🔷04
HULAAA
EHEHEHEHE
SELAMAT PAGI ANUCK II-
ONLINE CLASS KEW TUUU
EM EM
YE AKU TAHU AGAK ANEH BAGI AKU APDET PEPAGI NI
IKUTKAN AKU NK APDET MLM NI TAPI BILA FIKIR BALIK DH DUA HARI AKU TAK APDET, SOOO-
HA ASHILA LA VOMMENTTT💙💙
PNJG TAU CHAP NI EM EM
Jungkook menarik handbrake keretanya sebaik saja memarkir di bahu jalan di luar pagar Universiti Kebangsaan Seoul itu. Dia kemudiannya menilik jam di pergelangan tangannya.
5.23 pm.
Masih berbaki lebih kurang 7 minit lagi sebelum kelas terakhir Eunha tamat. Fikirnya.
Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya dari poket kotnya. Seterusnya, objek itu dinyalakan. Dia membuka aplikasi mesej lalu diskrol hingga ke bawah barisan mesej-mesej yang diterimanya. Setelah itu, keningnya terangkat sebelah dek berasa hairan.
"Mwoya? Selalunya dia mesti dah mesej 10 minit awal. Kali ni tak pun" gumam Jungkook bingung bercampur pelik itu. Dia kemudiannya mengerling sekilas ke arah pagar. Kelihatan ramai juga pelajar yang sedang berjalan keluar.
Jungkook hanya mengabaikan saja situasi itu dan kembali memandang ke hadapan. Namun, ketika dia memusingkan kepalanya tadi, seperti samar-samar dilihatnya seorang figura yang sedang berdiri tidak jauh dari pagar. Dia kembali menoleh memandang ke arah pagar bagi mengesahkan apa yang dilihatnya seimbas lalu tadi.
Dia sedikit mengecilkan matanya bagi melihat gerangan itu, masih ingin memastikan apakah betul figura itu adalah gerangan yang disangkanya.
Dan ya, tepat sangkaanya.
Figura itu adalah seorang Jung Eunha.
Kelihatan Eunha sedang ligat menghadap telefon pintarnya sambil menekan-nekan skrin objek itu seorang dirinya.
Jungkook tersenyum kecil sambil memerhati perlakuan isterinya itu. Dia pasti yang gadis itu sedang menaip mesej untuk dihantar kepadanya. Itu yang buat dia tersenyum sendiri sekarang ini.
Jungkook masih lagi melihat gerak-geri Eunha dari dalam kereta, tanpa berniat langsung untuk beranjak keluar dari kenderaannya ini bagi menjemput kesayangannya yang seorang itu.
Sedang suka dia memerhati Eunha dari jauh, lesap terus rasa sukanya apabila dia kini mendapati seorang lelaki menyapa Eunha dengan senyuman lebar. Senyuman Jungkook yang tadi terukir senang itu lantas pudar.
"Mwoyaaa" bentak Jungkook sendiri tatkala melihat adegan yang tidak menyenangkan hati, jiwa dan raganya itu. Fikirnya walaupun lelaki itu menyapa Eunha dengan senyuman sampai telinga sekalipun, Eunha takkan merespon dengan manis. Namun, dia salah. Si Jeon Eunha itu malah mengukir senyuman di setiap akhir bicaranya.
Cukup membuatkan seketul Jeon Jungkook di sini terasa panas membara terbakar-
Jungkook menyepetkan matanya, merenung perlakuan Eunha yang dengan biasanya menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg sandangnya sambil mulutnya setia berkomunikasi dengan lelaki itu.
"Heol. Dia boleh cancel nak hantar mesej dekat aku and terus simpan phone macam tu je? Wah, panas betul sekarang ni" bentak Jungkook sambil matanya setia memerhati. Tangannya pula mengibas ringkas baju kemeja putihnya yang dipakainya itu.
"Ah, lantak la" omel Jungkook seraya menanggalkan tali pinggang keledar yang terlilit di tubuhnya itu. Dia kemudiannya langsung keluar dari keretanya.
Kaki dihayun tenang namun berkadar pantas menuju ke pagar yang terbuka sedikit itu bagi kegunaan pelajar keluar dan masuk. Dia hanya berlagak tenang berjalan menghampiri dua figura itu dengan memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya.
Pelajar-pelajar perempuan yang kebetulan lalu di situ usah dikatalah. Memang dah TERminat habis dengan suami orang itu-
"Oh, kalau macam tu biar saya je lah hantar awak. Tak payah susah-susah nak mesej 'someone' tu dah kan?"
Jelas lagi nyata kedengaran tawaran mesra dari seketul Kim Yugyeom di telinga milik Jeon Jungkook. Dia kini boleh dikatakan sudah berdiri di sebelah Yugyeom namun berjarak agak jauh.
Dan, Eunha yang terlebih fokus memandang Yugyeom itu langsung tidak menyedari kehadiran Jungkook. Begitu juga Yugyeom.
"Eh tak apa--"
"Jeon Eunha"
Eunha yang baru ingin menolak pelawaan Yugyeom itu langsung tergendala dek telinganya menangkap suara yang amat dikenalinya itu dan berbunyi tegas itu memanggil nama penuhnya. Dia langsung menoleh bagi melihat gerangan itu.
Jeon Jungkook.
Sedikit tersentak dan terkesima dia dibuatnya apabila menyedari keberadaan lelaki itu ketika ini. Maklumlah, Jungkook ini mana pernah berminat untuk turun dari keretanya dan masuk ke kawasan dataran Universiti ini. Dan, Eunha juga tak menggalakkan pun figura seketul suaminya ini memunculkan dirinya di tempat ini.
"Eo-Eoh, Jung--"
Tak sempat Eunha merespon sepenuhnya, lengannya terlebih dahulu ditarik Jungkook, cukup membuatkan dia perlahan terdorong ke arah lelaki itu. Kini, dia berakhir dengan berdiri di sebelah Jungkook.
"Kelas sayang habis awal ke hari ni? Kenapa tak call, hm?" soal Jungkook lembut dengan lengannya yang melingkari di bahu kecil Eunha. Kepalanya juga disengetkan sedikit bagi melihat wajah polos isterinya itu.
Dia juga sengaja menguatkan sedikit nadanya agar didengari seorang Yugyeom yang sedang bingung di situ.
Gelabah. Panik. Cemas.
Itulah perasaan Eunha ketika ini apabila dirinya dilayan sebegitu mesra oleh Jungkook di tengah-tengah dataran universiti ini. Dia memandang ke sekeliling sekilas. Mujur hanya beberapa orang saja yang menyaksikan adegan ini.
"Eoh, saya...baru je nak call awak tadi" balas Eunha teragak-agak sebelum mengukir senyuman janggal buat Jungkook. Sambil itu dia cuba meleraikan rangkulan lengan Jungkook di bahunya itu. Bukan mahu meleraikan, malah si Jeon Jungkook itu lagi mengeratkan rangkulannya ada lah.
Eunha sedikit menjegilkan matanya dengan kedua-dua keningnya yang bertaut, cuba menayang ekspresi tegasnya. Namun. Hasilnya cumalah ekspresi yang comel di mata Jeon Jungkook.
"Em,Eunha. Nugu...?"
Suara Yugyeom kedengaran menyoal, mencelah di situasi saling berlawan mata antara dua figura bergelar suami isteri itu.
Eunha lantas memandang Yugyeom tatkala mendengar suara lelaki itu.
"Ah, ni--"
"Jeon Jungkook" seloroh Jungkook memperkenalkan dirinya seraya menghulur tangan kanannya pada Yugyeom, tanda sapaan.
Yugyeom yang masih terpinga-pinga itu lambat-lambat menyambut huluran tangan Jungkook itu.
"Kim...Yugyeom" balas Yugyeom sambil memandang Jungkook yang sedang tersenyum itu.
"Ah, Yugyeom. Ppanggawayo" tutur Jungkook mesra dengan senyuman terikhlasnya itu. Serentak dengan itu, mereka saling meleraikan jabatan tangan mereka itu.
Ppanggawayo= nice to meet you
Eunha di situ hanya menjadi pemerhati sahaja dengan jantungnya yang tak henti berdegup kencang. Bukan apa, dia risau jika Jeon Jungkook itu buat perkara yang bukan-bukan pula nanti. Senyuman dia yang kononnya ikhlas itu bukannya boleh dipercayai sangat. Buatnya dia bagitahu tentang--
"Also, perkenalkan. JEON Eunha, wife aku" tambah Jungkook dengan mesranya seraya tangannya bergerak memeluk bahu Eunha di sebelahnya itu.
--Ya. Tentang ini.
Mata Eunha langsung membuntang besar dek kenyataan tenang yang dituturkan Jungkook itu menyapa telinganya. Dia langsung memandang suaminya itu dengan mata yang masih membulat besar. Jungkook pula hanya selamba mengukir senyuman manis buat Eunha.
"Sorry?" soal Yugyeom yang ingin mengesahkan apa yang didengarinya tadi. Dahinya juga berkerut.
"Eoh? Ah, tak jelas? Okey. This shortie, wife aku. WIFE. Okey? Dah jelas?" tutur Jungkook dengan santainya sebelum tersenyum kembali.
Yugyeom langsung tersentak. Dia terpana apabila mendengar kenyataan dari Jungkook itu. Lidahnya kelu. Hanya bola matanya saja yang mampu bergerak saat itu. Matanya bergerak memandang Eunha yang berdiri di sebelah Jungkook itu. Pandangannya redup. Pandangan yang diisi kekecewaan dan kekesalan.
Eunha mengemam bibirnya. Dia juga tak mampu untuk berkata apa-apa. Menjelaskan mahupun menidakkan. Tapi, takkanlah dia mahu menidakkan pula kan? Memang apa yang dinyatakan Jungkook itu betul.
Jungkook memandang Eunha dan Yugyeom yang saling berpandangan itu bersilih ganti. Dia berdecit perlahan sebelum menapak terlebih dahulu, beredar dari situ.
Eunha yang sedar akan kepergian Jungkook itu langsung menghentikan sesi tatap menatap antaranya dengan Yugyeom itu. Dia menoleh sekilas memandang Jungkook yang sedang berjalan pergi itu.
"Um, Yugyeom. Saya pergi dulu. Saya cakap pasal ni nanti" pamit Eunha tergesa-gesa sebelum langsung berlari anak, mengikut jejak Jungkook yang agak berjarak jauh dengannya itu.
"Awak"
"Awak"
"Jungkook--"
Eunha yang ligat memanggil Jungkook serentak dengan kakinya yang mengikut langkah lelaki itu tak semena-mena tergendala apabila figura itu tiba-tiba menghentikan langkahnya. Cukup membuatkan Eunha yang bersungguh membontoti suaminya itu terus terhantuk dahinya pada belakang lelaki itu.
"Ah" desis Eunha perlahan seraya tangannya naik menggosok dahinya.
Jungkook memusingkan badannya menghadap Eunha. Dia menjongket sebelah keningnya.
Eunha yang ligat menggosok dahinya itu perlahan mendongak sedikit memandang suaminya yang sedang merenungnya itu.
"M-Mwo? Wae?" soal Eunha polos yang seakan tidak selesa direnung bagai nak tembus oleh seketul Jeon Jungkook itu.
Jungkook langsung tergelak dek soalan polos Eunha itu. Namun, tawanya itu tidaklah berunsur senang hati, kerana tak sampai dua saat dia tertawa, ekspresi wajahnya kembali tegang.
"Lelaki tadi tu siapa?" soal Jungkook sambil merenung wajah polos dan bingung isterinya itu.
"O-Oh, tu cuma kawan satu course dengan saya. Sekali dengan Yuju lah. Ha. Ye. Tu lah" balas Eunha takut-takut sebelum mengulum senyuman kecil buat Jungkook.
Jungkook menatap lama wajah agak cuak isterinya itu sebelum dia berdecit perlahan. Kedua-dua lengannya naik disilangkan di dada.
"Okey. Next question. Kenapa lepas je saya cakap you're my wife, reaction dia kinda terkesima, speechless and nampak macam kecewa macam tu? Any explanation?" soal Jungkook dengan keningnya yang dijongket sebelah.
"O-Oh, itu mungkin perasaan awak je kot. Buat apa dia nak kecewa pulak--"
"Bukan sebab sebelum ni dia tak tahu yang awak sebenarnya dah ada suami?" tebak Jungkook serta-merta seraya menundingkan jari telunjuknya ke arah dirinya. Keningnya juga dijongket sebelah sekali lagi.
Eunha tergamam. Dia memandang Jungkook, bertaut mata dengan lelaki itu seketika sebelum dia mengeluh kecil. Kepalanya diangguk perlahan sebelum ditunduk, memandang lantai.
Jungkook yang melihat respon Eunha itu langsung berdecit perlahan. Dia menurunkan lengannya yang disilangkan di dada tadi ke sisi.
"Wae? Malu ke nak mengaku yang awak sebenarnya dah ada suami?" soal Jungkook selamba dengan keningnya yang dinaikkan sebelah itu.
"Ah, a-aniyaaa. Bukan macam tu lah" tukas Eunha serta-merta sebelum menjuihkan bibirnya.
"Then?"
"Ala...saya cuma tak nak nanti bila orang dekat U ni tahu status sebenar saya, diorang layan saya berbeza..." tutur Eunha perlahan sambil menundukkan kepalanya.
"Heol. Then, awak suka la diorang especially lelaki layan awak sebagai seorang yang berstatus bujang? Yang tak ada ikatan apa-apa? So that diorang boleh interact bebas dengan awak. Macam tu?" soal Jungkook membuat andaian sendiri sambil memandang Eunha.
Eunha yang tadinya hanya menunduk itu langsung mengangkat kepalanya tatkala mendengar andaian Jungkook itu.
"Eh tak lah, bukan macam tu. Saya still sedar yang saya ni wife orang. Even if they do so, saya still tahu batas saya. The reason saya pilih untuk hidup sebagai student yang berstatus bujang dalam U ni is, saya cuba nak elakkan pressure yang dah saya hadap luar dari universiti ni. 'Berbeza' yang saya maksudkan tu sebenarnya like, bila diorang tahu yang saya ni sebenarnya dah kahwin, start from there, diorang akan mula tanya itu ini, whether soalan basic or sensitive one. I mean, we can't stop peoples about this. And, eventho saya dah kinda like lali dengan soalan or gestures orang pasal tu, saya still rasa the pressure. Macam yang awak tahu la, pergi je mana-mana, we will get 'that' questions. So, sekurang-kurangnya, dekat tempat saya belajar ni, telinga dan fikiran saya dapat rest daripada semua benda tu" jelas Eunha panjang lebar sambil matanya setia memandang wajah sempurna Jungkook.
"Also, pemalsuan status saya selama hampir 3 tahun ni, langsung tak ada kena mengena tentang apa-apa buruk pasal awak" tambah Eunha sambil menggerakkan dua jarinya yang mengisyaratkan pemetik kata itu ketika menyebut perkataan 'pemalsuan'. Dia juga mengulum senyuman setelah itu.
"Like, takkan la saya nak malu dengan suami saya yang baik ni,bekerjaya, good looking lagi. Haaaa" sambung Eunha sambil menekup wajah Jungkook menggunakan kedua-dua tangan kecilnya. Dia mengukir senyuman manisnya.
"Em, saya tak tahu pulak yang sayang nak expose status kita dekat kawasan universiti ni" tukas Jungkook bersahaja yang sebenarnya berbunyi sindiran itu sambil tersenyum lebar buat isterinya itu. Sengaja dia memegang tangan Eunha yang menekup wajahnya itu.
Eunha yang mulanya bingung dengan tuturan Jungkook itu mula memahaminya seminit selepas itu. Matanya langsung membuntang besar. Dia bingkas menurunkan kedua-dua tangannya dari terus menekup wajah Jungkook. Maklumlah, dia baru tersedar yang dia telahpun berbuat mesra pada Jungkook di perkarangan universiti ini. Matanya langsung meliar ke sekeliling. Kelihatan beberapa orang di situ sedang memerhatikan mereka.
Oh God. Not gud-
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»05
•
•
•
"
Mi Yeon!" laung Chaeyeon lantang dari tingkat atas itu.
"Ye, mamaaa!" balas Mi Yeon turut bernada tinggi memandangkan dia kini sedang berada di ruang tamu tingkat bawah. Tangan kanannya sedang sibuk memegang pensil, melukis buah epal di atas sehelai kertas A4. Selesai melukis di kertas itu, dia beralih untuk melukis ke kertas seterusnya pula. Sesekali dia memadam lukisan buah epalnya itu apabila mendapati saiz buah itu tidak kelihatan sama seperti lukisan yang lain.
"Homework dah buat ke?" soal Chaeyeon dengan nada agak kurang lantang dari tadi memandangkan dia kini sedang berjalan menghampiri anak perempuannya itu.
"Dah. Hari ni ada satu homework jeee" balas Mi Yeon dengan nada semulajadi comelnya itu sambil matanya kekal fokus melukis buah epal terakhirnya itu.
Chaeyeon hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak di belakang Mi Yeon itu. Anaknya itu hanya duduk di lantai memandangkan meja berlapis kaca itu tidak hampir dengan sofa.
"Yeon buat apa tu?" soal Chaeyeon lembut sambil memandang budak perempuan 5 tahun yang sibuk melukis itu. Dia sedikit menjenguk bagi melihatnya memandangkan aktiviti Mi Yeon itu terlindung oleh kepalanya.
"Tadi dekat sekolah Yeon belajar lukis epal. Lepas tu cikgu cakap epal yang Yeon lukis cantik tau, mama! Jadi, Yeon nak lukis banyak-banyak epal,lepas tu nak gunting comel-comel!" terang Mi Yeon dengan riangnya sampaikan tangannya juga bergerak-gerak, bersungguh punya pasal mahu bercerita.
"Iye? Aigoo, jalhaesso~" puji Chaeyeon seraya tangannya bergerak mengusap ringkas rambut anak perempuannya itu.
Mi Yeon tersengih comel sebelum kembali meneruskan sesi melukisnya itu.
"Eoh, mama nak tengok?" soal Mi Yeon teruja seraya menayang hasil seni lukisan epalnya yang sudah siap digunting berbentuk buah epal itu. Cuma tinggal diwarnakan saja.
"Ah, giyowo" ujar Chaeyeon serta-merta sambil tersenyum suka. Dia meraih hasil kerja comel yang dicipta Mi Yeon itu. Dibelek-belek dengan senyuman bangga seorang ibu sebelum dia menyedari sesuatu. Dahi Chaeyeon berkerut apabila dia merasakan kertas dipegangnya ini nipis semacam.
Bukan ke kertas lukisan selalunya tebal?
Chaeyeon masih dalam fasa menyiasat identiti kertas itu– Dia kemudiannya memusingkan kertas berbentuk buah epal itu, melihat bahagian belakang kertas itu.
Dan, lihat saja belakang kertas itu, matanya langsung membuntang besar setelah membaca beberapa perkataan di bahagian itu yang ada di antaranya yang sudah terhapus.
Senarai aspek yang akan dibincang-
1. Kadar jangkaan jualan bahagian pemasaran.
2. Keuntungan produk setelah sebulan dilancarkan
Yang akan mengetuai,
Kim Min-
Setelah membaca isi di belakang kertas berbentuk epal itu, seketul Kim Chaeyeon yakin bahwa kertas yang menjadi mangsa gunting anaknya itu adalah kertas kerja milik Kim Mingyu-
"Kim Mi Yeon!"
"MakMak!--aduh, mamaaa. Janganlah jerit-jerit. Boleh mati sakit jantung Yeon ni nan--"
"Yeon ambil dekat mana kertas ni?" soal Chaeyeon sambil merenung wajah anaknya itu dengan tangan kanannya yang memegang kertas berbentuk epal itu.
"Eo-Eoh? Eoh, Yeon ambil dekat meja ni lah. Dah kertas ni je yang Yeon jumpa. Lagipun ada banyak ha. Itu yang Yeon cuba try test guna" jelas Mi Yeon dengan lancarnya sebelum tersengih comel. Betapa polosnya dia ketika itu. Sampaikan ibunya yang sedang merenungnya bagai nak tembus itu pun dia mampu tersengih lagi-
Chaeyeon merengus perlahan sebelum meletakkan kertas berbentuk epal itu ke atas meja. Dia memandang ke arah tangga. Kebetulan, seketul Mingyu sedang senang hati menuruni tangga.
"Kim Mingyu!" laung Chaeyeon sebal sambil menatap tajam wajah lelaki yang berjarak lebih kurang 5 meter dari tempatnya berdiri itu.
"Aduh. Janganlah jerit sayang oi. Nasib tak jatuh tergolek tangga ni ha" seloroh Mingyu sambil mengurut dadanya. Dia melangkah dengan tenang ke arah ruang tamu, masih tak tahu apa yang terjadi.
"Ni, tengoklah anak awak" tutur Chaeyeon geram seraya menundingkan jarinya ke arah Mi Yeon yang sedang duduk di lantai, rapat dengan meja kaca itu.
Mingyu mengangkat sebelah keningnya sebelum matanya beralih memandang Mi Yeon. Mi Yeon pula dengan selambanya mengangkat dua jarinya sambil tersenyum comel.
"Wae? Comel je anak saya. Apa masalahnya?" balas Mingyu bersahaja seraya berjalan menghampiri Mi Yeon yang sedang tersenyum polos itu. Dia mengambil tempat di lantai, bersebelahan anak perempuannya itu.
" 'Apa masalahnya?' Tu ha, kertas kerja awak untuk meeting lusa ni dah jadi hasil seni anak awak yang comel tu dah. Dah siap gunting jadi bentuk epal lagi" jelas Chaeyeon berbaur sindiran itu sambil merenung Mingyu yang ligat membelek lukisan buatan Mi Yeon.
"Itulah. Comel betul dia gunting--EH, Apa tadi? Kertas...kerja saya?" soal Mingyu dengan mata agak membuntang besar sambil memandang Chaeyeon yang sedang menyilangkan lengannya di dada.
"Ha, baru nak terkejut?" tukas Chaeyeon berbunyi sindiran.
"Alaaaa, Kim Mi Yeonnn kenapa--"
"Ha dah, tak payah nak merungut. Siapa suruh letak kertas-kertas kerja yang penting macam tu dekat meja ni? Patutnya letak, simpan baik-baik dalam fail dalam bilik tu. Mi Yeon pun tak adanya nak pergi ambik kertas tu untuk dia gunting sana sini. Ini tak, kertas penting macam tu, tinggal je dekat meja sini. Memang anak awak ni main ambil je la. Lepas tu--"
"Tak, Yeon, apa kata kita gunting bentuk bunga pulak?" cadang Mingyu mesra pada Mi Yeon sambil menyengetkan kepalanya, memandang wajah anaknya itu.
"Okey! Papa ajarkan eh!"
"Okeyyy, tengok dan belajar ye"
Chaeyeon memejamkan matanya rapat. Bibirnya diketap. Tangan kanannya yang mencekak pinggang ketika dalam fasa membebel tadi itu diturunkan.
Saat ini, membara-bara rasanya api keberangan seketul Kim Chaeyeon angkara dua beranak di hadapannya itu.
Like, BOLEH LAGI SI MINGYU TU MELAYAN MI YEON MAIN GUNTING-GUNTING KERTAS KERJA TU? SERIOUSLY-
"Kim Mingyu... Meeting tu lusa tau. Bukannya tahun depan--"
"Ye, saya tahu. It's okay. Sempat lagi nak buat balik" balas Mingyu tenang seraya mengukir senyuman sekilas buat Chaeyeon yang dalam fasa menahan dirinya dari menjadi naga itu-
"Ah molla molla! Lantak awak la. Melayan la anak awak sorang tu. Serabut betul kepala ni sebab korang dua ketul, tahu?" hambur Chaeyeon sebal sebelum menghenyak punggungnya di atas sofa. Dia merengus perlahan.
"Ye, Mi Yeon anak papa!" seloroh Mi Yeon riang sambil mengangkat pensel warna ke udara.
"
Ye, jadi anak papa better tau" sokong Mingyu selamba sebelum mencuit pipi gebu Mi Yeon.
Chaeyeon yang sedang cuba menyalurkan kesabaran dalam dirinya itu melalui bersandar pada sofa itu langsung terganggu dek suara dua beranak itu menyapa telinganya. Dia membuka matanya seraya menegakkan badannya semula.
"Esok korang dua beranak, cari makanan sendiri" tutur Chaeyeon mendatar sebelum berdiri.
"Ayok papa ayokk"
"Eh, apa pulak papa. Yeon yang cakap kuat-kuat kan tadi?"
"Ah tak ada, tak ada. Papa juga yang salahh"
"Apa lah dosa aku dapat suami dengan anak yang kongsi braincell yang sama. Boleh end up dekat pakar psikiatri aku ni nanti" monolog Chaeyeon yang berura-ura untuk menapak ke arah tangga.
Ding Dong!
"Mama, bunyi loceng lah!"
"So?"
"Ala mama ni tak fun lah!" rungut Mi Yeon sebelum memuncungkan bibirnya.
Chaeyeon berdecit perlahan sebelum menapak menuju ke pintu utama untuk membuka pintu. Dia kemudiannya menarik gagang pintu bagi membuka pintu.
"Ha, sampai pun korang. Sesungguhnya aku dah fed up dengan dua beranak tu" seloroh Chaeyeon bersahaja kepada dua gerangan yang kini berada di muka pintu itu.
Siapa lagi kalau bukan Eunha dan Jungkook.
Eunha tergelak kecil sebelum menggeleng perlahan.
"Ha, masuklah" pelawa Chaeyeon seraya menarik perlahan lengan Eunha untuk bergerak ke hadapan.
"Eoh? Eoh, mummy!" panggil Mi Yeon riang tatkala dia menyedari kehadiran Eunha. Serentak dengan itu, pensel warna di tangannya itu langsung dicampak entah ke mana dan langsung bergerak ke arah mummy nya itu.
"Iye~" sahut Eunha mesra seraya mengusutkan ringkas rambut Mi Yeon sambil tersenyum.
"Oh, anyway Kook, budak bertuah ni dah ubah suai kertas kerja Mingyu untuk meeting lusa ni jadi bentuk epal, tahu?" lapor Chaeyeon bersahaja setelah menekup wajah anaknya itu menggunakan tangan kirinya.
Jungkook tergelak kecil.
"Well, kreatif lah tu" balas Jungkook berbunyi pujian seraya menyerabutkan sekilas rambut Mi Yeon. Dia kemudiannya menapak menghampiri Mingyu. Mi Yeon juga bergegas mengikuti Jungkook.
"Ah, mwoyaaa. Apa masalah diorang ni sebenarnya?" bentak Chaeyeon sebelum merengus perlahan. Eunha tertawa kecil.
"Biasala. Diorang typical yang melayan je apa budak-budak buat" ujar Eunha sebelum tersenyum kecil.
"Tch. Apa-apa je lah. Dah, jom duduk dulu" ajak Chaeyeon seraya menarik tangan Eunha menuju ke dapur.
"Kau nak air apa? Aku buatkan" soal Chaeyeon seraya mencapai dua mug yang terletak di dalam kabinet itu. Dia kemudiannya menoleh sekilas memandang Eunha di belakang.
"Anything" balas Eunha sebelum tersenyum kecil. Setelah mendapat anggukan dari Chaeyeon, Eunha kembali memandang lurus ke arah ruang tamu. Saja mahu melihat telatah tiga makhluk di ruang tamu itu.
Jungkook. Mingyu.
Sama saja dua-dua ketul. Kononnya si Jungkook tu nak datang sini untuk bincang hal kerja dengan si Mingyu tu, ha sekarang entah ke mana la tujuan tu melayang. Yang dia nampak sekarang ini, dua lelaki 27 tahun itu ligat join sekaki Kim Mi Yeon yang 5 tahun itu.
"Sekarang diorang seronok lah melayan budak tu, esok ni baru diorang tahu nak serabut, gelabah tenuk, nak siapkan kertas kerja tu balik" ujar Chaeyeon berbaur geram itu seraya meletakkan mug yang berisi air cappucino hangat di hadapan Eunha. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Eunha.
Eunha memandang Chaeyeon sekilas sebelum tergelak kecil. Dia kemudiannya menyisip sedikit minuman hangat buatan Chaeyeon itu.
"Eoh, Eun. Kau dah nak graduate kan? Bila?" soal Chaeyeon membuka topik baru.
"Ah, minggu depan. Hari selasa" balas Eunha sebelum tersenyum kecil.
"Eoh? Selasa minggu depan?" soal Chaeyeon yang terlihat kecewa itu.
"Haah. Kenapa?" soal Eunha hairan.
"Alaaa, aku ada meeting dekat Gangnam hari tu. Lepas tu ada appointment lagi. Ala, packed gila schedule aku hari tu. Aku baru ingat nak pergi event graduation kau tu" jelas Chaeyeon sebelum menarik muncungnya. Dia mengeluh panjang.
"Ala, tak apalah. Nak buat macam mana kan dah kau busy hari tu? Lagipun, ceremony kali ni bukan besar-besaran pun. Ye lah, bukan ramai pun yang graduate. Batch kitorang kan batch masuk lewat" tukas Eunha cuba memujuk Chaeyeon sebelum tertawa kecil.
"Ha, ye lah. Tapi, kalau tak besar-besaran pun, at least si Jeon Jungkook tu kena pergi jugak" tutur Chaeyeon.
Eunha tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"Itu pasti" balas Eunha bersahaja. Chaeyeon berdecit sebelum tersenyum kecil.
Chaeyeon kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah tiga makhluk yang sedang bersuka ria dalam acara gunting menggunting kertas kerja di ruang tamu itu. Dia berdecit perlahan.
Apa benda yang suka sangat, dia pun tak faham.
"Everytime aku tengok Jungkook happy dengan Mi Yeon kan, mesti aku akan rasa bersalah juga walau macam mana pun" tutur Eunha sambil matanya lurus memerhati keakraban tiga manusia di ruang tamu itu. Dia tersenyum nipis.
Chaeyeon yang tadinya ligat melihat juga karenah tiga orang di ruang tamu itu langsung terbantut apabila Eunha bersuara. Matanya langsung bergerak memandang Eunha di sebelah.
"Actually, dia dah banyak kali cakap dekat aku, no need to be sorry, tak payah rasa bersalah, tak payah minta maaf, tak payah rasa teruk. Aku dah cuba untuk ignore semua perasaan tu, tapi aku tak boleh, Chae" sambung Eunha sebelum mengeluh berat. Matanya masih setia memandang lurus ke ruang tamu.
"Betul lah tu. Tak payah rasa semua tu, Eun. Bukan salah kau pun" tutur Chaeyeon sambil memandang Eunha di sebelah.
Mendengar respon Chaeyeon itu, Eunha perlahan menoleh memandang Chaeyeon di sebelah.
"Tapi, aku tak boleh untuk ignore rasa bersalah tu, Chae. Especially bila tengok kemesraan dia dengan Mi Yeon. Like, the way dia layan Mi Yeon, keakraban diorang tu buat aku drastically rasa bersalah, rasa teruk sangat. I mean, dia just dapat buat semua tu, interact mesra macam tu dengan anak orang lain and bukan anak dia sendiri. Like, disebabkan aku, aku buat dia tak dapat rasa macam mana rasanya bila interact dengan anak kandung sendiri" tukas Eunha panjang lebar sebelum merengus perlahan.
"Eun, kan aku dah cakap, bukan salah kau--"
"Tak, Chae. Kalau bukan sebab aku, Jungkook mungkin dah hidup happy dah dengan family dia sendiri. Kalau bukan sebab aku, mungkin dia dah dapat rasa jadi seorang ayah sekarang. And yea. Semua ni memang salah aku, Chae. Aku cuai dulu. Aku bodoh. Pasal kejadian 5 tahun lepas tu, kalau aku bagitahu dulu mana aku nak pergi, kalau aku tak terus percaya orang, aku takkan kena culik waktu tu. And, aku takkan kena pukul waktu tu. Aku takkan injured waktu tu. And, aku takkan dapat kesannya hari ni, "
"Mandul" sambung Eunha sebelum tersenyum tawar.
"Eun... "
"Betul lah kan, Chae? Aku sebenarnya memang tak boleh nak mengandung. Everytime aku pergi hospital, jawapan yang sama je aku asyik dengar. 'Ada masalah', 'tak dapat nak jamin'. Tapi actually, jawapan yang betul is aku man--"
"Tak lah, Eun. Kau janganlah fikir macam tu. Kan doktor dah cakap yang kau cuma ada masalah yang still unknown--"
"Chae, siapa je tergamak nak cakap dekat seseorang tu mandul? Kalau aku sendiri pun tak sampai hati, Chae" tukas Eunha sebelum mengulum senyuman kelat.
Chaeyeon melepaskan keluhan panjang. Tangannya naik memegang bahu Eunha.
"Look, Eun. Aku bukan doktor nak jamin apa-apa, aku bukan tuhan nak kurniakan rezeki dekat kau. Tapi, aku still akan harapkan yang terbaik untuk kau, Eun" ujar Chaeyeon lembut sambil menatap redup wajah Eunha. Tangannya menggosok lembut bahu Eunha.
"Selagi kita boleh positif, kita positif dulu, Eun. Instead of kau asyik fikir yang buruk, why not kau fikir sebab yang terbaik di sebalik benda ni. Kau tak dikurniakan anak hampir 6 tahun tak bermaksud yang kau terus mandul, Eun. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kau, "
"--Mungkin dia tak takdirkan kau untuk ada anak 6 tahun lepas tu sebab mungkin ada sesuatu yang akan memudaratkan kau. Kita tak tahu"
"Apapun, jangan putus harapan, Eun. Mana tahu,tahun yang akan datang, kau finally dapat rezeki anak?" -Chaeyeon
UMMMMMMM
BAPAK PANJANG CHAP KALI NI BSKKRJRKEOER
4K WORDS KAUU
EM EM
DAH TU STILL TANAK VOTE KE?
PEWNAD TAU AI TYPE PNJG II
AKU NI TYPE SIANG PETANG PAGI MALAM MAGHRIB ISYAK-
Hm
Oh yea,
HAMBAR KE SIA NATANG FF NI
aku rasa mcm hmbr je ;-;
HA MULALAH SAITON BERBISIK SURUH UNPUB FF NI-
eh tak bukan saiton. Sian dia kena tuduh.
OTAK AKU LAH NI PUSH AKU HA
hm smua kau salahkan-
Apapun maaf ye aku dh cuba nk update chap ni sehari lps aku apdet chap 3 tu, tapi since chap ni tiber jadi pnjg nk mampos, so aku pun kemengantukan menaipnya-
Next chap aku cuba daily apdet ye!
Thanks to those yg still vote ff ni💙
Yg silent readers tu, bolehla slow ii tekan natang Bintang tu ye😊. Once kau tekan, kau akan berasa seperti berada di awang-awangan
Tibah
DAH LA GERUCK LUH
ONLINE CLASS MENUNGGU SKSKSKSKSK
ANYWAY STAY SAFE EBELIWANN💙💙
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro