4 ; The beginning
- Pagi -
Baekhyun masuk kedalam kelas. Kelihatan tiada orang melainkan dia seorang. Sudah biasa dia pagi² datang awal ke kelas.
Baekhyun melabuhkan punggungnya keatas kerusi. Macam biasa dia meletakkan diari berwarna merah hitam diatas meja. Baekhyun mengeluarkan pen hitam dan membuka diari itu. Muka surat demi muka surat diselaknya.
Tiba sahaja muka surat yang kosong, Baekhyun mula meletakkan anak mata pen keatas muka surat itu dan mencoret sesuatu.
" Aku tak akan berhenti. Aku mahu semuanya padam. Jika aku puas baru aku berhenti. Sememangnya itu hobiku, memadam kesemuanya sehingga hilang. Hilang dari pandangan. Tetapi apakan daya, aku tak tenang. Sebab banyak yang perlu aku padam. Apa yang aku perlu buat? "
Coretan Baekhyun terhenti disitu. Digenggam pen nya erat. Kejadian dulu telah kembali meruangi(?) pandangannya.
-------------------
" Kau tak nak pergi sekolah ke, Mark? Kau ok tak? " Jimin duduk dibirai katil Mark. Mark masih berselimut. Ok bayangkan dia tutup seluruh badan dia guna selimut tu.
Mark hanya mendiamkan diri. Jimin mengeluh kecil.
" Oklah. Aku pergi dulu ehh? Jangan lupa kalau keluar, kunci pintu. Makanan aku dah siapkan. Aku pergi dulu ehh? " Jimin bangun dari duduknya. Dia meninggalkan Mark yang masih diselubungi selimbut.
" Mark kenapa hari ni? Semalam pun sama. Asyik diam je, dah tu asyik berselimut. Dia ok ke tak ? " omel Jimin sendiri.
Tetapi sebenarnya, Mark tiada didalam bilik itu. Dan yang berselimut itu bukan Mark, tapi bantal peluknya.
-------------------
" Hoi. Mana kawan kau tu? " Jaebum menepuk kuat meja Mark. Baekhyun yang sedang menulis disebelah hanya mengendahkan Jaebum. Jaebum jadi tidak puas hati kerana Baekhyun hanya buat tak tahu !
Lantas diari milik Baekhyun dirampas membuat Baekhyun terkejut. Automatik Baekhyun bangun dan cuba merampas balik diarinya yang Jaebum pegang. Dia takut. Dia takut kalau Jaebum membacanya.
" PULANGKAN DIARI AKU! " jerit Baekhyun. Semua disana terus melihat bercampur terkejut. Kerana apa? Ini baru kali pertama mereka mendengar suara Baekhyun. Menjerit lagi tu. Sebab masa first dia masuk sekolah tu, yang kenalkan dia dengan murid², cikgu sendiri . Dia langsung tak bercakap dari permulaan dia pindah kesini.
" Woah ~ Ada suara rupanya. Aku ingat kau bisu tak boleh bercakap!! " ejek Jaebum. Ahli GOT7 mengetawakan Baekhyun. Baekhyun tidak mengendahkan mereka. Yang dia mahu, diari itu!
" PULANGKAN DIARI AKU!! " Baekhyun mulai hilang sabar.
" Hah? Apa? Aku tak dengar la.. HAHAHHA " Jaebum seolah² mengejek Baekhyun lagi. Baekhyun mengetap bibirnya.
" Let me see your diary, loser! " Jaebum mengarah mereka( GOT7 ) memegang Baekhyun. Jaebum membuka diari itu dan...
" AKU TIADA KAWAN DISINI ! " Jaebum membaca dengan kuat. Muka Baekhyun mulai berubah. Matanya mula terpancar kemarahan.
" AKU KESEPIAN DISINI! " Jaebum membaca lagi.
" AKU RINDU DENGAN KE.... ERRKKKH! " kata kata Jaebum terhenti disitu kerana sekarang dia sedang sesak nafas. Sebab apa? Tangan Baekhyun sedang kuat menekan leher Jaebum. Buku diari Baekhyun terjatuh atas lantai. Macam mana tiba² Baekhyun cepat bertindak kearah Jaebum? Tadi Baekhyun meronta kuat sehingga terlepas dari pegangan Jr dan Youngjae. Kerana dia takut jika diari nya dibaca. Siapa nak buku diari sendiri dibaca oleh orang lain?
" JANGAN KAU CUBA BACA DIARI AKU!!! " marah Baekhyun . Wajahnya terpancar kebencian dan kemarahan yang meluap luap. Semua orang disana terkejut dengan tindakan Baekhyun. Pertama kali juga, nampak Baekhyun marah sehingga macam itu sekali.
" ERKKHH EEKHH.. " Jaebum tidak mampu bercakap kerana Baekhyun makin menekan kuat lehernya. Anak matanya sudah mula naik keatas. Ahli GOT7 berusaha menarik Baekhyun tetapi Baekhyun langsung tidak berganjak.
" Geumanhae, jeball!! " jerit Jackson sambil menarik² tangan Baekhyun. Entah kenapa Baekhyun terus tersedar dari perlakuannya. Perlahan² dia melepaskan tangannya dari leher Jaebum.
GOT7 terus meluru kearah Jaebum. Baekhyun pula terus mengutip buku diarinya dan terus berlari keluar dari kelas.
-------------------
Mark masuk kedalam bilik. Jaket hitamnya dibuka dan disangkutkan dibelakang pintu.
Beg plastik dicapainya. Mark membuka ikatan plastik itu dan mengambil satu botol ubat. Direnung lama ubat itu. Mark mengeluh kecil. Dia membuka penutup botol dan menuangkan beberapa pil dan ditelannya. Berserta air mineral diteguk perlahan.
" YAKK!! PALING MENYAMPAH KALAU MAKAN UBAT!! PAHIT! " protes Mark. Sebenarnya tu vitamin, tapi vitamin yang tak manis tu. Apakah nama vitamin tu, author sendiri lupa tapi pernah telan. Pahit -_- tak sedap.
-------------------
" ARGHH!! " dia terduduk diatas tanah sambil memegang perutnya. Lelaki itu batuk dan darah tempias ke atas tanah. Dipandangnya darah itu sambil muka nya sedang mengerang kesakitan.
" ARGH! " rambut lelaki itu ditarik kasar sehingga kepalanya terangkat keatas.
" Aku tak tahu kenapa dengan kau tadi. Berani juga kan kau lawan tadi. Siap cekik leher aku lagi. Hoi! Kau memang dah lama nak tempah keranda awal dengan aku ke, Byun Baekhyun? Hah? " Baekhyun tidak membuka mulut. Sebab sekarang dia sedang rasa sakit yang amat.
" Kenapa tak jawab? Bisu balik? Alaaa kesian. AAHAHAHHA " ejek Jaebum sambil ketawa. Ahli GOT7 turut mengetawakan Baekhyun. Jaebum menolak kasar kepala Baekhyun ketanah sehingga dahi Baekhyun mengenai batu yang sederhana besar. Darah mengalir keluar dari dahinya. Baekhyun mengerang kecil sambil terbatuk².
" Ini buku diari bodoh kau kan? Nah tengok ni! " Jaebum bertindak mengoyakkan buku diari itu dihadapan Baekhyun. Baekhyun ingin bangun untuk mengambil diarinya tetapi apakan daya, dia tersangat lemah akibat dibelasah teruk oleh GOT7 tadi.
" An.. Andw.. ae.. " kata Baekhyun tetapi suaranya tidak kedengaran.
" Nah ambik buku diari bodoh kau ni! " dibaling buku diari yang sudah koyak mengoyak itu kearah Baekhyun.
" Jom blah. " arah Jaebum. Mereka semua akur dan tersenyum sinis melihat Baekhyun sebelum beredar.
Baekhyun cuba bangun tapi tidak mampu. Dia mengesot menghampiri diarinya yang sudah koyak itu. Dikutip helaian diari itu.
Baekhyun cuba untuk bangun. Tapi sama juga tidak dapat. Hanya mampu mengesot.
Helaian demi helain diambil dan disusun.
" Wa.. Wae.. ben..da ni.. berla.. ku .. la.. gi den.. gan.. a.. aku.. ?" bisik Baekhyun kecil sambil mengenggam buku diari itu dengan erat.
-------------------
• Skip •
8:30 p.m
Mark menyarungkan jaket hitamnya dan melangkah keluar. Jimin yang baru keluar dari tandas memandang pelik kearah Mark.
" Kau kemana, Mark? "
" Aku nak jalan² jap^^"
" Jalan²? Boleh aku ikut tak? " soal Jimin tersengih. Eyesmile nya terselah.
" Hmm tak payahlah. Aku tak lama pun ni. Eheh lagipun bukan kau kata ada kerja kau nak buat ke tadi? "
" Oh ya! Nasib baik kau ingatkan aku Mark! Hampir terlupa pula aku lahai. Btw jaga² nanti kena sakat Encik Han . " sakat Jimin. Mark hanya ketawa.
" Arraseo Jimin sunbae. Ahhaha bai. " Mark melambai kearah Jimin. Kepala Jimin tersembul keluar dari celah pintu.
" Hoi. Kita seumur je pun -,- "
" Ahhahah " Mark gelak.
-------------------
Yugyeom dan Youngjae berjalan di belakang asrama. Semasa mereka berbual kosong, tiba² Yugyeom terasa nak buang air kecil.
" Hyung.. aku nak buang air jap. Kejap ehh tunggu sini.. jangan ikut! " kata Yugyeom sambil berlari ke tandas yang dekat dengan belakang asrama. Tapi sana sunyi sikit la. Malam kot.
" Hmm yelah. Cepat sikit! " ujar Youngjae.
" NAE!! "
10 minit kemudian..
" Mana budak Yugyeom ni lahai.. buang air kecil ke air besar ni? " rungut Youngjae kecil.
" Aku pergi tengoklah " Youngjae mengambil keputusan untuk pergi mencari Yugyeom ditandas.
- Tandas -
Youngjae membuka pintu tandas itu. Kosong. Bukan maksud dalam tandas tu takde semua jamban or whatever la. Kosong tiada orang.
Lampu terang benderang didalam tandas itu. Youngjae melangkah masuk dan membuka semua pintu tandas tapi tiada orang. Youngjae melangkah ke pintu tandas yang terakhir.
Orang asrama kata tandas yang terakhir tu kena kunci sebab tandasnya dah rosak. So dijadikan tempat penyimpanan barang baldi dan sebagainya barang tandas.
Youngjae cuba menolak pintu itu. Mana tahu tak berkunci.
Krekkk..
Pintu nya tak berkunci ! Youngjae menolak pintu itu dan melihat didalamnya. Youngjae terkejut . Sangat² terkejut ! Kerana apa yang dia nampak?
Yugyeom sedang memegang tali yang kini sedang menjerat lehernya. Muka Yugyeom ketika itu tersangat pucat. Matanya terbeliak.
" YUGYEOM AH!! SIAPA YANG BUAT!!?? YUGYEOM AHH!! " Youngjae meluru kearah Yugyeom. Yugyeom memandang Youngjae dan cuba untuk berkata sesuatu.
" L.. la... r.. rrri... " suara nya tersekat². Youngjae mulai panik.
" Tak pa! Aku ca.. cari sesuatu!! Kejap!! " Youngjae keluar dan mencari sesuatu untuk selamatkan Yugyeom ! Dia ternampak satu baldi kosong lantas diambil dan berlari ke tandas dimana adanya Yugyeom.
Tetapi... semuanya terlambat.
Tubuh Yugyeom bergerak ke kiri dan kanan seperti ditiup angin. Wajahnya pucat dan bebola matanya naik keatas. Lidahnya terjelir keluar.
Baldi yang Youngjae pegang tadi terlepas dari tangannya.
" YU.. YUGYEOM AH.. "
" YUGYEOM AHHH!!!!! "
BAK!!
- TBC -
Please vote and leave your comment guys ;)
1324 words.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro