Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷106

OKEY TARIK NAPASSSS

BISMILLAH

LEPAS NAPASSS

K BENDA LA AKU NI

DAH, ASHILA VOTE DAN COMMENT YEE

CHAP NI PANJANG JUGAK, SO MACAM BIASA LA

EPRESYET 😇

K SILA BACA





















"Yah, kau tahu kan kalau dia report dekat company dia pasal cara treatment kita dekat dia selama seminggu ni, probably we're done. Mostly cara kau layan dia la" tutur Mingyu resah sambil memandang wajah rakannya itu di hadapan.

Jungkook merengus perlahan. Dia mengetap bibirnya singkat sebelum memandang Mingyu.

"Then, kau nak suruh aku biar je ke dia terhegeh-hegeh macam tu dekat aku? Come on la,Gyu. Dia tu dah melampau. Dia nak berurusan dengan orang, buat cara nak berurusan. Benda personal tak payah jadi bodoh nak kaitkan sekali. Perempuan macam dia tu memang cuma tahu nak rosakkan hubungan orang je. Buat kerja pun macam apa je" balas Jungkook panjang lebar dengan kesalnya.

"Kalau dia tak nak treatment macam tu dekat company aku, ubah dulu perangai murah dia tu"

Jungkook meraup wajahnya sekilas sebaik saja dia terfikirkan tentang perbualannya dengan Mingyu di pejabat tadi. Fikirannya sudah bercelaru. Sae Yoon cara Sae Yoon. Eunha cara Eunha.

Satu keluhan panjang dilepaskan perlahan. Jungkook mengemam bibirnya sebentar sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Malas mahu mengusutkan lagi fikirannya.

Jungkook mengatur langkahnya menghampiri pintu utama rumah agamnya. Angka passcode dimasukkan lalu pintu dibuka. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah kemudian ditutup kembali pintu tersebut. Dapat dia rasakan suasana lengang di dalam rumah.

Jungkook memusingkan badannya sebaik saja menutup pintu. Matanya langsung terarah pada figura Eunha yang kebetulan muncul di sebalik dinding tangga. Wanita itu tampak kemas berpakaian dengan beg sandang yang disandang di bahu.

"Sayang,nak pergi mana?" soal Jungkook langsung sebaik saja melihat penampilan Eunha itu.

"Rumah appa. Nak ambil Jungwon. Appa yang ambil Jungwon dekat tadika tadi" jelas Eunha ringkas senada sambil memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg sandang. Wajah suaminya itu langsung tidak dilihat walau satu kerlingan.

Jungkook mengangguk perlahan. Patutlah rasa lengang rumah ini hari ini. Selalunya kalau dia pulang, pasti sudah bising dengan suara rancangan kartun di kaca televisyen yang ditonton si Jeon Jungwon itu.

"Saya pergi dulu" pamit Eunha mendatar lalu menghayun langkahnya menuju ke pintu depan. Namun, sebaik saja dia melangkah melepasi Jungkook, langsung saja lengannya diraih lelaki itu. Terhenti langkahnya.

"Kejap" ujar Jungkook senada sambil menggenggam lembut lengan kanan Eunha itu. Dia tidak menoleh, tetap memandang ke hadapan.

Eunha langsung mengeluh perlahan. Bibirnya diketap sebelum menoleh sekilas memandang lelaki itu.

"Kenapa? Kalau awak nak cakap pasal tadi, tak payah. Saya malas nak dengar. Saya nak ambil Jungwon" tutur Eunha tanpa nada lalu menolak perlahan genggaman Jungkook agar melepaskan lengannya. Kemudian, dia kembali melangkah.

"Malas nak dengar? Lepas tu sampai bila nak biar salah faham ni?" soal Jungkook senada sebelum memusingkan badannya ke arah Eunha.

Eunha yang berura-ura untuk membuka pintu itu sedikit sebanyak terbantut dek bicara Jungkook itu. Dia mengeluh perlahan lalu memusingkan badannya menghadap lelaki itu.

"Salah faham apa? Saya malas nak dengar sebab saya dah malas nak rasa sakit hati pasal benda ni" balas Eunha senada sambil menatap wajah Jungkook yang berjarak agak jauh darinya itu.

Jungkook langsung tersenyum kecil dek jawapan Eunha itu. Namun senyumannya itu cuma terukir tidak sampai 5 saat sebelum raut wajahnya menjadi tegang kembali.

"Fikir 'sakit hati' awak je lah kan? Semua benda kena fikir pasal awak dulu kan, Jeon Eunha? Adil ke untuk saya macam ni?" ujar Jungkook yang berbaur bentakan itu. Ditenung wajah kesal Eunha itu.

Eunha menghela nafas panjang. Dia mengetap bibirnya seketika.

"Sekarang awak nak cakap pasal adil pulak? Dah la,awak. Saya betul-betul tak nak cakap pasal ni. Saya pergi dulu" tutur Eunha acuh tak acuh sebelum meminta diri. Dia langsung memusingkan badannya.

"Siapa izinkan awak pergi, Eunha?" soal Jungkook langsung dengan nada tegas terselit dingin.

Eunha yang mendengarkan itu langsung hilang kata dalam ketidakpercayaan. Dia lantas memusingkan badannya dengan protes.

"Mwo?" respon Eunha dengan dahi yang sudah berkerut protes.

Eunha mengetap bibirnya sebelum merengus perlahan.

"Awak ni dah kenapa? Saya nak pergi ambil Jungwon je kan? Takkan sebab benda ni awak nak jadi sampai macam ni?" bentak Eunha sebal dengan eskpresi wajah yang betul-betul mentafsirkan ketidakpuasan hatinya.

"Then, hear me out first. Tak payah nak jadi dingin dengan saya just sebab benda yang awak sendiri pun tak tahu lagi apa yang berlaku sebenarnya tadi. Tak payah nak assume benda yang awak belum pasti la,Jeon Eunha" tutur Jungkook lancar sambil menatap tepat ke wajah Eunha.

Eunha tersenyum singkat sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan.

"Ah,basically awak nak suruh saya dengar awak salahkan saya? Tak payah la,sayang. I already sick of this. Cakap la apa awak nak cakap. Saya yakin la dengan apa yang saya nampak" tukas Eunha angkuh sebelum memusingkan badannya untuk beredar.

"Boleh tak dengar saya explain dulu, Jeon Eunha?!" herdik Jungkook bengang dengan nada yang langsung naik seoktaf. Matanya tajam merenung figura Eunha yang membelakanginya.

"Yang awak nak tinggikan suara kenapa?!" bentak Eunha protes sebaik saja memusingkan badannya kembali menghadap lelaki itu. Nadanya juga tak kalah kelantangannya.

"Saya takkan tinggikan suara kalau awak stop assume dan dengar dulu apa yang saya nak cakap!" balas Jungkook lantang penuh emosi.

"Dah tak ada benda la saya nak dengar!" tukas Eunha sebal yang turut beremosi. Nafasnya sedikit turun naik.

"Tak, sekarang ni awak tahu kan perempuan sial tu macam mana?!" soal Jungkook yang kekal dengan nada yang sama sambil merenung tajam wajah isterinya itu.

"Sebab saya tahu dia macam mana lah saya tak pelik dia boleh buat awak jadi macam tadi!" jawab Eunha kesal.

"Jadi macam apanya?! Boleh tak stop assume ikut kepala awak and dengar dulu explanation saya?! Susah sangat ke?!" tukas Jungkook lantang yang memang sudah dikuasai emosi.

"Ye,susah! Sebab hati saya dah kecewa sangat dengan awak!" balas Eunha sebal dengan nada yang agak serak. Matanya yang merenung wajah berang Jungkook itu sedikit berair.

"Kenapa nak kena kecewa dengan benda yang belum tentu betul dengan apa yang awak nampak?! Kenapa nak kena kecewa dengan benda yang awak sendiri belum pasti?!" soal Jungkook bertalu-talu dengan penuh kesalnya.

Eunha langsung terdiam sebentar dek bidasan lelaki itu. Dia memandang wajah berang Jungkook. Nafas suaminya itu juga turun naik tidak keruan. Tampak sungguh beremosi.

"Habis, awak nak expect saya tak kecewa bila tengok suami saya buat macam tu?" tukas Eunha dengan nada yang direndahkan kembali. Matanya tepat merenung wajah kesal sang suami.

"Awak boleh kecewa kalau saya betul-betul buat macam tu! Sekarang ni, apa yang awak nampak tu tak betul!" balas Jungkook lantang.

"Tak betul? Lepas tu, awak nak cakap apa? Awak nak cakap yang awak saja-saja masuk dalam fitting room tu dengan dia and things just happened. Macam tu?" tebak Eunha dengan kening yang dijongket sebelah.

Jungkook langsung memejam matanya rapat. Bibirnya diketap lalu rambutnya dikusutkan kasar. Kesabarannya sememangnya makin menipis.

"Saya tak gila lagi la nak buat benda bodoh tu with the fact yang saya dah ada wife! Boleh fikir panjang-panjang tak, Jeon Eunha?!" tukas Jungkook bengang sambil sepasang matanya menikam tajam wajah Eunha. Nafasnya turun naik.

Eunha diam tidak merespon. Dia hanya mampu memandang kondisi beremosi suaminya itu.

Jungkook menghela nafasnya perlahan. Dia memejamkan matanya seketika lalu dicelikkan semula. Cuba menyalurkan kembali kesabaran dalam dirinya.

"Perempuan tu awak tahu kan dia macam mana? Awak pernah tengok sendiri perangai dia macam mana. Awak ingat saya hamak sangat ke dengan perempuan macam tu? Kalau dia cantik macam mana sekali pun, awak ingat saya jenis yang cepat berpaling just sebab rupa ke? Kalau saya memang jenis macam tu, rumah tangga kita takkan bertahan selama 10 tahun ni la, Jeon Eunha" tutur Jungkook panjang lebar dengan nada yang akhirnya dapat dikawal.

Eunha hanya terhanyut dalam kebisuan tika mendengar tuturan Jungkook itu.

Jungkook mengeluh perlahan. Dia memandang lama wajah terkedu milik Eunha.

"Benda ni just pasal kepercayaan je, Eunha. Kalau awak tak boleh percaya saya, "

"Then, we're done"




【 BBP S2:TRUST】
»106



    

Pagi itu, Jungkook menuruni tangga dengan langkah kosong sambil mengancing butang lengan baju kemejanya. Suasana tersangat-sangatlah lengang pagi itu. Bukan disebabkan perang dingin yang dilancarkan namun disebabkan ketiadaan sesiapa di rumah selainnya. Baik Eunha, baik Jungwon.

Jungkook mengatur langkahnya menuju ke dapur. Dia menghampiri peti sejuk lalu dibuka pintunya. Sebotol air mineral dikeluarkan kemudian diletakkan ke atas kabinet. Gelas kosong dicapai lalu air kosong dingin itu dituang masuk ke dalam.

Dek perbalahan antara Jungkook dan Eunha semalam, wanita itu langsung keluar dari rumah dan tidak pulang. Dia menginap di rumah tuan Jung. Itu pun mujurlah dikhabarkan juga oleh tuan Jung kepada Jungkook. Jika tidak, sampai ke sudah lah dia menunggu berjam-jam kepulangan isterinya itu bersama sang anak.

Jungkook menghela nafasnya perlahan tika asyik terfikirkan soal situasi tegang semalam. Entah mahu menyesal atau berasa puas hati, dia pun buntu. Dia menggeleng kepalanya perlahan lalu meneguk segelas air kosong di pegangannya itu.




【 BBP S2:TRUST】
»106



    

"Appa" panggil Eunha yang sedang berjalan dari arah dapur itu, menuju ke sang ayah yang berada di ruang tamu.

"Hm?" sahut tuan Jung ringkas yang sedang membetulkan kot di tubuhnya itu. Dipandang sekilas Eunha yang menghampirinya.

"Appa nak pergi office nanti lalu convenience store dekat dengan tadika Jungwon tu kan?" soal Eunha tatkala berdiri di sebelah tuan Jung. Ayahnya itu baru mahu berangkat ke pejabat dek ada urusan yang perlu diuruskan pagi tadi.

"Eoh. Kenapa?" respon tuan Jung setelah mengangguk sebelum menyoal kembali. Penasaran.

Eunha menarik senyuman senang.

"Eun ikut appa eh? Nanti appa drop Eun dekat convenience store tu. Alang-alang Eun ada benda nak beli dekat sana, then boleh terus ambik Jungwon je nanti" jelas Eunha bersama senyuman.

Tuan Jung langsung menoleh memandang satu-satunya anak perempuannya itu.

"Kamu nak ambil dia dengan apa, Eun? Kamu datang sini pun naik teksi semalam" tutur tuan Jung sambil menatap wajah polos anaknya itu.

Eunha langsung terkedu sebentar. Betullah. Lupa pula dia yang dia datang ke rumah ayahnya itu hanya dengan teksi. Bukannya dia tak mahu memandu, cumanya nak dijadikan cerita,cukai jalan di keretanya itu mati. Habuan nak kena saman boleh lah kalau tetap mahu memandu kereta itu.

"Ah, betul la kan? Um, macam mana eh?" balas Eunha dengan sengihan kecil sebelum menggaru-garu perlahan lehernya yang tidak gatal.

Tuan Jung hanya memandang Eunha yang ligat berfikir itu. Dikerling sekilas jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya.

"Ah, tak apalah, pa. Apa masalahnya naik teksi pun kan? Nanti pandai-pandailah Eun cakap dengan dia" ujar Eunha langsung sebelum mengulum senyuman singkat. Malas mahu berfikir banyak.

Tuan Jung hanya mengangguk perlahan.

"Ye lah, suka hati kamu lah. Kajja" balas tuan Jung hanya mengiyakan tanpa membantah. Lalu, dia mengatur langkahnya ke pintu depan.

"Eoh" jawab Eunha lalu langsung mencapai beg sandangnya yang terletak di kabinet berdekatan televisyen. Kemudian, dia lantas mengejar langkah ayahnya itu.

"Tutup pintu" arah tuan Jung ringkas kepada Eunha sebaik saja anaknya itu keluar.

Eunha hanya mengangguk akur lalu menutup rapat pintu rumah agam ayahnya itu. Kemudian, dia mencapai kasut tumit tinggi dua incinya itu di rak kasut. Sambil menyarungkan kasut, dia bersuara.

"Appa, boleh kan kalau Eun nak tinggal sini untuk beberapa--"

"Eoh, Jungkook ah"

"Mwo? Mana?" spontan Eunha menyoal sebaik saja mendengar nama suaminya itu disebut sang ayah. Hampir saja dia jatuh dek kaki kanannya yang sudah memakai kasut itu terpelecok ke tepi, mujur saja dia pantas berpaut pada pintu. Sambil itu matanya meliar ke sekeliling, mencari figura Jungkook.

"Yang kamu dah kenapa, Eun? Okey tak tu?" soal tuan Jung sebaik saja menoleh belakang melihat keadaan Eunha yang bersandar pada pintu dengan mata yang meliar laju itu. Itu belum cerita tangan kiri anaknya yang sedang memegang sebelah kasut itu.

Eunha yang sedang memandang sekeliling itu langsung bergerak memandang ayahnya apabila ditanya begitu.

"Eoh? Eoh, okey lah, pa. Cuma terpelecok sikit je tadi" jelas Eunha sebelum tersengih kecil.

Tuan Jung hanya mengangguk perlahan. Aneh-aneh sajalah anaknya yang seorang ini. Dia kembali memandang ke hadapan.

Manakala Eunha pula terpinga-pinga di situ. Puas dia memandang ke sekeliling tadi, tapi tiada pula figura si Jeon Jungkook itu. Tadi bukan ke ayahnya menyebut nama lelaki itu?

Ke, dia berhalusinasi?

Eunha langsung menggelengkan kepalanya laju bagi menghilangkan fikiran bukan-bukannya itu. Lalu, kepalanya diketuk perlahan. Ini banyak sangat fikir pasal dia lah ni.

"Dah?" soal tuan Jung sambil memandang Eunha di belakang.

"O-oh,ha. Dah, dah" balas Eunha yang sedikit sebanyak tersentak dek bicara tuan Jung itu. Dia langsung menyarungkan kasut di kaki kirinya.

Tuan Jung langsung berdecit perlahan melihat anaknya yang menjadi salah tingkah itu. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Kajja" ajak tuan Jung lalu memusingkan badannya dan mengatur langkah terlebih dahulu.

Eunha pula lantas mengikuti langkah ayahnya itu.

"Appa, pasal tadi kan--"

"Aigoo, Jungkook ah. Kenapa tak bagitahu dulu nak datang? "

Eunha yang sedang melangkah di belakang tuan Jung itu drastik terhenti langkahnya. Buat kali kedua dia mendengar ayahnya itu menyebut nama Jungkook. Dia pantas menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Teruk sangat kau berhalusinasi ni, Eunha!

Eunha langsung menghayun langkahnya lebih laju hingga berada di sebelah ayahnya. Lalu, dia menoleh memandang tuan Jung.

"Appa, Eun--"

"Sayang"

Suara garau yang amat dikenali itu cukup membuatkan bicara Eunha kepada tuan Jung mati begitu saja sebaik saja menyapa telinganya. Dia langsung memandang ke depan dan mendapati figura Jeon Jungkook di depan pagar. Harapnya ini bukan halusinasinya lagi.

Eunha terkedu sebentar. Dia menoleh memandang tuan Jung di sebelah dan apa yang dibalas ayahnya itu cuma satu senyuman lebar yang meyakinkan. Eunha langsung mengeluh perlahan sebelum memandang suaminya itu kembali.

"Awak buat apa dekat sini?" soal Eunha senada sambil menatap kosong wajah Jungkook yang agak jauh darinya itu.

"Buat apa? Nak bawa awak balik la" balas Jungkook bersahaja lalu mengulum senyuman singkat.

"Tak nak. Saya tinggal dengan appa je" tukas Eunha serta-merta menolak. Nadanya kekal mendatar.

"Eun... " tegur tuan Jung sambil memandang sisi wajah anaknya itu.

Eunha langsung menoleh memandang ayahnya.

"Apa? Eun tak nak balik la, pa. Eun tinggal sini je" ujar Eunha agak protes sambil memandang tuan Jung dengan dahi berkerut.

"Jangan jadi childish, sayang. Pergi la. Jangan buat perangai macam ni. Tu suami Eun, tau?" tutur tuan Jung lembut, menasihati anak tunggalnya itu.

Eunha langsung merengus sebal. Raut wajahnya berubah cemberut.

"Ish, kan Eun nak pergi convenience store. Eun bukannya nak balik" bentak Eunha sebal.

"Ha, pergi la dengan Jungkook" jawab tuan Jung bersahaja.

Eunha pantas menggelengkan kepalanya.

"Tak nak la. Eun cakap nak pergi dengan appa kan tadi?" tukas Eunha.

Tuan Jung langsung mengeluh perlahan. Memang tak ada ubat bila dengan kedegilan anaknya ini.

"Eun, tu kan Jungkook datang tu. Tak baik la buat macam ni" tutur tuan Jung lembut, cuba memujuk anaknya itu.

Eunha langsung merengus perlahan.

"Tak ada siapa suruh dia datang pun. Dah la, jom je lah, Pa. Kita pergi" ajak Eunha angkuh dengan mendatar lalu menapak ke porch kereta.

"Appa tak nak hantar. Pergi dengan Jungkook" tukas tuan Jung bersahaja, mampu menghentikan langkah Eunha.

"Ah, seriously, Pa?" bentak Eunha protes sebaik saja menoleh memandang ayahnya.

"Ye" jawab tuan Jung tenang bersama anggukan.

Eunha lagi-lagi merengus sebal. Hakikat yang ayahnya itu tidak menyokongnya cukup menyebalkannya.

"Ah, jjinja. Dah la. Kalau appa tak nak hantar, Eun pergi dengan teksi je" hambur Eunha sebal lalu langsung menghayun langkahnya ke pagar kecil di sebelah pagar utama. Dibuka kasar pagar kecil itu lalu dia berjalan keluar tanpa mengerling pun yang berada di luar pagar itu.

"Sayang--"

"Tak,tak. Saya tak nak balik" tukas Eunha langsung sambil kakinya setia melangkah menjauhi Jungkook. Memang tidak membiarkan lelaki itu menghabiskan bicara. Kerling pun tidak. Sambil itu, dia mengeluarkan telefon pintarnya dari beg sandang untuk memesan perkhidmatan teksi.

Namun, niat seorang Jeon Eunha itu terkubur begitu saja tatkala tubuhnya tiba-tiba diangkat gaya bridal oleh Jungkook dari belakang. Mujur saja telefon pintar di pegangan Eunha itu tidak terlepas dek perbuatan mengejut suaminya itu.

"Aish, awak! Turunkan la! Malu lah nanti orang tengok! " bentak Eunha serta-merta dengan mata yang sedikit membulat itu. Dia meronta minta diturunkan sekaligus mencuba untuk meloloskan dirinya sendiri.

"Biar malu. Orang ajak balik, nak degil sangat" balas Jungkook selamba tanpa mengerling Eunha. Dia tenang mencempung tubuh kecil wanita itu walau gerangan itu puas meronta. Sambil itu, kakinya melangkah ke arah keretanya yang diparkir di hadapan pagar utama rumah agam tuan Jung.

Mendengar respon Jungkook itu, bertambah sebal lah si Jeon Eunha itu dibuatnya. Dia betul-betul risau kalau ada beberapa jiran di kawasan perumahan ayahnya itu melihat mereka.

"Ah, jjinjaaa! Awak! Can you just please tur--"

"Diam. Cium kang" seloroh Jungkook mengugut mesra seraya menjegilkan matanya sekilas buat Eunha di pangkuannya itu.

Spontan Eunha terdiam sekaligus berhenti meronta. Bibirnya juga perlahan dikemam. Matanya berkelip-kelip memandang wajah suaminya dari sudut bawah itu.

Manakala Jungkook yang menyedari tindak balas pantas Eunha sebaik saja itu langsung tersenyum kecil.

"A-Ah, mwoyaaa" rungut Eunha perlahan tatkala menyedari dirinya yang refleks bertindak itu. Bola matanya digulingkan menyampah. Jengkel pula dengan lelaki itu.

Jungkook membuka pintu kereta bahagian penumpang sebelah pemandu menggunakan tangan kirinya. Kemudian, dengan cermat dia meletakkan tubuh Eunha ke atas bangku kereta.

"Boleh pun dengar cakap" ujar Jungkook bersahaja berbaur sindiran mesra seraya menarik tali pinggang keledar di sebelah bangku lalu dipakaikan pada tubuh isterinya itu. Sempat dia mengulum senyuman buat Eunha yang tak berjarak jauh wajah dengannya.

Eunha langsung berdecit jengkel sebelum melarikan bola matanya ke arah lain.

Jungkook tersenyum kecil melihat reaksi wanita itu sebelum keluar dari perut kereta. Dia menutup pintu kereta di bahagian penumpang itu sebelum memusingkan badannya menghadap rumah agam tuan Jung. Terlihat ayah mentuanya itu masih statik berdiri di porch kereta.

"Pergi dulu, pa" pamit Jungkook mesra dengan senyuman kecil.

Tuan Jung hanya tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya sebagai respon. Memang sejak tadi dia menjadi pemerhati gelagat pasangan itu.




【 BBP S2:TRUST】
»106



    

Jungkook mengerling jam yang terlilit kemas di pergelangan tangan kanannya itu sebaik saja kereta diberhentikan dek lampu isyarat yang  memaparkan warna merah. Jam baru menunjukkan pukul 11.25. Sepertinya masih awal lagi untuk menjemput si Jeon Jungwon itu dari tadika. Dia kemudiannya mengerling Eunha di sebelah. Wanita itu hanya melempar pandangan ke luar tingkap tanpa bersuara langsung.

"Sayang," panggil Jungkook dengan nada rendah sebaik saja menoleh memandang Eunha di sebelah. Dia cuba untuk mengajak berbicara dengan wanita itu.

"Ambil Jungwon then hantar saya pergi rumah appa balik" ujar Eunha senada tanpa menoleh memandang Jungkook. Dia tetap memandang ke luar tingkap.

Jungkook langsung menghela nafasnya panjang dek tuturan isterinya itu. Memang dalam fasa dingin lagi wanita itu.

Jungkook tidak merespon sebaliknya hanya memalingkan wajahnya ke depan kembali. Kebetulan lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Langsung saja brek tangan diturunkan lalu pedal minyak ditekan, memulakan perjalanan.

Sampai bila nak biarkan perang dingin ni? Walaupun sehari pun tak sampai, tapi rasanya seperti sudah sangat lama baginya.

Jungkook memberi isyarat ke kanan lalu mengilas sedikit stereng kereta ke tepi dan akhirnya memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia mengeluh perlahan sebelum menoleh memandang Eunha di sebelah. Posisi wanita itu tetap saja seolah membelakanginya.

"Sayang" panggilnya lembut sebelum meraih tangan kiri Eunha lalu dipegang tangan kecil itu kemas.

Eunha tersentak seketika apabila merasakan tangannya itu diraih Jungkook. Namun dia hanya kekal memandang ke luar tingkap tanpa merespon. Dia juga hanya membiarkan lelaki itu memegang tangannya itu.

Jungkook menghela nafasnya perlahan apabila wanita itu memang tiada ura-ura untuk mengerlingnya sedikit pun. Dia kemudiannya menggenggam longgar tangan mulus Eunha itu menggunakan kedua-dua tangannya.

"Saya tahu awak kecewa dengan saya, tapi memang apa yang awak nampak tu tak betul, sayang. Tak macam yang awak fikir" tutur Jungkook lembut,membuka bicara.

"Jadi, apa yang betul?" soal Eunha senada.

Seolah satu kejayaan buat seorang Jeon Jungkook, isterinya itu akhirnya merespon. Bonusnya, respon dari wanita itu berbunyi seakan berminat untuk mengetahui hal sebenar.

Terukir senyuman di bibir Jungkook. Kedua-dua tangannya yang menggenggam tangan kecil Eunha itu dieratkan sedikit. Dia memandang sang isteri yang kekal melihat ke luar tingkap yang tiada apa-apa yang menarik itu.

"Tengok la sini dulu" pinta Jungkook bersahaja dengan senyuman kecil yang menghiasi bibir.

Eunha langsung mengeluh perlahan. Dia kemudiannya menoleh memandang lelaki di sebelahnya itu.

Jungkook tidak berdaya selain tersenyum lebar tika seorang Jeon Eunha itu langsung akur tanpa membantah. Hampir 10 minit dia tidak melihat wajah isterinya itu sepanjang di dalam kereta. LAMA betul.

Eunha hanya menatap kosong wajah senang hati suaminya itu. Dia tidak pernah merancang pun untuk memberi reaksi mesra untuk lelaki itu. Masih kekal membentak begitu.

"Dengar baik-baik, okey?" ujar Jungkook mesra seraya melepaskan genggamannya pada tangan kiri Eunha itu. Dipandang raut mendatar isterinya itu.

Eunha hanya mengangguk malas.

Jungkook tersenyum kecil sebelum memulakan penceritaannya.

"Jadi, macam ni. Saya rasa Mingyu bagitahu awak kan yang saya datang balik office waktu tu sebab nak ambil something?"

Eunha mengangguk, mengiyakan.

"Sepatutnya time tu saya dah kena ada dalam meeting room dah. Tapi, makhluk Mingyu tu baru bagitahu saya yang meeting tu perlukan advertising planning. Jadi, nak tak nak saya kena patah balik pulak untuk ambil planning tu"

"Saya pergi department advertising, seorang staf pun tak ada. Rupanya diorang semua kena pergi manage shooting perempuan gila tu. Jadi, saya pun kena pergi studio untuk jumpa seorang staf department tu, untuk minta planning tu"

"Kenapa awak sampai kena pergi studio tu? Kan awak boleh je call staf tu and suruh dia kasi dekat awak?" soal Eunha hairan dan terselit keraguan sedikit sebaik saja mendengar penjelasan Jungkook itu.

Jungkook tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak boleh, sayang. Diorang semua dalam studio. Mostly semuanya mute phone. Tak nak ada gangguan time shooting" jelas Jungkook ringkas.

Mulut Eunha melopong kecil. Dia kemudiannya mengangguk perlahan.

"So, saya pergi studio tu. Mingyu cakap time dia tengah on call dengan saya, awak ada sekali kan? " sambung Jungkook sebelum menyoal kepastian dari Eunha lagi.

"Eoh" balas Eunha dengan anggukan. Kali ini dia tidak lagi membisu.

"Ha, time tu saya dah ada depan pintu studio. Saya masuk ikut pintu belakang sebab takut ganggu shooting diorang tu kalau saya guna pintu depan. So, lepas je saya end call dengan Mingyu, saya masuk la dalam studio tu"

Jungkook menghentikan seketika penceritaannya. Dia memandang wajah polos Eunha yang terlihat fokus dan penasaran itu. Dia merengus perlahan. Penceritaan babak seterusnya ini agak mencabar untuk dia jelaskan. Namun begitu, dia tetap perlu menceritakannya.

"Lepas tu, perempuan bodoh tu tiba-tiba tarik saya masuk dalam fitting room tu. Saya terdorong masuk dalam tu pun sebab siapa yang nak expect bila lalu tepi fitting room, boleh ada manusia tiba-tiba tarik tangan kan? And, yeah. Memang saya end up dalam fitting room tu dengan dia" terang Jungkook seringkasnya. Ikutkan hati, dia malas menceritakan semula kejadian bodoh itu. Satu rengusan dilepaskan.

Eunha pula hanya mendiamkan diri. Dia cuba mencerna penceritaan Jungkook itu.

"But, literally, sayang, I don't even tertarik pun dengan dia. Dia yang melebih. Saya tak buat apa-apa yang bodoh pun dekat perempuan tu. And again, dia yang melebih. Tak tahu la apa masalah dia or dia ada any mental disorder ke, but surely she's too much" tambah Jungkook terselit penafian bagi membantu meyakinkan isterinya itu.

Eunha kekal diam. Dia hanya memandang wajah bersungguh Jungkook itu.

Jungkook mengeluh kecil. Dia mengulum senyuman singkat apabila tiada respon dari wanita itu. Dia sudah menjelaskan apa yang patut dijelaskan. Dia sudah menjelaskan hal sebenar seikhlas hatinya. Seringkasnya.

Kalau itu pun tidak cukup untuk membuat seorang Jeon Eunha itu mempercayainya, mungkin dia perlu terima saja. Apa lagi yang boleh dibuat?

"So,that's all, sayang. Basically it's just timing yang tak kena. Timing yang buat semua ni jadi sebaliknya. Saya betul-betul tak ada apa-apa pun dengan perempuan tu. Like, sayang. Saya tak gila lagi la nak suka perempuan macam tu. Saya betul-betul gila kalau saya pilih perempuan gila tu berbanding awak" tutur Jungkook lancar, berharap dapat meyakinkan Eunha.

Namun, wanita itu cuma kekal membisu.

"So, ni memang betul-betul salah faham, sayang. Tak ada sebab saya nak tipu just sebab perempuan tu. You're super precious than her. Buat apa saya nak pilih yang tak ada harga dekat mata saya while saya dah ada awak?" tambah Jungkook agak bersungguh, berusaha membuat wanita itu mempercayai bicaranya.

Eunha menatap lama wajah sempurna Jungkook. Lalu,dia mengeluh kecil.

"Sorry" ucap Eunha perlahan seraya menundukkan kepalanya. Bibirnya dikemam singkat.

"Hm?" soal Jungkook bingung apabila telinganya tidak dapat menangkap dengan jelas tuturan Eunha itu. Seperti bergumam saja bicara wanita itu. Keningnya dijongket sebelah sambil memandang isterinya yang sedang menunduk itu.

Eunha mengemam bibirnya rapat. Lalu, perlahan dia mengangkat kepalanya memandang wajah penasaran Jungkook.

"Saya minta maaf" ucap Eunha sambil menatap redup wajah suaminya itu. Tampak serba salah di raut wajahnya.

"Saya minta maaf sebab saya tak bagi awak peluang untuk explain. Saya minta maaf sebab saya just assume ikut apa yang saya fikir je. Saya minta maaf sebab cakap ikut emosi saya je. Saya minta maaf sebab saya tuduh awak bukan-bukan. Maaf kalau saya sakitkan hati awak. And, saya minta maaf sebab...sebab tak percayakan awak at the first place" hambur Eunha penuh tulus dan serba salah sambil kekal mengamati wajah Jungkook. Matanya sedikit berair.

Jungkook langsung tersenyum tika mendengar permohonan maaf isterinya itu. Terbit rasa lega di hatinya. Sepertinya dia berjaya meyakinkan wanita itu.

"Saya pun nak minta maaf" tutur Jungkook lembut sambil menatap tepat ke wajah kesal Eunha itu.

Eunha langsung memandang wajah suaminya itu dengan pandangan penasaran.

Jungkook mengeluh perlahan sebelum tangannya bergerak menyentuh ubun-ubun kepala Eunha lalu diusap ringkas.

"Sorry sebab tinggikan suara dekat awak semalam. Saya tak dapat control emosi saya. I'm sorry, okey?" tutur Jungkook lembut sambil mengamati wajah polos Eunha. Sambil itu tangannya mengelus perlahan rambut isterinya itu.

Eunha menatap wajah serba salah Jungkook itu dengan matanya yang semakin berair. Bibirnya bergetar.

"Wae wae wae? " soal Jungkook spontan dengan agak gelabah tatkala menyedari raut wajah sebak Eunha itu. Ditekup wajah kecil itu dengan kedua-dua tangannya. Sambil sepasang matanya fokus tertumpu pada wajah sang isteri, menilik mata cantik wanita itu yang berair.

Eunha memandang ekspresi bimbang milik Jungkook itu. Air matanya yang baru mengalir itu pantas saja diseka oleh ibu jari lelaki itu. Dia mencebikkan bibirnya.

"Saya...saya takut, tahu? Saya takut bila awak tak stop tinggikan suara dekat saya. Saya rasa macam nak menangis kuat-kuat je depan awak semalam. Saya tahu semua tu disebabkan saya jugak tapi...tapi saya nak menangis jugak" jelas Eunha dengan nada yang bergetar dan agak serak itu. Mimik mukanya cemberut.

Jungkook yang tadinya bukan main risaukan keadaan wanita itu langsung tergelak kecil sebaik saja mendengar penjelasan isterinya itu. Langsung saja dia memeluk tubuh kecil Eunha walaupun agak terbatas angkara armrest di tengah itu.

"Aigoo, I'm sorry, sayang" ucapnya dengan nada yang masih terselit tawa itu. Ditepuk-tepuk perlahan belakang wanita itu.

Eunha menggelengkan kepalanya perlahan, merasakan seolah dia tidak layak menerima perkataan maaf dari lelaki itu.

"Mesti saya buat awak bengang sangat kan? Mesti mulut saya ni lancang sangat kan semalam? Sampai buat awak marah macam tu sekali. Saya memang cakap ikut emosi sangat semalam. Saya just cakap apa yang saya fikir je" ujar Eunha serba salah sebelum mengemam bibirnya kesal. Air mata dikesat langsung.

Jungkook mengulum senyuman kecil. Dia kemudiannya menghela nafasnya perlahan.

"Itu la. Jangan la buat saya marah, sayang. Saya pun tak nak la tinggikan suara dekat awak. Kalau boleh memang tak nak langsung. Awak dah macam something fragile yang memang saya kena protect and jaga baik-baik. Saya cuba sehabis baik tak nak buat awak retak, sayang" -Jeon Jungkook

AWWWWWWW

K

KEJAP GADUH KEJAP BAIK

TAK FUN BETHOL

EM

TAKPE NNTI AKU BUAT YG BETTER DARI NI YE EHEHEHE

SETEI TIUN

UHUK

DAH SIKIT II DAH

MUHUN VOTE YE TENKIYUSS💙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro