
🔷10
HAI :)
HM SOWI DH LAMA TAK APDET
SMLM GUWE NGGAK SIHAT SIHH EHEHEHE
YA SILA LA VOMMENT
Jejak sahaja kakinya pada lantai di tepi pentas itu, langsung saja dia melepaskan keluhan berat. Dia memandang ke arah penonton sekali lagi dan hasilnya masih sama. Ayahnya tiada di situ.
"Mwoya...? aku tak pernah bayang hari bahagia aku hari ni turns out to be like this... " gumam Eunha kecewa sebelum mengemam bibirnya. Dia mengeluh berat.
"Dah la, Eunha. Kau bukan budak-budak, nak semua orang datang tengok kau naik pentas" tukas Eunha sendiri sebelum tersenyum kelat. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghela kembali. Seterusnya, dia menggengam erat fail dan sijil di tangannya itu.
"Okey kajja. Kita cari appa. Manalah tahu appa pergi tandas ke tadi kan" omel Eunha yang cuba mententeramkan hatinya itu.
Dia menghayun langkahnya sambil matanya meliar ke sekeliling dewan, mencari figura tuan Jung. Langkah demi langkah, matanya masih setia memerhati ke arah bahagian penonton. Sehinggalah kecuaiannya ketika berjalan itu telah membuat dia tidak sengaja melanggar tubuh satu figura yang bertentangan dengan arahnya berjalan itu.
"Eo-Eoh, joseonghamnida" ucap Eunha drastik seraya membongkokkan tubuhnya 90°, tanda minta maaf. Seterusnya, dia menegakkan tubuhnya kembali. Dia sedikit mendongak memandang figura yang masih berdiri statik di hadapannya itu.
Bagai boleh luruh rahangnya tatkala melihat gerangan di hadapannya itu. Mulutnya sedikit melopong. Terkaku seketika seketul Jeon Eunha dibuatnya.
"Hai sayang" sapa figura itu mesra dengan senyuman manis di bibir. Dia menyengetkan juga kepalanya, menambahkan lagi kemesraannya dalam menyapa wanita di hadapannya itu.
Ya. Dia lah. Jeon Jungkook.
Terkelip-kelip kedua-dua biji mata Eunha melihat keberadaan lelaki yang kini sedang tersenyum padanya itu. Eunha menggaru perlahan pipi gebunya. Masih bingung dengan situasi mengejut ini. Manalah tahu dia cuma berhalusinasi sahaja tentang keberadaan Jungkook di hadapannya itu.
Eunha menyengetkan sedikit kepalanya untuk menilik setiap sudut wajah sempurna Jungkook. Manalah tahu ada perbezaan di sudut wajah Jungkook itu. Barulah dia boleh yakin yang lelaki di hadapannya ini cuma pelanduk dua serupa Jeon Jungkook.
Mengarut kan?
Tapi, lagi mengarut kalau Jeon Jungkook yang sepatutnya masih ada di Busan itu tiba-tiba muncul di hadapannya hari ini. Aneh. Bukan apa, baru saja pagi tadi Jungkook memberitahunya di hujung talian yang dia akan pulang ke Incheon esok memandangkan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Habis, depan dia ni siapa pula?
Cerita seram apa ni?
"Hey, mengelamun apa?" soal Jungkook seraya memetik jarinya di hadapan wajah Eunha, bertujuan menyedarkan wanita itu ke realiti.
Eunha yang langsung tersedar dari lamunan itu terkebil-kebil memandang Jungkook di hadapan. Lelaki itu tersenyum kecil sebelum berdecit.
"Mwoyaaa? Saya fikir bila saya muncul mengejut macam ni, sayang akan excited overload. Eh, turns out dia berangan pulak" bentak Jungkook sambil mengecilkan kedua-dua matanya, merenung wajah polos Eunha seolah-olah dia memprotes.
"Eo-Eoh, eoh. Tak, saya rasa macam berhalusinasi je ni. Betul ke awak Jeon Jungkook ni?" soal Eunha sambil bulat-bulat matanya memandang wajah Jungkook di hadapan.
Seterusnya, tangan kecilnya naik perlahan-lahan menyentuh muka Jungkook. Setelah deria sentuhan pada tangannya itu dapat merasakan wajah lelaki itu, langsung bibir Eunha mengukir senyuman lebar. Dia kemudiannya langsung memeluk tubuh figura yang jauh tinggi darinya itu.
"Uwaaa, it happens, it happens! Awak datang ceremony graduation saya" seloroh Eunha riang yang sudah kelihatan seperti kanak-kanak itu. Dia memeluk erat tubuh Jungkook sebelum melonggarkan sedikit pelukannya pada lelaki itu untuk mendongak melihat wajah suaminya itu.
"How can you be here,sayang?" soal Eunha sambil menilik setiap inci wajah sempurna Jungkook itu, menanti responnya.
"Well, sebab saya memang nak datang sini?" balas Jungkook sambil menjongket sebelah keningnya dengan senyuman yang terukir.
Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, merenung Jungkook seolah tidak percaya dengan respon lelaki itu.
"Eleh, hari tu cakap macam mustahil sangat nak datang graduation saya hari ni" tukas Eunha sebelum menjeling sekilas Jungkook.
"Ala, saja nak buat suprise. Walaupun hari tu memang diorang inform saya esok baru boleh settle semua. Nasib lah last minute schedule tukar. Kalau tak, sampai balik lah muka monyok macam atas pentas tadi" tutur Jungkook bersahaja yang sempat mengusik isterinya itu. Mata Eunha drastik membulat.
"Ma-Mana ada muka saya monyok tadi! Memandai-mandai je awak ni" nafi Eunha sambil melarikan bola matanya ke arah lain, cuba menutup rasa malunya itu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Jungkook berdecit perlahan sebelum tergelak kecil dek melihat reaksi gugup yang diberikan Eunha itu.
Eunha mengemam bibirnya saat mendapati lelaki itu tertawa kecil. Dia merengus perlahan dan hanya meneruskan sahaja sesi meliarkan matanya ke sekeliling dewan tertutup yang agak penuh dengan penonton dan para graduan itu.
"Sayang,"
"Ish, dah la. Jangan la nak menyakat saya lagi" larang Eunha dengan protesnya sebelum menoleh kepalanya memandang Jungkook kembali. Dan, di saat itu dia agak terpana. Terpana apabila mendapati Jungkook sedang menghulurkan sejambak bunga kepadanya dengan senyuman lebar.
"Chukahae" ucap Jungkook ringkas dengan senyuman sambil tangannya setia menghulur jambakan bunga di genggamannya itu.
"Awhh, gumawooo" balas Eunha dengan senyuman lebar seraya menyambut huluran Jungkook itu. Dia menatap wajah Jungkook dengan pandangan penuh tersentuh. Sungguh dia terharu. Manakan tidak, dia langsung tidak menyangka yang suaminya itu akan sempat untuk menyediakan sejambak bunga yang indah belaka buatnya. Maklumlah, lelaki ini kan baru sahaja tiba dari Busan.
"My pleasure" respon Jungkook dengan bersahaja. Bibirnya juga mengukir senyuman buat wanita di hadapannya itu.
"Aloo, sempat pulak awak beli flower bouquet bagai" tutur Eunha yang masih berbaur terharu itu. Dia mengukir senyuman kecil sambil membelek jambakan bunga di tangannya itu.
"Of course. Penat saya kutip sekuntum-sekuntum bunga yang banyak jenis dekat taman bunga semata-mata nak bagi flower bouquet dekat sayang" seloroh Jungkook merespon dengan selambanya.
"Tch. Mengarut je lah" balas Eunha sebelum tertawa kecil. Dia menggeleng perlahan sambil matanya setia menilik bunga-bunga yang berwarna-warni dalam jambakan itu. Jungkook hanya tersenyum kecil sahaja sambil memandang Eunha.
"Oh ye, awak ada nampak appa?" soal Eunha seraya mengalihkan perhatiannya yang tadinya pada bunga kepada Jungkook di hadapan.
"Oh, appa--"
"Ha, baru nak teringatkan appa ye?" tegur tuan Jung yang kebetulan baru saja muncul di antara pasangan itu. Dia kini berdiri di sebelah anak perempuannya yang agak terperanjat atas kemunculannya yang tiba-tiba itu.
Eunha menoleh memandang ayahnya di sebelah. Serta-merta wajahnya berubah cemberut.
"Appa pergi mana tadi? Time Eun naik pentas tadi, appa tiba-tiba je tak ada. Appa cakap nak tengok Eun ambil sijil. Tapi tadi appa tak ada pun. Nasib Eun tak menangis je atas pentas tu" hambur Eunha protes sebelum mencebikkan bibirnya.
Tuan Jung tergelak kecil.
"Aigoo. Bukan niat appa lah nak tiba-tiba hilang time Eun naik pentas tu. Ni ha, idea Jungkook ni lah" tukas tuan Jung sebelum menjuihkan bibirnya, menunjuk figura Jungkook di hadapan.
Eunha yang sedang memandang protes ayahnya itu langsung matanya bergerak mencerlung Jungkook pula. Dia bergerak menghampiri lelaki itu lalu lengan kiri Jungkook ditamparnya perlahan.
"Haaa, kenapa kejam sangat idea awak nak kenakan saya ha? Ey, saya hampir je nak menangis atas pentas tu tadi tau. Tak pasal-pasal muka saya monyok je ambil sijil tadi. Nanti orang kata saya ni tak beradab pulak muka tak ada senyum haaa" hambur Eunha dengan penuh sebalnya sambil merenung tajam Jungkook di hadapan. Sesebal mana pun seketul Eunha, ianya akan tetap kelihatan comel di mata Jungkook walaupun wanita itu sedang serius sekalipun.
"Ala, tak expect pulak muka sayang boleh jadi monyok macam tu sekali ha" tukas Jungkook sebelum tergelak kecil.
Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, merenung penuh jengkel Jungkook yang seakan gembira dengan idea mengenakannya itu.
Tuan Jung yang dari tadi menjadi pemerhati karenah pasangan itu hanya tertawa kecil. Dia kemudiannya menilik jam di pergelangan tangannya.
"Eoh,Jungkook,Eun. Appa dah nak kena pergi office dulu ni. Pukul 11 nanti ada meeting" tutur tuan Jung sambil memandang anak perempuannya dengan menantunya itu.
"Eoh, ala. Appa dah nak kena pergi ke?" balas Eunha berbaur kecewa itu sebelum menjuihkan bibirnya buat ayahnya itu.
Tuan Jung tergelak kecil. Dia menganggukkan kepalanya sebelum memeluk ringkas tubuh kecil anak perempuannya itu.
"Congrats for your graduation, anak appa. You keep on making me proud" ujar tuan Jung sambil tangannya lembut mengusap ubun-ubun kepala Eunha.
Eunha yang masih berada dalam dakapan ayahnya itu langsung tersenyum kecil.
"Ye lah, dekat siapa lagi Eun nak banggakan?" respon Eunha sebelum bibirnya mengulum senyuman lebar.
Tuan Jung tersenyum kecil sebelum meleraikan pelukannya dengan Eunha. Kedua-dua bahu anaknya itu dipegang.
"Okey lah. Appa pergi dulu, okey? Sorry tak dapat lama dengan Eun dekat sini" tutur tuan Jung sebelum tersenyum kecil.
"Aniya, it's okay lah, appa" balas Eunha sambil tersenyum lebar, bertujuan untuk meyakinkan ayahnya itu.
"Nanti datang la jenguk appa. Bila-bila pun boleh" pesan tuan Jung dengan senyuman.
"Eh kenapa nak kena jenguk pulak? Eun ikut appa balik la. Eun kan stay sana sekarang" seloroh Eunha bersahaja seraya mengukir senyuman lebar buat tuan Jung.
Jungkook yang seraya tadi hanya diam melihat adegan dua beranak itu langsung terganggu dek tuturan Eunha. Dia memandang wanita itu dengan agak protes.
"Eh, pardon me, Jeon Eunha?" soal Jungkook berbaur bentakan itu dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha tidak merespon Jungkook, sebaliknya hanya meneruskan saja sesi membalas dendamnya pada suaminya itu.
"Eun ikut appa balik kan? Kajja, appa, kajja~" ujar Eunha yang sengaja bernada riang itu seraya memeluk lengan tuan Jung.
Eunha yang berura-ura untuk mengajak tuan Jung pergi dengan menarik lengan ayahnya itu langsung terbantut apabila lengannya ditarik Jungkook. Cukup membuatkan dia terdorong perlahan ke arah lelaki itu. Bahunya kemudian dirangkul erat.
"Stay dengan saya lah. Nak pergi mana?" tutur Jungkook sebelum mengukir senyuman lebar buat Eunha.
Tuan Jung yang melihat adegan itu hanya tertawa kecil. Geli hatinya.
"Okay then. Appa pergi dulu ya, Jungkook, Eun" pamit tuan Jung sambil memandang dua figura itu.
"Eh, Eun ikut--"
"Eoh, ne. Hati-hati dekat jalan, appa" respon Jungkook dengan senyuman manis. Dia mengeratkan lagi rangkulannya pada bahu Eunha apabila wanita itu masih berdegil mahu mengikut ayahnya itu.
Tuan Jung mengangguk sebelum tergelak kecil. Dia kemudiannya menghayun langkahnya pergi dari situ.
"Okey soooo, jom kita balik, sayang?" ajak Jungkook dengan mesranya disertakan senyuman itu.
"Tak nak. Saya still protes dengan idea jahat awak hari ni tau!" bentak Eunha sebelum meleraikan lengan Jungkook yang melingkar di bahunya itu. Dia kemudiannya berganjak dahulu meninggalkan Jungkook di belakang.
"Ala sayaaanggg"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»09
•
•
•
"Awak, nah. Dokumen yang awak minta saya bawa turun tadi" ujar Eunha seraya menghulurkan sebuah dokumen pada Jungkook.
"Eoh, gumawo" ucap Jungkook dengan senyuman seraya menyambut huluran Eunha. Kemudian, dia langsung menilik dokumen yang berkenaan projek pembangunan di Busan itu.
Eunha mengangguk kecil sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa yang diduduki Jungkook itu. Dia mengangkat kedua-dua kakinya ke atas sofa untuk duduk dalam posisi bersila. Dia memandang Jungkook yang kelihatan fokus menilik isi kandungan dokumen itu.
"Nampak macam projek kali ni macam-macam awak nak kena settle je?" soal Eunha sambil memandang sisi wajah sempurna Jungkook itu. Jungkook mengerling Eunha di sebelah sebelum tersenyum kecil.
"Yea. Kind of. Sebab banyak yang saya tak sempat settle dekat sana" jelas Jungkook sebelum mengalihkan kembali perhatiannya pada dokumen di tangannya itu.
Eunha hanya mengangguk kecil. Dia pula hanya setia menatap sisi wajah Jungkook yang khusyuk menilik isi kandungan dokumen itu.
"Wae? You have anything to talk?" tebak Jungkook seraya menoleh memandang Eunha di sebelah.
"Eoh? Ani. Nanti pun boleh. Settle lah dulu kerja awak ni" tukas Eunha sebelum tersenyum kecil.
"The thing is saya tak boleh fokus buat kerja ni kalau sayang asyik tenung saya macam nak tembus macam tadi. It's okay. Cakap lah" tutur Jungkook seraya menutup dokumen di tangannya itu lalu diletakkan di atas meja. Dia menoleh memandang Eunha, mula memfokuskan matanya buat isterinya itu.
"Okey la, saya bagitahu. Tapi serius, tak penting sangat pun. Esok-esok pun saya boleh cakap pasal ni ha" balas Eunha sambil menggaru perlahan pipinya.
"Okey. So, baru-baru ni kan, appa recommend dekat saya untuk try apply kerja dekat company appa. Jadi, saya rasa macam nak cubalah apply dekat syarikat appa tu. Um, so, can I?" jelas Eunha ringkas sebelum teragak-agak meminta izin suaminya itu. Dia memandang wajah Jungkook, menunggu respon.
"Ah, so memang tak nak langsung apply dekat syarikat Jeon's Corporation lah ni? Okey, okey, faham" balas Jungkook yang sengaja bernada pasrah itu. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya seolah menyerah itu.
"Ah, bukanlahhh" seloroh Eunha menafikannya. Dia mencebikkan bibirnya.
"It just that, saya cuma nak cari pengalaman baru, surrounding baru and belajar benda baru. Syarikat awak kan saya dah pernah kerja dulu. Jadi, saya teringin lah nak cuba apply dekat syarikat appa pula ha" jelas Eunha.
Jungkook berdecit perlahan sebelum tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepalanya.
"Araso--"
"Itu maksudnya boleh ke?" seloroh Eunha yang sudah dalam fasa separa teruja itu. Dia memandang Jungkook dengan matanya yang seolah-olah sudah bersinar-sinar itu.
Jungkook berdecit perlahan sebelum menganggukkan kepalanya.
"Ye--"
"Uwu! Thanks awak! Ini sayang lebih ni!" hambur Eunha serta-merta dengan riangnya. Dia memeluk sekilas tubuh Jungkook sebelum kembali meleraikannya.
"Hmm, so nampaknya saya kena cari orang lain lah untuk position PA ni" ujar Jungkook bersahaja sambil mengusap-usap dagunya, seolah sedang berfikir.
Eunha yang sedang riang tersenyum lebar itu langsung lesap senyuman itu setelah mendengar tuturan Jungkook itu.
"Make sure bukan perempuan, okey?" seloroh Eunha yang berbaur amaran itu. Dia merenung Jungkook yang sedang selamba dalam fasa berfikir itu.
"Ala, kenapa pulak?" tukas Jungkook yang sengaja berbuat bingung itu. Dia menjongket sebelah keningnya.
"Mwoyaaa. Awak memang plan nak hire perempuan ke untuk jadi PA awak?" tebak Eunha protes sambil merenung wajah selamba Jungkook itu.
"Ye lah--"
"Ey, kenapa eh? Asal PA je perempuan, Asal perempuan je PA. Macam lah dah pupus semua lelaki dalam dunia ni ha!" hambur Eunha dengan tidak puas hatinya. Dia memandang tajam Jungkook di sebelah.
"Lah, kan kalau jadi PA ni kena banyak alert, banyak hadam itu ini. So, perempuan lah sesuai. Sebab perempuan kan--"
"Ah molla molla! Saya nak tidur" seloroh Eunha menyampah seraya mengangkat punggungnya dari sofa. Dia kemudiannya langsung menapak pergi dari ruang tamu itu dengan jengkelnya.
"Ala, sayang,"
"Ha ye! Pergilah hire ramai-ramai sikit perempuan dalam company awak tu! Kan perempuan ni alert, boleh hadam itu ini, ha apa lagi? Ha hire lah!" hambur Eunha geram dengan agak lantang sambil mendaki tangga itu.
Jungkook yang mendengar hamburan isterinya itu langsung tergelak kecil.
"Serius ni boleh hire ramai-ramai perempuan lagi?" soal Jungkook agak lantang, sengaja mahu mengusik lagi wanita itu.
"YAISH, JEON JUNGKOOK!"
Dah la. Vote je lah. Hm hm
Tabaik tau, tak appreciate penat lelah guwe menaip
AAAGITUH
hm
Oh ya, lupa.
TENKIYUH FOR 1K READERS SKSKSKSKS
Ekceli dh lama 1k tapi wp jahat tak apdet recent readers ff ni waktu tu hmmm
Ha tu je lah. Kbye
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro