Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷01

AAAAA FINALLY MINYU PEMALAS NI UPDATE JUGAK KAN?

YE SHILA VOMMENTT

NO TARGET. TANAK FRUST

HAHAHAHAHA

HAPPY READING 💙
























"Mummy!"

Seorang budak perempuan berumur 5 tahun memanggil girang figura perempuan yang sedang berdiri di luar pagar bangunan pra-sekolah Daewon itu. Budak yang berambut tocang dua itu berlari riang ke arah perempuan yang dipanggilnya 'Mummy' itu. Seterusnya, langsung dipeluk tubuh perempuan itu.

"Aigoo, jangan lari, sayang. Jatuh nanti ha" tutur perempuan itu lembut  tatkala pinggangnya dipeluk budak perempuan comel itu. Sambil itu dia mengusap lembut rambut kanak-kanak perempuan itu.

"Mianhae~" balas budak perempuan itu dengan sengihan sambil mendongak memandang wajah sempurna perempuan yang dipeluknya itu.

"Yeon cuma teruja je bila mama yang datang jemput Yeon." sambung budak perempuan yang menggelar dirinya 'Yeon' itu sambil tersengih-sengih

Yeon. Atau lebih tepat, Mi Yeon, nama penuh kanak-kanak ceria dan riang itu. Juga, manjanya terlebih bila dengan mummy nya itu.

Si 'Mummy' itu langsung berdecit dek jawapan yang diberikan kanak-kanak girang itu. Dia tersenyum kecil.

"Happy nya dia bila Mummy dia yang jemput ye?"

Suara seorang perempuan datangnya dari belakang Mi Yeon, serentak membuatkan dua figura itu memandang gerangan itu. Mi Yeon yang tadinya tidak lepas memeluk pinggang Mummy nya itu langsung meleraikannya dan menoleh.

"Anyeonghaseyo" sapa perempuan itu serta-merta kepada gerangan yang menegur mesra itu. Senyuman juga tidak lupa bagi menghiasi bibirnya.

Gerangan itu merupakan guru di pra-sekolah Daewon itu. Warga di pra-sekolah itu semuanya memanggilnya Cikgu Yena. Ramah dan mesra orangnya.

"Ne, anyeonghaseyo" balas cikgu Yena itu mesra seraya menundukkan sedikit kepalanya.

"Cik Eunha jemput Mi Yeon hari ni pulak ye?" soal cikgu Yena seraya mengusutkan ringkas rambut kanak-kanak 5 tahun itu. Dia kemudiannya memandang perempuan yang dipanggilnya 'Eunha' itu.

Ya. Eunha. Atau lebih terperinci, Jeon Eunha. Perempuan yang seraya tadi bersama Mi Yeon dan guru pra-sekolah itu.

Eunha mengulum senyuman. Dia mengangguk kecil.

"Ala, kan saya dah cakap hari tu. cikgu tak perlulah panggil saya 'cik'--"

"Nak gunakan panggilan 'puan' dekat awak ni terlalu susah la untuk saya. Rasa macam tak sesuai tau" tukas cikgu lingkungan 28 tahun itu sebelum tergelak kecil.

Eunha turut tertawa halus. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Apa pulak tak sesuainya? Saya rasa saya dah cukup layak ha nak dipanggil 'puan' tau. Lepas ni cikgu dah kena biasakan ye" seloroh Eunha dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Cikgu Yena berdecit kecil. Dia mengangguk perlahan.

"Ah, ye. Hari ni sayalah yang kena jemput budak ni balik. Papa dia busy dekat office." jelas Eunha sambil tersenyum buat Mi Yeon yang sedang mendongak memandangnya itu.

"Ah, keuraekuna. Tapi, tak apalah kan? Papa dia busy, mummy dia boleh gantikan daily routine si papa tu. Lagipun, nampak macam dia lagi happy je bila mummy dia yang datang jemput ni?" ujar cikgu Yena mesra sambil memandang Mi Yeon yang sedang berdiri di sebelah Eunha itu.

keuraekuna= i see

"Eoh! Kalau mummy yang jemput, boleh pergi jalan-jalan dulu! Best! Tapi kalau dengan papa, mesti kena terus balik. Bosan" seloroh Mi Yeon bersungguh-sungguh sebelum mengakhiri ayatnya dengan keluhan dan cebikan bibir.

Eunha memandang sekilas kanak-kanak perempuan itu sebelum tertawa kecil. Cikgu Yena juga tergelak dek respon yang diberikan kanak-kanak itu.

"Ha dah-dah. Jom kita balik. Say bye-bye dulu dekat cikgu" tutur Eunha kepada Mi Yeon.

"Bye bye, cikgu! Esok Mi Yeon datang sekolah lagi eaa~" ucap Mi Yeon meleret dengan nada semulajadi comelnya itu sambil melambai tangannya buat gurunya itu.

Eunha tersenyum kecil melihat gelagat budak perempuan 5 tahun itu sebelum dia ukirkan senyuman lebar buat cikgu lewat 30 an itu. Kemudian, mereka langsung beredar dari perkarangan pra-sekolah itu.

"Mummy, mummy,mummy!" panggil Mi Yeon riang sambil menarik-narik tangan Eunha yang digenggamnya itu.

"Ye, ye. Wae?" sahut Eunha seraya memandang Mi Yeon yang terlihat teruja itu.

"Apa kata kan mummy,"

"Eoh"

"--kita pergi makan aiskrim!" sambung Mi Yeon dengan agak lantang dek keterujaannya yang membuak-buak itu.

"Eh, kan papa suruh Yeon balik rumah terus? nanti papa marah mummy macam mana?" tukas Eunha sambil mencebikkan bibirnya, sengaja menayang wajah sedih buat kanak-kanak itu.

"Yeon marah papa balik!" respon Mi Yeon dengan yakin dan gahnya.

Eunha langsung tergelak kecil dek jawapan yang diberikan Mi Yeon itu.

"Eoh, mummy eoh? Kita pergi makan aiskrim, eoh? Boleh la mummyyy. Boleh laaa, boleh laaa" pujuk Mi Yeon bersungguh-sungguh sambil menggoyang-goyang lengan Eunha.

Eunha tidak memberi respon. Sengaja dia berdiri kaku di kawasan pejalan kaki itu. Tangannya naik mengusap dagunya, berlagak berfikir masak-masak. Dan, sengaja juga dia mahu mengusik budak perempuan itu.

"Ala mummyyy, pleaseeeee. Dah lama Yeon tak makan aiskrim mint choco tu tauu. Boleh la mummyyy" pujuk Mi Yeon lagi sambil setia menggoncang lengan Eunha berkali-kali.

"Deal eh kalau papa marah mummy, Yeon akan marah balik?" ujar Eunha sambil merenung wajah comel kanak-kanak perempuan itu.

"Eoh!" balasnya tanpa teragak-agak.

"Okey, kajja"

"Yeyyy! Saaaaayang mummy!"




【 BBP S2:TRUST】
»01



    

"Yeobuseyo?"

"Eoh,"

Eunha menurunkan telefon pintarnya dari telinga lalu menghulurkan pada Mi Yeon yang sedang berselera melantak aiskrim kegemarannya di hadapannya itu.

"Nah, cakap dengan papa" tutur Eunha agak perlahan sambil tangannya setia menghulur telefonnya itu pada budak perempuan itu.

Mi Yeon pula langsung meletakkan sudu yang digunakan untuk mencedok aiskrim itu ke dalam mangkuk. Kemudian, dia lantas menyambut huluran telefon milik Eunha itu lalu dilekapkan di telinganya.

"Hello, papaaa. Yeon ni!"

"Eoh, Mi Yeon~ Dah sampai rumah ke belum tu?"

"Belum. Yeon tengah makan aiskrim dengan mummy. Hehehe"

"Eh, budak bertuah ni. Papa dah suruh balik rumah terus kan? Ini yang malas ni suruh mummy yang ambilkan Yeon, tahu?"

"Wek, siapa suruh papa minta mummy yang ambilkan~"

"Eh pandai pulak menjawab budak ni. Cepuk kang"

"Ehehehehe. Tapi kan papa, best tau bila mummy yang ambil Yeon! Boleh jalan-jalan situ, jalan-jalan sini. "

"Ah, dengan papa tak best ke?"

"Tak!"

"Alahai, jujur pulak anak aku ni"

"Okey la, papa. Bye bye! Yeon nak sambung makan aiskrim~ lepas ni nak pergi jalan-jalan dengan mummy dalam mall ni pulak~"

"Iye?"

"Iyelah~"

"Hah, semoga berjayalah bila Yeon jejak kaki dekat rumah nanti, okey?"

"Eoh? Waeyo?"

"Yelah. Semoga berjaya hadap mama nanti dekat rumah. Papa tak nak tolong~"

"Eh, papa--"

"Tak tahu, tak tahu"

"Aaaaaa, mummy! Tengok papaaa!" rengek Mi Yeon seraya menurunkan telefonnya dari telinga lalu dihulurkan pada Eunha yang sedang tersenyum itu. Dia menarik muncung panjang.

Eunha menyambut huluran telefon itu lalu gilirannya pula melekapkan objek itu di telinganya. Panggilannya bersama si 'papa' itu masih tidak terputus. Kedengaran suara tawa lelaki itu di hujung talian.

"Awak ni, Mingyu. Tak baiklah. Dah muncung sedepa dah dia ha"

"Biar dia. Mengada sangat tu ha"

"Hahahaha, saya okey je lah bawa Yeon pergi makan aiskrim ni ha. Saya bukannya ada apa-apa hal pun"

"Yelah. Tapi, tak payah melayan sangat budak tu. Makin mengadaaa lagi la dia bila dengan kau"

"Yelah. Sebelum pukul 5, baliklah anak awak yang mengada seorang ni. Jangan risaulah"

"Araso. Gumawo"

"Eoh"

beep.

Talian diputuskan Eunha. Dia tersenyum kecil seraya meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Wajah budak perempuan 5 tahun yang sedang khusyuk menjamah aiskrim di hadapannya itu ditatap Eunha.

Mi Yeon. Atau lebih tepat, Kim Mi Yeon, merupakan anak perempuan kepada Mingyu dan Chaeyeon. Satu-satunya budak perempuan yang membuat Eunha berasa seolah seorang ibu kepada kanak-kanak itu. Walaupun hakikatnya, dia hanyalah seorang kawan kepada ibu dan bapa budak perempuan itu.

Walaupun dia masih tidak dikurniakan cahaya mata, sekurang-kurangnya kehadiran Kim Mi Yeon cukup membuatkannya rasa bagaimana dipanggil dengan panggilan ibu oleh budak itu.

Walaupun kadangkala, rasa sedih dan sayu itu ada bila memikirkan tentang situasinya yang boleh dikatakan hilang harapan soal kehadiran seorang anak dalam kehidupan rumah tangganya selama hampir 5 tahun itu. Kadangkala dia terfikir, adakah dia memang ditakdirkan untuk tidak dapat merasai bagaimana menjadi seorang ibu kepada anaknya sendiri? Darah dagingnya sendiri?

"Mummy?" panggil Mi Yeon polos sambil melambai perlahan tangan kecilnya di hadapan wajah Eunha yang kelihatan kaku itu.

Eunha yang tadinya mengelamun itu langsung tersedar ke realiti. Dia memandang wajah comel Mi Yeon. Satu senyuman nipis terukir.

Walau betapa luluh hatinya bila memikirkan tentang nasibnya itu, sekurang-kurangnya hatinya mampu dirawat disebabkan kanak-kanak perempuan di hadapannya ini. Kim Mi Yeon. Kanak-kanak ini terlalu berharga dan bernilai baginya. Sayangnya pada kanak-kanak itu sangat tak terkira. Seolah dia menyayangi darah dagingnya sendiri.

"Eoh, wae?" sahut Eunha lembut sambil tersenyum. Sambil itu dia mengelap comot aiskrim di bawah bibir Mi Yeon menggunakan tisu.

"Tadi mummy cakap dekat papa nak hantar Yeon balik sebelum pukul 5 kan?" soal Mi Yeon sambil matanya bulat-bulat memandang wajah Eunha.

"Eoh" balas Eunha ringkas.

"Kalau macam tu, Yeon nak pergi rumah mummy!" seloroh Mi Yeon teruja dengan matanya yang bersinar-sinar.

--walaupun selalunya budak perempuan 5 tahun itu nakal dan mengadanya itu lain macam yang kadangnya terasa seperti mahu mengikatnya di mana-mana batang pokok dalam hutan-




【 BBP S2:TRUST】
»01


"Waaahhh, dah lama tak datang rumah mummy!" sorak Mi Yeon teruja tatkala dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat, kediaman Eunha dan Jungkook.

Eunha yang sedang menutup pintu utama rumah itu langsung berdecit dek sorakan Mi Yeon itu. Macamlah kali terakhir dia berkunjung ke rumah ini setahun yang lepas. Dia baru saja datang dengan mama papanya itu minggu lepas.

"Mummy, Yeon lapar lah~" rungut Mi Yeon yang sedang bersandar pada sofa di ruang tamu itu sambil mengusap perutnya. Bibirnya dicebik.

"Lah, tadi kenapa tak bagitahu mummy? Yeon nak makan apa?" soal Eunha sambil berjalan menghampiri Mi Yeon. Telefon pintar di tangannya itu diletakkan di atas meja.

"Rumah mummy ada makanan ringan--"

"No snacks. Makanan lain,Kim Mi Yeon?" tukas Eunha serta-merta sambil mengukir senyuman yang membawa seribu maksud membunuh itu-

"Eo-Eoh. Aniyoo. Yeon bukan maksudkan snek la, mummy. Yeon...maksudkan buah. Ye, buah! Buah kan ringan?" balas Mi Yeon yang jelas-jelas berdalih itu akibat terkesan dengan senyuman sang mummy nya itu.

Eunha mengecilkan matanya, merenung wajah budak perempuan itu sebelum berdecit perlahan.

"Araso. Tunggu sini. Mummy pergi ambilkan" pamit Eunha sebelum menghayun langkahnya menuju dapur.

Mi Yeon pula langsung melepaskan keluhan lega. Dia menggosok-gosok dadanya dengan wajah agak cuak itu.

Tzzt! Tzzt! Tzzt!

"Eoh?"

Mi Yeon langsung melompat turun dari sofa yang didudukinya itu lalu menghampiri meja berlapis kaca di antara dua sofa di hadapannya itu apabila telefon milik Eunha berdering secara getaran.

Mi Yeon menilik nama yang terpapar di skrin telefon itu. Lambat-lambat dia membaca sambil mengeja nama pendail itu.

"Min...Gyu. Ah, Mingyu. Siapa ye?" gumam Mi Yeon polos sambil merenung skrin telefon itu dengan dahi berkerut.

"Kenapa macam pernah dengar ye nama ni? Macam nama seseorang lah" omel Mi Yeon sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Siapa eh? Betul-betul macam pernah dengar lah. Macam nama papa-- EH YE LAH, NAMA PAPAAA"

Dek dirinya yang teruja kerana baru dapat mengingati nama ayahnya sendiri itu, langsung jarinya menekan punat hijau yang terpapar di skrin itu.

"Eun--"

"Yeobuseyooo~"

"Yah, Kim Mi Yeon!"

"Ah, mamaaaa. Sakitlah telinga Yeonnnn macam niii"

"Hah, Yeon balik nanti, bukan telinga je sakit tau, telinga tu mama cabut buang terus"

"E-Eh, mama ja-jangan la macam tu. Nanti macam mana Yeon nak mendengar?"

"Ada telinga pun tak nak dengar cakap mama. Baik buang je"

"Eh mana ade-"

"Mengada ye! Dah pergi makan aiskrim dengan mummy, shopping dengan mummy, lepas tu pergi rumah mummy pulak? Siapa ajar jadi mengada macam ni hah?!"

"Papa"

"YAH, APA PULAK PAPA--"

"Duduk rumah mummy baik-baik. Mama datang nanti, siap kamu eh. Mama piat piatttt telinga--"

"OKEY BABAI, MAMA"

Beep!

Sepantas kilat Mi Yeon mematikan panggilannya dengan mamanya ft papanya itu-

"Habis la kau, Kim Mi Yeon~" omel Mi Yeon sambil menekup kedua-dua pipinya. Dia menjuihkan bibirnya.

Ding Dong!

"Ommo! Takkanlah mama dah sampai?" soal Mi Yeon sendiri dengan matanya yang membulat besar. Badannya juga langsung menegak.

"Yeon, tolong bukakan pintu kejap!" laung Eunha dari arah dapur dengan lantang.

"Eo-eoh, arasoyo!" balas Mi Yeon teragak-agak turut lantang juga. Dia mengemam bibirnya sebelum berdiri. Kemudian, perlahan-lahan dia berjalan menghampiri pintu utama.

"Tolonglah bukan mama. Yeon sayang telinga Yeon. Yeon sayang sangat. Tolonglah bukan mamaaa" gumam Mi Yeon yang sangat terdesak dengan berdoa sambil berjalan menghampiri pintu itu.

Dia kemudiannya memegang gagang pintu lalu dengan mata yang tertutup dia membuka pintu yang jauh lebih tinggi darinya itu.

 "Mi Yeon?"

Suara garau yang menyapa telinga Mi Yeon itu langsung membuat dahinya berkerut sedikit.

Sejak bila suara mama jadi garau ni?

Mi Yeon perlahan-lahan mencelikkan sebelah matanya bagi melihat gerangan di hadapannya itu. Dia sedikit mendongak memandangkan apa yang dilihatnya sebaik saja membuka mata tadi adalah kot hitam semata-mata.

Jeon Jungkook.

Lihat saja gerangan itu, serta-merta ekspresi wajahnya yang bingung bercampur cuak tadi itu berubah kepada teruja.

"Daddy!" panggilnya riang seraya langsung memeluk tubuh Jungkook. Jungkook tergelak kecil sebelum tangannya naik mengusap ringkas rambut kanak-kanak perempuan itu.

"Daddy, dah lama tau Yeon tak jumpa daddy!" tutur Mi Yeon berbaur kecewa itu sambil mencebikkan bibirnya buat Jungkook.

Kali ini, dia betul-betul maksudkan bahwa dia memang lama tidak berjumpa lelaki di hadapannya itu. Maklumlah, ketika dia berkunjung ke rumah ini minggu lepas, Jungkook sedang berada di luar negeri. Jadi, hampir sebulan juga dia tidak bersua muka dengan daddy nya itu.

Jungkook tersenyum kecil. Dia mengusutkan rambut Mi Yeon sekilas.

"Rindu daddy ke?" soal Jungkook dengan kening yang terangkat sebelah sambil membongkokkan tubuhnya.

"Ye, rindu la! Lama tau Yeon tak tengok muka daddy haa" respon Mi Yeon berbaur rengekan itu. Jungkook tersenyum kecil.

"Araso. Nanti kita main Lego sama-sama lagi, eoh?" ujar Jungkook berbunyi pujukan itu sambil memandang Mi Yeon.

"Okeyyy! Yeon pergi ambil Lego dulu lah macam tu!" seloroh Mi Yeon teruja sebelum berlari anak menuju ke arah satu bilik yang berada di aras bawah itu.

Jungkook yang melihat gelagat budak perempuan 5 tahun itu hanya tersenyum kecil.

"Awal pulak awak balik hari ni" tegur Eunha setelah meletakkan mangkuk yang berisi buah-buahan potong yang dibuat salad buah itu ke atas meja. Kemudian, dia berjalan menghampiri Jungkook.

"Eoh, hari ni kerja tak banyak sangat dekat office. Banyak schedules yang cancel." jelas Jungkook sambil melonggarkan tali leher yang mencekik lehernya itu. Sambil itu dia memandang Eunha yang berjalan ke arahnya itu.

Eunha hanya mengangguk kecil. Sambil itu dia membantu Jungkook menanggalkan kotnya lalu pakaian itu dipegangnya.

"Awak dah makan?" soal Eunha sambil memandang wajah sempurna suaminya itu.

"Eoh, dah makan tadi dekat office." respon Jungkook dengan senyuman kecil. Eunha sekadar menganggukkan kepalanya.

"Sayang dah makan?" soal Jungkook pula seraya merangkul bahu Eunha. Eunha mendongak sedikit memandang lelaki itu sebelum menganggukkan kepalanya.

"Dah. Makan dengan budak Mi Yeon tu ha" balas Eunha sebelum tersenyum kecil.

"Daddy, Yeon dah jumpa semua jenis Lego dalam bilik tu! Jom main!" ajak Mi Yeon teruja yang sedang berlari anak ke arah mereka dengan berbeg-beg yang berisi lego dalam dakapannya itu.

Jungkook langsung tergelak kecil tatkala melihat telatah budak perempuan itu. Dia menganggukkan kepalanya tanda menerima ajakan Mi Yeon itu. Serentak dengan itu, dia meleraikan rangkulannya pada bahu Eunha dan berjalan ke arah Mi Yeon yang tergopoh-gapah membawa mainan Legonya itu ke meja di ruang tamu itu.

"Apa ni banyak sangat Lego Yeon bawa keluar ni? Nanti siapa nak kemas balik?" soal Jungkook seraya melabuhkan di atas lantai, duduk berhadapan dengan Mi Yeon di antara meja itu.

"Yeon lah!" balas Mi Yeon dengan yakin tanpa teragak-agak.

Jungkook berdecit perlahan.

"Ye ye je dia yang nak kemas nanti" sindir Jungkook meleret sebelum mencuit pipi kanak-kanak perempuan itu.

"Betul lah Yeon nak kemas nanti. Daddy nii!" tukas Mi Yeon sebal sebelum menjeling Jungkook di hadapannya itu. Jungkook tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Araso, araso"

Manakala, Eunha yang kini sedang duduk di atas sofa yang terletak di belakang Jungkook itu sudah tersenyum kecil melihat gelagat dua orang itu.

"Kita buat yang kereta ni, daddy"

"Senang sangatlah. Yang lain lah"

"Alaaa, yang kereta lahh"

"Yang kereta tu kan kita dah pernah buat hari tu"

"Alaaa tak apalahhh. Yang kereta best. Ada tayar diaa"

"Mana ada. Hilang"

"Alaa daddyyy!"

"Lah, betul lah hilang. Tak ada ni ha. Cuba Yeon--"

"Daddy sorokkkk!"

"Eh,mana ada"

"Adaaaa. Daddy sorokk. Mummyyy tengok daddyyy!"

"Okey, okey. Kita buat kereta. Lepas tu,  kita buat yang ni pulak eh" tutur Jungkook yang akhirnya mengalah sambil menunjuk satu plan pembinaan lego itu.

"Okey!" balas Mi Yeon akur dengan riang. Kemudian, dia mula menuang kepingan-kepingan lego itu ke atas meja.

"Okey, cari yang jenis macam ni" arah Jungkook sambil menunjuk jenis kepingan lego yang diperlukan.

"Arasooo" balas Mi Yeon dan mula mencari-cari kepingan lego yang dikehendaki dalam timbunan kepingan lego yang lain itu.

"Jumpa!"

"Okey, pasang cepat"

Eunha yang dari tadi cuma menjadi pemerhati, tak dapat berhenti tersenyum sepanjang melihat Jungkook dan Mi Yeon itu bermain Lego bersama itu.

Selalunya beginilah keadaannya bila dua orang manusia itu bermain Lego bersama. Pasti perlu berperang mulut dulu, pasti si Jungkook itu perlu mengusik budak itu dulu, barulah mereka kembali aman.

"Tayar kereta ada 4 je, sayaaang" tutur Jungkook kepada Mi Yeon yang dengan yakinnya cuba meletakkan tayar kelima pada kereta yang dibinanya itu. Dia tergelak kecil melihat kepolosan budak 5 tahun itu.

Eunha juga tidak terlepas dari geli hati disebabkan Mi Yeon itu. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Seterusnya, dia memandang Jungkook  yang banyak ketawa hasil dari telatah Mi Yeon itu. Eunha tersenyum nipis.

Terbit rasa bersalah di hatinya setiap kali melihat lelaki itu tertawa geli hati  ketika bersama Mi Yeon itu. Atau lebih tepat, ketika Jungkook bermesra sakan dengan budak perempuan itu. Bukan sehari dua dia menjadi saksi kemesraan dua figura itu, hampir 3 tahun. Hampir 3 tahun dia melihat betapa akrabnya dua orang itu.

"Jungkook," panggil Eunha yang sedikit sebanyak telah menganggu sesi penciptaan kenderaan antara suaminya dengan Mi Yeon itu.

Jungkook menoleh memandang Eunha di belakang. Kening diangkat sebelah.

"Hm?"

Eunha menepuk ruang di sebelahnya itu sebelum bersuara.

"Duduk sini jap. Nak cakap something" tutur Eunha ringkas sebelum tersenyum kecil.

"Yeon, Yeon kerja seorang dulu kejap eh? Mummy nak cakap dengan daddy kejap. " tutur Eunha kepada Mi Yeon yang khusyuk memasang segala kepingan mainan Legonya itu.

"Okey!" balasnya akur. Eunha tersenyum kecil.

Jungkook yang agak terkebil-kebil itu hanya bangun dan melabuhkan punggungnya di sebelah Eunha. Dia memandang Eunha bingung.

"Wae?" soal Jungkook sambil memandang Eunha.

"Mian" ucap Eunha perlahan sambil matanya lurus memandang Mi Yeon yang sedang memasang mainan Lego itu.

"Hm? Untuk?" soal Jungkook bingung.

Eunha memusingkan badannya menghadap Jungkook. Wajah terpinga-pinga lelaki itu ditatapnya.

"Ye la, sebab saya, awak tak dapat rasa macam mana rasanya jadi seorang ayah" respon Eunha sebelum mengemam bibirnya. Dia gagahkan jua untuk ukir senyuman nipis.

"Hey, not this again," balas Jungkook lembut dengan nada agak kesal. Matanya redup memandang wajah muram Eunha.

"Mesti awak menyesal kan? Orang sekeliling awak yang dah berumah-tangga, even lewat dari kita, semuanya dah ada family kecil sendiri. Tapi, kita?" tutur Eunha dengan nada agak bergetar sambil mengamati wajah Jungkook.

"Tak, sikit pun saya tak menyesal. Langsung tak. Instead, saya lebih bersyukur yang Jung Eunha wujud dalam hidup saya sampai sekarang,"

"Also, kehadiran sayang dalam hidup saya, dah lebih dari cukup untuk lengkapkan hidup suami sayang ni tau? Then, macam mana nak rasa menyesal tu, hm?" -Jeon Jungkook

YA TUHANNNN FINALLYYY

SETELAH BERGOLEK-GOLEK, TARIK RAMBUT SENDIRI, JERIT SENGSORANG DALAM BILIK, TUMBUK BANTAL, AKHIRNYA AKU BERJAYA JUGAK HABISKAN SESI MENAIP CHAPTER 1 NI-

HALAHAIII SEKSA NAU NAK TYPE CHAP 1 JE

3K WORDS FOR FIRST CHAP GAESS

YA ALLAH, AKU TAK TAHU PULAK BOLEH SEPANJANG NI HAAA

SESUNGGUHNYA SBLM NI AKU DH FIKIR MUNGKIN PALING PNJG CHAP FIRST NI AROUND 1.5K WORDS JE

HAH KAU SEKALI 3K WORDS-

MENDE LA AKU MERAPU DKT ATAS TU KANN EM EM

AKU HARAP TAK BOSAN DAN HAMBAR LAH YEEE

BOSAN KE? :')

ALSO, SILA BIASAKAN MATA ANDA UTK TGK JUNGKOOK BAHASAKAN DIRI DIA SEBAGAI 'SAYA' YE-

AKU BOLEH MATI KE-CRINGE-AN KALAU BUAT DIA BAHASAKAN DIRI DIA AS OPPA OR ABANG-

OMAGAD AKU RASA NAK GIGIT SELIMUT-

YE JGN NK COMPLAIN,CONDEMN, BYK SONGEH PASAL PANGGILAN YG AKU LETAK TU YE. CEKIK KANG

APAPUN, SORRY SBB ALMOST A WEEK JUGAK AKU BIARKAN FF NI SENDU DGN PROLOG SEMATA-MATA

SESUNGGUHNYA AKU ANXIETY NAK TYPE DAN PUB CHAP UTK FF NI :")

Yelah, aku takut aku tak boleh habiskan ff ni and berhenti separuh jalan em em

Doa-doakan la bagi idea be nice dgn aku hiks

Aku cuma ada idea konflik je ni HAHAHAHAHA

Hm

K PAHAL AKU BEBEL PNJG JUGAK DKT SINI

EM TU JE LAH

TERIMA KASIH BACA DAN VOTE DAN COMMENT

AKU SAYANG KORANG HUEHUEHUE💙💙💙

BUBYE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro