Part 18
-JINHEE'S POV-
Aku dan Taehyung yang jalan beriringan ke sekolah mulai pelik apabila ke semua pelajar memerhatikan kami berdua.
Ada yang berbisik, ada yang menuding jari. Apa kes diorang bawang pepagi ni. Hm..pelik? something is fishy here.
Aku lihat reaksi Taehyung juga keliru dengan situasi sekarang.
"Tae, ada apa apa berlaku ke?" soal aku. Taehyung sekadar mengangkat bahu. Melihatkan reaksi muka dia, aku tahu dia malas layan.
Kami berdua pun cuba mengabaikan pandangan mereka semua dan terus menuju ke bahagian loker.
Langkah aku dan Taehyung terhenti apabila ternampak Eunbi dan Jaehyun yang menyandarkan badan mereka ke loker kami berdua. WHUT.
"Bla lah." ujar Taehyung, geram. Jaehyun dan Eunbi tergelak jahat. Aku tak tahu apa jadi dengan Eunbi. Dia seakan berubah?
"Kenapa Jinhee? Pelik ke tengok aku berubah macam ni?" soal Eunbi dengan sinis. Dia mendekati aku lalu memeluk tubuhnya. Apa..
Eunbi pun dah tak bercakap seperti dulu, iaitu 'saya-awak' dengan aku. I wonder what happened to her?
"Eunbi? Kenapa dengan kau? Tiba tiba berubah macam ni..?" tanya aku, seakan kecewa. Eunbi tergelak jahat.
"Kau tak sedar ke yang kau dah khianat kawan kau sendiri?" Dahi aku kerutkan, sejak..bila aku macam tu?
"Apa maksud kau, Eunbi? a-aku tak faham.." Taehyung yang memerhatikan kami berdua dari tadi terus berdiri berdekatan dengan aku.
"Heh, look at your new boyfriend. Protective nampak?" perliannya membuatkan aku dan Taehyung terkejut.
"Apa kau merepek hah, perempuan?!" marah Taehyung, dia hampir ingin memukul Eunbi. Namun, tangan dia sempat aku tahan. Eunbi pula ditarik Jaehyun.
"Korang tak tahu ke? Video korang tersebar.." aku dan Taehyung saling berpandangan. Eunbi yang menghulurkan smartphone nya terus Taehyung rampas.
Jari telunjuk aku menekan skrin smartphone nya supaya video tersebut dimainkan.
Apa..semua ni?
"Kenapa? Terkejut?" soalan Jaehyun membuatkan Taehyung menggenggam penumbuknya dengan erat. Aku menelan air liur. Sabar, Tae!
"Perangai menyetan korang memang tak boleh dipisahkan dalam diri, kan?" Taehyung tersengih jahat. Jaehyun dan Eunbi mengetap bibir.
"Sebab tu masing masing otak cetek, pandai pandai je sebar fitnah ni!" marah Taehyung sebelum beredar. Aku pula berlari anak mengejar dia.
"Taehyung, janganlah marah macam ni." kata aku dengan nada takut. Taehyung menghela nafas berat, cuba bertenang.
"Aku bukannya apalah, tapi benda ni boleh buatkan pergaduhan kau dengan Jungkook makin rumit, tau tak?" luah Taehyung.
"Takpelah, Taehyung-ah. Nanti nanti aku boleh cuba selesaikan benda ni." Taehyung naik geram.
"Aku tak kira, balik sekolah ni aku nak face to face dengan si Jengkuk tu!" ujar Taehyung. Mulut aku melopong. Biar betik?!
"Kau bergurau, an?" Taehyung menggeleng. Aduh, aku pula yang takut.
"Kau jangan risau, aku akan cakap dengan dia." Terpaksalah aku relakan keputusan Taehyung. Niat dia dah baik, takkan aku nak tolak?
"Dah, jom masuk kelas."
*******
Pada waktu rehat, aku dengan Taehyung pergi ke cafe. Walaupun kaki aku dah okay, Taehyung tetap berdegil nak ambilkan makanan aku.
Haih, maka tertinggal seorang yeoja yang kesepian di sini iaitu aku. Aku melihat keadaan sekeliling, semua nampak bahagia. Dengan kawan, pasangan hm.
"Weyh Jinhee!" terkejut aku apabila seseorang duduk di hadapan aku. Kim Yugyeom?
"Aish, kau ni. Terkejut aku!" marah aku. Yugyeom tersengih. Eh dia ni, aku pang karang!
"Kau okay tak?" soalnya risau. Riak wajah aku berubah sedih serta merta. Aku hanya menggeleng.
"Aku cuma nak kau explain apa jadi-"
"Biar aku cerita semua." celah Taehyung yang baru tiba.
Dia menghulurkan dulang yang berisi makanan kepada aku dan mengambil tempat duduk di sebelah Yugyeom.
Maka, Taehyung mula bercerita apa jadi daripada mula sehingga akhir. Satu informasi pun dia tak tinggal, sebab dia nak Yugyeom betul betul faham dan hadam apa jadi.
"Oh, jadi Eunbi buatkan video tu nampak macam korang ni.." Belum sempat Yugyeom menghabiskan kata kata, aku dan Taehyung mengangguk.
"Geureom, sebab tu aku samuk tadi!" marah Taehyung lagi. Yugyeom berfikir sejenak, lalu melihat ke arah meja Jungkook.
Aku dan Taehyung turut memandang ke arah yang sama. Kesian aku tengok Jungkook sendirian, macam diri dia yang dulu.
Namun, senyuman aku mati apabila ternampak Eunbi menuju ke meja Jungkook. Yugyeom dah mengeluh, Taehyung tak payah cakap. Dulang tu kalau boleh nak baling je.
"Ei, semak lah! Tau tak semak?!" Taehyung terus berpaling dan menjamah makanannya.
"Eh, Jungkook dah bla ah.." kata Yugyeom dengan perlahan. Aku menunduk ke bawah, manakala Taehyung melihat meja Jungkook.
"Aku rasa, kau jumpa dia malam ni lah. Dekat taman permainan kau jumpa Jinhee tu." cadang Yugyeom.
"Siapa? Aku, ke?" Tanyaku, inginkan kepastian. Yugyeom tergelak kecil.
"Kau berani ke?" Terus aku geleng, tak nak ah! Seram kau tau tak, seram?!
"Jadi, dah terang lagi bersuluh lah yang kena pergi tu.." Yugyeom merenung Taehyung dengan lama. Aku turut melihat wajah Taehyung yang keliru.
"Aku?" soal Taehyung, ragu ragu. Yugyeom mengangguk laju, yakin.
"Yep, malam ni tau!" Taehyung mengangguk faham.
Fuh moga malam ni semuanya berjalan lancar.
*******
-JUNGKOOK'S POV-
Pada waktu malam yang keheningan, aku kebosanan bermain ML daripada tadi. Itupun sebab aku dapat teammate yang tak beri kerjasama dan pengecut, haish!
Drrt~ Drrt~
Smartphone aku bergetar menandakan mesej masuk. Kadang kala aku berharap tu Jinhee tapi, takpelah. Aku dah tau tu Yugyeom.
---------------------------------------------------------
Yugyeom My Twin ><
Kook, lepak taman yuk malam ni!
Taman? Umur kau berapa duh ajak aku main?
Eleh, achlah kau!
Sedar sikit aku yang selalu teman kau dulu!
Hehehe, yela yela.
Haa datang tau!
---------------------------------------------------------
Hoodie yang tergantung di belakang pintu aku capai dan pakai. Kaki aku menuju ke pintu bilik untuk keluar.
Aku terus menuruni tangga dan keluar daripada rumah. Omma takde, dia lepak kedai mamak jumpa ahjumma Kim hm.
Kemudian, aku berjalan menuju ke taman permainan. Apabila tiba, aku terkejut apabila manusia yang hadir bukanlah Yugyeom tetapi Taehyung.
"Jungkook-" aku terus berpaling ke belakang, nak balik ke rumah. Taehyung tidak berputus asa, dia menghalang jalan aku.
"Tolonglah dengar apa aku nak cakap!" Aku mengetap bibir. Disebabkan aku malas berperang mulut, aku mendiamkan diri
-AUTHOR'S POV-
Flashback
Jinhee duduk bersendirian di taman permainan. Tanpa peneman, dia sibuk memikirkan masalah rumit yang dihadapi dengan Jungkook.
"Jinhee.." sapa satu suara. Jinhee yang tersedar daripada lamunannya terus mengangkat wajah. Kelihatan Taehyung tersenyum ceria ke arahnya.
"Mwohae?" Jinhee sekadar menggeleng, dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalahnya dengan jelas.
"Taehyung-ah." panggilan Jinhee membuatkan Taehyung menoleh ke arahnya. Taehyung terus mengambil tempat kosong di sebelah Jinhee.
"Boleh aku tanya sesuatu?" Taehyung menganggukkan kepalanya tanda setuju. Jinhee meletakkan kepalanya di bahu Taehyung.
"Kenapa kau tolong aku tadi? Aku risau apa yang Jungkook fikir nanti.." luahnya dengan nada sedih. Taehyung sekadar tersenyum.
"Kau kan kawan aku? kawan mestilah saling membantu." balas Taehyung. Jinhee menghela nafas berat.
"Aku bukanlah nak perasan ke apa, tapi kadang kala bila aku duduk dengan kau aku dapat rasa kau tak anggap aku sebagai kawan kau." Taehyung terdiam sambil gumam perlahan.
"Sebenarnya, aku sukakan kau." Jinhee yang menyandarkan kepala di bahu Taehyung dengan serta merta terbangun.
"Sabarlah, dengar apa aku cakap." Geram Taehyung dengan sifat Jinhee yang cepat menggelabah. Kadang nampak comel, kadang rasa naik menyampah pun ada.
"Aku suka kau, aku sayang kau tapi macam adik sendiri, faham tak?" Jinhee menggelengkan kepalanya dengan perlahan, kelirulah katakan.
"Aku tak tahulah kau perasan ke tak, tapi sebelum hadirnya Jungkook, aku berusaha jaga kau baik baik, tak nak tengok kau sakit walau sikit pun." terang Taehyung. Jinhee terdiam.
"Tapi bila ada Jungkook, aku rasa aku patut undur diri. Cumanya Jungkook tak kenal kau sangat, itu yang membuatkan aku masih perlu jaga kau." sambung Taehyung. Jinhee mengetap bibirnya.
"Kau ni clumsy tau! bila kau jatuh tadi, aku risau sangat tengok kau cedera. Lelagi bila aku sedar benda tu sebab aku." kata Taehyung. Air mata yang Jinhee tahan tadi akhirnya tumpah.
"Tae, terima kasih untuk segalanya." Taehyung mengangguk ceria. Badan Taehyung terus Jinhee peluk erat.
"Menangislah sepuasnya, Jinhee. Aku sentiasa ada untuk kau."
*******
miannnnn sesangat sebab post satu chap je rini, hm. vomment tauu! jangan risau esok ahjumma double update cam biasa hihi!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro