🔷108
NGEHE CAKK
HM SELAMAT MEMBACA (◕‿◕✿)
IYE VOTE DULU OKEY MUAHH
"Jungwon ah"
Jungwon yang baru melangkah keluar melepasi dari pagar tadikanya itu langsung menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Dia yang berura-ura menyedut air kosong di botol airnya yang digantung di leher itu pun sekaligus tergendala.
"Eoh? Han samchon!" responnya girang tatkala mendapati gerangan Yoo Si Han yang sedang berdiri tak jauh dari pagar. Langsung saja dia berlari terkedek-kedek ke arah lelaki itu.
Si Han langsung mengusutkan perlahan rambut hitam anak kecil itu tatkala berada di hadapannya. Bibirnya mengulum senyuman kecil.
"Samchon buat apa dekat sini?" soal Jungwon polos sambil mendongak kepalanya memandang Si Han di hadapan.
"Eoh,samchon datang nak jumpa Jungwon lah" jawab Si Han dengan senyuman lebar.
"Eo,jeongmal-yo?" respon Jungwon agak teruja dengan matanya yang bulat-bulat itu.
"Iye la. Sebab tu samchon bawa biskut keju ni untuk Jungwon" ujar Si Han mesra seraya menghulurkan satu paket biskut berkrim keju kepada anak kecil itu.
"uwaaa,Jungwon suka kejuuu! Terima kasih,samchon!" ucap Jungwon riang seraya menyambut huluran sepeket biskut itu dari Si Han. Dia tersengih suka sambil membelek paket biskut tersebut.
Si Han langsung tersenyum lebar melihat reaksi Jeon Jungwon itu. Reaksi yang sama seperti tempoh hari ketika dia memberi si kecil itu jajan untuk pertama kalinya. Cepat mesra benar anak kecil ini.
"Jungwon ah,hari ni siapa ambil Jungwon?" soal Si Han penasaran dengan kening yang dijongket sebelah.
Jungwon yang sedang ligat membelek paket jajan keju di tangannya itu langsung mendongak kepalanya memandang Si Han di hadapan untuk merespon.
"Oh,mummy lah" jawab Jungwon sambil menatap polos wajah Si Han.
Si Han mengangguk perlahan.
"Memang selalu mummy lah yang ambil?" soal Si Han lagi,mahukan kepastian.
Jungwon langsung menganggukkan kepalanya.
"Eoh. Daddy tak boleh ambil sebab daddy kerja. Jadi,mummy lah yang ambil" jelas Jungwon ringkas dan polos.
"Ah...okey" respon Si Han mengerti lalu mengangguk perlahan. Kemudian,dia memandang ke sekeliling sekilas.
"Jungwon ah" panggil Si Han,lagi-lagi mengganggu si kecil itu yang sedang bergelut mahu mengoyak plastik pembalut jajan itu.
"Ne?" sahut Jungwon polos seraya mendongakkan kepalanya.
"Jungwon tunggu sini kejap tau. Kejap je" pesan Si Han sambil membongkokkan tubuhnya dan memegang kedua-dua bahu kecil milik Jungwon.
"Oh,okey. Jungwon tunggu" jawab Jungwon akur setelah mengangguk.
Si Han langsung tersenyum kecil lalu mengusutkan perlahan rambut Jungwon. Kemudian,dia menegakkan tubuhnya dan menghayun langkahnya ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.
Jungwon hanya polos melihat figura Si Han yang kian menjauh itu. Kemudian,dia kembali kepada sesi bergelut untuk mengoyak plastik pembalut biskut itu.
Sekejap dia cuba mengoyak di sudut kiri,sekejap dia cuba mengoyak di sisi kanan. Hasilnya tetap sama. Tidak dapat dibuka. Akhirnya,dia merengus sebal dan menyerah. Sepaket biskut keju itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Jungwon ah" panggil Si Han sebaik saja dia kembali tidak sampai 5 minit dan berdiri di hadapan si kecil itu.
"Eo,samchon. Sekejapnya samchon pergi" ujar Jungwon polos sambil memandang lelaki di hadapannya itu. Dahinya sedikit berkerut.
Si Han hanya mengukir senyuman. Dia kemudiannya mencangkung di hadapan Jungwon.
"Samchon nak minta tolong dari Jungwon,boleh tak?" soal Si Han lembut sambil menatap wajah polos Jungwon di hadapan.
"Hm? Tolong apa?" soal Jungwon polos dan penasaran. Tak berkelip matanya memerhati wajah Si Han di hadapan.
Si Han langsung menarik senyuman lebar lalu sejambak bunga ros merah dikeluarkan dari terus disembunyikan di belakangnya. Ditayang jambakan bunga itu kepada si kecil di hadapan. Terkebil-kebil budak berusia 4 tahun itu melihat jambakan bunga yang dipegang Si Han itu.
"Ni,bunga ni. Cantik kan? Jungwon tolong bagi ni dekat mummy,okey?" pinta Si Han mesra sambil menghulur jambakan bunga itu dengan senyuman.
Jungwon memandang polos wajah lelaki itu sebelum lambat-lambat dia menerima huluran jambakan bunga dari Si Han itu.
"Kenapa samchon nak bagi bunga ni dekat mummy?" soal Jungwon bingung dengan dahi yang sedikit berkerut.
"Eoh,saja lah. Bunga ni kan cantik,jadi mummy mesti suka kan kalau tengok ni? jadi,Jungwon kena lah bagi bunga ni dekat mummy nanti baru la mummy suka" jawab Si Han mesra bersama senyuman lebar bagi meyakinkan anak kecil itu.
Melopong mulut Jungwon tika mendengar jawapan Si Han itu.
"Oh,okey la macam tu. Nanti Jungwon kasi dekat mummy!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»108
•
•
•
"Habis, kau nak aku sendiri yang pergi ibu pejabat ke, gila? Aku yang nak kena pergi protes?"
"Yaish, tak la, bodoh. Kau pergi dengan aku la nanti. Aish, nanti la aku call kau balik. Otak aku tengah serabut ni"
"Ha ye, memang. Memang aku pun tak serabut sekarang. Dengan kau yang macam--"
"Diam. Nanti aku call balik"
Beep.
Panggilan bersama Mingyu itu langsung diputuskan Jungkook. Dia merengus perlahan lalu telefon pintarnya itu dimasukkan ke dalam poket seluar. Kemudian, jari-jemarinya bergerak memasukkan passcode di pintu rumah lalu dibuka.
"Eoh, daddy dah balik" tegur Jungwon mesra yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu itu, menonton televisyen. Kepulangan ayahnya itu sedikit sebanyak menarik perhatiannya untuk memandang ke pintu.
Jungkook sekadar menarik senyuman lebar buat Jungwon sebelum kakinya melangkah ke arah anaknya itu setelah pintu ditutup rapat. Dia menghenyak punggungnya ke atas sofa yang diduduki Jungwon, bersebelahan anak kecil itu.
Jungwon pula kembali memfokuskan matanya menonton rancangan kartun di kaca televisyen itu. Macam biasa, pasti ada jajan yang menemani tika sesi menonton televisyennya itu. Sepaket biskut keju pemberian Si Han kemas berada di pegangannya.
Jungkook menghela nafasnya panjang sebaik saja menyandarkan tubuhnya pada badan sofa. Matanya dipejam rapat seketika. Sungguh, fikirannya sedang kusut dengan masalah kerjanya sekarang. Tentang jadual kerja terbarunya nanti.
Mata dicelik semula saat mendengar suara tawa terbahak-bahak si Jeon Jungwon di sebelah. Dia menoleh memandang anaknya itu yang tampak terhibur dengan rancangan kartun di skrin televisyen itu. Dia tersenyum kecil sebelum memejamkan matanya kembali. Lalu, kepalanya dilentokkan selamba di bahu kanan si kecil itu.
"Ah, daddyy, beratlah!" rungut Jungwon serta-merta tika kepala ayahnya itu mendarat tiba-tiba di bahu kecilnya.
Jungkook pula hanya memekakkan telinganya sambil menyembunyikan senyumannya tika mendengar rungutan drastik si Jungwon itu. Matanya kekal dipejam. Dia kekal dengan posisi kepalanya yang dilentok di atas bahu anaknya itu. Sengajalah mahu menyebalkan budak itu.
"Aaaaa,kepala daddy berattt!" rengek Jungwon sebal lalu menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengalihkan kepala ayahnya itu. Sudahlah dia tak dapat fokus kepada rancangan kartunnya itu lagi.
Jungkook langsung tergelak kecil dek Jungwon yang bersusah-payah mahu mengangkat kepalanya menggunakan kedua-dua tangan kecil itu. Dia pun akhirnya mengangkat kepalanya dari terus membebankan bahu kecil anaknya itu.
"Ey, daddy ni. Kenapa berat sangat kepala daddy?" bentak Jungwon dengan cebikan di bibir sambil mengusap-usap bahunya. Ditenung penuh sebal ayahnya itu di sebelah.
"Biasa la orang bijak" jawab Jungkook selamba lalu mencuit sekilas pipi tembam anaknya itu.
Jungwon yang sedang memprotes tadi langsung ekspresi wajahnya berubah penasaran dek jawapan ayahnya itu. Dahinya berkerut sedikit.
"Iye eh? Kepala Jungwon berat tak?" soal Jungwon polos sebelum langsung melentokkan kepalanya di bahu ayahnya itu.
"Tak" balas Jungkook selamba dengan ringkasnya.
"Ah,waeyooo?" bentak Jungwon protes seraya langsung mengangkat kepalanya kembali. Dia menatap protes wajah selamba ayahnya itu.
Jungkook langsung tergelak kecil dek bentakan anaknya itu. Dia menggelengkan kepalanya lalu mengusutkan perlahan rambut hitam si kecil itu.
"Tak ada lah. Mummy mana?" soal Jungkook, membuka topik baru. Dia memandang wajah polos Jungwon, mahukan jawapan.
"Ada dekat atas. Tadi mummy baru habis masak, jadi mummy pergi mandi lah" jawab Jungwon dengan penjelasan ringkas.
Jungkook sekadar mengangguk perlahan. Kemudian, terlintas sesuatu di fikirannya.
"Jungwon ah, sebelum ni kan, mummy ada jum--"
"Jungwon ah!"
Belum sempat Jungkook menghabiskan soalannya, suara lantang Eunha dari tingkat atas secara tidak langsung mengganggu bicaranya.
"Eo, mummy panggil Jungwon kan, daddy? " soal Jungwon inginkan pengesahan dengan agak gelabah. Matanya yang membulat sedikit itu memandang wajah sempurna ayahnya itu.
"Eoh. Ha,ayok. Jungwon buat jenayah apa lagi hari ni? Ha, tak tahu, tak tahu" seloroh Jungkook mengusik dengan mata yang dijegilkan sedikit. Makin gelabahlah si budak 4 tahun itu angkara usikan ayahnya.
"Jungwon!"
Suara lantang Eunha bergema lagi apabila tiada sahutan dari anaknya itu.
"Y-Ye,mummy!" sahut Jungwon langsung yang masih agak cuak dan gelabah itu. Jungkook pula sudah tergelak kecil melihat reaksi gelabah anaknya itu.
"Ha,nanti Won tolong ambil bunga tadi dekat dapur bawa naik atas kejap ye! Bawa dekat bilik mummy!" arah Eunha lantang yang masih bernada mesra itu. Dan sesungguhnya, dia langsung tidak mengetahui bahwa seorang Jeon Jungkook sebenarnya sudah pulang.
"Eoh, arasooo!" balas Jungwon akur. Dia kemudiannya mengurut-urut dadanya. Kus semangat. Ingatkan bakal dibebel wanita itu lagi.
Jungkook yang sedang tersenyum melihat gelagat anaknya itu perlahan pudar sebaik saja mendengar arahan isterinya itu. Dahinya sedikit berkerut.
"Bunga?" gumamnya perlahan, bingung.
Jungwon langsung meloncat turun dari sofa lalu berlari anak ke arah dapur. Maklumlah, suruhan ibunya itu perlu dilunaskan terlebih dahulu kalau tak mahu jadi mangsa bebelan wanita itu.
Jungkook melihat Jungwon yang berlalu pergi dari sofa itu. Dia menjongket sebelah keningnya sebelum berdiri. Kemudian, dia memusingkan badannya, melihat si kecil itu yang sedang berlari anak menuju ke dapur.
Penasaran. Itu yang dirasanya ketika itu.
Jungkook berganjak dari sofa lalu mengorak langkahnya ke dapur untuk mencari tahu tentang 'bunga' yang dimaksudkan Eunha itu. Tambah pula,dia merasa Jungwon sepertinya tahu soal itu.
Langkah Jungkook terhenti tika melihat Jungwon yang sedang berjalan dari arah bertentangannya dengan satu jambakan bunga di dalam dakapan. Jambakan bunga itu agak besar buat anak kecil itu hingga telah menutupi separa wajah kecilnya itu.
"Bunga apa ni, sayang?" soal Jungkook langsung seraya mencangkung di hadapan Jungwon. Kedua-dua bahu kecil anaknya itu dipegang.
"Bunga ros! Cantik kan, daddy?" balas Jungwon riang seraya menurunkan sedikit jambakan bunga yang berada di dalam dakapannya itu ke bawah.
"Eoh, cantik" jawab Jungkook ringkas lalu mengukir senyuman kecil. Dia kemudiannya menilik jambakan bunga ros merah yang tersusun rapi dalam pembalut plastik berwarna ungu cair itu.
"Mummy yang beli ke?" soal Jungkook seraya memandang anaknya itu kembali. Keningnya diangkat sebelah.
Jungwon langsung menggeleng kecil.
"Tak ada lah. Ada samchon kasi" jelasnya ringkas.
Jungkook langsung menjongket sebelah keningnya.
"Samchon? Hyungwon samchon?" soal Jungkook bingung.
Jungwon sekali lagi menggeleng.
"Tak lah. Han samchon" jawab Jungwon polos.
Berkerut seribu dahi Jungkook tika mendengar gelaran yang dipanggil anaknya itu.
"Han samchon? Nugu?" soalnya buntu dengan kerutan di dahi. Sambil itu, dia cuba berfikir mengenai gelaran yang mungkin tidak asing baginya. 'Han'.
"Daddy tak kenal? Han samchon tu baikkk! Dia banyak belikan Jungwon jajan dengan aiskrim tau!" tutur Jungwon teruja dengan senyuman lebar.
Jungkook yang mendengarkan itu hanya menarik senyuman singkat.
"Oh,iye? Daddy tak baik?" seloroh Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah.
"Eh, daddy mesti la yang terbaik!" respon Jungwon mesra lalu langsung memeluk longgar leher ayahnya itu. Terpenyek jugalah jambakan bunga di dakapannya itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum. Manakala, si kecil itu cuma tersengih kecil.
"Sini daddy nak tengok bunga tu kejap" pinta Jungkook dengan senyuman.
"Eoh,nah" balas Jungwon akur seraya memberikan sejambak bunga itu kepada ayahnya itu.
"Gumawo" ucap Jungkook mesra bersama senyuman yang menghiasi bibir. Kini jambakan bunga itu bertukar tangan.
"Eoh" balas Jungwon polos dengan anggukan. Dia memandang ayahnya yang tampak fokus menilik jambakan bunga itu.
Jungkook yang menyedari anaknya itu masih statik berdiri di hadapannya itu langsung memandang si kecil itu kembali.
"Jungwon tak nak sambung tengok tv balik? Daddy nak tengok bunga ni kejap. Nanti biar daddy je bagi ni dekat mummy" tutur Jungkook lancar bersahaja. Satu senyuman singkat diukir.
"Oh, okeyyy" balas Jungwon girang lalu langsung berlari anak ke ruang tamu kembali. Seronoklah dia tak perlu menghabiskan masa banyak terlepas dengan rancangan kartunnya itu.
Sebaik saja Jungwon pergi, Jungkook pun langsung membelek-belek jambakan bunga itu. Dibelek setiap sudut jambakan tersebut sebelum matanya terarah pada sekeping kad yang terselit di belakang jambak bunga ros merah itu. Langsung saja dia menarik keluar kad itu.
Jungkook membuka kad bersaiz kecil itu. Bergerak-gerak bola matanya membaca setiap patah perkataan yang tertera di situ.
It's really special for you. My love for you is countless and sincere. Have a nice day, pretty.
Panas saja hati seorang Jeon Jungkook itu tika membaca satu-persatu perkataan 'manis' yang menghiasi kad putih suci itu. Lidahnya sudah menekan-nekan pipi dalamnya. Nafasnya juga sudah tidak terlalu keruan. Dia kemudiannya memusingkan kad itu, melihat sisi belakang objek nipis itu pula.
-Yoo Si Han
Ya. Nama itulah yang tertera secara berangkai di hujung bawah kad itu.
"Sial"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»108
•
•
•
"Jungwon, kenapa tak bawa naik bunga mummy suruh tadi?" soal Eunha agak kesal sambil memandang Jungwon yang sedang khusyuk menonton televisyen itu. Namun, nadanya masih saja lembut.
"Eoh? Oh, Uwon memang nak bawa naik dah tadi. Tapi, daddy cakap daddy yang nak bagi bunga tu dekat mummy. Jadi, Uwon tak bawalah naik" jelas Jungwon polos sambil memandang ibunya yang sudah kemas memakai baju tidur.
Eunha sedikit terpaku tika mendengar penjelasan polos anaknya itu. Langsung saja dia memandang ke sekeliling.
"Daddy? Daddy dah balik?" soal Eunha sambil menatap fokus pada Jungwon, menanti respon.
Jungwon langsung menganggukkan kepalanya.
"Dah. Tadi lagi dah balik. Waktu mummy suruh Uwon hantarkan bunga tu" respon Jungwon tenang dengan matanya yang bulat-bulat memandang wajah terkesima ibunya.
Eunha bertambah terkesima.
Sudah.
Tanpa banyak kata, Eunha langsung memusingkan badannya lalu berganjak dari ruang tamu. Dia perlu mencari sosok tubuh suaminya itu. Langkahnya diatur sambil matanya meliar ke sekeliling. Fikirnya Jungkook tiada di tingkat atas, jadi dia hanya meneruskan langkahnya lurus ke dapur.
Dan sebaik saja dia melangkah masuk ke dapur, matanya langsung terarah pada figura Jungkook yang berada di hujung sudut dapur. Lelaki itu tampak berang lalu menyumbat kasar jambakan bunga di pegangannya itu ke dalam tong sampah.
Membulat langsung sepasang mata Eunha tika menyaksikan itu.
"Awak! Kenapa buang bunga tu?!" soal Eunha lantang seraya langsung berlari menghampiri suaminya itu.
"Memang patut pun buang!" balas Jungkook drastik seraya memusingkan badannya menghadap Eunha yang sudah hampir dengannya.
"Awak ni dah kenapa?! Itu cuma bunga je kan!" tukas Eunha sebal dengan dahi yang berkerut protes. Dia memandang sekilas jambakan bunga yang agak berantakan di dalam tong sampah itu.
"Lepas tu, awak nak simpan lah?! Sebab jantan tu yang bagi bunga tu?!" herdik Jungkook dengan matanya yang tajam menikam wajah protes Eunha.
"Nooo, saya cuma nak appreciate pemberian dia je lah!" nafi Eunha setelah menggeleng kepalanya laju.
"Appreciate bendanya?! Rasa terhutang budi sangat ke dengan bouquet bodoh ni?!" bentak Jungkook kesal.
"Sayang,tolong la! It just a bouquet of flower!" tukas Eunha sebal. Nafasnya menjadi sedikit tidak keruan. Bola matanya bergerak-gerak meneliti raut tegang di wajah Jungkook.
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya diketap lalu rambutnya diraup kasar ke belakang. Kemudian, direnung kembali wajah isterinya itu.
"Bukan sebab nak appreciate kan? Tapi sebab hati tu dah terbuka, dah suka terima benda macam ni" tutur Jungkook dingin dengan nada yang direndahkan. Matanya lurus menatap wajah Eunha.
"A-apa awak cakap ni?" respon Eunha yang semestinya tersentak dengan bicara Jungkook itu.
"Suka lah tu kan dapat bunga, dapat kad ada ayat yang manis macam tu?" sindir Jungkook bersahaja dengan kening yang dijongket sebelah.
Eunha langsung tersentak sebentar. Tangannya yang menggigil sedikit itu digenggam. Dia hanya mampu membisu dengan dada yang terasa sesak.
Jungkook menghela nafasnya perlahan. Matanya dipejam sebentar lalu dicelikkan semula.
"Dah la, Jeon Eunha" tuturnya mendatar.
"Hari tu cakap nak kawan je kan? Ini dah jadi apa? Dah jadi status boyfriend?" soal Jungkook dingin dengan kening yang dijongket sebelah.
"Sayang!" laung Eunha spontan dengan mata yang membuntang luas. Tidak menyangka dengan tanggapan suaminya itu. Dadanya mulai terasa sesak.
"Apa?! Belakang saya awak buat apa?!" soal Jungkook lantang yang kembali dikuasai emosi.
"Buat apanya?! Sayang, tolong la! Saya sedar la saya ada husband!" tukas Eunha sebal dengan lantangnya. Matanya mulai berair.
"Tapi,perangai tu tak macam ada husband!" bidas Jungkook kesal.
"M-mwo?" respon Eunha tersentak. Air matanya juga serentak menitis. Respon Jungkook itu benar-benar menusuk hatinya. Bibirnya sedikit bergetar.
Jungkook merengus perlahan. Matanya dipejam sebentar sambil memicit-micit pangkal batang hidungnya. Lalu, matanya dibuka dan kembali menatap wajah terkesima milik Eunha.
"Awak ingat saya tak tahu, Jeon Eunha? Time saya dekat pejabat, awak berpeluk dengan jantan tu, dua hari lepas awak jumpa lagi jantan tu dekat kafe, hari ni kat mana pulak awak jumpa dia sampai dapat bunga? Tiga-tiga benda ni, ada awak pernah terfikir nak bagitahu saya? Tak. saya yang tahu sendiri. Just, boleh jaga perasaan saya jugak tak, Jeon Eunha?" hambur Jungkook panjang lebar penuh kecewa sambil menatap tepat ke wajah Eunha.
Eunha sememangnya sudah tergamam habis dengan hamburan suaminya itu. Lidahnya kelu,tak mampu untuk mengungkapkan apa-apa.
"Patut la sebelum ni saya rasa susah hati sangat bila nak izinkan awak untuk kawan dengan dia. Rupanya ni la kan sebab dia? Seronok kan bermesra dengan lelaki lain?" ujar Jungkook dengan nada agak lirih sebelum menarik senyuman singkat.
"Bila time saya jadi masalah, awak tahu nak kecewa. Bila time awak? Saya tak boleh nak kecewa?" tambah Jungkook kesal sambil merenung wajah terpana Eunha.
Eunha menggeleng-gelengkan perlahan kepalanya.
"Sayang, please. It just...it just a flower" tutur Eunha dengan nada agak serak dan bergetar sambil menatap wajah kecewa suaminya itu. Air mata yang bergenang dibiarkan membasahi pipi.
Jungkook mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Fine. It just a flower, right?" balas Jungkook senada lalu memusingkan badannya dan mengambil semula jambakan bunga itu. Kemudian, dia menghadap Eunha kembali lalu dihulurkan kasar jambakan bunga itu kepada wanita itu. Terdorong ke belakang jugalah tubuh kecil seorang Jeon Eunha itu.
"Ambik. Simpan baik-baik bunga ni. Appreciate apa yang jantan tu bagi. Jaga hati dia" ujar Jungkook dingin lalu langsung mengatur langkahnya keluar dari ruangan dapur itu.
Eunha tersentak hebat. Kata-kata Jungkook itu benar-benar mendalam dan meremukkan hatinya. Bibirnya bergetar sambil mendakap jambakan bunga itu. Air matanya laju mengalir keluar membasahi pipi. Dadanya terasa sesak yang teramat, menahan isakan tangisan.
Dan, ketika itu, ada seorang lagi figura kecil yang sedang duduk di sebalik dinding dapur, menangis teresak perlahan ketika menyaksikan pertengkaran ibu dan ayahnya itu tadi. Tersedu-sedu perlahan dia mengalirkan air mata sambil menekup mulutnya. Bahunya juga terhinjut-hinjut.
Ya, dia lah. Jeon Jungwon.
AWWW KESIAN JUNGWON SEYAAA :(
SESUNGGUHNYA KONFLIK SEYA KALI INI BENER II BUAT ANDA MENJADI LALANG
AHSHSHSHSH
KALI NI ANDA SEMUA TEAM SIAPA PULAK?
SRS QUESTION EH
KO JAWAB JUNGWON AKU KETUK GUNA FLOWER BOUQUET SIHAN-
HA YE INI SEMUA HANJING ITU PUNCANYAAA
yelah dah kerja dia gitu-
MAAP YE ANUCK II
STAY SETERONG OKIEEE (◕‿◕✿)
TARIK NAFASSSS, SIHIRLAH SIHAN
HM
DAH, VOTE YEE MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro