🔷104
CAK
K MAAP PUKUL 12-
BISMILLAH DULU YE AHAJAJAJA
K SILA VOTE DAN COMMENTT
SELAMAT MEMBACAAA
"Eonnie" sapa Sae Yoon sebelum menarik kerusi di hadapan seorang perempuan.
Seorang wanita lingkungan 30 an yang sedang fokus menilik skrin telefon itu langsung mengangkat kepalanya apabila mendengar suara Sae Yoon.
"Eoh, hey" responnya ringkas sambil memandang Sae Yoon yang mengambil tempat berhadapannya itu.
"Eonnie dah order makan ke?" soal Sae Yoon berbasa-basi kepada Yura, sepupunya yang tua 3 tahun darinya itu.
"Aku ada company dinner nanti" jawab Yura seraya meletakkan telefon di pegangannya ke atas meja. Dia memandang Sae Yoon di hadapan.
Sae Yoon mengangguk kecil, mengerti.
"Ye lah. Sae pun tak boleh lama. Esok ada shooting. So, hari ni kena tidur awal sikit" jelas Sae Yoon sebelum mengulum senyuman singkat.
Yura mengangguk perlahan.
"So, kau nak cakap apa dengan aku?" soal Yura, langsung ke topik. Keningnya dijongket sebelah.
"Eoh, eonnie kenal tak Jeon Jungkook?" soal Sae Yoon membuka topik sambil memandang wajah sepupu sekaligus senior modelnya.
"Jeon Jungkook?" respon Yura buntu dengan dahi yang sedikit berkerut.
Sae Yoon mengangguk.
"Ye, kejap" balas Sae Yoon sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangannya. Kemudian, dia mengetik pantas di skrin objek itu lalu ditayang kepada Yura.
Yura yang sedang menyedut jus tembikai miliknya itu, dengan kening terangkat sebelah dia melihat gambar yang ditunjukkan Sae Yoon.
"Siapa dia?" soal Yura sebaik saja menjauhkan bibirnya dari penyedut minuman. Dia mengangkat sebelah keningnya.
"Ceo of Jeon's Corporation" jawab Sae Yoon tenang lalu mengukirkan senyuman lebar. Dia menurunkan telefon pintarnya dari terus ditayang kepada sang sepupu.
"I see. Handsome" respon Yura ringkas sebelum mengangguk kecil. Dia tersenyum sikit.
Senyuman Sae Yoon melebar. Dia mengangguk.
"I know right?" balasnya megah.
"Yea. Aku dengar kau berurusan dengan company tu kan?" soal Yura meminta kepastian.
Sae Yoon menganggukkan kepalanya dengan senyuman.
"Must be nice, girl. Got to see him everytime kau ada schedule dekat sana. Lucky you" komen Yura mesra sambil mengacau penyedut minuman yang berada di dalam gelas itu. Satu senyuman kecil menghiasi bibir.
Senyuman Sae Yoon memudar sedikit. Dia menggeleng kecil.
"Not really. Perangai dia tak se-handsome muka pun,eonnie" tukas Sae Yoon lalu mencebikkan bibirnya seketika.
"Oh yea? Why? What's wrong dengan perangai dia?" soal Yura bertalu-talu dengan kening yang diangkat sebelah. Penasaran.
Sae Yoon mengemam bibirnya seketika sebelum bersuara.
"Well, yea. He's too cold. Too harsh" balas Sae Yoon lalu mengeluh kecil.
Yura yang mendengarkan itu langsung mengangkat sebelah keningnya sebelum mengangguk. Unexpected.
"I see. Tak ada lah lucky mana. So, kau mesti tak suka dia kan?" respon Yura dengan kening yang dijongket.
"Who says? Eventho dia macam tu, Sae still nak buat dia jadi milik Sae, okey?" balas Sae Yoon spontan dengan penuh keyakinannya.
Yura langsung tergelak kecil.
"Then, go get him" balas Yura bersahaja lalu mengukir senyuman kecil.
"I will. But, it's not that easy, eonnie" tutur Sae Yoon lalu menyandarkan tubuhnya ke badan kerusi. Lengannya disilang ke dada. Satu keluhan kecil dilepaskan.
"Wae? Dia taken? Dah ada girlfriend?" soal Yura bertubi-tubi dengan kening yang dijongket sebelah.
"Wife" jawab Sae Yoon mendatar.
Yura langsung tertawa kecil.
"Oh, wow. How fun" respon Yura dengan nada yang terselit tawa itu.
Sae Yoon merengus perlahan. Dia menegakkan tubuhnya kembali. Lengannya yang disilangkan ke dada diturunkan.
"Aish. Sae cuma fikir nak hapuskan wife dia. Then, semua akan jadi senang. Don't you think so,eonnie?" tutur Sae Yoon dengan kening yang diangkat sebelah.
Yura langsung tergelak kecil.
"Kau nak hapuskan wife dia macam mana? Bunuh dia?" soal Yura dengan nada yang tersisa tawa, menyakat perempuan di hadapannya itu.
"Waeee? Can't I?" respon Sae Yoon sebal dek reaksi yang diberikan Yura itu.
Yura menggeleng-gelengkan kepalanya sambil cuba meredakan tawanya. Lalu, dia menatap tepat ke wajah Sae Yoon di hadapan.
"Jangan jadi bodoh, Kim Sae Yoon. Kalau kau 'bunuh' dia, kau expect lelaki tu akan pergi melutut dekat kau, melamar kau on the spot ke? Sebab wife dia dah tak ada. Macam tu?" tutur Yura jengkel dengan kening yang diangkat sebelah.
Sae Yoon langsung mencebik.
"Tak ada lah sampai macam tu, eonnie" nafinya perlahan. Dia sendiri tahu situasi begitu tak akan terjadi.
"Aigoo. Fikir, Sae Yoon, fikir. Kalau kau bunuh wife dia, semua akan berubah ke? Yang ada, dia lagi benci kau. Or, kau yang masuk penjara. Kau yang mati. Tak ada benefit apa pun untuk kau" ujar Yura lancar, memberi tamparan realiti buat wanita itu.
"Dah tu, Sae boleh buat apa? Dia tu sayang sangat wife dia, eonnie!" bentak Sae Yoon sebal sebelum merengus kasar. Tubuhnya lagi-lagi disandarkan kasar ke badan kerusi.
"He does?" soal Yura tenang dengan kening yang dijongket sebelah.
"Yes!" respon Sae Yoon kesal.
"Then, buat lah wife dia tak sayang dia" saran Yura santai. Dia menyedut jus tembikai miliknya di hadapan.
Sae Yoon yang sedang kesal itu sedikit sebanyak tertarik dengan jawapan Yura itu.
"Eo-eoh? Maksud eonnie?" soal Sae Yoon penasaran seraya perlahan menegakkan tubuhnya kembali. Wajah tenang Yura ditatap.
Yura tersenyum kecil. Dia menjauhkan bibirnya dari penyedut minuman. Lalu, tubuhnya disandarkan santai ke badan kerusi.
"Kau tahu kan, perempuan lagi sensitif bila dalam relationship?" soal Yura dengan kening yang diangkat sebelah.
"Ye...?" balas Sae Yoon teragak-agak.
Yura menarik senyuman lebar.
"Then, you just need to make her frust then lose her trust towards him"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»104
•
•
•
"Sayang, ppali. Nanti makanan sejuk" ujar Eunha sebaik saja dia masuk ke dalam bilik tidur. Dia memandang Jungkook yang sedang mengetatkan tali leher.
"Eoh" balas Jungkook ringkas lalu mengulum senyuman kecil.
Eunha mengangguk perlahan lalu memusingkan badannya untuk beredar. Namun, lengannya pantas diraih Jungkook dari belakang, cukup membuatnya menoleh kembali.
"Sayang,hari ni saya rasa jadual saya packed la. Maybe tak banyak ada dekat office. Awak tak payah datang la hari ni. Postpone esok eh?" tutur Jungkook lembut sambil menatap wajah polos tanpa solekan isterinya itu.
Eunha perlahan menganggukkan kepalanya.
"Eoh, okey la macam tu" balasnya ringkas lalu mengulum senyuman singkat.
Jungkook tersenyum lalu langsung merangkul bahu Eunha.
"Eoh, kajja" ajaknya lalu berjalan beriringan dengan wanita itu keluar dari bilik.
"Awak ada schedule apa je hari ni? Packed sangat ke? Balik lewat lagi eh hari ni?" soal Eunha bertubi-tubi sambil memandang sisi wajah Jungkook di tepi.
Jungkook menoleh memandang isterinya itu apabila wanita itu bersuara.
"Saya tak sure la. Nanti sampai office baru dapat check dekat Hyera schedule apa. Saya cuma tahu packed je" balas Jungkook lalu mengukir senyuman kecil.
Eunha mengangguk perlahan. Dia memandang ke depan kembali. Kaki setia melangkah menuju tangga.
"And, pasal balik, saya cuba tak balik lewat eh?" sambung Jungkook lembut sambil menatap sisi wajah sempurna Eunha itu.
Eunha langsung menoleh memandang Jungkook semula. Perlahan dia menarik senyuman.
"Eoh, okey" balasnya ringkas setelah mengangguk.
Jungkook tersenyum kecil lalu mengusutkan perlahan rambut hitam isterinya itu.
"Jadi, saya memang tak boleh pergi office awak ke hari ni?" soal Eunha lagi, meminta kepastian. Bulat-bulat matanya memandang wajah sang suami.
Jungkook perlahan mengeluh kecil sebelum menghentikan langkahnya. Eunha pun turut berhenti.
"Bukan tak boleh, sayang. Tapi, kalau awak pergi pun, bukannya ada saya pun kan?" ujar Jungkook lembut sambil menatap tepat ke wajah polos Eunha, berharap dapat meyakinkan wanita itu.
"Takkan awak tak balik office langsung?" soal Eunha sambil bola matanya bergerak-gerak meneliti wajah sempurna Jungkook.
"Balik la jugak. Tapi, mungkin tak lama pun" balas Jungkook ringkas.
"Ha, boleh la saya datang time 'tak lama' tu!" seloroh Eunha mesra bersama senyuman lebar.
"Eh, macam la tak jumpa saya dekat rumah nanti kan?" tukas Jungkook dalam ketidakpercayaan lalu mencubit perlahan pipi mulus isterinya itu.
Eunha langsung menjuihkan bibirnya, protes.
"Ala, boleh laaa. Lagi pun, saya bosan tau duduk rumah. Awak pergi kerja, Jungwon pergi sekolah. Saya nak buat apa je dekat rumah?" hambur Eunha kesal dengan raut cemberut.
Jungkook langsung tersenyum kecil mendengar rungutan wanita itu.
"Untuk hari ni je, sayang. Esok awak nak datang, datang la. Hari ni saya busy. Saya takut nanti saya tak ada time awak datang. Hm?" tutur Jungkook lembut sambil jari-jemarinya perlahan merapikan ringkas rambut pendek Eunha.
"Ala, tapi kan--"
"Esok, okey, esok?" ujar Jungkook lembut seraya menekup pipi tembam semulajadi isterinya itu. Ditenung wanita itu dengan senyuman sempurna di bibir.
Eunha pula berkelip-kelip matanya memandang wajah suaminya itu. Dengan senyuman lebar yang menghiasi bibir lelaki itu, cukup membuatnya terpaku sebentar. Lupa habis nak protes apa.
"Esok--"
"Selamat pagi, mummy,daddy!" sapa Jungwon mesra dengan lantangnya seraya menyelit masuk antara jarak ibu dan ayahnya itu. Ditolak habis dua figura itu oleh budak lelaki 4 tahun ini.
Jungkook yang terdorong sedikit ke tepi itu hanya mampu berdecit perlahan dengan perbuatan anaknya itu. Eunha pula sudah tergelak kecil melihat anak kecil itu yang kini berdiri di antara mereka itu.
"Eoh, selamat pagi, sayang" respon Eunha lembut lalu mengusutkan perlahan rambut anak lelakinya itu.
Jungwon tersengih suka.
"Jom kita turun sarapannn" ajaknya riang lalu langsung menarik tangan ibu dan ayahnya itu, mengheret keduanya untuk turun ke dapur.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»104
•
•
•
"You nak pergi mana? Ada meeting eh?" soal Sae Yoon sambil mengejar langkah Jungkook yang sedang mengatur langkah untuk keluar dari pejabatnya. Tangan kirinya setia memintal-mintal rambut paras dadanya itu.
Jungkook hanya mengabaikan wanita itu dan terus menghayun langkahnya ke hadapan. Pintu kaca ditolak lalu sebaik saja dia keluar, dilepaskan begitu saja pintu itu.
"Ommo-" latah Sae Yoon spontan tatkala pintu kaca itu hampir menghempas mukanya. Mujur dia sempat berundur sedikit.
Sae Yoon langsung merengus perlahan lalu menolak pintu kaca itu kasar. Mungkin dia menyangka Jungkook akan membuka pintu itu dan menunggunya keluar dahulu baru pintu ditutup semula. MIMPI.
Sae Yoon kembali mengejar langkah Jungkook dengan langkah yang lebih laju. Dia tetap mahu membuat lelaki itu bercakap dengannya. Tika dia hampir dengan lelaki itu, cepat-cepat dia meraih lengan figura itu.
"Jungkook,you ni--ah!"
Rintih Sae Yoon serta-merta apabila dia yang tidak sempat menghabiskan bicaranya itu terlebih dahulu jatuh terjelepuk ke atas lantai dek Jungkook yang menepis lengannya kasar.
"Aish, kau boleh tak sekali tu pergi mampus terus?" hambur Jungkook geram sambil memandang tajam Sae Yoon yang berada di atas lantai kaki lima itu.
Hyera yang berada di meja penyambut tetamunya itu ternganga dibuatnya tika melihat kejadian itu. Tak berkelip matanya.
Sae Yoon mendongak memandang Jungkook dengan tatapan dalam ketidakpercayaan. Dia kemudiannya menunduk lalu memegang kaki kirinya dengan dahi yang berkerut-kerut, seolah menahan sakit.
Jungkook menjongket sebelah keningnya sambil memandang Sae Yoon yang kekal berada di atas lantai itu. Tiada ura-ura untuk berdiri.
"Bangun la. Kau tak nak lagi malu kan kalau staf lain lalu sini?" tutur Jungkook mendatar sambil merenung Sae Yoon di bawah.
Sae Yoon tidak merespon, sebaliknya ligat mengurut-urut kaki kirinya yang kaku dan masih tersarung kasut tumit tinggi 4 inci itu.
Jungkook berdecit perlahan. Dia menilik jam di pergelangan tangannya sekilas.
"Tapi, kalau kau memang nak, silakan" tutur Jungkook selamba sebelum memusingkan tubuhnya untuk beredar.
"I-I can't" respon Sae Yoon dengan nada yang lirih itu.
"Mwo?" balas Jungkook bingung sebaik saja menoleh memandang wanita itu kembali.
"I...tak boleh berdiri" rintih Sae Yoon perlahan sebelum mendongak memandang Jungkook dengan tatapan redupnya. Tangan kirinya setia mengurut-urut perlahan kakinya.
Mendengarkan itu, Jungkook langsung mengangkat sebelah keningnya. Dipandang wajah tersakiti perempuan itu sebelum beralih ke kakinya.
"Sakit. Kaki I sakit" tambah Sae Yoon lirih sebelum kembali menunduk dan melihat kakinya yang 'sakit' itu.
Jungkook merengus perlahan. Dia menilik jam di pergelangan tangannya itu lagi. Kemudian, dia menapak menghampiri Sae Yoon itu. Lalu, dia duduk mencangkung di hadapan perempuan itu.
"Sakit?" soal Jungkook sambil memandang Sae Yoon di hadapan.
Sae Yoon langsung mengangkat kepalanya. Dia memandang Jungkook yang mencangkung di hadapannya itu lalu perlahan dia mengangguk.
"Memang dah tak boleh berdiri?" soal Jungkook lagi dengan kening yang diangkat sebelah.
Sae Yoon mengangguk lagi. Raut wajahnya redup.
Jungkook mengangguk perlahan. Dia kemudiannya menoleh ke belakang.
"Hyera, call van mayat" arah Jungkook bersahaja sambil memandang Hyera yang berada di meja penyambut tetamu itu.
"N-Ne?" respon Hyera terpana dengan arahan majikannya itu.
Sae Yoon yang mendengarkan itu pun turut terkesima. Dia memandang lelaki itu dengan tatapan tidak percaya.
Jungkook kemudiannya menggelengkan kepalanya perlahan tanda ralat.
"Tak, maksud saya ambulans. Bagitahu ada orang tak boleh berdiri. Nanti suruh potong terus kaki dia" ujar Jungkook tenang lalu berdiri dari mencangkung.
"Eo-Eoh,ne" balas Hyera akur dengan anggukan walaupun agak teragak-agak itu.
"A-Apa you ni? Kaki I just terseliuh je lah. Tak perlu call ambulans bagai" bentak Sae Yoon protes sambil mendongak memandang Jungkook di hadapan.
"Habis, kau fikir aku boleh buat apa dah kaki kau terseliuh?" soal Jungkook mendatar dengan kening yang diangkat sebelah.
Sae Yoon langsung berdehem kecil. Dia mengemam bibirnya untuk menyembunyikan senyuman.
"Papah I?" balas Sae Yoon sambil menatap wajah datar Jungkook itu.
"Better kau mengesot" ujar Jungkook mendatar lalu langsung mengatur langkahnya beredar dari situ.
Sae Yoon langsung terkedu dengan jawapan Jungkook itu.
Hyera yang mendengarkan itu langsung mengemam rapat bibirnya, menahan tawa tentunya. Dia menggaru-garu hujung bibirnya yang tidak gatal bagi menutup mulutnya yang sedang sedaya-upaya menahan gelak itu.
"Kau gelakkan aku, perempuan?" soal Sae Yoon dingin sambil menatap tajam Hyera di meja penyambut tetamu.
Pantas saja Hyera menayang raut wajah mendatarnya. Dia berdehem kecil.
"Eh, tak. Mana ada saya gelak. Takkan la saya nak gelakkan orang yang tengah sakit" respon Hyera mesra lalu mengukir senyuman buat Sae Yoon.
"Eh, kau jangan nak sindir aku tau,perempuan" balas Sae Yoon bengang.
"Eoh? Tak lah. Kejap ye, cik Sae. Saya tengah cuba call van mayat" ujar Hyera bersahaja lalu mengangkat gagang telefon.
"Yah!" laung Sae Yoon sebal.
"Eh,maaf. Maksud saya ambulans" tukas Hyera sebelum tersengih kecil. Dia melekapkan telefon pejabat itu ke telinganya.
"Tak payah!" balas Sae Yoon geram lalu langsung berdiri. Dia kemudiannya melangkah dengan kaki yang dihentak sebal.
"Eh, terus okey ye kaki beliau" omel Hyera sebelum tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»104
•
•
•
"Okey, tolong bersedia untuk penggambaran seterusnya dalam masa 10 minit!" laung pengarah Jang lantang sebaik saja sesi fotografi untuk busana pertama sudah selesai.
"Sae Yoon ah, nah. Ni next outfit. Cepat sikit tukar. Nanti nak touch up pulak" tutur Hani selaku penggaya (stylist) seraya menghulur satu set pakaian kepada Sae Yoon.
"Eoh, okey" balas Sae Yoon ringkas lalu menyambut huluran pakaian dari Hani. Kemudian, dia langsung mengatur langkahnya ke bilik persalinan yang berada tidak jauh dari muka pintu belakang studio. Lalu, dia masuk ke dalam bilik itu untuk menukar pakaian.
"Ah, memenatkan betul la kasi 10 minit je" omel Sae Yoon jengkel seraya meleraikan ikatan rambut panjangnya. Lalu, dia menanggalkan sweater sukan di tubuhnya dan meniggalkan singlet hitam. Maklumlah, penggambarannya tadi bertemakan pakaian sukan.
"Advertising planning tu ada dekat mana? Memang perlu ke? Meeting tu lagi 10 minit je ni"
"Aish, ye. Aku dah sampai studio dah"
"Ye,bodoh. Menyusahkan aku"
"Dah, kau. Semak aku"
Mendengar suara yang amat dikenali dari arah luar itu cukup membuatkan Sae Yoon yang berura untuk membutangkan blaus paras pahanya itu tergendala.
Ya, suara itu. Milik Jeon Jungkook.
Sae Yoon diam berdiri di dalam bilik persalinan itu, cuba menumpukan perhatian tentang keadaan di luar. Kemudian, telinganya menangkap bunyi derapan kasut yang semakin hampir. Terbit langsung senyuman di bibirnya.
"Yaish, melambatkan aku lah" omel Jungkook dingin seraya menyimpan kasar telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Dan, sebaik saja dia berjalan melepasi bilik persalinan, lengannya tiba-tiba ditarik kuat oleh seseorang hingga membuatnya terdorong masuk ke dalam bilik itu.
"Yah-"
"Hai, you" sapa Sae Yoon lembut dengan senyuman lebar. Ditatap wajah terkejut Jungkook itu.
"Kau kenapa, sial?" soal Jungkook dingin lalu langsung merentap lengannya dari pegangan Sae Yoon itu. Dia kemudiannya memusingkan badannya untuk beredar.
Namun, seorang Kim Sae Yoon pantas menarik lengan Jungkook menggunakan kedua-dua tangannya lalu menolak lelaki itu hingga tersandar ke dinding di sebelah pintu.
"Yaish, sial--"
"Shh,shh,shhh" seloroh Sae Yoon seraya meletakkan jari telunjuknya ke bibir Jungkook. Bibirnya menarik senyuman lebar. Tali leher lelaki itu dibetulkan perlahan.
"Eh, kau murah sangat ke sial?!" laung Jungkook berang seraya langsung menolak kuat tubuh wanita itu menjauhinya. Memang jatuh terduduk langsung lah alamatnya perempuan itu.
Jungkook menatap tajam Sae Yoon lalu langsung bergerak keluar dari bilik persalinan itu dengan nafas yang agak turun naik. Tali lehernya yang berantakan sedikit itu dibetulkan.
"Ha, panjang umur kau, Kook. Ni Eunha nak jum--"
"Jungkook! Sampai hati you buat I macam ni!" laung Sae Yoon sebal seraya melangkah keluar dari bilik persalinan itu.
Dan ya, dia keluar dengan blaus nya yang cuma berbutang sehingga paras pinggang dan selebihnya terbuka dan menampakkan singlet hitam di dalam. Tak lupa juga bahunya yang terdedah.
Manakala, Mingyu dan Eunha yang berada di situ terkaku melihat situasi itu. Masing-masing terpana. Eunha yang memegang sebuah bekal itu menjadi erat hingga menggigil tangannya.
"Jungkook, kau..."
Tak terungkap kata di mulut Mingyu dek rasa terkesima dengan rakannya itu. Dia memandang Jungkook dan Sae Yoon bersilih ganti.
Jungkook menoleh pantas melihat Sae Yoon di sebelah. Melihat pemakaian perempuan itu dia kembali memandang Mingyu.
"Tak, bodoh. Aku tak--"
Tak sempat Jungkook menghabiskan penafiannya, Eunha sudah pun menghulurkan bekas di tangannya itu kepada Mingyu lalu dia langsung menapak keluar dari studio itu dengan hati yang remuk redam dalam kekecewaan.
"Sayang- aish"
Jungkook langsung berlari keluar dari studio itu. Begitu juga Mingyu yang tidak kalah terkejutnya dengan situasi yang baru berlaku di depan matanya itu turut berlari keluar.
"Wait, wait. Aku tak plan semua ni pun. Tapi kenapa... hasil dia sebagus ni? " gumam Sae Yoon terkebil-kebil sebelum perlahan bibirnya menarik senyuman lebar.
NYATAKAN SATU KATA INDAH UNTUK KIM SAE YOON.
(10 MARKAH)
OMAGAD MAAPKAN SEYA
MOHON BERSABARR INI UJIANN
JANGAN EMO II YE MUAH
AHAHAHAHAHA
YE,TAKKAN LAMA PUN ANDA AKAN REST DARI SEMUA INIH HUEHUEHUE
HIKHOKHIKHOK
DAH,BAI
ESOK KALAU CUKUP 30 VOTE SEYA APDET YE
JADI SAMA II LAH KITA VOTE KALAU TANAK SUSPEN LELAMA EHEHE
AMUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro