itu. Dia memusingkan badannya kembali.

"Nah" tutur Eunha seraya menghulurkan tali leher itu kepada Jungkook yang sedang berjalan ke arahnya itu.

"Pakaikan" arah Jungkook bersahaja sebelum menjuihkan bibirnya, menunjuk tali leher yang berada di tangan Eunha itu.

"Eh, pakai la sendiri dalam kereta nanti. Kan awak dah lambat sangat nak pergi meeting kan?" tukas Eunha selamba dengan biasanya menayang wajah polosnya. Ayatnya itu memang kedengaran sarkastik, sedangkan dia langsung tidak merancang untuk melontarkan ayat sejenis itu pun.

"Ala, sempat ni kalau sayang yang tolong pakaikan. Ada lagi ni masa dalam 2-3 minit" seloroh Jungkook dengan selambanya.

Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, merenung lama wajah selamba suaminya itu. Dia kemudiannya berdecit perlahan.

"Tch. Araso. Sini" balas Eunha seraya meleraikan gulungan tali leher itu.

Jungkook langsung tersenyum lebar serta-merta sebelum merendahkan sedikit tubuhnya bagi memudahkan Eunha untuk memakaikan tali leher itu pada kolar baju kemejanya.

"Ey, tak perlulah macam tu. Saya bukannya pendek sangat. Saya sampailah" bentak Eunha sebelum menampar perlahan bahu Jungkook memandangkan lelaki itu masih dengan posisinya yang ingin menyamai ketinggian dengan Eunha.

Jungkook tergelak kecil sebelum bersuara.

"Lah, saya nak mudahkan urusan sayang ha" balas Jungkook dengan nada yang masih tersisa tawa itu.

Eunha menjeling sekilas Jungkook sebelum mula melakukan kerjanya. Kolar kemeja Jungkook yang terlipat itu dibuka lipatannya. Seterusnya, tali leher di tangannya itu dilingkarkan pada kolar. Kemudian, tali leher itu disimpul lalu diketatkan hingga ke kolar kemeja. Akhir sekali, dia lipat kembali kolar yang terbuka tadi itu, menutupi tali leher yang melingkar di situ.

"Okey, dah" tutur Eunha sambil mengemaskan di persekitaran kolar dan tali leher itu. Dia kemudiannya memandang Jungkook di hadapan.

"Gumawo" ucap Jungkook mesra seraya mencuit sekilas pipi gebu Eunha dengan senyuman. Seterusnya dia mengusutkan rambut Eunha sekilas sebelum menapak ke arah pintu utama.

"Eoh, maja" omel Eunha sendiri sebelum langsung mengikuti langkah Jungkook. Dia ingin bercakap tentang sesuatu kepada suaminya itu.

"Awak, pasal semalam yang saya bagitahu awak tu, boleh eh? Saya keluar tengah hari nanti. Boleh kan?" soal Eunha sambil memandang Jungkook yang sedang memakai kasut itu.

"Keluar dengan Yuju je kan? Bukan sekali lelaki yang hari tu tu kan?" balas Jungkook dengan soalan ingin mengesahkan tentang soalannya itu dari Eunha. Matanya dikecilkan, merenung wajah polos Eunha, mencari kejujuran di wajah isterinya itu.

Eunha berdecit perlahan sebelum menganggukkan kepalanya.

"Yeee, dengan Yuju je. Tak adanya lah dengan Yugyeom tu" balas Eunha sebelum tersenyum kecil.

"Araso. Kalau saya dapat tahu lelaki tu ada sekali nanti, saya hire terus PA perempuan untuk saya, eoh?" respon Jungkook yang berbaur ugutan mesra itu. Bibirnya mengukir senyuman lebar buat Eunha.

"Yeee. That's not gonna happen. Awak pun jangan nak mengada eh nak hire PA perempuan bagai" balas Eunha yang berbaur amaran itu.

Jungkook berdecit perlahan sebelum memeluk ringkas tubuh Eunha.

"Aneong" ucap Jungkook ringkas sebelum mengorak langkahnya menuju ke keretanya yang diparkir di Porch kereta itu.

"Aneong. Drive safe,sayang" balas Eunha memberi pesanan itu dengan agak lantang.

Jungkook hanya mengangkat sebelah tangannya ke udara tanda merespon pesanan Eunha itu.




【 BBP S2:TRUST】
»11



    

"Kau dekat mana, Na?"

"Ye, aku dah nak masuk cafe ni"

"Okey, okey"

"Eoh"

Eunha mematikan panggilannya bersama Yuju. Dia menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg sandangnya sebelum menolak pintu kaca Kafe di hadapannya itu.

Bunyi loceng yang terhasil tatkala dia menolak pintu kaca itu secara tidak langsung menarik perhatian Yuju yang sedang duduk di meja yang tidak jauh dari situ.

Mata Eunha meliar di sekeliling kafe yang agak ramai dengan pelanggan itu sebelum matanya tertancap pada seorang perempuan yang sedang melambai berkali-kali ke arahnya itu.

Ya. Dia lah. Choi Yuna. Atau lebih selesa dipanggil Yuju.

Eunha tersenyum kecil sebelum langsung menghayun langkahnya ke arah meja yang diduduki Yuju itu.

"Kau sampai lama dah ke?" soal Eunha seraya menarik kerusi kosong di hadapan Yuju itu lalu didudukinya.

"Tak lah lama sangat. Dalam 2 jam" balas Yuju bersahaja sebelum mengukir senyuman lebar buat Eunha. Tentunya ianya cuma loyar buruk seorang Choi Yuju.

"Oh, kejap je" respon Eunha selamba dan turut mengukir senyuman lebar buat Yuju. Yuju berdecit perlahan sebelum meletakkan telefon pintarnya di atas meja.

"Ah, aku ada order Patbingsu untuk kau. Kau nak makan apa-apa tak?" soal Yuju dengan kening yang dijongket sebelah.

"Hmm, tak payah la. Balik nanti aku nak masak ha. Nak bawa dekat Jungkook nanti. Hari ni dia rushing sangat sampai tak sempat breakfast" tutur Eunha sebelum mengulum senyuman kecil.

"Ecey~ wife material betul kawan aku seketul ni" tukas Yuju meleret sambil tersenyum senget.

Eunha berdecit perlahan sebelum tertawa kecil.

"Oh ya, kau nak cakap apa? Semalam kau cakap ada nak bagitahu something dekat aku" ujar Yuju yang langsung membuka topik utama. Dia menyedut sedikit jus oren di hadapannya itu.

"Oh, haah. Aku ada good news untuk kau" respon Eunha dengan nada yang riang.

"Apa? Apa?" balas Yuju serta-merta dengan teruja. Matanya sudah seperti bersinar-sinar memandang Eunha.

"Appa aku ada recommend dekat aku untuk pergi apply kerja dekat company dia nanti. Lepas tu,aku ada cakap nak ajak kau sekali and appa aku bagi!" jelas Eunha dengan terujanya.

"Heol, serius lah?! Jadi,jadi kita akan cuba apply dekat company appa kau je lah nanti? Alaaa bestnyaaa!" respon Yuju riang sambil menggoyang-goyang tangan kecil Eunha.

"Kannn? I mean, kita tak payah susah-susah dah ha nak cari company untuk apply kerja. Walaupun, kita sendiri tak tahu lagi sama ada kita lulus ke tak interview nanti tapi why not kita cuba dulu kan?" ujar Eunha sebelum mengulum senyuman lebar buat Yuju.

Yuju menganggukkan kepalanya sambil tersenyum, menyetujui tuturan rakannya itu.

"Tapi kan, Na, kenapa kau tak pergi je kerja dekat company Jungkook tu? Sebab ye lah, kau kan pernah kerja situ dulu. Mesti lah kau dah tahu semua benda. Especially staff-staff dekat situ, mesti kau dah rapat dengan diorang. Buat apa susah-susah kau nak cari surrounding baru pulak?" soal Yuju pelik. Dia memandang Eunha lama, menanti respon dari rakannya itu.

Eunha tersenyum kecil.

"Aku memang nak cari surrounding baru, Ju. Ye, memang aku pernah kerja situ dulu. Aku dah masak dengan semua benda dekat syarikat tu. Tapi, kalau pasal staff tu..., aku tak dapat nak setuju. Dulu, yes. Aku banyak rapat dengan diorang. Tapi sekarang, banyak yang dah berubah. Mostly staff yang aku pernah rapat dulu dah transfer ke bangunan lain, ada yang dah berhenti ha. So, sekarang tinggal segelintir je yang aku kenal. Kebanyakannya staff baru and toxic diorang tu boleh tahan" terang Eunha panjang lebar sebelum tersenyum nipis.

Melopong mulut Yuju mendengar penjelasan Eunha itu.

"Lagipun, macam aku cakap tadi, aku memang nak cari surrounding baru, nak cari pengalaman baru dekat tempat baru" tambah Eunha sebelum mengukir senyuman kecil.

Yuju menganggukkan kepalanya.

"Ah, Hae Won dengan Yugyeom macam mana? Diorang dah ada plan nak apply kerja dekat mana-mana company ke?" soal Eunha, membuka topik baru pula.

"Oh,diorang. So far aku tahu pasal Yugyeom je lah. Dia cakap nak apply dekat company kawan ayah dia. And, Hae Won tu entah dia. Nak menganggur je kot perempuan tu" jelas Yuju sebelum menyedut sedikit jus orennya.

Eunha tergelak kecil sebelum mengangguk perlahan.

"Ni Patbingsu, cik. Selamat menjamu selera" ucap seorang pelayan perempuan dengan mesranya seraya meletakkan semangkuk Patbingsu di hadapan Eunha.

"Uwaaa, dah sampai la. Gumawoo" balas Eunha ceria sebelum pelayan itu beredar. Dia kemudiannya memandang penuh minat ais kepal di hadapannya itu.

"Ha, makan la. Tenung macam tu bukannya Patbingsu tu boleh masuk dalam mulut kau pun ha" seloroh Yuju sebelum berdecit perlahan.

"Yeee, jal meokkeosumnida!"




【 BBP S2:TRUST】
»11



    

"Tuan Jeon ada appoinment dengan klien dia dekat luar pukul 1 tadi. Dalam 5-10 minit macam tu nanti mungkin dia balik" jelas seorang pekerja perempuan lingkungan lewat 20 an yang merangkap pengurus Jungkook itu.

Hwang Yura. Itulah nama yang tertera pada kad pekerja yang tergantung pada leher wanita itu.

"Oh, okay then. Terima kasih" ucap Eunha pada Yura sambil mengulum senyuman buat pekerja itu. Yura membalas senyuman Eunha sebelum kembali menyambung kerjanya.

Eunha menghayun langkahnya, berganjak dari pejabat jabatan utama yang terletak tidak jauh dari pejabat Jungkook itu. Dengan tangannya yang setia menjinjing beg kertas yang berisi bekalan makanan, kakinya melangkah santai melepasi deretan meja pekerja-pekerja yang sibuk menghadap komputer itu.

Sedang ligat dia berjalan menuju ke arah pintu keluar, telinganya pula menangkap satu perbualan telefon seorang pekerja yang sedikit sebanyak telah menghentikan langkahnya.

"Baik, puan Choi. Saya akan bincang perkara ni nanti dengan pengarah Kim"

Eunha menghentikan langkahnya betul-betul di tepi meja pekerja yang sedang bercakap dengan seseorang di hujung talian itu.

"Eoh, ne. Itu pasti, puan. Saya pasti akan hubungi puan semula lepas saja saya dapat jawapan dari pengarah kami"

"Ah, ye. Baik, puan. Sebelum tu, puan boleh sebutkan nama penuh puan? saya perlu catat untuk panggilan puan yang seterusnya"

Eunha hanya berdiri statik di situ. Memerhati segala gerak-geri pekerja itu yang sedang mencapai sehelai kertas kecil dan sebatang pen. Tangan kanannya setia melekapkan telefon di telinga.

"Baik, jadi nama Puan ialah Choi Im Hwa. Betul, puan?"

Eunha seakan dibekukan di situ. Sudah tentu dia tersentak saat mendengar nama itu. Hampir saja beg kertas di tangannya itu terlepas ke lantai. Dia mengemam bibirnya, cuba bertenang.

Eunha menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghela nafasnya yang tidak teratur itu. Dia memandang pekerja itu yang sedang ligat bercakap dengan 'Choi Im Hwa' di hujung talian itu.

"J-Jeogi--"

Eunha yang mulanya ingin menegur pekerja itu bagi menanyakan soalan langsung terbantut apabila pekerja itu mengangkat tangannya tanda sebentar.

"Ne, terima kasih, puan"

Sejurus saja mengucapkan itu, pekerja itu langsung meletakkan gagang telefon. Dia kemudiannya memandang Eunha di sebelah.

"Ye? Cik ni...siapa ya?" soal pekerja itu pelik sambil menilik setiap sudut di wajah polos Eunha.

"Ah, saya--"

"Eo-Eoh, joseonghamnida, puan. Otak saya ni lembab sikit nak recognize orang. Sorry, puan" seloroh pekerja perempuan itu dengan agak gelabah sebelum tersengih cuak. Maklumlah otaknya baru dapat memproses siapa gerangan di hadapannya itu. Sudahlah dia dengan selamba badaknya menyuruh Eunha menunggu sebentar ketika dia sedang bercakap di corong telefon tadi.

"Ah, gwenchana. Saya cuma nak tanya, siapa orang yang awak cakap dekat telefon tadi eh? Er, apa urusan dia call ye?" soal Eunha sambil memandang lama pekerja itu, menanti jawapan darinya. Resah mulai terasa ketika dia menunggu jawapan dari pekerja itu.

"Oh, nama dia Choi Im Hwa. Dia call sebab--"

"Sayang? Kenapa ada dekat sini ni?"

Teguran seorang Jeon Jungkook yang tiba-tiba muncul sambil memandang Eunha di sebelah itu, sedikit sebanyak membantutkan percakapan pekerja itu. Eunha pula lantas menoleh memandang Jungkook yang sedang mengangkat sebelah kening itu.

Jungkook memandang Eunha dengan pekerja itu bersilih ganti. Namun pandangannya tetap berhenti pada Eunha.

"Ah, tak ada apa lah. Saya cuma borak-borak je dengan dia sementara tunggu awak. Kajja" respon Eunha yang cuba berlagak biasa itu seraya menarik lengan Jungkook, menarik lelaki itu berganjak dari situ. Sempat dia menoleh untuk mengukir senyuman buat pekerja tadi yang terkebil-kebil itu.

"Mwoyaaa? Sejak bila sayang ramah pulak dengan staff department tu?" soal Jungkook bingung dengan dahi yang berkerut.

"Ala, dah alang-alang saya baru lepas tanya manager awak dekat situ, so saya borak lah sikit dengan staff tu tadi ha. Bukannya borak benda menarik pun, just tanya benda basic macam tu je" balas Eunha sebelum mengulum senyuman kecil.

Jungkook hanya mengangguk kecil. Dia mengerling Eunha di sebelah yang sedang mengetap bibir itu.

"Ye ke borak benda basic? Ke ada pasal lain? Tak baik tipu suami tau" seloroh Jungkook sambil memandang lama sisi wajah sempurna Eunha itu.

"Ye, betullah. Mana ada borak pasal lain" nafi Eunha seraya menoleh memandang Jungkook di sebelah, cuba meyakinkan lelaki itu.

"Okay then" balas Jungkook ringkas seolah menerima jawapan Eunha itu. Dia kembali memandang ke hadapan.

Eunha mengerling sekilas Jungkook di sebelah. Dia kemudiannya mengemam bibirnya.

"Sorry. Saya bukan berniat nak tipu awak. Cuma, saya tak tahu macam mana nak mulakan untuk cakap pasal ni"

OK HAMBAR KBAI

eh jap. Nak cakap sikit.

Emmm takpalah. Nanti lah. HAHAHAHA

Sebelum blah tu, vote lah dulu hm hm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro