Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷08

IYA HAI

HM

SOWI ALMOST SEMINGGU TAK APDET

AKU SEBOK DGN DRAMA-

HAH DAH BACA JE LAH

VOTE DAN COMMENT OKEYY💙



















"Sayang, nanti lepas sayang graduate, what if sayang kerja dekat sini balik?" tutur Jungkook memberi cadangan sambil memandang Eunha yang sedang berjalan seiring dengannya itu.

"Emmm, tak tahu la, wak. Saya bukan apa, nanti macam tak adil pulak untuk staff awak yang lain. Yelah, diorang tu semuanya struggle dari bawah lagi untuk dapat naik atas. Takkanlah saya nanti tiba-tiba dapat terus jadi staff dekat sini. Lagipun saya ambik course engineering, and macam yang awak tahu, semua jawatan yang related to engineering semuanya dah ada orang dalam company awak ni" tukas Eunha panjang lebar sebelum mengulum senyuman kecil buat Jungkook di sebelah. Dia setia menghayun langkahnya beriringan dengan Jungkook.

Mereka kini sedang berjalan di bahagian tempat parkir kereta dalam bangunan, menapak menuju tempat Jungkook memarkirkan keretanya.

"Then, just be my PA back" balas Jungkook bersahaja.

"Ish, lagi lah tak adil tu. Nanti apa pulak staff awak kata. Even saya wife kepada CEO company ni, doesn't mean that everything saya boleh dapat dengan senangnya. Ye, awak ada hak untuk buat apa je sebab company ni awak punya, tapi saya tak nak lah semua benda saya dapat tanpa usaha saya sendiri. I mean, apa function saya sambung belajar kalau saya boleh dengan senangnya dapat jawatan, pangkat, kuasa ni semua kan?" tukas Eunha panjang lebar lagi.

"kalau macam tu, baik saya tak payah sambung belajar" sambung Eunha sebelum berdecit perlahan.

"Siapa suruh sayang sambung belajar?" soal Jungkook berbaur sindiran seraya mengerling sekilas Eunha di sebelah.

"Ish, kan saya cakap saya nak dapat sesuatu jawatan tu atas usaha saya sendiri. Sebab tu saya nak sambung belajar!" bentak Eunha protes sebelum menampar perlahan lengan Jungkook.

Jungkook langsung tertawa kecil saat melihat ekspresi protes yang ditunjuk isterinya itu. Wajah cemberut dengan bibir yang dicebikkan itu cukup membuatkan seorang Jeon Jungkook geli hati. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Araso, araso" respon Jungkook mengalah. Dia kemudiannya mengerling Eunha di sebelah yang langsung berekspresi ceria kembali. Jungkook langsung berdecit perlahan.

"Oh ya, tadi awak meeting pasal apa?" soal Eunha, membuka topik baru. Dia memandang Jungkook di sebelah.

"Eoh, meeting pasal seminar next week tu dengan site dekat Busan tu lah. Macam-macamlah discussion, sebab projek Busan ni boleh dikatakan projek besar jugak lah" jelas Jungkook sebelum mengulum senyuman kecil sekilas pada Eunha di sebelah.

Eunha mengangguk kecil.

"So, Mingyu pun mesti terlibat sekali kan? Since tadi time dia hantar Mi Yeon dekat saya, saya nampak dia pegang file yang sama macam awak. So, dia pergi meeting yang sama dengan awak lah kan?" tebak Eunha sambil mendongak sedikit memandang Jungkook di sebelah.

"Ye, Mingyu pergi dengan saya nanti" respon Jungkook ringkas. Eunha hanya menganggukkan saja kepalanya.

"Wait, cakap pasal fail tu," gumam Jungkook sebelum langsung memeriksa beg kerjanya yang dimuatkan beberapa fail itu. Dia menilik satu persatu muka depan fail itu.

Eunha yang tadinya melangkah itu langsung berhenti tatkala menyedari suaminya itu sedang mencari sesuatu.

"Wae--"

"Sayang, tunggu sini kejap. Tunggu sini, jangan pergi mana-mana" arah Jungkook yang agak tergesa-gesa itu sebelum berlari anak menuju ke arah lif kembali.

Eunha yang terkebil-kebil, tak faham apa yang berlaku itu langsung bersuara.

"Eh, awak nak pergi mana?!" soal Eunha agak lantang sambil memandang figura Jungkook yang kian menjauh itu.

"Ambil fail meeting tadi. Saya tertinggal dekat office!" balas Jungkook dengan nada agak tinggi seraya menoleh sekilas memandang sang isteri yang ditinggalkan kebingungan itu.

Eunha berdecit perlahan sebelum tergelak kecil.

"Sejak bila dia tahu jadi clumsy ni?" monolog Eunha sebelum tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Baru saja dia mahu memandang ke hadapan semula, suara Jungkook kembali kedengaran.

"Tunggu situ je! Jangan pergi mana-mana, eoh?!" pesan Jungkook lantang yang kini sudah berada di dalam lif.

"Yeee!" balas Eunha setelah berdecit perlahan.

"Kalau sesat, tidurlah sini! Saya tak nak cari dah!" seloroh Jungkook berbaur usikan itu sebelum pintu lif perlahan-lahan tertutup rapat.

Eunha berdecit sebelum memusingkan kepalanya ke hadapan kembali. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon pintar dari beg sandangnya. Ya, habuan untuk menghilangkan bosannya sementara menunggu Jungkook kembali semula.

Sedang fokus Eunha menghadap telefon pintarnya itu, tubuhnya tiba-tiba saja dirempuh seseorang dari belakang. Terdorong sedikit tubuhnya ke hadapan akibat dari rempuhan itu.

"Eo, mian"

Eunha menoleh memandang gerangan yang meminta maaf padanya dengan sangat ringkas dan bernada mendatar itu. Dia agak terkaku di situ. Bukan disebabkan sikap acuh tak acuh figura itu, namun suaranya. Suaranya yang kedengaran sangat tidak asing di telinga Eunha.

"Maaf ya, cik. Boss saya rushing" ucap seorang perempuan yang berpakaian kemeja dipadankan dengan blazer pink muda bersama skirt itu. Dari cara pemakaiannya dan tugasnya yang memegang banyak fail itu, mungkin dia seorang pembantu peribadi. Perempuan itu menundukkan sedikit tubuhnya, tanda meminta maaf bagi pihak bosnya itu.

"Ah, aniyo. Gwen--"

"Hara, ppaliwa!" laung wanita yang berpakaian elegan namun ringkas itu. Ya, dia lah gerangan yang melanggar Eunha tadi. Wanita itu hanya menoleh sekilas memandang pembantunya itu sebelum kembali memandang ke hadapan.

Eunha sekali lagi terkaku saat mendengar suara itu. Meskipun dia tidak sempat melihat wajah wanita itu, namun suara wanita itu sahaja sudah mampu membuatkan Eunha keras di situ.

"Y-Ya, ya, puan Choi!" sahut perempuan yang bernama Hara itu agak gelabah sebelum langsung berlari anak ke arah bosnya yang sudah kian menjauh.

Eunha langsung tersentak saat mendengar nama keluarga yang disebut pembantu peribadi itu sebagai gelaran buat bosnya. Kakinya perlahan mengundur ke belakang. Hampir saja dia jatuh terduduk di situ namun mujur sempat berpaut pada tiang yang sememangnya wujud di situ. Rasa terkesima, terkejut dan tersentaknya pada waktu ini sangat menguasai dirinya sekarang.

Eunha mengemam bibirnya. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Dia cuba mengatur nafasnya yang agak tidak keruan itu dengan baik.

"T-Tak, tak. Mungkin cuma kebetulan. Mungkin cuma suara je yang sama. Kalau muka pun boleh serupa, apa lagi suara kan?" monolog Eunha cuba mententeramkan hatinya. Dia menelan air liurnya sukar.

"Atau mungkin ni cuma perasaan aku je. Wake up, Eunha. Wake up. Benda ni dah berlaku 5 tahun lepas. Stop asyik fikir pasal ni" omel Eunha sebelum meraup mukanya. Dia kemudiannya menundukkan kepalanya.

"Aish...takkanlah dia...betul-betul dah kembali?" gumam Eunha sebelum mengangkat kepalanya seraya meraup rambutnya ke belakang. Dia memejamkan matanya rapat sambil mengetap bibirnya.

"Sayang? Kenapa ni? Okey tak?" soal Jungkook yang baru muncul itu. Dia melelapkan belakang telapak tangannya pada dahi polos Eunha.

Eunha yang tadinya memejam mata itu langsung membuka matanya saat mendengar suara Jungkook. Dia memandang wajah bimbang Jungkook yang kini berdiri di hadapannya itu.

"Eo-Eoh, ani. Saya okey je. Awak lah lambat sangat, rasa macam nak tidur dah saya dekat sini ha" seloroh Eunha yang langsung drastik mengubah moodnya kepada ceria. Tentunya itu adalah palsu.

Jungkook menjongketkan sebelah keningnya.

"Lambat ke? Saya rasa tak sampai 5 minit--"

"Okey, kajja kajja! Saya nak balik!" seloroh Eunha bernada riang itu seraya menapak terlebih dahulu ke hadapan.




【 BBP S2:TRUST】
»08



    

"Banyak lagi ke kerja awak? anything nak saya tolong?" soal Eunha seraya melabuhkan punggungnya di atas lantai ruang tamu, duduk berhadapan Jungkook yang dipisahkan oleh meja di antara dua sofa itu.

"Serius nak tolong? Sayang tak ada assignment apa-apa ke?" soal Jungkook kembali. Dia memandang Eunha yang sedang ligat mengikat rambut kepada tocang satu itu di hadapannya.

"Baru je siap" balas Eunha sebelum mengukir senyuman.

"Then,pergilah rehat sana" tukas Jungkook bersahaja.

"Oohh, sampai hati eh halau saya" seloroh Eunha yang sengaja berbaur kecewa itu sebelum menarik muncung panjang.

Jungkook berdecit perlahan.

"Bukan halau lah. Orang suruh rehat pun kira halau ke?" tukas Jungkook sambil menjongket sebelah keningnya.

Eunha mengerling sekilas Jungkook. Dia mencebikkan bibirnya.

"Ala, saya cakap nak tolong kan?" balas Eunha sebelum menjeling sekilas Jungkook.

Jungkook berdecit perlahan. Jung Eunha dengan degil sangat berpisah tiada. Dia kemudiannya mengumpulkan beberapa kertas kerjanya yang agak berselerak di atas meja itu lalu dihulurkan kepada Eunha.

"Ha, ni. Susun semua ni ikut turutan, then klipkan" jelas Jungkook ringkas sambil tangannya masih lagi menghulurkan kertas kerja itu.

"Ni je?" soal Eunha yang berbaur bentakan itu.

"Nak tolong ke tak?" tukas Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Sambil itu dia mengacah mahu menarik kembali huluran kertas kerja itu dari Eunha.

"Ah, ye ye. Nak tolong" balas Eunha drastik seraya menyambut huluran Jungkook itu. Dia kemudiannya mengeluh sebal dengan ugutan cara lembut Jungkook itu.

"Good" ujar Jungkook perlahan sebelum tergelak kecil. Dia kemudiannya kembali menilik skrin komputer riba di hadapannya.

Eunha berdecit perlahan. Dia mula melakukan kerjanya. Kertas-kertas kerja yang siap dicetak kemas itu disusunnya satu-persatu mengikut turutan bilangan muka surat. Selesai bahagian pertama, dia mengambil klip kertas lalu diklip pada helaian kertas itu. Seterusnya, dia lakukan hal yang sama pada bahagian kertas kerja yang kedua pula.

Di saat itu, masing-masing ketika itu, baik Jungkook, baik Eunha, kedua-dua mereka fokus melakukan tugas sendiri. Suasana di ruang tamu ketika itu sungguh sunyi dan lengang. Tiada siapa yang bersuara.

Eunha yang fokus menyusun kertas-kertas kerja dengan fikiran yang kosong itu, tiba-tiba saja terlintas di fikirannya soal kejadian petang tadi.

"Eo, mian"

"Hara, ppaliwa!"

Sama. Sangatlah sama. Suara wanita yang melanggarnya petang tadi itu sungguh serupa seperti suara Choi Im Hwa.

Ya, Choi Im Hwa.

Persoalannya, adakah itu memang betul seorang Choi Im Hwa?

Dia sendiri tak dapat mengesahkan tentang perkara ini memandangkan dia hanya mendengar suara wanita itu saja. Lainlah jika dia sempat melihat wajah wanita itu.

Eunha mengeluh kecil. Dia menggeleng kepalanya perlahan, cuba untuk hindarkan perkara ini dari fikirannya. Dia kemudiannya memandang Jungkook di hadapan.

Timbul satu persoalan di benak fikirannya.

"Nak bagitahu ke tak?" getus hati Eunha sebelum melarikan bola matanya ke arah lain. Dia mengemam bibirnya sambil berfikir keputusan buat bisikan hatinya itu.

Eunha sekali lagi memandang Jungkook di hadapan buat seketika. Dia mengeluh kecil.

"Dah, tak payah bagitahu lah. Macam tak penting je"

"Lagipun, benda ni dah lepas. Buat apa nak ungkit balik cerita lama..."

"Kalau tu betul... puan Choi, apa masalahnya kan? Tak ada masalah pun dengan kau, Eunha. Ya. Tak ada pun"

"Tapi, aku takut. Tu masalah yang sebenarnya"

"Aku...rasa tak sedap hati sangat. Aku--"

Eunha yang ligat bergetus dalam hati seolah dalam dunianya sendiri itu langsung tersedar ke realiti apabila belakang telapak tangan Jungkook sekali lagi dilekapkan di dahinya setelah di tempat parkir tadi.

Bulat-bulat mata Eunha memandang lelaki itu. Bingung dan terpinga-pinga.

"Pelik. Tak demam pun" omel Jungkook hairan seraya menurunkan tangannya dari dahi polos Eunha.

"Ye lah. Bila masanya saya cakap saya demam?" tukas Eunha bingung dengan dahi yang berkerut.

"Dah tu kenapa muka tu macam nak pucat je?" soal Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah.

"Pucat? Mana ada lah" nafi Eunha drastik seraya menekup wajahnya. Saat itu dapat dia rasa sentuhan kedua-dua tangannya pada pipinya itu sangat dingin.

Jungkook diam. Dia merenung lama wajah polos isterinya itu sebelum mengeluh kecil.

"Dari dekat parking lot sampai lah dekat ruang tamu ni, dari petang tadi sampailah pukul 9 malam ni, sayang asyik mengelamun je dari tadi. Wae? Ada apa-apa masalah yang menganggu ke? Ada benda nak share?" soal Jungkook sambil menjongketkan keningnya.

"Um... Aniya. Nothing serious" respon Eunha sebelum mengulum senyuman kecil.

"Tak tahu pulak kalau nothing serious, boleh mengelamun non stop" tukas Jungkook bersahaja, berbaur sarkastik.

Eunha diam. Tentunya dia terkesan dengan tuturan sarkastik Jungkook itu. Dia mengeluh kecil.

"Yea, saya rasa memang bukan benda yang serius pun. Cuma ada lah yang saya sedang fikir. Itu yang asyik mengelamun tu" tukas Eunha sebelum mengulum senyuman kecil.

"Em. Okey, then" balas Jungkook ringkas setelah menganggukkan kepalanya. Dia kemudiannya kembali memberi perhatian pada hal kerjanya.

Eunha mengangguk kecil sebelum mengeluh perlahan. Dia kembali menyusun kertas-kertas kerja yang berbaki itu. Sesekali dia menggelengkan kepalanya perlahan, cuba menghapuskan perkara-perkara yang menganggu fikirannya.

Satu klip kertas dicapai. Sedang dia berura-ura untuk menyelit objek kecil itu pada helaian kertas di pegangannya, dia hentikan seketika perbuatannya itu. Bola matanya bergerak memandang Jungkook yang khusyuk menghadap komputer riba di hadapannya itu. Klip dan helaian kertas yang berada di pegangannya itu perlahan diletakkan di atas meja.

"Awak, saya nak tanya something ni" tutur Eunha sekali harung sambil memandang lurus ke arah Jungkook di hadapan.

"Eoh" balas Jungkook ringkas seraya mengalihkan perhatiannya pada Eunha.

"Em, puan Choi...kena hukuman penjara berapa lama eh? Saya lupa lah" ujar Eunha sebelum tersengih kecil, cuba menutupi rasa resahnya ketika menyoal hal itu.

"Choi Im Hwa? Kamchagi?" respon Jungkook hairan dengan kening yang terangkat sebelah.

Kamchagi?= out of sudden?

"Yea, just terdetik nak tanya balik pasal ni" balas Eunha sebelum mengulum senyuman kecil.

Jungkook sekadar mengangguk perlahan.

"Well, rasanya 7 tahun. Since dia disabitkan banyak kesalahan, besides culik dan mencederakan tu" jelas Jungkook ringkas.

Eunha mengangguk kecil.

"Kalau macam tu...dia mesti tak dibebaskan lagi kan? Kalau 7 tahun, means next year lah dia keluar" tutur Eunha yang jelas menggunakan logiknya itu.

"Eoh" sahut Jungkook ringkas. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Tapi, the thing is, saya ada dengar suara yang familiar sangat dengan Puan Choi dekat parking lot tadi. Tak tahu la kebetulan ke apa, tapi seriously, suara tu sama sangat,wak" terang Eunha agak bersungguh-sungguh.

Jungkook menjongket sebelah keningnya.

"Tapi tu lah, it could be just suara je yang sama. Like, mustahil lah kan tu Puan Choi. Ye lah, hukuman penjara dia kan 7 tahun. So, probably dia still dekat penjara lah kan?" tambah Eunha sambil memandang Jungkook, menanti respon lelaki itu.

"Ikutkan logik, yes. Tapi, boleh jadi jugak dia dapat keluar awal dari masa yang ditetapkan. Sama ada dia gunakan duit, kuasa or maybe 'orang' dia" tukas Jungkook bersahaja.

"W-Wait, wait. So,awak nak cakap yang possibility suara yang saya dengar tu betul-betul... puan Choi?" tebak Eunha teragak-agak.

"Well,boleh jadi" balas Jungkook selamba sebelum mengukir senyuman. Sengaja dia mahu menyakat figura itu.

"Hah, awak jangannn. Kalau betul yang tu dia, silap hari bulan saya ikut awak sekali pergi Busan tu ha. Graduation tak graduation,saya peduli apa" tukas Eunha dengan ekspresi wajahnya yang resah itu.

Jungkook tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak ada lah. Takkan lah senang macam tu je dia dapat keluar dari penjara. Undang-undang dah makin ketat. Possibility kecik je untuk dia dapat keluar dengan cara kotor tu. Melainkan, ada orang ikat jamin dia. Tapi, siapa pulak nak ikat jamin dia? Dia bukannya ada orang terdekat nak minta tolong" tutur Jungkook panjang lebar yang lebih kepada untuk menyedapkan hati Eunha. Namun, ada logik juga dalam hujahnya itu.

Eunha mengangguk perlahan.

"Tapi, better time saya pergi Busan nanti, sayang stay lah dengan appa. Takkan nak duduk rumah ni sorang-sorang je?" ujar Jungkook sebelum menjongket sebelah keningnya.

"Ala, macamlah saya tak pernah stay rumah ni sengsorang" tukas Eunha sebelum berdecit perlahan.

"Ye, memanglah. Tapi, itu kejap je kan saya keluar. This time macam lama. Bahayalah kalau sayang duduk rumah ni sorang-sorang" balas Jungkook sambil menatap tepat ke dalam mata Eunha, seolah memujuk wanita itu.

"Apa yang bahayanya? Awak cakap pasal bahaya ni macam something serious je?" tukas Eunha yang langsung membuat andaian dengan keningnya yang dijongket sebelah.

"Tak, saya maksudkan bahaya tu in general lah. Anything can happen kalau sayang stay sini seorang je. Kalau sayang stay rumah appa, at least, tak ada lah saya risau, eoh?" respon Jungkook yang masih menatap wajah polos isterinya itu.

"Em,araso. Tengoklah nanti macam mana"




【 BBP S2:TRUST】
»08



    

3 hari seterusnya,

"nah, beg awak" tutur Eunha seraya menolak perlahan bagasi bersaiz sederhana itu kepada Jungkook. Jungkook sekadar mengulum senyuman kecil sebelum mengangkat objek itu lalu dimasukkan ke dalam bonet belakang kereta yang sudah sedia terbuka itu.

Ya, hari ini adalah hari di mana Jungkook akan bertolak ke Busan atas hal kerja. Sepatutnya, esok hari baru lelaki bekerjaya ini bertolak ke negeri sebelah itu. Namun, atas sebab penukaran jadual secara tiba-tiba, jadi dia perlu bertolak awal sehari dari dirancang.

"Serius ni tak nak stay rumah appa dulu?" soal Jungkook sejurus saja menutup bonet keretanya itu. Dia memandang Eunha di sebelah.

"Yeeee. Ala, kalau saya pergi hari ni pun, appa bukan ada dekat rumah pun. Saya dah tanya appa dah semalam. Appa cakap esok baru dia balik dari outstation. So, tak apa lah. Saya stay rumah dulu lah. Nanti kalau saya rasa nak pergi rumah appa, saya drive sendiri je nanti. Okey?" tukas Eunha panjang lebar sambil memandang Jungkook dengan matanya yang bulat-bulat itu. Kedua-dua lengan lelaki itu digoyangnya perlahan, cuba meyakinkannya.

Jungkook masih tidak merespon. Dia mengecilkan kedua-dua matanya, merenung lama wajah memujuk Eunha itu.

"Ala, awak jangan risaulah. Tahulah saya jaga diri nanti. Lagipun kan kawasan perumahan kita ni kawalan keselamatan everywhere" tambah Eunha sambil menganggukkan kepalanya perlahan, seolah mahu mempengaruhi Jungkook itu mengangguk sekali. Ya, dia masih cuba meyakinkan suaminya itu.

Jungkook berdecit perlahan.

"Ye, okey--"

"Iyeshh! begitulahh--"

"Tapi, still. Jaga diri. Tak lama pun. Untuk 3 hari ni je" sambung Jungkook yang sedikit sebanyak telah memotong keterujaan Eunha tadi. Dia memandang Eunha yang sudah berkerut dahi itu.

"Kenapa 3 hari je? Hari lain saya tak kena jaga--"

"Hari lain saya yang jaga" seloroh Jungkook bersahaja sebelum menarik tubuh kecil Eunha itu ke dalam dakapannya. Eunha berdecit perlahan.

"Tch, araso" balas Eunha seraya membalas pelukan lelaki itu.

"Saya dah nak kena gerak ni. Jaga diri,hm?" pesan Jungkook sejurus meleraikan pelukannya dengan Eunha. Bahu wanita itu dipegang dan ditenung wajahnya, menanti respon.

"Ye. Awak pun jaga diri. Jaga makan, jangan skip, eoh? And last, jaga MATA,okey?" pesan Eunha sambil membetulkan santai kot yang tersarung di tubuh Jungkook itu. Pesanan terakhir sangat istimewa, kerana ada sedikit penekanan nada di sana. Senyuman manis juga diberikan.

Jungkook tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya. Dia memeluk ringkas tubuh Eunha sebelum kembali meleraikannya. Rambut wanita itu diserabutkannya sekilas.

"Saya pergi dulu ni" pamit Jungkook sejurus mengusutkan rambut isterinya itu. Dia kemudiannya berjalan ke arah pintu bahagian pemandu.

"Drive safe. Nanti dah sampai sana, mesej saya okey" pesan Eunha sambil memandang Jungkook yang sedang membuka pintu kereta itu. Jungkook hanya membalas dengan senyuman dan anggukan sebelum masuk ke dalam keretanya.

Eunha hanya tersenyum kecil. Dia hanya berdiri statik di tepi kereta sedan milik suaminya itu sebelum kenderaan itu perlahan bergerak keluar dari pagar. Seterusnya, kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Alone lagi~" omel Eunha dengan meleretnya yang berbaur kecewa itu. Dia berjalan longlai menuju ke pintu utama rumahnya.

"Ish, dah la tak ada kelas hari ni. Nak buat apa--"

Tzzt tzzt tzzt!

Eunha yang sedang meratap sayu seorang diri di bahagian porch kereta itu langsung terganggu apabila poket hoodie yang dipakainya itu terasa bergetar. Dia langsung menghentikan langkahnya lalu menyeluk poket hoodie nya itu. Telefon pintarnya yang berdering dalam mode getaran itu dikeluarkan. Dia menilik nama pemanggil yang terpapar di skrin telefonnya.

'Yugyeom'

HAH SUDAH, DIA CALL PULAK SKDBDEKEJELEO

DH LA ELOK II TIMING JUNGKOOK PERGI YE-

TAK II JGN RISAU, AKU TAKKAN BUAT MANA II KPOP IDOL MEMBER UTK JADI ANTAGONIS EM EM

TAPI KALAU MCM NK GANGGU II SIKIT TU, HALALKAN JE LAH YE-

OH YA ADAKAH MAKHLUK YG LANGGAR EUNHA TU BEBETUL CHOI IM HWA KORANGGG

EHEHEHE

HA KALAU ADA SCENE MANA II YG CRINGEY, MAAFIN GUWE. GUWE SEDANG MENCUBA :)

Em tu la, em yela, em ok la-

DAH LA AKU TAK TAHU NK BEBEL APA

APAPUN JGN LUPA VOTE YE

OK BAI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro