3 ; Mad
Hey. Im back XD
-------
Mark menarik begnya ke bilik D352. Tiba² dia tertembung seseorang. Lelaki itu berhenti dan menahan Mark.
" Hey ~ Are you Mark? " soalnya. Mark angguk dan memberi senyuman. Lelaki itu tersenyum . Terserlah eyesmile nya.
" Aku Jimin. Meh sini aku tolong kau " Jimin menarik beg Mark tetapi Mark menahan.
" Ehh tak payah la.. susah² je . "
" Takpa^^ sesama roomate .. sokay.. lagipun aku yang nak tolong.. " Jimin tetap mahu menolong. Dia menarik beg Mark sambil berjalan ke bilik mereka.
" Gomawo, Jimin ;) "
" OK ^•^ "
-------------------
• Skip •
Leher baju Baekhyun dicekak kasar oleh Jaebum. Baekhyun hanya menunjuk muka yang tidak bersalah.
" KAU MEMANG CARI NAHAS DENGAN AKU KAN!?? KALAU AKU MINTA TU, BAGI JELAH!! SUSAH SANGAT KE NAK KELUARKAN DUIT TU? HAH?! " tempias Jaebum. Yang lain hanya membatu. Tak berani nak masuk campur, sebab mereka tahu kalau Jaebum marah macam mana. Tak suka kalau orang lain masuk campur.
Baekhyun masih diam, dengan buku diari yang digenggam erat. Mark yang baru tiba itu terkejut lantas dia meleraikan Jaebum dan Baekhyun. Sememangnya tadi Mark pergi ke bilik guru, dan selepas itu Mark pergi mencari GOT7.
" Kenapa ni? Jaebum ah kenapa? " soal Mark sambil memandang Jaebum. Baekhyun membetulkan kolarnya.
" Jangan sibuk la! " Jaebum menolak Mark. Mark tersasar tepi. Jackson terus mendapatkan Mark.
" Ui ~ Mark. Kau ok? Jangan kacau Jaebum. Jaebum tengah tak puas hati tu . " bisik Jaebum. Mark kehairanan.
" Pasal apa pula dia tak puas hati dengan Baekhyun? " soal Mark. Dia turut tak puas hati.
" Janganlah cakap kuat! Jaebum tak suka kalau apa yang dia nak, orang tu tak bagi. Dia paling pantang. Dah. Jangan kacau Jaebum. Biarkan. " kata Jackson macam takut -_-
" Tapi tak perlu la sampai nak cekak baju leher orang! Apa kau nak Jaebum? Duit? Aku boleh bagi, tapi jangan kacau Baekhyun. " kata Mark sambil mengeluarkan duitnya. Diambil tangan Jaebum dan diletaknya duit itu ditelapak tangan Jaebum.
" Dah ~ jangan kacau Baekhyun. Kalau dia tak nak bagi, orang lain pun kita boleh minta kan? Dah la .. " Mark menepuk bahu Jaebum.
" Kau selamat kali ni, Baekhyun. Dan kau Mark. Aku tak perlukan duit kau! Nah ambik balik. Aku tak nak guna. Dah jom guys! " Jaebum meletakkan duit itu ditangan Mark dan terus berlalu. Begitu juga ahli GOT7 yang lain. Mark ditinggalkan bersama Baekhyun disana.
" Kau ok? " soal Mark. Baekhyun hanya diam sambil bersandar didinding. Mark hanya tersenyum. Tiba² dia dapat satu idea.
" Baekhyun ~ kau ada masa tak petang ni? " Baekhyum memandang Mark sambil mengangkat kening kanannya.
" Pergi library jom? ^^ kalau kau nak la.. " Mark seperti berharap. Baekhyun? Tetap diam berserta muka serius nya. Dia mula mengorakkan langkah ke kelas.
" Aku harap kau datang, Baekhyun! " jerit Mark. Tapi tidak dipeduli oleh Baekhyun.
" Susah betul nak rapat budak pelik macam dia tu " keluh Mark.
-------------------
- Library -
Mark masuk kedalam perpustakaan itu, dia mencari² kelibat Baekhyun. Tapi malangnya, batang hidung nya pun tak nampak.
" Hurm.. dia memang tak nak datang.. tak apa la.. " Mark berjalan ke salah satu meja dan melabuhkan punggung disalah satu kerusi. Dia mengeluarkan buku²nya untuk membuat kerja rumahnya. Dia keseorangan tanpa teman disana. Tak. Dia tak keseorangan. Ada seseorang sedang memerhatinya dari jauh.
-------------------
• Skip •
Mark berlari² sambil matanya mencari seseorang. Bila dia berlari di kawasan padang, dia terjumpa orang yang dicarinya!
Lantas Mark berlari kearah orang itu dan terus menarik tangan orang tersebut. Dia dan orang itu berlari kearah belakang sekolah. Mark menarik orang itu sekuat² yang mungkin.
- Belakang sekolah -
Mark dan orang itu tercungap². Mencari oksigen untuk bernafas dengan tenang.
Mark berjalan ke sudut belakang sekolah dan memandang dari tepi. Disitu dia ternampak Jaebum, Jr dan Youngjae.
" Mana yang lain? " soal Jaebum.
" Jackson, Bam Bam dengan Yugyeom kena panggil cikgu. " jawab Jr sambil memasukkan tangannya kedalam poket.
" Mark? " Jaebum memusingkan badannya ke belakang menghadap Jr dan Youngjae. Jr sekadar mengangkat bahunya.
" Mungkin dia pergi tandas kot. " jawab Youngjae pula. Jaebum memandang tepi dan menghela nafasnya.
" Kau tak rasa ke Mark tu macam dah jarang dengan kita? " soal Jaebum tiba². Wajah Jr dan Youngjae dipandang silih(?) berganti.
" Molla. "
" Mungkin sebab budak pelik tu kot. " Jr memberi pendapat.
" Byun Baekhyun? " Youngjae menyoal. Jr mengangkat keningnya. Jaebum diam sejenak. Kebetulan matanya memandang ke blok belakang sekolah dan dia ternampak seseorang. Bukan, dua orang.
" Aku rasa aku tahu apa aku nak buat.. "
- Back to Mark & Baekhyun.
" Dorang dah pergi .. " ujar Mark lega. Dia memaling ke belakang dan kelihatan Baekhyun sedang merenungnya. Mark tersenyum.
" Aku selamatkan kau dari kena buli oleh dorang. " kata Mark tenang. Dan macam biasa Baekhyun tidak membalas. Mereka berdua bersandar di dinding sambil melayan perasaan sendiri.
-------------------
- Kelas ( Masa pulang ) -
Masa tu tinggal Mark dengan Baekhyun je. Tiba² Jaebum masuk dan meluru kearah Mark.
" Mark. Kau pergi mana tadi? " soal Jaebum yang tiba² muncul dimeja Mark. Baekhyun disebelah pula diam sahaja sambil menulis.
" Aku? Aku pergi tandas tadi. " jawab Mark acuh tak acuh. Jaebum tersenyum kecil.
" Pergi tandas? Atau pergi blok belakang sekolah? " Baekhyun terhenti penulisannya. Mark menelan air liurnya. Jaebum mendekatkan dirinya.
" Kau cuba nak tipu aku? Hah? "
" Hurm.. an.. "
" Kau nak jadi pengkhianat ke, Mark? Aku nampak kau menyorok kat belakang sekolah dengan dia, Baekhyun. " tunjuk Jaebum. Mukanya tegang. Mark kehilangan kata².
" Kau penipu, Mark Yi Tuan. Aku tertanya kenapa kau suka tolong orang yang aku nak buli? Terutama Baekhyun! Kenapa Mark? Kau lebih pentingkan Baekhyun dari kami ke? Siapa kau anggap kawan antara kami dan dia??! Siapa!? " marah Jaebum. Baekhyun hanya pasang telinga.
" Aku.. aku tolong sebab aku tak nak membuli dan biarkan orang tu dibuli.. aku tak suka.. " ujar Mark tenang. Walaupun dia sedang takut sekarang. Jaebum tersenyum senget.
" Kalau kau tak suka, kenapa tak bagitahu je awal²?? OK kalau kau tak suka dengan cara kumpulan aku, dengan sukacitanya, KAU KELUAR DARI GOT7!! " jerit Jaebum dengan marahnya. Sempat dia menolak Mark sebelum pergi.
Mark tertunduk. Baekhyun pula macam biasa mendiamkan diri.
• Skip •
Baekhyun sedang berjalan pergi ke rumahnya. Tiba² ada seorang lelaki muncul dan meluru kearahnya. Baekhyun terkejut sikit tetapi wajahnya dibuat selamba. Lelaki tersebut tersenyum memandang Baekhyun.
-------------------
" Baekhyun . Kau tahu tak? Aku tertanya kenapa Mark suka bela kau? Sedangkan kau aku tengok tak layan sesiapa pun termasuk Mark? " soal Jaebum sambil memandang hadapan. Baekhyun hanya mendiamkan diri. Jaebum menoleh kearah Baekhyun.
" Dan langsung tak pernah bercakap dengan sesiapa. " Jaebum tersenyum tapi tidak lama. Mukanya kembali serius.
" Yah " panggil Jaebum. Baekhyun memandang Jaebum dan Jaebum memberi isyarat mata kepada Baekhyun supaya memandang ke depan.
Baekhyun memandang ke hadapan dan kelihatan Mark ditarik oleh konco² Jaebum dan dia dibelasah dihadapan Jaebum dan Baekhyun. Baekhyun diam sambil memandang Mark dipukul. Tiada reaksi dimukanya masa itu.
-------------------
• Skip •
- Bilik -
Mark masuk kedalam bilik dan menutupnya perlahan. Tiada Jimin ketika itu, mungkin study atau jalan. Mark terduduk disebalik pintu. Mukanya banyak lebam dan luka sana sini. Mark bangun dan menuju ke dapur. Dia membuka paip dan menadah air. Dilap dimuka air itu sikit².
" Ssst.. arhh.. " Mark mengerang kecil. Dia lap mukanya dengan tuala. Semasa dia melap mukanya, matanya terfokus kesatu objek.
Pisau.
- TBC -
Vote [☆]
Comment [...]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro