
🔷109
ANUCK II MAAP SAYA LAMBAT YA
SEDIAKAN TASBIH DI TANGAN DAN SELAMAT MEMBACAAAA
HA YE VOTE DULU YE MUAH
"Okey,dah. Dah handsome dah anak mummy" tutur Eunha mesra sebaik saja selesai memakaikan tali leher pada kolar baju seragam tadika Jungwon itu. Dibetulkan ringkas baju putih yang tersarung kemas di tubuh kecil anaknya itu. Rambut hitam si kecil itu juga dirapikan singkat.
Jungwon langsung tersengih lalu melihat dirinya yang sudah rapi dengan pakaian seragam.
Eunha tersenyum kecil sebelum berdiri dari posisi melututnya ketika menyiapkan anaknya itu. Dia mengelus perlahan rambut Jungwon.
"Kajja" ajak Eunha seraya menghayun langkahnya ke pintu.
"Kejappp,beg!" balas Jungwon lalu langsung terkedek-kedek berlari ke arah katilnya untuk meraih beg galasnya.
Eunha pula hanya tersenyum kecil melihat gelagat anaknya itu. Dia terlebih dahulu melangkah keluar dari bilik Jungwon. Langkahnya diorak menuju ke tangga namun terhenti apabila mendapati figura Jungkook yang sudah berpakaian kemas keluar dari bilik tidur mereka.
"Eo,sayang-"
Tersentak Eunha yang berniat untuk menegur lelaki itu apabila figura itu hanya melangkah ke tangga tanpa menghiraukannya. Seolah suaranya tadi tidak sampai ke telinga suaminya itu.
Eunha memandang sosok tubuh Jungkook yang berjalan hingga hilang dari pandangannya. Di saat itu dia langsung mengatur langkahnya bagi mengejar langkah suaminya itu. Lelaki itu sedang menuruni tangga.
Bibirnya dikemam rapat lalu lantas memghampiri Jungkook tika mereka berada di lantai bawah.
"Um, sayang. Awak...tak nak makan dulu? Jom lah makan dulu. Saya dah siapkan. Eoh?" tutur Eunha dengan nada yang cuba kedengaran ramah. Dia kekal mengikuti langkah Jungkook yang semakin hampir dengan pintu rumah itu.
"Saya dah lambat. Saya makan dekat office" balas Jungkook senada yang kekal membelakangi Eunha itu. Bola matanya tidak mengerling sedikit pun wanita itu yang boleh dikatakan berdiri di sebelahnya itu.
"Tapi, saya dah--"
Belum sempat Eunha menghabiskan bicaranya, Jungkook sudah pun melangkah keluar dari rumah dan pintu ditutup.
"--masak untuk awak.." sambung Eunha perlahan sambil menatap lurus ke pintu rumah yang sudah ditutup itu. Dia kemudiannya mengeluh panjang. Bibirnya dikemam rapat. Kepala menunduk memandang lantai.
Pasti lelaki itu terlalu kesal dan marah kepadanya sangat.
Sememangnya sejak semalam lagi lelaki itu berlaku dingin dengannya. Lebih tepatnya, tidak mengendahkannya.
Eunha mengetap bibirnya sebelum menghela nafasnya yang agak bergetar itu perlahan. Matanya dipejamkan sebentar. Perlahan air matanya bergenang.
Memikirkan semua itu berpunca darinya, membuat hatinya bertambah pilu. Seharusnya kalau dia mahu menerima jambakan bunga itu sekalipun, patutnya dia memaklumkan dulu kepada Jungkook.
Tapi, ada ke orang buat macam tu?
Tak. Patutnya dia tak perlu terima pun jambakan bunga itu pada mulanya. Ralat, bukan terima, tapi, simpan.
Maka kalau dengan itu, tiadalah situasi begini.
Tapi itulah. Perkara sudah terjadi pun.
Dan, berkenaan kad yang terisi ayat manis itu, dia sendiri tidak menyedari tentang objek nipis itu. Dia sendiri tidak membaca isi kad itu lagi. Fikirnya semalam cuma sejambak bunga semata-mata.
Eunha lantas mencelikkan matanya drastik apabila dia merasakan tubuhnya dipeluk. Dia menundukkan kepalanya, melihat figura Jungwon yang memeluk pinggangnya erat.
"Mummy, wae gurae?" soal Jungwon polos dan prihatin sambil kekal mendakap separa tubuh ibunya itu.
"Eo-eoh?" respon Eunha yang agak terkesima itu.
"Kenapa mummy menangis?" soal Jungwon lagi, prihatin. Nadanya kedengaran lirih.
Eunha sedikit tersentak dek soalan anaknya itu. Pantas saja dia menyeka air matanya yang mengalir itu.
"Mana ada lah. Mana ada mummy menangis" nafi Eunha mesra lalu mengukir senyuman lebar, meskipun tidak akan dilihat si kecil itu.
"Jungwon nampak. Air mata mummy" ujar Jungwon dengan cebikan di bibirnya.
Eunha langsung terkedu. Bibirnya dikemam langsung.
"Mummy jangan la menangis" tutur Jungwon seraya mengeratkan lagi dakapannya buat sang ibu.
Eunha langsung menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Dia mengesat air matanya yang drastik mengalir dek tuturan anaknya itu.
"Tak la, sayang. Mummy cuma--"
"Mummy tak boleh menangis...nanti Jungwon pun akan ikut menangis..." rintih Jungwon dengan nada yang agak bergetar itu.
Eunha yang mendengarkan itu sedikit sebanyak sukar untuk menghalang air matanya dari mengalir keluar.
"Jungwon tak suka tengok mummy sedih. Nanti Jungwon pun sedih... Mummy jangan la menangis... Mummy senyum la. Jungwon lagi suka tengok mummy gembira" tambah Jungwon lirih. Sisi kepalanya setia disandarkan pada paras perut ibunya itu.
Eunha memejamkan matanya rapat. Bibirnya bergetar hebat, sedaya-upaya menahan tangisannya. Namun, akhirnya tangisannya itu pecah juga. Perlahan dia duduk melutut lalu memeluk erat satu-satunya cahaya matanya itu.
"Mummy minta maaf, sayang. Untuk kali ni bagi mummy menangis,eoh?Mummy sedih. Bagi mummy menangis,sayang" tutur Eunha lembut dengan nada yang bergetar dan sedikit serak itu. Air matanya mengalir sambil kedua-dua lengannya memeluk erat tubuh kecil Jungwon.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»109
•
•
•
Bunyi loceng khas bergema di dalam kafe yang agak dipenuhi pelanggan itu tatkala seorang wanita yang berpakaian ringkas menolak pintu kafe tersebut. Derapan tapak kasut tumit tinggi berbunyi di kala kakinya melangkah menghampiri sebuah meja.
"Eo, Eunha ya. Kau dah sampai. Ada apa nak jumpa aku?" tutur Si Han sebaik saja menyedari kehadiran Eunha yang sedang berdiri di sisi meja itu.
"Here" ujar Eunha senada seraya meletakkan sejambak bunga ros berbalut pembalut plastik berwarna ungu cair ke atas meja, di hadapan Si Han. Ya, jambakan bunga pemberian Si Han semalam.
"Eoh?" respon Si Han bingung seraya memandang Eunha sekilas lalu menatap buntu jambakan bunga di hadapannya itu. Jambakan bunga itu terlihat agak berantakan. Ada beberapa kuntum bunga yang hilang kelopak. Ambil masa 20 saat untuknya mengenalpasti jambakan bunga itu.
"Sorry, saya tak boleh terima ni" tutur Eunha tanpa nada sambil menatap lurus ke wajah terpinga-pinga Si Han.
Si Han langsung mengangkat kepalanya, memandang Eunha tika mendengar bicara wanita itu.
"Tapi, kenapa--"
"Ini terlalu lebih untuk seorang kawan bagi something macam ni" ujar Eunha mendatar dengan sedikit penekanan.
Si Han mengeluh perlahan.
"But, it just a flower, right?" balas Si Han agak membentak.
Eunha mengeluh kecil.
"Then, kad ni macam mana pulak?" tukas Eunha seraya menarik keluar kad dari pembalut jambakan itu lalu ditayang di depan mata lelaki itu.
"Ah, kad tu. Aku just randomly pilih quote yang ada dekat florist tu semalam. Buat kau tak selesa ke?" jelas Si Han tenang lalu memandang wajah datar Eunha.
Eunha langsung mengangguk.
"Eoh. Awak cakap kita cuma berkawan je kan? Then,saya rasa semua ni tak perlu kot" tutur Eunha senada sambil menatap lurus ke wajah lelaki itu.
"Ah, tapi aku-"
"Saya pergi dulu" pamit Eunha tanpa nada lalu langsung memusingkan badannya dan mengatur langkah berganjak dari situ.
Si Han lantas melepaskan keluhan kasar. Dia meramas rambutnya sebal.
"Aish. Bodoh la kau, Yoo Si Han. Rushing sangat kau ambik step"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»109
•
•
•
Jari telunjuk kiri tak henti mengetuk meja berlapis kaca di hadapan sambil tangan kanan sedang menekup longgar wajah. Mata dipejam rapat. Satu rengusan terus-terusan dilepaskan.
Jungkook meraup rambutnya kasar ke belakang. Kejadian semalam lagi-lagi menganggu fikirannya. Masih segar di layar fikirannya. Masih berbaki banyak rasa kesalnya.
Bunga. Kad.
Hanya memikirkan dua benda ini saja sudah cukup untuk memancing emosinya. Tambah pula bila ayat 'manis' yang tertera di kad itu asyik terimbas di benak fikirannya. Bertambah panaslah hatinya.
Tok tok tok!
Bunyi pintu yang diketuk dari luar itu sedikit sebanyak menyedarkan Jungkook dari terus melayan emosinya. Dia memandang ke arah pintu.
Hyera membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam pejabat majikannya itu. Badannya dibongkokkan sedikit, memberi hormat.
"Tuan, appoinment dengan pengurus saham Cha pukul 6 nanti dekat bar Lev tu, tuan nak pergi ke?" soal Hyera sambil memandang Jungkook yang berjarak sedepa dengannya itu.
Jungkook diam sebentar. Dia berfikir sejenak lalu menilik jam di pergelangan tangannya itu. Jam sudah menunjukkan angka 5.27 minit petang. Dia masih berfikir, berkira-kira mahu pergi atau tidak. Setelah beberapa detik, dia memandang Hyera di hadapan kembali.
"Saya pergi nanti" respon Jungkook ringkas senada.
Hyera langsung mengangguk faham.
"Eoh, ne. Saya pergi dulu" pamit Hyera lalu menundukkan hormat. Kemudian, dia langsung menapak keluar dari pejabat Jungkook.
Sebaik saja Hyera melangkah keluar, Jungkook langsung mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Objek itu dinyalakan lalu aplikasi mesej dibuka. Lalu, jari-jemarinya mulai mengetik di skrin.
Precious💙
Saya balik lewat sikit hari ni.
Ada appoinment.
5.28 pm
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»109
•
•
•
"Aish. Dia mesti fikir aku ni tak tahu hormat dia sebagai wife orang" omel Si Han kesal sebelum merengus perlahan.
"Tak, just why in the first place kau kena kahwin?" bentak Si Han sebal lalu mengeluh kasar.
"Kalau kau tak kahwin,sekarang aku tak perlu nak jadi se-struggle ni" sambung Si Han kesal sebelum meneguk sedikit bir dingin di pegangannya itu. Lalu, diletakkan semula gelas bir itu ke atas meja. Satu keluhan panjang dilepaskan.
"Apa pun, aku tak boleh biar dia terus anggap aku seteruk tu. Aku kena buat dia fikir yang kali ni pun aku tersalah langkah lagi dan cuma ada niat baik" gumam Si Han lalu mengangguk perlahan.
Ya, seorang Yoo Si Han ini masih tidak keruan fikirannya dek Eunha yang seolah kesal dengannya tengah hari tadi. Sehingga larut malam begini, dia masih berfikir bagaimana mahu tambat semula hati wanita itu sambil menikmati cocktail dan bir di sebuah bar.
"Tapi, aku boleh buat apa sekarang?" omel Si Han buntu sambil jari-jemarinya mengetuk perlahan permukaan meja. Dia cuba berfikir sedalam-dalamnya mengenai rancangan seterusnya pula.
"Kalau nak ajak jumpa, jangan harap la. Sekarang pun dah lewat. Kalau tak lewat pun, dia memang takkan nak jumpa kau sebab benda bodoh kau buat tu, Yoo Si Han" monolog Si Han sebal lalu merengus geram. Dia mengetuk perlahan kepalanya.
Si Han menyandar tubuhnya pada badan bangku yang didudukinya. Tak lupa juga segelas bir yang dipegangnya untuk diteguk sambil berfikir sejenak. Dia menyisip bir sambil memandang ke sekeliling.
"Aish, susah la macam ni" omelnya sebal tika otaknya langsung tidak menghasilkan idea buat dirinya. Dia mengusutkan rambutnya kasar. Segelas bir yang hampir habis itu diletakkan ke atas meja semula.
"Tak, serius aku tak boleh give up macam--"
Terhenti langsung bicara sebal Yoo Si Han itu tatkala matanya terarah pada satu figura yang sedang duduk di meja untuk empat orang, tak jauh darinya. Matanya langsung dikecilkan, cuba mengesahkan gerangan yang dilihatnya itu. Perlahan keningnya dijongket sebelah setelah itu.
Jeon Jungkook.
Ya. Itulah gerangan yang dilihatnya itu.
Si Han menilik sekilas jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya itu. Jam menunjukkan pukul 11.26 malam. Kemudian, dia memandang lelaki itu kembali.
"Just what's your precious husband doing here at this hour, Jung Eunha?" gumamnya satu-persatu sebelum terukir senyuman senget di bibirnya. Matanya kekal fokus melihat figura Jungkook yang sedang minum dengan ekspresi wajah serabut itu. Sesekali tampak seperti lelaki itu sedang menolak panggilan dari telefonnya.
Si Han tersenyum kecil. Dia mengangguk-angguk kepalanya perlahan. Sememangnya drastik dia mendapat satu idea tika melihat kondisi Jungkook di sana.
"Okey. Last minute plan will do" omelnya dengan senyuman lalu memalingkan kepalanya memandang pelayan bar yang terbatas oleh meja panjang bar itu.
"Yah, kau pergi serve Bone Dry Martini dekat customer meja 12 tu. Cakap drink ni memang suggestion dari bar ni" arah Si Han kepada pelayan bar yang sedang mengelap gelas kaca itu.
Bone Dry Martini.
Antara minuman terpaling keras yang terhasil oleh campuran Vodka dan 100% alkohol.
"Eoh, baik, tuan" balas pelayan itu, pastinya akan terus akur dengan arahan sang majikan atau lebih tepat pemilik bar peribadi ini. Dia mulai mencari minuman yang dikehendaki.
Si Han tersenyum kecil. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluarnya. Objek itu dinyalakan lalu aplikasi mesej dibuka. Jemarinya langsung mengetik di skrin telefon.
Jung Eunha
Hey
Sorry ganggu kau
tengah malam macam ni
Just nak tanya kau
Kau tahu ke husband kau
tengah ada dekat bar sekarang?
Lev Bar
Kalau kau nak location,
aku boleh send
Dia nampak macam
mabuk sangat je
11.30 pm
Usai menghantar segala mesej yang kononnya berbaur prihatin itu, Si Han langsung menarik senyuman senget. Sambil menunggu mesej itu dibalas, dia melihat pekerjanya yang sedang menghidang minuman keras itu kepada Jungkook di hujung sana.
"Husband kau akan mabuk tersangat teruk nanti, Jung Eunha"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»109
•
•
•
"Hai. As usual. My favourite cocktail" pesan Sae Yoon mesra seraya meletakkan beg tangannya ke atas meja panjang bar itu. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya ke atas bangku di hadapan meja itu. Telefon pintar di pegangan dinyalakan.
"10 minit? Okey. Cukup la untuk dia fully hilang conscious" gumam Si Han sendirian tatkala mendapat balasan mesej dari Eunha. Wanita itu merespon akan terus bergegas ke bar ini.
Si Han memadamkan nyalaan skrin telefonnya lalu diletakkan di atas meja. Dia kemudiannya menyandarkan tubuhnya ke badan kerusi dengan lengan yang disilang ke dada.
"Thank you~" ucap Sae Yoon mesra sebaik saja pesanannya itu siap dihidang.
Si Han yang sedang bersantai di bangku itu langsung tertarik dek suara meleret itu. Dia langsung menoleh, melihat seorang wanita yang duduk berselang dua bangku darinya. Perlahan dia menegakkan tubuhnya dari terus bersandar. Ditilik penampilan terdedah seorang Kim Sae Yoon itu dari atas hingga bawah.
Langsung saja terlintas sesuatu bernas di fikiran seorang Yoo Si Han.
"Maja. Mabuk teruk je buat apa kan? Macam tak cukup mengecewakan" omel Si Han lalu tersenyum sumbing. Dia langsung berdiri dan mengatur langkahnya menghampiri bangku yang diduduki Sae Yoon.
"Hey" tegur Si Han tanpa teragak-agak. Dia mengambil tempat kosong di sebelah perempuan itu.
Sae Yoon yang sedang menyisip cocktail kegemarannya sambil menghadap skrin telefonnya itu langsung menoleh apabila merasa dirinya dipanggil. Keningnya diangkat sebelah tika melihat seorang lelaki di tepinya itu.
"You cakap dengan I?" soal Sae Yoon terpinga-pinga seraya menundingkan jari telunjuknya ke arahnya, mahukan kepastian.
"Yea" balas Si Han setelah mengangguk. Bibirnya mengulum senyuman kecil.
"Okey...?" balas Sae Yoon bingung. Dahinya sedikit berkerut, tidak mengerti mengapa lelaki itu menegurnya.
"Well,boleh aku minta satu favor dari kau?" soal Si Han, terus ke tujuan, tanpa basa-basi.
"What?" respon Sae Yoon bertambah bingung. Berkerut seribu dahinya.
"And,aku akan bayar kau" sambung Si Han bersahaja.
Sae Yoon langsung berdecit dalam ketidakpercayaan.
"Heol. I bukan kerja dekat sini,okey? I cuma customer yang datang sini untuk minum. You salah orang" tutur Sae Yoon jengkel lalu memalingkan wajahnya ke hadapan.
Si Han lantas tergelak kecil.
"What do you mean? Aku bukan nak sewa kau, and aku pun tahu kau bukan pekerja sini" tukas Si Han sambil memandang sisi wajah Sae Yoon itu.
Sae Yoon langsung memandang lelaki itu semula. Dia merengus perlahan.
"So,what's with the 'aku akan bayar kau' tadi?" soal Sae Yoon agak membentak. Dia menatap jengkel Si Han.
"Well, aku betul-betul nak minta favor dari kau. Not that silly thing" balas Si Han selamba lalu mengukir senyuman singkat.
Sae Yoon langsung menatap dalam ketidakpercayaan lelaki itu dek responnya.
"Oh my god. You're such weird guy. Hello, kita kenal pun tak. And, you tiba-tiba minta favor dari I macam ni? Are you fcking serious? Or you ni mabuk?" hambur Sae Yoon dengan agak sebal.
"Nope. Yes, aku tahu benda ni bunyi terlalu out of the blue untuk kau" ujar Si Han tenang.
"Exactly" balas Sae Yoon langsung.
"Tapi, aku memang nampak kau je sekarang. Untuk tolong aku" ujar Si Han agak terdesak. Dia mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya.
Sae Yoon langsung tergelak dalam ketidakpercayaan.
"Hey, encik, helloo, you literally such weirdo,you know? Like, dalam banyak-banyak perempuan dalam private bar ni, kenapa I jugak? Oh gosh, I really tak faham semua ni" hambur Sae Yoon bingung dan jengkel. Dia mengipas mukanya menggunakan tangannya sambil mendongak.
Si Han mengeluh perlahan. Susah betul berurusan dengan perempuan ini. Sudahlah dia sedang kejar masa sekarang.
"Well,please,miss? Just for today. I mean, aku nak minta tolong sikit je. But, kalau kau tak nak, aku mungkin terpaksa akan cari orang lain pula lah" tutur Si Han agak terdesak dan sengaja bernada lirih.
Sae Yoon langsung menggulingkan bola matanya ke atas. Dia mengeluh panjang.
"Fine. Apa you nak I buat favor you tu? But, make sure it's not something yang berkait dengan maruah I sebagai perempuan. I am hella expensive, okey?" ujar Sae Yoon yang akhirnya bersetuju dan sempat diselit 'syarat' itu.
Si Han mengangguk.
"Okey, aku boleh pastikan tu. Tak perlu risau" balas Si Han bagi meyakinkan perempuan itu.
"Alright. What is it?" soal Sae Yoon dengan kening yang diangkat sebelah.
Si Han langsung menarik senyuman kecil. Dia berdehem perlahan. Matanya lurus memandang ke arah Jungkook yang masih berada di meja hujung sana. Tentunya keadaan lelaki itu semakin tidak berada dalam kesedaran yang benar.
"Well,kau nampak lelaki tu?" tutur Si Han seraya menundingkan jarinya lurus ke arah Jungkook.
"Lelaki mana?" soal Sae Yoon yang baru saja menoleh ke belakang itu. Matanya meliar ke setiap manusia di situ.
"Yang dekat meja ada couch tu. Straight dari kita" jelas Si Han.
Sae Yoon langsung menggerakkan bola matanya mengikut arah seperti yang diberitahu Si Han. Lalu, matanya tepat terarah pada figura Jungkook. Langsung saja matanya membulat.
"Ommo! Itu Jeon Jungkook, kan?" seloroh Sae Yoon langsung lalu menekup mulutnya. Dia menoleh sekilas memandang Si Han di tepi.
"Wait, kau kenal dia?" soal Si Han langsung.
"Of course, I do! I love him so so much. I mean, I tengah cuba untuk buat dia milik I" jawab Sae Yoon riang.
Si Han yang mendengarkan itu perlahan kedua-dua sudut bibirnya bergerak mengukir senyuman.
"O..kay. Interesting" balasnya perlahan dengan senyuman senget.
"So,favor ni akan jadi lagi mudah untuk kau" sambung Si Han.
Sae Yoon langsung menoleh teruja memandang Si Han.
"Okey so, apa you nak I buat dengan dia? I will surely do it!" tutur Sae Yoon girang dengan senyuman lebar.
"Simple. Just, buat macam kau literally ada hubungan dengan dia. Any skinship totally will do" jelas Si Han lalu tersenyum.
Sae Yoon langsung mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Oh,okey. But, for what?" soal Sae Yoon buntu.
"Kau tahu tak dia dah ada wife?" balas Si Han dengan soalan. Keningnya diangkat sebelah.
"Ugh, yes. But no, tu langsung tak halang I untuk buat dia jadi milik I" respon Sae Yoon dengan tekadnya.
Si Han tersenyum.
"Nice. So, this game will be fun. I told you,miss" tutur Si Han mesra bersama senyuman senget.
"What game?" soal Sae Yoon bingung dengan kening yang diangkat sebelah.
Si Han tersenyum lebar.
"In about less than 10 minutes,wife dia akan sampai sini. Aku dah mesej dia untuk buat aku prihatin dengan husband dia yang tengah mabuk teruk dekat sini. So yeah, dia akan datang sini nanti" jelas Si Han panjang lebar dengan lancar.
"Oh wow,then you nak I beraksi bila perempuan tu datang ye?" tebak Sae Yoon agak teruja.
"Exactly" balas Si Han dengan senyuman lebar.
"Okey, this game probably will be so much of funnn!"
"It is. Whatta a good coincidence aku jumpa kau dekat sini"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»109
•
•
•
"Eoh, Si Han ah,saya dah sampai. Dekat pintu masuk"
"Ah, okey. Tunggu situ. Aku pergi dekat kau"
"Oh, okey"
Tut.
Panggilan diputuskan oleh Si Han. Eunha menurunkan telefon pintarnya dari terus dilekapkan ke telinga. Kemudian, dimasukkan objek itu ke dalam beg tangannya.
Eunha menunggu statik di hadapan pintu bar yang agak besar itu. Sesekali dia memandang beberapa orang yang baru keluar dari bar itu. Tentulah kondisi mereka kebanyakannya dalam keadaan mabuk. Melihat itu, dia menjadi risau tentang keadaan suaminya.
Risau kalau-kalau lelaki itu minum terlalu banyak hanya disebabkan pertengkaran mereka semalam. Atau lebih tepat, disebabkannya.
"Eunha ya"
Eunha langsung mengalihkan pandangannya apabila mendengar namanya dipanggil. Dia memandang Si Han yang berjalan mendekatinya.
"Kajja" ajak Si Han.
"Eoh" balas Eunha lalu mengatur langkahnya seiring dengan Si Han.
"Husband kau nampak mabuk teruk sangat" tutur Si Han membuka bicaranya sambil berjalan masuk ke dalam bar miliknya itu.
Eunha langsung menoleh memandang lelaki itu.
"Really? Dia minum banyak sangat ke?" soal Eunha bimbang dengan tatapan terkejut.
Si Han mengeluh perlahan. Dia mengangguk kecil, seolah kesal.
"Banyak la. Aku dah cuba halang tapi bukan senang kan?" balasnya lalu mengukir senyuman singkat buat Eunha.
Eunha hanya mampu mengangguk kecil. Bertambah risaulah dia jadinya.
"Arah sini" ujar Si Han seolah memberi panduan laluan untuk Eunha yang berjalan seiring dengannya itu.
Eunha hanya mengangguk dan mengikuti saja langkah lelaki itu. Sambil itu dia memandang ke sekeliling bar itu. Perempuan-perempuan yang berselisih dengannya semuanya berpakaian bukan main singkat dan ketat.
Langkah Eunha yang teratur itu mendadak terhenti tika Si Han tiba-tiba memusingkan badannya menghadap Eunha.
"Um,Eunha ya" panggil Si Han dengan raut wajah yang kononnya serba salah.
"Eoh?" sahut Eunha bingung sambil menilik wajah serba salah milik Si Han itu.
"Umm...aku rasa kau tak payah..tak,maksud aku, kau balik je lah dulu. Husband kau.. " tutur Si Han sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, berbuat buntu untuk mengeluarkan kata.
"Ye,kenapa dengan husband saya?" soal Eunha penasaran. Matanya tepat menatap wajah Si Han.
Si Han tersenyum nipis sambil menggaru kepalanya.
"Husband kau...dia--"
Si Han tidak sempat menghabiskan bicaranya yang meleret-leret itu apabila dia menyedari Eunha sedang memandang ke arah satu arah dengan mata yang membulat. Si Han langsung menoleh perlahan ke arah yang mungkin dipandang Eunha itu. Sepertinya, wanita itu sudah menyaksikan apa yang perlu disaksikan.
Eunha hilang kata. Lidahnya kelu tika melihat adegan dua figura di hadapannya itu. Terlalu berlebihan.
Adegan yang tercipta oleh Kim Sae Yoon yang sedang mengelus wajah Jungkook yang sungguh dekat dengannya sambil tersenyum lebar. Sesekali dia memeluk lengan lelaki itu lalu dilentok pula kepalanya ke atas bahu lelaki itu. Kemudian, tali leher Jungkook yang sememangnya sudah longgar itu ditinggalkannya perlahan dengan jarak wajah mereka yang sungguh dekat.
"Eunha ya, kau--"
Belum sempat Si Han mengajukan soalan acah prihatinnya itu, Eunha sudah pun mengatur langkahnya ke arah dua figura itu. Setibanya di sofa yang diduduki Sae Yoon dan Jungkook itu, langsung saja Eunha menarik kuat rambut panjang milik Kim Sae Yoon. Ditariknya kuat rambut wanita itu agar menjauhi tubuh suaminya.
"Argh! Yahhhh! " hambur Sae Yoon sebal dek perbuatan Eunha itu. Memang tertelenglah kepalanya. Tangan Eunha ditamparnya berkali-kali minta dilepaskan.
"Kau kan, perempuan, memang tak serik-serik kan?! Nak aku botakkan dulu ke kepala kau, baru kau tahu nak jauhkan diri dari laki aku?!" hambur Eunha bengang lalu merentap lebih kuat rambut coklat perang milik Sae Yoon itu.
"YAH SAKIT LAH!!" laung Sae Yoon lantang sekuat hati. Dahinya berkerut.
Eunha langsung menggulingkan bola matanya ke atas. Genggamannya pada rambut Sae Yoon itu dikuatkan lagi, membuat wanita itu lebih terteleng.
"Fikir aku kesah ke? Yaish, tak payah nak terhegeh-hegeh dekat laki orang sangat la, Kim Sae Yoon. Tak ada rasa malu ke apa kau ni? Sentuh-sentuh laki orang macam tak ada maruah!" tutur Eunha lantang dengan sebalnya.
"Yah, laki kau yang minta aku datang sini la!" jerit Sae Yoon yang masih terteleng kepalanya itu lagi.
"Mworago? Ingat aku percayakan kau?" balas Eunha sambil menatap wajah Sae Yoon yang sedang menahan sakit itu. Tanpa dia sedar, genggamannya pada rambut perempuan itu melonggar sedikit.
Sae Yoon yang merasakan kurang kesakitan pada kulit kepalanya itu langsung menarik senyuman senget. Sakit, sakit juga. Licik tetap setia.
"Hey,husband kau yang ajak aku datang sini,okey? Katanya dia dah serabut dengan kau and nak have fun dekat sini je dengan aku. So? " tutur Sae Yoon sinis.
Eunha merengus perlahan.
"Apa lagi kau nak perdayakan aku?! Dah la. Tak payah nak tipu--"
"Jeon Eunha "
Eunha yang berura-ura untuk menghambur sepuas hatinya itu langsung terhenti apabila mendengar Jungkook bersuara. Dia langsung menoleh melihat suaminya itu yang sedang memicit-micit pelipis kepala.
"Kalau nak buat bising dekat sini, pergi balik la. Serabut" -Jeon Jungkook
OMAGAD JEON JUNGKOOK SAYAAAA KOK GITU
Hm
YE AGAK MENCABAR KESABARAN YE CHAP KALI NI AHSHSHSHS
SABA SABAAAA
ZIKIR BEBANYAK
SEMOGA KEKAL TENANG
HM
TAK EKCELI AKU NK BEBEL BYK TAPI TULAH
AKU ADA EXAM ESOK, TAPI DI SINI SAYA BERADA-
STUDY APA PUN BELUM
HALAHHH
DAH KBAI
VOTE OKIIEEE
SILA EPRESYET AUTHOR ANDA YG CHANTEK INI YG SANGGUP KORBANKAN MASA UTK SETADI DIA KEPADA MENAIP CHAP BARU UTK ANDA SEMUA-
MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro